SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 Februari 2011

CADANGAN GAJI MINIMUM PENJAWAT AWAM DISAMBIT BAIK

Bernama
17/2/2011



KOTA KINABALU, 17 Feb (Bernama) -- Cadangan Cuepacs supaya kerajaan menetapkan gaji minimum antara RM850 dan RM920 bagi penjawat awam mendapat sambutan positif.

Dalam satu tinjauan rambang di sini Khamis, beberapa penjawat awam berkata langkah itu dapat membantu khususnya pekerja yang sudah berkeluarga.

Dayrrl Dominic, 31, warder penjara di pusat pemulihan juvana, Sekolah Henry Gurney di Keningau, berkata walaupun gaji pokok beliau kini melebihi RM1,000 sebulan, paras itu hanya dicapai selepas 11 tahun bekerja dengan Jabatan Penjara Malaysia.

Semasa beliau mula bekerja dahulu, gaji pokok beliau hanyalah RM489 dan ditambah elaun, ia berjumlah RM600.

Beliau menyokong cadangan Cuepacs baru-baru ini supaya kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam untuk menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

"Memang ini berita gembira jika diluluskan, terutama kepada mereka yang baru memasuki perkhidmatan awam. Sebelum ini ada teman-teman yang terpaksa mencari kerja sampingan seperti bertani atau mengusahakan ladang, untuk cari duit lebih," kata Dayrrl.

Ros Barinau, 29, seorang jururawat di hospital kerajaan, turut menyokong cadangan itu kerana ianya akan dapat dinikmati oleh setiap peringkat penjawat awam.

"Bagus jugalah kalau mereka naikkan gaji minimum, (gaji) kami pun mungkin naik," katanya.

Ros, yang sudah berkhidmat selama lima tahun, berkata walaupun beliau tidak mempunyai masalah daripada segi gaji pokok kerana ianya memang melebihi paras minimum yang disyorkan oleh Cuepacs, beliau dan beberapa rakan sekerjanya pada mulanya menghadapi masalah apabila ditugaskan di kawasan pedalaman kerana elaun khas yang diberikan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan sebenar.

"Semasa saya di pedalaman Beluran dulu, kami terima elaun hidup susah RM100 lebih. Tapi kalau sewa kenderaan untuk sekali perjalanan ulang-alik pergi ke pekan terdekat untuk beli barang keperluan, sudahpun menelan belanja RM200, mana cukup," katanya.

Ros berharap dasar gaji minimum ini dapat dilaksanakan pada masa terdekat untuk memastikan beban penjawat awam terutamanya yang ditugaskan di kawasan pedalaman, dapat dikurangkan.

Julita Benjamin, petugas di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, berharap kerajaan negeri turut menimbang perkara itu bagi pekerja-pekerja awam di bawah kerajaan negeri.

Beliau berkata adalah wajar gaji yang diberikan setimpal dengan tugas yang dijalankan.

"Terdapat kes pekerja bawahan membuat kerja pegawai tetapi mereka ini tidak menikmati ganjaran sewajarnya," kata Julita.

66 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya menyokong penuh cadangan ini... harap-harap ianya bukan sekadar harapan kepada kami semua... biarlah ia jadi kenyataan... sebenarnya ini yang ditunggu-tunggu oleh penjawat awam semua....

Tanpa Nama berkata...

Sokong. Tapi bila gaji PA bawahan sudah dinaikkan, PA atasan pun mesti dinaikkan.

Takkan pencuci jamban bergaji RM1000 sebulan dan pegawai tadbir pula RM 1500 kan?

Tanpa Nama berkata...

Mudah-mudahan cadangan ini dapat direalisasikan oleh pihak kerajaan dan berita baik ini memang diharapkan dan dinanti-nantikan.Peningkatan kos sara hidup yang amat mendadak sejak akhir-akhir ini begitu membebankan kami golongan bawahan.

Axie04 berkata...

saya sangat sokong cadangan neh... saye suka.... harap-harap impian menjadi kenyataan.... sebagai seorang penjawat awam... pasti tahu susah senang menerima gaji setiap bulan apabila memikirkan perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat dengan keadaan semasa yang menjadikan harga barangan runcit semakin meningkat

Tanpa Nama berkata...

saya sokong sesangat cadangan ini.kalau bole naikkan juga elaun khidmat awam dan elaun perumahan mengikut taraf hidup terkini.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong cadangan ni....... tapi jangan cadangan tinggal cadangan sahaja macam yang lepas2 tu...

Tanpa Nama berkata...

Saya pun sokong penuh cadangan ini....hanya pekerja bergaji hari (PRA) tapi tugas-tugas harian saya kerja-kerja akaun sama dengan tugas-tugas akauntan W17. So tolong lah beri perhatian kepada kami-kami ini juga.....

sunan berkata...

Baguslah cadangan tu. Tapi janganlah sekadar cadangan je dan lepas tu senyap je sampai bertahun-tahun. Kami, penjawat awam (PA) yang gred2 sokongan ni boleh diibaratkan kais pagi makan pagi la juga.

Mana tak nya, kalau gaji termasuk elaun rm1300.00, bayar kereta rm350 (viva 660cc je), rumah rm400(kira murah gila la tu),api&air rm60(dah habis jimat gile,basuh baju guna berus tangan,kadang-kadang tidur tak buka kipas sampai berpeluh-peluh basah tempat tidur), tinggal la lebih kurang rm490 untuk belanja lain..

Wahai PM yang budiman, apakah yang kami nak makan dengan hanya rm490 sebulan? kami bukan hidup bermewah-mewah pun. kereta pun sekadar kereta kecil hanya untuk keperluan keluarga.

Tiap-tiap hari makanan kami cuma nasi putih, ikan goreng/ayam sahaja (ikan pun ambil yang murah-murah,ikan frozen,harga bawah rm6.00 sekilo, ayam pula kalau bawah rm7.00 sekilo baru beli). kadang kala sahaja ada sayur.beras pun pakai beras nasional sahaja(rm17.50-10kg).

Jika tiada beras nasional atau subsidi beras ditarik balik, alamatnya kami makan buburlah hari-hari untuk menjimatkan beras.sangat sederhana jika nak banding dengan PM yang kami sokong.

Bagaimana pula jika ada perkara kecemasan? dari mana kami nak dapatkan duit? baru-baru ini, saya terpaksa meminjam untuk pembedahan bapa dengan kos sebanyak RM500.00.walaupun boleh claim semula dengan jabatan, tetapi kena bayar pendahuluan terlebih dahulu.

Bayangkan kos hanya RM500 pun saya tak mampu sediakan walaupun kerja kerajaan. bukan tak pandai menyimpan duit. tapi duit tak mencukupi untuk disimpan. hanya cukup sekadar untuk makan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Bagaimana pula jika hospital diswastakan? tentu kos tersebut lebih mahal. Alamatnya, mati keringlah kami sebagai PA sokongan.

Bukan kami tidak ada kelulusan tinggi untuk mendapatkan kerja yang bergaji besar. tetapi pekerjaan sangat susah nak cari.

Wahai PM, INI IALAH REALITI KEHIDUPAN KAMI SEBAGAI KAKITANGAN SOKONGAN. BUKAN REKAAN SAYA.

Ini ialah rintihan kami sebagai PA. Semoga dapat perhatian PM yang dihormati.

cikda berkata...

amat bersetuju dengan sunankasih...
mcm IJN la...bila diswastakan... org yg gaji tak seberapa terpaksa p menghadap jabatan kebajikan masyarakat untuk tampung kos perubatan... kdg2 mcm tak dak harga diri bila terpaksa mendengar bebelan org JKM...
Korang tak pe la.. klu kena sakit jantung... ada insurans beribu2...
kami2 ni.. nak bayar ansurans insurans tu pun rasa kelat sgt..
bygkan satu kepala medic kad tu dah 100 ringgit.
klu 4 kepala?? dah 400? gilaaa.. tak bleh diterima pakai.
Kalau nak bayar duit pendahuluan 500 pun tak mampu... cammana???
jenuh la nak simpan duit... nak mkn pun cukup2 ja

Tanpa Nama berkata...

saya cukup terharu dengan rakan-rakan di atas. macam nie lah saya selaku pegawai atasan akan mengadakan mesyuarat khas untuk mempercepatkan kelulusan kenaikan gaji kakitangan awam kalau boleh serta-merta sekiranya tidak menyalahi undang2

Talib berkata...

kakitangan sokongan perlu membuktikan kesetiaan kepada Umno dan BN terlebih dahulu sebelum menyalak yg bukan2, sebab nnt2 gaji BN juga yg bayar.

Talib berkata...

drpd buat gaji minimum, lebih baik kami dinaikkn dr R1 ke R29 atau 41, ini lebih memberi kebahagiaan kepada semua PA yg bertungkus lumus mengundi BN selamanya

Tanpa Nama berkata...

saya syorkan kerajaan beri kelonggaran kepada mana-mana kakitangan awam boleh mohon pencen awal umur 40 tahun, lepas tu dapat duit pencen bulanan dan imbuhan pencen sekaligus. AMACAM BERNAS TAK IDEA?
Apabila cadangan ini setuju, ramai anak muda boleh aply kerja (kurang penggangur)dan pesara boleh masuk aktiviti pertanian atau perniagaan dan sebagainya.

Tadbir berkata...

Talib,

Gaji bukan BN yang bayar.

Kerajaan Malaysia yang bayar. Mana-mana pihak yang menang pilihanraya akan menjadi kerajaan.

Di masa depan, kalau DAP menang, DAP akan jadi kerajaan tapi gaji PA tetap akan dibayar. Masa tu BN sudah jadi parti pembangkang

Tanpa Nama berkata...

Sokong. Tapi harap pihak cuepacs memandang juga pesara-pesara kerajaan yang menerima pencen serendah RM450 kebawah. Harap mendengar berita baik dari pihak kerajaan berkaitan kenaikan pencen.Negara Maju, biarlah kehidupan rakyat juga terjamin.

Tanpa Nama berkata...

elaun perumahan juga perlu dinaikkan juga RM180 sebulan bagi guru diploma,kalau nak ikut logik mana ada rumah sewa RM180 sekarang.

cikda berkata...

tah nye en Talib ni.... kalau dah R1..takkan nak naik R29 kot? agak2 lee klu nak mintak pun... biar logik sikit.
pencen umur 40? wahh cam best je bunyinya tu.. tp boleh pilih opsyen lagi ok...
yer la.. tak logik langsung sokongan dapat elaun rumah 180 je..tp polis yg gred 17 dapat 270...

Tanpa Nama berkata...

tulis disambut pun dah x betul. Mcm mana ni? Harap ianya bukan sekadar cadangan tapi jadikannya 1 kenyataan.
Bukan setakat gaji tapi elaun sara hidup dan elaun rumah sewajarnya dinaikkan.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..

Tanpa Nama berkata...

Indah sekali malam Valentine di hotel asia langkawi. tahniah BN kerana memberi peluang kami melepaskan rindu secara baik dan terkawal. Harap sgt jgn bg chance pada Pas, nnt kena pakai tudung pula.

Eli Zakiah Hj Saad N17

Tanpa Nama berkata...

tipu la korang gaji x cukup..
pakai viva konon..
aku tgk dkat kuarters kerajaan kar putrajaya keta2 bagai nak rak..
honda city..toyota vios tu biasa..accord pun ada..takkan la accord byr 350 jer sebulan..

Tanpa Nama berkata...

masih ada lg PA yg bangang mcm talib ni..
x reti bezakan antara kerajaan n parti..
duit gaji ko tu bukan duit bapak najib..duit tu duit hasil negara..cukai semua rakyat malaysia,petroleum,balak..
mcm2 la..bukan duit gaji org2 BN..
patut la bodoh R1 je rupanya..

pegi sekolah dulu la sblum nak nasihatkan org..

Tanpa Nama berkata...

Skim gaji juruteknik dah lama di angkat cerita tapi sampai sekarang di takuk lama menjadikan komitmen kerja juru teknik semakin merudum ....

Tanpa Nama berkata...

Jangan lah kata R1 ni bodoh kerana bukan semua R1 ni bodoh seperti yang anda kata. saya R1 bergaji hari tapi memegang tugas-tugas akaun...so jangan sewenang-wenangnya kata R1 ni bodoh.

Tanpa Nama berkata...

sudahlah...umno bukan boleh harap sangat..temberang je..dulu bukan main bagi semangat pada staf minta belajar lagi, klk lah, pjj lah, plk lah, macam2 bunyi, tapi bila semua dah jalan...pangkat tak naik, elaun tak naik, gaji tak naik...ada diploma ke, ijazah ke, master..dah jadi hampeh...

Kamariah Youb berkata...

hanya Umno je harapan kami, kami merayu sembah takzim pada kemuliaan dan kebesaran pimpinan Umno agar memberikan sedikit kenaikan walau RM10 kepada kami.

Benar kata TS Muhyiddin, Dato Shafie Apdal dan Dr Rais Yatim bahawa kecoh2 kenaikan barang adalah palsu dan dakyah pembangkang semata. Kami PA mmg langsung tidak terpengaruh malah makin taat dan sayang pada Umno dan pemimpinnya.

Harap pimpinan Umno dan BN jgn ambil hati keluh kesah disini, mereka hanya 0.1% daripada PA. 99.9% PA dimana2 pun semuanya semakin teguh kecintaan pada pemimpin Umno.

Hidup Umno, Hidup BN, PA dan BN bersatu jua

sunan berkata...

"tipu la korang gaji x cukup..
pakai viva konon..
aku tgk dkat kuarters kerajaan kar putrajaya keta2 bagai nak rak..
honda city..toyota vios tu biasa..accord pun ada..takkan la accord byr 350 jer sebulan.."


Bro, ni realiti. fikir logik la.. yang ko tengok tu mungkin kereta pegawai2 atau staf2 yang dah lama keje, gaji basic dah tahap rm2000 mungkin.. jangan ingat kuartes tu kerani je duduk.. skarang ni kerani dan pegawai duduk kuartes yng sama.. boleh rujuk dengan BPH (Bahagian Pengurusan Hartanah). tak kan ko nak cakap kereta mewah tu semua pemiliknya kerani? fikir secara waras la bro.

Fikir secara logik la wei.. kami staf2 baru, gred 17, basic lebih kurang rm820, campur elaun2 dapat la lebih kurang rm1300 sebulan lepas tolak kwsp.. cuba ko lihat perkiraan belanja bulanan aku. ko rasa tak logik ke? buta la ko kalau tak percaya cara aku kira. tu dah kira belanja yang basic yang wajip keluar tiap2 bulan.belum masuk belanja lain lagi.. aku kira tu pun guna kereta kecil. gila ke apa nak pakai vios. dah tentu 5-6 ratus sebulan. aku nak bagi keluarga aku makan apa kalau pakai kereta mewah?

Kalau tak percaya gaji tu, boleh rujuk dekat laman web spa (www.spa.gov.my). Bro, ko mungkin anak orang senang. tak pernah hidup susah, tak pun gaji ko besar. Boleh le ko cakap mcm tu. Aku dikira beruntung dapat gred 17. kalau gred lebih rendah? mungkin terpaksa pakai motor nak jimatkan duit.

"tipu la korang gaji x cukup..".
Aku tak cakap gaji tu tak cukup. tetapi gaji tu cuma cukup-cukup. Untuk pengetahuan, inilah salah satu faktor penjawat awam membuat pinjaman peribadi. mungkin ada yang nak hidup mewah sementara dengan pinjaman tersebut. tapi tak semua. kebanyakannya terdesak hendak menggunakan duit terutamanya kesihatan keluarga yang tak dapat dijangka. Kalau nak harapkan simpanan, nak simpan rm100 sebulan pun agak mustahil bagi kami.

"takkan la accord byr 350 jer sebulan..".
Bro, aku cakap pasal viva, bukan accord. Ko mungkin tak kawin lagi dan duduk rumah bujang, sebab tu la dengan gaji rm1300 ko mampu pakai accord gamaknye. Ko mungkin tak pernah urus perbelanjaan keluarga.

Adoyai... ade jugak orang mcm ko ni kat Malaysia. Fikir secara waras dan logik akal la kalau nak cakap aku tipu pun. Ini ialah REALITI bro! REALITI!.

Tanpa Nama berkata...

sunan,

kalau dia beria sangat mengatakan gaji PA skrg ni cukup..itu maknanya memang hamba allah tu pencacai kerajaan..pembobek kerajaan yg tengah senget dacing nya sekarang...congok2 bodo kalau PA yg baru kerja..jika jimat tahap cipan .cukup cukup je...betul cakap lu

sunan berkata...

"kalau dia beria sangat mengatakan gaji PA skrg ni cukup..itu maknanya memang hamba allah tu pencacai kerajaan..pembobek kerajaan yg tengah senget dacing nya sekarang...congok2 bodo kalau PA yg baru kerja..jika jimat tahap cipan .cukup cukup je...betul cakap lu"

Saudara/saudari, Mungkin betul juga cakap kau, orang ni taksub sokong kerajaan atau ada kemungkinan juga dia tak tau langsung pasal gaji PA dan perbelanjaan harian coz semuanya diuruskan oleh ibu-bapa dia.
Aku pun sokong kerajaan yang ada sekarang. Tapi aku taklah buta sampai tak boleh berfikir secara realiti dan logik akal. Mungkin orang yang komen tu matematiknya amat teruk sampai susah nak memahami apa yang aku sampaikan.

Aku bukan nak kondem kerajaan. Aku just nak meluahkan apa yang aku rasa hidup dengan gaji yang sebanyak itu jika nak dibandingkan dengan harga barang keperluan sekarang...

Tanpa Nama berkata...

SAYA MENGESYORKAN KERAJAAN MEMBUAT POLISI YG SAMA UNTUK KAKITANGAN AWAM. DAN BUKAN POLISI YANG DISKRIMINASI MENGIKUT PROFESION TERTENTU.

OLEH ITU SAYA MENGGESA PERSATUAN CEUPACS MEMPERJUANGKAN LALUAN KERJAYA YANG SERUPA UNTUK SEMUA KAKITANGAN AWAM SEPERTI MANA YANG DIPEROLEHI DOKTOR, FARMASI DAN PERGIGIAN...DGN CARA INILAH DAPAT MENYELESAIKAN SEBAHAGIAN BESAR MASALAH KAKITANGAN AWAM....

PEJUANGKAN 'LALUAN KERJAYA' UNTUK SEMUA PROFESION TANPA MENGIRA KUMPULAN...!!!!

markiman berkata...

minta sgt laluan kerjaya di permudah utk ahli Umno, agar semua yg naik pangkat kuotanya 90% org2 Umno, 10% baru lain2. Sebab dimana2 hanya org Umno yg buat kerja, PA lain semuanya pemalas macam monyet

Tanpa Nama berkata...

BAGUIH LA CADANGAN GAJI MINIMUM NIHHH....YG BARU MASUK REJA GAJI SAMA DGN YG DH REJA 10 THN...KAHKAHKAH...ADA JGK MAKHLUK YG BODO PIANG...DIA DK INGAT BN LH SEGALANYA...HAHAHAHAHAAAAAAA..

Tanpa Nama berkata...

Saya naik gaji ke, minta bonus ke, minta up gred skim ke, bukan sebab gaji tak cukup tetapi bayaran biar setimpal dengan kerja.
Gaji saya hari sudah mencukupi malah boleh menabung lagi sekitar RM600 sebulan(Sesuai gaji kump. sokongan je)
Saya ada kereta,ada 2 buah rumah (taman)tetapi masih boleh menabung, sebab apa?
1.Baju,tudung,bantal&sarung bantal,langsir tingkap,
telekung,alas meja, saya jahit dan sulam sendiri(kalau ada kesempatan ambil tempahan dari rakan-rakan)
2.Sayur tanam sendiri(lepas untuk makan sekeluarga,ada lebih bagi pada jiran-jiran).Ada kangkung,
rebung madu,petola,kucai,selom,
cili padi,cekur manis,bayam,
kantan,serai,lengkuas dll.
3.Kereta cuci sendiri.
4.Rumah cat sendiri.
5.Saya suka beli barang secara tunai, kumpul duit dulu,kemudian baru beli(kecuali rumah dan kereta)
6.Beli barang semasa jualan murah, beli banyak-banyak.
Dan kemungkinan juga rezeki yang saya dapat itu,diberkati Allah.Pendek kata, saya tidak merasa duit tak cukup, cuma yang saya harapkan supaya upah dibayar mengikut kerja~ ITU SAHAJA.

Air Mani berkata...

bukti pemimpin BN berkata benar bahawa gaji sikit dan harga kononnya mahal adalah omongan kosong pembangkang. Hidup BN

Tanpa Nama berkata...

kerajaan dicadangkan mewujudkan skim pinjaman peribadi tanpa faedah kepada kakitangan awam tetap/kontrak/sambilan bagi mengelak pinjaman along mahupun rasuah dan secara langsung meningkatkan produktiviti kerja

sunan berkata...

kepada saudara/saudari yang boleh menabung sekitar rm600 sebulan. tahniah diucapkan. mungkin gaji basic anda dah sampai ke tangga gaji besar.

Tanam sayur? kalau duduk rumah flat kat tengah2 bandar macam kami ni nak tanam kat mana? kat ruang tamu? Di KL ni, nak guna cili sebiji pun kena beli. Barang2 pun beli tunai, kecuali kereta dan sewa rumah. Baju2 pun guna yang lama, tak pernah beli baru (kesian keluarga aku).. :-(

Mungkin gaji+elaun anda dah mencecah rm2000.00 sebulan. Boleh le cakap mcm tu.Kalau gaji anda mcm kami, lepas tolak rumah dan kereta aje pun dah tinggal rm490? nak menyimpan ape kebendenya?

Bukannye kami tak buat kerja sampingan. Tapi kerja sampingan tu suatu hari nanti akan menjejaskan kualiti perkhidmatan kami...

Mungkin sebab tu anda kata gaji dah cukup. Tapi bagi kami ni, cuma cukup-cukup untuk menampung kehidupan keluarga.

Tanpa Nama berkata...

sy sokong sangat la cadangan karejaan ini... harap terlaksanalah jagan hagat-hagat taik ayam ja....

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan kata-kata saudari sunankasih. yang tinggal d flat mcm mana nak bercucuk tanam, tanam kat ruang tamu ke...atau tanam kat atas tilam dan seluruh kawasan bilik tidur.....kakakaaahhh..sungguh kelakar lah orang yang bercakap boleh menabung rm600 sebulan.

Tanpa Nama berkata...

Nasib la sapa Kakitangan Sambilan...hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan,tahun demi tahun...macam 2 jugak x ada perubahan langsung....tapi kalau bab kerja macam2 kena buat....oh nasib badan la....

Tanpa Nama berkata...

pok cik ni marah sangat.. kalu nak kasi naik gaji bg ler sama rata.. ni dok kasi cigu.. polis..cikgu polis... loteh pokcik dengar. macam org lain keje x sama berat.. cube bayangkan kalo PA yg lebih satu juto ni pangkah parti lain x punoh negara... pokcik x dpt bayangkan kalo PA putrajayo tu marah sangat ngan PM kito... 2008 dah meraso dah sikit sampai Pok Lah terduduk..Ni PA sonyap jer.. kalu melenting.. punoh semua..Pokcik marah ni..marah...

Tanpa Nama berkata...

EKONOMI SEMAKIN TENAT. Nilai wang anda semakin mengecil. Disyorkan kerajaan gunakan kaedah kupon subsidi. Setiap kakitangan dapat kupon nilai RM 1000 sebulan. Gaji bulanan dapat juga. Tebus kupon di kedai komuniti kerajaan di setiap stesyen minyak petronas ke, atau lain2 tempat. Guna kupon beli barangan dapur dan sebagainya. AMACAM ADA BERANI KE KERAJAAN?

Tanpa Nama berkata...

kalu gomen bagi kenaikan gaji biarlah dgn cara yg berhemah dan adil... bygkan kalu PA yg dah berbelas tahun dapat kenaikan dah sama dgn PA yg baru 2-3 tahun berkhidmat... berbelas tahun berkhidmat baru cecah angka 2000, tu pun sebahagian dah terusik... dek rumah, kereta, pinjaman dll... tu yg x terasa sangat bagi PA yg dah lama berkhidmat.
Elaun2 yg PA dpt tu jgn lah dipejamkan mata je... mcm 'AKU TAK KESAH JE' nampaknya...
Bayaran tunai kerja lebih masa tu nak tanya... CUEPACS... satu soalan je " APA CERITA?" harap dia nya tak ikut musim durian....???
PTK yg dah lulus tu bagi je naik pangkat.. kekananan... jgn tunggu hingga kosong... sian PA nak tunggu giliran... kalu kot ni pun payah nak tambah pendapatan... baik ambil exam PTK bila ada kekkosongan atau ditawarkan bila ada kekosongan je...
Harapan agar CUEPACS dan majlis tertingginya, juga seterusnya pimpinan kerajaan.. menteri..
"BERILAH hHARAPAN KAMI SEMUA MENJADI KENYATAAN"..

Tanpa Nama berkata...

"LAUNGKAN LALUAN KERJAYA UTK SEMUA PA" seperti doc, farmasi dan doc gigi

Tanpa Nama berkata...

EKONOMI SEMAKIN TENAT. Nilai wang anda semakin mengecil. Disyorkan kerajaan gunakan kaedah kupon subsidi. Setiap kakitangan dapat kupon nilai RM 1000 sebulan. Gaji bulanan dapat juga. ----------> GUA SOKONG 100 PERATUS LU BRO...CAYALAA BRO...CALET SIKIT....GO BRO GO....ADIOSSSS

Tanpa Nama berkata...

Saya menyokong penuh cadangan ini.... tapi kalau nak beri gred 1-16 30%, 17-40 20%, 41 ke atas 10% saya tidak setuju, kerana nanti N1 gajinya lebih tinggi atau hampir saya dengan N17 dan gaji J38 lani pun hampir sama dengan J44. Kalau kenaikan peratusan ini diteruskan lama kelamaan semangat untuk belajar lebih tinggi sudah tiada kerana bila dah naik pangkat sampai J38 gaji melebihi J44. Saya pohoh agar JPA cuba kaji usul saya ini

Tanpa Nama berkata...

diarng ckp naik gaji last year tp x da pn.......slalu bikin P.A menharap saja..kalo x juga naik apa guna makmal gaji minimum baik buat pembubaran ceupacs saja.. perjuangan ceupaacs masih lemah..ITP apa cita? kalo nak mengalakkan tranformasi ke arah ngara berpendapatan tinggi.

Aku Bukan Pembenci BN berkata...

dahlah...cukupla mintak naik gaji...tu semua janji pilihanraya aja nanti...yang bab bonus tahun lepas..najib tak bagi atas nasihat bini dia Rosmah Puaka tu, dan juga dendam Najib ke atas 74% penjawat awam yang mengundi dan menjadi ahli parti pembangkang....hanya 30 % sahaja yang menyokong Blue Party of Kati tu...semua tu SPR keluar rekod lah...hang pangkah sapa...aku pangkah sapa...tengoknya PA pangkah oppostion....kalau nak BN berubah...suruh najib turun bersama bini dia yang gila kuasa tu....barulah PA kita kan sama taraf dengan PA di Singapore..salam

samad ex-N11 berkata...

haramjadah semua PA ni yg x sokong BN, sedar la diri tu sikit. kroang disuap mulut oleh Dato Najib dan Datin, tu pun xnak pangkah BN? Sedar x PA di Malaysia jauh lebih bertuah dr PA di Bangladesh, Bhutan, Nepal, Timor Leste, Zambia dan byk negara lagi?

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHAHAHA.....!!!

Tanpa Nama berkata...

woiii samad bodo...larat ke najib n rosmah nak suapkan makan sejuta PA seluruh malaysia....???cakap mcm org gila babi.hmmm....mesti die ni dah naik jd jusa skrg ni...tak pun penghulu ke...sebab tu ampu sakan.syirik hukumnnya kau cakap rosmah n najib bagi orang makan....dasar orang kurang didikan agama...dah la jahil nak tunjuk pandai lak tu....

Tanpa Nama berkata...

kesian ang samad dah besar tua pun najib n rosma duk suap ang la kn....

Tanpa Nama berkata...

zaman skang ni mana ada org nak gaji yg kecik2... kena bg la gaji besar2 supaya boleh merancakkan ekonomi negara... lagi besar pendapatan so lagi banyak la kuasa beli rakyat..

Tanpa Nama berkata...

samad ex-N11sungguh sampah ko...

Tanpa Nama berkata...

nanti yang naik gaji polis n askar.....tu ja yang kerajaan nampak.penjawat awam lain xda keistimewaan.mari kita cuba bagi pembangkang memerintah negara pulak....tengok macamana,

Tanpa Nama berkata...

Saya paling tak suka sbb asyik gaji dan elain cikgu ja yg selalu naik tp gaji PA lain buat tak tahu ja..Klu kerajaan kata takdak duit nk naikkan gaji kakitangan kerajaan lain, sbb apa gaji dan elaun cikgu blh naik senang2 ja...adilka mcm ni...jgn sampai kami undi pembangkang sudahla..PA lain pun ada perasaan, fikirla sama...Klu satu Malaysia, kena adil dan saksama la.

Tanpa Nama berkata...

bila nak kasi naik gaji sy plak....dah pakai AB pun gaji ciput....sy dah ladok kat kpg awat-awat nu...pas naik kapal terbang naik feri.....pas tu naik bot plak....pas tu menapak 6 ke 10 km baru smpai kampung.....sian saya kan....yang benar...LIAW,,,,

Tanpa Nama berkata...

nama saya MAT STIM kawan pada si LIAW nie......saya pun nak nek gaji gak....sy pun nak kawen......gaji xcukup arrrr......asyik naik gaji MD ANIP jer.....Mail pun nak gak......

Tanpa Nama berkata...

yala gaji minimum yg sangat baik.tapi aku mm kurang da percaya.mana tidaknya,isu kakitangan kontrk sambilan pun lenyap jak tiada berita.nak kena serap pun tiada cerita da..ni nak kena berhenti da kontrak kakitangan sambilan ni tiada jugak pandangan atau belas kasihan dari kerajaan...d mana slogan 1 malaysia tu????rakyat d dahulukan pencapaian d utamakan?pandang2la kakitangan sambilan ni..kami pun nak hidup jugak..da bertahun jadi mcm hamba kerajaan...memohon jawatan tetap tidak dapat langsung...apa ni????cakap kosong pun tiada gunanya..buat sakit hati jak sebab mengharap....tunaikan la janji tu betul2...kerajaan bukakla mata pandang kakitangan awam taraf kontrak sambilan apatah lagi yg mau kena berhenti kontrak da ni..hargaila ckit khidmat kami bertahun tahun tu...kesian kan la kami jugak...

Tanpa Nama berkata...

saya sokong, tp pikirkan juga PA yg berkelulusan minimum diploma tapi bekerja di Gred rendah.. nak bayar PTPTN macam mana kalo gaji rendah.. nak makan pon ala kadar.. lebih kepada keperluan.. skarang gaji habis beli petrol.. tmpat keje jauh..

sekurang2nya gaji pokok pekerja berkelulusan RM1500.. da usaha cari keje setimpal kelulusan, tapi tiada kekosongan.. rela kene blacklist dari bg keluarga makan pasir..

Tanpa Nama berkata...

setuju sesangat.....
kerajaan patut pertimbangkan balik gaji minimum PA...
Skang sara hidup tinggi.. sema nak pakai duit..
harap bukan hangat-hangat aym jer....

Tanpa Nama berkata...

Pepun kalau kenaikan bia la suma merasa jgn asyik2 kumpulan sokongan C dan D jer....
Byk yg lain da makan hati sbb gaji kumpulan bawahan melebihi atasan...
lama-kelamaan org da xbminat nk naik pangkat..masalah gak tu....
Saya Syorkan gaji Minima
Kumpulan C RM 950.00
Kumpulan B RM 1,650.00
Kumpulan A RM 1,990.00
Ni adalah angka yg sesuai untuk meningkatkan motivasi kerja..

Tanpa Nama berkata...

BUKAN CADANGAN SAJE MEMANJAAAAAANG.TAPI X DE TINDAKAN.PERLU ADA TINDAKAN PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB'TINDAKAN YANG CEPAAAAT.BUKAN LAMBAAAAAT

Tanpa Nama berkata...

Kami sebagai penjawat awam kumpulan sokongan amatlah mengharapkan gaji minimum ini diluluskan. Tidak dinafikan bahawa kumpulan sokongan penjawat awam ketika ini berada pada paras kemiskinan disebabkan kenaikkan harga barangan keperluan serta kos sara hidup semakin meningkat dari tahun ke tahun.Macam mana kita mahu berjimat cermat seperti yang disarankan oleh kerajaan sedangkan perut kita perlu di isi serta anak-anak perlukan perbelanjaan yang lebih sedikit untuk membeli makanan yang dapat memberi mereka kesihatan dan tumpuan semasa belajar.

Tanpa Nama berkata...

jangan hanya omong2 kosong untuk meraih undi pilihanraya sahaja...

Tanpa Nama berkata...

Apa pun cadangan yang dibentang jangan biarkan si ROSMAH BOTOX tu campur tangan.ini tak, hanya tau nak shopping kat luar negara je..

Tanpa Nama berkata...

mudah-mudahan impian jadi kenyataan tp kenaikan tu biar lah ikut peratus.. maksunya peratus dr basic.. jd yng lama keja rasa adil. tq