SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Februari 2011

KAEDAH LAKSANA SKIM GAJI MINIMUM MASIH DITELITI

Berita Harian
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2011/02/15


Kadar munasabah bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak


PUTRAJAYA: Kerajaan tetap akan melaksanakan skim gaji minimum bersesuaian bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tetapi kadar selain kaedah pelaksanaannya perlu dirundingkan lebih lanjut bersama mereka yang berkepentingan supaya ia dapat diterima semua pihak apabila dikuatkuasakan. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata gaji minimum tidak akan dilaksanakan mengikut sektor pekerjaan, sebaliknya satu kadar gaji minimum bagi Semenanjung dan satu lagi untuk Sabah dan Sarawak akan ditetapkan, baik untuk pekerja tempatan atau asing. “Pada sidang Parlimen Jun ini kita akan bentangkan Rang Undang-Undang Majlis Gaji Kebangsaan, yang akan mengemukakan cadangan untuk menggubal intipati Rang Undang-Undang Gaji Minimum.

“Satu Jawatankuasa Teknikal merangkumi pakar ekonomi dan isu berkaitan akan menasihati majlis ini.

“Saya yakin majlis berkenaan dapat memuktamadkan rangka asas untuk gaji minimum dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan menjelang akhir tahun ini untuk diperhalusi oleh kementerian saya sebelum dikemukakan kepada Kabinet dan seterusnya dibentangkan di Parlimen.

“Pada umumnya, kita sudah mencapai kata sepakat mengenai lingkungan kadar gaji minimum yang munasabah tetapi saya tidak dapat mendedahkannya sekarang," katanya pada sidang media pada hari terakhir Makmal Gaji Minimum di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.
Makmal tiga hari anjuran Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Bank Dunia itu menerima pandangan pelbagai pihak berkepentingan termasuk orang ramai, wakil pekerja, wakil majikan, pakar akademik, pakar ekonomi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak pekerja.

Selain itu, Dr Subramaniam berkata, agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Statistik, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) turut mengemukakan data yang dapat membantu pelaksanaan gaji minimum itu memandangkan masih ada lagi isu yang dipertikaikan, terutama oleh majikan.

Beliau berkata, walaupun rakyat dan wakil pekerja mengalu-alukan penetapan gaji minimum, majikan masih berkeras dengan pendirian bahawa sebarang kenaikan gaji atau penetapan gaji minimum harus dikaitkan dengan produktiviti seseorang.

Katanya, kementeriannya akan memilih jalan tengah bagi memastikan apa saja yang dilaksanakan berkaitan gaji minimum itu nanti dapat diterima serta memuaskan hati semua pihak manakala kerajaan berhak campur tangan bagi memastikan pekerja mendapat gaji yang munasabah.

Ditanya sama ada pekerja asing seperti pembantu rumah Indonesia turut berhak mendapat gaji minimum, Dr Subramaniam berkata, itu sudah semestinya berlaku apabila negara mempunyai dasar gaji minimum tetapi buat masa sekarang, gaji mereka masih berdasarkan kadar pasaran semasa.

Kajian Bank Dunia mendapati Malaysia hanya merekodkan pertumbuhan gaji tahunan 2.6 peratus sejak 10 tahun lalu berbanding peningkatan berlipat ganda inflasi dan kos sara hidup semasa dalam tempoh yang sama, sekali gus menyebabkan pengurangan kuasa beli bagi pendapatan setiap isi rumah.

Kaji selidik Kadar Pendapatan Kebangsaan 2009 pula menunjukkan 33.8 peratus daripada 1.3 juta pekerja menerima gaji kurang RM700 sebulan, iaitu di bawah paras kemiskinan RM720 sebulan yang ditetapkan.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

RM720 ngok die bawah paras kemiskinan...rm2000 la sakai...rm720 tu tahun bila punye statistik

Tanpa Nama berkata...

kaji saja, darh berapa kali buat mesyuarat dan kajian belum dapat keputusan hai....... nilah keadaan kita.... mesyuarat tak habis2 tapi keputusan tak dapat2 juga nasib....

Tanpa Nama berkata...

betoi3...mesyuarat je la..

Tanpa Nama berkata...

mangkuk ayun punya pengkaji.

Tanpa Nama berkata...

SELAMT MENGULANG KAJI........

Tanpa Nama berkata...

kita ni asyik kena pebodoh je dengan umno...umngok. itu pun tak serik serik...kaji le jangan tak kaji...

bila cakap soal kaji ni, bermakna kerajaan tak pernah ambil pot pasal masalah pekerja awam macam kita ni...bila dah dikritik barulah terhegeh-hegeh nak kaji...apa punya lembap pun tak tahulah...

aslemi3777 berkata...

bismillahir rahmannir rahim,cobalah gaji kami penjawat awam dinaikkan ke RM2500 keatas,aamiin...

Tanpa Nama berkata...

DG41 kata gaji ciput, cuma pegi swasta sekarang, tanya mereka yang baru bekerja. ada keja tak bersyukur, dah confirm ada elaun rumah, bagi cikgu yang lama mengajar dah lama, gaji mereka baru berapa. ? ada guru yang baru keluar keja gaji lebih kurang sama dengan guru yang mengajar 10 tahun. Orang yang dengar akan kata dia berkelulusan tinggi. kalau macam gitu patutnya bersyukur bukan asyik nak kata tak baik, nak marah lagi, berhenti keja kerajaan, pegi swasta