SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Februari 2011

KEKURANGAN STAF LAMBATKAN OPERASI BANTU RAKYAT MALAYSIA

Utusan Malaysia
4/2/2011



SAYA amat prihatin terhadap terhadap apa yang berlaku kepada pelajar kita di Mesir. Mereka ketakutan, kekurangan makanan dan juga terputus hubungan.

Maka operasi membawa keluar dilaksanakan. Namun apa yang dikesalkan ialah tindak balas dan laporan lambat oleh pihak kedutaan kita di sana. Mereka kekurangan kakitangan untuk menggerakkan operasi di sana.

Di negara kita pula, banyak Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) diletakkan di setiap jabatan kerajaan sehingga mereka ditempatkan di jawatan tidak sepatutnya. Jawatan mereka seolah-olah lambakan dalam pentadbiran awam negara.

Oleh itu, saya menyeru kerajaan mengkaji kedudukan setiap PTD di setiap jabatan. PTD yang diambil adalah mereka terpilih dan terbaik.

Oleh itu, mereka harus dihantar keluar negara kerana faktor semasa bukannya dilambakkan dalam negara sehingga mengganggu penjawat awam lain mencapai kemuncak kerjaya.

Biarlah setiap jabatan itu diketuai oleh mereka yang berada di dalam jabatan itu sejak dari awal lagi.

WARGA PRIHATIN

Kelantan

18 ulasan:

Penonton atas pagar berkata...

Ingatkan Mesir sebuah negara Islam sepatutnya aman damai....

Kenapa negara Islam rata-rata kuat berperang ya?

Agama tak boleh/dapat disalahkan. Jadi, manusialah yang patut jadi mangsa.

Tanpa Nama berkata...

Betul.! Penempatan PTD harus dikenalpasti keperluan sebenar jabatan.Satu jabatan sampai 5, 6 orang PTD pelbagai gred, nak buat apa, nak merancang apa banyak sangat? Letak ditempat yang betul-betul perlu, baru akal boleh berfikir sendiri.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS wujud mengabiskan beras. Tak guna langsung. Dh sebulan SPS dan pekerja kontrak tamat tempoh perkhidmatan, tiada tindakan pn. Mula2 menyalak la nie diam seribu bahasa. CUEPACS rubbish

Tanpa Nama berkata...

nak aman damai mcm mane...dah pemimpin kuat rasuah.bila parti islam dan menjalankan pemerintahan islam...orang islam sendiri yang tolak.

Tanpa Nama berkata...

Presiden Mubarak tu antara yg terkaya di dunia jangan x tau..ala merentah mesir 30 tahun beb mesti kumpul kaw2.. x maen juta2 beb..bilion teruss..sedangkan rakyat mesir masih ramai yg miskin, yg merempat dan x ada kerja..so x kan Penonton atas pagar x paham kut..nak aman damai guaner weh?..memang patut pon rakyat bangkit...baru tau kuasa rakyat kan????

2bz4money berkata...

Nampaknya sukar untuk CUEPACS menegur perkhidmatan PTD kerana kebanyakkan jawatan pengurusan tertinggi dikuasai oleh skim yang dilabelkan elit ini samada JPA maupun SPA. Perlu ada suruhanjaya bebas mengkaji keperluan dan pengujudan perjawatan 'versatile' dalam carta organisasi sesebuah jawatan. Isu kenaikan pangkat secara 'ekspres' pegawai skim ini telah lama diperkatakan. Beranikah Datuk CUEPACS menangani masalah ini?

Tanpa Nama berkata...

Corak pemerintahan di Mesir adalah Sirkular dan diktator sebabtulah rakyat mereka mula memberontak ia bukanlah pemerintahan Islam ramai dikalangan rakyat M'sia keliru, korupsme, kronisme yg tinggi, menjadi boneka Israel dan Amerika, sebabtulah rakyat Palestin menjadi lemah disebabkan dikongkong dan kawal oleh Pemerintahan Mesir ini, mudah2an mesir akan bangkit semula dibawah pemerintahan Islam yg sebanar lagi kuat dan adil, serta akan menjadi pembantu mengkuatkan kerajaan hamas di palestine insallah

Tanpa Nama berkata...

apa apa pon tanda tanda nya telah terlihat... islam akan datang jua ke seluruh pelusuk dunia(termasuk di malaysia),,itu janji allah..percaya lah!!!!!

Tanpa Nama berkata...

yang membawa fahaman kebangsaan tu guane weh?terkubur jugok ker???

Rahman Nanyan berkata...

kami pendukung Umno dan BN mngucapkan selamat maju jaya kepada Presiden Hosni, agar beliau tabah menghadapi dakyah pembangkang. Kami di Malaysia juga sama, pembangkang asyik menipu kononnya barang mahal dsb. Malaysia-Mesir bersama membanteras pengganas.

Rahman Nanyan Buta berkata...

kami pendukung fahaman kebangsaan iaitu Umno dan BN mengucapkan selamat maju jaya kepada Presiden Hosni,agar beliau tabah menghadapi dakyah pembangkang.Kami di Malaysia sama,pembangkang asyik menipu konon nya barang mahal dsb..Malaysia- Mesir membenteras pengganas..Duit yg ber bilion yg di miliki oleh Tuan Presiden ada lah berkat ketekunan mengumpul duit gaji beliau dan amalan berjimat cermat yg di amalkan oleh Tuan Presiden selama 30 tahun memerentah Mesir..tak ambil duit rakyat tau..tak ambil duit negara tau..tak rasuah tau..jgn tak tau..hehehe

Tanpa Nama berkata...

kerja baru 3 tahun...cap jari blum kering lagi dah naik M44...ntah tau wat ke tidak...kementerian n jabatan dipenuhi pegawai yg berpangkat besor tapi xtau wat keje...memalukan... menjatuhkan imej kakitangan awam

Tanpa Nama berkata...

kerja baru 3 tahun...cap jari blum kering lagi dah naik M44...ntah tau wat ke tidak...kementerian n jabatan dipenuhi pegawai yg berpangkat besor tapi xtau wat keje...memalukan... menjatuhkan imej kakitangan awam.

BETUL..3X. MEMANG SOKONG SANGAT-SANGAT.JANGANKAN KERJA 3 TAHUN,BELUM 3 TAHUN LAGI.. DAH DAPAT 44,UJUDKAN JAWATAN FLEKSI UNTUK MEREKA.KERJA.. HAMPEEH.KALAU MERUJUK KEPADA MEREKA LINGKUP HABIS,MENGELIRUKAN ORANG.ADA KE HUKUMAN TATATERTIB DENGAN SURCAJ PUN TAK TAU NAK BEZA.PEKERJA AWAM PUN LEBIH FAHAM DARI MEREKA. tETAPI BUKAN SEMUA, ADA PTD YANG BIJAK WALAUPUN KERJA BARU SETAHUN, CAKAP B.MALAYSIA PUN MASIH PELAT LAGI, INI YANG JENIS SUKA BELAJAR..!

Tanpa Nama berkata...

isu kekurangan staf ni serupala masa kes sosej kandungan babi dulu..isu dah lapok.. bukan itu ceritanya yang lebih penting ape guna duk pgewai2 yang besar2 mangkuk hanyun bergaji beso umoh beso bini beso takleh nak pikir ke dah kalau tahu staf x cukup buatla pengambilan takpun buat kerja lebih masa tuk tampung kekurangan yang ade bukannya membiarkan mereka2 menghabiskan duit ke luar negara guna duit rakyat tapi takley nak bagi peruntukan untuk duit lebih masa..ini semua tak perlu dibahaskan sangat bab kata nabil LU PIKIRLAA SENDIRI!!!!

Tanpa Nama berkata...

betul3x hahahaha lu pikio laa sendirii....

Tanpa Nama berkata...

hantar lebih ramai PRA ke sana, dpt melancong lagi, elaun besar lagi, dpt tiket balik percuma lagi tu. PRA sgt kommited dlm kerja mereka, gerenti beres, tak payah hantar PTD. Biar PRA jadi PTD di sana.

MOO berkata...

betul betul, PTD bnyk2 pun bukan ada guna cakap jak besar tp pengalaman tiada, dah tu tau plak malu nak belajar ngan org lama, dah tak reti buat kerja buatlah cara tak reti jangan asyik nak berlagak je ngan pangkat yg ada tapi bodoh,

Tanpa Nama berkata...

PTD dia org kuat JPA.apa - apa pn diarng ni naik pngkat cpt sbb JPA yng aturkan.isu kurng staff sepatunya KJ buat pemohonan ke SPA.bnyk org yg msh tanam aggur kt luar 2.