SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Februari 2011

SEMANGAT MUSYAWARAH DI KALANGAN PENJAWAT AWAM MAMPU CIPTA LEBIH BANYAK KEJAYAAN - FORUM PERDANA

Bernama
18/2/2011



KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Penjawat awam perlu mengamalkan semangat musyawarah dengan rakan sejawatan seperti yang dianjurkan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. dalam usaha mencipta lebih banyak kejayaan bagi organisasi dan kerjaya mereka.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang Badlishah Alauddin berkata mereka perlu mencontohi sikap Rasulullah yang menganggap sesuatu kejayaan itu adalah atas usaha bersama.

"Semangat musyawarah atau perbincangan perlu diterapkan di kalangan sesama penjawat awam yang lain untuk mencipta lebih banyak kejayaan," katanya pada Forum Perdana sempena sambutan Maulidurasul anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) di Masjid Muhammadi, Angkasapuri di sini.

Forum bertajuk "Kepimpinan Rasulullah: Aplikasi dan Penghayatannya" disertai panel terdiri Badlishah, anggota Majlis Fatwa Negeri Sembilan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan Dr Mohd Redhuan Tee Abdullah sebagai moderator.

Forum itu, yang dihadiri para kakitangan daripada seluruh jabatan dan agensi KPKK, antara lain mengingatkan umat Islam supaya mengaplikasikan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dalam pelbagai aspek kehidupan sebelum mengejar cita-cita untuk menjadi pemimpin dalam bidang yang diceburi.

Badlishah berkata Rasulullah perlu dicontohi kerana baginda berjaya menjadi pemimpin ummah yang disegani dan pada masa yang sama tidak mengabaikan peranannya sebagai pemimpin dalam keluarga.

"Antara faktor kejayaan baginda adalah kerana kebijaksanaannya dalam menguruskan pelbagai perkara. Baginda tidak sekali-kali menganggap sesuatu kejayaan itu berpunca daripadanya, sebaliknya menganggap ia sebagai kejayaan bersama," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan penjawat awam agar tidak cepat berasa bangga dengan kejayaan yang dicapai.

Pada akhir forum itu, kontinjen KPKK menerima hadiah setelah menjuarai pertandingan Perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada Selasa lepas.

-- BERNAMA

40 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gaji PA rata-ratanya rendah-rendah belaka. Macamana mau ada semangat?

Kerajaan patut adakan seminar ajar PA bagaimana wujudkan semangat musyawarah dalam keadaan gaji rendah.

khz77 berkata...

Aku setuju dengan pendap diatas..Gaji rendah mana ada semangat, hari nie 3 orang pemandu pi buat kerja luar nak cari pendapatan lebih so aku yang kena bawa ambulan...Kalau tak izinkan anak bini nak makan apa...gaji RM 1250...Nak sara 4 ke 5 orang anak...manakala isteri tak bekerja...Aku kesian tengok diaorang nie...Walaupun aku yang incharge pun berperi kemanusian...

Sam berkata...

Orang kerja untuk dapatkan rezeki dan memang tak dapat dinafi rezeki datang daripada Allah.
Tetapi jika gaji 10 sen tetapi keperluan dan tuntutan persekitaran 20 sen dan pemerintah menuntut supaya bermusyawarah - mana boleh Beb!
Ce buat macam ni...pemerintah yang mencadangkan mesyuwarah jangan dibayar gaji; aku rasa tak nak dia orang jadi pemerintah!

Tanpa Nama berkata...

disyorkan, kerajaan wujudkan pinjaman peribadi tanpa faedah kepada kakitangan awam tetap/kontrak/sambilan untuk mengimbangkan penularan pinjaman ALONG yang semakin rancak. AMACAM ADA SIAPA YANG SETUJU???

kassim baharum berkata...

sepatutnya sebagai PA kita jgn membantah lansung apa yg diputuskan pemimpin. BN dh bagi kerja jd sila bersyukur, marilah kita semua sepakat memenangkan BN PRU nnt, jika pembangkang menang nescaya negara akan dijual ke Israel.

Jgn percaya fitnah pembangkang mengenai barang x cukup la, mahal la, semuanya berniat nk menang PRU. x mcm BN yg bertanding semata2 kerana keikhlasan dan kejujuran yg tinggi

Tanpa Nama berkata...

fitnah kepala hotak kau....kau ingat rakyat buta ke tak tgk harga barang makin hari makin naik...susah kalau bercakap dengan pengampu2 ni...huh!BN ke NB ke B ape sekalipun kene alert benda2 macam ni...kalau tak jangan jadi pemimpin kalau asyik nak kayakan kroni-kroni je...rakyat dibiar hidup susah...

2bz4money berkata...

Lontaran ide yg bernas, kreatif dan inovatif hanya dapat dicetuskan via semangat musyawarah. Ini juga dpt mempercepatkan proses transformasi negara. Namun masih terdapat kekangan yg agak jelas disebabkan 'status quo', PA yg tidak kompeten dan ego serta tidak sanggup berubah dan tidak memiliki kepakaran yg betul. Kebanyakkan pentadbir pejabat yg agak konservatif dan berfikiran 'dormant' perlu diganti!

Tanpa Nama berkata...

begong betoi la kassim baharum ni....

Tanpa Nama berkata...

BN KE ATAU PAKATAN RAKYAT ITU ITU SEMUA PARTI POLITIK YG BOLEH KITA TUKARKAN SETIAP KALI PADA 5 TAHUN SEKALI PADA PILIHANRAYA.ITU KITA KENA GUNA KEBIJAKSANAAN KITA DALAM SEBUAH NEGRA DEMOKRASI INI.

YANG PENTING MANA SATU YG LEBIH DAPAT MEMBERI KEBAJIKAN KEPADA PENJAWAT AWAM, DENGAR CERITA PAKATAN RAKYAT MENAWARKAN RM500 KPD GURU BAGAIMANA PULA PA YG LAIN

Tanpa Nama berkata...

Kalau guru dpt naik rm500....alamak syoknya. Kita tunggu dan lihat. Pangkah dalam pilihanraya mesti berkongsepkan "menang-menang".

Tanpa Nama berkata...

Asyik naik gaji guru2 ja...gaji PA yang lain tak naik pun...guru gaji dh byk, nk tambah apa lagi...patutla cikgu2 la ni naik lemak belaka...
PA lain makan hati, keja pun tak semangat...

Tanpa Nama berkata...

Wah RM500 kenaikan tu banyak juga kalau dinilai buat masa ini lepas bayar duit kereta atau duit bil-bil bulanan lain.

Sekarang ni cuba pegi kedai tengok susu pun dah naik susu FN dah naik RM3.00, susu yg murah dan berlemak sawit pun dah naik dekat RM2.70, kata tokeh kedai sekarang barang pun banyak tak ada sebabtulah harga dah mula naik macam mane penjawat awam ni nak teruskan kehidupan dengan kenaikan2 tersebut.

Saya tanya macam mane ni semua barang naik,
Kata tokeh kedai pula kalau mau itu ekonomi kasi baik ini kali undi mau kasi tukar la, saya terkejut juga dengar katanya tu

cikgu halimah berkata...

saya pun guru, menolak tawaran rm500 tu. jika ianya dr BN barulah kita akan terima. boleh blah la PR....!!! HIDUP uMNO, bn SELAMANYA DIHATIKU

Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu....

Tanpa Nama berkata...

Cikgu halimah, kalau U taknak RM 500, you bagi saya sahajalaa apa susah.

Tanpa Nama berkata...

Aku belum pernah jumpa cikgu bodoh macam ni.

Tanpa Nama berkata...

"LAUNGKAN LALUAN KERJAYA UNTUK SEMUA" lebih adil dan saksama utk semua PA

Tahukah kalian, doktor, farmasi n doc gigi lepas kerja 10-14 tahun dah melompat ke gred 52-54 dgn gaji 7-10k pada umur 32-34 tahun jika start keja pd 25-26.

Tanpa Nama berkata...

GOLONGAN PTD PUN SAMA..KEJE DALAM 3 TAHUN GRED 44, 6 TAHUN GRED 48, 10 TAHUN GRED 52/54 ... TAK CAYA GI LA TANYA JPA...BERAT SEBELAH...mana aci gini...kat india la jawanyer

Tanpa Nama berkata...

saya sokong laluan untuk semua kerjaya....apa kata kita tubuhkan persatuan baru untuk memanjangkan memorandum ini...sure ramai yang sertai...kot kot..1 juta org..

Tanpa Nama berkata...

selagi pihak JPA dikuasai oleh golong elit ini P_D , mustahil bagi skim yg lain untuk merasai kenaikan pangkat yang sama rata mahupun adil...ada ker patut...minaci..betul la... politician tolong la bantu...ubah sikit jentera atasan kerajaan ni... kata 1malaysia....ha..kotakan lah... kee..bersetongkol...???

proff berkata...

saya nak mohon jadi ptd boleh tak? saya ada phd dalam bidang sains politik....saya nak cepatlah naik pangkat...naik gaji...lepas dari masalah kewangan yang bergelora nie... boleh tunjuk saya jalan tak...camne nak mohon tuh? dr..prof madya

Tanpa Nama berkata...

ptd tu stand for what? besar ke gaji nyer?

Tanpa Nama berkata...

memang itulah kerja pegawai2 atasan ini mereka akan fikir terlebih dahulu skim atau gred mereka terlebih dahulu,sebagaimana saya diberitahu seorang kawan yg berada dalam kumpulan mereka ini,

mereka kadang2 anjur metting untuk fikir cara mana nak naik lagi gred mereka, termasuklah tambah cawangan2 yang baru dengan alasan yg boleh diterima oleh JPA sebab itulah gred2 mereka cepat naik, dan sengaja ditambah lagi kekosongan untuk diisi,

orang bawah hanya jadi mangsa bila alasan perlu tingkatkan produktiviti, nak klaim pun payah kerana mereka dah dulu atur untuk klaim2 mereka sebab budjet kewangan tak mencukopi, inilah realtynya

PA Bawahan berkata...

Itulah dia PTD ............Memuaskan nafsu mereka sahaja. PA yang lain suruh kerja mati-matian. Mereka baru kerja 5 tahun dah naik gred, kita ni PA yang bawah ni nak tunggu KUP pun 15 Tahun, baru nak merasa naik gred, itu pun ciput..........
PTD ni asyid fikirkan Kenaikan pangkat dan elaun sana dan elaun sini mereka sahaja tanpa memikirkan PA yang di bawah ni.

Tanpa Nama berkata...

PTD Anjing la, PTD Babi, PTD Dajal......slow work...big talk....big ego...big salary...but nothing from PTD...i dont see any improvement from PTD...only megarah orang sahaja...Babilah PTD

Tanpa Nama berkata...

kasim baharum n cikgu halimah..
adalah pengampu n pencacai BN..
sanggup menidakkan kenyataan..

sah2 harga brg naik ble kata x naik..tipu org x sekolah ble la..

xpayah la nak ampu sangat ..apa ko dapat?
ada dia bg bonus?
ada bg naik gaji?

skrg sumber maklumat byk..org ble menilai la beb..kalo ko duk baca utusan malaysia,tgok rtm n tv3 memang hari2 kena perbodoh ngan BN..akai ada?

Tanpa Nama berkata...

JOM MARI PAKAT RAMAI2 HANTAR MEMORANDUM PD CEUPACS DAN JPA AGAR "LALUAN KERJAYA YG ADIL UTK SEMUA PA" DPT DI REALISASIKAN. . . .,

"LAUNGKAN LALUAN KERKAYA YG ADIL UTK SEMUA PA" INI ADALAH PERJUANGAN YG MURNI DAN ADIL DR SEGI ISLAM. . .

LAUNGKAN, LAUNGKAN, LAUNGKAN. . .

Tanpa Nama berkata...

kasim baharum dan cikgu halimah mengong..

Talib berkata...

cikgu halimah dan kassim baharum adalah contoh beberapa PA yg bijak mengunakan akalnya. Inilah PA contoh, wajar sekali jika mereka diberi APC atas jasa dan kesetiaan kepada negara.

Lain2 PA sila la muhasabah diri, ingat gaji kita dibayar dr kantung BN. Bersyukur dan undi BN utk membalas jasa. Jika tidak, sia2 lah pengorbanan, kemiskinan dan air mata pemimpin Umno demi rakyat sekelian.

Tanpa Nama berkata...

Lg sorang, talib. . . talib.!
aku yg sokong umno pun tk jd kaki bodek tahap gaban mcm kau!

SEDARKAH KAU TALIB, KALU BN TK DGR KELUHAN MAJORITI APA YG PA MAHUKAN, ALAMATNYA LINGKUP LAH BN TU. . ADA PAHAM?

WALAU AKU PENYOKONG BN TAPI AKU TAU REALITI SEMASA SKRG. . BUKANNYA PENYOKONG MCM LEMBU CUCUK HIDUNG! KAU NK JD MCM TU KE BROTHER?

Syed Abu Bakar Syakran berkata...

Cerita ikut sunnah NAbi SAW; suruh musyawarah...

Nih, tak nak ikut ke hadith yang mengatakan "Bayarlah upah sebelum peluh orang tu kering?"

Bayar tu bayarlah tapi setimpal dengan keaaan semasa dan kerjanya....

Naik gajila....ada faham...???

Tanpa Nama berkata...

woi...woi....bwtui ka gaji cikgu naik rm500..bila naik...dah lama ka..?bestnya jadi cikgu..

Tanpa Nama berkata...

Hahhhh...apaaa....?..gaji cikgu naik lagi ka...rm500...?...wow...byak tu...bila naik..?aku pun cikgu juga...bestnya...tq kerajaan...

Tanpa Nama berkata...

Hoooooyyyooooo....rm500 tu banyak oooo.....aku cikgu juga la...kerja cikgu memang relax...satu hari 2 jam je ngajar...yang lain buat MLM...Fb......best la...

PA Veteran berkata...

Sudahlah ..............kaki menyamar, carilah Blog lain.

Tanpa Nama berkata...

ala yg dapat habuan selalu, cikgu, polis, warga negeri pahang. balik2 diorg je yg dpt. takde lain.

Tanpa Nama berkata...

jgn jadi pengampu BN la talib oi..

ko cakap gaji PA dr kantung BN?
ko gi sekolah ke x ni?

gaji PA dari hasil negara la..cukai,petroleum,balak..mcm2 la.

bukan dr duit yuran ahli BN ya cik talib..
bukan dr harta wasiat org2 BN..
bukan duit gaji najib atau menteri2 BN..

kalau nak cakap sekolah dulu la..

Tanpa Nama berkata...

sebab tu rakyat malaysia kena buat perubahan..moga2 PR akan lebih adil dalam menjaga kebajikan rakyat tidak seperti BN yg membantu rakyat kerana ada muslihat demi utk mengekalkan kuasa..hari pertama PR mengambil alih Putrajaya saman ekor di mansuhkan..kereta akan lebih murah dgn formula baru sistem percukaian kenderaan dan penurunan harga rumah dgn harga yg lebih munasabah berbanding harga yg begitu mahal skrg ni..juga mengambil alih konsesi air..air adalah kemudahan asas beb bukan untuk cari untung...

Tanpa Nama berkata...

AYUH MARI KITA SAMA-SAMA BUAT PERUBAHAN PADA KALI INI AGAR ADA PERUBAHAN BESAR PADA SEKTOR AWAM INI TERUTAMANYA KEARAH PENDAPATAN YG LEBIH SELARAS DENGAN KOS SARA HIDUP, SERTA BENAR2 KOMPETITIF DENGAN SUMBANGAN SEKTOR AWAM DALAM PEMBANGUNAN NEGARA, YG SEWAJAR DIBERI PENGIKTIRAFAN.

Tanpa Nama berkata...

PRU13 dah dekat kawan kawan..BN x brani nak naikkan minyak ron95..sila tengok berita(awani lah kwn2 bukan rtm.. x pernah tgok rtm skrg..hehe)!!!..tau takut ke rakyat ek..kalau BN naikkan juga minyak dia akan di belasah kaw kaw oleh rakyat di peti undi..

Tanpa Nama berkata...

Dari lapuran ekonomi di media sumber alam anugerah tuhan iaitu Gas dan Petrolium telah memeberi keuntungan yg besar kepada petronas disebabkan kenaikan harga dipasaran, mudah2an keuntungan pemberian tuhan itu diharap dapat dilimpahi juga kepada sektor awam dan rakyat umumnya,

tapi ? saya tidak ada sebarang syer pelaburan dalam sektor itu muka macam saya macam mane nak dapat saham tersebut, bank pun mungkin sangup bagi kalau benar dapat saham tu,

tapi bila diapungkan dibursa yang saya nampak org2 tu aja kat depan yg biasa keluar pasal ekonomi dan keuntungan pelaburan bank.