Bernama
8/3/2011
8/3/2011
PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) -- Perana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta penjawat awam agar tidak melihat kepuasan bekerja dari sudut material semata-mata tetapi sebaliknya menilai sumbangan mereka yang membawa kebaikan kepada masyarakat dan negara.
"Inilah kepuasan yang paling abadi kepada diri kita apabila khidmat bakti kita itu membawa kepada kebaikan. Lebih-lebih lagi atas konsep ibadat dalam Islam yang sangat luas," katanya.
"Bekerja bertungkus lumus dengan penuh dedikasi dan integriti adalah juga ibadat dalam Islam dan sudah pasti apa yang kita lakukan dengan ikhlas itu, InsyaAllah akan dapat ganjaran daripada Allah," katanya pada majlis Persaraan Perbendaharaan 2011 di sini hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau mendapat kepuasan bekerja apabila melihat setiap menteri dan anggota pentadbiran begitu mementingkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing.
"Walaupun ada yang meminta maaf mengatakan terdapat KPI yang tidak dapat dipenuhi kerana di luar kawalan kementerian namun saya yakin menteri itu tahu usaha dan kerja yang dilakukan itu ada dikaitkan dengan apa yang patut dicapai secara makro bagi sebuah kerajaan," katanya.
Najib berkata KPI yang dicapai sekiranya digabungkan pasti akan menjurus ke arah pencapaian yang diingini bagi negara secara keseluruhannya.
Majlis tersebut adalah bagi meraikan 40 anggota Perbendaharaan yang bersara wajib dari April 2008 hingga 6 Mac lalu.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
-- BERNAMA
"Inilah kepuasan yang paling abadi kepada diri kita apabila khidmat bakti kita itu membawa kepada kebaikan. Lebih-lebih lagi atas konsep ibadat dalam Islam yang sangat luas," katanya.
"Bekerja bertungkus lumus dengan penuh dedikasi dan integriti adalah juga ibadat dalam Islam dan sudah pasti apa yang kita lakukan dengan ikhlas itu, InsyaAllah akan dapat ganjaran daripada Allah," katanya pada majlis Persaraan Perbendaharaan 2011 di sini hari ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata beliau mendapat kepuasan bekerja apabila melihat setiap menteri dan anggota pentadbiran begitu mementingkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing.
"Walaupun ada yang meminta maaf mengatakan terdapat KPI yang tidak dapat dipenuhi kerana di luar kawalan kementerian namun saya yakin menteri itu tahu usaha dan kerja yang dilakukan itu ada dikaitkan dengan apa yang patut dicapai secara makro bagi sebuah kerajaan," katanya.
Najib berkata KPI yang dicapai sekiranya digabungkan pasti akan menjurus ke arah pencapaian yang diingini bagi negara secara keseluruhannya.
Majlis tersebut adalah bagi meraikan 40 anggota Perbendaharaan yang bersara wajib dari April 2008 hingga 6 Mac lalu.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
-- BERNAMA
44 ulasan:
Sebagai PM, suruh dia terima gaji RM5000 dan guna tambang ekonomi bila naik kapal terbang, tengok dia masih dapat mentain kepuasan sebagai PM tak?
Ramai PA bergaji statik di tangga maksimum bertahun-tahun lama. Langsung tiada motivasi. Mana datang kepuasannya?
Nampaknya kerajaan kita betul-betul miskin sehingga PM kita perlu harapkan TUHAN bayar ganjaran kepada PA.
Nak bonus nak naik gaji? Tunggu sampai akhirat la.....
Waaah kalau dgn PA bukan main bermadah lagi tapi kalau dgn FELDA diberi macam2.
“Selesaikanlah masalah rakyat sebelum kesusahan menimpa mereka, Bahagiakanlah hidup rakyat sebelum semua dapat hidup bahagia“.
woi PM kami org ni gaji kecik ler..dah la brg asyik naik jer..mcmne nak idup..PM gaji besar boleh la..caube idup dalam keadaan kami ni..hampehhhhhhhhhhhh
Saban tahun kita membelanjakan jutaan wang ringgit untuk menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W peringkat kebangsaan , negeri, daerah dan peringkat kampung dan sebagainya. Alhamdulilah satu usaha yang baik untuk kita memperingati perjuangan Rasulullah S.A.W. Masjid-masjid dan surau-surau rancak menjemput para ustaz untuk memberi ceramah tentang sirah nabi yang kita sayangi.Kita diceritakan tentang kehebatan akhlak, kepimpinan nabi dan kesederhanaan dan sebagainya. Nabilah contoh ikutan kita yang terbaik dalam semua aspek kehidupan.
Alhamdulilah kalau kita sebagai pemimpin dan rakyat mengaplikasi akhlak Rasulullah di dalam sistem pemerintahan dan kehidupan seharian kita maka tidak akan wujud lagi penyalahgunaan kuasa, penipuan, pecah amanah, rasuah dikalangan pemimpin dan rakyat. Kalau kita mahu jadi pemimpin kepada rakyat jadilah pemimpin yang betul-betul berintigeriti dan jalankan pemerintahan mengikut lunas-lunas islam.
Kita merasa bertuah kerana menjadi rakyat Malaysia kerana Allah mengurniakan rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah kepada negara dengan hasil buminya.Besar kemungkinan jika sistem pemerintahan yang benar-benar berintigeriti tidak akan ada masalah kemiskinan dan kemelaratan.
Mari lah kita sama-sama insaf sebagai pemimpin dan juga sebagai rakyat bawahan adakah kita benar-benar telah menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang sebenar-benarnya sebagaimana yang telah ditunjukan contoh dan ikutan kita junjung besar Nabi Muhammad S.A.W.
Mohon ampun dan maaf sekira terkasar bahasa dan menyinggung perasaan mana-mana pihak.
JEBATAKDURHAKA.
Pm laen la minyak pun tak kena bubuh, makan pun orng tloong bayarkan,,, mcm kami mana la cukup gaji yang ciput ni... ket felda ang boleh bg mcam2, ingat km PA ni tak dak perasaan ka....
kua ... kua ... kua ...
hadiah gula-gula baru dpd PM kepada prsden cupec mamak omar.
Suruh PM tinggalkan JPM dan duduk kat kat rumah usang satu bulan.. baru dia tahu apa tu materialistic...
klu nak bonus dari tuhan x payah kerja pun dapat... dduk rumah je... mmg dapat bonus... kat berita cakap macam2.. kata ekonomi negara meningkat la.. apa la.. semua nya meningkat... tp gaji x mau bg naik... barang bg naik.. mnyak kasi naik.. nie ke yang dikatakan rakyat didahulukan... duit rakyat didahulukan adalah... semoga PRU tahun depan ko kalah najib...
kah..kah..kah..sy fikir ramai PA dan juga bukan PA akan turut sama gelak sakan seperti mana saya gelak bila baca saranan PM yang macam lembu longlai itu...
1) nak nasihatkan orang bawahan, baetulkan yang atas dulu..jangan jadi ketam ajar anak jalan betul..dengan artikel itu, tdk perlu di baca isi, baca tajuk sudah cukup untuk gelak sampai pecah perut!!! kah..kah..kah..kah..
2) buat sesuatu mesti bermotivasi..apa bentuk motivasi untuk PA yang perlu hidup di zaman Barang Naik ni? jawapannya 'material'...kerana apa? kerana untuk mengimbangi kenaikan harga material yang makin mereng...
apa punya turr la pemimpin yang 'bijak' keluarkan kenyataan sebegitu...
BLAH RRR..NAJIB....
Bukan mudah nak berubah dalam suasana keterpaksaan..Amanat PM tsbt jgnlah pula kita jadikan serangan peribadi. PM memikul amanah sbg pemimpin dan tanggungjawab utk dibawa hingga ke akhirat. Agenda transformasi perlu digerakkan via top down..
Sudahlahhhhhhh Najib, Cakap tak serupa Bikin.
najib cakap je lebih,nak buat ni nak buat tu,tapi PA ada masalah tak layan pun,mintak naik gaji lama mana doh,suruh najid jadi PA gred17 blh setahun guana gok dia rasa.dia cari tak kepuasan material,rasa gaduh saja dengan bini sebab dok cukup makan.
jid, bila gok mu nak naik gaji PA,atau pun mu buat pelarasan gaji lama doh PA dapat gaji kecik,jid tak apalah semuanya free.gaji pun tak habis makan doh seluar dalam berapa ratus sehelai.
apa kata najib try dulu sebulan idup mcm org biasa..terima gaji sebulan dlm rm 1500...duduk umah sewa...naik keta sendiri...masak makan sendiri... try ekjas tgk cukup ke duit byk tuh?????? aku rasa blanja kosmetik rosmah jek dah 10 ribu sebulan.....cakap guna akai jgn ikut sedap mulut jek
ha.....baru kamu tau,,,, ha.... tapi kamu masih sokong juga ha.....
jangan materialistik konon! pendapatan puluh ribu, ratus ribu sebulan boleh le cakap...semua benda pulak freee...elaun pulak ada pelbagai elaun..cakap sedap la...cuba duduk di tempat penjawat awam sekali..guna pulak gred N1 ke, N17 ke, rasa tengok mulut kelat tak sementara nak sampai hujung bulan?
cakap macam tak ada pengalaman langsung jadi orang susah? hee..tak perasan pulak najib mmg tak pernah susah..
jom, pangkah PKR pada pru 13 nanti. biar najib tahu kesatuan kehebatan PKA
99% PA kekal bersama BN biar apa pun terjadi, kami yakin kepimpinan Dato Seri. Kita bersama mengharungi zaman gawat ini, kami sedar para pemimpin Umno turut bersama rakyat merasai keperitan hidup, jadi eloklah kita bersyukur kerana BN sentiasa membayar gaji kita
paku dulang paku serpih kalau nak nasihat orang pun...cermin la diri sendiri dulu...
sapa yang materialistik kamu kah kami pa ni?,kami nak pegi keja takkan nak pakai bas je,kami beli keta itu pun berapa je harga,kami nak berteduh kami terpaksa beli rumah,takkan menyewa memanjang,patut kamu renung diri diri kamu sendiri najib,sekarang dunia semua perlu WANG,kamu senang la cakap,kamu bagi arahan je semua datang,kami ni dah kecik gaji,beban tanggungan merata-rata,kalau nak cakap bab materialistik bgs kau nasihat bini kau dulu..
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
apa kata najib try dulu sebulan idup mcm org biasa..terima gaji sebulan dlm rm 1500...duduk umah sewa...naik keta sendiri...masak makan sendiri... try ekjas tgk cukup ke duit byk tuh?????? aku rasa blanja kosmetik rosmah jek dah 10 ribu sebulan.....cakap guna akai jgn ikut sedap mulut jek
aku setuju zainab ni dok bawah tempurung kerr
xsedar lagi bnyak yang kerajaan BN buat untuk kepentingan diri sendiri pernah dengar orang dok hotel semaLam 100k pakai duit rakyat plak tuu.........
kalau kita zaman ini nak ikut contoh spt pemimpin Iran Ahmadenijad seorang yg berkehidupan sederhana sebagai pemimpin, begitu juga didalam negraa kita M'sia contohnya Tuan Guru Niki Aziz, yg lain tu kita kena pastikan apa yg dicakap benar dilakukannya atau bersikap pragmatik dalam pelbagai situasi
Atau adakah ini dipangil seorang pemimpin yg bijak atau jujor
Materialistik..wakakkakakkaa...
BAk kata pepatah, berkokok bederai2, pungkoq penuh tahi...
JAngan syok meludah kelangit, kelak masuk balik dalam mulut sendiri...
materialistik????hmmm...macam tu PM kalau dtg majlis2 tak yah lah dihidangkan makanan mewah...majlis besar2...datang untuk berucap sudah..selesaikan kerja...tak payah adakan sambutan besar2..tak payah lah org2 bawah ni terkail2 nak uruskan macam2 prosedur sambutan yang berbelanja besar tu.hai...rakyat materialistik bukan untuk diri sendiri...tapi pembangunan keluarga..kita bukan sebut materialistik..tapi keperluan...semua benda harus dibayar...bukan dapat free sahaja..
jangan merugut pasal gaij rendah tak cukup BUAT LA PERUBAHAN.. KITA TRY DULU BRU KTA TAHU HEMPEDU TU PAHIT KA MANIS KA..
cakap bolehla...gaji besar, kemudahan mcm2 dpt, mkn pun bnyk ditanggung free..Ni kita org..keje memanglah ikhlas tapi bayaran kena la setimpal.kalu harga barang n minyak xnaik no halnye.Ni...dah berhempas pulas semata-mata nak jimat..apa punya manusia tak memikir masalah orang lain.Ingat semua PA kaya n senang macam diakah?
huh bagus betul idea PM kita ni.Syabas!Apa kata kalu PM jalankan tugas tu tanpa terima sebarang bayaran.Ceramah atau apa2 program x perlu keluarkan belanja memadai setakat air mineral 500ml sebagai pengalas kekeringan tekak.Dan jadikan tanggungjawab tu sebagai satu Ibadat.Sudah pasti rakyat lebih rasa gembira dan ddiberkati Allah sentiasa.Barulah adil buat semua.Betul tak rakan2.Padahal semua dah sedia maklum...keperluan kita ni memang berkait rapat dengan RM.Boleh ke beli rumah bayar dengan daun2 pokok?Bila PA merungut macam2lah dicopnya...Bilakah masalah PA ni menemui jalan penyelesaian yang menggembirakan...?
siapa yang tidak bersyukur bn bayar gaji, tapi kan kerja teruk-teruk bayar gaji hanya RM700 sebulan apa namanya tu...anak-anak 4-5 orang dikasi makan, menyekolahkan mereka lagi...cukup kah gaji RM700.saya rasa siti zainab ni perempuan belaan najib kot bulan-bulan dibagi puluhan ribu itu lah tidak terasa hidup susah.jangan pernah kata PA ni materialistik PA pun manusia biasa yang perlukan sedikit kelebihan dalam hidup apa lagi pada masa sekarang ini semua harga barang-barang naik minyak kereta naik segala-galanya naik. Tapi bagi mereka-mereka yang yang bergaji besar cakap pun besar renung-renungkan nasip kami yang tidak berapa bernasip baik ni....jangan terlalu mengampu kepada mereka-mereka yang tak berhati perut (najib & ahli sihirnya rosmah c raja botox) melawan hasil ciptaan Tuhan...hahahhaa puiiiii....
PILIHAN RAYA UMUM JUN 2011, AMACAMMM??? KITA TUKAR PM!!
setuju sangat-sangat ini lah masanya kita tukar pm.
kerana nak jaga dan ambil hati rakyat...PA jadi mangsa...per PA bukan dari kalangan RAKYAT juga ke?
Tuan2, pernah kah kita terfikir, kenapa Kerajaan/PM jarang pikir ttg rakyat susah/pa gaji rendah?
Kerana PM@ majoriti pemimpin BN ini asalnya dari keluarga senang..PM 1st sampai PM ke enam semuanya anak pembesar.Najib anak PM jgk.bila masa hidup susah?Menteri pulak..anak bekas pembesar jugak.dah biasa hidup senang, takkan nak ingat kat kita yg susah ni...
demokrasi spttnya kerajaan rakyat utk rakyat,bukan nak kata apa tp kalau pemimpin mmg asal mewah dan hidup mewah...inilah jadinya...pikir2kan...PRU 13 trylah ubah....
MINTA PM LAWAT RUMAH KAKITANGAN KERAJAAN KUMPULAN SOKONGAN. TENGOK KECIK KE.. BESOE KE...BANYAK MATERIALKE. JANGAN NAK LAWAT RUMAH FELDA JE..DAN ASYIK KELUAR NEGERI JE..KALAU DATO' LAWAT RUMAH SAYA SAYA AKAN GANTUNG SEKALI RESIT PAJAK GADAI YANG TA'DAPAT DITEBUS DAN SURAT UTANG CETI. ELOK JUGA RASA DUDUK DENGAN KAMI SELAMA SEHARI SEMALAM DENGAN DATIN. TENGOK LE APA KAMI MAKAN. LAUK KERANG KONGSI 5 SEORANG DENGAN ANAK BERANAK.
TAK TAHU NAK CAKAP... GAJI MINIMA BARU KERJA PALING BAWAH rm1000... KALU KERJA LAMA BANYAK LAGI LAA..! CUMA KALU BERHUTANG BANYAK.. BELANJA MELEBIHI PENDAPATAN MAKA TAK CUKUP TAMBAHAN TANGGONGAN MAKIN BANYAK.
dICADANGKAN PA YANG TAK CUKUP GAJI TUU BERHENTI JADI PA.. DAN BUAT KERJA LAIN AMACAM.. BOLEH SETUJU KE?
SETUJU DENGAN N27. KADANG-KADANG KITA BERCAKAP KITA KENA SEDAR APA YANG KITA CAKAPKAN. KALAU TAK SEDAR, MEMANG KENA SUMPAH SERANAH DENGAN RAKYAT. YERLAH KATA RAKYAT DIDAHULUKAN. TAPI INDAH KAHABAR DARI RUPA.
kta dok bising2 dalam blog ni, PM baca tak? Pak Omar baca tak? TPM baca tak? kalau tak baca tak guna gak.... penat je naip nih....
nak tau, PM ni dia nak rakyat nampak pa yg dia buat jer... sedangkan kita yang pelaksana kerajaan ni dia tak nak tolong. dia tolong rakyat... y mana ayatnya kuar lebih kurang mcm ni... " PM setuju untuk keluarkan bantuan kepada rakyat di kampung, bandar, kawasan..." baik tol PM... bantuan tu direct dari dia kepada kampung, bandar, kawasan... tak perlu melalui kita... itu pasal kita punya peruntukan dikurangkan...
nak beli kertas untuk berkhidmat untuk rakyat pun susah... dulu senang je nak tolong pelanggan potostat sijil ke, x yah pergi ke kedai potostat n kembali semula... kita pun pentingkan rakyat, tp peruntukan dah xda, camner nak tolong rakyat...
xperla biar nama PM je yang ok! nam PA x ok xper....
tp tunggu kalo suma PA x sokong kerajaan lagi baru tau langit tinggi ke rendah!
terkenang zaman Pak Dir n Pak Lah... nice if either 2 of u stil a PM....;)
alahai PM kenapa ler PM ni suker buat lawak bodoh biler setiap kali PA mintak kenaikan gaji atau bonus tahunan........orang 2 atas ble duduk diam biler barang naik.....duit diorang macam air hujan masuk dalam poket kitaorang ni nak makan pon susah.....ooooo PM sebut pasal keagamaan yer.....kalu macam tu pemimpin yang pentingkan diri sendiri pon sepatutnya tak perlu jadi pemimpin dimasa akan datang.....moga ALLAH beri balasan setimpal....amin
PM LAHIR DAH JADI ANAK MENTERI CUBA LAHIR DULU KELUARGA PETANI ATAU PEKERJA BURUH...
Kalau tak material mcm mana nak hidup zaman sekarang?nk bercucuk tanam?Tanah,bukit,hutan dah habis diratakan dok buat rumah mewah,projek sana sini nih.Dulu kalau tak der kerja,org tua kata nk bagi anak org mkn pasir ker?Tapi sekarang pasir pun mahal wooo..asyik gaduh kata curi pasir..itulah perubahan zaman..jd zaman sekarang kita perlu material.Kalau tak material tak der ler peningkatan hidup.Tak kan asyik zaman itam putih jer.PM pun tak kan asyik nk guna baju yang sama pegi majlis2..kira material jugak ler tu.Saya rasa lah..baju PM tu kalau dikira harganya lebih dari gaji saya sebulan tau.Tak kan PM nk pakai baju lelong kat chow kit tu..gerenti tak nk punyerrrr
Orang kalau dah senang memang nak senang lagi, kau orang sebagai orang kerajaan sepatutnya dah bersyukur dengan apa yang enkau orang ada.
Jangan lah kalian hanya dok mendongak keatas aja sekali-sekala tunduk lah sama lihat kami-kami yang kat bawah ni..yang kerja hanya cleaner, security, tukang sapu sampah kat jalan raya dan lain-lain lagi kerja yang kau orang sendiri sebelah mata pun tak nampak.
Apa engkau orang semua ingat kami kat bawah ni buta ka, tak nampak quality kerja kamu orang semua. Wah bukan main minta bonus sampai dua bulan. Bangsat sungguh pemimpin cuepac tak habis-habis tuntut itu dan tuntut ini hanya nak jaga kedudukan nya sebagai pemimpin kamu orang. Bila mana harga barang naik siapa yang lebih terasa bahangnya. Kalau kamu orang rasa apa yang kamu ada sekarang tak pernah cukup, ubah lah sikit gaya hidup engkau orang. Negara Malaysia yang maju ni bukan bermakna engkau orang boleh tunjuk yang engkau orang dah maju, engkau orang tak boleh nak ikut gaya hidup cina yang sememangnya dah maju sebab dia orang tu berniaga kalau kuli sekali pun bukan kuli yang jenis yang pakai proton letak ekzos besar-besar bagi orang nampak hebat macam ferrary. Mereka hidup lebih berhemat dan hidup mingikut ukuran yang mereka ada .Jadi yang kerja makan gaji tetap kuli maka hendaklah hidup cara kuli dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.
Catat Ulasan