SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 April 2011

KERAJAAN PERLU PRIHATIN ELAK DOKTOR BERHIJRAH KE SEKTOR SWASTA

Berita Harian
2011/04/23



SAYA amat bersetuju dengan pendapat ‘suami doktor’ yang disiarkan dalam ruangan ini bertarikh 13 April lalu dan ‘insan simpati’ pada 20 April lalu.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Saya juga suami kepada seorang doktor dan sebagai suami sudah pasti saya berpeluang merasai satu pengalaman yang mungkin tidak akan dirasai oleh suami lain. Sebagai seorang doktor yang berkhidmat di sektor awam sudah pasti isteri saya juga terikat dengan masa kerja yang cukup panjang antara 30 hingga 34 jam sehari. Pengalaman isteri saya yang berkhidmat di sebuah hospital daerah cukup memenatkan sekali, terutama pada waktu giliran ‘on call’ kerana pada waktu itu hanya seorang doktor saja yang terpaksa mengawal sebuah hospital daerah.

Keadaan ini berbeza dengan hospital besar, kerana doktor ‘on call’ bertugas secara kumpulan mengikut jabatan masing-masing. Bayangkan bagaimana isteri saya dan doktor lain yang bertugas pada waktu itu. Semua tugas perlu dibuat untuk menjaga semua jabatan di seluruh hospital pada waktu ‘on call’.

Bagi memudahkan urusan penjagaan anak kerana saya juga seorang penjawat awam terpaksa bertolak ke tempat kerja selepas waktu subuh, sedangkan pusat asuhan kanak-kanak lewat dibuka, saya akan mengusung bantal dan tilam serta pelbagai barangan keperluan anak dan peribadi untuk bersama-sama dengan isteri di sebuah bilik ‘on call’ di hospital.

Begitulah rutin kami anak beranak setiap kali isteri saya ‘on call’ termasuk hari minggu. Isteri saya akan menjenguk kami anak beranak jika tiada pesakit, biasanya antara lima hingga 10 mini dan menyambung kembali urusan melayan pesakit yang tidak pernah putus. Akhirnya, kami anak beranak tertidur. Keesokannya saya akan bertolak ke tempat kerja.

Dengan meninggalkan anak saya di bilik ‘on call’ sementara menunggu isteri saya membawa anak ke pusat asuhan selepas di buka sebelum menyambung kembali tugas harian seperti biasa mengikut waktu pejabat.

Syukur isteri saya tidak pernah mengeluh kerana baginya itulah pengorbanan seorang doktor dan ganjaran pahala yang cukup besar untuk pengorbanan itu.
Walaupun kerajaan sudah banyak memperbaiki sistem saraan doktor awam baru-baru ini, saya berpendapat ia masih belum setimpal dengan pengorbanan dan tugasan seorang doktor.

Oleh itu, kerajaan perlu melakukan sesuatu yang lebih setimpal dengan tugas seorang doktor agar masalah penghijrahan ke sektor swasta tidak berlaku.

JUGA SUAMI DOKTOR,
Pasir Mas, Kelantan.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hairan aku kenapa doktor tak banyak merungut macam guru, guru-guru merungut boleh dapat kenaikan gaji, cuti banyak, masa bekerja dikurangkan & ada sambutan hari guru lagi, padahal doktor lebih banyak beban tugas daripada guru, tapi tak ada pun sambutan hari doktor?

pakar setai berkata...

Nak prihatin macam mana? Tengak berapa jauh bezanya gaji kerajaan dengan swasta.

Sekarang ni pula kerajaan nampak lebih mementingkan pakar derhaka yang khidmat di luar negara. Pakar setia dalam negara langsung tidak dihiraukan. Hanya raung kosong.

pesakit Gomen berkata...

Saya lihat doktor kerajaan mempunyai kehidupan yang berkat dunia dan akhirat.Saya juga sentiasa mendoakan kepada Allah supaya doktor yg ikhlas bekerja untuk rakyat mendapat tempat bersama orang2 yang saleh. Amin.

Bosan berkata...

Kepada Pesakit Gomen di atas,
Itulah satu sebab kenapa kita semakin ketinggalan dari segi pencapaian. Kenapa semakin ramai pakar mencari kerjaya di luar negara.

SEBABNYA: kerja di Malaysia sukar sekali mendapat kepuasan/keseimbangan jiwa dari segi upah dan gaji. Terpakas suruh tuan TUHAN bagi berkat pahala.

Selain gaji pokok dan elaun, apa kata kita suruh JPA tambah lagi maklumat dalam borang permohonan jawatan iaitu ganjaran lain yang bakal diterima termasuk pahala dari TUHAN.

Nik Zubaidah berkata...

apa la sangat dengan doktor ni, kami paraPT N17 adalah jauh lebih sibuk dan perlukan pembelaan, memandangkan jurang gaji yg jauh antara PT dan doktor, malahan dengan guru sekali pun. Ini merunsingkan kami yg rata2 setia menyokong Barisan Nasional biar apa pun terjadi.

Jika benar kakitangan sokongan 1-16 dinaikkan ke 17, kami mohon agar gred 17 dinaikkan ke 41, atau kurang2 32.

Ikhlas: Pekerja Awam

Arab Tua berkata...

Bila baca kisah si Doktor ni hati aku tersentuh dan apa yang aku mampu buat:

"Semoga Allah memberi keberkatan dan memurahkan rezeki kepada para doktor yang benar2 ikhlas dan yang terpaksa mengorbankan masa dengan keluarga."

Mereka layak dapat keistimewaan seperti guru dan polis dapat...

Tanpa Nama berkata...

bagus jugak tu ...banyak kat hospital buat menyemak jee..

MO berkata...

Kalo orang yang buat keputusan tidak bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian , selagi itu isu ini akan berterusan .

tahun lepas 4 orang pakar dekat jabatan saya meletak jawatan.

bila bebanan kerja masih tiada perubahan & kebajikan tidak terurus, maka orang pasti akan cari tempat kerja yang lebih baik