SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 April 2011

POLIS , SPRM USAH LEKA DENGAN KEMATIAN MENGGEMPARKAN

Utusan Malaysia
23/4/2022
Oleh Azman Anuar



DAHULU jenuh pihak Polis Diraja Malaysia bersilat untuk menepis ‘tikaman dan tembakan sembarangan’ dari segenap sudut apabila berlaku kematian mengejut seseorang ketika dalam tahanan polis.

Begitu juga dengan kes seorang anggota polis dituduh menyebabkan kematian remaja, Aminulrasyid Amzah.

Kini, peluru dan senjata tajam sedang ditujukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Belum pun selesai kes Teoh Beng Hock, berlegar-legar pula spekulasi tentang kematian mengejut Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Ahmad Sarbaini Mohamed.

Sebagai mana kes Beng Hock, nampaknya ahli keluarga Ahmad Sarbaini juga tidak berpuas hati dengan keputusan siasatan polis yang menyatakan Allahyarham mati mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat.

Perasaan sedih dan kecewa ahli keluarga Ahmad Sarbaini tidak dapat dipujuk dengan kenyataan yang boleh dipertikaikan hasil siasatan itu.

Mereka berasa tidak masuk akal untuk Ahmad Sarbini yang pandai mengucap kalimah syahadat, ada isteri dan anak sanggup terjun dari aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan pada 6 April lalu untuk membunuh diri.

Nampaknya keluarga Allahyarham tidak mahu polis menutup segera kes kematian ini dengan memberi tahu ia kematian mengejut kerana terjatuh. Mereka mahu pihak polis mengorek hingga sekecil lubang cacing untuk mencari punca Ahmad Sarbaini terjatuh dan mati.

Melihat perkembangan kes-kes mati mengejut ini, selepas ini urusan siasatan polis dan SPRM tidak seperti masa-masa lalu.

Trend ini memperlihatkan sekarang segelintir orang awam sudah tidak dapat menerima bulat-bulat keputusan siasatan polis atau SPRM.

Lazimnya, apabila laporan siasatan sudah lengkap ia diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan – dakwa atau tutup kes.

Pun begitu jangan anggap semua sudah selesai. Biasanya manusia tidak dapat menutup semua mulut orang daripada membuat spekulasi.

Yang tahu apa penyebab dan punca kematiannya ialah si mati. Sebab itu kalaulah Tuhan bagi anugerah supaya dinding boleh bercakap, mungkin kita tahu apa sebenar yang berlaku. Tak payah sesiapa pun membuat andaian yang entah betul atau salah.

Tapi ada pihak yang cukup pandai dalam bab untuk membuat andaian dan mereka-reka cerita terutama memperlekehkan institusi kerajaan – polis dan SPRM.

Jadi, elok sangat isu kematian Ahmad Sarbaini ini tidak melibatkan orang politik terutama parti pembangkang.

Jika isu kematian penjawat awam ini dipolitikkan, entah bila ia akan selesai. Lihatlah perkembangan kes liwat dan kes kematian Beng Hock yang sehingga kini belum selesai.

Paling utama kematian individu memang perlu disiasat lebih terperinci demi keadilan dan kebenaran. Namun begitu, janganlah isu kematian itu menutup pula isu yang lebih besar iaitu siasatan untuk membasmi kegiatan rasuah di negara ini.

Kes Beng Hock sebenarnya ada kaitan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Begitu juga kes kematian Ahmad Sarbaini yang ada kaitan dengan rasuah di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Kita minta, pihak berkuasa tidak terlupa tentang perkara yang lebih menggemparkan negara hasil pembongkaran SPRM dan polis itu.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa sebenarnya yang memperlekehkan rakyat?

Saya rasa Utusan seringkali memaparkan isu perkauman.

Negara berkata...

Polis, Kastam, Imigreshen dan SPRM hendaklah bekerja untuk rakyat dan negara. Sekiranya kemewahan yang anda kejar lingkuplah negara ini.

azman pekan berkata...

kepada Negara

betul 100%. polis, jpj,kastam dll hendaklah menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat... so kenalah bekerja dengan ikhlas. sekarang ni tuhan bayar cash di dunia jika kita berbuat baik maupun yang tak baik. bagi yang yang tak baik tu bertaubatlah.

sesungguhnya disebelah kanan dan kiri kita sentiasa ada dan akan mencatat segala yang dilakukan. dunia hanya sementara....

kepada jpa... bila nak naik gaji ni???????????v

Tanpa Nama berkata...

Tidak semudah itu rakyat menerima secara bulat2 apa yg di nyatakan oleh pihak polis atau sebarang penyiasatan, oleh kerana rakyat sendiri kini lebih peka dan perihatin setiap apa yg berlaku, hanya pemimpin, pentadbir atau pihak yg berkuasa yg benar2 berintegriti dan beramanah saja dapat memberi keyakinan kepada rakyat umum.

Tanpa Nama berkata...

Surat kabar utusan sering memutarbelitkan fakta agak sukar bagi rakyat yg pandai menilai akan menerima bulat dari akbar tersebut, begitu juga dengan TV 3 akhir2 ini trendnya tidak bersifat profesional sebagi media alternatif untuk semua rakyat, ia kini bagaikan sebuah TV untuk parti politik BN, yg munkin rakyat kelas kedua atau rakyat minda kelas bawahan saja mungkin diantaranya dapat menerimanya apa yg telah disampaikan oleh media2 tersebut.

Ini pandangan saya sebagai rakyat M'sia yg cintakan kebenaran

Pesara Media berkata...

Di akui media memberi liputan yang menyebelahi satu pihak sahaja.

Sedangkan satu pihak lagi teraniaya. Tidak diberikan peluang.

Aku hanya mengikut arahan bos.

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan Lee Kwan You diatas kejayaan Pembangunan S'pura

"Kita mencari ke dalam masyarakat Singapura untuk memilih mereka yang memiliki keupayaan dan integriti paling tinggi untuk mengemudi Singapura ke hadapan. Kita tidak akan dapat mencapai satu titik yang mana kita boleh bergantung kepada pengemudian secara automatik yang mana sesiapa sahaja boleh mengambil alih pentadbiran negara. Kita bukannya tinggal di Dunia Disney (alam fantasi),"

Tanpa Nama berkata...

usah persalah kepada mana-mana media dan menuding jari sama ada ianya pro atau kontra kerajaan.
kita bijak memilih media yang sealiran dengan halwa telinga dan mata kita.
usah jadi jiran kita di wilayah narathiwat, thailand yang belum tentu esok masih ada.
dpd ambo yg skrg berada di Sungai Golok.

muradi KB berkata...

bersama kita jatuhkan nik aziz si tua itu, kita hapuskan pas, kita pastikan UMNO menang besar di kedah dan kelantan, pemimpin BN sudah bersedia untuk kembalikan hak rakyat di negeri tersebut. marilah para PA semua kita berjihad bersama BN untuk kembangkan Islam sebenar, x mcm pas

Tanpa Nama berkata...

Rakyat ramai yg telah faham tentang undang-undang. Jangan perbodohkan rakyat malaysia lagi

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Untuk Semua Kaitangan awam

Ringgit makin kukoh berbanding dollar Amerika,bursa saham semakin lega dimana pacuan meningkat kepada saham2 komoditi
itulah laporan yang sering diungkapkan dimedia2,

Tetapi sebaliknya kadar inflasi semakin meningkat hingga ke 3% itu pula paparan oleh para analisis ekonomi,

yang kita dapat nilai sekarang sebagi pengguna harga minyak masak dah mula meningkat sementara barangan keperluan lain seperti ikan sayur, bawang merah, susu, ikan sadin dalam tin pun turut juga meningkat naik.

Cuma satu yang tak naik dan diucapkan tahniah kepada kerajaan BN ini iaitu gaji kakitangan awam tidak naik, ternyata kakitangan awam pandai berhemat dan cermat dalam perbelanjaan walaupun kadar inflasi terus meningkat dan tetap setia kepada memeberi perkhidmatan terbaik sehingga kini.

Tanpa Nama berkata...

KAMI MAU NAIK GAJI.CEPATLAH JPA.JANGAN SAMPAI KAMI MARAH.MARAH SANGAT DENGAN KELEMBAPAN KAMU.

PESANAN IKHLAS DARI PENJAWAT AWAM KEBULUR.HE.HE.HE

Tanpa Nama berkata...

KALAU ORANG SABAH BILANG BALIK-BALIK POLIS.BALIK-BALIK ASKAR.BALIK-BALIK GURU YANG NAIK GAJI.DORANG SAJAKAH YANG BEKERJA UNTUK NEGARA.BARANGKALI DORANG INGAT PENJAWAT AWAM GRED LAIN NI GOYANG KAKI SAJA DI OPIS.TIDAK PECAH KEPALA BEKERJA.

Tanpa Nama berkata...

hehe..jgn mare lak menteri kami berkerja dan mintak naik gaji...gaji naik.Pas tu cuepacs mintak...naik kali ke 2. Menteri korang tido,takut mintak naik gaji....cuba fikir2kan.....

Tanpa Nama berkata...

dato Presiden cuepacs memberi harapan optimis agar kerajaan memberi pelarasan gred dan gaji bagi sektor awam, termasuk elaun bantuan sara hidup yg lebih selaras.

Kerana selama ini yg beri kenaikan polis lepas tu guru, kemudian polis lepas guru, yg lain itu juga adalah penjawat awam penyumbang pembangunan negra.

Tanpa Nama berkata...

Pelarasan Gaji

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) menegaskan, setiap pihak termasuk kerajaan BN tidak boleh menafikan kenaikan harga barangan sememangnya membabankan hidup rakyat, malahan menyebabkan rakyat mengalami himpitan hidup yang amat teruk, sehingga Cuepacs sendiri terpaksa memohon kerajaan melakukan penyelarasan gaji tahun ini.

Menurut beliau, PAS amat bersimpati dengan bebanan hidup yang dihadapi oleh orang ramai termasuk para penjawat awam ekoran kenaikan harga barangan di negara ini dan ia perlu diberikan tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan BN.

Tanpa Nama berkata...

Mamak Omar Presden,
Kamu berjuang apa sekarang?
Berjuang cakap ke ???
nyanyuk.....
bila nak pencen?

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR, 28 April: PAS berpendapat hanya dengan menukar parti pemerintah sahaja akan mampu menyelesaikan masalah rasuah dalam negara.

Bercakap dalam wacana anjuran Sinar Harian bertajuk 'Rasuah Pemusnah Tamadun' di Shah Alam petang semalam, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, masalah rasuah dalam negara kita sukar diatasi kerana berpunca dari peringkat pemimpin atasan negara.

Ujarnya, ia berbeza dengan prinsip Pakatan Rakyat yang menolak amalan rasuah dan telah dibuktikan pada negeri-negeri diperintah mereka.

"Faktor terpenting kenapa terjadinya rasuah adalah kerana pemimpin itu sendiri melakukannya. Oleh itu perubahan mesti dibuat dari peringkat atasan.

"Dalam konteks Malaysia, satu-satunya cara memerangi rasuah adalah dengan menukar kerajaan sedia ada. Jika perkara ini tidak boleh dilakukan, jangan mimpi gejala rasuah ini boleh diselesaikan," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Selain Nizar, wacana tersebut turut menampilkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk seri Abu Kassim Mohamed, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd Nor dan Pengasas ESQ Leadership Centre, Dr Ary Ginanjar Agustian.