SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 April 2011

SENI MENANGGUK DI AIR KERUH

Utusan Malaysia
Oleh Zulkefli Hamzah
12/4/2011



Politik ialah seni segala kemungkinan yang telah menjadi ‘pepatah’ yang sangat popular kepada orang politik sehingga selalu disebut bahawa di wilayah ini, tiada sahabat dan tiada seteru abadi.

Dalam wilayah ini, persaingan politik boleh menghasilkan permuafakatan demi mengejar satu matlamat iaitu mendapatkan kekuasaan walaupun berbeza ideologi dan falsafah perjuangan.

Permusuhan mendadak boleh bertukar menjadi persahabatan. Pertikaian lampau boleh dilupakan dan dengan mudah didamaikan. Inilah seni segala kemungkinan dan begitu jugalah sebaliknya boleh berlaku.

Formula politik sebagai seni kemungkinan menjadikan politikus selalu berfikir bila harus menyerang, mengalah bahkan mengiktiraf lawan mereka untuk kepentingan tertentu. Di wilayah politik ini, apa juga mungkin boleh berlaku tetapi jangan pula selalu berharap ada adab dan susila.

Mungkin sebab itu, kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April lalu pun mahu dipolitikkan. Secara kebetulan pula pada hari itu bermulanya kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.

Sungguh tragis, kematian seorang pegawai kerajaan yang sedang dalam proses soal siasat berhubung dakwaan rasuah mahu diheret dalam wilayah yang bukan tempatnya - politik dan kempen pilihan raya.

Sedangkan, tidak mungkin satu lagi kematian saksi di premis SPRM boleh dibenarkan oleh badan itu selepas ‘hiruk-pikuk’ terhadap kes Teoh Beng Hock pada Julai 2009. Kes Beng Hock bukan sahaja telah menjejaskan kredibiliti SPRM yang sedang melancarkan perang besar membanteras rasuah tetapi turut dijadikan bahan kempen pembangkang untuk meraih undi.

Sedikit sebanyak, pembangkang telah berjaya. Manipulasi di pentas politik menggunakan kes Beng Hock yang digaul dengan sentimen perkauman dikatakan berjaya menambah undi pembangkang terutama kaum Cina.

Nampaknya strategi yang sama mahu digunakan pembangkang di Sarawak untuk mempengaruhi 979,796 pengundi yang akan keluar mengundi pada Sabtu ini. Mungkinkah kematian Ahmad Sarbani akan mempengaruhi pola pengundian di Sarawak?

Dalam reaksi segeranya, DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng cuba mencari dalih untuk mengaitkan Barisan Nasional (BN) supaya turut dipersalahkan atas kematian Ahmad Sarbani. Beliau dengan mudah membuat kesimpulan bahawa atas insiden itu, rakyat kini tidak mempercayai kata-kata dan janji-janji yang dibuat oleh beberapa pemimpin BN.

Guan Eng dalam kenyataan pada hari insiden mengejutkan itu berlaku menekankan bahawa SPRM tanpa kredibiliti (kerana gagal menyiasat tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak) menunjukkan kerajaan BN tidak serius untuk memerangi rasuah. Beliau mencadangkan SPRM dirombak semula dan mahu badan itu ‘menegakkan undang-undang secara saksama’.

Tetapi yang biasa dilihat dan didengar ialah hiruk-pikuk politik apabila ada pemimpin pembangkang yang disyaki terlibat rasuah. Mengumumkan nama mahupun memanggil mereka untuk soal siasat pun diremehkan dengan ulasan SPRM jadi alat memburuk-burukkan pembangkang.

Mujurlah strategi menangguk di air keruh ini kurang menjadi kali ini. CUEPACS yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kakitangan kerajaan memberi amaran supaya parti politik tidak mencampuri urusan kakitangan awam.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman menegaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik sebenarnya hanya mengguris hati kakitangan kastam, bukan membantu menaikkan semangat.

“Mereka tidak perlu lebih ke hadapan berbanding kami dengan menyuarakan segala yang tidak dipersetujui oleh kakitangan kastam,” kata Omar yang mengadakan pertemuan dengan pimpinan Kesatuan Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Persatuan Pegawai Kanan Kastam (Pekasa) selepas dua hari insiden di Cochrane.

Dan sehingga hari ini, kematian Ahmad Sarbani tidak seperti Beng Hock hanya disentuh sepintas lalu pada kempen pilihan raya Sarawak.

Tidak salah untuk pembangkang mengkritik cara kerja SPRM. Tetapi janganlah memainkan sentimen rakyat Malaysia terutama keluarganya yang juga mahukan jawapan meyakinkan daripada kerajaan.

Serangan kepada SPRM juga perlu ada hadnya. Pada masa kita bersimpati dengan kematian Ahmad Sarbani, insiden yang berlaku dua kali ini janganlah sampai membantutkan iltizam dan tanggungjawab besar SPRM yang sudah banyak mencatat kejayaan.

Selain itu, insiden ini juga diharapkan bukan sahaja dapat memberi pengajaran kepada SPRM tetapi panduan untuk menjamin keselamatan tertuduh atau saksi yang sedang berada dalam kawalan mereka.

Jangan sesekali biarkan pembangkang yang sentiasa mahu ‘menangguk di air keruh’ memanipulasi kelemahan atau kesilapan yang berlaku. Yang penting jangan beri mereka peluru, kerana yang selalu berlaku mereka akan salah gunakan peluru itu untuk kepentingan politik.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mamak Omar Cupec pun bermain politik yang sama juga dalam Cupec. Manipulasi dan cakap tak srupa bikin sudah banyak kali diperdengarkan ....
Insaflah hidup ini akan berlalu .. rumah kata pergi kubur kata mari. Janji kepada warha PA bila nak tertunai .. haprak.

budakkampong berkata...

takpa biarkan luncai dengan labu-labunya...biaq dia kalut dengan politik dia tu,nanti kita tukar kerajaan sekali dengan mamak pun kena tukar.. kerja siasat org mati tu kerja polis , yang mamak cakp org politik jgn masuk campur urusan PA tapi mamak masuk cmpur urusan siasatan polis tu camna plak mamak... jaga kebajikan PA dulu la mamak sebelum jaga org lain..

Tanpa Nama berkata...

Kalau takut ditangguk di ayer yang keruh maka jgnlah menyebabkan air itu keruh,
Tak bagi bonus, kos sara hidup yg terus meningkat dan membebankan para penjawat awam itu antara2nya menyebabkan air yg keruh,
Penyebaran isu2 fitnah2 yg sukar diterima logik akal manusia waras dan beriman di media2 itu juga antara menyebabkan air yg keruh

Tanpa Nama berkata...

Bukan mau kaitkan peristiwa ini dengan politik.

Tidak dapat dinafikan, sudah diakuai ramai bahawa kematian kedua-dua mangsa itu memang banyak berkaitan dengan politik.

Sebab hingga hari ini pun masih tidak dapat nafi kematian mereka mungkin disebabkan oleh pihak yang berkepentingan tertentu. Masih sukar diterima mereka bunuh diri.

Tanpa Nama berkata...

Kematian Teoh Beng Hock kurang mendapat liputan media Melayu kerana dia seorang Cina DAP.

Yang ini baru dapat perhatian kerana dia Melayu.

Itulah ketidakadilan media di sini.

hasnah jaafar berkata...

kami segala penjawat awam tetap setia akan terus mengundi BN dan Umno selama2nya, kerana kami amat yakin hanya BN yang mampu membayar gaji dan bonus kami. Kita wajib mengundi BN dan sepatutnya diwajibkan menggantung gambar pemimpin Umno dan BN di rumah masing-masing selaku tanda sayangkan negara dan agama.

Pada pendapat saya, wajar jika SPRM dipantau agar memastikan hanya orang pembangkang shaja yang disabitkan rasuah, kerana langsung tidak pernah pemimpin BN mengkhianati amanah negara, x mcm tok2 lebai PAS yang kaki wanita dan wang

Bar Bee berkata...

Saya sokong Hasnah jaafar> Polis patut tangkap hanya penjenayah yang menyokong parti pembangkang. Kalau penjenayah itu penyokong BN dan UMNO, dia wajib dibebaskan serta merta meskipun dia seorang pembunuh, perogol atau perogol.

Hospital harus menyelamat penyokong BN dan UMNO sahaja. Pesakit yang menyokong perti pembangkang patut ditinggalkan, atau dibiarkan mati katak.

Di sekolah, cikgu harus ajar anak-anak penyokong BN dan UMNO sahaja. Kalau anak tu milik penyokong DAP atau PAS atau Keadilan, harus diajar segala pengetahuan yang salah dan sesat.

Tanpa Nama berkata...

Bar Bee Nasional

Kalu cam tu habislah negara ini tak jadi lagi sebuah negara demokrasi, sepatutny rakyat semakin bijak dan pandai terutama bila ada teknologi ict rakyat perlu ambil bahgian penentu masa depan yg lebih baik,

Kalau kita tau parti itu menyeleweng menipu menyogok sebagai amalan, jgnlah kita pilih.

Yg penting penjawat awam mendapat masa depan yg lebih baik.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai penjawat awam kita perlu bijak serta menentukan yg mana satu arahan atau campur tangan politik dan yg mana satu arahan kerajaan, kalau hadir di kursus BTN pun klau tak bijak memahaminya pun sukar nak bezakan antara k'jaan dan politik, krana ada elemen2 politik diserap masuk ke kursus BTN itu dan mengelirukan fahaman sebenarnya.

Yang penting kita perlu sedar bahwa kita bertugas sepenuhnya dibawah selia pihak JPA atau SPA atau dibawah pihak keselamatan naungi semuanya itu disebut diraja Malaysia, cuma di sektor awam disebut dibawah urusan seri paduka baginda, pihak parti mana diberi amanah sebagai kuasa eksukitifnya hanya sebagai penentu dasar selama 5 tahun sekali dan mereka mungkin boleh bertukar2 seperti di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Walaupun Pemerintah bertukar Penjawat awam tetap kekal dalam sistem pentadbiran yg tetap telus amanah, dan adil dalam semua sistem penyampaian di setiap perkhidmatan demi kedaulatan undang-undang seta tetap taat setia kepada raja dan negara

Tanpa Nama berkata...

media kjaan dan media kormesial x sma ...itu kna ingat