Bernama
5/5/2011
PUTRAJAYA, 4 Mei (Bernama) -- Seramai 8,196 penjawat awam tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab munasabah sepanjang dua tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata secara purata bagi tempoh itu, kes ketidahadiran bertugas adalah kira-kira 40 peratus daripada kesalahan tatatertib yang dikenakan hukuman lucut hak emolumen, buang kerja, denda dan amaran.
Pada tahun lepas, jumlah kes yang direkodkan ialah 4,777 kes, iaitu 1,971 kes bagi tidak hadir bertugas (41.3 peratus) manakala kes kesalahan lain pula sebanyak 2,806 kes (58.7 peratus), katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku terbitan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertajuk 'Kerusi Bersawang-Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib Tidak Hadir Bertugas, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Menurutnya sebanyak 3,419 kes difailkan pada 2009 yang dikategorikan dalam "Kerusi Bersawang" iaitu 1,078 kes tidak hadir bertugas dan 2,341 kes bagi kesalahan lain.
Sementara itu, Nazri berkata buku itu akan menjadi panduan umum kepada jabatan dan agensi dalam menguruskan kes-kes ketidakhadiran bertugas terutamanya dalam memutuskan hukuman yang sesuai berdasarkan bilangan hari pegawai tidak hadir bertugas.
-- BERNAMA
Masalah ini terjadi kerana, Ketua jabatan tidur,ketua Unit bermimpi dan penyelia angau.
BalasPadamKalau semua mereka ini melaksanakan tanggungjawab dengan baik,kekosongan tersebut sudah dapat diisi dengan penganggur-penganggur yang memerlukan pekerjaan.
inilah perlunya hubungan dua hala kesatuan sekerja dan majikan.bukan setakat hendak tuntut gaji dan bonus sahaja
BalasPadamTapisan 'berkualiti'sewaktu pengambilan pegawai baru perlu dilakukan melihat dari aspek tempoh pengalaman bekerja, kekerapan pertukaran tempat bekerja; dan bukannya atas dasar 'recommend'. Peraturan yg lebih tegas perlu dipinda dan dilaksanakan segera agar ianya tidak menjadi virus atas sebab proses tindakan tertib yg rumit.
BalasPadamMungkin cara 'baik' adalah dengan memberi kaunseling. Memberikan kursus utk mereka ini atau posting ke tempat baru hanya akan menyebabkan pertambahan kos serta merumitkan keadaan.Jalan keluar utk PA yg x kompeten adalah wajar. Implikasi ketidakhadiran bertugas, menyebabkan peningkatan kos tanggung kerja dan kurang motivasi pegawai lain seterusnya imej buruk kepada sistem penyampaian kerajaan.
kadang2 bukan pegawai baru sahaja yang buat perangai..yang dah 10 tahun kerja yg buat perangai...dah rasa selamat dlm PA..
BalasPadamTukarkan je status golongan ni ke jawatan SAMBILAN @ PERKERJA SAMBILAN HARIAN....baru tau macam mana hidup ni....
BalasPadamkami yakin pekerja yg malas dan culas ini adalah penyokong pas, kerana jelas sekali mustahil org2 Umno akan melakukan hal tersebut. ahli Umno semuanya sedar dan insaf mengenai nasib bangsa dan kekal setia mengundi majikan kami bila pilehanraya setiap kali
BalasPadammereka yang tidak hadir bertugas tanpa alasan yg munasabah ini boleh diketogerikan manusia yang tidak menghargai dan brsyukur dengan perkerjaan dan jawatan yg telah disandang.ada ramai lagi org diluar sana berusaha untuk berkerja di jabatan kerajaan dan mereka ini juga berfikiran cetek kerana tidak sedari pada masa kini susah untuk mencari perkerjaan
BalasPadamini kerana PA2 gaji kecil terpaksa buat dua kerja..untuk menambah pendapatan..kerana gaji kecik.ahli keluarga bertambah atau nak kawin tak cukup2 duit.
BalasPadamPrestasi kerja di jabatan merosot kerana keletihan dan kesihatan mereka makin merosot dek kerana bekerja keras menambah pendapatan..