03 Mei 2011

PERBINCANGAN ALTERNATIF PTK DI ANTARA JPA DAN CUEPACS

Media Cuepacs
3/2/2011




Putrajaya: Satu perbincangan mengenai Alternatif PTK telah deiadakan diantara JPA dengan Majlis Tertinggi CUEPACS di Pusat Konvensyen Putra Jaya (PICC). Perbincangan ini di Ketuai Oleh Dato' Dr. Mohd. Azhar Bin Hj. Yahaya, Dato' Basarudin Sadli , Dato' Mat Aron dan Pegawai Tertinggi JPA, Wakil KKM, KSM dan lain- lain.

Bagi CUEPACS di ketuai oleh Dato' Haji Omar Osman Presiden, Sdra Azih Muda Tim. Presiden I, Sdri Lok Yim Peng Setiausaha Agung, Sdra Adnan Mat Tim. Setiausaha Agung I, Sdra Abdul Rahman Mohd Nordin Tim. Setiausaha Agung III, Sdra Ja'afar Mansor Setiausaha Kewangan, Sdra Mohd Razali Singah Tim. Setiausaha Kewangan dan Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS.

Pembentangan dimulakan oleh Timbalam Presiden Cuepacs. dan kemudian pihak JPA. perbincangan masih lagi belu ada kata putus kerana CUEPACS dan JPA akan mencari keputusan yang terbaik.





39 ulasan:

  1. Bincang jangan tak bincang, tapi perlu mengeluarkan hasilnya, kalau setakat bincang tak mengeluarkan hasil, hanya menhabiskan beras aja

    BalasPadam
  2. tak abis bincang...ni dah masuk bulan 5..kata yg nak mula bulan 6...apah pun tak nampak lagi

    BalasPadam
  3. Jgn Pula agenda perbincangan itu akan jadi sebagai agenda raja lawak musim terkini.

    hasilnya perlu konkrit jgn senget sebelah adil untuk semua, ingat tu !

    BalasPadam
  4. bincang betul-betul cupec.
    takut nanti, tut .. tut .. keluar pula statement dpd omar cupec yang meminta pengganti PTK dikaji semula, menyusahkan PA atau ntah statement apa-apa lagi !!!

    bila JPA bagi peluang gunalah peluang ni sebijaknya. harap cupec jangan kena jual sudahlah ......

    BalasPadam
  5. serapkan lah pegawai kontrak..tak nampk pon ceupacs buat usul mengenai ini..asik minta naik gaji je..kami pon cari makan jugak..penjawat awam yang laen jangan lah merendahkan status kontrak for services mcm kami..kami pon nak carik makan jugak..berilah kami harapan..keje bagai nak rak di opis tapi status masih tergantung..

    BalasPadam
  6. bincang jgn xbincang...bincang jgn x bincang...bincang jagn xbincang

    BalasPadam
  7. Mesyuarat dapat makan minum yfree...

    BalasPadam
  8. time trima jwtn kontrak dulu stuju saja wlopn kontrak...kata stju...skng ni minta tetap lak..x bg tetap marah kat gov...papepn berpegang pada perjanjian...term kontrak atau term tetap

    BalasPadam
  9. pada kebiasaannya perkara yang dibincangkan sukar mendapat kata sepakat disebabkan pihak JPA keras kepala

    BalasPadam
  10. mesyuarat, jgn tak mensyuarat. Harap Cuepac x di jual oleh JPA. JPA ni satu bab.Kepala batu jugak. Tapi kalau dapat faedah, Depapun sapu semacam je. Kadang-kadang depa plk yang lebih. Cth PTD-PTD.Kita yg bwh-bwh dapat hampeh je.

    BalasPadam
  11. bukan pandang rendah pd status jawatan...tapi perlu faham dahulu sbelum pohon... antaranya sambilan, sementara ,kontrak dan tetap berpencen.Pohonlah jawatan tetap dan berpencen. Contoh:Lebih kurang sama dgn status rumah...perjanjian 99tahun dan hak milik bebas. Perjanjian 99tahun mana bolih terus serap kepegangan hak milik bebas?

    BalasPadam
  12. hahaha...harga ron97 naik 20sen....gaji bila nak naik lagi???

    BalasPadam
  13. kewajipan PA sekarang ialah menumpukan sepenuh tenaga dan usaha untuk BN dan UMNO, kearah memertabatkan rakyat dan menambahkan patriotisme. PA sepatutnya diwajibkan sertai UMNO, bukan sekadar diwajibkan pergi ke BTN sahaja, krana masih ada PA yg tergamak enggan menyertai UMNO walau selepas masuk BTN. mEREKA YG BUKAN AHLI X LAYAK MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT!!!

    BalasPadam
  14. Saya pernah ke kursus BTN memeng ada unsur atau elemen untuk mengelirukan kefahaman sebenar antara k'jaan dan parti. Tapi saya lebih suka menggunakan analisa yg lebih rasional ketaatan kepada k'jaan bukan bererti kita mesti taat kepada mana2 parti, kita mesti lebih bersifat profesional sebagai penjawat awam dalam sistem penyampaian yg lebih adil dan tetap taat setia kepada raja dan negara.

    Taat pada mana2 parti itu soal lain dalam sebuah negra demokrasi, kita berhak nak memilih parti mana nak kita pangkah atau kita pilih dalam sebuah negara demokrasi, tetapi kita tidak boleh campur adukan dalam perkhidmatan awam,

    lebih2 lagi kita dilarang salah gunakan kuasa untuk kepentingan parti yg kita chondong atau kita pilih dalam amanah sebagai penjawat awam yg berkhidmat untuk negara dalam memberi perkhidmatan untuk dan tanggungjawab dan ethika penjawat awam.

    BalasPadam
  15. Memang benar kita tidak boleh besifat diskriminasi dalam memberikan perkhidmatan sebagai penjawat awam dan perlu diingat integeriti sebagai penjawat awam didahului dengan ethika kerja yg bersifat profesioanal dalam sistem penyampaian yg adil tidak kira kepada semua warga negara M'sia dan rakyat M'sia umumnya dengan memegang kukoh kedaulatan undang2 dalam sistem raja berpelembagaan.


    Begitu juga kepada JPA perlu menganalisa satu sistem yg lebih adil untuk semua penjawat awam bukan hanya memikirkan kepentingan segelintir pihak eksukitif atau hanya menetukan keistemewaan tertentu bagi dinikmati oleh pegawai atasan sahaja.

    BalasPadam
  16. betul semua yg dicakapkan.

    1. yang kontrak - sebelum sain borang tu lihatn le sikit syaratnye. jangan beri betis nak semua2. - melampau tu

    2. JPA jangan pandang sebelah mata je - kalu gred 1 (sokongan) tak de tak kan boleh gred 52/jusa buat keja. - fikir2kan

    3. kepada PA- kena pro sikit baru mertabat kita dipandang tuhan. - berkat rezeki.

    4. cuepacs - bincang jangan tak bincang. kalu lama sangat takut jadi macam mesir nanti. - punah negara. ... kemiskinan membawa kemungkaran.

    wasalam

    BalasPadam
  17. Diharap benar Pn. Lok Yim Pen (NUTP) dan En. Omar (Cuepacs) bincang panjang lebar dan perjuang juga masalah kumpulan guru dg2941, sudah rugi sekian lama dan tidak terbela.

    BalasPadam
  18. aku dah masuk UMNO dr tahun 1996 lagi. sampai skg pun sokong UMNO lg. tetap setia pun. tapi gaji tang ni jugak. gaji sama dgn penyokong PR. yg kya ketua umno cawangan kg aku. oleh itu, bagus ke utk teruskan sokongan?

    BalasPadam
  19. 80% kakitangan awan adalh orang melayuuuuu...klu pemimpin melayu xjaga orang melayu.....mcm mana orang melayu nk pangkah pemimpin umno yg konon menjaga orang melayuuuu...peker2kan lah wahai yanggg amattt berhormatt datooo seri najibbbb

    BalasPadam
  20. Wajarlah PA mengikuti kursus yg boleh meningkatkan kompetensi dan kepakaran mereka agar menjadi Pekerja Berpengetahuan (PP). PTK sepatutnya mengasahkan lagi kompetensi PA dan menjadi prasyarat utk mengekalkan PP ini dalam perkhidmatan awam.

    BalasPadam
  21. cuepac kena mohon kenaikan kepada penjawat awam yang sambung belajar terutamanya guru yang mempunyai phd,master begitu juga gred lain 1 - 40 yang sanggup belajar pada peringkat tua - kenaikan pangkat jangan harap walau ada pengalaman

    BalasPadam
  22. Asyik dok heboh nak minta semak pelarasan gaji kakitangan awam saja.
    1-Mengapa cuepacs perlu takut sgt nak minta sesuatu...?
    2-Mengapa asyik nak minta naik elaun bukan gaji..?
    3-Jgn jadi kambing hitam pada yg berjawatan tinggi.
    4-Mengapa perlu ada perbazaan gaji kakitangan awam dgn unit beruniform sedangkan gred mereka sama..?
    Terus terang saya katakan pimpinan cuepacs skrg amat lemah kerajaan boleh memperbudakan kepimpinan sekarag.
    Adakah kerana diberi sedikit habuan kepentingan kakitangan awam terus dilupakan?

    BalasPadam
  23. Mari kta bincang utk buat mogok besar besaran supaya kakitangan awam tak jadi KALDAI.
    Tengok kakitangan swasta walaupun ekonomi jatuh syarikat masih mampu 3 bulan bonus pada pekerja mereka.
    Tapi kakitangan awam kena tegur dgn PM sikit dah lemah.Jgn biarkan kakitangan awam dijadikan KALDAI.
    Harga barang kerajaan tak terkawal yg dibangkitkan subsidi kerajaan itu saja modal nak kelentong.

    BalasPadam
  24. saya sokong Tanpa Nama: Khamis, Mei 05, 2011 12:02:00 PM

    memang betul pemimpin cuepacs skrg AMAT LEMAH. Tengok foto dia orang ... muka jenis 'don't know' nampak menang BERLAGAK nak tunjuk pemimpin konon. Hampeh !!!!

    BalasPadam
  25. Kalau cuepacs lemah mudah aja diperokatak katikan oleh JPA nanti, alamak kena main ajalah.

    Perlu lihat ketegasan dalam menjaga kepentingan semua penjawat awam khasnya dalam elaun atau cola perlu adil dan selaras untuk semua.

    Begitu juga selepas digantikan PTK dgn sistem yg baru rasanya masih adalagi kadar persent yg akan ditetapkan agar kenaikan gaji tidak mudah diperolehi secara mudah mungkin ini juga telah diatur oleh pihak JPA, walaubagaimana pun memang sukar untuk memuaskan hati untuk semua pihak, yang penting sistem itu perlu telus dan berintegriti bukan bukan sistem ampu bos sudahlah

    BalasPadam
  26. mana boleh kau kata macam tu...pemimpin ceupacs kan dipilih atas persetujui bersama...jadi kena nak bising2....majoriti dah pilih dia nak buat macamana???

    BalasPadam
  27. kurang mantap kali nie punyer pemimpin... blur semua nya.. sebab bukan pemimpin muda.. masa nak naik setelah dipilih cakap nak buat itu ini tapi... dah lebih 100 hari pentadbiran jawatankuasa baru apa pun tak nampak... nak wat macam mana semua nak glamor sebab jawatan apa? Pegawai Tinggi cuepacs...

    BalasPadam
  28. mari semua PA mohon agar gaji sokongan diselaraskan agar semuanya bermula sama rata x kira apa kelususan, semua mula di gred 41, itulah jalan terbaik dan diredhai.

    cuma utk ada diploma mungkin dilebihkan rm100, ada ijazah rm150, itulah seadilnya. Kerja sokongan sekarang sangat berat, malah jauh lebih berat dari mana2 pegawai, cuma JPA x pandang je.

    dan utk ahli UMNO pula, perlu diberi elaun ketaatan khas rm300, ini adalah untuk menggalakkan semua PA sokong BN. kita PA wajib setuju

    BalasPadam
  29. Kita akan lihat wibawa cuepacs kali ini berhasil atau tidak, inilah penilaian sebenar mereka, sekadar retorik itu dan ini tak kan membuahkah hasil, perlu kebijaksanaan dalam diplomasi yg terbaik dengan juak2 tersebut, sekiranya tidak kita wak usul balik asal lah

    BalasPadam
  30. PA adalah tunggak negara tanpa pentadbiran yang mantap yang di jalankan oleh PA selama ini semuanya akan terbantut dan mungkin lumpuh. dimana letaknya kekuatan PA sebagai tunggak negara sehingga senang2 d perlekehkan dan tak di pandang oleh kerajaan. ada kah perlu menggunakan cara kekerasan seperti pada 1 mei kakitangan swasta mogok untuk kadar minima gaji baru la tergerak untuk sedar.tu pun asyik dok bincang... bincang saja la..sampai dunia kiamat

    BalasPadam
  31. Semasa kami terima jawatan kontrak dulu memang kami akui akan tetapi kebanyakan dari kami semuanya dah memegang jawatan ni melebihi 10 tahum macam saya dah pun 15 tahun.Bukannya kami tak minta jawatan TETAP akan tetapi selalunya akan ditolak sebab dah ada pekerjaan dan nak bagi peluang pada orang lain.Tak jadi dan tak berada di tempat kami anda bolehlah bercakap macam tu tapi cuba anda berada di tempat kami mesti akan rasa macam kami juga...5 bulan dah menunggu keputusan dan berharap agar jawatan kami dapat di sambung semula,surat bank(rumah) berlambak-lambak dah di hantar posmen...memang tak mampu nak bayar sebab gaji baru ni memang tak mencukupi macam gaji lama...mohon agar ada sinar untuk kami...

    BalasPadam
  32. Aku suka semasa Presiden Cuepacs belum dapat gelaran "dato'". Sekarang ni lepas dapat dato', lain macam lah. Cuepacs macam tak menjadi. Macam tiada taring. Macam kehilangan bisa. Sebelum ni banyak kejayaan yang dicipta Cuepacs. Aku suka Sdr Omar yang dulu. Bukan Dato Omar yang ada ni.

    BalasPadam
  33. Cuepacs dah jadi macam jabatan kerajaan, bukan sebagai kesatuan pekerja seperti dulu-dulu...

    BalasPadam
  34. kerajaan ni tak kisah dah...dia bagi tak bagi pun gaji ke elaun ke, orang sokong BN juga...

    BalasPadam
  35. PA perlu lebih fokus, produktif dalam sumbang saran namun tak terlalu emosional. Eloklah dibincangkan atas tajuk yg diutarakan berkaitan PTK. Almaklumlah kebanyakan mesyuarat jabatan meleret2 dan berjela2 atas sebab perkara2 yg x dalam agenda.

    BalasPadam
  36. Kalau berbincang dengan JPA ni kena bagi cara mudah naik pangkatutk geng JPA,elaun dan gaji dipastikan banyak kpd pihak dia barulah dipersetujui..

    BalasPadam
  37. Jangan plak ikut kuota lg.. tak adil lgsung..

    BalasPadam
  38. woit... kita bantai di sini woi..

    http://www.facebook.com/najibrazak

    BalasPadam
  39. berakar la tuggu cuepacs dan jpa bincang tak habis-habis..org tua sama org tua berbincang mcm tu lah.. gantilah dgn yang muda-muda yang berijazah dan master.. baru la ade class.. baru ade kenaikan pangkat dan gaji..dia org agresif sikit..betul tak..

    BalasPadam