SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Mei 2011

CUEPACS CADANG JUMPA PM BINCANG SOAL PELARASAN GAJI

Bernama
10/5/2011




PUTRAJAYA, 10 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bercadang untuk menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan soal pelarasan gaji bagi kira-kira 1.3 juta kakitangan awam di negara ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata pihaknya bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri selepas mesyuarat kongres pada 26 dan 27 Mei di Lumut, Perak.

"Selepas mesyuarat kongres, kita akan membuat permohonan untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Dialog Cadangan Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini pada Selasa.

Katanya selain soal pelarasan gaji, kongres juga bercadang berbincang dengan kerajaan mengenai soal bantuan sara hidup (COLA) dan elaun tetap perumahan.

Cuepacs sebelum ini mencadangkan agar COLA semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan dan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

Ia juga telah membuat permohonan untuk penyelarasan gaji pada dua tahun lalu bagi mengurangkan beban ahlinya ekoran kenaikan harga barang.

Bagaimanapun, Omar berkata perkara itu terserah kepada kerajaan tetapi berharap ia dapat dipertimbangkan.

Katanya dalam pertemuan kongres dengan penjawat awam di seluruh negara, banyak keluhan telah dikeluarkan berhubung kadar kos hidup pada masa ini yang semakin meingkat termasuk di kawasan luar bandar.

"Bila harga barang naik, mereka mengeluh dengan kenaikan kadar kos hidup sekarang ini. Itu sebab kita minta timbang semula COLA itu supaya dapat diselaraskan," katanya.

Omar berkata penyelarasan gaji Akan dapat menampung perbelanjaan penjawat awam terutama kumpulan bawahan yang terpaksa bekerja sampingan untuk mencari pendapatan tambahan kira-kira RM500 sebulan.

Katanya pertemuan itu juga bagi membincangkan langkah-langkah untuk memantapkan produktiviti penjawat awam.

-- BERNAMA

230 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 230 daripada 230
Tanpa Nama berkata...

Kekawan, saya ada solution, senang je. Kita praktikkan civil disobedience, seperti mana mahatma Gandhi berjaya memerdekakan India daripada penjajahan British. Nasihat saya, x payahlah nak mogok lapar, etc

1. Pergi kerja, x payah nak senyum senyum kepada pelanggan
2. Kalau nak, pakai badge "saya protes" dan encourage orang awam Tanya sebab protes, pastu ceritalah kerja banyak tak dihargai, gaji Sikit
3. Jangan kisahkan sasaran kerja tahunan tu. KPI semua buat bodoh je. Mcm saya, sngaja biarkan pelanggan tunggu lama-lama sebelum diberi layanan. Akhir bulan dapat gaji jugak.
4. Tidurlah, makan minum banyak Sikit. Biar orang awam lihat pwrkhidmatan awam ni teruk betul. X payah nak harumkan imej sektor awam, sebab buat pun tak dihargai, betul x?
5. Bodoh ke kerajaan nak kita kerja lebih, naikkan kpi tP tak naikkan gaji?
6. Buat kerja malas-malas, biar pelanggan rasa x puas hati, burukkan Nama kerajaan, supaya pelanggan Akan undi parti pembangkang lain Kali, haha.

Sekian Saja idea saya, Ada lagi boleh tambahkan.
Penjawat awam yg pro umno/kerajaan, kamu rajin rajin kerjalah k, sebab akhir hari gaji pun sama Lols

Tanpa Nama berkata...

kita semua kena pikir sekiranya kerajaan menaikkan gaji PA nanti tak cukup makan lak para ahli politik.

Tanpa Nama berkata...

ngapa kian babal banar c kassim ani. ani c kassim baharum ka c najib yang kurapak ni

Tanpa Nama berkata...

pak menteri pegi miting dapat elaun. PA dapat apa....5 tahun tunggu pun blm tentu dapat 20kupang...pak kasim bleh la ckp...gaji besar bendang 4 keping...orang yang bergaji kecik mana nak cukup makan. kuar miting dapat elaun beribu2 x payah nak tunggu naik gaji...memang le kita bersyukur dapat keje kerajaan. bukan nak kaya tapi dapat bahagia cukup le...pak menteri dapat tips berjuta2, gula rm25.00 sekilo pun dia x heran..betul x pak menteri? pegi miting kat putra jaya, habis miting tersengeh2 kuar dari bilik miting.. dia kata rakyat wak lawak....kalau pak menteri duduk tempat kita dah tentu dia jadi johan raja lawak...

Geng Kuarters berkata...

Naik gaji bagus tapi dari dulu sampai sekarang KENAPA ELAUN KOLA DIBERI SEPARUH KALO TINGGAL DALAM KUARTERS? DAH LA TINGGAL DI PUTRAJAYA NI BARANG SEMUA MAHAL! TAK KE BANGANG! Haaah, jawap, jawap!!!

Tanpa Nama berkata...

Cakap apaapa pun memang pandai....kerana lidah tidak bertulang tapi cuba lah laksanakan

Tanpa Nama berkata...

Kassim Baharum.
Apa lagi duk melalut,kata 1.3 juta nak mogok kat sini ada PA tulis seribu orang?Tolak saya yang ada sisa sisa lalang jenis degil..baru 200 org,tak sampai sejuta ahli..Ni nasihat saya,PA penjawat awam ,datang lambat balik awal,komen macam nak rak.Hasut benda tak baik,kerja PA bergaya lagaknya,kalau pi kursus kasta bawahan ni selalu pakai BUSH JACKET,macam pengarah,buat kerja komputer,banyak main catting dari kerja.KPI,STAR Rating,ISO..masih rendah lagi pencapaiannya,mungkin anda rendah kelulusan jadi begini..mentaliti.Bila audit mampu datang,banyak dokumen yang sangkut.Anda semua tak buat kerja betul betul..Wah sedap anda kata meeting makan,nak saya ulas disini contoh PA tak sedar diri..bila bos nak meeting?ada balance makanan nak tapau..yang tapau baki sisa makanan PAlah..tak malu ke,saya tak kisah sebab kesian/////.Biasalah budak budak nakal,kalau lapar susu,bancuh sebotol ,minum diamlah....lepas tu tido..samalah macam PA sekalian.Yang orang diluar CUEpacs sila diam,jangan + urusan rumahtangga PA.Anda tak kerja kerajaan diam,memang ada Ijazah dan Diploma,kebanyakkan pointer hanya cukup makan 2.0 sahaja..ini saya dapat masa tengok temuduga..kebanyakkan PA dibawah anak dari kerja buruh,nelayan ,petani,pekebun,dan peniaga tepi jalan,kalau kerajaan tak ambil anda kerja,apalah nasib anda.Ucapkan terima kasih lah pada BN yang bagi kamu kerja.Masa temuduga semua boleh,bila dah kerja banyak tak boleh.Jangan bawa perangai orang tua kalian di dalam pentadbiran kerajaan.Nak saya ulas PA tengok majalah kecantikan semasa waktu pejabat ka?ramai yang kena nanti.

Tanpa Nama berkata...

kalo ada kuarters,kasi dok free je lah..xyah tolak gaji,cola or pape elaun..yg dok kuarters tuh cuma kne tanggung maintenance,bil2 n kebersihan..baru lah cukup gaji utk beli rumah sendiri n utk kegunaan harian..baru lah betul jaga kebajikan PA..kuarters pon leh penuh..xdela berhantu mcm dlm paper baru2 nih..ini tidak,gaji+elaun dah la kecik,kne keje dkt negeri lain lak tu tiap 5tahun skali(bg pem.pguatkuasa),kne pisah dgn anak dan isteri lg(bg isteri yg tidak boleh btukar tmpt keje),nak bayar sewa umah utk isteri lg(jika isteri bpendapatan bwh rm1500 sbln),byr sewa rumah di negeri yg di tmptkan utk bekerja lg,ulang alik 2mggu skali(naik bus) melawat isteri dan anak2,byr duit kete(utk kegunaan isteri n anak2)..tu lom masuk kos mkn minum utk diri sendir(di negeri org) dan isteri dan anak(di kg halaman sendiri),kos pengangkutan ke tmpt keje(guna moto),byran bil setempat,pinjaman pelajaran,bayaran sekolah anak2,byran bil setempat(di rumah isteri),insuran n maintenance kete(sebulan rm150),insuran diri n keluarga (sebulan rm120),simpanan sendiri utk anak2 bile dewasa dll..mana cukup kalo takat gaji gred 17 + bwh rm1500 (pendapatan isteri) nak handle semua tuh..kalo hari2 myamun org boleh lah jugak nak survive utk anak isteri..tp jahat sgt ker aku nih smpi nak myamun org lain utk tampung kehidupan isteri n anak2 walaupon aku sbgi pguatkuasa ??? itulah integriti yg masih ada dlm diri..alhamdulillah..

Tanpa Nama berkata...

gula naik sb nk bgi naik gaji

Tanpa Nama berkata...

aku rasa pemimpin cuepac ni dah tak berapa sesuai nak jadi pemimpim ... so berenti sajalah ...mungkin cari orang lain yang profesional sikit baru PM dengar ...tak aper yang boleh dia buat selain memberikan kita angan-angan kosong ... so berundurlah presiden cuepac ...ganti orang baru...

Mat Din dagang berkata...

Inilah yang berlaku akibat sistem kewangan kapitalis global yang berasaskan riba. Sebenarnya, bukan harga barangan yang naik, tetapi nilai duit RM kita yang semakin menyusut. Contoh jika 10 tahun dahulu seekor ayam berharga RM 10 sekarang berharga RM 20 lebih. Inilah akibatnya apabila sistem kewangan dan duit kertas dicipta tanpa berasaskan nilai sebenar seperti emas dan perak.

Seandainya kita menggunakan sistem duit islam ( dinar emas dan dirham perak ), sudah tentu tidak perlu penyelarasan/kenaikan gaji kerana nilainya yang stabil sepanjang zaman.Sejarah mencatatkan seekor ayam pada zaman nabi bernilai 1 dirham perak, dan sehingga sekarang jika kita lihat 1 dirham perak masih boleh membeli seekor ayam. Masya Allah, bayangkan zero-inflasi bagi matawang islam ini. Begitulah betapa benarnya jalan Islam ini, tapi banyak kerajaan2 di dunia ini masih x mau ikut mengamalkan Islam 100 % dalam perlembagaan, kehakiman, ekonomi, matawang, sosial dan sebagainya. Islam di Malaysia hanya terhad kepada ibadat2 khusus seperti solat, puasa, zakat, haji dan undang2 syariah yg terbatas...

Tanpa Nama berkata...

sama2 kita tunggu PRU nanti....

Tanpa Nama berkata...

saya sokong MAT DIN dagang...:)

PA PEDIH HATI berkata...

KALAU WAKTU ZMAN TUN MAHATHIR MASIH LGI MEMENTING PEJWATAWAM, INGT LGI SY SEMPAT LGI 2000,2001 DPT NAIK 10% GAJI TAHUN2, PM SEKRG KURG PIKR TENTG PA, CIKIT2 JURURWAT NAIK, CKIT2 CIKGU NAIK CIKIT2 POLIS NAIK CIKIT2 TENTERA NAIK ELAUN ITU INI.. ADAKAH ANDA SUME LUPE YG KITE NI MANUSIA, MAKAN NASI MKN SAYUR DAGING TELUR..XINGAT PULAK JASA ORG2 VETERINAR, PERTANIAN.. BAIK SURH CIKGU, TENTERA NURSE TU TANM SAYUR TNM POKK BUAH PELIHARA KAMBG, LEMBU SENDIRI...KALAU XKERANA TUGAS KITE NI MENYALURKAN BNTUAN PROJEK BG SUME NI BERJAYA DN MEMBANGUNKN TEKNOLOGIPENTERNAK,SAPE LGI, YG JDI PERSOALANNYA JUGK APE KE TERUK KEJADAHNYE KEBANYAKN MENTERI2 PERTANIAN XPERNH PUN NAK BACKUP STAFF2 DLM KEMENTERIAN MEREKA.. KALAU C ANU JDI MENTERI PELAJARAN TGOK JE NANTI ADA SAJA KENAIKAN GJILAH ELAUN NAK DI BGILAH, KAMU C ANU JDI MENTERI PERTAHANAN TENTERA NAIK ELAUN ITU INI, KALAU C ANU JDI MENTERI DALAM NEGERI ADALAH NANTI BOMBA RELA DN SEWAKTU DGNNYE NAIK ELAUN ITU INI, TP XDA 1 PUN MENTERI YG JADI MENTERI PERTANIAN NAK MINTAK ELAUN2 BGI STAAF KEMENTERIANNYE SELURUH MALAYSIA TERMASUK PERSEKUTUAN DAN NEGERI... KALAU SAYA NI ADA POWER DAH SYA SUMPAH MEREKA NI JDI SESUMPAH BIAR PADAH MUKA MEREKA.. DAN SATU LAGI ELAUN PENJAWATAWAM NEGERI DAN PERSEKUTUAN JUGAK BYK MENGELIRUKAN, ADAKH TERLAMPAU PENTINGNYE PNJWATAWAM PERSEKUTUAN BERBANDING PA NEGERI?? KERAJAAN HANYA MEMENTINGKN KAKITANGAN PERSEKUTUAN BERBANDING NEGERI.. TP BILA PILIHANRAYA NAK RAKYT NEGERI2 SOKONG BN PULAK TP GAJI ELAUN XSAMA ADIL KEPADA RAKYT KERLA MPENJWATAWAM NEGERI PULAK, JANJI ITU DAN INI BILA PILIHANRYA.. TOLGLAH SELAMTKAN PA BUKN SAJA PERSEKUTUAN MALAHAN ADIL DGN PA NEGERI JUGA LEBH2 LGI YG BGI SOKONG SEPENUHNYE PARTI BN, BUKAN SETAKAT SAYA SHJA DATUK NENEK MAKBAPAK SYA PENYOKONG KUAT BN DARI DLU SAMPAI SEKARG, TP INI RUPANYE KERAJAAN SEKARG TERHADP RAKYT BERNAMA PA INI..SUNGGUH KESAL SEKALI, MALANG BGI ORG MELAYU DN BUMIPUTRA..

Tanpa Nama berkata...

Kassim Baharum
Jangan jadi kaduk naik junjung=jangan jadi PA naik kepala.
orang atas adalah udang,yang bawah adalah belacan..PA kena tenyeh la..(cicah).Yang Kelantan makan budu,yang Melaka makan cencalok,yang Kedah makan belacan,yang Terengganu makan leko,yang Johor makan tempe.Yang pasti anda perlu banyak bersabar...pasti dapat,PM ni amat menghargai rakyat...kalau anda di tempat PM ,Bolehka PA semua jadi menteri?takut takut kaki judi,kaki curi masa dan tulang serta wang.Hidup PM,panjangkan usia pemerintahan..

Tanpa Nama berkata...

Inilah yang berlaku akibat sistem kewangan kapitalis global yang berasaskan riba. Sebenarnya, bukan harga barangan yang naik, tetapi nilai duit RM kita yang semakin menyusut. Contoh jika 10 tahun dahulu seekor ayam berharga RM 10 sekarang berharga RM 20 lebih. Inilah akibatnya apabila sistem kewangan dan duit kertas dicipta tanpa berasaskan nilai sebenar seperti emas dan perak.

Seandainya kita menggunakan sistem duit islam ( dinar emas dan dirham perak ), sudah tentu tidak perlu penyelarasan/kenaikan gaji kerana nilainya yang stabil sepanjang zaman.Sejarah mencatatkan seekor ayam pada zaman nabi bernilai 1 dirham perak, dan sehingga sekarang jika kita lihat 1 dirham perak masih boleh membeli seekor ayam. Masya Allah, bayangkan zero-inflasi bagi matawang islam ini. Begitulah betapa benarnya jalan Islam ini, tapi banyak kerajaan2 di dunia ini masih x mau ikut mengamalkan Islam 100 % dalam perlembagaan, kehakiman, ekonomi, matawang, sosial dan sebagainya. Islam di Malaysia hanya terhad kepada ibadat2 khusus seperti solat, puasa, zakat, haji dan undang2 syariah yg terbatas...

Adakah ini bermakna kita ambil ISLAM separuh shj. Adakah bermakna kita pun SEPARUH ISLAM?

Tanpa Nama berkata...

kate rakyat didahulukan tp mana 2 semua.. rakyat dulu yang susah.. jgn ckp je kota kan..

Tanpa Nama berkata...

semuanya mainan politik...hmmm..tgk la mainan politik ini berjaya menambat hati PA2 ke tidak PRU akan dtg

Tanpa Nama berkata...

firstly,sy nk ucapkan tahniah dan terima kasig kerana CUEPACS ada usaha ke arah ini.saya harap pihak CUEPACS menyegerakan cadangan ini memandangkan kos sara hidup yg semakin tinggi.pelarasan COLA,elaun perumahan juga ptut dinaikkan.

Tanpa Nama berkata...

Aku nak tumpang sekaki nak ganyang Kassim Baharum. Takpa takpa. Kalau Cuepacs dpt tuntutan ni jgn senaraikan si Kassim Baharum jilat ni coz dia dah CUKUP selesa dgn gaji dia skng. Lagipun dia org yg paling prihatin dan simpati dengan kerajaan. Tak payah jual kat Israel der. Tengok Penang udah ler. Siapa jual Penang masa BN dulu???????? Biar dia pangkah BN. Aku nak tukar. Kalau pembangkang jahat kita dah kenal musuh kita tapi kalau kerajaan yang dipilih dan dipercayai sama mcm pagar mcm padi, baik KITE TUKAR JER.....

Tanpa Nama berkata...

Kita kerja la sedaya yang boleh.. terpulanglah kepada pihak kerajaan untuk membela nasib kita..

kena syukur walau susah berkata...

korang ni takde kerja lain ..tau duit dgn harta je tu lah salah didik dari kecil mak bapak cakap belajar rajin rajin nanti pandai dapat kerja bagus,tu semua dunia.
santapan rohani langsung tak de..
duit banyak tak semestinya hati senang..tapi iman kuat dah tentu redha dengan yang ada.hidup pun penuh kesyukuran walaupun tak mewah

nasib gred rendah berkata...

Aku pun bukan ada duit sangat lepas paras hidung je.kakitangan awam gred rendah.. dah rezeki macam ni.kalau naik gaji memang bagus
tak naik nk buat camana
syukur jelah apa yang ada.
Naik jelah motor lama time hujan berenti bawah jambatan..janji sampai tempat kerja

pembantu makmal U berkata...

bukan nk kaya pun cume minta senang sikit je...kitaorang gred 1-17 ni pun bersuara sbb kerajaan juga yg janjikan nk menuju negara maju pendapatan tinggi 2020...skrg ni kan dah 2011..lg 10 tahun je jd boleh ke rakyat ni brpendapatan tinggi...takkn tahun 2019 baru nk naikkan gaji kitaorg tiba2 sbb nk mencapai negara maju tu kot,,,spttnya skrg dah bole mula naikkan gaji kitaorg ni secara brperingkat...kalau rase tk bole tk perlulah nk janji apa2...kitaorg tak nk kaya cuma nk idup je di muka bumi Allah ni...pada org swasta jgn la asyik pertikaikan PA yg buat personal loan ni...kitaorg wat loan sebab nak cover idup untuk jangka masa pendek je disebabkan gaji yg tk cukup ...

Tanpa Nama berkata...

aku tambah 201.. good news..bajet nie pangkat dan gaji naik da.. sama naiknya minyak,barang dan gst.. janji naik.. horeey..!!!

Tanpa Nama berkata...

dahla tue.. hanya 10% kenaikan gaji bagi gred 1-40.. gred 41-48 kenaikan 6% dan 52 ke atas kenaikan 4%.. akan di buat akhir tahun nie.. dibentangkan dalam bajet 2012.. dalam masa yang sama kenaikan harga minyak, harga barangan makanan dan penguatkuasaan GST.. bagi PA kontrak,sementara dan sambilan.. nasib mereka akan di tentukan disambung atau tidak..

Tanpa Nama berkata...

maaf tanya.. kassim baharum kea tue.. atau kassim baba, kassim selamat.. oohh..!! ala..!! kassim.. ha.!!ha.!!

Tanpa Nama berkata...

Soal Kenaikan pangkat Guru DG44.
Kenapa Pegawai2 Tadbir Diplomatik yang bertugas di JPN cepat sangat naik pangkat.Apa kelebihan mereka? Ini tidak adil !Guru DG44 terpaksa tunggu 10 tahun.Pegawai PTD ni, confirm je jawatan; naik pangkat naik gaji.confirm je jawatan ,naik pangkat naik gaji.Umur baru 39 tahun dah DG52,pegang jawatan Ketua Sektor pulak tu.Tak adil !Guru Dg44 ni, umur 57 pun tak rasa gaji/jawatan begitu,walaupun 20 tahun dah bertugas di JPN.Tolonglah Tan Sri Muhyidin Yasin,belalah nasib guru!jangan sampai jawatan Guru Besar/Pengetua nanti dipegang oleh pegawai PTD ni.Bagilah peluang kepada guru2 menikmati keistimewaan ini.

Tanpa Nama berkata...

kalo PR menang PRU akn dtg ni,pkra prtama yg aku nk mntak krajaan PR buat ialah fired ktua cuepacs ni...ape pn x bley la..

matbond berkata...

bonus tak pernah dpt 2 bulan..asyik setengah bulan je..

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 230 daripada 230   Terbaru› Baru»