10 Mei 2011

CUEPACS HARAP PELARASAN GAJI DISEGERAKAN

Utusan Malaysia
9/5/2011





KOTA BHARU 8 Mei – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat mempercepatkan pelarasan gaji 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, permohonan untuk pelarasan gaji itu telah dibuat dua tahun lalu bagi mengurangkan beban ahlinya ekoran kenaikan harga barang.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak bermaksud mendesak kerajaan untuk berbuat demikian kerana memahami kedudukan kewangan negara dan sedar ia akan turut memberikan kesan kepada pekerja swasta.

“Kita sedar kenaikan harga barang adalah di luar kawalan dan kalau gaji kakitangan awam naik, kita bimbang ada golongan akan turut menaikkan harga barang dan bagaimana pula dengan bukan kakitangan awam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Alternatif PTK oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin di sini hari ini.

Omar diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa kakitangan awam akan menerima pelarasan gaji dalam masa terdekat.

Beliau berkata, langkah itu juga untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam yang bekerja sambilan kerana rekod menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada 730,000 kakitangan awam kelas sederhana melakukan kerja sambilan.

Katanya, CUEPACS tidak mahu kakitangan awam mengutamakan kerja sambilan sehingga menjejaskan produktiviti tugas hakiki mereka.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam proses terakhir untuk menyiapkan sistem penilaian baru bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

“Kira-kira 90 peratus sistem penilaian baru itu telah siap dan kita akan berbincang buat kali terakhir dengan JPA Selasa ini bagi melengkapkan sistem penilaian baru itu,” katanya.

65 ulasan:

  1. tengok2 kan juga lah...pasal elaun ITP..yg masih menyewa kos sewa meningkat...gred bawahan masih RM180..munasabah ke? hr nie hrg gula pun naik, harga minyak pun naik.duk hulu pun sewa naik..apa cerita..

    lg 1 Dato' Omar Osman perlu ada FB lah...dengar suara hati warga perkhidmatan awam...

    BalasPadam
  2. CUEPACS perlu melihat sejauh mana kepimpinan org atasan di sesuatu organisasi..penilaian pelru dibuat secara dua hala..org bawah boleh nilai org atas..kalau diaorg aje nilai org bawah utk penilaian SKT,kenaikan pangkat dh tu mereka sapa nilai..?apa bagus sangat ke mereka "org atas" dinilai oleh org lain...perwatakan pun mcm bagus tp hampeh...

    tekan JPA mencari dasar yg berguna untuk kakitangan perkhidmatan awam...CUEPACS perlu sediakan platform terbaik untuk kakitangan awam menyalurkan suara hati...seperti FB...nk guna blog pun xsalah tp biarlah lebih mesra lg...maju lg setapak CUEPACS...perkasa lagi & terus gah...

    BalasPadam
  3. Gula plak dah naik.....

    BalasPadam
  4. gaji tak naik tak pasal2 dapat kenaikan harga gula ha........ baru kamu tau, itu lah kesan ekonomi yg semakin pulih seperti yg diberitakan ha....

    BalasPadam
  5. ekonomi makin pulih..saman sini sana...selaraskan la gaji... asyik akurrr je

    BalasPadam
  6. disegerakan konon..udah le..t dngr lak berita cuepacs memahami kekanggan kerajaan...xpe..cuepacs paham..porrah

    BalasPadam
  7. Jgn tggu lagi... zaman dan berubah... brg semua asyik naik... gaji x naik plk... PRU akan dtg siaplah ko BN

    BalasPadam
  8. Tahulah DatOmar nak bersara akhir thn ini... bg lah kenangan gaji diselaras dgn segera... jgn asyik dang dong sana sini..

    BalasPadam
  9. tiap2 bulan ceupas duk mintak mcm2, habuk pun x nmpak.....mcm nie laa dato omar terus jumpa pm jer..sama kerajaan bn mampu tunaikn tuntutan atau x, klu x PA bleh pilih pmerinth baru

    BalasPadam
  10. Rasa saya k'jaan kali ini akan beri pelarasan baru bila budget baru kali ini krana pilihanraya akan diadakan besar kemungkinan hujung tahun ini 11.11.2011 (agaknya)
    Sekiranya kakitangan tak puas hati alamat bertukar warna hijaulah putrajaya kali ini

    BalasPadam
  11. ah cai bkata:

    2 kalitangan awam haa..mnyak olang melayu jugakk..apa pasal kelajaan xnak jaga olang melayu punnn...kannn

    BalasPadam
  12. Setahu saya putrajaya ditandingi oleh hijau dan biru, kalau PA tak puas hati kali ini boleh tukar hijau,
    bila hijau tadbir dan puas hati kita kasi tukar biru pula ,

    gitu... rakyat yg bijak

    BalasPadam
  13. Insaallah kali ini aku duduk kat putrajaya tempat undi aku dah tukar kat sana, pasti kali ini aku hijau betul2

    aku nak tengok kebajikan pa benar2 akan diambil kira

    BalasPadam
  14. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bajet 2012, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Okt, 2011, adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.

    Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, katanya.

    BalasPadam
  15. betul2...hari nie pon gula dh naik....betul kata deme sume 1 Malaysia kene tipu...
    Dalam paper tulis Ekonomi meningkat...nak tipu jer. Kot nak sedap ati rakyat jer

    Duit Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Tak Berapa Nak Di Utamakan.

    Mari kita pakat ramai2 sokong PR.
    Tak de guna kita nk tunggu lagi...

    BalasPadam
  16. TAK PAYAH HARAP LA...CONFIRM TAK DAK PUNYER...SEMBANG BOLEH ,PERCAYA JANGAN

    BalasPadam
  17. TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA...HARGA GULA NAIK RM0.20.X LAMA LAGI KITA RAKYAT MALAYSIA TESENARAI NEGARA TERMISKIN DUNIA.SBB X MAMPU SARA HIDUP SENDIRI..APA LAGI NAK SARA KELUARGA!!!!!...MINTA TOLONG KERAJAAN MALAYSIA..KALAU NAK NAIK BARANG TU..JGN LAH NAIK 20SEN,30SEN...NAIK LAH RM20,RM30 TERUS!!! GAJI PA TURUNKAN...BARU LAH MALAYSIA MAJU..1 MALAYSIA..RAKYAT DI BIARKAN MISKIN..PENCAPAIAN HARGA BARANG NAIK TGGI DI USAHAKAN...

    BalasPadam
  18. PERHIMPUNAN HARI PEKERJA SEKTOR AWAM DI PICC PADA HARI INI(10 MEI 2011/SELASA) TERPAKSA DITUNDA PADA TARIKH LAIN...NAMPAK SANGAT KERAJAAN FIKIR DUA KALI,BUAT PUSINGAN PATAH BALIK UNTUK KENAIKAN GAJI KOT....HADIAH HARI PEKERJA 2011 ADALAH KENAIKAN HARGA GULA SEBANYAK 2011 DAN AKAN SETERUSNYA BARANGAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG DIBUAT DRI GULA AKAN NAIK...."KLU IBU DAH NAIK HARGA,ANAK2 AKAN TURUT NAIK HARGA"...KATA PENDAPATAN NEGARA MAKIN BYK,DUIT 2 PI MNA?????????????????

    BalasPadam
  19. Saudara aku dari s'pore datang kerumah aku dulu, dia betanya jawatan aku,aku bagi tau dia jawatan aku dia kata kalau kat s'pore gaji aku ini untuk gaji basic aja RM6 ribu lebih , tapi kat sini gaji aku dah kerja hampir 28 tahun baru RM2,600.

    Tadi org rumah aku bagi tau bawa duit pg beli lauk kat kedai RM 50 dpt beli ikan kembung 4 ekor susu pekat 2 tin sayur sikit ikan bilis telor,jimat punya belanja dah hampir RM 48, katanya barang keseluruhan dah naik, garam halus tu pun dah naik.

    Isteri saya tanya kenapa gaji tak naik2, macam mane penjawat awam nak hidup macam ni.
    Saya katakan insallah budget kali ni munkin naik agaknya

    BalasPadam
  20. Setidak-tidaknya..kalau tak dpt menyelaraskan gaji..dptlah pertimbangkan kenaikan elaun rumah dan selaraskan elaun cola...sesuailah dgn keadaan semasa..tgk apa dah jadi? Tak pasal-pasal gula naik...lps ni apa yg menyusul naik ni?Org-org penting kerajaan ni cuba-cubalah tgk keluhan kitaorg ni...sedar ke tak ni...??

    BalasPadam
  21. woi...apa dah hilang akai ka mamat omar ni...apa pula nak segerakan..BAGI JE...hari tu kau kata..AKUR....hari ni...SEGERA..dah mabok ka...asyik kena jual je..si najib pun satu asyik TRANFORMASI....je..semuana nak ranformasi...duit rakyat berjuta2 trnsfer ke poket bini dia...kita tgk 16 mei ni...apa para guru akan dapt....

    BalasPadam
  22. SEMBANG BOLEEEE PERCAYA JGN LEEE,BARANG NAIK BARANG NAIK BARANG NAIK BARANG NAIK,,,,,,,,,,GAJI TAK NAIK,PENDAPATAN NEGERA MENINGKAT,MATA WANG RINGGIT DH MENINGKAT,,,GAJI BILA LGI DATO SERI NAJIB NAK NAIK PULA,,,,

    BalasPadam
  23. BARANG NAIK(MINYAK&GULA) VS GAJI NAIK YANG MNA MENANG,,,,BARANG NAIK MENANG LAAA.HUHU,SDIH.HUHU

    BalasPadam
  24. Yang kaw2 memekak ni ahli cuepacs ka? ,, bukan kalu p main jauh2.. kedekut yuran ahli.. time cuepacs mintak kenaikan sibuk menyibuk... tunggu aje lah

    BalasPadam
  25. CUEPAC DAH DAPAN GRAN HAMPIR 3 JUTA TAK DAPAT YURAN PUN MASIH BOLEH SURVIVE ELAUN ITU DAN INI.

    CUMA KENA BETUL2 BAGI KOMITMENT PELARASAN GAJI INI BENAR2 MENJADI KENYATAAN BUKAR OMONGAN KOSONG AJE

    BalasPadam
  26. barang naik lgi.esok barang pa naik laaa,gaji kali bila lgi,,,,,sedih kami penjawat awam gaji x naik,,....perbelnjaan makin bertambah..bila laa pm najib nak naik gaji nie...rindulah mantan pm pak lah,,prihatin sgt terhadap pejawat awam...

    BalasPadam
  27. harap2 ade la pelarasan gaji tak la yg ade Diploma tapi masih di Gred 17 tak terasa kekurangan sangat

    BalasPadam
  28. saya sangatlah sokong dgn apa yg tanpa nama katakan dalam comment beliau.Untuk pengatahuan Dato mana ada sewa rumah yg hanya Rm 180 nak sewa bilik pun susah,Di harap Dato memperjuangkan nasib kami yang berjawatan rendah. sekian

    BalasPadam
  29. Elektrik akan naik bulan jun. harap maklum

    BalasPadam
  30. Saya yakin suara Presden Cupec tak jelas didengar oleh PM.
    Mungkin ada 'pitching' tak betul bila mendendangkan perjuangan kebajikan & skim perkhidmatan utk PA.
    Saya GUGURKAN pRESDEN cUPEC..
    Tuan/Puan SETUJU dengan saya????

    AFUNDI saya sekarang.

    BalasPadam
  31. bagus sume naik harga,sgt bagus...nak je aku beli claim kan pokjib suh bayar baru dia tau

    BalasPadam
  32. sabor lah yeop....depa ni tak tau hal remeh temeh kat2 nun bawah sana...depa duk pikior hal2 dunia..teman ngabor je ke deme...udah2 le kita ngambat bukit,tak kemanenya bukit tu..silap2 kita yang hempap di bukit...naya kite..moh leh ramai2 kita jual tempoyak teman ni.adalah juga komisyen deme nya nanti...

    BalasPadam
  33. sepatutnya kita PA ni bersyukur dapat keje ngn kerajaan,,yg nak mohon koje ngn kerajaan kat luar tu melambak x dapat,,aku cabar ko org letak jawatan kalo ko org kate gaji dh x cukup,,letak jawatan dan masuk swasta,,,amacam berani,,,

    BalasPadam
  34. macam mane nak naik gaji,,,tgh koje boleh plak layan internet,,,main facebook,,,koje asyik delay,,,huhuhuhu

    BalasPadam
  35. Bukan tak besyukor atau letak jawatan keja swasta itu bukan jawapan yg tepat dalam menangi isu kenaikan kos sara hidup yg terus meningkat,

    secara rasional penjawat awam telah menyumbangkan kemajuan negara hingga dikatakan TPM termasuk 10 perkhidmatan terbaik rangking di negara maju didunia.

    Justru mau tak mau kebajikan hampir 1.2 juta pejawat awam ini perlulah disantuni dengan penyelarasan yg simbang dengan kos sara hidup masa kini.

    BalasPadam
  36. yang aku duk musykil ni sambil garu kepala botak aku,semalam cakap akur,hari cakap disegerakan...apa yang akur datuk?apa yang segera datuk?..ala,ala datuk sila jawab...

    BalasPadam
  37. tolong kami...nak tanggung keluarga ni...pun dah tak larat...

    BalasPadam
  38. Tipu...tipu...tipu....tipu.... jangan terpedaya dengan semuanya ini..kerajaan tak akan layan punya..harga minyak naik,gula naik,semuanya pun naik..tapi gaji tak naik-naik..cuepacs tak guna punya..tahu cakap je..letak jawatan je lah Dato Omar

    BalasPadam
  39. Sembang boleh lah puak2 cuepacs ni..bukan takat presiden je..orang suruhan dia pon sama je..lebih-lebih lagi tim.setiausaha...

    BalasPadam
  40. Saudara aku dari s'pore datang kerumah aku dulu, dia betanya jawatan aku,aku bagi tau dia jawatan aku dia kata kalau kat s'pore gaji aku ini untuk gaji basic aja RM6 ribu lebih , tapi kat sini gaji aku dah kerja hampir 28 tahun baru RM2,600.

    Tadi org rumah aku bagi tau bawa duit pg beli lauk kat kedai RM 50 dpt beli ikan kembung 4 ekor susu pekat 2 tin sayur sikit ikan bilis telor,jimat punya belanja dah hampir RM 48, katanya barang keseluruhan dah naik, garam halus tu pun dah naik.

    Isteri saya tanya kenapa gaji tak naik2, macam mane penjawat awam nak hidup macam ni.
    Saya katakan insallah budget kali ni munkin naik agaknya

    Selasa, Mei 10, 2011 12:31:00 PM


    Keluhan diatas ni mewakili ratusan ribu suri rumah yg mengharapkan laki depa yg dok sektor awam naik gaji..
    Kerja jujur pun susah.. tu yg byk rasuah berleluasa sana sini..
    Bkn tak bersyukur.. petrol dan harga keperluan asas skrg naik mendadak mana boleh tahan..

    BalasPadam
  41. Kalau harga barang naik alasan peniaga pasai depa terpaksa pakai minyak Ron 97 utk jaga enjin...

    BalasPadam
  42. kalau nk suh PA bersyukur,suh ar swasta syukur.jgn sesuka letak harga kerat leher..bodoh

    BalasPadam
  43. pelawok...x nak desak kerajaan..mana ada...kau cakap dengan PM pun x...jalan da..en omar..pencen awal lah..bosan dah..kata2 x imdah..

    BalasPadam
  44. Selasa, Mei 10, 2011 12:46:00 PM
    Tanpa Nama berkata...

    Yang kaw2 memekak ni ahli cuepacs ka? ,, bukan kalu p main jauh2.. kedekut yuran ahli.. time cuepacs mintak kenaikan sibuk menyibuk... tunggu aje lah

    Hoi kawan, apa ang duk bisjng pasal bayar yuran cuepacs ler, apa ler!!!
    selama ni aku nampak gaji askar, polis dan guru dititikberatkan.. Penjawat awam lain camne!!! Cuepacs hanya berjuang untuk guru, askar dan polis jer kah?
    Aku nak tanya cuepacs, ada tak dia buat usaha untuk turun ke setiap negeri dan promote cuepacs supaya suara cuepacs menjadi kuat.. maka ramai lagi akan bayar duit yuran tu... nie nak masuk ahli pun entah camna? nak minta bayar yuran.. apa yang mereka bt dgn yuran, peruntukkan khas kerajaan masuk cuepacs, untuk apa?

    BalasPadam
  45. selain kenaikkan gaji, rasanya imej penjawat awam pun patut di bincangkan.Banyak kakitangan yang nampak selekeh pakaian tidak kemas, nak gaji beribu tapi imej macam tukang sapu mana boleh. saya cadangkan supaya semua penjawat awan yang tak beruniform (17-38) memakai tali leher. budak sekolah rendah pun pakai tie. Kebanyakkan semua penjawat awam duduk dalam aircorn.... Mengenai gaji pulak saya harap gaji pokok terendah melebihi garis kemiskinan ( RM720).Kami bukan mintak nak kaya raya tapi cuma mintak hidup selesa saja. Hari ni gula dah naik 20 sen esok barang-barang yang guna gula semua naik ... makin kaya la cina gula... sekian

    BalasPadam
  46. nak kerja laju bayar lebih la...bayar ciput keja pun ciput la...lg mau marah PA keja slow..bayr murah kelajuan pn slow la

    BalasPadam
  47. hmm..rata2 kita dengar..kat ofice,kat kedai kopi dan kat mana2 pun..pilihanraya kali ni BN akan tumbang ekoran dari kenaikan harga barangan dn ketidakpuasan hati Penjawat Awam dan rakyat..pak omar x buat apa2pun..moral atau akhlak pemimpin bukan menjadi ukuran sekarang ni..tapi yang dapat memuaskan hati dan meringankan bebanan rakyat am nya...x caya!!..go on da ground n look n listen...

    BalasPadam
  48. Harapan semua pegawai awam pada mei 2011:
    1 mei 2011 :hari pekerja -ingat da pengumunan berita baik dari pm najib.

    7 mei 2011 :sambutan hari pekerja peringkat kebangsaan-ingat da pengumunan dari tpm.

    10 mei :sambutan pekerja sektor awam(di picc) ditunda pulak-pegawai awam kecewa nasib mereka terbela...

    sekian

    BalasPadam
  49. teruskan usaha cuepacs minta naik gaji.."JANGAN HARAP LAH DAPAT"
    CUBA,TRY,TEST usaha cuepacs minta naikkan harga barang...gerenti dan pasti cepat punya.....

    BalasPadam
  50. Kakitangan sokongan perlu membuktikan kesetiaan kepada Umno dan BN terlebih dahulu sebelum menyalak yg bukan2, sebab nnt2 gaji BN juga yg bayar.

    Drpd buat pelaraan gaji yg karut tu, lebih baik kami dinaikkn dr R1 ke R29 atau 41, ini lebih memberi kebahagiaan kepada semua PA yg bertungkus lumus mengundi BN selamanya

    BalasPadam
  51. TALIB..,

    KENYATAAN PALING BODOH/BENAK DARI MANUSIA YANG TAK NAK BERFIKIR..

    BalasPadam
  52. memang bodoh talib nih..

    BalasPadam
  53. TALIB....... INI SATU LAGI HABUAN KAU. KAU MEMANG MANGKOK/TOLOL AND BANGANG................

    BalasPadam
  54. ari tu muhyiddin dtg s'wak, lawat skola saya. ade la kekawan guru tanyakan dia adakah gaji akan dinaikkan? tau dia jawab ape? dia kata sudah dalam perbincangan, akan diumumkan awal bulan mei! haha kurang asam, sampai skrang x dgr dgr lagi. dahlah suruh letak kepercayaan pada najib & bn, dah termakan kata-kata manis si muhyiddin ni... undi diorang tah buat ape...

    jika muhyiddin atau geng-geng dia bagi janji, jgn la percaya sgt. sedap didengar je, bagi syok sendiri, tapi realitinya.....

    BalasPadam
  55. engkau semua jangan harap lah naik gaji,cola,elaun2...kipas belakang omar dan najip pun belum tentu dapat...bodoh!

    BalasPadam
  56. Eleh, siap nak mogok nak tuka kerajaan, hang pi la tuka kerajaan dap.. tgk la gaji la mana yang diaorang bagi.. Bersyukur la, dok sabr dulu...

    BalasPadam
  57. KEPADA PA YANG BERJAWATAN RENDAH & DI GAJI DIBAWAH PARAS KEMISKINAN, AKU CADANGKAN KITA RAMAI2 P PEJABAT JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT..MINTA ELAUN BANTUAN KHAS BULANAN...LEPAS TU KITA P PUSAT ZAKAT, MINTA BANTUAN SEKALI...YER LA KAN..DAH NAMA PUN GAJI DI BAWAH PARAS KEMISKINAN..X KAN X BOLEH MINTA KOT BANTUAN2 TU SEMUA...

    BalasPadam
  58. Duit zakat entah kemana.. simpan sesangat tak bagi yang memerlukan....

    BalasPadam
  59. tindakan kerajaan nampak lemah dan lambat. Tak yakin untuk membuat agenda perubahan.

    Kakitangan awam bertungkus lumus melaksanakan agenda negara seolah2 tidak disayangi.

    Dana simpanan negara RM393 ribu juta tu tak boleh 'dicairkan' ke...bagilah pada rakyat dan kakitangan awam sikit. Jangan takut2. Yakin pada diri.

    BalasPadam
  60. "Bagaimanapun, Omar berkata perkara itu terserah kepada kerajaan tetapi berharap ia dapat dipertimbangkan"


    KALAU AYAT DI ATAS NIE YG P.OMAR CKP..BAIK X PAYAH MINTAK APA....
    BAIK TUNGGU SMPAI MAMPOS!!!...
    BANGANG PUNYA PRESIDEN....
    berserah...berserah...berserah....
    ORANG BUTA BLH BUAT KERJA MACAM NIE...

    BalasPadam
  61. erdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bajet 2012, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Okt, 2011, adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.
    Pergi Mampos...!!!
    Kalau stakat felda,tok batin yg dpt aku xheran...
    PA skang ade smpi bgaduh laki bini,pasal gaji,waktu keje,komitmen keje....tp habuk pon xnampak...kali ni aku & suma kwn/keluarga dah nekad...xnaik gaji pangkah pembangkang!!!!

    BalasPadam
  62. bapak hantu kak limahRabu, Mei 11, 2011 4:50:00 PTG

    "Bagaimanapun, Omar berkata perkara itu terserah kepada kerajaan tetapi berharap ia dapat dipertimbangkan"

    Ayat budak darjah 6...betullah kalau gini ayatnya pak omar sudah tewas sebelum masuk gelanggang. tidak ada sifat kepahlawanan melayu dalam dirinya ..yang ada hanya sifat kelembutan melayu..

    BalasPadam
  63. kalau engkau rasa pandai ,bijak dpd omar...apakata engkau saja yg ganti tempat dia.jan pandai cakap jee...ambil alih tempat omar

    BalasPadam
  64. SEBAGAI SALHSEORG PA MALAYSIA YG DISAYANGI, AGAK MERASA TERKILAN DGN ISU PELARASAN GJI NI, KALAU XLARS GJI PUN BGILA NAIK ELAUN KE APE YG PATT KE..LEBIH2 LAGI 2 ELAUN YG SUSH SGT NAK NAIK
    1. ELAUN WILAYAH
    2. ELAUN KHIDMT AWAM
    CONTHNYE YG G17 SPT SY ELAUN KHDMAT AWAM RM115 DRI SY MULAKERJA THN 2000 SAMPAI SEKRG, DH 12 TAHUN.. KERJA KATA NAK BERINOVASILAH, INTEGRITILAH DN APE2 YG MERAPU JER, KERJA MAKIN BYK, PERKHIDMATAN NAK UNGGUL TP EKA TAK UBAH2 NAIK JUGK..APERR NI.. BGILA NAIKKN RM 300-400 KER..BGI KITA LEBH SEMANGT NAK BERKHDMT DGN MSYRAKT NI..NI DAH MCM SY 12THN BERKHDMAT, MATI MCMTU JER ELAUN KHDMT AWAM, YG DH KERJA 15TAHUN KE ATAS TU MCMNE RSENYE....FIKIR2KANLAH PRESIDEN CUEPEC.

    BalasPadam
  65. engkau jealah ganti omar..lebih sudu dari kuah pulak ooii..

    BalasPadam