10 Mei 2011

EJEN PEMANTAU PENJAWAT AWAM

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my
2011/05/10



LAPORAN  akhbar kelmarin.

LAPORAN akhbar kelmarin.


Penilaian konsep 360 darjah tingkat kepemimpinan jabatan kerajaan

KUALA LUMPUR: Penilaian tahap kecekapan berkonsep 360 darjah mulai 1 Julai depan berkesan mewujudkan hubungan 'menang-menang' yang erat antara pihak pengurusan dan kumpulan pelaksana, serta mempertingkat daya kepemimpinan cemerlang, telus dan saksama dalam jabatan kerajaan.
Pelaksanaan konsep baru itu juga disifatkan sebagai ejen pemantau kepada pentadbiran dan jentera operasi dalam perkhidmatan awam berikutan semua penjawat menyedari prestasi mereka akan diperhati serta dinilai secara berterusan oleh penyelia, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata sistem penilaian baru itu mampu menjana pembangunan profesionalisme serta kerjaya berterusan di kalangan penjawat awam melalui kursus peningkatan kecekapan, berbanding kebanyakan kursus di bawah Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) lebih menjurus kepada program kesedaran dan motivasi.

“CUEPACS juga akan mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam perjumpaan esok (hari ini) supaya penilaian baru ini nanti turut memberi pertimbangan lebih 15 peratus kepada sumbangan kakitangan yang kreatif di luar bidang tugas hakiki mereka,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan, mulai 1 Julai depan, prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Guru Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, pelaksanaan sistem itu mampu mengelakkan berlakunya penindasan dalam hubungan antara pegawai atasan dan kakitangan bawahan, sebaliknya tindakan diambil akan lebih berhati-hati serta mengambil kira kepentingan secara keseluruhan.
“Ini secara langsung akan menggalakkan jalinan kerjasama lebih padu yang bukan saja menguntungkan pihak pentadbiran, kumpulan pelaksana, jabatan dan negara tetapi juga pelanggan atau penerima perkhidmatan,” katanya.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri, berkata konsep penilaian baru itu diyakini lebih relevan dan berkesan berbanding penilaian berasaskan peperiksaan dalam PTK.

“Justeru, peluang kenaikan pangkat yang mengambil kira rekod penilaian perkhidmatan secara berterusan serta pembabitan dalam kursus peningkatan ilmu dan kecekapan, amat penting serta lebih ketara,” katanya.

Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Wilayah Persekutuan, Jaapar Mansor berkata, penilaian yang mengutamakan prestasi kerja penjawat awam, lebih-lebih lagi untuk tujuan kenaikan pangkat, adalah lebih adil.

27 ulasan:

  1. makin banyakla masalah jika sistem 360 ini digunapakai dan makin lambat la pergerakan gaji dan kenaikan pangkat, sebab akan wujud pelbagai karenah birokrasi dalam perlaksanaannya.

    Percayalah...kakitangan awam tidak sama dengan pekerja di swasta dan korporat atau glc yang berjaya menggunakan kaedah sedemikian. Ini kerana, prestasi mereka ditentukan satu-satunya oleh keuntungan. Jadi jika mereka bersungguh bersatu dan menaikkan prestasi kewangan syarikat, mereka akan diberi imbuhan tinggi dalam 'increment', bonus dan ganjaran lain berupa kewangan, percutian dan lain-lain.

    Kita sebagai penajawat awam, bertungkus lumus menaikkan prestasi dan menjayakan segala transformasi, KPI, NKRA, NKEA dll, kita dapat apa? Bonus? high in increament? Tidak, malah kita dikatakan sebagai membebankan dan tidak bermoral jika meminta bonus....

    Jadi fikir-fikirkanlah ya.....

    oleh anti kapitalis

    BalasPadam
  2. betul..pasti birokrasi bertambah beleluasa...apa la..rasional sistem ini dilaksanakan?bertambah susah dan parah je..kena pasang aircond besar supaya prestasi dinilai dengan baik.

    BalasPadam
  3. cadangan tidak masuk akal. ini kerana pejabat bukanlah rumah untuk kita bermesra sesama kakitangan tidak kira apa jua level. di pejabat seharusnya mengamalkan konsep "bekerjasama, dalam masa yang sama tidak melangkaui batas dan garisan". sekiranya seseorang yang berjawatan gred 1 diberi peluang untuk menilai mereka yang mempunyai gred 17, 22, 27, 29, malah gred 41, apakah perasaan mereka? tidakkah ini berupa PENGHINAAN?

    seharusnya cara yang sesuai adalah, pegawai 1 gred di atas yang menilai pegawai 1 gred dibawahnya. tidak perlu ada penilai kedua, ketiga, keempat dsb. sebagai contoh: 17 hanya dinilai oleh 22, atau mana yang terhampir. ini kerana 22 adalah penyelia kepada 17. dan 1 dinilai oleh 17 atau mana-mana gred yang terhampir. ini secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan, dalam masa yang sama masih lagi mengekalkan konsep "rank di dalam pejabat".

    BalasPadam
  4. setuju dgn pandangan di atas..

    dari anti kapitalis

    BalasPadam
  5. sistem 360 ?
    atas bawah kiri kanan depan belakang
    = semua ambil kira.
    sediakan wang banyak untuk beli AFUNDI saya .... best award for plagiatism actor.

    Ngko tanya dan dengaR Mamak Omar cakap .. he .. he .. dia asyik setuju aje.
    pOOORAHHHH.

    BalasPadam
  6. PTK - Mamak Omar komen "lebih menjurus kepada program kesedaran dan motivasi".

    sistem 360 - mamak Omar komen "mampu menjana pembangunan profesionalisme serta kerjaya berterusan di kalangan penjawat awam melalui kursus peningkatan kecekapan".

    Boleh percaya ker Mamak Omar niiih...
    Pooorahhhhh ..

    BalasPadam
  7. Saya adalah salah seorang kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat melebihi 23 tahun. 3 sistem persaraan telah saya lalui iaitu skim sebelum SSB, Sistem SSB dan SSM. Semuanya sama saja namun lebih baik daripada sistem yang akan diperkenalkan oleh kerajaan pada bulan julai ini. Saya nampak sistem baru ini diuwujudkan ibarat kakitangan awam ini bukannyanya satu aset penting kepada kerajaan. Tidak seperti Zaman Tun Mahathir , beliau melihat PA merupakan satu aset penting kepada kerajaan. Pada saya penindasan akan berlaku dengan lebih teruk lagi.Yang pasti akan tertekan adalah Ketua jabatan/ketua unit. Mereka ini akan terpaksa menunduk orang - orang bawahan jika ingin dinilai dengan baik. Dengan cara ini org bawahan akan bermaharajalela. Mana tidaknya kalau ditegur pasti bos akan dinilai dengan prestasi teruk. Secara tidak lansung kualiti kerja akan terjejas.

    Saya ada mendengar sindiran PM mengenai kakitangan kerajaan,. Beliau mengatakan bahawa kakitangan kerajaan ini merupakan satu aset yang membebankan. Betulkah? Beliau berkata ,kalau kakitangan kerajaan tak mampu melaksanakan tugas biarlah kakitangan swasta yang mengambil alih. Jangan kejam sangat kepada kami PA ini. kami sebagai PA juga manusia yang perlukan pembelaan dan mempunyai keperluan. Kami PA MENGAKUI TIADA SUMBER PENDAPATAN LAIN DAN MENGHARAP KEPADA MAKAN GAJI DENGAN KERAJAAN.Pihak yang berkenaan janganlah tamak dengan menabur peruntukkan berbilion ringgit untuk kesenangan kroni. Zaman Tun Mahathir setiap tahun kakitangan diberi bonus untuk berbelanja supaya peniaga dapat keuntungan. Ini kerana Tun tahu wang itu akan balik kepada kerajaan melalui cukai pendapatan peniaga. Dgn itu inflasi akan kurang.Padanlah baru-baru ini Tun Mahathir telah memberi komen bahawa kerajaan BN yang ada sekarang LEMAH.( Tamak dan rakus). Kepada Cuepac bersandarlah kepada kenyataan, jangan hanya wujud untuk kepentingan diri. Kajilah sistem penilaian yang baru ini dengan sebaik mungkin untuk kepentingan pekerja kerajaan.Matlamat PM adalah supaya tidak memberi kelebihan kepadfa PA dengan yang demikian kerajaan tidak perlu mengeluarkan belanja besar kepada PA.

    Semoga Allah melaknati orang-orang yang mengkhianati NYA.Jawatan diperolehi kita adalah AMANAH ALLAH SWT. INGATLAH DAN TAKUTILAH BALASANNYA.PA juga manusia yang ada keperluannya dan perasaan . Jangan hanya popular di mata rakyat tetapi tidak popular di mata PA yang berkorban untuk parti BN.

    BalasPadam
  8. Datuk Omar setuju tu biarlah berpada-pada.Jangan terus setuju tanpa berfikir panjang. Datuk kena isthifar dahulu banyak-banyak. Matlamat kerajaan BN yang ada sekarang Datuk kena dalami.Apakah kesan , akibatnya sistem baru ini kepada kakitangan kerajaan dan dan pentadbiranya negara. Negara hancur pak menteri boleh lari ke luar negara. Kita nak gi mana Datuk. PA ini merupakan aset penting kepada sesebuah negara . Pincang PA pincanglah negara. polis PA , askar PA , Doktor PA , Akauntan PA semuanya PA. PA pengerak kerajaan. Menteri hanya MENTOR saja.....bijaklah sikit wahai hamba ALLAH Datuk Omar. Saya tak nampak rasionalnya serta kebaikkan sistem baru 360 darjah ini melainkan PENINDASAN.

    BalasPadam
  9. 'sekiranya seseorang yang berjawatan gred 1 diberi peluang untuk menilai mereka yang mempunyai gred 17, 22, 27, 29, malah gred 41, apakah perasaan mereka? tidakkah ini berupa PENGHINAAN?'..kenapa perlu rasa terhina? sekiranya anda seorang ketua yg baik..seorg ketua yg mengambil kira kebajikan pekerja bawahanya..disenangi pekerja bawahanya..perkara ini akan memberi faedah juga kpdanya..selama ini pon ketua menilai pekerja bawahan ada diantaranya bersifat peribadi..tidak ada bezanya yg atas atau bawah..mgkin tidak semua..tapi manusia kan sikapnya sama..yang menilai anda juga manusia bukan binatang kenapa perlu rasa terhina..melainkan anda berasa bangga dengan jawatan anda dan merasakan tidak layak org bawahan menilai anda..tidak perlu rasa takut sekiranya anda yg TERBAIK....

    BalasPadam
  10. kalau boleh..nak jer Tun Mahathir jadi PM balik...huuhuhuhuhuhuhu

    BalasPadam
  11. Kalau PTK dah dimansohkan, mansohkanlah terus,..buat apa cara 360 darjah pula. Kalau N1 kami ni boleh buat laporan penilaian kat bos abis siapa pula bawah kami sebagai N1 (yg terkebawah) nak buat penilaian. Mungkin cara 360 dajah boleh di pakai pada guru kerana GB banyak tunjuk kuasa. Macam mana dengan tentera/polis yg kena tabik kat bos. Bagaimana dgn tentera yg ada akta AT. Salah satu sebab PA berpengalaman cabut ke swasta seperti doktor/tentera adalah kerana gaji ciput dan banyak kerja yg teruk teruk bukan sebab PTK. Bagi kami N1, N17 dan N27 ramai yg lulus PTK/KPSL dan mendapat prestasi atas 90 tapi pangkat tak naik kerana gred naik pangkat kumpulan sokongan terlampau sedikit. Berapa gred naik pangkat yg kami ada dalam satu Bahagian/Jabatan,....ciput. Misalnya dalam satu Bhg/Jabatan N17 ada 10/20 orang tapi N22 ada satu je....melainkan KUP. Sedangkan lihat sahaja dalam satu Bahagian/Jabatan gred sokongannya ada berpuluh puluh walhal Gred M41nya ada 1 sahaja tapi gred naik pangkat ada 2 M44, 2 M48 , 2 M52/M54 dan 1 jusa. Kalau macam tu apa faedahnya PTK 360 darjah buat kami. Kami kumpulan sokongan asyik kena tekan je ta'abis abis. Bila kumpulan sokongan pencen jadilah kami PA termiskin.

    BalasPadam
  12. PA sekelian berikrar taat setia kepada BN dan Umno, kita wajar la bersyukur, jgn jadi bangang dngan mempertikaikan kerajaan lagi.

    bersetia, bersatu, berkhidmat

    s/u umno taman mahkota

    BalasPadam
  13. PENILAIAN 360 DARJAH...SUJUD...CIUM KAKI BOS...MUUAAH...MUUAAH...BARU DAPAT KENAIKAN PANGKAT, ANJAKAN GAJI DAN LAIN2...SEJAUH MANA KETELUSAN SISTEM TERSEBUT? SEDANGKAN DALAM KEADAAN SEKARANG...UNSUR2 PILIH KASIH, KRONI MASIH WUJUD & SUKAR UNTUK DI KIKIS!!!

    BalasPadam
  14. ko saja aziz... sembah BN. Tak usah nak brpolitik .BN tak anugerah jawatan tertinggi pd ko kerana permosi kat cni

    BalasPadam
  15. berkaitan penilaian prestasi 360 darjah kakitangan awam. Pembuat dasar jalankan tugas anda. jangan bebankan kakitangan awam untuk memikirkan perkara berkaitan. Sistem PTK, SSB, SSM, APC banyak beri kesan negatif pada pemikiran penjawat awam termasuk ganggu prestasi kerja. Yang penting kerja bagus2. rezeki tuhan bagi walaupun sikit dan tak dapat APC, SSB, SSM,PTK dll tetap berkat dan cukup untuk sara diri dan keluarga. Benda-benda tu pegang satu je ..NAK BAGI.. TAK BAGI SUDAH.....ADA AKI KISAH.

    BalasPadam
  16. sepanjang bekerja sebagai penjawat awam selama hampir 24 tahun, tengok berbagai gelagat manusia. hirarki penjawat awam, tingkah laku semasa jalankan tugas. yang bagus tu bagus le, yang main wayang tu biasa lah.. yang kaki ampu tu orang boleh bacalah, yang cari kepentingan tu adalah.., yang jadi pegawai atasan tutup mata buat tak tau pun adalah..yang sakit biasalah mereka-mereka yang tidak di pedulikan...terpulanglah nak buat apa dan janjikan apa pun. tepuk dada tanya selera...

    BalasPadam
  17. makin banyak kes dengki + bodek boss + berpuak2 lg, ada lah jika penilaian nih di wujudkan..skrg pon da bleh nampak sikap PA yg berkelayakan akademik rendah..semua dok pakat hentam + cari salah PA yg berkelayakan lebih tinggi dr SPM..depa rasa tercabar dgn kelebihan yg ada pd PA yg memiliki akademik yg lebih baik..masa tuh timbul lah hasad dengki,batu api,kaki kipas,kaki bangkang,rasuah,salah guna kuasa dll..org bawahan senang2 leh jolok duit org atasan utk dpt penilaian yg lebih baik dr lain..nti mula lah salah guna kuasa,yg berpuak2 akan diutamakan dll..ini lg masalah..

    BalasPadam
  18. SISTEM 360....GOOD!!...BIJAK...BIJAK...LEPAS NI KITA BOLEH TENGOK MUKA YANG SAMA SAJA TIAP2 TAHUN AKAN DAPAT ANJAKAN GAJI, KENAIKAN PANGKAT & APC...LEPAS TU..AKAN ADA PULA SISTEM KUOTA..TAK PERCAYA?? TUNGGU & LIHAT...

    BalasPadam
  19. SSB - SKIM SUKA BODEK
    SSM - SKIM SUKA MENGAMPU
    APC - ANUGERAH PENGAMPU/PENGIPAS CEMERLANG
    SISTEM 360 - KESEMUA ELEMEN2 DI ATAS @ SISTEM MENJATUH ORANG LAIN (ambil hak orang lain)

    KEPADA PA..PA..YANG MEMENUHI KRITERIA DI ATAS, ADA SEMEMANG LAYAK!! LAYAK TERIMA DI DUNIA...DI AKHIRAT ESOK..I AM SORRRRRYYYYY...

    BalasPadam
  20. ok, tunggu dan lihat sahaja sistem 360 ini apabila ianya berfungsi.

    nak tau kesan paling ketara? kesan paling ketara, akan wujudlah ruang / peluang untuk rasuah berlaku dengan berleluasa..

    INGAT...!!! rasuah bukan berlaku dalam bentuk wang ringgit...tapi ia boleh berlaku dalam bentuk BOS BELANJA MAKAN, KAKI BODEK / MENGAMPU, TIPS DLL....

    Maka apabila 360 dilaksanakan, nantikanlah natijah dan tsunami yang berlaku dalam perkhidmatan awam...jika benar, tak lama, 2 tahun sahaja...maka datangla ombak tsunami gergasi...dan tidak cukupla kaki serta tangan SPRM untuk mengendalikan aduan penyalahgunaan kuasa akibat sistem 360 degree ini...

    JPA memanglah suka jika sistem ini digunapakai. NAK TAU KENAPA..???

    SEBAB SISTEM INI AKAN ME 'RILEKSKAN' PEGAWAI PTD UNTUK MELAKSANAKAN EXERCISE KENAIKAN PANGKAT, SEBAB TERLALU BANYAK KARENAH, PROSEDUR, SEMAKAN, SOP DLL YANG PERLU DITURUTI.....MAKA MAKIN LAMBATLAH PROSES PEMBERIAN APC, PERGERAKAN GAJI DAN KENAIKAN PANGKAT....!

    pendapat aku, dari memperkenalkan sistem yang merapu ini, lebih baik perkenalkan semula sistem SSB dengan menambahbaik kekurangannya...ini lebih 'menenangkan' semua PA....ada lagi, tunggu ulasan aku yang seterusnya...


    oleh ANTI KAPITALIS

    BalasPadam
  21. kakitangan sokongan berkata...
    cadangan tidak masuk akal. ini kerana pejabat bukanlah rumah untuk kita bermesra sesama kakitangan tidak kira apa jua level. di pejabat seharusnya mengamalkan konsep "bekerjasama, dalam masa yang sama tidak melangkaui batas dan garisan". sekiranya seseorang yang berjawatan gred 1 diberi peluang untuk menilai mereka yang mempunyai gred 17, 22, 27, 29, malah gred 41, apakah perasaan mereka? tidakkah ini berupa PENGHINAAN?

    seharusnya cara yang sesuai adalah, pegawai 1 gred di atas yang menilai pegawai 1 gred dibawahnya. tidak perlu ada penilai kedua, ketiga, keempat dsb. sebagai contoh: 17 hanya dinilai oleh 22, atau mana yang terhampir. ini kerana 22 adalah penyelia kepada 17. dan 1 dinilai oleh 17 atau mana-mana gred yang terhampir. ini secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan, dalam masa yang sama masih lagi mengekalkan konsep "rank di dalam pejabat".

    Selasa, Mei 10, 2011 1:46:00 PM


    I LIKE !!!!

    BalasPadam
  22. tuan,puan, datuk, dato, su, tksu, cadangan apa ni mcm cadangan budak2 tadika je cadangan langsung tidak mencerminkan satu keperbadian yang berjawatan tinggi saya harap orang JPA baca apa kami semua tulis ni, ini mcm stail ssb je wei ini punya cadangan paling hipokrit paling banyak .mewujudkan jawatan kedua iaiutu yes bos ok bos saya buat bos dan pada rakan sejawatan pastinya dimestilah yang terbaik pada orang bawahanya burukkan orang saingannya..

    tuan2 puan2 yang mencadang, saya MEMANG TIDAK SETUJU LANGSUNG cara ini ini bukan EJEN PEMANTAU PENJAWAT AWAM tetapi EJEN PEMBODEK PEJAWAT AWAM.....

    BalasPadam
  23. apa yg saya perhatikan sekarang kerajaan memerintah skrg suka bermegah2 di luar rumah ... kalo balik ke rumah sendiri ( penjawatan awam ) struktur kebajikan di rumah sendiri terabai.. dan anak yg fav. saja di beri perhatian . ni pendapat saya saja hehehe..

    BalasPadam
  24. agen pemantau penjawat awam.. si agen sape pantau.. aku tau.. malaikat maut..siap la kau ooii..!! ha.!!ha.!!

    BalasPadam
  25. kakitangan awam akan gigit jari lagi dengan sistem konsep 360..presiden CUEPACS boleh undur diri sekarang..ANDA UMPAMA KERBAU DICUCUK HIDUNG..semua PA setuju !jangan kata periksa tak penting..dalam kubur pun manusia akan di soal macam periksa..DICADANGKAN SPT DI BAWAH : PERTAMA:WUJUD SISTEM GAJI SEBARIS DIMANA SETIAP 5 THN ADA "BAR"..BAGI MELEPASI "BAR" setiap k/tgn awam wajib menjalani exam..subjects exam yg dicadangkan ialah BM,MATH,ENGLISH,AGAMA,GENERAL KNOWLEDGE SELAIN PERINTAH AM JABATAN..BERI SKOP INI 50 PERATUS MARKAH..BAGI PA YG TDK LULUS KERAJAAN BUAT SEBARIS GAJI YG TIADA "BAR"..TEMPOH 2 THN MAKA JIKA GAGAL JUGA SURAT TINDAKAN TATATERTB AKAN DIREKOD..Baru padan muka semua PA termasuk den..KEDUA:BERI 20 PERATUS MARKAH KPD PEKERJA YG INOVATIF SERTA KREATIVITI YG TINGGI KPD IMEJ JABATAN..KETIGA:BERI MARKAH 20 PERATUS KPD PENJAWAT AWAM YG RAJIN TEPAT WAKTU,KOMUNIKASI YG BAIK,BEKERJASAMA BERTOLERANSI,KEMAS BERPAKAIAN..KEEMPAT:BERI MARKAH 5 PERATUS KPD PA YG AKTIF SUKAN SERTA TERLIBAT DGN PERSATUAN LUAR PEJABAT..KELIMA:BERI MARKAH 5 PERATUS KPD PA YG JELAS MENJIWAI PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DI DLM ORGANISASINYA..KEENAM:WUJUD GRED BIASA DAN TKT KANAN SAHAJA..KETUJUH:BOSS PEJABAT MAXIMUM 2 THN SHJ..LEPAS TU TUKAR BOSS KE JABATAN LAIN..KELAPAN:HAPUS GRED W KEWANGAN SBB SKRG NI SEMUA KERANI DUNGU BODOH TERMASUK N22..DULU CC DIA PANDAI SEMUA BIDANG KERJA..SKRG KERANI BUAT KERJA YG SAMA SEPANJANG 10 THN..APAKAH KEDUDUKAN SEBEGINI JPA DAN CUEPACS NAK TERAP KONSEP PENILAIAN 360?..INI LAH YG RAKYAT MARAH SBB K/TGN AWAM MASIH JUMUD!..SEPERKARA LAGI WAHAI JPA&CUEPACS..DALAM SISTEM PERKHIDMATAN AWAM..AGEN PELANGGAN YG MENILAI KITA IALAH RAKYAT..SEKALI LAGI SAYA ULANG..BUKANNYA SESAMA K/TGN AWAM..ITU YG BUAT KERAJAAN BN JATUH SEBAB KAU ORANG BUAT DASAR BODOH!..KATA ORG "MENANG SORAK RUMAH TERGADAI"..UMUR 60 BIAR SAUDARA OMAR OSMAN,JPA SERTA JUSA SAJA YG BEKERJA SBB KAMI KEBANYAKAN KUMPULAN BAWAHAN NAK POGI MASJID CAGHI PAHLO..KAU ORG JPA TAK KESIAN KE KAT PEMEGANG DIPLOMA,IJAZAH,LEPASAN SPM YG SKRG NI DOK MENGANGGUR..IBU-BAPA LAGI KESIAN..KERAJAAN SURUH BELAJO BIOR COPAT PANDAI MALANGNYA TAK DO KERJO..NAMO SAJO PEGAWAI BESAU JPA TAPI TUHAN DAH HITAMKAN HATI KAU ORG..BAGI LAH PELUANG SAMA KAT ORG LAIN..55 UMUR PERSARAAN TU DAH MEMADAI..INGAT SAMA NAK MATI..INI SUBUH X KE MASJID..ZOHOR,ASAR PUN X KE MASJID..JUMAAT JE!..HARAP PM BERI KABAR GEMBIRA PADA 7HB OKTOBER 2011..KHUSUSNYA PA YG GAJI MATINYA RM 3000 KE BWH..HARAP PUTRA JAYA KEKAL DI TGN BN..WASSALAM

    BalasPadam
  26. Haii.. Agk ssh utk mnjana pendapatan kn? Adakh mgkn sistem lain dpt mmbantu?!

    BalasPadam
  27. Salam prknln bwt smua.. Add; www.MyTonePlus.com/tasabdullah

    BalasPadam