SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 Mei 2011

KIRA-KIRA 3,000 PENJAWAT AWAM DIISYTIHAR BANKRAP TAHUN LEPAS

Bernama
5/5/2011




KOTA KINABALU, 4 Mei (Bernama) -- Kira-kira 3,000 penjawat awam diisytiharkan bankrap pada tahun lalu, meningkat dari 2009 yang mencatat jumlah 1,086 orang, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman.

Beliau berkata paling ramai dari kumpulan ini datang dari kategori Gred 1 hingga Gred 40, dimana hampir 80 peratus terlibat adalah lelaki.

"Kebanyakannya sebab mereka buat pinjaman kenderaan...Mungkin gaji dah kecil dan sudahpun buat banyak pinjaman, tetapi pinjam lagi untuk beli kenderaan lepas tu tak boleh bayar, timbul masalah dan berhutang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah sempena Hari Pekerja anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini.

Terdahulu Omar dalam ucapannya berkata, walaupun pihaknya terus berusaha membuat tuntutan baru untuk memastikan kebajikan dan keselesaan penjawat awam terjaga, tabiat sesetengah warga penjawat awam yang berbelanja melebihi kemampuan juga perlu ditegur.

Jelasnya, jika keadaan sebegini berlarutan, penjawat awam tersebut tidak akan berpuas hati dengan apa-apa pun penambahan atau kenaikan kerana ini sentiasa tidak akan cukup bagi mereka.

Namun beliau turut menegaskan bahawa kenaikan harga barangan pada masa ini semakin membebankan penjawat awam, sebab itu Cuepacs memohon kerajaan untuk melakukan pelarasan gaji pada tahun ini, termasuk penambahbaikan faedah-faedah lain.

Beliau berkata, Sabah dan Sarawak juga mengalami perkara yang sama, dimana harga barang dan kos hidup di sini turut meningkat seperti di Semenanjung.

Sehubungan dengan itu, kata Omar, Cuepacs ingin melihat kadar elaun wilayah bagi penjawat awam yang bertugas di Sabah dan Sarawak dinaikkan antara lima sehingga 10 peratus dari kadar sekarang.

Beliau berkata, selari dengan permohonan Cuepacs sebelum ini supaya bantuan sara hidup (Cola) di Semenanjung diselaraskan kepada RM300 sebulan tanpa mengira tempat, maka elaun wilayah juga perlu dinaikkan.

Omar juga mencadangkan supaya insentif pemberian tiket penerbangan percuma untuk penjawat awam dan keluarga ke Semenanjung, diadakan semula sebagai satu bentuk motivasi kepada mereka.

-- BERNAMA

12 ulasan:

Myvitrd berkata...

banyak bankrup dek gara-gara kad kredit dan personal loan.. gov senang dapat personal loan tu yg beringat tu..asik overlap je.. last2 terjerat diri sendiri

2bz4money berkata...

Akses pinjaman peribadi yg agak mudah via Koop/Bank menjadikan PA cepat gelap mata dan menggunakan wang tanpa tujuan bermanafaat. Kajian terhadap 3k yg muflis perlu dilihat dari aspek prestasi perkhidmatan dan gaya hidup mereka agar kes terpinggir ini bukan menjadi alasan pokok bagi CUEPACS utk menuntut kenaikan gaji. Isu muflis disebabkan kegagalan mengurus kewangan dengan bijak dan berhemah.

Tanpa Nama berkata...

sy bersetuju dgn ceupacs, sokong usaha ceupacs.kereta merupakan kemudahan yg perlu ada, semua untuk kemudahan klga.zaman skrg kemudahan semua tu penting.

Tanpa Nama berkata...

org buat loan sebab hidup makin susah dengan gaji 900 je sebulan. kalau keluarga ramai lagi la susah. nak makan pun ak cukup bayar bil lagi. kalau tak de kereta pergi kerja kena bayar tambang juga. anak nak masuk u lagi. kalau gaji pa dalam 2 ribu ke atas mungkin kalau buat personal loan pun gaji masih ada banyak baki. yang bankrap tu bukan suka2 nak bankrap tapi keperluan hidup yang mendesak menyebabkan mereka bankrup.kalau gaji naik elaun cukup tentu dapat kurang org bankrap. harap dapat mencapai sifar bankrapdikalangan pa.

Tanpa Nama berkata...

BAGI PILIHAN:

1) HARAMKAN KAKITANGAN KERAJAAN MEMBUAT PINJAMAN PERIBADI DENGAN SEMUA BANK, ATAU

2) KESANNYA AKAN MELUMPUHKAN PERTUMBUHAN INSTITUSI PERBANKAN, ATAU

3) KERAJAAN PERLU NAIKKAN GAJI KAKITANGAN AWAM BAGI MENGIMBANGKAN KOS KENAIKAN HARGA BARANG DLL SERTA MENGAWAL DENGAN LEBIH KETAT SYARAT PEMBERIAN/KELULUSAN PINJAMAN PERIBADI YANG DIBUAT OLEH PA....

GKP(golongankurangmampu) berkata...

Kalau ketua Jabatan akan mengambil tindakan terhadap PA yg mempunyai pendapatan potongan melebihi 60% dari gaji maka tentukan:
1) PA tidak dibenarkan ambil pinjaman dengan mana mana Bank
2) PA hanya boleh pinjam melalui koperasi kerajaan sahaja
3) PA hanya boleh ambil pinjaman perumahan dengan kerajaan sahaja
4) Setiap pinjaman PA hendaklah dirujuk dengan CTOS dan Bhg Tatatertib jabatan sahaja

Nanti kita akan lihat siapa yg Bankrap Bank ke, pemaju ke atau PA.
Silap silap ekonomim pun meredum...Tiada negara di dalam dunia ni yg tidak berhutang, USA yg besar tu pun berutang bilion2..

buruh paksa berkata...

Puncanya ialah gaji kakitangan awam amat rendah ini membuatkan kakitangan awam terpaksa berhutang.
Kakitangan awam disuruh tingkatkan mutu kerja tetapi kebajikan tidak dijaga.Kakitangan awam ibarat ayam telor.

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan pendapat diatas..

lagipun sedar atau tidak faktor kemudahan pinjaman kewangan untuk sektor awam disamping menjadi keistimewaan bekerja di sektor awam namun juga memberi kesan buruk kepada kakitangan sektor awam.

Ia berpunca dari gaji yang tidak setimpal dengan kecemerlangan negara yang banyak disumbangkan oleh sektor perkhidmatan awam.

Tanpa Nama berkata...

patut dari awal lagi gov ketatkan syarat pinjaman bagi koperasi yg ada lesen thru biroangkasa. Mana taknya siap boleh pinjam sehingga 80% gaji mau tak bankrap...

Tanpa Nama berkata...

gaji RM1000, beli rumah murah, motor, sekolah anak 7 orang(rendah, menengah dan universiti) minyak ulang-alik keje,duit bas anak, brg dapur dan sbgnye..mane tak bangkrapnye gaji tak cukup da.. lu pikilah sendiri..

Tanpa Nama berkata...

smua kje nak menipu!!!.
ckap dlm berita ekonomi malaysia mkin meningkat la ringgit makin kukuh la..tp hampeh.menipu rakyat jer kjer.koloni nya yg sedap2 menghabiskan wang rakyat.jgn harap la nak undi lu org.undi bapak aku sendiri lg bgus.xpun buat undi rosaqkbila pru dekat mcm2 jnji.nak buat itu la ini la.jnji manismu.p haprak.jwbnya mkn sadin jer la tiap2 bln

Tanpa Nama berkata...

persatuan guru, penggawa, pembantu tadbir, juruteknik dan lainnye dalam cuepacs.. dah dpt ape yg kau org mintak.. jawabnye tak dpt..ha..!!.ha..!! berakarlah lu org.. kalau ikut nasihatnye.. aku tgk semua presidennya tua-bangka.. patut lea..