SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Mei 2011

NUTP SYOR PERKENAL SKIM KHAS BELI BUKU

Berita Harian
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
feroz@bharian.com.my
2011/05/16



KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan Kementerian Pelajaran memperkenal skim khas untuk guru membeli buku bagi menggalakkan budaya ilmiah dalam kalangan warga pendidik seluruh negara.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata menerusi skim itu, guru dibenarkan membuat tuntutan buku di sekolah masing-masing bagi memudah dan mempercepat urusan bayaran semula. Beliau berkata, harga sesetengah buku rujukan terutama yang diimport agak tinggi dan skim buku guru berkenaan dapat meringankan beban mereka untuk mengikuti perkembangan ilmu. “NUTP mahu guru sentiasa mengemas kini pengetahuan dalam bidang masing-masing atau memperluas ilmu mereka dalam bidang lain.

“Skim ini juga membolehkan guru membeli buku fiksyen seperti novel dalam bahasa Melayu atau Inggeris berdasarkan minat mereka,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Adnan berkata, skim buku guru itu juga boleh meningkatkan pengetahuan guru selain merancakkan industri buku tempatan.

Beliau berkata, dengan lebih 400,000 guru di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran sekarang, jika mereka dibenarkan membuat tuntutan RM500 saja setahun, dana RM20 juta akan berlegar dalam industri buku negara ini.
“Dengan itu, proses jualan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka atau penerbit lain lebih rancak sama ada di bandar atau luar bandar.

“Ini secara tidak langsung menggerakkan ekonomi luar bandar terutama di kedai kecil menerusi jualan bahan bacaan.

“Skim ini memberi keadaan menang-menang kepada guru dan juga kerajaan kerana kita dapat melahirkan guru yang sentiasa mengemaskinikan ilmu mereka” katanya yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai, Manjung, Perak.

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KPPK diminta perjuangkan nasib guru sekolah Rendah.Terutama gred guru besar dan GPK Sepatutunya GB diberi gred 38 dan GPK gred 34 atau 36 (gred baru).Sudahlah elaun GB pun sama dgn guru biasa yang lain,terlalu jauh jika dibandingkan dengan Pengetua dan GPK sekolah Men.Janganlah guru lepasan PPPLD dianaktirikan...kerana mereka ini yang menjadi ahli setia kesatuan ..sebelum ianya dikuasai oleh PPPSiswazah.

Tanpa Nama berkata...

nak bli brg dapur pun kene bnyk kali,,lagi la nk bli buku,,,hampes,,,nasib baik la ader naskah contoh dr pembekal buku,,ringan sikit nk bli contoh soalan,,,,,

Tanpa Nama berkata...

Tak cukup ke cikgu? Ke kau bayar instalment vios tinggi sangat...

Tanpa Nama berkata...

nasib PAP di sekolah yang masih belum menerima kenaikan ke grd N27 juga perlu diperjuangkan.

-PAP Cemerlang

Tanpa Nama berkata...

duit makan nasi lemak pagi2 korang xmau claim skali ka??da la gaji naik gred naik pahtu nak macam2 lg....nyawa spare pun mintak la skali...

2bz4money berkata...

Elaun khas buku ini juga perlu diperluaskan bagi jurulatih yg mempunyai kepakaran tertentu di institut latihan seperti di INTAN, IPN dan ILKAP.

Tanpa Nama berkata...

ayat macam jurujual buku je..cuma secara terhormat..hehehe

Tanpa Nama berkata...

tahniah la pendidik sebab dpt gak sikit dri kerajaan.tpi kami PA gred lain x dpt pa...wlau korang kata x rmai yg dapat..setiap keluhan pendidik sentiasa didengar tpi keluhan PA gred 1-41 sapa pon x layan..asyik dengar statemt sempoi2 kt media..atau dlm cuepacs ni hnya utk golongan pendidik ja??cuba la korang pergi survey pejabat2 kerajaan tnya kepuasan hti kakitangan kerajaan ats perkhidmatan cuepacs??anda akn thu jwpn nya mcm mana??

Tanpa Nama berkata...

senaraikan perjuangan cuepacs 2007 hingga kini (era Presden Omar).
Catat apa yg berjaya dan apa yg tidak?
saya pasti pencapaian KPI omar AMAT TERUK. bagi saja Presden cuepacs ke NUTP.

Tanpa Nama berkata...

guru lagi...ikhlas ke guru meminta itu ini...masih xcukup cukup lagi ke?kereta masing2 hebat2.

Tanpa Nama berkata...

gaji dah besar pun masih nak minta skim khas, adui tak puas2 lagi ke apa yg kau org dah dapat.... hairan , tu lah manjakan sangat, semua benda dia minta.....

Tanpa Nama berkata...

nutp...jgn nak buat isu baru da...meluat aku baca..muak aku dgr...tlg perjuangkan 6 tuntutan yang belum selesai tu....tolonglah...cukup2 lah PM dan TPM tipu kita pada 16 mei lepas.

PPM Kecewa N17 berkata...

apa yg kita semua PA mahukan ialah kenaikan segera semua PPM N17 di sekolah ke gred N41. Kami amat penting dalam membantu memantau prestasi kerja guru yg selalunya x buat kerja dengan ikhlas.

Ketulusan semua PPM dalam menjayakan agenda BN dan kementerian pelajaran. Kami bersedia menghadapi sebarang tambahan kerja seperti menilai para guru jika permohonan kenaikan gred menjadi kenyataan. Kami amat yakin BN dan Cuepacs sentiasa mendengan luahan ikhlas PA yg pro BN

Tanpa Nama berkata...

kenapalah gred PAP dan N17 selalu mintak perkara tak relevan....gred 41 telah dikhaskan untuk lepasan ijazah dan keatas..kalu nak kenaikan pangkat pun bukan mcm ni...mintak lah naik dari PAP N1 ke N11 ka, N16 ke...Ni nak 41 mana boleh...sedarlah kelayakan yang ada...aku pun ada STPM tak mengharap pun N41 tu...setakat boleh ke N22 sudah memadai dari jawatanku yang n17....jangan sebab sokongan politik anda mintak naik gred...silap besar...musnah negara

Tanpa Nama berkata...

betul tu,permintaan memang tak masuk akal... mintak 41,memang angan jenin lerr... kalau betul dapat naik,hapuskan sistem pendidikan,toksah susah2 blaja ambik itu ini, habis spm mintak jadi pap,seronok keje terus pegang gaji besor...

HantuKupek berkata...

Presiden NUTP tak lulus matematik ka? kalau 400,000 orang menikmati geran beli buku sebanyak RM500 setiap tahun maka kos dibelanjakan kerajaan ialah 200 juta bukan 20 juta. Cadangan ini memang bagus lagipun aku dah start membaca balik. ini dapat membantu. cumanya asyik2 guru, guru, guru pergi mampuslah guru. aku cadangkan jumlah geran beli buku ini dikurangkan 1/3 kepada hanya RM160 setahun dan kemudian diperluaskan kepada semua kakitangan awam. jadi 1.2 juta orang dapat menikmati geran ini tanpa sebarang pertambahan kos. adil tak?

guru yg kecewa berkata...

apa yg di bising2 kan ni ????? kata guru dpt ni dan tu!!!!!!!!!
tak ada pun??? aku guru yg dah mengajar 16 thn tapi tak rasa pun apo2 yg istimewa dr gov dlm beberapa thn ni. yg dpt tu org atas2 aja...kami guru sek rendah biasa tak d pandang pun. semua kami kecewa pd hari guru yg lalu sb hadiah yg diumumkan tak ada kaitan dgn kami. apo ni....kecewa....janganlah mengharap lagi.

guru yg kecewa...

HantuKupek berkata...

sorila cikgu, kami kaki dengki dari golongan sokongan ni memang bongok sikit, ye la masuk pun pakai kabel sebab SPM pangkat 3, SRP pun ngam2 lulus.

yang x kaki dengki tu lantak mereka la, tapi kami kaki dengki ni nakkan gaji ijazah dengan kelulusan SRP kami

Tanpa Nama berkata...

Beli buku masak memasak pun mahu tuntut juga gak..Buku Perpustakaan sekolah tidak cukup lagi ker?

azman berkata...

SOKONG HANTU KUPEK...

cayalah wawasan anda. kami pun nak belajar gak. menuntut ilmu dituntut oleh agama bukan utk cikgu saja.

HantuKupek berkata...

nampaknya ada golongan cikgu yang sentap dan cuba menyamar jadi golongan sokongan. guna nick aku iaitu HantuKupek pulak untuk sabotaj. betul la cikgu ni banyak yang dah mental.

ditekankan disini kami kumpulan sokongan sangat realistik tidaklah kami mengingini apatah lagi meminta gaji tahap ijazah. cukup sekadar upgrade tahap gaji dari SPM ke Diploma, itu pun kalau kami ada sijil diploma. imbuhan ini sesuai untuk menggalakkan peningkatan ilmu. cikgu dah mula nak minta gaji tahap PHD, kami minta takat stpm dan diploma saja. skim sedia ada sudah terlebih lapuk dari kulat kulapuk.

HantuKupek berkata...

pergi mampuslah guru, itulah ayat aku tadi. biasa la aku kan pandai baca, kira dan mcm2 ni bukan sebab guru, aku dapat wahyu dari langit.

keturunan aku pn nnt aku xnak hantar sekolah, sebab PI MAMPUSLAH GURU!

aku pun pandai ajar sendiri anak aku, dia pun dapat wahyu juga, guru sikit pun satu sen x guna

mustaffa zaki abd mubin R1 berkata...

aku pun sokongan jgk, yg hantu kupek ni biol ke apa?

-ikhlas
-encik mustaffa zaki abd mubin R1

Tanpa Nama berkata...

pergi mampuslah guru, itulah ayat aku tadi. biasa la aku kan pandai baca, kira dan mcm2 ni bukan sebab guru, aku dapat wahyu dari langit.

keturunan aku pn nnt aku xnak hantar sekolah, sebab PI MAMPUSLAH GURU!

aku pun pandai ajar sendiri anak aku, dia pun dapat wahyu juga, guru sikit pun satu sen x guna

Jumaat, Mei 20, 2011 11:31:00 AM

kite tengok sape yang mampus anak2 ko ke atau cikgu2....jangan sombong la...kalau ko ngajar anak2 ko satu huruf pun ko dah dipanggil guru...jadi maknanya dengan ko2 sekali la akan mampus nanti kan??

Tanpa Nama berkata...

guru orang yang KERJANYA mengajar. takkan kawan kau ajar kau hisap rokok pun dia berstatus guru jugak. apa pun guru ni kalau anak murid dia pandai jadi doktor dia claim "haa sebab aku la tu dia berjaya". padahal dia ajar budak tu Pendidikan Jasmani. tapi kalau anak murid kelas dia jadi bohsia, dia akan kata "aku dah kata, budak tu dah semulajadi jahat". guru sekarang ibarat unggun api, dia membakar ranting kayu (anak murid) agar dia nampak bercahaya dan hebat.

Pembela Guru berkata...

jadi bohsia ke...jadi penagih dadah ke tentu ade yang 'mengajarnya' kan??takkan die beranak2 terus jadi bohsia ngan penagih dadah???kalau nak dengki dengan guru pun berpada2 la...takkan guru nak ajar semua dekat anak ko...lain2 akhlak tu tugas ko la pulak sebagai 'guru' di rumah...takkan nak ngajar basuh berak pun nak suruh guru yang ajarkan...abis ko dkt rumah buat ape??buat anak je ke??klasifikasi guru ini luas...itu la time guru ajar ko asyik dengki2 je...cmne nak jd org berguna..last2 guru jugak yang kau salahkan..

putih berkata...

Saya rasa yang banyak menDENGKI dlm blog ni orang MELAYU....orang ISLAM tak sepatutnya bersikap dmikian

Tanpa Nama berkata...

kerajaan bagi la subsidi buku.. barulah murah nak beli buku.. baru timbul minat budaya membaca.. betul tak..?