SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Jun 2011

CUEPACS MINTA KENAIKAN PANGKAT SELEPAS KURSUS

Bernama
2011/06/19



ALOR SETAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut agar di bawah Sistem Bersepadu Potensi Penjawat Awam (PROSPEK), penjawat awam terus mendapat kenaikan pangkat selepas menghadiri kursus tanpa perlu menunggu berlaku kekosongan jawatan.

"Kita membantah jika kenaikan pangkat hanya diberi apabila terdapat kekosongan jawatan kerana objektif PROSPEK tidak tercapai. Apabila pulang dari berkursus mereka hendaklah dinaikkan pangkat," kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman. Beliau berkata, CUEPACS juga menuntut pemberian insentif kepada penjawat awam dinaikkan terus kepada tiga kenaikan. "Dulu masa ada PTK (Penilaian Tahap Kecekapan), kita ada aras melintang dan menegak tapi dalam PROSPEK konsep melintang dan menegak tiada. Jadi kita mahu ia digantikan dengan tiga kenaikan, baru ada perubahan," katanya kepada pemberita semasa menghadiri mesyuarat agung Kesatuan Pegawai-Pegawai RISDA Kedah di sini hari ini.


Beliau berkata, CUEPACS sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara berhubung pelaksanaan PROSPEK.

Katanya, terdapat beberapa perkara yang tidak disentuh dan perlu dimasukkan dalam PROSPEK supaya terdapat perubahan lebih baik berbanding PTK.
"Antara permintaan lain CUEPACS ialah pelantikan panel berwibawa bagi membuat penilaian terhadap penjawat awam selain dua pegawai mewakili kesatuan sekerja supaya penilaian yang dibuat lebih adil dan saksama," katanya.

Omar juga berkata, CUEPACS tegas dengan tuntutannya mengenai penyelarasan elaun sara hidup kepada RM300 untuk semua penjawat awam dan imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada RM350 dari RM180. - BERNAMA

75 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sokong 100 peratus sokong

penerima gaji mati berkata...

Yang lagi penting - Panjangkan tempoh tangga gaji supaya kakitangan awam tidak menerima gaji mati bretahun-tahun lamanya.

Tanpa Nama berkata...

Omar juga berkata, CUEPACS tegas dengan tuntutannya mengenai penyelarasan elaun sara hidup kepada RM300 untuk semua penjawat awam dan imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada RM350 dari RM180. - BERNAMA

Tegas lagi Datuk..Mudah-mudahan apa yg kesatuan perjuangkan ini tercapai demi kebaikan PA semua.

Tanpa Nama berkata...

kau org percaya kea..ingat apa dah berlaku pada ssm..ptk ape dah jadi..kami tak percaya semua tue.. dah 5 tahun kami ada ijazah dan master tak naik-naik pangkat..dah daftar kat SPA..habuk tarak.. hampas dapat la.. buat dulu baru cakap.. apa-apa hal kami tunggu bulan 11 nie PRU-13..

Tanpa Nama berkata...

Cupec, buatlah apa yang terbaik. Janji dapat. Aku tetap dengan kerja aku. Kerja bertimbunpun bukannya ada org nak tolong. sendiri juga yang buat.Janji cukup bulan ada masyuk. Walaubagaimana pun diharap cupec akan berjaya. Senang hati hamba......... boleh senyum sampai ketelinga.

Tanpa Nama berkata...

ok jgk cadangan ni.cuma takut takde komitmen dari pihak kerajaan je. kalau takde komitmen sepenuhnya dr govt, sistem apa pun tak guna. yg lulus PTK pun masih belum dapat ganjaran sepatutnya. Harap JPA permudahkan urusan naik pangkat dan naik gaji

mustaffa zaki abd mubin berkata...

bos tempat aku awal2 lg dah bitau sapa geng dia utk cemerlang PROSPEK. kami ni mangsa la sampai bila2

yunos hj.omar berkata...

Harap kami yang dah berkorban sambung belajar dgn duit poket sendiri ni dan mempunyai master pendidikan akan terbela....dah lama dah janji tinggal janji...hutang sambung belajar dah nak habis...tunggu hadiah pergerakan gaji tak dapat-dapat. balik kursus jadi guru sek.rendah balik....barang2 harga naik melambung-lambung...gaji camtu gak

Tanpa Nama berkata...

sorry..apa apa yang melibatkan kupeks ni aku tak percaya akan ada hasilnya...hampeh

Tanpa Nama berkata...

boleh percaye ker,,,dah dua thn kene tipu,,,huhuhuhuhuhh

Tanpa Nama berkata...

tak payah la gila sangat nak naik pangkat.. kita ada sistem.. kerajaan akan pilih orang yang layak je untuk naik pangkat.. kalau semua kerani naik CC tapi keje tak pandai pun tak guna.. kalau rasa keje kerajaan ni tak bagus pegi je keje kilang.. ada over time ada bonus.. dulu masa interview nak masuk keje tak pulak pikir pasal gaji dan pangkat.. dah tua2 pulak baru nak pikir.. pikir la sendiri..

Tanpa Nama berkata...

semua cerita pasal naik pangkat.. ada master la.. ada PhD la.. belajar duit sendiri la.. kalau belajar tinggi mesti boleh pikir kan.. majikan dalam Malaysia ni bukan kerajaan je.. pegi la jadi lecturer ke.. keje ngan swasta ke..

Tanpa Nama berkata...

Harap diluluskan... yang lulus PTK tak kira batch tahun bila...harap diberi kenaikan pangkat segera....syabas Ceupacs....

Tanpa Nama berkata...

Setuju sesangat dengan komentar
i. Tanpa Nama Isnin, Jun 20, 2011 8:26:00 AM dan
ii. 8:29:00 AM

keje betul2 la dulu br citer naik gaji. ini balik2 dok sokan2, tari menari, dgr ceramah (tp blk haram x berubah), jualan, makan minum, balik on time, part time, MLM, bual2 kosong, isap rokok, ASTRO, libur, santai, relaks, enjoy pe citer org Melayu oi?

Kalau dh sah layak dr segi akademik smpi ke Masters bagai, pi la tpt lain dh tau keje gomen (KERAni) ni perlu kelayakan akademik maksimum sampai Diploma (itupun ICT je). Kalau dh teror smpi masters awat x mintak swasta? Sbb x layak kan? itu je... paper qualifications ni bolehlah diusahakan tp kalau mentaliti dok libur2 je, jgn harap la masters boleh bantu keje di swasta.

Keje gomen ni nk bantu org Melayu je yg x layak ke swasta... x de gomen mampus la Melayu dok libur dan santai je memanjang. So dh gomen tlg kita, jgn plak byk songeh mintak itu ini. Kan main lg time interview boleh itu ini. Dh msk mula byk cengkadak.

Standard keje gomen (org Melayu) masih teruk. Pegi je la mana2 jabatan, dgn muka masam, pakai selipar, jln terkedek2, badan mcm peti ais, layan org mcm sampah, keje x cekap; inilah standard org Melayu. Ubah la dulu perangai tu

Tanpa Nama berkata...

setujuuu....kalu semua orang nak naik pangkat, nak jadi cc, sapa plak nak jadi kerani yek? ke nak naik pangkat jadi cc tp buat kerja kerani? jual avon ke, tupperware ke, cosway je la...

Tanpa Nama berkata...

kupek buat lawak lagi... hahahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Haji omar dan rakan2 tolong sedar sikit. Jangan seronok mesyuarat sana sini. Sekali2 dok la opis pulak tengok keadaan sebenar sebelum minta itu ini.

Cuba tengok sikit apa dah jadi dengan KUP Gred 22 yang kerajaan bagi selepas berkhidmat 15 tahun. Semua dah besar kepala tak ikut arahan penyelia.

Saya yang jadi CC Gred 22 hakiki ini pun ditengking-tengking sebab rasa sama pangkat sedangkan saya penyelia mereka.

Apalah sangat pangkat ni, bukan beza banyak pun (gaji)cuma tanggungjawab bertambah. Jangan kita seronok didunia nak naik pangkat (terima tanggungjawab)tetapi merana di akhirat bila kita diazab sebab tak jalankan tanggungjawab.

Masa tu permohonan CUEPACS pun Allah tak layan. Ingatlah kerja itu satu ibadah.

Tanpa Nama berkata...

Presden Cupec buat lawak lagi .. Mana PEKELILING yang menyatakan PROSPEK ganti PTK????
Kenapa rahsia sangat sehingga semua PA tak boleh nak tengok dan tahu ??!!

Atau Omar dah buat KONSPIRASI dgn JPA?
semua PA jangan kena tipu dgn presden cupec niih! hampeh !!!

Terlupa berkata...

Pembetulan Y.Bhg Dato' Presiden dan rakan-rakan. Melintang menegak ni dalam SSB je. Dalam PTK anjakan gaji P1 ke P2 dan P2 ke P3. SSM pun dah takde melintang menegak. Harap Maklum.

Tanpa Nama berkata...

Mintak jugak kenaikan elaun menanggung keja supaya dalam lingkungan 40%-50%... elaun yang ada skang ni tak sesuai dengan bebanan keja terhadap jawatan yang ditanggung tu... sapa setuju sila sokong...!!!!

Tanpa Nama berkata...

Nak elaun tanggung keje pulak. Suku dah cukup dah. Bukan buat keje sangat pun. Minum je lebih. Anggap la sedekah. Saham akhirat tu bang.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong pendapat di atas..... dah bagi tanggung kerja pun dah patut bersyukur ni nak minta lg smp 50% byran, tak logik la....

Tanpa Nama berkata...

kau org percaya kea..ingat apa dah berlaku pada ssm..ptk ape dah jadi..kami tak percaya semua tue.. dah 5 tahun kami ada ijazah dan master tak naik-naik pangkat..dah daftar kat SPA..habuk tarak.. hampas dapat la.. buat dulu baru cakap.. apa-apa hal kami tunggu bulan 11 nie PRU-13..

Ahad, Jun 19, 2011 10:42:00 PM



terpulang kepada individu itu. nak tunggu pru 13 ke nak tggu cina yang merintah ke. yang penting cuepecs tetap berjuang untuk penjawat awam. apa kene mengena kerajaan yang merintah dengan kenaikkan pangkat tuan. klu sistem yang digunakan sekarang masih lagi mengamalkan pilih kasih jangan la harap semua tu. satu lagi jangan lupa, kebanyakkan pegawai atau jusa dalam kerajaan ni kebanyakkannya pembangkang. x semestinya kita pangkah pembangkang yang kita boleh naik pangkat. klu rasa x puas hati silakan pangkah pembangkang. tiada siapa yang akan marah dan tiada siapa akan menghalang. itu semua hak masing2.....silakan

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kumpulan sokongan majoriti menyokong pembangkang... x caya tgk je la website cecupak ni... x abis2 nk pangkah pembangkang pru 13!

ahmad berkata...

cuepacs dulu,kini selamanya penipu.kami guru2 dg2941,dg3241 yg dilantik sebelum 07/2007 yg menerima kenaikan gaji 15%,gaji kami lebih kecil dari guru2 yg dilantik selepas dari tarikh itu kerana menerima 25% kenaikan.Cuepacs dan KPPK adalah kesatuan yg tidak berwibawa dan penipu besar.tunggu PRU 13,kita tengok langit tinggike rendah

Tanpa Nama berkata...

sekarangpun melayu merentah atas nama saja tiada kuasa penakut,tengok kes nawamee,tiada tindakan untuk kekalkan kuasa bn saja,kalau cakap gunung berapipun kalah.

Tanpa Nama berkata...

kita kena fikir pasal apa kakitangan awam sokong pembangkang,pasal kenaikan pangkat semua umno,mic dan mca yg bolot.tengoklah guru besar dan pengetua sekolah semua kaki ampu,bukannya yg berwibawa.pengarah2 semua kaki bodek.pasaltu lah PA benci dekat bn

Tanpa Nama berkata...

tak semestinya kita pangkah bn kite juga boleh naik pangkat..tak kira pr atau bn.. keadilan n ketelusan adalah lebih utama.. nie klu asyik kena bodoh dan tipu sape boleh tahan.. betul tak..

Tanpa Nama berkata...

Mintak naik gaji kat BN
Mintak naik pangkat kat BN
Mintak naik elaun pun kat BN
Tapi nape nak pangkat PEMBANGKANG??
Bodohnya.. Awal2 dah nak pangkah Pembangkang tentu2 ke pembangkang boleh bagi semua???

Tanpa Nama berkata...

dulu orang suruh belajar tinggi2,ponteng sekolah,sekarang bn merentah mintalah gaji dekat bn selepas PRU13 nanti pembangkang jadi kerajaan kita minta dekat pembangkang pulak,pasal sapa merentah dia pegang duit rakyat.(duit yg kerajaan kutip dari rakyat dan korek minyak di trengganu,kelantan sabah serawak)ada faham

Tanpa Nama berkata...

Pembangkang boleh bagi, bagi pasir, boleh kan janji bagi.Kalu rassa tak puas hati ingat ingat makan gaji ini nie nak bagi anak bini makan, sabooooor je.Kalo tak puas hati lagi tak yah tunggu PRU13, 9 Julai sertai bersih 2.0 cepat naik gaji.Ade berani yang tak puas hati tue!

Tanpa Nama berkata...

dulu orang suruh belajar tinggi2,ponteng sekolah,sekarang bn merentah mintalah gaji dekat bn selepas PRU13 nanti pembangkang jadi kerajaan kita minta dekat pembangkang pulak,pasal sapa merentah dia pegang duit rakyat.(duit yg kerajaan kutip dari rakyat dan korek minyak di trengganu,kelantan sabah serawak)ada faham

Isnin, Jun 20, 2011 11:39:00 AM

Alamak.. sape yang tak sekolah tinggi ni? Rasanya komenter atas ni.. Duit perbendaharaan yang pegang.. Ingat senang2 ke nak belanjakan duit? Tak payah sibuk2 politik la.. Pegi je keje.. Sibuk sangat PRU PRU tak sudah sudah.. Keje malas tapi nak gaji.. Tak puas hati berhenti keje masuk bertanding.. baru jantan..

Tanpa Nama berkata...

kami sokong 100% kenyataan di atas.. tapi ade bodoh sikit kenyataannya..merapu.. kami rase di nie..tak berpelajaran tinggilah.. buta-kayu agaknye..

Tanpa Nama berkata...

Buta kayu tu CUEPACS. Kalau nak naik gaji atau pangkat mesti selari dengan produktiviti,disiplin dan penyampaian perkhidmatan.

Haji omar dengan kuncu2nya pernah tengok ke benda ni? CUEPACS pernah buat kajian ke pasal benda ni?

Berapa ramai PA yang bermasalah? Ponteng kerja, tak buat kerja, cuai menjalankan tugas, tak ikut peraturan, salah guna kuasa dan lain-lain kesalahan.

Berapa ramai pemandu yang guna kenderaan pejabat untuk ambik anak balik sekolah, bawa keluarga bersiar2 hujung minggu dan guna kad mintak kerajaan tuang minyak kat kereta sendiri.

Berapa ramai PA yang ambik duit dari pembekal? Order barang tak sampai tapi bayaran keluar.

Berapa ramai guru yang buat kelas tambahan sendiri? Menggunakan ilmu pengetahuan (yang kerajaan bagi) untuk kaut untung demi kepentingan poket sendiri bukannya kepentingan pelajar.

Cukup2 la mengugut kerajaan. Kalau kita bagus tentu kerajaan boleh bagi lebih.

Nasihat saya kepada haji omar dan kuncu2nya.... "Kurangkan Mesyuarat Banyakkan Muhasabah"

Yang penting rezeki yang BERKAT bukan yang BANYAK..

Tanpa Nama berkata...

saya rasa CUEPACS selaku wakil penjawat awam tidak patut membuat tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah kepada Kerajaan.CUEPACS selama ini hanya demand mcm2 tp langsung tak menyumbang ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan awam. kalau dlm sektor swasta, buat kerja dengan baik dulu, baru bos reward dengan bonus atau naik pangkat atau insentif lain. tapi penjawat awam dari dulu smp skrg sikap, komitmen dan mutu perkhidmatan sama jek tp ada hati nak mintak mcm2 dr kerajaan. duit kerajaan tu duit rakyat termasuklah orang yg keje di sektor swasta. dah la penjawat awam dapat mcm kemudahan pinjaman, kesihatan, perumahan dan lain-lain. ni kerajaan nak hantar kursus pakai duit rakyat, tp penjawat awam ada hati lagi nak amik kesempatan dan nak mintak naik pangkat.klu mcm tu semua org la nak pegi kursus. makan tido free, keje tak payah buat, dapat gaji buta, bila balik dpt naik pangkat lagi. mana logik daa..tak masuk akal langsung!!klu mcm ni la sikap penjawat awam, biar berpuluh ribu pn gaji tapi tetap tak cukup sbb tak berkat dan menghabiskan duit rakyat jek. kepada CUEPACS, tlg la kreatif dan bijak sikit buat penilaian. Bila dah heboh mcm ni nampak sgt CUEPACS dan penjawat awam tamak, suka ambil kesempatan dan tak fikir panjang. Lagi satu, tak pyh la nk ugut tak nk undi Kerajaan dlm PRU13, ketara sgt kejahilan dan terdesaknya CUEPACS dengan penjawat awam. Asasnya senang je, klu tak suka dengan gaji dan keje di sektor awam, berhenti jelah, keje sendiri or dengan sektor swasta. Ni saban tahun makan gaji dengan Kerajaan tp tak puas hati lagi. Kerja nak senang, hidup nak senang, gaji nak banyak...takut mati nnt yang susah!!!

Tanpa Nama berkata...

tak tahulah sama ada CUEPACS ni ambil berat tak isu semasa especially apa yg terjadi kepada Kerajaan Greece. Terlalu banyak duit habis menggajikan penjawat awam sdgkan kewangan negara tak kukuh smp akhirnya Greece tersungkur. kena pinjam sana sini, ramai penjawat awam kena buang. Tolong la ambil iktibar sikit. Jgn ikut nafsu serakah je bila buat tuntutan. Nak buat tuntutan boleh, tp biar yang masuk akal sikit boleh tak?CUEPACS jgn nak syok sendiri dan gila publisiti boleh tak?

Tanpa Nama berkata...

aku rasa dh lama dah aku selalu jenguk2 blog ni... tp kali ini aku tgk komentar2 especially 2-3 di atas ni ada menggunakan akal. kalau x, tak abis2 PRU13 lah, pembangkang lah, naik pangkat lah, naik gaji lah, PM x adillah apa lah....

harap2 suara2 ni dpt mengajak bangsa aku yg majoriti dlm gomen ini utk sama2 berfikir dan muhasabah. walaupun org lain ada byk buat salah, kalau pandang diri sendiri rasanya x kurang silapnya. mari betulkan diri sendiri insya Allah berkat!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
tak tahulah sama ada CUEPACS ni ambil berat tak isu semasa especially apa yg terjadi kepada Kerajaan Greece. Terlalu banyak duit habis menggajikan penjawat awam sdgkan kewangan negara tak kukuh smp akhirnya Greece tersungkur. kena pinjam sana sini, ramai penjawat awam kena buang. Tolong la ambil iktibar sikit. Jgn ikut nafsu serakah je bila buat tuntutan. Nak buat tuntutan boleh, tp biar yang masuk akal sikit boleh tak?CUEPACS jgn nak syok sendiri dan gila publisiti boleh tak

SETUJU KENYATAAN DI ATAS... CUMA KENA BACA DGN TEMPO PERLAHAN.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang penting panjangkan tempoh tangga gaji kerana jika tangga gaji mati umur belum sampai 45 tahun akan menyebabkan frust kerana kenaikan gaji satu inovatif kepada pekerja Tambahan kalau kakitangan tersebut dulunya adalah kakitangan kontrak berbelas-belas tahun dan baru diserapkan didalam jawatan tetap .Perkhidmatan kontrak tidak diambilkira gaji sambung lepas tu mati umur muda lagi nak tunggu 15 tahun KUP 8 tahun lagi tapi kalau ikut service dari kontrak + jawatan tetap 21 tahun dah. Jadi ambilkira juga perkhidmatan kenaikan pangkat bagi kakitangan kontrak yang telah dapat jawatan tetap. Minta CUEPACS FIGHT juga kakitangan kategori ini kasihan pencen dapat sikit sebab service tetap tak sampai 21 tahun walaupun kerja 30 tahun

Tanpa Nama berkata...

kita suka la dengan kenyataan Tanpa Nama Isnin, Jun 20, 2011 12:40:00 PM ni..

"...Nasihat saya kepada haji omar dan kuncu2nya.... "Kurangkan Mesyuarat Banyakkan Muhasabah"

boleh buat tagline untuk CUEPACS nihh..

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan cadangan supaya dinaikkan tangga gaji dan supaya tempoh perkhidmatan pegawai kontrak turut diambil kira bagi pengiraan pencen atau lain-lain insentif perkhidmatan awam. patutnya benda2 mcm tu la yg CUEPACS kena perjuangkan.Bukannya naik pangkat jek...itu citer lapuk lah n org bodoh pn boleh fikir yg tuntutan CUEPACS tu tk logik. takkan la 1.2 juta penjawat awam yg pegi kursus, balik kursus semua layak mintak naik pangkat. Tauke b*** pn jual kandang klu nak layan tuntutan CUEPACS nih...

Tanpa Nama berkata...

Usahlah meminta-minta cuepacs..... nanti tak dapat kecewa pula.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS ... CUEPACS .... CUEPACS, setiap permintaan tak pernah dapat yang elok. Baik tak payah minta le..

Tanpa Nama berkata...

bro.. 2.40pm n 1.10 pm tanpa nama.. lu dengki kea.. itu cuepacs punya hal la.. memang keje dia mcm tue.. bab greece tue.. kami rase kau org sendiri tak tau citenye.. jgn mangkuk-hayun sgt la.. ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

saya nak ajak semua rakan-rakan fikir sendiri senario perkhidmatan awam di negara kita skrg nih. Berapa ramai penjawat awam yg ponteng keje, dtg lmbt, cuti sesuka hati, ambil rasuah, tidak cekap, tak mesra pelanggan tp diorang nih masih lg bekerja dengan Kerajaan??Skrg bygkan org2 yg sama pegi kursus dan balik dapat naik pangkat....

ada dua isu kat sini...
1. kita kena jujur dengan diri masing2.di kalangan penjawat awam sendiri, berapa ramai yg tak puas hati dgn perkhidmatan yg diberikan oleh jabatan / agensi kerajan yg lain?contohnya di pejabat tanah, sekolah, dll. Jadi, patut ke CUEPACS mintak naik pangkat lps berkursus.

Kita kena ingat, salah satu sebab utama perkhidmatan awam tak cekap ialah bila kita nak ckp dgn pegawai berkenaan, jawapan favourite ialah "maaf encik, dia takde pegi berkursus".

2. Di mana kita letakkan keadilan dan justifikasi bagi menaikkan pangkat penjawat awam yg selepas ini akan berlumba-lumba pergi berkursus sdgkan sikap dan kemahiran mereka masih sama?Ini adalah kerana kursus hanya mampu menambah pengetahuan, tp belum tentu dpt mengubah sikap dan kemahiran untuk buat kerja.Lagi satu, berapa ramai pulak penjawat awam yg pergi kursus utk lari dari buat kerja di ofis? ini hakikat yg berlaku skrg ni...
terpulang la sama ada CUEPACS nak mengakuinya ke tidak?

Tanpa Nama berkata...

Bila lagi nak umum ni.. PM sibuk sangat ke...kakitangan awam tak sabar lagi...

Tanpa Nama berkata...

bro.. 13.00pm.. kami rase org yg bercakap tue yg buat kot..kes ngular, ponteng keje,dtg lambat..kami rase kau nie ambil rasuah tak..? dahlah bro.. ngata org kau yg lebih.. buta-kayu betullah kau..ha..!!ha..!!

Tanpa Nama berkata...

bro.. 13.00pm.. kami rase org yg bercakap tue yg buat kot..kes ngular, ponteng keje,dtg lambat..kami rase kau nie ambil rasuah tak..? dahlah bro.. ngata org kau yg lebih.. buta-kayu betullah kau..ha..!!ha..!!

Isnin, Jun 20, 2011 3:50:00 PM

"Kami" tu sape? KUNCU2 haji omar ke? Kuat sangat menyalak nampak.

Tanpa Nama berkata...

NGAAAAAHHHHAAAAAAHAAAAAAAAHAAAAAAAAHAAAAAAAAHAAAAAAAAAA...!!!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama
Isnin, Jun 20, 2011 1:10:00 PM

macam bagus je ko ni...bole blah la...hak tuii

Tanpa Nama berkata...

macam bagus je ko ni...bole blah la...hak tuii

Isnin, Jun 20, 2011 4:53:00 PM

Tak payah meludah sana sini takut terludah muka sendiri. Terima la hakikat keadaan semasa perkhidmatan awam. Memang teruk pun.

JinGhui berkata...

BONUS PUN TAK TENTU DAPAT UNTUK 2011. Harap lebih baik dari 2010.

Tanpa Nama berkata...

...."Antara permintaan lain CUEPACS ialah pelantikan panel berwibawa bagi membuat penilaian terhadap penjawat awam selain dua pegawai mewakili kesatuan sekerja supaya penilaian yang dibuat lebih adil dan saksama," katanya.

yesss....yang ni aku suka sebab konfem bos aku org kuat kesatuan, akan selalu outstation, takde kat ofis, pegi jadi panel...yahuu..
tapi tak best gak..nanti keje dia aku la kena buat..huhu..

Tanpa Nama berkata...

BERTIA HARIAN 20 JUN 2011.
"...Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata CUEPACS mengemukakan tuntutan baru kerana tidak bersetuju dengan beberapa terma dan syarat dalam MoU yang ditandatangani dengan JPA sebelum ini.
Pada 19 Mei lalu, CUEPACS telah menyatakan persetujuan mengenai PROSPEK menerusi MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah bersama Omar yang mewakili CUEPACS, bagi menggantikan PTK yang dimansuhkan pada Januari lalu."...

yang ni aku tak faham.. tak setuju nape Presiden sain gak MoU 19hb dulu tu...

Ahli Seumur Hidup berkata...

Dah keluar pekeliling ke pasal PROSPEK ni? Masa induksi dulu kalau tak silap benda dalam perbincangan ni masih rahsia.

Nanti tak pasal2 presiden kena OSA pulak sebab buat kenyataan akhbar.

Betul kan.. kan?

Tanpa Nama berkata...

undijelah pembangkang.BN dah malas nak melayan PA

bekokcobong berkata...

mustaffa zaki abd mubin berkata...
bos tempat aku awal2 lg dah bitau sapa geng dia utk cemerlang PROSPEK. kami ni mangsa la sampai bila2

setuju dengan mustafa....

apsal omar ni bangang tak habis, penilai berwibawa konon, selagi ada ketua jabatan ataupun wakil jabtan dan menilai kakitangan dah tentu pengampu dan pembodek akan dapat peluang, orang lain akan melopong macam biasa, jadi cadangannya tak yah ada ketua jabatan/wakil ketua jabatan dalam menilai sesuatu jabatan yang sama. biar ketua jabatan lain dan panel yang membuat penilaian, baru adil saksama.

Ali ridha berkata...

perumahan dinaikkan kepada RM350 dari RM180.memang sangat setuju walaupun bukan kakitangan cuepacs.

Tanpa Nama berkata...

Mintak naik gaji kat BN
Mintak naik pangkat kat BN
Mintak naik elaun pun kat BN
Tapi nape nak pangkat PEMBANGKANG??
Bodohnya.. Awal2 dah nak pangkah Pembangkang tentu2 ke pembangkang boleh bagi semua???

snin, Jun 20, 2011 11:31:00 AM

Bila masa plak minta naik gaji, pangkat, elaun kat BN..Sebenarnya orang yang komen di atas ni yang bodoh sebab x tahu beza apa itu kerajaan memerintah dengan parti politik..Sesedap ati ja kata kat org lain bodoh..

Tanpa Nama berkata...

saya sebagai kakitangan awam yang dah berkhidmat 21 tahun tak peduli dan dah feed up dengan skim-skim ini. Dah beberapa kali tukar skim tak pernah cemerlangpun. Kerja ok tak mengular buat kerja , ikut arahan . Tapicemerlang tak juga dapat sehingga dipersoalkan oleh pegawai penemuduga kenapa tak pernah cemerlang. Man lah aku tahu tanyalah bos aku. Yang dapat orang yang sama setiap tahun...puih kerja kutuk bos dari belakang pun dapat cemerlang. Itu sebabnya aku tak kesah....baik dapat bonus.

Tanpa Nama berkata...

Saya dah kerja dalan kerajaan ni lebih 20 tahun . Saya dapati kebanyakkan pekerja-pekerja baru ni tak berdisplin dan kurang ajar. Tak hormat ketua atau orang yang lebih tua. Kerja asik curi tulang. Tapi bila naik pangkat dan cemerlang dia yang lebih.

Perkara ini perlu diambil perhatian oleh cuepac bukannya hanya berbicara pasal naik pangkat atau gaji saja.

Tanpa Nama berkata...

Sibuk je golongan cikgu nak komen gak kat sini. Korang dah dpt mcm2, diam je la...

Tanpa Nama berkata...

kursus nie keutamaan akan diberikan kepada kumpulan mana???????????kalu kata kumpulan profesional jerk selalu dapat kursus doramg lar cepat dapat naik pangkat..kami yang kumpulan sokongan nie nanti nak kursus pun susah nak dapat ade jerk ALASAN!!SELALU MACAM TU ARRR!!!!!

Tanpa Nama berkata...

itu hal penjawat awam yang tak berdisiplin..bagaimana perihalnya penjawat awam yang berkerja bertungkus lumus??berape ramai penjawat awam kerja lebih masa OT pun xdapat yang jadi mcm KULI BATAK pengawai atasan siap kerja kan wat kerja peribadi dia pulak,nak cuti pun dipertikaikan ape kes???xkan lar org yang buat kerja terpksa menderita sbb org lain yang mengelat??bukan ker mereka yg buat kerja patut dapat bonus??xpun tapis sape yang dapt patut dapat bonus...

Kawanku berkata...

...itu hal penjawat awam yang tak berdisiplin..bagaimana perihalnya penjawat awam yang berkerja bertungkus lumus??berape ramai penjawat awam kerja lebih masa OT pun xdapat yang jadi mcm KULI BATAK pengawai atasan siap kerja kan wat kerja peribadi dia pulak,nak cuti pun dipertikaikan ape kes???xkan lar org yang buat kerja terpksa menderita sbb org lain yang mengelat??bukan ker mereka yg buat kerja patut dapat bonus??xpun tapis sape yang dapt patut dapat bonus...

Marah nampak... Sabar bang/kak.. Dunia ni tempat melabur.. Hasilnya di Akhirat.. Takpe la kalau orang tindas kita, kalau kita terpaksa buat keje orang yang mengelat, kalau kita tak dapat OT atau APC..

Yang penting kita ikhlas, gaji yang kita dapat hujung bulan tu halal, makanan yang kita suap kat mulut anak2 kita tu berkat..

InsyaAllah anak2 jadi baik, pandai dan soleh dan boleh bantu kita bila tua nanti..

Yakin pada Allah.. Rezeki bukan pada Najib atau Nik Aziz.. Paling penting bukan haji omar dan rakan2 yang tentukan rezeki kita..

Tanpa Nama berkata...

hantam sajalah labuuuu...!!!

Tanpa Nama berkata...

sokong...

1) supaya tiap2 minggu boleh pergi kursus untuk naik pangkat

2) Sokong dapat naik pangkat pergi kursus saja tanpa perlu buat apa

Tanpa Nama berkata...

kami dah berkhidmat hampir 20 tahun.. ptk dah lulus level 4..prestasi 95%..keje tip-top.. kertas kerja best of the best.. siap habis berlajar buat ijazah kemudian master.. pangkat tak naik-naik dari dulu lagi..daftar kat JPA dah 6-7 tahun.. satu panggilan temuduga tak da pun..ape lagi nak.. bile PRU-13 agaknye..?

Tanpa Nama berkata...

PTD n PTNlah punca kekalahan BN di 4 negeri.. selangor,penang,kedah n kelantan.. dia org sekat kenaikan pangkat n gaji bagi perkerja sokongan.. mana-mana PA ada ijazah dan master tak di panggil temuduga oleh SPA.. ada sampai 6-7tahun.. tiada panggilan..sape pejawat atasan kalau tak PTD n PTN..

Tanpa Nama berkata...

salam.. secara profesional serta seorang yang intelektual, saya berpendapat bahawa selayaknya PA kumpulan sokongan di naikkan pangkat serta di naikkan gaji berdasarkan pengalaman serta kepakaran mereka yang berkhidmat dengan kerajaan puluhan tahun. Walaupun mereka tidak mempunyai Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya, pengalaman mereka sudah memadai dan perlu di ambil kira, kita lihat sahaja di sektor swasta pengalaman adalah keutamaan kenaikan pangkat dan gaji sehingga layak ke tahap tertinggi seperti jawatan pengurus besar atau sebagainya. Dunia sudah berubah ramai PA memiliki Ijazah,master serta ada di kalangan mereka menyambung pelajaran ke peringkat Phd amat menakjubkan tapi sayangnnya kerajaan tidak ambil pusing dan peduli akan kepakaran mereka melalui pengalaman serta kelulusan yang mereka miliki untuk di naikan pangkat. Mereka adalah aset yang paling bernilai boleh berkerja tanpa arahan. Kebijaksanaan mereka serta kawalan emosi semasa melakukan kerja mewujudkan satu suasana kerja yang sentiasa berkualiti dan dapat meningkatkan produktiviti negara. Ini menjadikan mereka sentiasa di cemburui oleh pihak atasan kerana kebolehan mereka berkomunikasi dengan orang awam dan kakitangan lainnya dengan begitu cemerlang sekali berbanding dengan pegawai-pegawai yang baru di lantik, di mana sentiasa bermasalah dengan urusan kerja harian. Sekali lagi ingin saya tegaskan PA kumpulan sokongan selayaknya di berikan kenaikan gaji, pangkat dan bonus tahunan. Tahniah PA semalaysia. wassalam.

Tanpa Nama berkata...

bnyk jabatan gagal mengadakan kursus kerana KEKANGAN KEWANGAN KERAJAAN.....guna SSM ka PTK ka, kalu tak ngam nganm bosh, mmg tak naik. yg tak pas bole naik dulu. pa2 lepas ni arap tuhan je tunjuk kat pihak yg menyekat rezeki org lain bahana yg akan datang

Tanpa Nama berkata...

kalau boleh elaun2 or epw tu selaraskan la semua jgn la nak di bezakan hanya yg lahir or salah seorg ibubaoa kelahiran wilayah je dpt...biar le sama2 merasa so adil...bukan kah PM SERING MELAUNGKAN 1 MALAYSIA DAN SALAM 1 MALAYSIA....tak kan la slogan 1 malaysia hanya merujuk kaum or agama yg berbeza...tak tau le pandangan rakyat ni diterima ke tak sdgkan dlm blog Pm hari tu yg mghebahkan minta pandangan rakyat sblm pmbtgn budget 2011 jgn kan 1 pandangan dilayan hapak pun tak...malah mengeluarkan kenyataan yg cukuo mengecewakan rakyat n kakitangan PA.Pa jg rkyt biasa merasa liku khdpn samada manis atau pahit cuba la mereka or penulis berada di tempat kami baru la merasa keperitan hidup rakyat n PA dgn gaji yg diperolehi....Renung2kan dan selamat beramal....

Mohon Cuepacs Bantu berkata...

MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Berkenaaan perkara di atas saya wakil tidak rasmi kepada semua pemegang sijil Politeknik ingin memohon kepada JPA agar mempercepatkan untuk mengkaji skim yang menggunapakai Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkhidmatan awam.
Pekeliling http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf yang telah dikeluarkan oleh JPA telah termaktub bahawa pemegang sijil Politeknik layak untuk mendapat gred 27 – 40 pada jadual 1 (Pemakaian Gred Sistem Saran Malaysia Mengikut Kelayakan Masuk) tetapi sehingga kini tiada pelaksanaan dan juga tidak dilaksanakan. 'PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM SARAAN MALAYSIA-Lampiran B3. JPA telah lama menyatakan akan meneliti, membuat kajian tetapi sehingga kini kajian demi kajian yang dilakukan tetapi pelaksanaan tersebut masih tiada . Kami yang memiliki Sijil Politeknik tetap di skim gred 17 dan sama dengan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Mengapa ini berlaku, kenapa kami perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk mendapat hak yang sepatutnya? . Melalui Pekeliling tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan kelayakan Sijil Politeknik setara STPM dan didalam Gred 27-40. Mengapa JPA perlu menunggu masa bertahun – tahun untuk mengkaji dan mengkaji sedangkan pekeliling telah ada? Mengapa sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini tidak mendapat mendapat skim gred jawatan yang sepatutnya? Terasa ruginya bila bertahun-tahun pemegang sijil Politeknik tidak mendapat hak yang sepatutnya termasuk elaun-elaun yang ada, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Mengapa hanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 sahaja yang dilaksanakan tetapi tidak jawatan yang lain yang memerlukan syarat Sijil Politeknik dalam perkhidmatan Awam. Mengapa hanya 3 Jawatan yang membolehkan untuk gred 27 contohnya Penolong Pegawai Latihan Gred E27, Penolong Pegawai Meteorologi C27 dan Penolong Pegawai Tanah NT27 yang mengunapakai Sijil Politeknik. Adakah Sijil – sijil Politeknik yang lain tidak setaraf kerana ada lebih kurang 23 kursus diperingkat sijil Politeknik di dalam Kementerian Pengajian Tinggi?
Saya berharap agar pihak JPA mempercepatkan proses tanpa perlu mengkaji lagi dengan adanya dasar dan objektif kualiti JPA yang sedia ada. Kepada Jabatan lain seperti JKR, IPTA, SPA, CEUPACS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berganding bahu bersama kita menaiktarafkan dan transformasi Sijil politeknik ke arah yang sepatutnya memandangkan sijil politeknik telah dimansuhkan pada Jun 2010. Sepertimana pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam yang telah Berjaya menaiktarafkan sijil Kemahiran Malaysia tersebut ke arah yang lebih baik manakala Sijil Politeknik tetap tidak mendapat Gred yang sepatutnya.
Terima kasih.
PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA.

Tanpa Nama berkata...

Ada baiknya naikan cola rm300 dan imbuhan perumahan sama rata dengan pejawat lain barula adil..PA lain ada rumah macam orang juga..naikan rm350.00 baru betoi..setuju...

Tanpa Nama berkata...

Saya telah bekerja 33 tahun setengah dgn sebuah badan berkanun yg bergabung dgn CUEPECS.Telah beberapa kali menghadapi gaji makssima.Yg terakhir dah 7 tahun dan nasib baik ada SBPA dpt merasa kenaikan pula.Anugerah Kidmat Cemerlang dah dpt 2 kali.Masih Gred 22.Fedap pergi sambung belajar dpt degree,balik kerja tempat asal dan tiada istimewa.Masih gred 22.Ada kekosongan ambil org baru.Nak pencen 8 tahun lagi.Macamana ni.