SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Jun 2011

CUEPACS SEDIA JUMPA GABUNGAN KESATUAN SEKERJA JKR

Berita Harian
24/6/2011



2011/06/24 KUALA LUMPUR: CUEPACS bersedia untuk menemui Majlis Bersama Jabatan Pihak Pekerja Jabatan Kerja Raya (MBJ-JKR) yang dianggotai lima kesatuan sekerja untuk membincangkan isu dua Ketua Pengarah di jabatan yang dilihat semakin serius kerana berlarutan hampir dua bulan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menerima memorandum MBJ-JKR, kelmarin yang secara terperinci menyatakan pandangan mengenai isu itu dan CUEPACS akan turut meneliti dokumen berkenaan. “MBJ-JKR ada menghubungi CUEPACS sebelum ini dan mahu kita mengambil tindakan susulan untuk memperbetulkan keadaan... “Kita juga akan mengadakan pertemuan dengan bekas Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Prof Dr Judin Abdul Karim untuk mendapatkan perincian perkembangan semasa. Hanya selepas itu, CUEPACS boleh memutuskan apa tindakan yang boleh diambil,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat CUEPACS di sini, semalam.

Sementara itu, MBJ-JKR mahu kemelut berkenaan diselesaikan segera bagi mengelakkan wujud dua kumpulan dalam JKR.

Yang Dipertua Pertubuhan Profesional JKR (ProJKR), Zulkifli Ahmad, berkata ini kerana konflik itu kini sudah menjadi perbualan hangat dikalangan pegawai dan kakitangan di ibu pejabat JKR sehingga timbul soalan siapakah Ketua Pengarah JKR yang sah.

“Kami bukannya mahu melawan mana-mana pihak tetapi sebagai kakitangan kerajaan, kami mahu isu ini diselesaikan segera kerana kita risau akan menimbulkan pelbagai masalah di peringkat jabatan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat JKR di sini, semalam.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nie knape nak pertahankn KP sgt, suruhan jer ikut arahan, kan Jabtan dh ada KP baru..MBJ pun dah xdak kerja lain ker nk di perjuangan ker..Habis KP baru nk letak mana..cuba fikir gak..buat malu Jabatan jer

Tanpa Nama berkata...

nie knape nak pertahankn KP sgt, suruhan jer ikut arahan, kan Jabtan dh ada KP baru..MBJ pun dah xdak kerja lain ker nk di perjuangan ker..Habis KP baru nk letak mana..cuba fikir gak..buat malu Jabatan jer

ko rase la judin mcmana kami rase...sepatutnye dulu ko kene pertahankan kumpulan sokongan tp sebaliknye ko nak hancurkan kumpulan sokongan...ko ckp kumpulan sokongan ni buat semak jerrr...ape punye KP mcm niiii...ko blah la...bg KP baru plk pikul tanggungjawab niiii, harapan kami agar kumpulan sokongan ni tidak dipijak2....harap2 ko faham ye judin

en su'ud berkata...

dok baik cakap gitu... dia pun manusia gak, ada hati dan perasaan... hancur patah luluh hati beliau...

Tanpa Nama berkata...

@en su'ud berkata...

dok baik cakap gitu... dia pun manusia gak, ada hati dan perasaan... hancur patah luluh hati beliau...


yer ker kesian... poodaaahhh

Tanpa Nama berkata...

oma Pesden kupek ko toksah la masuk campur hal dia org besor2 nih. dio org tuh pakai kabel lain yg lebih besar, Jodin tuh pakai kabel pesden kupek US tau. tak main la kebel pesden kupek msia.

Tanpa Nama berkata...

ko rase la judin mcmana kami rase...sepatutnye dulu ko kene pertahankan kumpulan sokongan tp sebaliknye ko nak hancurkan kumpulan sokongan...ko ckp kumpulan sokongan ni buat semak jerrr...ape punye KP mcm niiii...ko blah la...bg KP baru plk pikul tanggungjawab niiii, harapan kami agar kumpulan sokongan ni tidak dipijak2....harap2 ko faham ye judin

Isnin, Jun 27, 2011 9:57:00 AM

kalau korang nak tahu inilah yang berlaku sebenarnya.Yang tak tahu apa2 jangan nak pandai cakap yang bukan2...Allah itu Maha Adil,kita zalim pada orang kita juga akan dizalim suatu hari nanti...

ProSokongan berkata...

ramai yang tak suka judin disebabkan die tak suka kumpulan sokongan.Yang suka pada dia adalah kroni2 dan si pengampu2...

Tanpa Nama berkata...

judin mangkuk-hayun tue.. kau org seligi jea.. habis cite..!!

Tanpa Nama berkata...

judin mangkuk-hayun tue.. kau org seligi jea.. habis cite..!!

Seligi tu mcmane rupenye eh? xpe lah, janji sesuai dengan orang tak sedo2.

Tanpa Nama berkata...

sedar2 la diri tu...ramai ore xsuko kat demo....kalu xsedar jgk xtau la nk kato gapo lg....harap2 demo sedar la.....

Mohon Cuepacs Bantu berkata...

MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Berkenaaan perkara di atas saya wakil tidak rasmi kepada semua pemegang sijil Politeknik ingin memohon kepada JPA agar mempercepatkan untuk mengkaji skim yang menggunapakai Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkhidmatan awam.
Pekeliling http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf yang telah dikeluarkan oleh JPA telah termaktub bahawa pemegang sijil Politeknik layak untuk mendapat gred 27 – 40 pada jadual 1 (Pemakaian Gred Sistem Saran Malaysia Mengikut Kelayakan Masuk) tetapi sehingga kini tiada pelaksanaan dan juga tidak dilaksanakan. 'PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM SARAAN MALAYSIA-Lampiran B3. JPA telah lama menyatakan akan meneliti, membuat kajian tetapi sehingga kini kajian demi kajian yang dilakukan tetapi pelaksanaan tersebut masih tiada . Kami yang memiliki Sijil Politeknik tetap di skim gred 17 dan sama dengan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Mengapa ini berlaku, kenapa kami perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk mendapat hak yang sepatutnya? . Melalui Pekeliling tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan kelayakan Sijil Politeknik setara STPM dan didalam Gred 27-40. Mengapa JPA perlu menunggu masa bertahun – tahun untuk mengkaji dan mengkaji sedangkan pekeliling telah ada? Mengapa sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini tidak mendapat mendapat skim gred jawatan yang sepatutnya? Terasa ruginya bila bertahun-tahun pemegang sijil Politeknik tidak mendapat hak yang sepatutnya termasuk elaun-elaun yang ada, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Mengapa hanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 sahaja yang dilaksanakan tetapi tidak jawatan yang lain yang memerlukan syarat Sijil Politeknik dalam perkhidmatan Awam. Mengapa hanya 3 Jawatan yang membolehkan untuk gred 27 contohnya Penolong Pegawai Latihan Gred E27, Penolong Pegawai Meteorologi C27 dan Penolong Pegawai Tanah NT27 yang mengunapakai Sijil Politeknik. Adakah Sijil – sijil Politeknik yang lain tidak setaraf kerana ada lebih kurang 23 kursus diperingkat sijil Politeknik di dalam Kementerian Pengajian Tinggi?
Saya berharap agar pihak JPA mempercepatkan proses tanpa perlu mengkaji lagi dengan adanya dasar dan objektif kualiti JPA yang sedia ada. Kepada Jabatan lain seperti JKR, IPTA, SPA, CEUPACS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berganding bahu bersama kita menaiktarafkan dan transformasi Sijil politeknik ke arah yang sepatutnya memandangkan sijil politeknik telah dimansuhkan pada Jun 2010. Sepertimana pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam yang telah Berjaya menaiktarafkan sijil Kemahiran Malaysia tersebut ke arah yang lebih baik manakala Sijil Politeknik tetap tidak mendapat Gred yang sepatutnya.
Terima kasih.
PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA.