Bernama
29/6/2011
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Rancangan pihak tertentu untuk terus mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai di ibu negara walaupun tanpa permit menimbulkan pelbagai reaksi umum yang bimbang terhadap implikasi buruk daripada perhimpunan itu.
Lebih membimbangkan lagi jika ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan daripada perhimpunan itu untuk kepentingan tertentu.
Berikut antara petikan pendapat umum mengenai rancangan mengadakan perhimpunan haram tersebut:
"Perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak bersih.
"Tindakan kumpulan pengacau itu mengadakan perhimpunan haram itu adalah untuk mendapatkan kembali sokongan yang mereka dapat semasa pilihan raya umum 2008 memandangkan kini momentum sokongan rakyat kembali berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
(Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak)
"Orang awam tidak sepatutnya terlibat dengan perhimpunan berkenaan yang hanya akan menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam.
"Saya memantau keadaan ini, lagi pun sudah beratus-ratus laporan kita terima yang tidak menyokong perhimpunan ini.
(Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar)
"Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan 9 Julai ini.
"Semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu.
(Presidennya Datuk Omar Osman)
"Bersih dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memajukan agenda politik tersendiri dan tidak sama sekali memperjuangkan hak-hak rakyat seperti yang diperkatakan.
"Sememangnya pilihan raya di Malaysia adalah dijalankan dengan adil dan saksama dan buktinya ialah bilangan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada pihak pembangkang ketika ini."
(Presiden Parti Makkal Sakti Datuk R.S. Thanenthiran)
"Perhimpunan ini hanya akan menyusahkan orang ramai dan menjejaskan pendapatan peniaga kecil dan pemandu teksi yang antara mereka merupakan anggota persatuan itu.
(Pemangku Presiden Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia (PBPM) Datuk Yusuf Hamdain Diego)
"Tindakan mengadakan perhimpunan itu bukan sahaja bakal menyebabkan kesusahan kepada orang ramai bahkan menjejas imej negara yang selama ini menyerlah di mata dunia.
"Apa perlu adanya demonstrasi? Kita faham kalau dah ramai berdemonstrasi, pastinya keadaan tidak akan aman apatah lagi bila berlaku pertembungan dua kumpulan. Yang menjadi mangsa ialah rakyat."
(Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Syed Anuar Syed Mohamad)
"Budaya demonstrasi yang berlaku di beberapa negara lain harus dijadikan iktibar bahawa ia boleh menjejaskan keselamatan, keamanan dan ekonomi sesebuah negara"
(Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee)
"Kalau nak lakukan sesuatu, kita juga perlu fikirkan kepentingan rakyat. Dengan adanya perhimpunan itu nanti, ia akan mengundang kesesakan lalu lintas dan menjejaskan rutin harian serta pendapatan rakyat seperti peniaga kecil dan pemandu teksi"
(Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay)
"Sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas menyekat kegiatan yang boleh menjejaskan kepentingan awam dan keselamatan negara dan menyarankan kepada polis agar menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap perancang perhimpunan.
(Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman)
"Perhimpunan itu tidak memberi faedah kepada sesiapapun, malahan ia menyusahkan pemandu teksi mencari rezeki serta kehidupan seharian orang awam.
(Pemandu teksi, Samad Ismail, 43)
"Perhimpunan ini perlu dibatalkan kerana bukan sahaja ia menjejas pendapatan peniaga tetapi turut mengancam keselamatan"
(Pemilik kedai tas tangan dan perhiasan wanita, Rosyna Alias, 48)
"Jika berlaku perhimpunan, ia mengganggu rutin harian wanita hingga mengakibatkan mereka takut untuk keluar dan terpaksa tinggal di rumah supaya tidak terdedah kepada bahaya.
"Waktu hujung minggu adalah waktu beriadah tapi apabila berlaku perhimpunan haram seperti ini kita terpaksa terperuk dan berkurung di rumah"
(Pekerja swasta Muliana Mohamad, 26)
-- BERNAMA
26 ulasan:
"Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan 9 Julai ini.
"Semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu.
(Presidennya Datuk Omar Osman)
Saya rasa 99 % PA tak akan menyertai secara lansung perhimpunan BERSIH pada 09 Julai 2011 kerana khuatir dikenakan tindakan tatatertib, tetapi tak mustahil 80% PA akan terlibat secara tidak langsung (belakang tabir) itupun sekiranya tuntutan PA untuk pelarasan gaji tak dipertimbangkan.... Kita diminta ikut arahan, perkeliling, akuijanji dan mengundi kerajaan tetapi kebajikan PA diabaikan... nampaknya dacing berat sebelah.. tekan kerja berat dan kebajikan ringan
Saya bersetuju dengan kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya “ Najib nak batal BERSIH, boleh. Kalau esok kerajaan ambil keputusan jamin akan adakan pilihan raya bebas dan adil termasuk bersihkan senarai daftar pengundi, saya akan arahkan Ambiga untuk batalkan”.
petikan Malaysiakini BERSIH: Siapa yang mulakan kekecohan?Mohd Yusof Hadhari Saidon
Jun 21, 11
10:32am
daripada petikan ini kita dapat taksirkan... dalang perhimpunan BERSIH adalah anwar ibrahim tetapi mempergunakan NGO untuk matlamat memerintah dan menimbulkan huru ara, kalau tidak dibentung negara kita akan jadi seperti negara mesir. sampai sekarang keadaan tak pulih lagi dan ekonomi merundum, along antarabangsa (IMF) mula masuk jarum.... ingatkah kita masa ekonomi negara merundum sewaktu anwar ibrahim jadi menteri kewangan, anwar mencadangkan buat pinjaman dengan IMF tetapi Dr Mahathir tak bersetuju. terima kasih DR M kalau tak negara kita dikontrol oleh IMF (master mind US) kita kita itu telunjuk ataupun kuda tunggangan US... renungkanlah.. benda yang baik kita ikut tetapi jangan jadi alat untuk memenuhi hajat pihak tertentu.
Pada Pilihan Raya 12 pihak pembangkang (PR) dapat memerintah 5 negeri - 1 negeri (perak) masih kata tak BERSIH kalau tak betul satu negeri pun PR tak dapat memerintah...adakah dapat memerintah keseluruhan negeri/ negara baru dikatakan BERSIH, PR kalau nak menang pilihanraya kena berkorban untuk rakyat, janji pada pilihan raya ke 12 dulu pun masih belum ditunaikan, Wakil Rakyat yang menang dah kaya raya tetapi rakyat dulu yang dijanjikan kebajikan dilupakan... betulkan diri sendiri dahulu baru betulkan kesilapan orang lain... cakap memang senang, mengotakan janji belum pasti ditunaikan... amanah yang diberikan semasa pilihanraya jangan dilupakan..
WarisanKota...aku tak berapa nak setuju dengan nko...mungkin jugak negara akan teruk hutang dengan IMF.
Tapi dalam pemerhatian aku masa gawat tu, negara yang ambik IMF contoh Indonesia, Thailand, Taiwan dan Korea Selatan jauh lebih maju dan produktif dari kita sekarang ni.
Dapatkan sebanyak mungkin maklumat dari yang pro dan kontra..pastu kita fikir2 dan timbanglah sendiri.
PETikan dari Berita Hairan Hari ini
JPA bersetuju lima tuntutan baru CUEPACS
2011/06/30
IPOH: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah bersetuju menunaikan lima tuntutan baru CUEPACS berhubung penilaian baru perkhidmatan awam dan pekeliling mengenainya akan dikeluarkan tidak lama lagi, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Beliau juga berkata, kesatuan itu tidak akan membela mana-mana kakitangan awam yang ditangkap menyertai perhimpunan haram BERSIH kerana ia melanggar etika perkhidmatan awam.
kenapa kamu tunjuk perasaan apa
pasal jangan babitkan diri dengan
pekara-pekara yang tidak membawa
faedah kan ada pilihan raya kalau
kita susah itu bukan disebabkan
oleh orang lain disebabkan diri kita sendiri tidak pandai bersabar.
sebelum kita membuat perkara kita
berfikirlah sama ada membawa kebaikan atau sebaliknya kerja menyesal kemudian tidak berguna.
kalau mahu senang dunia dan akhirat
berdoa lah banyak dan berkerjalah
selagi mampu.
wahai rakyat malaysia,,,jangan ingat negara ini BN yang punya...rakyat yang punya tau....yang tak elok dan kotor kita sama-sama bersihkan...termasuk rosmah yang boros tu...gaji kami dah la ciput...dia yang tak kerja pun macam macam dapat..juta-juta pulak tu...
tukar majikan...bersih kan majikan..
Ini dari petikan yg menyentuh Isu Bersih Untuk nilai dan fahamkan.
“Dengan memahami Perlembagaan Persekutuan negara, orang awam boleh mengenal pasti dan sedar apabila batasan hak mereka yang termaktub di dalam perlembagaan telah dicabuli,”
Buku Panduan Rakyat Perlembagaanku@MyConstitution – hasil terbitan satu kempen usaha murni Majlis Peguam untuk mendidik orang awam untuk memahami perlembagaan secara lebih mudah dan efektif.
"Adakah perhimpunan bersih yang ingin diadakan secara aman akan menjejaskan keselamatan negara atau ianya menjejaskan keselamatan Umno dan BN? Sejarah membuktikan polis di negara ini gagal membezakan antara keselamatan negara dan keselamatan Umno ?" tambah Hanipa.
sokong bersih 2.0. aku bn tp aku nk jgk tgk pru yg telus, aku tau la ada tipu sbb aku pun pernah buat bg pihak umno.
Usah lah jadi pembohong besar, sajer ajer nak menimbulkan suasana kacau bilau di negara ini. Bersyukurlah Nikmat yang kita terima dari Allah ini, jangan sesekali mengadaikannya. Bila sudah terjadi baru nak menyesal. Sesal pun sudah tidak berguna lagi.
Lihatlah............betapa menderitanya Rakyat bila berlaku pertumpahan darah sesama sendiri. Beringatlah sebelum anda menderita. Terima kasih kepada Polis malaysia yang berusaha menjaga keamanan di Negara ini.
Lihatlah Libya, Mesir, Yaman masih tidak pulih lagi dari huru hara. Yahudi dan Barat sendtiasa menunggu saat ini. Berhutang lagi dengan IMF bila ekonomi merudum jatuh.
KAMI TIDAK MAHU JADI MANGSA PERHIMPUNAN BERSIH!!! KESEJAHTERAAN DAN KETENTERAMAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA,SEMUA PIHAK PERLU SEDAR. ADA CARA YG BENAR UNTUK TIDAK BERBOHONG!!
Semua PA dah besar, dah matang. Kalau kena tangkap sertai perhimpunan haram, semua sedia maklum akan kena tindakan tatatertib. Cuma masa tu janganlah salahkan orang lain. mungkin boleh minta bantuan guaman dari Ambiga. dia kan bekas presiden majlis peguam.
mengapa gred gaji N17, N22 dn N26 hampir sama...mcm xde istimewa je N26 ni sdgkan golongan ini sudah diikhtiraf senior d klgn AKS sokongan 1...ke mana peginya keseimbangan dlm pembahagian tugas ketiga2 gred ini...
LINGKUP TAALA BERKATA…
ASSALAMUALAIKUM….
NYA PEN KIAT, JOI TAI KEPEROK
(JANGAN JADI KATAK BAWAH TEMPURUNG)
APO NAK DIKATO…SEKARANG SEMUO BANGSO DAH BANGUN BANKIT LAWE DIE,DULU PEMERINTAH AJOR MEREKA,NAYA PIHAK LAIN,GERAK GEMPOR PEMUDA,PEMUDO TAHAN LASAK(MASA MENYOKONG UMNO KHASNYA ORANG PKR(PERHIDMATAN KERAJAAN RAKYAT)
LANI PUOK TU PECAH SHARE NGAN DEME….MELATAHLA….ORANG BAIK MASA 80 AN DAN 90 AN ANDA [PI TUKAR,NAYEKAN DIAORANG KHASNYA PEMBANGKANG KECIL KECILAN…
SAYO PULA DENGAR KALAU PAKATAN PERINTAH,,DEPA PULA TUKARKAN PEKERJA PA YANG BANGKANG PAKATAN RAKYAT JAUH JAUH DI PEDALAMAN…PAKATAN RAKYAT PULA TAK MANSUH ISA NAK BAGI SENJATA MAKAN TUAN….?KAMI PA ,SAPA PUN PERINTAH……. NASIB KAMI RUPA GAMBLE SAJA…TERIMA SAJA KENYATAAN ….MASA JEPUN MELAYU TAAT NIPPON SEBAB PEDANG DAN PENAMPAR NIPPON,BRITISH MELAYU ORAIT SIR(BAIK TUAN)….MASA PORTUGIS…LIVIN LA VIDA LORCA…
NI NAK DARURAT(MESTI GUNA PIHAK KESELAMATAN NAK TEMBAK ORANG)JADI SEJARAH YOP,NEGARAKU INI…YANG KUASA TAKUT HILANG KUASA,KALAU INI BERLAKU…..SUDAH DITETAPKAN QADA DAN QODAR…..PASTI ADA HIKMAHNYA…….INGAT KAMI PA PUNYA FITRAH KEMANUSIAAN,JIKA ADA YANG TERBUNUH NANTI,,,,,,,,,PASTI AKAN WARIS MEREKA MENYIMPAN DENDAM PADA PELAKU INI…CONTOH SEPERTI ANAK ANAK HIZBULLAH DAN PALESTIN…KELUARGA MEREKA TERBUNUH…YANG LAHIR AKAN JADI GENERASI PENDENDAM….PERCAYALAH INI WAJIB BERLAKU SEPERTI WARIS MEMALI KEDAH..HANYA NAK HANTAR DOKUMEN BERSIH PILIHANRAYA…..ANDA GUNA SENJATA MELAWAN MEREKA BERSIH …TIDAK MASUK AKAL YANG WARAS…PERSOALANNYA ADAKAH PIHAK BERKUASA AKAN BERTINDAK SEPERTI TRAGEDI TAKBAI?TRAGEDI PEMBANTAIAN UMAT MANUSIA.
AL BAQOROH(LEMBU BETINA)….BAGI YAHUDI…KAMI DENGR KAMI INGKAR,BAGI KAMI MUSLIMIN KAMI DENGAR KAMI PATUH…
PERTANYAAN,ADAKAH KESALAHAN ORANG MENGHADIRI BERSIH DIKENAKAN HUKUM GANTUNG SAMPAI MATI….. ?SELALUNYA AKAN ADA BARUA ATAU KERA YANG MENYELINAP MASUK BUAT KACAU..
KEPADA BERSIH ORANG MACAM NI KENA LASTIK RAMAI RAMAI,,,,HA….PENYANGAK DAN BARUA INI…
KEPADA YANG BERNIAGA DI JALANAN SEMOGA REZEKI BERTAMBAH PADA BULAN SYAABAN INI(BULAN NABI MUHAMMAD ,NABI BAGI SEMUA UMAT DAN BANGSA DI MALAYSIA DAN DUNIA..
KULHUWALLAH HU AHAD…KATAKAN ALLAH ITU SATU(ESA)…BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM GAIYUDEN UNGEL NALEI TODENGUNGEL….KARUNAI YEI WULEGEM AGE….YONG BISMILLAHHIRROHMAN NIRROHIM SINTEK E TIYEN..
Tuan Berilmu di dada...
aku rasa dengan yakin sape2 yang join bersih ni adalah pengkhianat negara...tindakan wat perhimpunan HARAM bersih ni ibarat ingin menindaskan negara sendiri..kalu korang xsuka pentadbiran kerajaan yang sekarang. Pakat ramai2 kat malaysia ni sokong PKR lak...
INGAT!!! - walau BN teruk , biarkan ia teruk yg kecil dan jangan lah kite sndiri sokong teruk yang seteruk2 nye (pkr)...
masalah gaji ni aku sokong kna naik sbb ekonomi ngara dah meningkat n harga pon dah naik..so selaras dengan setimpal nya....
~~Hidup Berakal , Mati Berhantu~~
Mari semua PA kita suarakan ketidakpuashati kita di perhimpunan bersih...pelarasan gaji pun langsung tak ada berita,asyik janji kosong je...tak ada tindakan tatatertib akan dikenakan jika semua 1.8juta PA ikut perhimpunan Bersih
ehh...kawan semua kene ingat...tujuan perhimpunan BERSIH tu bukan untuk pejuangkan nasib PA...cuba kaji balik latar belakang ambiga tu sape....kan lepas ni pilihanraya akan diadakan,aku confirm dia akan masuk bertanding...korang dah lupe ape dah jadi pada ketua hindraf dulu??Takyahlah masuk campur orang punya hal...seandainya perhimpunan itu bertukar ganas,tempoh nak baik pulih akan makan masa yang lama.segala kerosakan akan dibaiki guna duit rakyat.dari si najib nak naikkan gaji PA terus die tak jadi naik....last2 sape yang melopong???kitaaaaa jugak...!!!huhuhuhuhu....
"Berfikir dulu sebelum bertindak adalah lebih baik dari berfikir selepas bertindak"
diharap semua PA berfikiran terbuka dan rasional yea...bawak2 la bersoba..
aku sokong kata ko..
kite wat keje kite je...nk sokong / xsokong...
KUALA LUMPUR 30 JUN : Majlis Perundangan dan Gaji Negara yang disarankan oleh kerajaan Umno-BN adalah satu lagi bentuk penindasan warga kerja, kata Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani.
Dalam sidang media di Parlimen hari ini, Abdullah Sani mendakwa, pembentangan rang undang-undang berkenaan di Parlimen jelas menunjukkan kuasa sebenar ada pada Menteri dan bukan kepada Majlis tersebut.
"Rang-undang-undang ini sebenarnya tiada batas dan matlamat serta tak tentu arah. Peranannya hanya sebagai satu kajian. Kajian ini bersifat Ia tak boleh menjurus kepada keputusan
Kepada penganjur BERSIH 2.0 , tambahkan tuntutan yang kesembilan..bonus untuk kakitangan awam 1 atau 2 bulan setiap tahun. kompem aku sebagai penjawat awam follow itu BERSIH 2.0
Bagi korang memang la x der faedah....melaysia ni mengamalkan negara komunisme, semua yang tak berpihak pada BN semua salah, semua tangkap..mcm PR x buat keje je, dok umah goyang telor..aku dok kat selangor ni dah banyak terima bantuan dari PR. anak masuk belaja dapat rm300, air percuma, surau tiap2 hari jemaah penuh, anak mengaji yuran percuma...ada keluar kat TV3?
pada aku, aku sokong BERSIH 2.0. walaupun aku tak pergi sbb takut kene tatatertib, aku sokong di belakang tabir.
ade aku kesah korang tak suka!!
Usahlah jadi Bodoh dan banggang, buta mata dan buta hati. Malaysia yang aman dan damai ini hendak diperlingkupkan menjadi huru hara. Bersyukurlah dengan keamanan yang di kurniakan oleh Allah Taala ini. Lihatlah negara yang masih bergolak, nak keluar rumah pun takut. Ekonomi jatuh merudum.
Sudah jadi huru-hara, ekonomi melingkup, tak de kerja, kerajaan tak de duit nak bagi gaji kepada semua Penjawat Awam, barulah nak sedar............sudah terlambat. Pencacai-pencacai dan pelingkup negara ini tahu nak melingkupkan negara ajer, tak sedar akan nasib anak cucu kita nanti.
Yang Anda semua bodoh tu pasai ape, kan Pembangkang ni ramai ahli parlimen hampir 80 orang duk di Parlimen, patut kat situlah bertanya dan tunjukkan rasa tak puas hati. Bukannya tunjuk kebodohan di jalanan yang menyusahkan Rakyat Jelata yang lain. Polis terpaksa bertungkus lumus menjaga si bodoh ini di jalanan, lebih baik memburu penjenayah yang melakukan jenayah yang lain.
Catat Ulasan