SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Julai 2011

JPA AKAN SIASAT SEKIRANYA PENJAWAT AWAM TERBABIT DALAM PERHIMPUNAN HARAM

Bernama
11/7/2011



KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Tindakan disiplin akan diambil terhadap penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram pada Sabtu lepas sama ada secara langsung atau tidak, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata tindakan terhadap penajwat awam itu juga bergantung sama ada mereka terlibat dalam demonstrasi itu secara aktif atau sekadar tidak langsung menerusi pengedaran baju atau peralatan berkaitan perhimpunan.

Sehingga kini, JPA masih belum menerima sebarang laporan mengenai penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) atau Pemuda Umno, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Eksekutif Institut Latihan Awam Negara (Intan) bertema "Agenda Transformasi Kerajaan: Peranan dan Hala Tuju Institusi Latihan Awam" di sini Isnin, yang disertai 250 peserta dari 364 institusi latihan awam di seluruh negara.

JPA pada 30 Jun lepas telah mengeluarkan pekeliling yang melarang penglibatan pegawai awam dalam perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara.

Pekeliling tiga halaman itu mengingatkan penjawat awam supaya tidak terbabit secara aktif, menghadiri atau menggunakan peralatan pejabat untuk penganjuran mana-mana gerakan ataupun perhimpunan haram.

Kementerian Pelajaran turut mengeluarkan pekeliling pada tarikh yang sama yang memberi peringatan kepada pegawai, kakitangan dan pelajar sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram.

Ditanya mengenai Sistem Bersepadu Potensi Penjawat Awam (Prospek), beliau berkata ia masih di peringkat perbincangan bagi mencapai persetujuan antara JPA dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Bulan lepas, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menuntut agar di bawah Prospek yang akan menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), penjawat awam akan terus mendapat kenaikan pangkat selepas menghadiri kursus tanpa perlu menunggu kekosongan jawatan.

Cuepacs turut menuntut agar pemberian insentif kepada penjawat awam dinaikkan terus kepada tiga kenaikan kerana ketika sistem PTK dilaksanakan, ia mempunyai aras melintang dan menegak bagaimanapun ia tidak disediakan dalam Prospek.

Mengenai cadangan agar bekas anggota tentera diserapkan dalam agensi perkhidmatan awam pula, Abu Bakar berkata pengambilan mereka adalah bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk jawatan guru.

Sekiranya bekas anggota tentera itu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan maka SPA dan SPP akan mempertimbangkan dan membuat keputusan untuk mengambil mereka berkhidmat dalam sektor awam, katanya.

Pada Jun lepas, Panglima Angkatan Tentara Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM akan berbincang dengan JPA mengenai kemungkinan menyerapkan anggotanya yang telah bersara ke dalam lebih banyak agensi perkhidmatan awam.

-- BERNAMA

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x payah nak siasat....buang masa....pergi kaji pengredan semula para lulusan sijil politeknik tu....dah bertahun belum lagi selesai....patutla x selesai2....pergi siasat ntah apa2...pergi kaji nuh....

Tanpa Nama berkata...

Mohon Cuepacs Bantu berkata...
MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Berkenaaan perkara di atas saya wakil tidak rasmi kepada semua pemegang sijil Politeknik ingin memohon kepada JPA agar mempercepatkan untuk mengkaji skim yang menggunapakai Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkhidmatan awam.
Pekeliling http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf yang telah dikeluarkan oleh JPA telah termaktub bahawa pemegang sijil Politeknik layak untuk mendapat gred 27 – 40 pada jadual 1 (Pemakaian Gred Sistem Saran Malaysia Mengikut Kelayakan Masuk) tetapi sehingga kini tiada pelaksanaan dan juga tidak dilaksanakan. 'PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM SARAAN MALAYSIA-Lampiran B3. JPA telah lama menyatakan akan meneliti, membuat kajian tetapi sehingga kini kajian demi kajian yang dilakukan tetapi pelaksanaan tersebut masih tiada . Kami yang memiliki Sijil Politeknik tetap di skim gred 17 dan sama dengan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Mengapa ini berlaku, kenapa kami perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk mendapat hak yang sepatutnya? . Melalui Pekeliling tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan kelayakan Sijil Politeknik setara STPM dan didalam Gred 27-40. Mengapa JPA perlu menunggu masa bertahun – tahun untuk mengkaji dan mengkaji sedangkan pekeliling telah ada? Mengapa sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini tidak mendapat mendapat skim gred jawatan yang sepatutnya? Terasa ruginya bila bertahun-tahun pemegang sijil Politeknik tidak mendapat hak yang sepatutnya termasuk elaun-elaun yang ada, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Mengapa hanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 sahaja yang dilaksanakan tetapi tidak jawatan yang lain yang memerlukan syarat Sijil Politeknik dalam perkhidmatan Awam. Mengapa hanya 3 Jawatan yang membolehkan untuk gred 27 contohnya Penolong Pegawai Latihan Gred E27, Penolong Pegawai Meteorologi C27 dan Penolong Pegawai Tanah NT27 yang mengunapakai Sijil Politeknik. Adakah Sijil – sijil Politeknik yang lain tidak setaraf kerana ada lebih kurang 23 kursus diperingkat sijil Politeknik di dalam Kementerian Pengajian Tinggi?
Saya berharap agar pihak JPA mempercepatkan proses tanpa perlu mengkaji lagi dengan adanya dasar dan objektif kualiti JPA yang sedia ada. Kepada Jabatan lain seperti JKR, IPTA, SPA, CEUPACS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berganding bahu bersama kita menaiktarafkan dan transformasi Sijil politeknik ke arah yang sepatutnya memandangkan sijil politeknik telah dimansuhkan pada Jun 2010. Sepertimana pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam yang telah Berjaya menaiktarafkan sijil Kemahiran Malaysia tersebut ke arah yang lebih baik manakala Sijil Politeknik tetap tidak mendapat Gred yang sepatutnya.
Terima kasih.

PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA

Tanpa Nama berkata...

ada lgi budak bangan poli ni g opis cuepacs trus la bodoh!!

Tanpa Nama berkata...

Ada jugok org bodo, dengki sakit hati bila pemegang sijil poli menuntut hak mereka....ko punya rezeki ko makan...rezeki geng2 pemegang sijil poli menuntut hak mereka dia makan....apa salahnya makan sama2...ko ni x dengar ke cakap jaga bangla dlm filem p.ramlee?dengki tu laaaa....

Tanpa Nama berkata...

TAK PAYAH LA MABIK PESARA MASUK BALIK PERKHIDMATAN AWAM...TAK KESIAN KAT GENERASI MUDA KA.....SUDAHLA KIPAS ANGIN OIII

PTD Cerdik berkata...

hak sijil poli? hak apa tu? besar sangatkah nilainya? susah sangat kah mendapatkannya? ilmu yang dapat dalam sijil tu tinggi bebenor ke nilai inteleknya? aku tgk bengong je diorg tu

Tanpa Nama berkata...

alaa..serabutnya dengan hal2 sijil poli nih...nah pi la tubuh sendiri union kamu..pahtu gi kat jpa buat tuntutan..cuepacs buat tuntutan utk semua PA..bukan hanya sijil kamu saja..

Tanpa Nama berkata...

sijil politeknik mana laku zaman skrg ni.sijil tu dah sama gred dgn s.r.p atau pun u.p.s.r.ko p sambung belaja lagi.ambil diploma .lps tu smbg ambil degree,baru gomen pandang,setakat sijil je ko keja la jadi p.a.r atau drebar.kalau diploma je ko blh la mintak jadi kerani.itu pun kalau ada kekosongan.lagi satu aku nak bagi tau ni,ko tak yah la nak bangga sgt dgn sijil ko tu ,tak kemananye.ada fhm .

Tanpa Nama berkata...

suka ati gua la nak msk perhimpuan haramker..korang bg hua gaji kecik mcm nak mampus baik gua pangkah pembangkang..

rizalyussadamammaramsyar berkata...

wahai PTD Cerdik. Minta tolong jangan busukkan nama skim M dengan menyamar sebagai PTD kononnya. Jangan sangka orang tidak tahu siapa anda dan dari skim mana asal anda. Kalau berani komen, tolongla tunjukkan diri dan skim and yang sebenarnya. Untuk pengetahuan, anda sedang dipantau. Terima kasih.