Oleh Shamrahayu A Aziz
2011/07/19
Titah Seri Paduka mengenai perhimpunan BERSIH bukan soal politik
MINGGU lalu saya mengulas mengenai harga sebenar titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong ke atas perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH). Pada minggu ini saya masih ingin berkongsi dengan pembaca mengenai isu sama, tetapi dari perspektif berbeza. Saya fikirkan perlu untuk saya mengulas mengenai perkara ini kerana ada di kalangan kita mempersoalkan kewajaran bagi Yang di-Pertuan Agong untuk bertitah sedemikian. Persoalan dan pendapat mengenai perkara ini disiarkan dalam ruangan kolum sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris. Antara hujah yang dikemukakan ialah, (1) Sebagai Raja Berperlembagaan, semua kuasa Raja tertakluk kepada Perlembagaan. Perlembagaan tidak pernah menyebut mengenai kuasa Raja untuk terbabit dalam urusan politik dan pentadbiran. (2) Sekiranya Raja membuat sesuatu titah mengenai politik dan pentadbiran, rakyat tidak dapat menegur baginda. Ini adalah sesuatu yang salah dalam sistem demokrasi kerana seseorang yang tidak dipilih rakyat tidak harus mempunyai pengaruh sebegitu, bukan saja rakyat tidak boleh menegur, tetapi juga tidak boleh menunjukkan rasa tidak puas hati menerusi peti undi.
Perlembagaan mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (Perkara 32 Perlembagaan). Sekiranya dilihat secara tersurat, kita mungkin tidak dapat melihat satu persatu kuasa yang diberikan kepada Raja (kecuali di dalam Perkara 40). Kedudukan sebagai ketua utama negara bukan yang kosong, ia datang dengan sejarah dan matlamat.
Tafsiran Perlembagaan akan menjadi tidak tepat sekiranya kita terikat kepada frasanya secara harfiah. Walaupun kita mempunyai Perlembagaan bertulis, kita harus ingat bahawa banyak lagi peraturan yang tidak dapat disuratkan. Kita perlu lihat Perlembagaan sebagai hasil daripada gabungan dan kesinambungan antara sejarah dan nilai yang subur dalam masyarakat sebelum Perlembagaan itu diwujudkan.
Sebagai contoh, Perlembagaan tidak menyebut secara harfiah peranan Raja mengenai kaum pribumi. Tetapi adakah Raja patut berdiam diri sekiranya sesuatu buruk dilakukan ke atas mereka hanya kerana tiada peruntukan yang jelas? Jawapannya tentu sekali tidak. Raja perlu melakukan sesuatu demi kepentingan rakyat. (Bagaimana pun, ini tidak bermakna kita bebas sepenuhnya daripada apa yang tersurat)
Dalam konteks perhimpunan 9 Julai lalu, kita perlu menilai apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan rakyat berbalah? Adakah pembaca fikir baginda harus terus berdiam diri? Sebagai ketua utama negara, jawapannya sudah tentu tidak.
Selain itu, saya tegaskan bahawa perhimpunan BERSIH bukan sekadar urusan politik atau pentadbiran, ia lebih daripada itu. Ia membabitkan keamanan dan hubungan harmoni antara rakyat dan kerajaan. Maka, Raja tidak harus berdiam diri. Apatah lagi titah Raja itu tidak memihak kepada sesiapa. Justeru, dalam konteks perhimpunan BERSIH ini titah Raja bukan soal politik atau mencampuri urusan pentadbiran negara. Ia demi kepentingan semua.
Apabila bercakap mengenai demokrasi, adakah kita hanya mendambakan demokrasi dari segi bentuk atau strukturnya atau kita perlukan ideal dan matlamat demokrasi. Kita harus ingat bentuk dan struktur demokrasi boleh berubah, tetapi ideal dan matlamatnya tetap kekal. Sekiranya badan ditubuhkan dan diberikan kuasa oleh Perlembagaan tidak dapat menunaikan tanggungjawab seperti dikehendaki, sudah tentu ideal dan matlamat demokrasi adalah lebih utama daripada bentuk atau strukturnya.
Institusi Raja adalah kesinambungan kepada sejarah dan identiti negara. Ia semangat masyarakat, tonggak kepada kestabilan dan pemangkin kesejahteraan kehidupan awam. Walaupun Raja bukan dilantik melalui mandat rakyat, ia tetap relevan dalam demokrasi.
Selain itu, sekiranya kita melihat kepada realiti dalam sistem demokrasi, banyak lagi institusi menjalankan kuasa tanpa mandat rakyat. Perkhidmatan awam adalah contoh terbaik. Penjawat awam membuat keputusan penting bagi pihak kerajaan walaupun mereka tidak dipilih rakyat secara terus. Itulah hakikat sebenar demokrasi.
Kelangsungan masyarakat bukan semata-mata kerana pelaksanaan bentuk dan struktur demokrasi. Ia banyak bergantung kepada tolak ansur dan penyesuaian – ideal dan matlamat demokrasi. Bentuk dan struktur demokrasi juga bukan satu. Ia berbeza mengikut kesesuaian.
Justeru, walaupun secara tersurat kita tidak dapat melihat kuasa yang ada pada institusi Raja, fenomena dalam demokrasi memerlukan institusi Raja sebagai lambang dan konsep penjaga. Walaupun tiada peruntukan yang jelas, Raja tidak harus berdiam diri demi kesejahteraan rakyat. Baginda bukan boneka dalam demokrasi.
Penulis ialah Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
12 ulasan:
kami menyokong penuh Raja Melayu dan UMNO. Kami bersedia syahid demi menegakkan ketuanan Raja Melayu. Kepada penjawat awam yang x sokong UMNO, anda pasti derhaka pada Raja dan wajib hukumnya diusir dan dipecat. Hanya kepada UMNO tempat bergantung, negara maju dan bersih bersama BN. PA, BN dan Pekida bersatu menolak janji palsu Anwar
Pakida, loyalty has to be owned. whatever subjects u talk about, they can’t expect to get blind loyalty simply by d high advantage of their positions. d entities, units, organizations, persons -all have to give out right in order to gain trustfulness from d mass….d likely Sultan Mohd ke iV is. He learns hard to win d hearts of rakyat- kudos to u!
we’r now on d new chapter of socio-political terminology. Only d strong power of rakyat can bring d nation to its height…not d mere mediaeval rhetoric like what u’ve said, Mr Pakida. cmmon melayu…give us some pride…dun make a talk like an old goat man!
Tanpa Nama berkata...
Sabtu, Julai 30, 2011 8:41:00 PM
Ngko kata :
1. we’r now on d new chapter of socio-political terminology.
2. Only d strong power of rakyat can bring d nation to its height…
3. not d mere mediaeval rhetoric like what u’ve said, Mr Pakida
Bagi aku :
1. Terminologi sosio politik yang ngko pakai hanya terpakai dalam otak kamu sahaja. Menggambarkan sesuatu dalam bentuk KHAYALAN (sociological imagination)..
2. kamu mesti terima realiti bahawa kita berada dalam masyarakat majmuk yang berpaksikan kaum Melayu. Pembahagian kek telah dibuat dan selesai sebelum merdeka 1957.
3. Kamu kerja PA lulus Peperiksaan Perkhidmatan? Hadir kursus Induksi? Jika kamu bukan PA, tolong jangan masuk blog ini. Blog ini khusus untuk PA.
4. PA perlu berkecuali dalam urusan politik. Kita bertanggongjawab sebagai JENTERA KERAJAAN tak kira partai mana yang berkuasa. Ada negeri diperintah oleh Pembangkang, ada yang BN. Kita semua perlu profesyenal.
So…u do speak man! what next? u dun want me to meddle here…inur so called thread for CS only?
mmmm...d familiar of d substandard mind too. Tat’s why u cant identify wats d new terminology is all about....it's not about, cake man.
for ur good...Its not an illusion to think about social, political, economic change…dude! Or maybe u’r too old to compromise d changes. Pity on u…oldies always think, taking more salt is healthy…trouble it is…. ha..ha…
But for d thermal, tat what we take good education in d 1st place for, to be critical to a particular issue or cause. U may oppose or agree t but arguing in good will of a cause….. speak to d issues u care about. Those r d democratic practice that is warranted d by our legislation.
so, what I’d comment was d new social terminology that offer solutions…. that create social value and serve as change agents for society. In another cynical word; u cannot pull other’s ears for ur own funny sake.
Ok…no name…u surprised me of d confrontational mentality tat u dishing out at me. r those d likeliness of d pegawai kerajaan frame of mind? if tat so... no wonder our public service is far away of what d others offer...... eg singapore doenst make a cut to us.if u r one of them.. malaysia will keep lagging behind......
Aku menyokong penuh 10:06 AM, teori aku mudah saja, kalau kita kerja kilang dan rasa tak puas hati dengan kilang tersebut kita berhenti kerja kilang tersebut dan mintak kerja kilang lain boleh buat kan !, tapi perkara pelik berlaku di Malaysia bila penjawat awam menentang kerajaan tetapi masih lagi bekerja dengan kerajaan tapi tak berani berhenti kerja kerajaan tak ke pelik kan !, bersyukur dan berterima kasih lah pada majikan anda kerana anda telah diberi peluang oleh tuhan mendapatkan rezeki melalui majikan anda untuk meneruskan kelangsungan hidup, menyara keluarga dan membina kekayaan dan sesiapa yg tidak puas hati dengan majikan(terutamanya pekerja kerajaan) carilah kerja lain yg sesuai dengan hati anda, jangan pula kita berkata sumber-sumber kerajaan dapat haram(atau tak bersih) tapi setiap hujung bulan kita menanti gaji dari kerajaan.
pada anon diatas ni, kamu sokong BN kan, nasihatkanlah rakan2 UMNO yg masih bekerja di jabatan kerajaan negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor supaya berhenti kerja. Jika org UMNO dapat tunjuk teladan dulu, insyaAllah org lain akan ikut. Setakat berkokok seperti lain2 pemimpin UMNO a.k.a. penipu besar usahlah bersuara bagaikan org tiada pelajaran. Ikrar dulu bahawa jika kerajaan persekutuan jatuh ke tangan PR, semua org BN akan berhenti kerja.
BERANI TAK? Pastinya tidak kerana org2 UMNO mana ada teloq. Jawapan ni khas pada si bodoh diatas
very much of d hard hitting ..u there mr PTD. suit him well.
for me, of d human mind inclusively of intellectual standpoint n a psychological standpoint, there r many variable. if u just like to display simplicity of utterance d like – if dun like get quit la…..or in d face of price hike – gula mahal buat kilang sendiri la, I think those explain d stage of one of d variable ; that is ur irrelevant intellectual trait/
let me tell u…..talk of justice, wage, hospitality, good term socialite or to d extant of bad system, corruption, is not going to impede ur job skill. u’r not against d job infect u;r fighting for good. or most, for the dimensions of ur lives .
so … dun go asking peoplr to quit their job as d case may be out of ur introspective ability.
kami seluruh PAP enggan menerima sebarang bonus yang dijanjikan pakatan, sebaliknya hanya akan setia kepada UMNO selama2nya. PA kena berkorban dalam memastikan pakatan x menang pilehanraya. Pada tempat yang pakatan menang, jgn layan mereka, kita hanya akan ikut arahan org2 UMNO sahaja
Muhd Rusni bin Abdul Basir
keling paria mana niih.
Tanpa Nama berkata...
Ahad, Julai 31, 2011 6:23:00 PM
Jika aku layan ngko makin menjadi ngko.
Sbg PA aku ada akauntabiliti kpd majikan dan aku juga ada peranan sbg agen penyampaian perkhidmatan awam.
Soal politik kepartian aku tinggal di pintu pagar sebelum masuk ke premis kompleks kerajaan yang aku berkhidmat ini.
Nanti balik aku ambil di pintu pagar ..
Soal ngko nak buat perbandingan PA Malaysia dengan PA negara lain .. itu masalah kamu.
Cadangan : kamu boleh tanya omar cupec atau KSN yang malu itu.
Kamu juga bebas bersuara dlm blog cuepacs blogspot kerana tiada siapa akan mencari ngko ..
Raja Berpelembagaan: Perdana Menteri adalah Penasihat Mandatori kepada Yang Di Pertuan Agong. Bukankah begituuu...??? Nak tak nak SPB kena ikut cakap PM.
KITA KENA KEMBALIKAN SEMULA KUASA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU.
Wak Sengol
Kepada PEKIDA tu wak nak cakap sikip peegi da !!!
Catat Ulasan