27/9/2011
GEORGE TOWN, 27 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin 80 peratus daripada empat tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan mendapat pertimbangan dalam pembentangan bajet 2012 pada 7 Okt ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata pihaknya telah memohon secara rasmi melalui surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun lepas dan mengharapkan berita baik bakal diumumkan bagi menjaga kepentingan penjawat awam di negara ini.
"Ini adalah keputusan kongres berdasarkan kepada permintaan dari penjawat awam, saya harap ia dapat dipertimbangkan malah Skim Saraan Malaysia (SSM), dapat digubal semula untuk menjadi lebih baik dari segi penambahan gred, struktur gaji dan peningkatan peluang kerjaya bagi mencapai negara berpendapatan tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bersama CUEPACS Pulau Pinang di sini, Selasa.
Tuntutan tersebut adalah semakan semula SSM, menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam dan pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Omar berkata Cuepacs juga yakin dengan keprihatinan Perdana Menteri dan kemampuan kerajaan dapat memenuhi tuntutan itu yang sememangnya diharap-harapkan oleh lebih 1.2 juta penjawat awam.
"Kesemua tuntutan itu tertakluk kepada kemampuan kerajaan dan tidak mustahil untuk ditunaikan kerana ada tuntutan yang tidak membabitkan kewangan," katanya.
Berkenaan tuntutan pemberian bonus dua bulan, katanya jika kerajaan berbuat demikan, ia akan mencipta sejarah baru dalam memenuhi permintaan penjawat awam.
"Diharap (bonus) dapat dipertimbangkan, kalau tidak dapat bonus dua bulan, sekurang-kurangnya (kerajaan) dapat memberi bonus sebulan atau sebulan setengah pun sudah dikira mencukupi," katanya.
-- BERNAMA
208 ulasan:
«Lebih lama ‹Lebih lama 201 – 208 daripada 208BERDOALAH SEMUA PADA ALLAH SWT AGAR DI LIMPAHKAN REZKI PADA KITA SEMUA..DI HARI JUMAAT MULIA INI JANGAN KITA BERGADUH ,BERTEKAK ATAU MENGELUARKAN KATA KATA YANG PEDAS SESAMA KITA..POHONLAH AGAR DIDEKATKAN REZKI KIRANYA IA JAUH..DIKELUARKAN JIKA IA DIDALAM..DIMUDAHKAN JIKA IA SUSAH,,DI RENDAHKAN JIKA IA TINGGI....
JIKA MINNGU DEPAN ADA KENAIKAN..BERSYUKURLAH PADA YANG ESA KERNA SEMUA DIDUNIA ADLAH HAK ALLAH...KITA ADALAH HAMBANYA.....GUNAKANLAH IA SEBAIK BAIKNYA..INSYAALLAH..AKAN BERJAYA KITA DUNIA DAN AKHIRAT...
............
betul tu..
saya sangat menyokong pendapat saudara,,
sbg hamba Allah yg tinggal di bumi bertuah ini..sama-samalah kita memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah s.w.t di atas segala kuriaanNya sama ada byk atau sedikit. Insya Allah jika kita bersyukur,, Allah akan tambah nikmat kepada kita. Sebaliknya jka kita kufur, ingtalah sesungguhnya azab Allah amatlah pedih.. Sy suka mengingatkan diri sy dan sudara dan saudari semua.. Semoga kta beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.. Insya Allah. Amin..
NSK WAT APA LA NAK GADOH2. KITA SEMUA NAK HIDUP DENGAN KURANG BEBANAN...BUKAN TEKANAN. X KIRA LA GRED 1 HINGGA 58 SEKALIPUN TETAPI ATAS DASAR KEMANUSIAAN YANG BERGAJI KECIL NI BUKAN LA NAK NAIK GAJI DARI RM900 NAK NAIK HINGGA RM3000.00 KAN X MASUK AKAL TU. DAPAT NAIK RM100-200 PUN JADI LA. YANG DAH TINGGI TU NAK NAIK RM7000 SEKALIPUN ITU REZEKI DIA LA.... SAMA2 LA FIKIR DAN BERJUANG UNTUK KAKITANGAN AWAM.
Guru-guru siswazah khususnya guru lama harus diperkasakan, martabat dan tanggagaji yang dilangkau oleh guru-guru bukan siswazah dalam semakan gaji 01.07.2007 nWAJIB DIKEMBALIKAN. TANGGAGAJI GURU-GURU SISWAZAH WAJIB LEBIH TINGGI DARIPADA GURU-GURU BUKAN SISWAZAH SESUAI DENGAN TAHAP PENDIDIKAN YANG MEREKA PEROLEHI.
##############################################
Ha tengok komen diatas ni ! Aku ckp tak caya ! Memang pelarasan gaji tahun 2007 tak adil ! Hope Dato Najib membuat keputusan yang adil dan saksama dalam Budget 2012 ! Dimana gaji kami P&P patut diberi pelarasan yang sangat adil !
Hope Dato Najib will give a flat rate of 40 % pay increase for all gred regardless whether JUSA or PAP ! To be fair to all ! Plz help us graduate teachers where guru bukan siswazah sudah melangkaui gaji guru siswazah ! No point we study hard to get our degree and our pay is below PAR !
Kenapalah semua PA memberontak tentang kenaikan gaji tahun ini.. tahun lepas pun benda yang sama diperkatakan.. alih2 berputih mata juga.. baik golongan bawahan, atasan, guru dan seangkatan dengannya semua nakkan pelarasan gaji. Sampai bila pun takkan ader cukup.. yang guru gaji sampai 5K termasuk elaun kalau dah kerja 4-5 tahun masih tak berpuashati dengan gaji mereka.. tapi kalau dihantar ke pendalaman sabah sarawak banyak bunyi pulak. kalau bekerja setahun dua memang gaji sedikit sahaja. tapi kalau selalu bersyukur insyaallah semua cukup bukan nak brgaya sakan.. amalkan cara hidup sederhana...
Sebenarnya kekangan kehidupan PA yang bekerja di bandaraya besar sahaja yang rasa gaji tidak cukup. saya sendiri merasa sebelum ini saya bekerja di bahagian utara bergaji 2K sangat cukup kerana pergi kerja dekat,tol x der, makanan pula murah, barangan dapur pun murah,rumah sewa rm200-300. Tetapi sejak saya ditukarkan ke KL memang sesak kehidupan. sewa rumah shj rm600 (bagi yg bkeluarga) itupun pangsapuri, minyak keta rm300 sebulan,barangan dapur yang agak mahal dan x segar pulak, tol rm100 sebulan.. aish cukup mmg cukup tp cukup smpi hjg bulan sajalah takder simpanan langsung.
Harapan saya agar ada pelarasan gaji tetapi takla mengharap sebab saya pernah membaca kenyataan Tun Sri Dr. Mahathir rakyat jangan terlalu mengharap apa yang mereka inginkan mereka dapat sebab kerajaan tak mampu penuhkan keinginan semua pihak. So, selagi tak jadi macam Somalia tu saya bersyukur dengan kerajaan sekarang even ada betul dan tak betul (dh nama pun manusia sentiasa buat kesilapan) so, terima sahaja.
papun undi adala rahsia... huuhu
harga rumah naik akibat dari kerakusan anak bangsa kita membangun negara... projek sane sini.. mrt, lrt, kalau nak rumah murah kena dok kat ceruk kampong... lambat laun yang tinggal di bandar2 hanya orang yang ......... sendiri ingat la..
PA gred nombor ganjil dialu2kanlah naik gaji tapi gred yang genap macam 32 ,38 22 ni semua tak payah banyak sangat..realiti sebenar golongan ini yang dapat keuntungan BESAR bila dapat naik gaji..gred 32 melangkau 41. tak perlu dinafikan. pakai kereta mewah import rumah besar even 41 pakai wira lama..bukan dengki atau apa..kalau nak naik biar sama untuk semua gred..kenaikan terebut berbaloi dengan usaha..jangan asyik nak harapkan hujan emas turun kalau tak nak berusaha..ditekan kan sekali lagi GRED GANJIL sokong naik gaji besar GRED GENAP ni bagi cikit pun dah cukup..nanti lupa daratan.
aku kata dah dulu, hantu kak limah saja yang layak jadi presiden Cuepac. Presiden yang dok ada la ada gusi saja. Oiiiiii letak jawatan la. aPA KAMI DAPAT HIDUP HANTU KAK LIMAH
Catat Ulasan