Bernama
22/9/2011
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Persatuan pekerja tujuh badan berkanun Rabu memohon kepada kerajaan agar membantu mereka berhubung isu pemberian manfaat yang pada masa ini tidak selaras dengan penjawat awam lain.
Mereka membabitkan tenaga kerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Hal Ehwal Tentera, Lembaga Tabung Haji, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Sokongan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Kejasa) Ash'ari Komeng yang mewakili mereka, berkata antara manfaat berkenaan ialah elaun perumahan dan sagu hati persaraan.
Buat masa ini tenaga kerja di tujuh institusi ini tidak menerima elaun perumahan mahupun sagu hati perkhidmatan yang diberi apabila bersara, katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Beliau dan wakil organisasi terbabit sebelum itu mengadakan perbincangan berhubung tuntutan itu dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam.
Ash'ari berkata perkara tersebut harus diteliti segera berikutan kenaikan kos sara hidup sekarang.
"Bergantung pada caruman KWSP sahaja tidak memadai dan tidak menjamin kehidupan penjawat awam selepas bersara kerana mereka yang berkhidmat dengan tujuh agensi tersebut tidak mendapat kemudahan pencen," katanya.
-- BERNAMA
19 ulasan:
Aku tak setuju! Pekerja sektor badan berkanun semua kerja mcm penjawat awam yang lain TETAPI sepanjang tempoh berkhidmat mcm2 faedah/kemudahan dia org dpt! Contoh:
Faedah perubatan - kerani cabuk pun satu family leh dpt rawatan kat klinik/hospital swasta.
Bonus - tiap2 tahun dah tetap dapat 2 BULAN.
Jadi golongan ini TAK PERLU dibela lagi...
Ngko cakap biar betul ... kita kann satu malaysia punya penjawat awam.
Mana boleh tak sama. Duit kerajaan punya ker rakyat punya?
Kerajaan pinjam duit, rakyat yang bayar dgn cukai !!!!
Duit masa tua, itu hal masing2. Tak kan itu pun nk kena jaga? Duit simpanan ada kwsp ada, pelaburan ASB, ASW2020, ASN semua ada... Dah la terima faedah perubatan swasta sampai mampos... Demam sikit Ampang Puteri, terkehel sikit Glenneagles. PA lain jenuh tunggu berjam2 kt klinik/hospital kjaan..tunggu laa hingga mampoh kering!!! Siap ada pinjaman peribadi lg unt kakitangan...skim gaji pun lain dr PA! Lagi tak cukup????
sama..aku pun tak setuju..rasanya gaji pokok kerani diaorg pun tak sama dengan PA yang lain..lebih menguntungkan dari PA seperti kita ni.
Buat apa nak minta faedah lain...mereka dah cukup untung dah..
Ini President CUEPACS dah melalut tak tahu apa lagi nak hambur kat gomen. Yg PA tak tahu lepas rasmi ade la hadiah bawak balik dari depa.
Mungkin bank boleh bagi pinjaman atau pembiayaan kepada pesara badan berkanun untuk meneruskan kehidupan selepas bersara, kalau pesara sudah meninggal, hutang boleh diteruskan pembayarannya oleh anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit...
Salam..
nak selaaskan apa??LHDN punya basic gaji selaraske dengan jabatan awam yg lain??tangga gaji 17=22/26@17=27.tupun tak bersyukur lagi???
PA yang lain tak merungutpun..jangan dek melayan kehendak 7badan berkanun ni,seluruh badan berkanun/kerajaan pusat dan negeri yg lain juga mintak pelarasan gred seperti LHDN tue..
jangan hanya mementingkan diri sendiri sahaja sesetengah yang lantang bersuara tetapi tidak guna akal bercakap..sedar sikit,banyak kelebihan kerajaan bagi kepada penjawat awam lain,seperti kemudahan pinjaman,cuti tahunan..kerja banyak goyang kaki je di pejabat,tiap2 tahun,tunggu bonus,naik gaji..tapi kakitangan sektor badan berkanun perlu berusaha individu untuk mencapai keuntungan syarikat setiap tahun.PMS juga dinilai setiap kakitangan. untuk mendapatkan bonus dan sebagainya.. sesetengah penjawat awam,tiap2 hari pergi kerja goyang kaki je..tapi setiap tahun,gaji naik..tak kira rajin atau tak. adil ke? TAK Adil bagi kakitangan badan berkanun..saya sangat setuju Mohon kerjasama semua pihak,kerajaan dapat meluluskan skim pencen kepada penjawat tujuh badan berkanun ini. kita semua berkerja untuk memajukan malaysia,untuk terus maju kehadapan..jasa baik semua pihak untuk membantu selesaikan isu manfaat tujuh badan berkanun ini amatlah dihargai,bantulah kami untuk kami lebih besemangat dalam membangunkan semua sektor dalam negara. terima kasih.
ya..saya setuju apa yang anda katakan, orang yang selalu dengki kepada orang adalah hati busuk..rezeki allah dah tetapkan setiap individu..persatuan pekerja badan berkanun menuntuk hak mereka,tak salah..menuntut apa yang patut.
Jika begitu,selaraskan apa yang dituntut itu sama dengan PA yang lain.Makanya tarik balik nikmat yang sedia ada desediakan sebelum ini,berbanding PA yang lain.Mudah cara..Bonus??
Goyang kaki??terserah kpd individu masing2..dimana2 juga berlaku juga individu spt itu wujud..
Pohom kerajaan tarik balik nikmat gaji dan kelonggaran itu-ini,begitu-begini yang mereka perolehi asing bagi kami PA yang lain.
dia nie sakit hati sangat ngan staff badan berkanun kenape...xtau bersyukur...itu rezeki masing-masing...orang macam nie cepat melenting sebab banyak masalah duit@hutang...sabar ye bang...banyak ingat Allah...istifar..
harap apa yang di utarakan oleh ceupacs dapt di pertimbangkan.. ini kerana 7 badan berkanun tidak mendapat skim pencen dan alaun yang lain.. ini kerana kos sara hidup sekarang yang semakin tinggi,,, berbesar hati jika kerajaan dapt memberi seperti apa yang diminta oleh ceupacs...
byk arr..ko punya x setuju..tang tu je ke yg ko nampak! x semua benefit tu dapat total! ada yg sukar x seiring dan x sama adil! dari aspek dah tua kelak ko ingat diorg terbela mcm ko ada pencen! ko pentingkan diri sndri! melampaui batas! angkuh! aku harap ko tersingkir dari keje gomen satu hari nanti! x sedar diri btl! yg ko nyatakan tu je ke yg ko nmpk! ank2 diorg ko ada nmpk susah senang ke? jgn ko rasa ko dah full gomen ko goyang kaki je! kami hempas pulas cari profit! kurang duit tampung gaji korang jugak! use yr brain ok!
semua yg ko maksudkan x semua org ada! ko apahal! biar la diorang nk fight benda baik! ko g tanya dan oo g keje sndri cari yg kerani jgn cari yg boss! yg keje bwh bkn mewah pun!cuma nk fight utk kebsikan bersama! apahal ko nk kluar ststemnt mcm ni lak! ntah2 antara bnda yg ko sebut tu berlambak giler dlm aksun ko! org bdn berkanun ni gak yg terlopong2 tunggu pluang! jgn ko berlagak hebat! jika Allah takdirkan ko tersingkir berebti keje gomen baru ko rasa! jgn masa tu ada pliang masuk keje sparuh gomen pun ko jilat gak! lg satu aki arap kata2 lo akn berbalik kpd generasi ko sndri! zuriat ko kelak jgnkn keje gomen! half gomen pun x layak! bersyukur dan saling mendoakan semua yg terbaik! bukan bg statement poyo mcm ko ni! otak ado ka!
jgn main ikut je! tapis..tengok..rasa..g interview detail rata2 tanya hak sama rata yg patut ada bg half gomen ni..jika ada pluang ko nak masuk pun boleh.apa salah yg baik patut di doakan ni berlaga sakan..beringatlah gaji kakitangan awam di role dr pulangan seratus peratus hasil gomen sajakah? susah payah dari kalangsn mereka hempas pulas turut membantu income korang! jgn angkuh sombong jd ktgn gomen! kalu ko berada d tempat mereka ko pun akn buat mcm depa juga..depa ada hak.yg keje bawahan tu kesian.jgn pndg boss ke atas.org bawah..yg tertindas lg.ada ko tgk suma tu ke?
Ini bukan melalut! nk tlg mereka dr bdn berkanun! eksyennya ko ni! jgn berlagak bagus! sama2 doakan! ko ni tuhan tarik nikmat ko kena berhentikan dr keje homen baru ko tahu! berpada2 bg statemnt k! bersyukur dan doakan!!
Aku ckp betul! time keje byk yg ngulor kluar g minum..pkai baju hitam logo gomen! kalu nk masukkan pic kat sini pun aku ley masukkan! itu btl ori keje ke! korang dari jabatan mana yg bagi statement sesedap rasa ni..kalu pm convert korang jd private! baru korang rasa! berlambak tgk time keje ley g minum minum ketawa2 dkt kdai mkn sarapan gaban! kul 10 rehat lak tu! sempat jln2 g soping plak! wahai pengkomen2 d ats dan d bwh! g amik cermin nilaikan dulu mana yg korang rasa patut k! g half gomen tgk tapis lihat mata kepala ada x bersidai time keje mcm korg dr full gomen! suppose should not give like this idiot comment! use yr brsin intelligently ok! doskan adalah yg paling afdhal utk kebaikan smua pihak! bkn menjatuhkan lg! salah pemikiran korg ni smua dlm buat penilaian membabi buta!!
untuk para pembaca statement..remind skit ya..plz bg komen yg membina! bukan menjatuhkan seperti beberapa individu tak bertanggungjawab seperti d atas..mereka ni boleh d ibaratkan seperti individu yg menconteng dinding yg clean di spray dgn perkataan2 yg x wajar! kena beringat x sepanjang masa rezki mereka kekal mcm tu..beringat sekali lagi jika anda benar2 muslim dan mudlimah sejati..bantulah dan doakan lah mereka yg dari 7 badan berkanun ni juga peroleh rezki yg halal sama mcm dr kalangan ktgn kerajaan biasa..rata2 iri hati..wanauzubillahiminzalik...kamu baca tgk statement berbau irihati dan hasad dengki ktgn awam yg x bertggjwb bbrp org spt d atas..doakan kebaikab bersama ok semua pembaca komen..
Saya harap cuepacs meminta satu peningkatan gaji minimum kepada RM 1500 daripada RM 900.kerana kos hidup meningkat
Catat Ulasan