PUTRAJAYA 3 Okt. — Sebanyak 560 unit pangsapuri di Presint 11 di sini yang akan dibina bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) kini dibuka untuk tempahan.
Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, sebanyak 470 permohonan tempahan telah diterima sejak dibuka pada 30 Sept lalu dan akan berakhir pada 12 Okt. ini.
"Proses pemilihan pembeli akan dilakukan secara pengundian dan akan dipantau oleh firma akauntan bertauliah bagi memastikan pemilihan dilakukan secara telus,” katanya pada sidang media di pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Katanya, proses cabutan pemohon unit pangsapuri akan dilakukan pada 15 Okt. ini.
Abdul Mutalib berkata, pemohon yang ingin membuat tempahan haruslah memenuhi syarat kelayakan antaranya warga negara Malaysia berusia 21 tahun ke atas, bermastautin atau bekerja di Putrajaya dan merupakan pengundi berdaftar di kawasan Putrajaya.
Selain itu, pemohon hendaklah mempunyai tidak memiliki lebih daripada satu rumah dan mempunyai pendapatan isi rumah kasar yang tidak melebihi RM6,000 sebulan, katanya.
Menurutnya, pemohon juga terbahagi kepada dua kategori iaitu senarai yang dipanggil yang akan melalui proses saringan dan menunggu.
Beliau berkata, permohonan tempahan unit pangsapuri itu terbuka kepada semua yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan tidak terhad kepada hanya penjawat awam.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembelian unit pangsapuri itu boleh melayari laman web www.pmo.gov.my — Bernama
melihat kepada syarat2 yang ditetapkan, ia menandakan YAB PM telah meluluskan permohonan YB Nong Chik ketika hari pelancarannya agar PR1MA di Presint 11 diberikan keutamaan kepada penjawat awam kumpulan sokongan. bagi rakan-rakan yang layak segeralah memohon. mana tahu rezeki setelah lama menanti untuk memiliki rumah sendiri. di putrajaya pula tu. kondusif untuk kehidupan berkeluarga.
BalasPadamsory cakap, syarat seperti org duduk dalam rimba...nampak sgt nak jaga kepentingan politik..
BalasPadamby anti-kapitalis
pendapatan isi rumah kasar yang tidak melebihi RM6,000 sebulan...alamak ..takkan sokongan je
BalasPadam"560 PANGSAPURI PRISENT 11 DIBUKA UNTUK TEMPAHAN"
BalasPadamJJOOOM MOHON..BEST APE
: DUK PUTRAJAYA.....
by CIK AIN BAIZHURAH PT N17.
boleh caya kea.. kot org umno jealah yg dpt tue.. buat syarat jealah tue..
BalasPadamaku xda pakcik/makcik yang menteri...sedara mara pun xda yang top2 post dlm government...agak2 leh dapat ka??
BalasPadamspt biasa, projek khas utk kroni, pastu utk ahli umno. 2 golongan ni yg selalu diutamakan dulu, baru PA dan org kampung.
BalasPadamala, mcm besa la. nnt2 jd mcm kami ni jugak la, keluarga mangsa tsunami kuala muda, puak kroni dan umno yg dpt dulu bantuan rumah walau xde kena mengena, yg lain tu bertahun baru dapat.
kesian.
isi rumah RM6000, Maknanya Purata gaji RM3000 untuk seorang.. Harapnye dapek kat orang yang gaji di luar paras kemiskinan utk menambah koleksi rumah-rumah mereka... bler- bler
BalasPadamkalau gaji tinggal rm500..setelah potong hutang sana sini...amacam boleh mohon tak????????
BalasPadamSyarat wajib memohon mestilah merupakan Pengundi Berdaftar di kawasan Putrajaya??? Nampak gaya, kakitangan kerajaan yang bekerja di Putrajaya tetapi menjadi Pengundi Berdaftar di kawasan lain memang tak ada peluang la ye..
BalasPadamKALAU GAJI TINGGAL RM6OO BOLE MOHON TAK..ALMAKLUM SAYA NI DARI KUMP SOKONGAN JE:(
BalasPadamitu projek lubang mampus kea..?
BalasPadamKalau gaji bawah RM 3,000.00 tu tak payah lee.. gigit kuku lagi baguih.. projek tu 'ikan besar' cuma boleh pakai 'umpan besar'. Kalau gaji takat RM3,000.00 'mancing' ikan puyu dalam 'parit' aja la.. Projek ni di buat utk tambah koleksi org yg gaji dah besar aje, laki bini kerja PnP. Dengar sedap, keutamaan kepada PA 'kumpulan sokongan'. Berapa kerat PA kump sokongan yg mampu.
BalasPadamkolong,bawah jambatan,bawah rel keretapi masih ada kosong beb..!! boleh duduk tue.. yang pak menteri, Yb,turus,jusca duduk rumah bertatah berlian & permata..
BalasPadamkeikhlasan dan kesucian hati para pemimpin UMNO usahlah dipertikai, hanya mereka sahajalah yang berkhidmat tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kesederhanaan mereka amat wajar dijadikan idola seluruh penjawat awam.
BalasPadamPemimpin UMNO rata2nya sangat merendah diri, mulia dan tawaduk. Mereka selalu mengikat perut demi memikirkan nasib rakyat. X mcm pemimpin pembangkang.
Salam..
BalasPadamYa betul Hj Musa (ehh..ni sttmt bodek ke, kenyataan..?)
ok lah.. berbalik pada projek pr1ma ni.. saya mmg sokong usaha kerajaan.. tapi syarat terakhir tu mcm xmasuk akal pn ader.. kene pengundi berdaftar di putrajaya..? kalau dah alamat luar Putrajaya mcm mana nk apply..? utk pengetahuan dorg.. org2 yg bekerja di Putrajaya ni (hampir 50%)kebanyaknnya tinggal di luar Putrajaya mcm Puchong, Dengkil, Sepang, Seremban, itu tak bgtau lg yg dok kt Selayang, Rawang dan seumpamanya lg..
Saya dah tanya SPR, mmg alamat mengundi xleh ikut tempat keje (di Putrajaya)sbb kene ikut alamat IC.. since 2002 dah kuat kuasa.. JADI PROGRAM NI UTK SIAPA SEBENARNYA..?
bile la org N17 mcm aku nih nak dpt beli rumah sendiri..gaji da tolak duit ptptn + bil2 semasa + keperluan harian...tinggal bape je..mengundi dlm kawasan putrajaya,tp keje di kedah..mcm xadil je syarat di nyatakan td..naya la org yg keje jauh dr kampung halaman mcm kami ni nak beli rumah di tempat kelahiran sendiri..kerajaan masih terlepas pandang lg soal ini..maklum la,org di atas da senang lenang dgn duit + kemudahan + keperluan yg depa dpt..mn nak rasa susah dah mcm kami di bawah nih..so tarak pengalaman le merasa susah mcm nih..
BalasPadam