Bernama
3/10/2011
KUANTAN, 3 Okt (Bernama) -- Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan tugas dan tanggungjawab penjawat awam bagi menjamin kesejahteraan negara.
Baginda bertitah pihak yang berbuat demikian hanya akan melambatkan pembangunan negara dan menyusahkan rakyat.
"Penjawat awam juga perlu komited kepada tugas mereka dalam menyokong aspirasi kerajaan yang memerintah," titah baginda ketika merasmikan Persidangan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ke-14 di sini Isnin.
Menurut baginda, semangat sayangkan negara perlu ada pada setiap penjawat awam supaya perkhidmatan awam akan menjadi lebih cekap dan berkesan.
Pengerusi persidangan, Tan Sri Jamaluddin Ahmad Damanhuri berkata, suruhanjaya-suruhanjaya perkhidmatan yang memikul tanggungjawab melaksanakan urusan pengambilan dan perkhidmatan, berusaha mencapai hasrat kerajaan untuk menarik lebih ramai pegawai kompeten dan berkepakaran bagi menjadikan perkhidmatan awam lebih kompetitif dan berdaya tahan selain mengatasi masalah penghijrahan cendiakawan dalam sektor itu.
Sebagai contoh, katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah melaksanakan kaedah pengambilan dikenali "My-Recruitment" yang memerlukan calon yang memohon jawatan melalui empat peringkat saringan iaitu tapisan awal, peperiksaan, pusat penilaian dan temuduga.
"Saya percaya suruhanjaya perkhidmatan yang lain juga telah memperkenalkan kaedah pengambilan yang lebih mantap dari semasa ke semasa," kata Jamaluddin.
Katanya, persidangan empat hari yang bertemakan "Perkhidmatan Awam Dinamik Pemacu Kecemerlangan" itu merupakan manifestasi komitmen Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan dengan membuat penyesuaian, pembaharuan dan kemajuan dengan tindakan realistik.

Kadang-kadang penjawat awam sendiri yang politikkan diri mereka mungkin sebagai menyahut seruan kerajaan mengalakkan golongan profeional menyertai politik.
BalasPadamSetuju atau tidak bila penjawat awam menyertai politik pembangkang adalah pengkianat kepada negara?
Bincangkan..
Setuju atau tidak bila penjawat awam menyertai politik pembangkang adalah pengkianat kepada negara?
BalasPadam**************************************
TIDAK SETUJU. Siapa kita pilih adalah hak kita. Bukan kah itu 'demokrasi'? Andainay PA yg memilih pembangkang dianggap pengkhianat maka memang SAH Malaysia dan kerajaan Malaysia sebenarnya TIDAK mengamalkan demokrasi...
Golongan pro menyertai politik pun banyak kekangan...wajib melepaskan jawatan dan pekerjaan jika hendak benar2 menceburkan diri dalam bidang politik.
Ada berlaku semasa pilihanraya Sarawak 2011, calon digugurkan dan calon parti satu lagi diisytihar menang tanpa bertanding kerana tidak melepaskan jawatan dalam jabatan.
Kita bersuara ada sebab. Andainya kerajaan benar2 adil dan saksama dalam memerintah negara sudah pasti semua PA berpuas hati dan tidak ada yang bising.
Menyertai politik@ parti politik adalah hak yang termaktub dalam Hak Asasi Dalam Perlembagaan Malaysia. Kakitangan awam adalah rakyat Malaysia. JPA tidak pernah melarang kakitangan awam menjadi ahli parti politik, termasuk parti pembangkang. Apa yang dituntut adalah taat dan setia kepada kerajaan semasa. Ini bermaksud wajib menjalankan dasar kerajaan semasa, bukan wajib taat dan setia kepada parti pemerintah. Harus diingat, perkhidmatan awam di bawah Badan Eksekutif.
BalasPadamSaya setuju dengan kenyataan di atas, iaitu sebagai penjawat awam kita hendaklah profesional dalam tugas dalam berurusan dengan pelanggan tanpa memihak kepada fahaman kiri atau kanan atau atas pagar. Kita sentiasa mengikut etika kerja penjawat awam seperti mana dalam Perintah Am, PKPA,Arahan Perkhidmatan dan lain-lain peraturan yang termaktub.
BalasPadamPA yang ikhlas seperti titah baginda Sultan Pahang ialah yang aktif dama UMNO sahaja. Baginda x mungkin x tahu bahawa sekian lama PA mmg selalu dikerah menjayakan program UMNO dan BN. Yang itu bukan politik ke namanya? Atau politik hanya bila berkait pembangkang sahaja?
BalasPadamSemangat sayangkan negara perlu ada pada setiap penjawat awam supaya perkhidmatan awam akan menjadi lebih cekap dan berkesan. Hanya PA yang ahli UMNO sahaja layak digelar sayangkan negara.
dalam komen2 ni pun dah berbauh politik.....soal kakitangan awam berpolitik ..i no.komen...tapi bab JANGAN POLITIKAN TUGAS PERKHIDMATAN AWAM..tafsiran contoh bagi sy...BAGI PEGAWAI YANG BERKUASA TERHADAP SESUATU KEPUTUSAN TENDER..JANGAN ADA CAMPUR TANGAN POLITIK YANG BOLEH MEMPENGARUHI KEPUTUSAN/TUGAS PEGAWAI TERSEBUT....SUPAYA TUGAS DIJALANKAN DENGAN TELUS..
BalasPadamHemat saya, semua PA adalah Jentera Perkhidmatan Awam. Perkara politik adalah perkara di dalam diri dan diterjemahkan semasa Pengundian.
BalasPadamTidak kira Partai mana memerentah .. semua PA perlu akur dgn DASAR yang ditetapkan untuk Sistem Penyampaian Khidmat Awam. Bukan DASAR Politik.
Semua PA perlu menghormati pihak Legislatif, Judiciary dan Eksekutif (PM, TPM, Menteri,Ketua Menteri, Menteri Besar, Menteri kabinet, EXCO) hatta Partai mana sekalipung ...
PA seharusnya (byrights)perlu sentiasa bersikap tidak memihak (neutral) dlm sistem Kepartian.
- ore bachok.
entahlah sekarang nie ramai penjawat awam aktif dalam umno sampai berlumba nak jadi alhi majlis daerah,ketua cawangan la ajk cawangan la macam2 la.
BalasPadamBUANG MASA SAHAJA.....YANG PENTING KITA MAHU UBAHKAN CALON-CALON YANG MEMENTING DIRI SENDIRI SAMADA BN ATAUPUN PAKATAN.ITU JA...KITA CUBA DAN LIHAT...TAK BAGUS TUKAR LAGI...ARAH LETAK JAWATAN/BUAT ADUAN SUDAH
BalasPadam