11 November 2011

GAJI, BONUS BOS PKNS DIPERTIKAI

Berita Harian
Oleh Rafidah Mat Ruzki dan
Mohd Azri Affendy Abdul Samat
2011/11/11




Kerajaan Selangor bayar lebih tinggi berbanding pendapatan diterima PM

SHAH ALAM: Gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun selain pembayaran RM7,000 kepada syarikat perunding bagi menyediakan teks ucapan pengurus besar, ditimbulkan pada perbahasan Bajet Selangor 2012.

Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) ketika membahaskan ucapan Bajet Selangor 2012, berkata beliau mempersoalkan pembayaran itu kerana badan berkanun berkenaan gagal membina kediaman mampu dimiliki rakyat Selangor yang kurang berkemampuan.
Beliau berkata, pembayaran gaji dan bonus itu seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan tidak terkawal berbanding prestasi PKNS.
“Berdasarkan perangkaan pada 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus berjumlah RM640,000 manakala pada 2010 pula menerima gaji dan bonus sebanyak RM760,000.

“Jumlah ini juga adalah jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sendiri,” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Pada masa ini, Pengurus Besar PKNS ialah Othman Omar.

Mohamad Satim berkata, sejak pentadbiran Selangor diambil alih pakatan pembangkang, tiada lagi projek rumah kos rendah dan mampu milik dibina untuk rakyat, sebaliknya PKNS membina perumahan mewah.
“Dalam tempoh tiga tahun tujuh bulan dan di bawah pentadbiran Pengurus Besar baru, berapakah jumlah rumah mampu milik terutama rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana yang dibina oleh PKNS berbanding dengan pencapaian 2006, 2007 dan 2008.

“Yang jelas, projek Mega Datum Jelatek, Pusat Bandar Keramat menawarkan rumah paling rendah harganya ialah RM600,000 seunit, yang berada di luar kemampuan majoriti pemilik asal yang diberikan pampasan hanya RM250,000.

“Begitu juga projek Mega Sports City SS7, Kelana Jaya; Aquivilla Seksyen 7, Shah Alam; Western Digital, SSB Kelana Jaya; PJCC, SS 19 Subang Jaya dan banyak lagi projek mega PKNS,” katanya.

Beliau berkata, ketika BN memerintah negeri ini, pelbagai projek kos rendah dan sederhana dilaksanakan selaras dengan objektif PKNS untuk mewujudkan keseimbangan sosial.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri sekarang tidak melaksanakan perkara itu.

Mohamad Satim turut mengimbas kembali kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Bajet Selangor 2009 yang menyatakan kerajaan negeri tidak lagi membenarkan projek hartanah secara usaha sama dan penswastaan, selain mengarahkan PKNS menghentikan projek penswastaan serta merta.

Bagaimanapun, katanya walaupun arahan dikeluarkan, PKNS masih meneruskan projek penswastaan dan menjalankan usaha sama hartanah seperti projek Science Park 2, membabitkan kawasan seluas 8.8 hektar.

56 ulasan:

  1. Dulu masa BN perintah kenapa tidak pertikai sekarang bila jadi pembangkang lain pulak.
    Bantuan RM100 mula diagih tak tunggu budget lulus pun tapi pekeliling SBPA nak tunggu budget lulus. Ape hal ni, mintak ahli parlimen suara la sikit.

    BalasPadam
  2. Tak patut. Spatutnya gaji lebih kecik dari PM. PM sendiri gaji lebih kecik dari Dato Omar

    BalasPadam
  3. politik2..rosak dah cuepacs ni..

    BalasPadam
  4. dah lah tak yah lah korang bising2..kerajaan UMNO dah banyak berkorban untuk PA..UMNO the best..kalau korang bangkang baik korang bela lembu..kaya lagi.jgn jadi PA.

    BalasPadam
  5. memang CUPAK dah rosak... ingat rakyat Malaysia ni buta ka.... CUPAK takyah nak masuk main politik mengampu PM lah... cuba tengok gaji pengurus GLC kerajaan Federal... lagi besar dari Bos PKNS... cari sendirilah CEO Felda, CEO TNB dan mcm2 lagilah CEO GLC lain... semua nyer BERGANDA-GANDA BERBANDING GAJI PM kita... tu takda lak nak sebut... hahahahahaha... lawak permainan CUPAK ni.... jgn masuk campur HAL POLITIK kalau BUTA FAKTA....

    BalasPadam
  6. biar betul presiden cuepacs dan pencacai-pencacainya.. ini blok cuepacs, tempat PA memberi pandangan dan cadangan bukannya politik.. apa hal kau org nie, pengampu dan penjilat betullah kau org..itulah kami dah cakap gantikan dgn org muda-muda taklah nyanyuk mcm nie.. sepatutnya cuepacs membela PA gred 1-36 yg dah lama tak naik-naik pangkat, memendekkan time based, gaji penuh berlajar sepenuh masa, mendapat rawatan pakar setahun sekali, kenaikan gaji, elaun-elaun, keselesaan tempat kerja dan sebagainya.. itu sepatutnya difikirkan.. kau org gi masuk bertanding PRU-13 nie.. jom 1.2 juta PA kita tukarkan presiden cuepacs dan pencaicai-pencaicainya, jom berubah..!!

    BalasPadam
  7. aku sbnarnya berkecuali..tp bila dh kopek ni nk mainkan isu politik makin menyampahh dgn puak yg diampu oleh kopeks ni..apa la nk jd dgn kopeks..rosak habis dah..haru biru dh..agak2 la ni zaman internet org skrg bkn senang nk perbodohkan dgn cerita2 camtu..biala masukkan story yg neutral..n kembali kpda perjuangan asal penubuhan kopeks utk membeli nasib PA..xperlu la menjadi jaguh politik br..ni bkn gelanggang politik..

    BalasPadam
  8. apa lagi .. BPR .. siasat la semua orang..

    BalasPadam
  9. ni la lembu2 pr..msh nk slhkn bn atas sume yg berlaku..nk slhkn ceupacs la..umno la..oi lembu2 yg bongok..cube korng bandingkn gj bos pkns ni ms zaman bn dgn skrng..byk jauh beza...ni nk bndingkn dgn gj glc2 fed gov plak..nk wt perbndingn tu kne la epal to epal...gj n bonus bos pkns ms bn n gj bos pkns ms pr..dhla sewa2 kedai bangunan pkns dinaikkn..aset2 dijual..ape mslh sbrnya ni..ni msti sbb punahsihat ekonomi selngor yg bergj rm1 bg nasihat slh ni..hahaha..

    BalasPadam
  10. BODOH PUNYA CUEPACS!!!!!!...ADMIN BLOG NIE TLG LETAK JAWATAN UTK BERTANDING DLM PILIHANRAYA AKAN DATANG...NAK MASUK POLITIK SGT!!!BANGANG!!!...DATO' OMAR...X KAN DIAM JE KOT!!!...KE DATO' X PERNAH JENGUK BLOG NIE?????

    BalasPadam
  11. hahahaha...mrh gile balaci2 pr psl isu2 salahlaku KERAjaan pr disiarkan..rilek la bro..br la telus..kate nk telus..hahahahaha..isu tu pon melibatkn kepentingn rkyt gak..rkyt sel mcm aku ni..so nk mrh2 nape..elok la disiarkn..xdela korng slalu bc n percya malaysiakuno,haramkah n suara keldaian je..hehehe..br terbkk skit minda korng.

    BalasPadam
  12. ada gak otak kecut pencacai umngokk dlm ni rupanya..kalo otak dh kecuk smpai mati la kena tipu..hihihi..sian aku tgk..

    BalasPadam
  13. KENAPA BANYAK MUDA-MUDI ZAMAN SEKARANG NI SOKONG PAS & PKR YAHH??? RASA SEDIH LAH AKU SEBAGAI ORANG LAMA UMNO...APAKAH KERANA KESILAPAN SEDIKIT RASUAH YANG BERLAKU..MEREKA TERUS MEMBENCI KAMI..

    BalasPadam
  14. aku PA yg terhormat bukan Yang Berhormat.
    Usah masuk hal politik dlm Cupec. Mamak Omar ngko mesti bertanggongjawab.
    Memalukan. PA sepatutnya Neutral dan berkecuali di setiap masa. PA hanya akur kpd kerajaan yg berkuasa , tak kira Partai mana!
    Ni ngko Mamak Omar, dah masuk Cupec dlm hal Politik .... baik ngko Omar letak jawatan.
    Haprak ...

    BalasPadam
  15. Gaji PM Ckit tapi depa dok habaq bini PM beli belah mcm2 hatta cincin pun juta....Betul ke? Cuepacs politik haaaa

    BalasPadam
  16. jangan hanya link dengan laporan yg belun ada kesahihannya... ada fakta selia kemukan, baru rakyat boleh terima, sertakan payslipnya sekali. buat contoh macam diorang dedahkan isu penyelewengan peruntukan LEMBU NASIONAL. ada bukti ada gambar, LEMBU DAH DUDUK KAT KONDO, itu baru fakta... CUEPACS JANGAN BTERJUN dalam politik murahan...

    BalasPadam
  17. KJ pun dah ngaku guna duit beli kondo untul lembu-lembu UMNO tinggal.
    Mana pergi SPRM ni sonyap je. Presiden KOPEKS kaki bodek nombor wahid apa komen.

    BalasPadam
  18. DARIPADA DUDUK KUTUK SESAMA SENIRI SAYA NAK CADANGKAN CEUPACS PERJUANGKAN ISU YANG PALING PENTNG IAITU .....
    MINTA DIPERTIMBANGKAN AGAR KERJA SEPARUH HARI ATAU CUTI PADA JUMAAT SPT DI KELANTAN SUPAYA UMAT ISLAM DAPAT SEMBAHYANG JUMAAT TANPA GOPOH DAN TERKEJAR KEJAR.
    CADANG TAK PAYAH MASUK KERJA SEMULA SELEPAS 2 45 PETANG.
    LAGIPUN BAGI PA YANG NAK PERGI KE MANA MANA DESTINASI UNTUK MANFAAT MASA CUTI SABTU DAN AHAD,JIKA PULANG JAM 5 PADA HARI JUMAAT, MASA YANG ADA TERLALU SUNTUK UNTUK MEMULAKAN PERJALANAN.
    LAGIPUN CUTI TAHUN PA LANTIKAN 2009KEATAS TELAH DIKURANGKAN.APA KATA KALAU DI TIMBAL BALIK DENGAN KURANGKAN MASA KERJA PADA HARI JUMAAT.
    KALAU BERKIRA SESANGAT...TAMBAHLAH MASA KERJA HARI BIASA ISNIN SAMPAI KHAMIS TU.
    HARAP DATO DAPAT PERJUANGKAN ISU INI.BESAR MANFAAT UNTUK AGAMA DAN AKTIVITI SOSIAL PA.

    BalasPadam
  19. saya amewakili seluruh N22 Persekutuan menafikan bahawa adanya kalangan penjawat awam muda yg menyokong pembangkang. DI kebanyakan jabatan dan kementerian, sokongan PA terutama yg muda dan berpelajaran kepada BN adalah didalam keadaan kukuh, dijangka hanya 10% sokongan kepada pembangkangh, 20% atas pagar dan 70% PA menyokong penuh kepimpinan Dato Sri Najib dan Datin Sri.

    Tidak timbul kononnya ada PA yg menyokong pembangkang sedangkan tujuan menyertai PA ialah untuk berkhidmat bersama Umno demi rakyat

    BalasPadam
  20. sokongan pa kpda bn kukuh??tggu jerla pru13..bkn nk ckp besar..kalo ikutkan golongan muda yg paling ramai celik komputer yg intenet 24jam..yg selalu dpt info dlm intenet..golongan ni yg bakal membawa perubahan yg besar dlm landskap politik tanahair nanti..tggu dan lihat..suara rakyat suara keramat..suara rakyat golngan muda lgla ramai yg bakal merubah 100% politik nanti..jika suara rintihan mereka tidak didengari,diendah..

    BalasPadam
  21. btl tu utk menyedapkan hati ckpla apa saja..sokongan kuat la..apa la..tp dlm hati sapa yg tahu hati dh bengkak..perubahan akan berlaku..ada gak ckp rasuah sket..huhuhuhu..bukak mata..jgn dikaburi dgn mediamassa..intenet di hujung jari..

    BalasPadam
  22. awal2 lg aku dh nampak isu ni..bkn isu nk membela PA tp isu nk menjadi jaguh..dh rosak..dh lari dr perjuangan asal..please kembali la pd perjuangan asal..blh jer nk menegakkan sesuatu isu or nk highlight tp xperlukan smpai nk jd jaguh..nmpak sgt cuepacs ni dh nk sokong parti tertentu sahaja..pttnya berkecuali..tu la bila dh xder kekuatan dlm kepimpinan or mmg dasar cuepacs kena sokong parti tertentu??

    BalasPadam
  23. CIK NAK SOLAT SEMPURNA...bila ms nk perjuangan isu2 yg lain bila dh sibuk nk joint berpolitik sama..

    BalasPadam
  24. PA2 semua kena faham cupek kena balas jasa najib sebab bagi 2 juta untuk pengurusan. Takkan tak berteruma kasihkan..

    BalasPadam
  25. MERBAHAYA SITUASI BN SEKARANG NI..MCM2 ISU MENJADI PERHATIAN RAKYAT....LEMBULAH..KONDOLAH...ITULAH SELEWENG..INILAH SELEWENG...ENTAHLAH TERPULANG RAKYAT YANG MENILAI..GUA TAK NAK TAHU...PANDAI2 AHLI BN JANGAN SYOK SENDIRI....PENING NENGOK..TIME UNDI RAHSIA PERIBADI MASING2

    BalasPadam
  26. usah bimbang, aku PA di kelate sokong BN. aku dah muak dgn pas -parti suka cakap -kerja rancang utk faedah parti dan puok dia saja -parti suka ngata orang -dia sorang jer maksum. -parti yg masih jumud dgn pemikiran seolah dia parti pembangkang -sdgkan dia parti memerentah di kelate. aku dah muakkk.
    aku pun silap dulu -pangkah pas. skrg -maaf aku tak akan buat silap lagi.
    (PRESIDEN OMAR SUKA BACA NOTA INI)

    BalasPadam
  27. sokong jumaat separuh haiAhad, November 13, 2011 4:17:00 PTG

    sETUJU SANGAT DENGAN NAK SOLAT SEMPURNA

    betulllll....ramai PA yang pergi sembahyang jumaat dalam keadaan tergopoh gapah.
    lagipun ....ramai PA yang dah mula tak produktif bila masuk semula selepas 2 45.Fikiran dok tunggu nak cuti je.
    Kalau cadangan ini dilaksanakan,besar manfaat kepada kepimpinan negara.Menampakkan kepimpinan kita ambil berat soal solat kakitangan awam.Lagipun PM kita baru pulang dari mengerjakan haji.
    Moga cadangan ini dapat dilaksanakan.
    harap Datuk Presiden dapat ketengahkan idea ini.
    Pasti sokongan PA pada Kerajaan akan meningkat jika cadangan ini dilaksanakan.
    Inilah masa yang sesuai bagi PM kita ambil hati rakyat,apa lagi bila melibatkan solat.

    BalasPadam
  28. jika jumaat cuti di kl, maknanya kelate, ganu, kedah cuti juga hari ahad ... jalan mudah utk exit policy.

    baiknya pencen PA dipendekkan hingga umur 50-55 tahun.

    rakyat mau tenaga segar, berkualiti dan masih utuh / kompetensi utk melaksanakan tugas.

    Skrg .. ramai PA yg dah nyanyuk ... berada di dlm ofis (P&P., sokongan). Ramai juga yg pemalas tetapi bergaji MAHAL. Exit Policy utk mereka.

    BalasPadam
  29. gaji bos GLC yang lain lagilah tersangatnya tinggiiii dari PM..tak bising pun...

    BalasPadam
  30. Only fools can be hooked. Why fuming over high paid CEO? Never u heard the compensation figures can reach tens of millions of bucks? Even d US president is put to shame if d digits count. Wake up dudes….! Or u said PM is d highest pay out figure in d country? Better quit ur PA status la…..bloder!
    For ur info….this guys get their package reward includes base salary, perks, cash bonuses, equity and other fringe benefits relied solely on d companies’ funds. d bigger a company drive in income d better is d imbursement for d man who responsible for d performance. Otherwise he ‘ll be kicked out.They r not d taxpayers money. On d other word…u r managing a I billion capital…so cant u get 1 per cent out of it? This how d private sector conception is all about - pay for performance. So why hassle bustle about it?

    BalasPadam
  31. saya amat bersetuju dengan kata2 Khairy Jamaluddin, YB Ketua Pemuda UMNO, bahawa semasa AUKU ramai siswa ingin menyertai UMNO tetapi terhalang. Cuepacs diminta bersama2 Pemuda UMNO memertabatkan hak2 PA untuk sertai UMNO juga.

    perjuangan kenaikan semua PT ke N41 juga masih menemui jalan buntu. kami berdiri bersama Cuepacs dan UMNO meminta kerajaan supaya segera melaksanakan opsyen ini. Agar semua PA bangga memiliki PT yg profesional gred 41, dan menambahkan motivasi PA untuk menundi BN menjelang PRU nanti

    BalasPadam
  32. umno boleh kalah....percayalah

    BalasPadam
  33. tolong semak betul-betul gaji dan elaun PM berapa Bahagian kewangan pejabat PM tahu berapa puluh ribu PM dapat setiap bulan

    BalasPadam
  34. takyah lah nak cerita pasal gaji PM.. semua dapat FREE... gaji tak payah sentuh pun, elaun tinggi melambung... minyak tak yah bayar... kereta takyah beli... toll free... naik kapal trobang pun FREE... dok hotel 10 BINTANG pun FREE... rumah dapat FREE... dan mcm2 yg FREE lah.... cuba korg kira yg TANG FREE tu berapa jumlah nyer than bahagikan dgn jumlah tahun perkhidmatan dia sebagai PM (tak masuk masa DSNR jadi menteri lain)... PLUS bissness family dia dapat dr kontrak kerajaan... baru korg tahu berapa GAJI SEBENAR PM... lawak nor masih ada yg BUTA pasal benda ni...

    CUPAK jgn libatkan diri dalam POLITIK... nanti merana badan.... siapa kata PA ni 80% sokong BN... cuba buat semakan berkecuali.... baru tahu kan....

    BalasPadam
  35. Mengapa SBPA ni kena lulus parlimen lama sgt walhal dah diumum oleh PM. Mengapa bonum setengah bulan kali k2 ni belum ade hitam putihnya....tak faham la ckp bkn main lg kt tv ade peruntukan tu peruntukan ini utk projek tu projek ni...tp yg diumum 2 perkara ni tak pulak ade bunyinye lgi....cam ne pengurusan org atasan ni..

    BalasPadam
  36. pengkhianat islam mcm anwar ibrahim(islam liberal) n konco2nya yg mndapat tajaan n sokongn kewangan yahudi2 zionis pasti akn dikalahkn..aminnnnn..gelombang rakyat kluar pkr,pas n dap semakin banyak..alhamdulillah..

    BalasPadam
  37. ha..!!ha..!! kelakarnya.. kartun la lu..!!

    BalasPadam
  38. hakikat dan kenyataan ada .. PA (rakyat juga) dah muak dgn kartun pembangkang ... kartun al-j*buri.

    BalasPadam
  39. anti islam liberal bawaan anwarIsnin, November 14, 2011 3:31:00 PTG

    gay2,lesbian nk dapatkn hak samarata pon anwar blh skong..mmg bapak islam liberal btul nuar ni..ni la die agenda2 yahudi..berselindung di sebalik hak asasi..org mcm ni pon rmai lg manusia skong..hairan btul

    BalasPadam
  40. projek mega najib lagi banyak masyuk....

    BalasPadam
  41. setakat kelas f, jgn mimpi la.. kroni boleh la bro..!!

    BalasPadam
  42. tunjuk sana tunjuk sini..
    masing2 dengki..
    yg menangguk juga yg dapat laba

    BalasPadam
  43. ambik ni aku bagi kad merah semua dapat sorang satu sebab semua foul!! mulut foul..hati foul..otak foul..perangai foul puiihh

    BalasPadam
  44. kad merah utk copec yg dah bangang jual penjawat awam.. copec pun nak di lelong.. pttuuiihh.

    BalasPadam
  45. SEBUK BETUL LAA..PEKUNG ORANG NAMPAK...PEKUNG SENDIRI COVER LINE..PIIIIRAAAAAHHHH

    BalasPadam
  46. Itulah dia............bila sudah dapat memerintah walaupun cuma 3 tahun ajer. Kalau bagi 50 tahun memerintah tak tahu ler........apa nak jadi.

    BalasPadam
  47. Rakyat Selangor patut turunkan kerajaan yang menjaga golongan Kaya sahaja tanpa memperdulikan rakyat yang kurang mampu ini.

    BalasPadam
  48. TQVM Kerajaan Selangor kerana memberi peluang kami memiliki Rumah Mewah. Kita olang mana mahu rumah murah, banyak kecil dan panas. Hanya Melayu sahaja yang mampu membeli rumah murah. Tqvm Tan Sri Menteri Besar. I Love you.

    BalasPadam
  49. kenapa sekarang ini ramai sangat yang tidak tahu menghormati kerajaan sedia ada.Apa yang kerajaan dah buat sampai ada yang nak minta tukar kerajaan la apa la....
    Dari sekolah rendah, kita diberi bantuan,nak buat niaga diberi modal,hinggakan bila sakitpun PM ada pergi ziarah..masih tak cukupkah lagi kebaikan Kerajaan kita.
    jADILAH PA yang tahu bersyukur,...Kalau kita syukur Kerajaan bagi kita lebih lagi.
    Cuba baca utusan,tengok TV3,barulah hati terbuka untuk melihat kebenaran.
    Bersyukurlah.Wajid bagi rakyat menyokong pemerintah yang adil dan tidak berlaku zalim.
    Tentang kronisme dan bermewah mewah atau tuduhan salah guna dana adalah tidak relevan kerana siapapun kalau diberi kuasa akan ambil kesempatan tersebut.itu adalah sifat semulajadi manusia.
    Hidup UMNO.hidup BN,1 Malaysia..
    Kami berdiri teguh dibelakang Dato Najib dan Datin Rosmah Mansur yang begitu perihatain dengan rakyat.
    Walau hancur kepala saya diketuk supaya sokong pembangkang saya akan tetap sebut Hidup UMNO dan BN.
    kENAPA RAMAI YANG TAK BERSYUKUR DAN SOKONG PEMBANGKANG YANG PENUH RETORIK DAN TIPU MUSLIHAT.

    BalasPadam
  50. tq...umno kerana membangunkan projek lembuh dan siap dapat pinjaman juta2 lagi...lepas ni bolehlah beli lembughini

    BalasPadam
  51. Elaun Pesden Kupek Pak Oma pun lebih tinggi dari KSU.

    BalasPadam
  52. siapa yang retorik sebanarnya....pengundi kelaparan..projek berjuta2 hilang kemana...kalau telus..napa setiap tahun ade je laporan yg tak kena....susah sangatkah nak mentadbir ...susah sangatkah nak urus secara ikhlas...jawablah dengan hati yg mengigati di alam barzak...
    perlu ingat biarpun anda berdoa seribu tahun tidak dihapuskan dosa benda2 yang haram anda makan.

    sama-sama kita mengigati..bukan hanya mementingkan diri

    BalasPadam
  53. ramai rakyat kedah dan kelantan menderita kelaparan, kemiskinan dan kebuluran akibat pemerintahan PAS. Mari kita nyahkan PAS, ganti dengan BN semula yg nyata pemimpinnya sanggup mengikat perut demi rakyat.

    BalasPadam
  54. ramai rakyat kedah dan kelantan menderita kelaparan, kemiskinan dan kebuluran akibat pemerintahan PAS. Mari kita nyahkan PAS, ganti dengan BN semula yg nyata pemimpinnya sanggup mengikat perut demi rakyat.

    Selasa, November 15, 2011 9:25:00 AM

    HAHAHAHAHAHAHA.....!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  55. hahaha org kelantan kebuluran kahkah..lawak apa ni awe weiiiii..alahai sayang..ore kelate beras mesia pun tak mkn.mkn beras siam gred A lg awe weiiii..bia sedar bila berkecek tu..turun sekali kelantan br tau reality..

    BalasPadam