10 November 2011

HASRAT DAP KURANGKAN PENJAWAT AWAM TIDAK WAJAR

Sinar Harian
November 10, 2011



Abdul Jalil Yang

LUMUT - Hasrat DAP untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara adalah satu tindakan tidak wajar dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan penjawat awam.

Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Negeri Perak, Abdul Jalil Yang berkata, pihaknya mahu cadangan itu ditentang habis-habisan oleh semua penjawat awam.

Menurutnya, selama ini Cuepacs sentiasa memperjuangkan nasib dan kebajikan semua penjawat awam di seluruh negara.

“Jika kakitangan sedia ada pun mereka (DAP) mahu kurangkan bilangannya, bagaimana pula nasib kakitangan kontrak seramai 20,000 hingga 30,000 dalam pelbagai jabatan kerajaan.

“Sedangkan Cuepacs berjuang habis-habisan mendesak kerajaan untuk menyerap mereka sebagai kakitangan tetap dalam perkhidmatan awam,” katanya selepas Majlis Perasmian Kesatuan Sekerja Kumpulan Sokongan Jabatan Perikanan Semenanjung Malaysia (KSKSJPSM) di Pusat Pengembangan Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan.

Hadir sama, Presiden Kesatuan Sekerja Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Perak, Jamaluddin Majid dan Pengerusi Penaja KSKSJPSM, Mazlan Ali.

Sementara itu, Jamaluddin berkata, hasrat tersebut sebenarnya menunjukkan niat tidak baik parti berkenaan selain menunjukkan hasrat sebenar mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Belum lagi mereka (DAP) memegang kuasa memerintah negara dan nak buat macam-macam cadangan yang nyata sekali mampu menggusarkan ramai pihak, inilah sikap sebenar mereka.

“Kita boleh lihat, mereka mempunyai agenda mereka tersendiri dan seolah-olah terdapat unsur perkauman kerana hampir 80 peratus penjawat awam terdiri dalam kalangan Bumiputera,” katanya.

Tambah Jamaluddin lagi, isu tersebut diharap dapat membuka mata segelintir penjawat awam yang selamanya ini terpengaruh dengan pelbagai tohmahan pembangkang sekali gus menjadi penyokong tegar pembangkang.

24 ulasan:

  1. CUEPACS!!!!...sudah2 lah tue...jgn masuk dalam politik...klu nk membela PA sekali pun tgk kpd realiti jugak!!!...ada stgh Jab/Bhgn/Unit mmg perlu dikurangkan..itu realiti...stkt buat kerja 1/2 jam lepas tue bersembang x guna jgk...bukan buang...cuma restructure balik...TOLOL BETUL LAH!!!

    BalasPadam
  2. cuepacs dah terikut2 mainan politik ni...jadi hero sebelah pihak saja nnt...sama ada cuepacs bias kepada kerajaan atau pembangkang....mohon kerjasama cuepacs supaya bijak membuat statement...statment cuepacs akan menzahirkan pendirian anda...hahha....sah2 cuepacs pro kerajaan....ya dak.?

    BalasPadam
  3. CUEPACS JGN ASYIK NAK BERPOLITIK..USAHAKAN LAH KENAIKAN SKIM JURUTEKNIK YG DAH LAMA TERTANGGUH LEBIH 20 TAHUN TU...NI TIDAK KECOH DGN POLITIK..

    BalasPadam
  4. sepatutnya jangan dilemparkan dengan ceupacs sebegini kerana mereka telah bekerja keras, tetapi itu bukan perkara pokoknya...

    BalasPadam
  5. bukankah itu sama dgn "EXIT POLICY" yang diwar-warkan oleh kerajaan?...

    BalasPadam
  6. Kalaulah kerajaan sekarang betul betul prihatin terhadap kakitangan PA kontrak, BAGAIMANA bilangan ini boleh bertambah sehingga 20,000 - 30,000 orang.

    NYATA SEKALI masalah ini telah berlarutan sekian lama, berpuluh-puluh tahun TANPA ada sebarang tindakan.

    Sekarang baru saja nak tunjuk prihatin... KONON !

    BalasPadam
  7. kenapa CUTI TAMPA REKOD untuk mengiringi pesakit ditiadakan...kejam betul kerajaan dengan PA.... untuk pengatahuan Cuepacs kalau kamu hidup di Sarawak & Sabah untuk berjumpa doktor pakar kamu perlukan 2 hari perjalanan, maka saya terpaksa cuti rehat 2 hari setiap kali mengiringi isteri saya berjumpa doktor pakar kalau setahun 10 kali habislah cuti rehat saya.... konon PR kejam...sendiri lagi kejam....

    BalasPadam
  8. bagus jugak DPA timbulkan perkara ni supaya kerajaan sedia ada tak kurangkan jumlah PA... ingat kami ni BUTA ke apa yg kerajaan sekarang nak buat... pembekuan penjawatan baru atas alasan perlaksanaan SBPA... tahun depan berapa banyak jawatan sedia ada akan di"JUMUT"kan??? berapa banyak jabatan yg akan di"HENTI"kan perkhidmatan??? ni maklumat yg saya dapat dari rakan di JPA gak... banyak pejabat cawangan terutamanya di Sabah dan Sarawak akan di TUTUP untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan (untuk makluman BHG PENCEN JPA SARAWAK akan ditutup bermula 31 Disember atas alasan semua urusan boleh ONLINE)... ingat SARAWAK ni semua tempat ada coverage jalur lebar ke????? jawatan yg tidak diisi sehingga 31 Disember 2011 akan di "JUMUT" kan... DAP saja je timbulkan isu ni sbb nak kerajaan BN tarik balik cadangan yang mereka dah RANCANG tahun ni.... BANYAK ANTARA KITA YG BUTA SAMPAI TAK NAMPAK TUJUAN PEMBANGKANG TIMBULKAN SESUATU ISU.... ni CUPAK tak kaji ke???? Lawak betullah mengaku 80% permintaan dia org di"LULUS"kan kerajaan... yg aku nampak, CUPAK kena tipu....

    BalasPadam
  9. penjawat awam 27 berkata...

    aku stuju dengan ko....segala macam kemudahan PA nak ditarik balik.... tapi Cupak diam je sebab buat2 bodoh ditipu.... yang nak mengecilkan PA adalah kerajaan sekalang la..... TQ pada DAP kerana menimbulkan perkara ni... kalau tidak entah apa lagi yg nak dikurangkan .....kalau ko hidup di kawasan ulu2 sarawak & sabah baru ko tau.... dulu ada seorang dari malaya hari ni dia buat taklimat di Song sarawak & esok dia nak buat di Lawas....lansung tak tau geografi malaysia.....

    BalasPadam
  10. YESSSSS! krjaan yg sedang memrintah sekarang telah mengurangkan jumlah kakitangan awam dgn cara, tidak menggantikan tempat yang dikosongkan kerana berpencen dan berhenti. Tiada kenaikan oangkat dan tiada perlantikan baru...

    sibuk2 pasal sorg DAP tu apasal, dia baru cakap je, blum buat pun, kerajaan skrg SUDAH MELAKUKANNYA DAN AKAN TERUS MELAKUKANNYA. Siapa yg lebih kejam????

    BalasPadam
  11. Najib kata jangan buat silap. Kumpul gaji dulu banyak2 baru pilihanraya. Ada setahun lebih lagi. Tapi siapa dah buat silap. SBPA (tang naik gaji tu ok)bakal menjatuhkan BN!!

    BalasPadam
  12. PM sendiri berkata dlm diri PA kena ada nilai tambah jd x mustahil akan dtg PA akan di kurangkan,dan pada 80an Tun mahatir pernah memetik utk mengurangkan penjawat awam dr 800k ke 500k.

    BalasPadam
  13. kami bukan nak kutuk kerajaan BN ni tapi isu sebenar dia org sorok... CUPAK ni yg BUTA... tak nampak apa yg berlaku sebenarnya... aku bukan sokong DAP sgt pun tapi ini reality... aku selalu dengar org SWASTA kutuk kita yg kerja GOMEN ni makan gaji buta... dan reality nyer ada kebenaran... tapi tak kurang banyak nyer yg kerja keras siang dan malam... nanti pekeliling SBPA keluar, baru korg nampak siapa yg nak kurangkan org GOMEN... aku dah dapat sebahagian isi nyer... gula2 dia bagi naik gaji... syarat nyer dikatakan rahsia...

    1) Kena terima umur persaraan wajib 60 tahun baru boleh dapat kenaikan gaji. (siapa yg untung???)
    2) Boleh bersara pilihan awal TAPI pencen hanya akan mula dibayar pada umur 60 tahun. Tak kiralah walaupun kita dah berkhidmat lebih dr 25 tahun (siapa yang untung???)
    3) Mana2 PA yg mempunyai prestasi SKT / LNPT rendah bawah 50% akan di VSS aka kena buang kerja (sama mcm yg DAP nak buat)
    4) Mana2 PA yg nak berhenti awal, DIGALAKKAN tanpa dikenakan sebarang syarat. (siapa yg naklah)

    Matlamat utama adalah memperkasakan penggunaan teknologi IT aka PERKHIDMATAN ONLINE menggantikan tenaga kerja manusia aka manual... mengurangkan sejumlah 100 ribu aka buang PA menjelang tahun 2015... ada banyak lagi....

    GTP: kerajaan akan restructure balik penjawatan dengan merger beberapa jabatan / agensi / bahagian / kementerian yg berkaitan @ mempunyai fungsi yg hampir sama... contoh APMM adalah gabungan Jbt. Laut, Polis Marin, Jbt Ikan dan yg berkaitan (sekarang ni dalam peringkat percubaan). Jika projek @ experimen ke atas APMM berjaya, maka akan dipanjangkan utk Jabatan yg lain....

    hat ni CUPAK tak tahu kan... hehehehehehehe... lawak nor suruh kita boykot MAKAN AYAM..... tak kan tu je kot....

    BalasPadam
  14. sebelum kerajaan buang kita..ape kata kita buang kerajaan BN dulu PRU-13 nie.. semua org besar-besar BN kecut perut, ada yg nak terberak dan terkencing.. ha..!!ha..!! cepatlah sikit PRU-13 beb.. kami anak-anak muda yg ada ijazah dan master dah 6-7 tahun tak dpt jawatan gred A dan gred 1-36 tiada perubahan.. tunggu masa jea nak benamkan kau org.. jom 1.2 juta PA kita berubah..!!

    BalasPadam
  15. Tentanglah habis2an DAP tu tapi bila kerajaan BN (kerajaan kitalah) yg buat kat kita mcm tu, kita nak cakap mcm man lak?????? tengoklah nanti pekeliling SBPA ni keluar... jgn BUAT-BUAT terkejut dan MENDIAMKAN DIRI SERIBU BAHASA lak nanti k....

    BalasPadam
  16. Jangan Cepat Melatah Cuepacs. Seolah-olah cuepacs dah tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Jangan masuk perangkap politik.

    BalasPadam
  17. kami tengok dalam gambar tue, org tua-tua dah nak mampooss..!! masih ada hati nak buat kenyataan.. tua nak mampos, tak sedar malaikat maut tengah perhatikan kau org..

    BalasPadam
  18. Gini ajelah .. sblm dibuat PRU 13, mintak Cupec buat Mesy. Agung Khas utk pemilihan smula Jawatankuasa Tertinggi Cupec.
    PA minta mandat baru utk pemilihan Pemimpin Cupec. Yg ada skrg kami undi tak percaya.
    Baiik ngko orang letak jwtn ramai2. Kami dah tak caya kamu.
    PA MEMERLUKAN KEPIMPINAN BARU DPD GOLONGAN MUDA.

    BalasPadam
  19. SBPA:
    1. kita perlu trima syarat pencen umur 60 utk dpt kenaikan gaji? betul ke ni bro.?
    - harap tak sama spt lawak kempen makan ayam !

    Presiden Cuepacs bleh tolong ulas ... ke kamu nak lawak mintak kami boikot makan ayam lagi ....

    BalasPadam
  20. penjawat awam 27 SarawakSabtu, November 12, 2011 8:36:00 PG

    SBPA:

    1) Kena paksa terima pencen wajib 60 tahun... ni betul lah kita tunggu dan lihat masa pekeliling keluar... kan ni YB Dato kita perjuangkan sbb dia kata ada PA yg pencen, hutang masih banyak (siapa suruh hutang???)...

    ala, mesti org lama ingat kan masa tukar sistem saraan lama dulu mesti pilih bersara wajib 58 tahun... aiya... sudah lupa ka... nilah pendekatan yg sama digunakan....

    BalasPadam
  21. Hasrat DAP adalah tindakan songsang. Jadi rakyat Malaysia yang lain kerja dimana khususnya graduan yang akan keluar nanti...Bodoh....

    D = Dajal, Dayus
    A = Angkuh, Anti Pekerja
    P = Penipu, Pembohong

    Ayuh kalahkan DAP..hidup PBS/UPKO

    BalasPadam
  22. ape kau merapu beb..!! ini blog cuepacs.. bukannya blok politik..!! boleh blaaah lu beb..!!

    BalasPadam
  23. saya amat sokong cadangan DAP utk mengurangkan kakitangan awam khususnya yg tidak komited dgn kerja..asyik2 bila ke jabatan kerajaan berurusan..keluar minum kopi lah,ini satu contoh...mcm2 lagi kerenah...takkan lah makan gaji buta saja..sia2 saja duit kerajaan..saya amat bersetuju 100%

    BalasPadam