15 November 2011

KADAR GAJI MINIMUM DIKEMUKA KEPADA KERAJAAN HUJUNG TAHUN

Bernama
2011/11/15




KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangka akan menerima cadangan dan syor kadar gaji minimum daripada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN)selewat-lewatnya akhir tahun ini, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata MPGN yang ditubuhkan 15 September lalu dan diberi peranan mengkaji secara menyeluruh kadar serta liputan gaji minimum, akan membuat pengumuman mengenai perkara berkenaan. Beliau memberitahu dewan, majlis itu yang berperanan bagi pihak kerajaan membuat keputusan dan bertindak dalam menjamin kebajikan pekerja di negara ini, sedang mengkaji kadar dan liputan gaji minimum mengikut sektor, jenis pekerjaan, kawasan dan wilayah. Selain itu ia juga mengkaji faktor sosial, perbelanjaan, kadar inflasi serta perbandingan struktur gaji dengan negara-negara luar, katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu perkembangan terkini perbincangan dalam MPGN.

Sambil menegaskan majlis itu sebuah entiti bebas dianggotai 25 orang terdiri daripada penggerak utama kesatuan pekerja, wakil majikan, kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO), Maznah berkata kali terakhir badan itu bermesyuarat ialah Khamis lalu.

MPGN dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dibantu sebuah jawatankuasa teknikal perundingan telah mengadakan mesyuarat sebanyak tujuh kali, bekerjasama dengan Bank Dunia dan mengadakan sesi perundingan dengan orang awam. - BERNAMA

13 ulasan:

  1. btl ke ni~~~~atau auta saja.

    BalasPadam
  2. biarlah yg ini ianya terkesan kepada semua PA yg sentiasa mengharapkan ada perubahan dari segi imbuhan gaji dan yang sewaktu dengannya....isu2 yg tak selesai seperti byaran tunai kerja lebih masa buat semua PA...tak tahu tahap mana perjuangan Cuepacs dlm hal ini...begitu juga elaun umah yg masih tak berganjak..biar pun harga beli dan sewa rumah melambung naik...elaun perumahan tetap sepi dan dipandang sepi....

    BalasPadam
  3. kesian pengawal keselamatanRabu, November 16, 2011 8:14:00 PG

    bagus la nak kaji ke ,nak umum ke atau nak buat keputusan.
    Kita boleh buat macam macam pegumuman seperti kadar gaji minimum pengawal keselamatan yang katanya lama dah diumumkan 700 tapi sampai sekarang masih ada yang masih mendapat gaji 400....macam na tu?
    Dah ada ke mana mana syarikat keselamatan yang didakwa kerana tidak patuh kepada gaji minimum pengawal keselamatan ni.?
    syarikat dapat untung, tenaga pengawal diperah dengan cara beri gaji yang sikit untuk buatkerja lebih masa dengan kadar kerja sejam yang rendah.
    Mana nak cukup kalau gajicampur overtime 1000 pun zaman sekarang ni.
    jangan dah diumum,dah dilaksana tapi pelaksanaan dan penguatkuasaan lemah.Kena bersedia untuk mempertingkatkan penyeliaan pelaksanaan juga.

    BalasPadam
  4. aku masih ingat lagi....PM penah kata yg dasar gaji minimum akan dilaksanakan selelwat-lewatnya hujung tahun ini..tapi baru nak kemukakan dgn kerajaan hujung tahun ni..kalau x dilaksanakan sebelum PRU 13 ni .parah la kerajaan nanti...

    BalasPadam
  5. ntah ape ntah..asyik nak kemukakan je..dulu pun bgtau benda sama.tapi la ni hampeh!!!

    BalasPadam
  6. BOSAN DAH KU DENGAR PEKARA NI..... TAK HABIS-HABIS. AKHIRNYA SATU PUN TAK MENJADI. BOSAN! BOSAN ! BOSAN!!!!!

    BalasPadam
  7. mau dekat pilihanraya baru mau kemukakan betul2 taktik politik be end

    BalasPadam
  8. harap dgn penetapan gaji minimun ni, adalah yg terbaik diberikan kerajaan kepada PA... bak kata Tun M : 'dah lama dah'....
    moga laungan transfomasi juga berlaku dalam skim gaji PA...

    BalasPadam
  9. baru nak kemuka~~ whatever lemb! :)

    BalasPadam
  10. aku rasa ni hnya utk kerja swasta je...keje krajaan gaji cam skg je...

    BalasPadam
  11. Jika ada gaji minimum, katakanlah RM800. Maka contoh tukang sampah RM800 belum termasuk elaun2.

    Jadi seorang kerani yang sebelum ini bergaji RM780 perlu dinaikkan gajinya. Betul tak?

    Yang lain2 tu pun (kira semualah dari atas sampai bawah) mesti tidak puas hati dan minta dinaikkan gaji.

    Jika diluluskan, ia seumpama kerajaan menyuruh semua (100 peratus) swasta yang ada dalam negara ini untuk menaikkan gaji SEMUA pekerja2nya. Masuk akal tak?

    Komplikasinya, gaji naik maka barang WAJIB naik. Kenapa? Contoh sebuah syarikat pembuat TV jual dengan harga RM1500 setelah gaji minimum dilaksanakan terpaksa naikkan harga kepada RM3500. Ini kerana kilang tersebut perlu membayar gaji pekerja yang mahal. Lebih teruk mereka akan kurangkan pekerja dan menggunakan mesin automatik. Anda nak yang bagaimana? JEPUN telah melihat keadaan ini sejak 30 tahun lalu maka mereka selama 30 tahun ini sedang membina emoayar robotik. Untuk menggantikan manusia. Tahukah anda? Anda tidak ada pilihan lain kecuali kerja sendiri dengan buka perniagaan dan sebagainya.

    Nasihat saya, kita tidak boleh terburu-buru. Apa yang saya boleh cadangkan adalah supaya pihak swasta mnggunakan mekanisma gaji dan pangkat sama seperti penjawat awam (kerajaan). Anda juga pastinya tidak akan berpuas hati kerana zaman dulu kerja swasta lebih lumayan dari kerja kerajaan. Terpulanglah. Mana2pun anda tetap tidak akan berpuas hati. Mulai sekarang anda perlu mula belajar perkataan 'perniagaan' dan mula menyimpan wang untuk masa akan datang.

    BalasPadam
  12. Yang saya risaukan semua syarikat swasta 'angkat kaki' atau gulung tikar pergi ke negara lain yang kos sumber manusia yang lebih murah. Bekerjalah bersungguh-sungguh. Allah Maha Adil.

    BalasPadam
  13. kesihan orang tempatan jadi peminta sedekah di tempat sendiriRabu, November 30, 2011 4:22:00 PTG

    sekarang tiada yang betul berhubung kenaikan gaji ,ini di sebabhkan syarikat lebih penting kan pekerja asing yang bergaji murah tambahan tiada potongan kwsp ,janganlah tuan puan percaya semua ini,kalau betul apa yang kerajaan lakukan tolong kurangkan pengambilan buruh asing sekarang

    BalasPadam