Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 18 Dis — Cuepacs sedang mempertimbangkan perhimpunan ‘protes’ di pekarangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya jika pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Khamis ini berkenaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tidak menemui penyelesaian.
Perhimpunan itu dirancang untuk diadakan pada 27 Disember.
Presiden Cuepacs Omar Osman berkata, perhimpunan itu bertujuan melahirkan perasaan tidak puas hati kakitangan awam berkenaan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.
Rasa tidak puas hati itu dilihat sebagai yang pertama dalam sejarah Cuepacs — sebelum sesuatu sistem saraan baru dikuatkuasakan.
“Tengok dulu, jika pertemuan dengan Perdana Menteri pada 22 Disember ini tidak menemui hasil yang diharapkan, maka kami akan mengadakan perhimpunan selepas mesyuarat majlis kongres pada 27 Disember.
“Mesyuarat majlis am akan membuat pendirian akhir. Kami mahu JPA mendengar rintihan ahli-ahli Cuepacs mengenai SBPA, kita akan berhimpun di Blok C1 (bangunan JPA di Putrajaya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider di akhir perhimpunan dan taklimat bantahan mengenai SBPA kepada sekitar 2,000 ahli jawatankuasa kesatuan gabungan Cuepacs di Pusat Konvensyen CIDB di sini hari ini.
JPA mengeluarkan pekeliling pelaksanaan SBPA pada 7 Disember lalu bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Perhimpunan dan taklimat hari ini diadakan bagi menerangkan rasa tidak puas hati berkenaan kandungan SBPA.
Cuepacs mahu JPA menangguhkan urusan opsyen SBPA selain membatalkan dasar pemisah, yang salah satu tujuannya ialah menghentikan kakitangan yang gagal memperlihatkan prestasi yang baik.
Dasar pemisah juga akan digunakan untuk seseorang kakitangan awam berhenti kerja dan datang balik kemudian.
Selain itu, badan induk kesatuan sekerja ini juga mahu kerajaan mengkaji semula komponen SBPA dengan mengadakan perundingan bersama pihaknya.
Cuepacs juga mahu kerajaan menjelaskan pelaksanaan perubahan gaji antara tujuh dan 13 peratus ekoran pelaksanaan sistem gaji satu lapis berbanding gaji tiga lapis sekarang.
Malah, ia juga mendakwa proses naik taraf gred-gred di bawah SBPA masih belum selesai.
Cuepacs memutuskan bantahannya ke atas beberapa aspek SBPA ketika mengadakan mesyuarat majlis kongres di Kuala Perlis minggu lalu.
Pada sidang media 7 Oktober lalu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata SBPA mewujudkan empat hierarki perkhidmatan awam iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.
Di bawah SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, peruntukan gaji secara ‘single point’ tanpa kenaikan gaji tahunan diberikan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan kenaikan gaji tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi.
SBPA juga menyediakan peruntukan jadual gaji sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.
Sekarang mereka berada dalam sistem gaji tiga baris atau tiga lapisan.
Kesemua 1.4 juta kakitangan awam termasuk mereka yang masih di bawah Sistem Saraan Baru (SSB), yang diperkenalkan pada 1991 sebelum digantikan dengan SSM akan diberi opsyen sama ada mahu menerima SBPA ataupun sebaliknya.
Jika mereka memlih untuk kekal dalam SSB dan SSM, mereka akan menikmati sistem saraan lama.
terbakar kampung nampak hasap,terbakar hati nye sapa nan tahu...
BalasPadamMOHON SAMPAIKAN PADA PM,KAMI MASYARAKAI INDIA MAHU CUTI DEEPAVALI 2 HARI....
jangan hanya cakap 1 MALAYSAI,jari tunjuk atas tapi selepas 54 tahun merdeke kami nya masih lagi terpinngiran.
KAMI MAHI HAK KAMI,JANGAN SISIHKAN MASYARAKAT INDIA...PA melayu hanya fikir pasal duit saje...sebab tu tak terma SBPA...Kami mahukan kegembiraan hari raya,tak naik gajipun kami tak ada hal.
DI MLAYSIA,KALAU RAJIN KITA BOLEH KAYA,TAPI RAMAI PA MALAS,MAHU MAKAN GAJI SAJA...
Macam mana dari segi perundangan jika saya dah sign SBPA,tapi masa saya sign saya tak didedahkan dengan maklumat yang jelas kerana lampiran c tidak disertakan bersama surat opsyen.
BalasPadamADAKAH SAH PSYEN SAYA,JIKA SAYA SIGN DALAM KEADAAN TAK MENDAPAT MAKLULAMAT LENGKAP,TERTEKAN DAN SAYA SYAK ADA MUSLIHAT SELEPAS SAYA SIGN.
SEASIAPA YANG YAHU UNDANG UNDANG SILA BAGITAU..
He..he.. Kakitangan kerajaan dah kena kelentong kat Najib dengan Muhyidin. Aku dah dgar taklimat dan tengok kenaikan gaji, dpat la kenaikan RM80. Khi..khi.. Geli hati aku, kena tipu hidup2 kat Najib. Aku nak tengok pembangkang punya pendekatan gaji dan perkhidmatan dalam manisfeto mereka. Kalau lagi baik, by-by la Najib THE LAST PRIME MINESTER
BalasPadamsaya lihat ada AGENDA TERSEMBUNYI..
BalasPadam1.Menyembunyi gaji pegawai atasan yang melambung tinggi dengan slogan "merapatkan jurang pemisah"..maka dengan itu skala atau jadual gaji DIRAHSIAKAN dari UMUM.
2.Dengan slogan "merapatkan jurang pemisah" bagi pegawai pada tangga gaji P2 akan menikmati gaji yang sama dengan P1.Ini bermakna selama ini PTK dibarat bermain najis..kerana tiada nilainya termasuklah tahun pengalaman bekerja.tahun pertama sama sahaja dengan tahun ketiga bekerja bagi sesetengah gred.Cuma ini hanya untuk golongan bawahan sahaja.
3.Menindas golongan yang susah terutama gred bawahan..seperti pemandu yang tiada PMR..dengan beban kerja yang sama dan tugas yang sama tetapi kenaikkan gaji yang berlainan.RM 80 tidaklah besar mana buat yang kaya..tetapi untuk golongan yang memerlukan..cukup untuk menampung keperluan anak anak..
4.Ada yang tertindas dan ada juga yang mendapat durian runtuh..
dan lain lain lagi....
Sebagai manusia yang berilmu dan berperikemanusian bantulah dengan ADIL dan SAKSAMA..SAYA MALU JIKA ANDA MEMAKAI BLAZER...BERTALI LEHER dan SEGAK BERGAYA tetapi rupanya anda hanya SYOK SENDIRI..MERASA BIJAK TETAPI KURANG BIJAK..tidak tahu orang lain hanya mengutuk anda...
Tidak timbul soal SYUKUR DISINI..HANYALAH JANGAN MENINDAS YANG LEMAH..MEREKALAH YANG PERLU DIBANTU...DIBANTU OLEH ANDA...
SAYA TAK PEDUI KALAU ADA YANG MARAH...INILAH CARA PENGURUSAN ..KETEPIKAN PERASAAN ORANG,SENIOR JUNIOR PUNYA HAL,
BalasPadamSAYA SETUJU JIKA SBPA DIKAJI SEMULA..SAYA CADANGKAN SUPAYA,KENAIKAN GAJI PELAKSANA DIKEKALKAN KERANA SBPA TELAH MENUNJUKKAN ADANYA,HIERARKI IAITU SEMAKIN TINGGI PANGKAT SEMAKIN BANYAK KENAIKAN...(TAPI GRED 11 PERLU DIBERI SEDIKIT LAGI KENAIKAN AGAR GAJI MINIMUM 1000 TERCAPAI)
WALA BAGAIMANAPUN...KUMPULAN 41 PERLU MENDAPAT KENAIKAN TERTINGGI KERANA PADA 20O7,ADA ANTARA MEREKA YANG GAJINYA LEBIH RENDAH DARI GRED 32 BILA KENAIKAN 41 CUMA 10% BERBANDING 27,29,32,36 SEBABYAK 25%.INI TAK SEPATUTYA BERLAKU KERANA,41 ADA IJAZAH....MANA BOLEH MENAIKKAN GAJI ORANG YANG TAK ADA IJAZAH LEBIH DARI JAZAH SEMATA MATA KERANA NAK BAGI MEREKA KEHIDUPA YANG SESUAI DENGAN KOS HIDUP.TAHUKAH DATO BAHAWA ADA ANTARA KUMPULAN BAWAHAN YANG MENJALANI HIDUP LEBIH DARI KEMAMPUAN,ADA GRED 27,32 PAKAI TOYOTA WISH ....MEREKA PERLU BERUSAHA....JANGAN NAK HARAP CEUPACS BERJUANG SEHINGGA MENAMPAKKAN SEOLAH CEUPACS SPT BERJUANG UNTUK GOLONGAN BAWAHAN SEMATA MATA.
KALAU CEUPACS TERUS BERJUANG UNTUK BAGI MEREKA HIDUP MEWAH SAMPAI BILA BILAPUN TAK AKAN CUKUP...AKHINYA NANTI SAYA RASA CEUPACS TIDAK AKAN DIHORMATI OLEH KERAJAAN,
MUNGKIN SALAH SATU SEBAB JPA TAK PANGGIL CEUPACS BERUDING ADALAH KERANA MEEKA DAH TAHU MEREKA TAK AKAN DAPAT BUAT SBPA JIKA CEUPACS TERLIBAT SAMA.
SBPA DAH ELOK....CUMA KENAIKAN JUSA YANG MELAMPAU DIKAJI BALIK DAN DIAGIHKAN SEMULA KEPADA GRED 11 DAN 41 KEATAS...NI KERANA PnP MEMPUNYAI LEBIH KELULUSAN DAN TANGGUNGJAWAB..BUKAN SPT PELAKSANA SENIOR YANG BANYAK KOMPLEN...TAPI MEREKA BOLEH BANYAK KOMPLEN KERANA BUKAN MEREKA YANG KENA TANGGUNG DAN JAWAB.LAGIPUN KOMEN UNTUK MEMPERTAHANKAN SENIOR AGAR DAPAT LEBIH ADALAH MENGARUT...MENTALITI INILAH YANG MENYEBABKAN PERKHIDMATAN AWAM KITA TAK MAJU...JUNIOR BANYAK YANG ADA IDEA UNGGUL,TAPI TERHALANG KERANA SENIOR YANG RASA DIRI MEREKA BAGUS TU TAK NAK TERIMA IDEA BARU,SEBAB ZON SELESA MEREKA TERGANGGU TAPI NAK GAJI LEBIH.SAYA CADANGKAN AGAR SETIAP PA PALING LAMA BOLEH BERKHIDMAT SELAMA 7 TAHU DI SATU SATU TEMPAT UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA IDEA BARU DAN INILAH BARU TRANFORMASI...JIKA TAK MAHU TUKAR...EXIT POLICY.
IDEA YANG BAGUS SELALUNYA TDAK DAPAT DITERIMA,TERUTAMA OLEH ORANG YANG ADA KEPENTINGAN...SEPERTI ORANG YANG RASA DIRINYA SENIOR SERBA TAHU...DAN UNTK MELAKUKAN TRANSFORMASI KITA TAK BOLEH TERLALU AMBIL HATI ORANG,BUAT APA YANG KITA RASA BETUL ...PERASAAN,KEADADILAN,SENDU HIBA,RATAP TANGIS DAN AMARAH TAK PUAS HATI TOLAK KETEPI KERANA PERASAAN INILAH YANG MENGHALANG KITA UNTUK BUAT SESUATU YANG BARU.
sy adalah seorang doktor pakar patoloogi dimana sy berada di tangga gaji maksima, P1T8. Dibawah skim sbpa, sy akan mendapat skala gaji baru iaitu P1T1. Apa yg sy tidak puas hati adalah pegawai yang berada ditangga gaji yg lebih rendah skim SSM juga akan mendapat gaji yg sama. Ada yg akan mendapat lebih dari rm1800 sedangkan sy cuma mendapat rm265 sahaja. Ini amatlah tidak adil. Diharap pihak cuepacs dapat membantu utk menyelesaikan isu ini....
BalasPadamBENAR DAN SAH....JPA TAK IKUT PEKELILING YANG DIA SENDIRI KELUARKAN...
BalasPadamBERDASARKAN TAKLIMAT YANG JPA BAGI,,JUGA DALAM PEKELILING KAEDAH KENAIKAN GAJI ...
DIA KATA
1)NAIK SATU TANGGA GAJI DALAM SKIM SSM,
2) LIHAT TANGGA GAJI BARU DALAM JGS SBPA,GAJI YANG SAMA ATAU LEBIH TINGGI DARI SSM DALAM JGS SBPA,ITULAH GAJI SBPA...
TETAPI...BERDASARKAN LAMPIRAN C,SEMUA ITU TAK BETUL,TIADA KENAIKAN DALAM SSM SEBENARNYA....KITA TERUS DIBERI KENAIKAN KE SBPA PALING HAMPIR DARI GAJI KITA SEKARANG.
PERALIHAN GAJI SAYA DARI SSM KE SBPA,CUMA NAIK GAJI 45 RINGGIT SAHAJA
HARAP CEUPACS PERJUANGKAN ISU JPA KELIRUKAN PENJAWAT AWAM....
sesiapa yang ada info(mungkin saya salah faham)sila beri info berkenaan kaedah kenaikan gaji yang sebenar semasa kita sign opsyen.
BENAR DAN SAH....JPA TAK IKUT PEKELILING YANG DIA SENDIRI KELUARKAN...
BalasPadamBERDASARKAN TAKLIMAT YANG JPA BAGI,,JUGA DALAM PEKELILING KAEDAH KENAIKAN GAJI ...
DIA KATA
1)NAIK SATU TANGGA GAJI DALAM SKIM SSM,
2) LIHAT TANGGA GAJI BARU DALAM JGS SBPA,GAJI YANG SAMA ATAU LEBIH TINGGI DARI SSM DALAM JGS SBPA,ITULAH GAJI SBPA...
TETAPI...BERDASARKAN LAMPIRAN C,SEMUA ITU TAK BETUL,TIADA KENAIKAN DALAM SSM SEBENARNYA....KITA TERUS DIBERI KENAIKAN KE SBPA PALING HAMPIR DARI GAJI KITA SEKARANG.
PERALIHAN DARI SSM KE SBPA GAJI SAYA HANYA NAIK 45 RINGGIT SAHAJA
HARAP CEUPACS PERJUANGKAN ISU JPA KELIRUKAN PENJAWAT AWAM....
sesiapa yang ada info(mungkin saya salah faham)sila beri info berkenaan kaedah kenaikan gaji yang sebenar semasa kita sign opsyen
mohon juga kebajikan bagi kakitangn yang telah mencapai gaji maksimum dan bertahun tak naik gaji dan pangkat. Pertimbangkan untuk mereka dapat kenaikan yang lebih melalui SBPA berbanding mereka yang masih menikmati kenaikan gaji setiap tahun sebelum ini.
BalasPadamNASIHAT KEPADA MURID-MURIDKU, PELAJAR-PELAJARKU DAN ANAK-ANAK BANGSAKU:
BalasPadam1. Belajarlah bersungguh-sungguh supaya dapat kerja yang baik dan gaji lebih besar. Kalau malas belajar, nanti dapat kerja rendah, gaji pun rendah. Bila gaji rendah, nanti kita bising sebab kenaikan gaji kita sikit.
2. Masa belajar jangan main-main, nanti periksa tak lulus. Kalau tak lulus macam mana nak dapat kerja bagus. Kalau kerja tak bagus, macam mana nak naik banyak? Cuba kalau belajar baik-baik, dapat kerja baik, dapat gaji tinggi, tentulah gaji lebih tinggi, kan!
3. Belajar tu jangan hanya takat setengah jalan. Belajar kena sampai peringkat paling tinggi. Jangan mati beragan, jangan setengah tiang. Jangan sampai setakat PMR berhenti. Setakat SPM berhenti. Setakat diploma berhenti. Mana nak dapat kerja baik kalau sijil pun takat setengah tiang. Belajar kena sampai paling tinggi, ada ijazah, ada master, ada phd, barulah kerja bagus, gaji tinggi, kenaikan tinggi. Bila gaji tinggi, barulah kita tak iri hati dengan kenaikan gaji orang lain. Kalau lulus ciput, memanglah gaji dan kenaikan pun ciput. Tak kan lulus ciput, gaji ciput, lepas tu nak kenaikan sama macam jusa?
4. Rajinlah solat. Biasanya kalau kita rajin solat, rajin doa, Tuhan bagi kita kejayaan. Berjaya dalam peperiksaan, berjaya belajar ke universiti, berjaya dapat kerja tinggi kat opis kerajaan, berjaya dapat gaji tinggi, berjaya dapat jawatan tinggi, kenaikan gaji pun tinggi. Biasanya begitulah...tapi jangan sesekali tinggal solat, kalau boleh setiap masa solat berjemaah. Insyaallah doa kita dimakbulkan. Orang yang berjaya ni biasanya orang yang tidak tinggal solat. Kalau solat pun jarang buat, kalau masjid pun jarang jenguk, kalau doa pun jarang buat, macamana nak dapat ijazah, macamana nak dapat jawatan tinggi, macamana nak dapat kenaikan gaji tinggi.
Wahai murid-muridku, anak bangsaku...
Solatlah dan minta dari Yang Maha Kuasa