18 Disember 2011

SBPA: JANGAN CETUS 'PERANG' DENGAN KAKITANGAN AWAM, CUEPACS BERI AMARAN

Malaysia Insider
Oleh G Manimaran
December 18, 2011





KUALA LUMPUR, 18 Dis ― Isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) turut menjadi perhatian perhimpunan membantah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) petang ini, dengan pemimpin kanan Cuepacs memberi kerajaan amaran - jangan mencetuskan “perang” membabitkan kakitangan awam yang rata-rata tidak puas hati dengan sistem gaji baru ini.

Pelaksanaan SBPA dilihat akan menjadi satu lagi ujian kepada pentadbiran Najib menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail berkata, pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, sudah pun mencetuskan rasa tidak senang di semua lapisan perkhidmatan awam khususnya mereka dalam Kumpulan Pelaksana.

Kumpulan Pelaksana sebelum ini dikenali sebagai kakitangan Kumpulan Sokongan I dan II.

“Saya minta kerajaan jangan cetuskan perang, kakitangan awam ada 1.4 juta orang, saya berharap kerajaan jangan wujudkan pertikaian dengan melaksanakan SBPA,” kata beliau yang menimbulkan isu NFC, projek ternakan lembu yang dikaitkan dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Wanita Umno, dalam ucapannya.

Kemudian ketika ditemui The Malaysian Insider, Zainal yang juga pemimpin kanan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkata, ramai beranggapan bahawa projek NFC yang menggunakan RM250 juta dana awam itu sebagai satu pembaziran.

“Mengapa RM250 juta boleh dibazirkan dalam projek lembu, kata nak keluarkan lembu dalam setahun dalam sekian-sekian jumlah, tetapi tak jadi, gagal,” soal beliau yang menyamakan mengapa kerajaan tidak boleh memberi manfaat lebih baik bagi kakitangan awam menerusi SBPA.

Masalah dan kegagalan projek NFC ditimbulkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Kerajaan kata gunakan hampir RM3 bilion untuk melaksanakan SBPA, siapa rasai jumlah yang besar? (Difahamkan) seramai 36 penjawat Kumpulan Premier dapat bahagian peruntukan (dalam bentuk perubahan gaji) hampir RM200 juta, hanya sekitar RM300 juta bagi Kumpulan Pelaksana,” katanya lagi.

Rata-rata kesemua pemimpin yang bercakap pada perhimpunan petang ini melahirkan rasa tidak puas hati yang timbul khususnya berkaitan perubahan gaji di bawah SBPA.

SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis sekarang.

Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perubahan gaji - kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

Ia sebahagian daripada langkah menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Cuepacs mendakwa kenaikan gaji bagi kebanyakan kakitangan awam khususnya Kumpulan Pelaksana adalah kurang daripada tujuh peratus, yang turut menjadi harapan.

Satu slaid yang ditunjukkan kepada lebih 2,000 orang yang menghadiri perhimpunan hari ini menunjukkan penjawat kategori JUSA C menerima kenaikan hampir 45 peratus di peringkat permulaan gaji berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM).

SBPA akan menggantikan SSM.

Maklumat itu menunjukkan kategori Satu JUSA C menerima gaji permulaan RM$6,595 di bawah SSM dan akan dibayar RM$12,000 jika menerima SBPA, Kategori Dua (SSM RM$7,236; SBPA RM$12,645), Kategori Tiga (SSM RM$7,939; SBPA RM$13,345), Kategori Empat (SSM RM$8,710; SBPA RM$14,115) dan Kategori Lima (SSM RM$9,480; SBPA RM$14,885).

Cuepacs mahu membangkitkan lima poin komponen dalam SBPA semasa pertemuan dengan Najib minggu ini.

Dua poin utama ialah menangguhkan urusan penerimaan opsyen dan membatalkan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

26 ulasan:

  1. Salam,

    saya setuju dengan bangkangan Cuepacs, ada banyak kelemahan dalam SBPA dan banyak grey area yang seolah akan dikaji semula selepas sign atau 2012, seolah mcm projek pilihanraya sajer skim saraan baru ni...semua kabur dan tergesa-gesa...

    BalasPadam
  2. Kerajaan sepatutnya menerangkan semua 100% tentang SBPA sebelum meminta penjawat awam menandatangani untuk menerima SBPA tersebut dan bukannya akan dikaji semula atau diterangkan secara terperinci selepas penjawat awam tandatangan.

    Kerajaan perlu berlaku adil kepada semua penjawat awam dan bukannya hanya memberikan keutamaan kepada pegawai2 diperingkat tinggi, guru dan pdrm sahaja.Ia sepatutnya disama-ratakan untuk semua kategori kakitangan / penjawat awam.

    BalasPadam
  3. Amaran kepada CUEPACS, jangan cuba menjadi batu api dan kemudian berpura-pura menjadi hero dalam situasi ini. Huru-hara ini tidak akan timbul kalau bukan kerana CUEPACS. CUEPACS sebenarnya tidak mewakili kesemua penjawat awam. Kami penjawat awam di Malaysia sudah bosan dan meluat dengan permintaan-permintaan yang bukan-bukan oleh CUEPACS. Bila kerajaan dah bagi, bantah pula. Apa sebenarnya yang anda mahu? Nasib siapa yang anda perjuangkan sebenarnya? Cuba bekerja ikhlas kerana Allah, bukan kerana gaji. Allah yang menentukan rezeki kita, bukan CUEPACS. Jadi, belajar untuk bersyukur. Fikirkan tentang masa depan negara, masa depan anak-anak kita. Belajar untuk bersederhana.

    BalasPadam
  4. saya tidak setuju dengan cuepacs kerana saya merasakan cuepacs ni cuma membela golongan penjawat awam tertentu saja.SBPA yang bakal dilaksanakan memang telah dikaji sebelum diutarakan pada umum.yang naik tetap naik sikit ke banyak ke itu rezeki masing-masing.syukurlah dengan rezeki masing-masing.takkan nak peratus kenaikan yang sama untuk semua.beban kerja bukan samapun.yang tak innovatif dan malas buat apa dibela lagi exit policy tu memang patut ada.kekadang kita berubah bila ada tekanan dari exit policy.harap-harap yang malas dan culas akan lebih aktif dan produktif. yang penting kita ikhlas bekerja dan bersyukur dalam ekonomi yang serba mencabar ni kita dapat lagi naik gaji walaupun sedikit(tp bg saya byk dah).

    BalasPadam
  5. Saya setuju bantahan yang dibuat oleh Cuepacs...Saya keliru dengan gaji yang diterima dalam SBPA. kenapa saya lantikan N17 pada tahun 2000 jika terima SBPA saya cuma dapat RM 60.61 shj sedangkan Pmbantu Awam menerima kenaikan jika terima SBPA RM 85.77 sedangkan lantikan tahun 2005.....Kenapa la buat formula gaji cam ni?????????? Banyak yang fening dalam SBPA ni......

    BalasPadam
  6. saya setuju dengan bangkangan cuepacs. cuepacs berusaha untuk memperjuangkan nasib atau rezeki kumpulan pelaksana. kenaikan bagi kumpulan pelaksana berbanding kumpulan profesional adalah jauh berbeza jika di nisbah mengikut peratusan. jika nak dibandingkan kelebihan yang diperoleh antara kumpulan pelaksana dan kumpulan profesional adalah memang berbeza, contohnya seperti golongan JUSA, sudahlah kenderaan diberi percuma, minyak pun percuma, tol pun percuma..makan minum itu lagi la usah dikira...berbanding dengan kumpulan2 pelaksana, perbelanjaan sebegitu ditanggung sendiri, kadang-kadang terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk urusan yang di luar pejabat yang selalunya melibatkan arahan dari pegawai atasan di mana kemudahan-kemudahan kerajaan tidak dapat dipakai kerana diutamakan kepada pegawai profesional yang banyak menerima kelebihan..."Yang telah 'Senang', akan di'Senang'kan lagi, yang 'Susah', akan di'Susah'kan lagi"...sekian

    BalasPadam
  7. ni namanye dunia hampir ke penghujung (kiamat) yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin...org kaya akan bangkang jika kenaikan sama taraf dengan yang miskin..alasan mereka belaja tggi...belaja ilmu Allah lebih baik...ingat la,gaji banyak mana pun bukan leh bawak masuk kubur...dunia ini tidak ade yang sempurna....

    BalasPadam
  8. terbakar kampung nampak hasap,terbakar hati nye sapa nan tahu...

    MOHON SAMPAIKAN PADA PM,KAMI MASYARAKAI INDIA MAHU CUTI DEEPAVALI 2 HARI....

    jangan hanya cakap 1 MALAYSAI,jari tunjuk atas tapi selepas 54 tahun merdeke kami nya masih lagi terpinngiran.

    KAMI MAHI HAK KAMI,JANGAN SISIHKAN MASYARAKAT INDIA...PA melayu hanya fikir pasal duit saje...sebab tu tak terma SBPA...Kami mahukan kegembiraan hari raya,tak naik gajipun kami tak ada hal.

    DI MLAYSIA,KALAU RAJIN KITA BOLEH KAYA,TAPI RAMAI PA MALAS,MAHU MAKAN GAJI SAJA...

    BalasPadam
  9. TOLONG DENGAR SAYA PENDAPAT

    Saya ada satu permintaan.

    Saya harap kalau nak buat SBPA tanpa naik gaji pun tk apa.Ini kerana sejak kahwin dengan isteri saya,saya tak merasapun nikmat kenaikan gaji atau elaun kerana semua wang gaji saya dikawal isteri saya yang sangat kuat cemburu.Bila kerajaan naikkan gaji dia mula mengatakan saya akan ada duit lebih,bimbang saya kan kahwin lagi satu.
    saya tak berani melawan kerana isteri saya ni kalau dia naik angin suara dia jiran jiran semua boleh dengar,malu saya nanti dikata gagal kawal isteri.Kalau di pasar raya pun kalau naik angin bukan dia peduli kalau orang sekeliling tengok.
    Cuba bayangkan kalau dia naik angin masa saya berada dirumah,teruk saya dikerjakan.Saya tak balas balik sebab dia pernah ugut kalau saya pukul dia,dia akan mengadu kata saya dera dia dan boleh dakwa atas akta keganasan rumah tangga.Lagipun dari segi fizikal badan dia lebih tegap,dulu dia juga yang tackle saya,katanya lelaki yang soft spt saya romantis,dia perlukan kasih sayang.Pandai dia ambil hati,sehingga saya putuskan hubungan dengan perempuan yang lain.Saya yang sebenarnya diganasi pula malu nak buat aduan.Meranalah saya seorang diri.
    Saya pun tak tau kenapa dia terlalu cemburu,mungkin kerana kerja saya ramai wanita,dia pula kerja sendirian dalam pejabat kerana pegawai tinggi (isteri saya dulu bos saya).sekarang naik pangkat lagi...hampir nak jadi JUSA.
    Nanti kalau pangkat dia naik lagi,gaji naik lagi...saya lagi banyak kena buat kerja rumah kerana dia banyak kerja kat luar.
    Nak ambil orang gaji dia kata nanti saya buat bukan bukan dengan orang gaji bila dia tiada kat rumah..Saya juga tak berani melawan kerana isteri saya ni pandai bermuka muka,depan orang lain dia pandai buat baik,semua orang kata dia sopan,dan saya pula yang dituduh mengadakan cerita bila saya katakan apa yang sebenarnya terjadi.Cuma kadang kadang tu dia terlepas juga kemarahan sehingga jiran boleh dengar tu.Dia juga ramai kawan kawan yang hebat seperti peguam dan polis,walaupun kebanyakannya wanita tetapi bila isteri saya petik jari je...saya akan dihubungi oleh kawannya yang hebat tu...nak tangkap saya ,nak dakwa saya,nak ajar saya.(semua kerana isteri saya pandai bermuka muka dan jika saya ternyata pukul isteri sehingga ada kesan mesti saya kena tangkap).
    Jangan naikkan lagi gaji saya,nanti isteri saya lagi cemburu dan lagi teruk saya akan di kawal.Saya tak boleh dedahkan identiti saya,saya malu.
    tolonglah jangan naikkan gaji saya....tolong jangan naikkan gaji saya...Tolongllah..jangan naik gaji.teruskan lah SBPA ni tapi tak perlu naik gaji

    BalasPadam
  10. Macam mana dari segi perundangan jika saya dah sign SBPA,tapi masa saya sign saya tak didedahkan dengan maklumat yang jelas kerana lampiran c tidak disertakan bersama surat opsyen.
    ADAKAH SAH PSYEN SAYA,JIKA SAYA SIGN DALAM KEADAAN TAK MENDAPAT MAKLULAMAT LENGKAP,TERTEKAN DAN SAYA SYAK ADA MUSLIHAT SELEPAS SAYA SIGN.

    SEASIAPA YANG YAHU UNDANG UNDANG SILA BAGITAU..

    BalasPadam
  11. TOLONG DENGAR SAYA PENDAPAT

    Saya ada satu permintaan.

    Saya harap kalau nak buat SBPA tanpa naik gaji pun tk apa.Ini kerana sejak kahwin dengan isteri saya,saya tak merasapun nikmat kenaikan gaji atau elaun kerana semua wang gaji saya dikawal isteri saya yang sangat kuat cemburu.Bila kerajaan naikkan gaji dia mula mengatakan saya akan ada duit lebih,bimbang saya kan kahwin lagi satu.
    saya tak berani melawan kerana isteri saya ni kalau dia naik angin suara dia jiran jiran semua boleh dengar,malu saya nanti dikata gagal kawal isteri.Kalau di pasar raya pun kalau naik angin bukan dia peduli kalau orang sekeliling tengok.
    Cuba bayangkan kalau dia naik angin masa saya berada dirumah,teruk saya dikerjakan.Saya tak balas balik sebab dia pernah ugut kalau saya pukul dia,dia akan mengadu kata saya dera dia dan boleh dakwa atas akta keganasan rumah tangga.Lagipun dari segi fizikal badan dia lebih tegap,dulu dia juga yang tackle saya,katanya lelaki yang soft spt saya romantis,dia perlukan kasih sayang.Pandai dia ambil hati,sehingga saya putuskan hubungan dengan perempuan yang lain.Saya yang sebenarnya diganasi pula malu nak buat aduan.Meranalah saya seorang diri.
    Saya pun tak tau kenapa dia terlalu cemburu,mungkin kerana kerja saya ramai wanita,dia pula kerja sendirian dalam pejabat kerana pegawai tinggi (isteri saya dulu bos saya).sekarang naik pangkat lagi...hampir nak jadi JUSA.
    Nanti kalau pangkat dia naik lagi,gaji naik lagi...saya lagi banyak kena buat kerja rumah kerana dia banyak kerja kat luar.
    Nak ambil orang gaji dia kata nanti saya buat bukan bukan dengan orang gaji bila dia tiada kat rumah..Saya juga tak berani melawan kerana isteri saya ni pandai bermuka muka,depan orang lain dia pandai buat baik,semua orang kata dia sopan,dan saya pula yang dituduh mengadakan cerita bila saya katakan apa yang sebenarnya terjadi.Cuma kadang kadang tu dia terlepas juga kemarahan sehingga jiran boleh dengar tu.Dia juga ramai kawan kawan yang hebat seperti peguam dan polis,walaupun kebanyakannya wanita tetapi bila isteri saya petik jari je...saya akan dihubungi oleh kawannya yang hebat tu...nak tangkap saya ,nak dakwa saya,nak ajar saya.(semua kerana isteri saya pandai bermuka muka dan jika saya ternyata pukul isteri sehingga ada kesan mesti saya kena tangkap).
    Jangan naikkan lagi gaji saya,nanti isteri saya lagi cemburu dan lagi teruk saya akan di kawal.Saya tak boleh dedahkan identiti saya,saya malu.
    tolonglah jangan naikkan gaji saya....tolong jangan naikkan gaji saya...Tolongllah..jangan naik gaji.teruskan lah SBPA ni tapi tak perlu naik gaji


    -----------------------------------

    aku paham perasaan saudara neh...
    pasal aku mengalami bende yg sama 100% SAMA..
    cume yg membezakannye..bini ko pangkat siap nak pergi JUSA..
    bini aku kerani biase..huhu..
    satu nasihat aku kat ko bro..
    banyak kan bersabar...

    BalasPadam
  12. TOLONG DENGAR SAYA PENDAPAT

    Saya ada satu permintaan.

    Saya harap kalau nak buat SBPA tanpa naik gaji pun tk apa.Ini kerana sejak kahwin dengan isteri saya,saya tak merasapun nikmat kenaikan gaji atau elaun kerana semua wang gaji saya dikawal isteri saya yang sangat kuat cemburu.Bila kerajaan naikkan gaji dia mula mengatakan saya akan ada duit lebih,bimbang saya kan kahwin lagi satu.
    saya tak berani melawan kerana isteri saya ni kalau dia naik angin suara dia jiran jiran semua boleh dengar,malu saya nanti dikata gagal kawal isteri.Kalau di pasar raya pun kalau naik angin bukan dia peduli kalau orang sekeliling tengok.
    Cuba bayangkan kalau dia naik angin masa saya berada dirumah,teruk saya dikerjakan.Saya tak balas balik sebab dia pernah ugut kalau saya pukul dia,dia akan mengadu kata saya dera dia dan boleh dakwa atas akta keganasan rumah tangga.Lagipun dari segi fizikal badan dia lebih tegap,dulu dia juga yang tackle saya,katanya lelaki yang soft spt saya romantis,dia perlukan kasih sayang.Pandai dia ambil hati,sehingga saya putuskan hubungan dengan perempuan yang lain.Saya yang sebenarnya diganasi pula malu...........
    -----------------------------------

    dasyat jugak cerita brader ni..dayus habis..tapi tak elok la nak memperjuangkan sesuatu demi kepentingan diri sendiri kan..kat luar ni brape ramai yang bgaduh laki bini sebab tak cukup duit nak bagi anak sekolah, nak tanggung medical anak, ibu bapak ye tak...jgn jadi dayus encik

    BalasPadam
  13. TOLONG DENGAR SAYA PENDAPAT

    Saya ada satu permintaan.

    Saya harap kalau nak buat SBPA tanpa naik gaji pun tk apa.Ini kerana sejak kahwin dengan isteri saya,saya tak merasapun nikmat kenaikan gaji atau elaun kerana semua wang gaji saya dikawal isteri saya yang sangat kuat cemburu.Bila kerajaan naikkan gaji dia mula mengatakan saya akan ada duit lebih,bimbang saya kan kahwin lagi satu.
    saya tak berani melawan kerana isteri saya ni kalau dia naik angin suara dia jiran jiran semua boleh dengar,malu saya nanti dikata gagal kawal isteri.Kalau di pasar raya pun kalau naik angin bukan dia peduli kalau orang sekeliling tengok.
    Cuba bayangkan kalau dia naik angin masa saya berada dirumah,teruk saya dikerjakan.Saya tak balas balik sebab dia pernah ugut kalau saya pukul dia,dia akan mengadu kata saya dera dia dan boleh dakwa atas akta keganasan rumah tangga.Lagipun dari segi fizikal badan dia lebih tegap,dulu dia juga yang tackle saya,katanya lelaki yang soft spt saya romantis,dia perlukan kasih sayang.Pandai dia ambil hati,sehingga saya putuskan hubungan dengan perempuan yang lain.Saya yang sebenarnya diganasi pula malu...........
    -----------------------------------DAYUS TAHAP GABAN DH NI...kepada Tanpa Nama 10.30am : CUEPACS hanya menjalankan tugas utk kesejahteraan ahli shj, bkn utk dpt apa2 pn...niat Cuepacs jelas utk kesamarataan ataupn imbangan yg adil bg semua peringkat jawatan...mungkin anda skrg ni pangkat JUSA kot kenaikan gaji hmpir 100%...ataupn mmg anda kaki ampu tahap dewa...mmg ALLAH S.W.T yg bg rezeki dan kita pn tau negara kita kaya dengan hasil mahsul bumi yg menjadi persoalan ke mana perginya hasil ini>>>hehehe sekadar pndangan

    BalasPadam
  14. Saya SETUJU dengan bantahan oleh CEUPACS. Sekiranya memang benar CEUPACS membela nasib golongan tertentu sahaja, perkara itu adalah patut. Bagi yang dah bergaji besar, pangkat pun tinggi melambung, sendiri bela la nasib kalau rasa tak puas hati sangat. Bagi yang berjawatan rendah (kumpulan pelaksana), siapa nak dengar suara "kuli" kalau tiada CEUPACS. Yang berjawatan besar hanya kerja mengarah sahaja, makan gaji besar tapi hasilnya? PELAKSANA tu juga yang melaksanakan segala tugas tetapi sapa yang dapat gaji yang lebih besar? Di pejabat-pejabat Kerajaan, "bos" hanya pegang kertas, sign surat, kemudian hilang entah ke mana. Cuti hujung tahun sampai dua tiga minggu, esok lusa bila kembali bertugas mulalah kelam kabut. Bila "bos" kelam kabut, yang susahnya nanti adalah yang bergaji kecil.

    Sama-sama kita perjuangkan nasib kita sebagai penjawat awam. Terima kasih, CEUPACS.

    BalasPadam
  15. melayu tak maju kerana golongan pelajaran tinggi juga bergantung kepada kerajaan untuk hidup-lembik- sama dengan golongan perlaksana

    BalasPadam
  16. betul -JUSA pun kalau keluar dari kerajaan tiada siapa yang hendak ambil berkerja- kerana tiada apa-apa kemahiran (tak tahu nak buat apa)terutamanya PTD

    BalasPadam
  17. Tak perlu berhimpun..
    Tak perlu perang..
    Tak perlu runding..

    Pekerja Perkhidmatan awam disarankan melaksanakan mogok selama tiga hari tidak datang bekerja. Semua mesti sepakat dan semua pekerja awam keseluruhan 1Malaysia lancarkan mogok bersama...

    Barulah JPA dan PM mahu dengar apa yang Pekerja Awam ingin luahkan..

    BalasPadam
  18. aku bingung ke Usin,tolong akuRabu, Disember 21, 2011 4:43:00 PTG

    BENAR DAN SAH....JPA TAK IKUT PEKELILING YANG DIA SENDIRI KELUARKAN...DAH BENGONG GAMAKNYA JPA..

    BERDASARKAN TAKLIMAT YANG JPA BAGI,,JUGA DALAM PEKELILING KAEDAH KENAIKAN GAJI ...
    DIA KATA
    1)NAIK SATU TANGGA GAJI DALAM SKIM SSM,

    2) LIHAT TANGGA GAJI BARU DALAM JGS SBPA,GAJI YANG SAMA ATAU LEBIH TINGGI DARI SSM DALAM JGS SBPA,ITULAH GAJI SBPA...

    TETAPI...BERDASARKAN LAMPIRAN C,SEMUA ITU TAK BETUL,TIADA KENAIKAN DALAM SSM SEBENARNYA....KITA TERUS DIBERI KENAIKAN KE SBPA PALING HAMPIR DARI GAJI KITA SEKARANG.


    MINTA PENJELASAN.....ADAKAH JPA MENIPU.

    BalasPadam
  19. Salam....

    Saya kurang setuju dgn option SBPA ni. Bkn disebabkan saya pro-pembangkang, ttapi sbg penjawat awam saya ingin berkongsi pendapat dgn penjawat awam lain dan rakyat Malaysia amnya. Isu option berbangkit disebabkan byk faktor dimana syarat2 msih kabur spt gaji, exit policy dan skim ni. Knapa tidak dibentangkan dlm parlimen dahulu dan dibuat trburu2. Cuepac pn x ble nk wat ape.Kt luar pong pang, jmp PM tunduk. Mgkin ader udang sblk batu SBPA ni especially menjelang PRU 13 ni.
    Faktor gaji yg tidak “fair” dikalangan kakitangan awam. Pihak trtinggi mkin mewah dan pringkt bwahan brasa slesa. Tp bagaimana dengan rakyat yg bkn kakitangan awam??. Harga brg mlambung x tentu psal dan membuatkn rakyat trasa bahangnya.Sbg cnth kenaikan tiket bas sbnyak 30% smasa hari ray 2 thn lps. Tidak pula diturunkn smula dgn alasan bg meningkat perkhidmatan. Hakikinya, perkhidmatan tetap sama dan Pihak kementerian pn x berupaya nk kwl sbb x cukup man power. Bagi kakitangan awam pula, kenaikkan gaji dalam SBPA sbnrnya adalah 1 proses mmpercepatkan kita dikenakan cukai. Kalu dlm system SSM, income tax dikenakan dlm 10 thn ke atas. Jika dlm SBPA, cukai dikenakan lebih awal mengikut gred.Disebabkan brg naik beban mgkn sama/meningkat sbb cukai.Apatahlg rakyat bese yg keje kilang.

    Faktor exit policy pn ble thn gak hebatnya. Istilah ni lbh kurang sama mcm mengurangkan kakitangan awam oleh pembangkan. Cume beza dier sdap d dgr.Haha....pd yg pngkt beso 2 mgkn ble amik oleh private. Kalu yg bwahan ni ader sape amik bkerja tambahan pula umar dh mningkat 40an?? Secara logiknya swasta xkn amik kakitangan awam sbb umor, performance dan byk factor lain.

    BalasPadam
  20. salam,bila dengar mcm tu,sy juga rasa tdk adil bg pekerja bawah2 ni....sekarang org atas yg untung nnti bila dh lksana sistem ssba org atas ligi untung mn tak nya s.s.p.a "suka bodek pegawai atasan"untuk naik gj lg,sapa yg untung org atas jgk.....fikir2 kn lah

    BalasPadam
  21. SAYA JUGA TAK SETUJI DGN SBPA NI..
    LEBIH UNTUNG KPD KAKI BODEK..DH LA DLM KERAJAAN NI KT KJ BAGAI NAK RAK PUN X DIHARGAI...KALAU ORG LAIN X DTG KITA KENA COVER KJ DIA..KJ KITA JD BACK LOG LAST2 KATA KITA X BUAT KJ SBB BYK BACK LOG, SKT BG MARKAH RENDAH..KALAU X PUAS HATI DGN ORG ATAS X BLH NK CKP APA, KALAU X SKT MARKAH RENDAH..IKUT J KATA MACAM ROBOT.ORG ATAS TAU NAK ARAH J.GAJI ORG ATAS NAIK MELAMBUNG2, GAKI PELAKSANA X MENENTU..KJ ORG ATAS PUN KITA KENA BUAT...HIDUP NI ASYIK DITINDAS, DIUGUT J..X PANDAI BODEK, HABIS..

    BalasPadam
  22. BENAR DAN SAH....JPA TAK IKUT PEKELILING YANG DIA SENDIRI KELUARKAN...

    BERDASARKAN TAKLIMAT YANG JPA BAGI,,JUGA DALAM PEKELILING KAEDAH KENAIKAN GAJI ...
    DIA KATA
    1)NAIK SATU TANGGA GAJI DALAM SKIM SSM,

    2) LIHAT TANGGA GAJI BARU DALAM JGS SBPA,GAJI YANG SAMA ATAU LEBIH TINGGI DARI SSM DALAM JGS SBPA,ITULAH GAJI SBPA...

    TETAPI...BERDASARKAN LAMPIRAN C,SEMUA ITU TAK BETUL,TIADA KENAIKAN DALAM SSM SEBENARNYA....KITA TERUS DIBERI KENAIKAN KE SBPA PALING HAMPIR DARI GAJI KITA SEKARANG.

    PERALIHAN GAJI SAYA DARI SSM KE SBPA,CUMA NAIK GAJI 45 RINGGIT SAHAJA

    HARAP CEUPACS PERJUANGKAN ISU JPA KELIRUKAN PENJAWAT AWAM....

    sesiapa yang ada info(mungkin saya salah faham)sila beri info berkenaan kaedah kenaikan gaji yang sebenar semasa kita sign opsyen.

    BalasPadam
  23. BERKENAAN;

    Amaran kepada CUEPACS, jangan cuba menjadi batu api dan kemudian berpura-pura menjadi hero dalam situasi ini. Huru-hara ini tidak akan timbul kalau bukan kerana CUEPACS. CUEPACS sebenarnya tidak mewakili kesemua penjawat awam. Kami penjawat awam di Malaysia sudah bosan dan meluat dengan permintaan-permintaan yang bukan-bukan oleh CUEPACS. Bila kerajaan dah bagi, bantah pula. Apa sebenarnya yang anda mahu? Nasib siapa yang anda perjuangkan sebenarnya? Cuba bekerja ikhlas kerana Allah, bukan kerana gaji. Allah yang menentukan rezeki kita, bukan CUEPACS. Jadi, belajar untuk bersyukur. Fikirkan tentang masa depan negara, masa depan anak-anak kita. Belajar untuk bersederhana

    ================================

    KALAU KAU NAK HIDUP SEDERHANA,JANGAN PULA KAU NAFIKAN PERANAN KESATUAN SEKERJA.ORANG MACAU KAU LAH YANG SENANG DIPERDODOHKAN,JILAT LA...BODEK....
    JILAT LA...SAMPAI BILA PUN KAU TETAP JADI PENJILAT SAJA

    BalasPadam
  24. NASIHAT KEPADA MURID-MURIDKU, PELAJAR-PELAJARKU DAN ANAK-ANAK BANGSAKU:

    1. Belajarlah bersungguh-sungguh supaya dapat kerja yang baik dan gaji lebih besar. Kalau malas belajar, nanti dapat kerja rendah, gaji pun rendah. Bila gaji rendah, nanti kita bising sebab kenaikan gaji kita sikit.

    2. Masa belajar jangan main-main, nanti periksa tak lulus. Kalau tak lulus macam mana nak dapat kerja bagus. Kalau kerja tak bagus, macam mana nak naik banyak? Cuba kalau belajar baik-baik, dapat kerja baik, dapat gaji tinggi, tentulah gaji lebih tinggi, kan!

    3. Belajar tu jangan hanya takat setengah jalan. Belajar kena sampai peringkat paling tinggi. Jangan mati beragan, jangan setengah tiang. Jangan sampai setakat PMR berhenti. Setakat SPM berhenti. Setakat diploma berhenti. Mana nak dapat kerja baik kalau sijil pun takat setengah tiang. Belajar kena sampai paling tinggi, ada ijazah, ada master, ada phd, barulah kerja bagus, gaji tinggi, kenaikan tinggi. Bila gaji tinggi, barulah kita tak iri hati dengan kenaikan gaji orang lain. Kalau lulus ciput, memanglah gaji dan kenaikan pun ciput. Tak kan lulus ciput, gaji ciput, lepas tu nak kenaikan sama macam jusa?

    4. Rajinlah solat. Biasanya kalau kita rajin solat, rajin doa, Tuhan bagi kita kejayaan. Berjaya dalam peperiksaan, berjaya belajar ke universiti, berjaya dapat kerja tinggi kat opis kerajaan, berjaya dapat gaji tinggi, berjaya dapat jawatan tinggi, kenaikan gaji pun tinggi. Biasanya begitulah...tapi jangan sesekali tinggal solat, kalau boleh setiap masa solat berjemaah. Insyaallah doa kita dimakbulkan. Orang yang berjaya ni biasanya orang yang tidak tinggal solat. Kalau solat pun jarang buat, kalau masjid pun jarang jenguk, kalau doa pun jarang buat, macamana nak dapat ijazah, macamana nak dapat jawatan tinggi, macamana nak dapat kenaikan gaji tinggi.

    Wahai murid-muridku, anak bangsaku...
    Solatlah dan minta dari Yang Maha Kuasa

    BalasPadam
  25. JUSA bukan sama beban kerja macam kakitangan lain.Korang pernah jadi jusa ke......kerja pn malas nak komen jusa pulak....piiirah.Yang rangka SBPA bukan calang2 orang,tapi president CUEPACS sapa - sapa pun boleh jadi,akademik SPM je pn layak.Kalau SBPA batal, lu memang taik Omar

    BalasPadam
  26. PERTEMUAN/PERBINCANGAN ANTARA CUEPACS DENGAN JPA YANG MENGECEWAKAN PENJAWAT AWAM

    PERBINCANGAN TELAH DILAKUKAN ANTARA CUEPACS DENGAN JPA. SAYA HAIRAN MENGAPA CUEPACS TIDAK MENGELUARKAN APA JUA KENYATAAN RASMI DALAM BLOG INI, TIDAK SEPERTI MULA-MULA DAHULU APABILA TERJADI KEKALUTAN MENGENAI SBPA OLEH PENJAWAT AWAM, PELBAGAI SARANAN DAN KENYATAAN DIKELUARKAN OLEH CUEPACS!

    APA DAH JADI, CUEPACS?

    KALAULAH HANYA SETAKAT DILANJUTKAN TARIKH PENERIMAAN BORANG OPSYEN KEPADA 15 JANUARI 2012 (KEPADA YANG TIDAK MEMILIH UMUR PERSARAAN PAKSA 60 TAHUN) ATAUPUN DITETAPKAN 30 DISEMBER 2011 (KEPADA YANG MEMILIH UMUR PERSARAAN PAKSA 60 TAHUN),

    TAK PERLULAH CUEPACS BERBINCANG ATAU BERUNDING DENGAN JPA!

    ITUKAH HASIL PERTEMUAN DAN PERBINCANGAN!

    SUNGGUH MENDUKACITAKAN!

    SAYA AMAT MENGHARAPKAN SEMOGA CUEPACS DAPAT MEMBERIKAN PENJELASAN SETELAH BERBINCANG DENGAN JPA MENGENAI :

    1)SEMAKAN KENAIKAN GAJI ( 7-13% SEPERTI YANG DIUMUMKAN OLEH YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI) TERHADAP GRED-GRED YANG TERTINDAS,

    2)GAJI PERMULAAN BAGI GRED-GRED YANG TERTINDAS,

    3)KAEDAH PEMINDAHAN GAJI YANG TIDAK SERAGAM DAN MERUGIKAN (SISTEM BRACKETING) BAGI TANGGA GAJI DALAM GRED ITU SENDIRI,

    4)PERUBAHAN BULAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN YANG TERLALU MERUGIKAN BAGI SESETENGAH TANGGA GAJI TERTENTU DALAM GRED ITU SENDIRI

    5)KAEDAH PEMINDAHAN GAJI YANG MERUGIKAN PENJAWAT AWAM YANG SENIOR

    6)PENJELASAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG TIDAK MENYELURUH MENGENAI SBPA

    HMMMM, APA DAH TERJADI, DATUK?
    HMMMM, APA DAH TERJADI, DATUK?
    HMMMM, APA DAH TERJADI, DATUK?

    BalasPadam