Berita Harian
2012/01/09
KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini. "Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012," menurut kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. - BERNAMA

3 ulasan:
Apalah sngatt beza gajii SBPA tak sampaii pun RM100 naikk...blnjaa mnyakk motor...byarr toll punn tak lpass..naik tak naikk pun sama jee..manaa ada 7% - 13%..pgii jahanamm punyaa 1 malaysia!!!..ckapp takk srupaa bikinn
Kerajaan penipu....Gaji naik taksampai pun 7% RM28 je naik...pergi mati la ngn kerajaan PRU13 nanti
macam mana pula kami yang ada spm tapi kerja sebagai pemandu.ada peluang untuk naik lagi ker???atau sama jga mcm dlu kena mohon dengan spa lg????
Catat Ulasan