SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

31 Januari 2012

CUEPACS TUBUH JAWATANKUASA BERTINDAK BAGI MENAMBAH BAIK SBPA

Bernama
31/1/2012

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Cuepacs bagi menyediakan kertas kerja yang komprehensif ke arah penambahbaikan skim itu.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kertas kerja yang berdasarkan kepada lima tuntutan utama Cuepacs sebelum ini, dijangka disiapkan dalam tempoh tiga minggu bermula 10 Feb, sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jawatankuasa dianggotai 15 orang dan dipengerusikan Timbalan Presiden 1 Cuepacs Azih Muda, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Khas SBPA anjuran kongres itu, di sini.

Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar berkata antara cadangan awal Cuepacs ialah meletakkan hanya tujuh daripada 36 jawatan sebagai jawatan premier iaitu Ketua Setiausaha Negara (KSN), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendahaan, Ketua Audit Negara, Peguam Negara, Akauntan Negara dan Hakim Negara.

Katanya yang lain kekal dalam jawatan Turus namun dinaikkan ke jawatan Turus yang baru.

Bagi penjawat awam yang gajinya sudah mencapai tahap maksimum, Cuepacs mencadangkan agar diberi kenaikan mengikut tempoh penjawat berada pada gaji maksimum iaitu jika 10 tahun diberi lima kenaikan, lapan tahun (empat kenaikan), enam tahun (tiga kenaikan), empat tahun (dua kenaikan) dan dua tahun menikmati satu kenaikan.

Mengenai kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus dalam SBPA, Cuepacs mencadangkan kenaikan 13 peratus bagi Gred 1 hingga 40 dan 10 peratus bagi Gred 41-54 dilakukan mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM).

"Selepas kenaikan itu berlaku, barulah pemindahan gaji berlaku kepada Gred SBPA. Maknanya seseorang itu yang dalam gred SSM, akan berlaku satu kenaikan di bawah skim SSM, dan apabila tukar kepada SBPA dia akan tukar kepada gaji berhampiran.

"Barulah berlaku adil dan saksama, nak sama dengan yang atas tak boleh, tetapi berlaku keseimbangan bukan berlaku seperti sekarang ini yang berlaku kenaikan hanya antara RM20 dan RM60," katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya kekananan jawatan yang hilang apabila penjawat memilih opsyen SBPA dikembalikan.

Cuepacs juga mencadangkan agar nama beberapa jawatan ditukar bagi mencerminkan tugas hakiki mereka.

Dalam pada itu, Omar berkata satu perhimpunan membabitkan penjawat awam Gred 1 hingga 54 akan diadakan pada Mac ini bagi memberi penerangan secara terperinci mengenai intipati SBPA.

Berhubung dakwaan terdapat segelintir penjawat awam yang telah menerima gaji berdasarkan skim SBPA serta pesara mendapat pencen yang tinggi, beliau berkata Cuepacs tidak menerima maklumat mengenai perkara tersebut.

-- BERNAMA

43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,dato president cuepac..saya mencadangkan agar elaun keraian jusa,turus,ketua2 jabatan dikaji semula agar tidak berlaku kerugian pada kerajaan,sebagai contoh :- jawatan pembantu am rendah jika mereka melakukan tugasan luar pejabat naximum 12 kali,mereka layak membuat tuntutan elauan basikal,walaupun mereka dah naik motosikal..sebanyak rM120.00.Jika dibandingkan dengan Gred yang lebih tinggi,,kadang2 dalam sebulan ada yang tak pernah meraikan apa2 pun jika tiada lawatan pegawai dari luar.Alangkah baiknya jika amalan tuntutan tersebut ditetapkan dalam sebulan bagi gred lebih tinnggi maximum 4 atau 5 kali baru mereka layak membuat tuntutan elauan keraian.Untuk makluman cuepac dan JPA yang sedia maklum sekiranya ada pun mereka ini meraikan sesuatu acara sekalipun,minum ke makan ,,bukannya mengunakan elaun yg mereka perolehi,sebaliknya Local Order(LO).Minta dikaji semula.Kerana mereka ini lah yang suka query elauan pakaian pemandu(satu tahun satu kali),elauan telefon pemandu.ot pemandu dsbnya...Tak pernah nak Query elauan sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Sandiwara telah pun bermula ! Last last gaji tak dibayar bulan mei @April tapi tahun 2013 ! Itupun kalau SBPA diteruskan ! Mmmmmmm hancur harapan nak rasa gaji baru akibat sandiwara Ceupecs ! Macam budak budak tadika lah Kupek ini !

Tanpa Nama berkata...

aku sokong cadangan ceupacs 1000%.. ini baru dikatakan adil dan saksama..hidup dato omar..hidup ceupacs..

Tanpa Nama berkata...

Apakah CUEPACS hanya menjaga ahli yang tidak berijazah menjadi satu persoalan tidak terjawab? Bayangkan saya berijazah dan isteri sijil perguruan mula bertugas pada tarikh yang sama, dah 19 tahun jadi guru. Saya penerima 3 kali khidmat cemerlang PTK 4/4. Bagusnya perjuangan CUEPACS gaji saya dan isteri saya sama. Tahniah.

.........................
bukan untuk menidakkan kelebihan ijazah, apa yang penting adalah pendapatan PA bawahan cukup bagi menampung kehidupan harian. Pekiraan mengambilkira kos2 kehidupan bukan sahaja kepada kelayakkan.. kerajaan perlu mengambilkria semua ini, TETAPI pihak berijazah asyik mengungkit psl gaji mereka perlu lebih tinggi dari bukan berijazah, jik melihat dari segi kelayakkan sahaja menandakan yg berijazah hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Apa salahnya jika gaji semua hampir atau berdekatan, masing2 telah diberikan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan tak kiralah samaada byk atau kurang kerana semuanya itu menuju kepada matlamat yang telah ditetapkan. Macam kita membina kereta ada yg buat kimpalan yang perlu kemahiran, pendawaian yang perlu kemahiran, pasang nut tayar yang kurang perlu kemahiran, masing2 ada tugas tapi kepentingannya tetap sama. Sumbangan PnP telah diiktiraf dengn pemberian elaun=elaun tertentu dan kadarnya melebihi dari elun yang diterima oleh kum pelaksana. saudara yang mencoretkan perkara diatas hanya membincangkan gajinya hampir sama dengan isterinya tetapi kenapa tak kata elaun yang diperolehi jauh dari isterinya. Jelas walau gaji hampir sama tapi jika dijumlahkan gaji + elaun tentunya pendapatan tuan melebihi dari pendapatan isteri tuan kan.

Saya sokong jurang gaji diantara PA tidak terlalu jauh dan hanya elaun2 dibezakan ikut kelayakkan.

Tanpa Nama berkata...

saudara yang mencoretkan perkara diatas hanya membincangkan gajinya hampir sama dengan isterinya tetapi kenapa tak kata elaun yang diperolehi jauh dari isterinya. Jelas walau gaji hampir sama tapi jika dijumlahkan gaji + elaun tentunya pendapatan tuan melebihi dari pendapatan isteri tuan kan.
...................................

Mana ada lebih. kurang lagi ada.Selalu kena gelak dengan anak buah je. Betullah agaknya dato presiden ceupac hanya menjaga ahli yang tidak berijazah. Tahniah ceupacs!!! Bila ada kenaikan mengikut %, gred 41 pasti jadi mangsa. Tengok-tengoklah kami yang di gred 41 ni dato.

Tanpa Nama berkata...

hidup Cuepac........Terus berjuang hingga berjaya

Tanpa Nama berkata...

Untuk pengetahuan presiden Cuepacs,gaji anggota tentera telah mula dibayar mengikut skim SBPA bermula bulan januari 2012 lagi.Jadi Datuk Omar jangan buat2 tak tahu pula.

Tanpa Nama berkata...

salam,dato president cuepac..saya mencadangkan agar elaun keraian jusa,turus,ketua2 jabatan dikaji semula agar tidak berlaku kerugian pada kerajaan,sebagai contoh :- jawatan pembantu am rendah jika mereka melakukan tugasan luar pejabat naximum 12 kali,mereka layak membuat tuntutan elauan basikal,walaupun mereka dah naik motosikal..sebanyak rM120.00.Jika dibandingkan dengan Gred yang lebih tinggi,,kadang2 dalam sebulan ada yang tak pernah meraikan apa2 pun jika tiada lawatan pegawai dari luar.Alangkah baiknya jika amalan tuntutan tersebut ditetapkan dalam sebulan bagi gred lebih tinnggi maximum 4 atau 5 kali baru mereka layak membuat tuntutan elauan keraian.Untuk makluman cuepac dan JPA yang sedia maklum sekiranya ada pun mereka ini meraikan sesuatu acara sekalipun,minum ke makan ,,bukannya mengunakan elaun yg mereka perolehi,sebaliknya Local Order(LO).Minta dikaji semula.Kerana mereka ini lah yang suka query elauan pakaian pemandu(satu tahun satu kali),elauan telefon pemandu.ot pemandu dsbnya...Tak pernah nak Query elauan sendiri...

Rabu, Februari 01, 2012 8:35:00 AM
___________________________________

Pernah bertanya dgn Ustaz, ttg elaun keraian yg diberi kepada ketua jabatan atau gred2 tertentu; Katanya wang elaun keraian itu hanya boleh digunakan spt makan/minum dsbgnya oleh pegawai tersebut ketika meraikan tetamu sahaja atau mengadakan jamuan/majlis bagi meraikan seseorang dan wang itu adalah HARAM digunakan untuk tujuan peribadi seperti makan minum sendiri, bayar rumah, bayar kereta dsbgnya.

Kepada bijak pandai dlm agama,Mohon dijelaskan secara terperinci mengenai perkara di atas. Mohon kemaafan jika saya tersilap.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah untuk kopek yg bodoh, bangang n bahlul. Tengoklah gaji basic DG32 berjumlah rm2400++ tapi DG41 hanya RM1700+++ itu mau kasi selaraskah? Bagus balik jaga makmal tu elok2 daripada asik berkongris...

Rabu, Februari 01, 2012 6:26:00 PM
_____________ hang brape hari kerja ? sudah confirm keja? dah lulus exam perkhidmatan ? Baca bab gred lantikan pegawai .... baca bab gred kenaikan pangkat.
Kalau dah faham ... mai balik masuk cuepacs blogspot , kita berforum smula. Lu punya bahasa tak melambangkan IQ pegwai berijazah. Pttuiihh !!!

Tanpa Nama berkata...

Yang hang bising sangat tu hang pandai sangat kira kah? Kata nak perjuangkan gred gaji 54 dan ke bawah. Tapi awat hang nak beza 40 ke bawah 13% dan 41 ke atas tu 10%. Kalau nak adil dan saksama biarlah semua dapat 13% Itu pun tak boleh nak pikie kah? Bodoh sangat lah tak boleh pikie lagu tu.Elaun kumpulan profesional pun bukannya banyak. elaun khidmat awam dia pi ganti elaun keraiaan beza RM100.

Tanpa Nama berkata...

Saya tak faham dengan perjuangan cuepacs ni. Saya setuju sangat kalau selaraskan saja semua merasa dapat kenaikan 13%. Jangan kerana memperjungkan golongan tertentu ada golongan lain yang terinyaya.

Tanpa Nama berkata...

Yang Berbahagia Datuk, saya berpendapat permohonan Cuepacs tu yang perlu dikaji semula. Janganlah mengabaikan permintaan golongan 41 dan ke atas. Saya secara pribadi bersetuju sekiranya diselaraskan sahaja bagi semua gred. Orang yang dapat JUSA tu pun bukannya dari mula kerja dapat JUSA. Berbaloilah untuk semua. Jangan nanti golongan 41 keatas tak puas hati pula. Sebagai pemimpin kami, Yang Berbahagia Datuk perlu melihat untuk kepentingan semua bukan hanya kepentingan pribadi. Insya Allah kalau Datuk ikhlas berjuang untuk semua Penjawat Awam berjuanglah tanpa melihat sebelah mata sahaja Sorry to say...

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju sangat agar Cuepacs mengkaji balik permohonan Cuepacs. Bukan apa, golongan 41 dan ke atas sebenarnya banyak ketinggalan daripada segi mata gaji. Tambahan pula banyak kemudahan golongan ini tidak dapat menikmati Sebagai contohnya OT golongan 41 dan ke atas tidak dapat menuntut, sedangkan golongan ini pun bekerja lebih masa juga

Hamba Allah berkata...

Datuk...
Saya seorang Guru yang telah dilantik dari DGA29 ke DG41 setelah berkhidmat hampir 10 tahun. Saya mempunyai seorg rakan yang lebih junior 1 tahun daripada saya dan beliau telah dilantik daripada DGA29 ke DGA32. Pada penyelarasan gaji tahun 2007 beliau telah meninggalkan gaji saya dibelakang sebanyak RM450. Selama itu saya memang jauh ketinggalan daripada segi mata gaji. Sehinggalah saya mendapat DG44 barulah saya dapat mengejar gaji beliau dengan lebihan gaji sebanyak RM60. jika sekiranya cadangan Cuepacs ini diterima pakai maka giji saya akan ketinggalan semula RM120. Dimanakah yang datuk katakan adil dan saksama? Berkenaan dengan elaun Kerayaan yang dinyatakan oleh komen yang pertama tu, dia dah tengok kah slip gaji bos dia tu? Kami dapat elaun kerayaan tapi tak dapat Elaun Khidmat Awam. Fikir2kan lah yang berbahagia datuk Biarlah perkataan adil dan saksama tu sesuai digunakan untuk semua Penjawat Awam. Saya setuju kalau semua dapat 13% seperti yang dicadangkan.

Tanpa Nama berkata...

Apakah CUEPACS hanya menjaga ahli yang tidak berijazah menjadi satu persoalan tidak terjawab? Bayangkan saya berijazah dan isteri sijil perguruan mula bertugas pada tarikh yang sama, dah 19 tahun jadi guru. Saya penerima 3 kali khidmat cemerlang PTK 4/4. Bagusnya perjuangan CUEPACS gaji saya dan isteri saya sama. Tahniah.
.........................
bukan untuk menidakkan kelebihan ijazah, apa yang penting adalah pendapatan PA bawahan cukup bagi menampung kehidupan harian. Pekiraan mengambilkira kos2 kehidupan bukan sahaja kepada kelayakkan.. kerajaan perlu mengambilkria semua ini, TETAPI pihak berijazah asyik mengungkit psl gaji mereka perlu lebih tinggi dari bukan berijazah, jik melihat dari segi kelayakkan sahaja menandakan yg berijazah hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Apa salahnya jika gaji semua hampir atau berdekatan, masing2 telah diberikan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan tak kiralah samaada byk atau kurang kerana semuanya itu menuju kepada matlamat yang telah ditetapkan. Macam kita membina kereta ada yg buat kimpalan yang perlu kemahiran, pendawaian yang perlu kemahiran, pasang nut tayar yang kurang perlu kemahiran, masing2 ada tugas tapi kepentingannya tetap sama. Sumbangan PnP telah diiktiraf dengn pemberian elaun=elaun tertentu dan kadarnya melebihi dari elun yang diterima oleh kum pelaksana. saudara yang mencoretkan perkara diatas hanya membincangkan gajinya hampir sama dengan isterinya tetapi kenapa tak kata elaun yang diperolehi jauh dari isterinya. Jelas walau gaji hampir sama tapi jika dijumlahkan gaji + elaun tentunya pendapatan tuan melebihi dari pendapatan isteri tuan kan.

Saya sokong jurang gaji diantara PA tidak terlalu jauh dan hanya elaun2 dibezakan ikut kelayakkan.
===============================
Saya sokong 1000%, JIKA HUTANG SAMBUNG BELAJAR RM 50 000.00 Cuepacs/Kerajaan bayar .. Gaji tak jauh Ijazah dengan Sijil ... tak pe

Tanpa Nama berkata...

Tahniah untuk kopek yg bodoh, bangang n bahlul. Tengoklah gaji basic DG32 berjumlah rm2400++ tapi DG41 hanya RM1700+++ itu mau kasi selaraskah? Bagus balik jaga makmal tu elok2 daripada asik berkongris...

Rabu, Februari 01, 2012 6:26:00 PM
------------------------------------
kenyataan di atas ni ditulis oleh guru DG41 yg berasal dari GSTT berkelulusan SPM gred 3 aliran sastera, dpt jadi guru tetap melalui kursus KDC, dpt ijazah belajo secara out campus dr OUM dgn CGPA 1.52 je..

Tanpa Nama berkata...

Gred 54 dan kebawah patut dapat 13% juga, bukan hanya gred 40 kebawah . Baru adillah.

Tanpa Nama berkata...

40 KEBAWAH NAIK 13% 41 hingga 54 10%
ini x adillll...biar sama2 merasa 13% kenaikanlah baru adilll...

Wa geram ngan Kopek berkata...

Kopek....kopek... Datuk pg sambung belajarlah... baru tau keperitannya...

Kumpulan kecewa ngan Cuepacs berkata...

Adil dan saksama... Tahniah Cuepacs... Bagilah semua kenaikan tu sampai 50% kat 40 ke bawah. Kita orang ni bukannya buat kerja macam kumpulan pelaksana. Kami ni tak da tanggungan macam kumpulan pelaksana. Kami tak da hutang macam kumpulan pelaksana. Kami ni banyak elaun, bukan macam kumpulan pelaksana. Kami hanya tahu duduk menghabiskan duit rakyat saja. Puas.....?

Tanpa Nama berkata...

sia -sia belajar tinggi2, last org bawah gak yg untung dh la kerja mengeteh jer, suruh buat keje ckit,mula la komplaint hampeh btol

Tanpa Nama berkata...

klu jadi ijazah ngan tak ijazah nk bagi sama, apa guna ipt buat program ijazah,klu mcm tu ko jgn suruh anka ko sambung belajar la habis jer spm mintak gomen sbb gaji nk samakan...

Tanpa Nama berkata...

Tuan2 puan2....lepas ni x payah suruh anak2 kita belajar tinggi melangit...x payah dapatkan segulung ijazah...cukup ada SPM sj....masuk kerja ngan GOV gaji lebih kureng dengan Lepasan Ijazah gak....

Tanpa Nama berkata...

bersyukurlah dengan kenaikan yg ada..apa pun lebih baik ada daripada tida ada...

Tanpa Nama berkata...

Pegawai 41 yang berasal dari kumpulan pelaksana (41 (S)) merupakan golongan yang paling tidak puashati dalam forum ini, sehinggakan sanggup menghalang kumpulan pelaksana mendapat pelarasan gaji yang lebih baik. Apa yang pasti mereka mesti lobi gaji pelaksana jangan melebihi dari gaji PnP itu sahaja matlamat mereka.

Pegawai 41 (S) ini juga (terutama guru) mula mengungkit kenapa mereka tidak boleh menjadi guru besar di tempat kerja yang kini disandang oleh 34, adakah dengan kelulusan `baru' boleh tuntut macam-macam.

Pegawai 41 (S) selalu bangkitkan kisah 2007 sehinggakan melupakan walau pun peratus kenaikan berbeza mengikut gred, dari segi kiraan ringgit kumpulan PnP mendapat lebih dari pelaksana.

Pegawai 41 (S) selalu bangkitkan perbezaan gaji mereka dengan rakan-rakan yang tidak melanjutkan pelajaran kecuali mereka tidak bangkitkan perbezaan elaun yang mereka terima.

Pegawai 41 (S) tidak faham Arahan Pentadbiran dari segi syarat-syarat Lantikan Baru dan perbezaan dengan jawatan kenaikan pangkat.

Pegawai 41 (S) jika ada ketidakpuasan berkaitan dengan tanggagaji harap berunding terus dengan JPA, bukan jadi batu api menghalang PA lain menuntut hak mereka.

Pegawai 41 (S) dalam SBPA telah ada penambahbaikan dari segi syarat2 lantikan pertama iaitu pengalaman yang setara dengan jawatan baru akan diambilkira dalam menentukan mata tanggagaji. seperti contoh yang `fresh' baru habis belajar dan tiada pengalaman berkaitan dapat tanggagaji T1, jika ada pengalaman yang berkaitan mungkin akan dapat T3,T4 dsb bergantung kepada lama pengalamannya. Perkara ini menguntungkan kepada bakal 41 (S) yang dilantik selepas 1.1.2012.

Kepada 41(S) yang dilantik dalam SSM yang tidak dapat keistemewaan di atas, harap buat memorandum kepada JPA supaya syarat tersebut terpakai kepada anda. JANGAN LAGI MENYALAK DI SINI DANG MENGHALANG REZEKI ORANG LAIN.

Tanpa Nama berkata...

orang-orang dalam cuepac ni sebenarnye gred brape??? mcm gred 40 ke bawah je...kata pejuangkan 1.4juta penjawat awam...dlm jumlah tuh ade pegawai gred 41 ke atas...jangan di lupai kami nih...dah menjadi lumrah alam, belajar lagi tinggi, lagi tinggi la gaji korang...xkan la nk samakan antara sijil, diploma n ijazah...kalu pelaksana nak gaji tinggi, belajar la lagi..baru adil...

Redzuan MD berkata...

nak ty dato presiden ni, KENAPA TAK BOLEH PEJUANGKAN SEMUA GRED DAPAT KENAIKAN 13%...tlg bagi alasan dato??

Tanpa Nama berkata...

Pada pilihanraya ke 13 akan datang saya dah buat keputusan nak pangkah BN dengan sepenuh hati........tapi bila aje SBPA keluar fikiran saya terganggu dan kacau sehingga sekarang dan rasa separuh hati saja dengan cadangan diatas, Tuan-tuan bijak pandai dalam blog ni boleh bagi idea atau pandangan untuk menyelesaikan konflik jiwa saya... Bukan apa takut tersalah buat keputusan.

SBPA- Sindrom Baru Penjawat Awam.

Tanpa Nama berkata...

Oi orang bangang di atas. Siapa yg menghalang rezeki siapa?Hang pandai baca kah? Baca komen dari atas tu, kumpulan hang lah yang minta elaun kerayaan dan kemudahan lain kumpulan berijazah dihapuskan. Kita nak minta sama saja utk semua. Faham...... Hang tahu sangat kah pasai kenaikan pangkat guru ni? Guru2 yang dapat DG32 tu bukannya semua jadi guru besarlah lah bodoh. Banyak yang naik pangkat secara time base. Kalau tak tahu baik hang jangan cakaplah... Bodoh.....

Tanpa Nama berkata...

Bagi penjawat awam yang gajinya sudah mencapai tahap maksimum, Cuepacs mencadangkan agar diberi kenaikan mengikut tempoh penjawat berada pada gaji maksimum iaitu jika 10 tahun diberi lima kenaikan, lapan tahun (empat kenaikan), enam tahun (tiga kenaikan), empat tahun (dua kenaikan) dan dua tahun menikmati satu kenaikan.
................
Cadangan oleh cuepac di atas tidak sesuai......buat kajian dulula nak buat macam tu...ini hanya menguntung satu-satu golongan sahaja....kenapa kami yang sepuluh tahun berkhidmat di gred 29 tidak dikira sedemikian rupa untuk times best 10 plus 5, 8 plus 4,6 plus 4 plus 2 dan 2 plus 1.. kenapa hanya pakai 10 plus 3...INI TIDAK ADIL................................................................

Tanpa Nama berkata...

bukan untuk menidakkan kelebihan ijazah, apa yang penting adalah pendapatan PA bawahan cukup bagi menampung kehidupan harian. Pekiraan mengambilkira kos2 kehidupan bukan sahaja kepada kelayakkan.. kerajaan perlu mengambilkria semua ini, TETAPI pihak berijazah asyik mengungkit psl gaji mereka perlu lebih tinggi dari bukan berijazah, jik melihat dari segi kelayakkan sahaja menandakan yg berijazah hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Apa salahnya jika gaji semua hampir atau berdekatan, masing2 telah diberikan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan tak kiralah samaada byk atau kurang kerana semuanya itu menuju kepada matlamat yang telah ditetapkan. Macam kita membina kereta ada yg buat kimpalan yang perlu kemahiran, pendawaian yang perlu kemahiran, pasang nut tayar yang kurang perlu kemahiran, masing2 ada tugas tapi kepentingannya tetap sama. Sumbangan PnP telah diiktiraf dengn pemberian elaun=elaun tertentu dan kadarnya melebihi dari elun yang diterima oleh kum pelaksana. saudara yang mencoretkan perkara diatas hanya membincangkan gajinya hampir sama dengan isterinya tetapi kenapa tak kata elaun yang diperolehi jauh dari isterinya. Jelas walau gaji hampir sama tapi jika dijumlahkan gaji + elaun tentunya pendapatan tuan melebihi dari pendapatan isteri tuan kan.
...................................
woi bangang berlajarla tinggi kalau nak gaji tinggi...kalau macam tu baaik tak masuk u atau sebagainya...hutang pun tak habis lagi....gaji kecik buat cara kecik la bodoh...aku geram sebab mika ni penting diri sendiri kata orang lain penting..kami nak keadilan...lah pi mampuis la bodoh...

Tanpa Nama berkata...

Hamba Allah berkata...

Datuk...
Saya seorang Guru yang telah dilantik dari DGA29 ke DG41 setelah berkhidmat hampir 10 tahun. Saya mempunyai seorg rakan yang lebih junior 1 tahun daripada saya dan beliau telah dilantik daripada DGA29 ke DGA32. Pada penyelarasan gaji tahun 2007 beliau telah meninggalkan gaji saya dibelakang sebanyak RM450. Selama itu saya memang jauh ketinggalan daripada segi mata gaji. Sehinggalah saya mendapat DG44 barulah saya dapat mengejar gaji beliau dengan lebihan gaji sebanyak RM60. jika sekiranya cadangan Cuepacs ini diterima pakai maka giji saya akan ketinggalan semula RM120. Dimanakah yang datuk katakan adil dan saksama? Berkenaan dengan elaun Kerayaan yang dinyatakan oleh komen yang pertama tu, dia dah tengok kah slip gaji bos dia tu? Kami dapat elaun kerayaan tapi tak dapat Elaun Khidmat Awam. Fikir2kan lah yang berbahagia datuk Biarlah perkataan adil dan saksama tu sesuai digunakan untuk semua Penjawat Awam. Saya setuju kalau semua dapat 13% seperti yang dicadangkan
...................
saya setuju sangat dengan beberapa kenyataan diaatas termasuk yang disalin diatas....mengapa JPA sendiri mengabaikan perkara ini..dimana keadilan. kami golongan ini memang teraniaya...ingat Allah kan balas kat anda semua yang tidak bertanggungjawab dan hidup tak senang sepanjang hayat....

Tanpa Nama berkata...

Oi orang bangang di atas. Siapa yg menghalang rezeki siapa?Hang pandai baca kah? Baca komen dari atas tu, kumpulan hang lah yang minta elaun kerayaan dan kemudahan lain kumpulan berijazah dihapuskan. Kita nak minta sama saja utk semua. Faham...... Hang tahu sangat kah pasai kenaikan pangkat guru ni? Guru2 yang dapat DG32 tu bukannya semua jadi guru besarlah lah bodoh. Banyak yang naik pangkat secara time base. Kalau tak tahu baik hang jangan cakaplah... Bodoh.....
.....
memang betul cakap saudara pelaaksana ni memang bangang kecik2 tak mau mampus besar nyusahkan orang....dia tu bukan saja bodoh bangang dan bengap penting diri sendiri...kelulusan rendah hendak gaji sama tinggi beza elaun saja....apa jenis manusia.......haram jadah betul....
kupek pun sama asyik bela meka ni saja boleh jalan la omar.....hang tidak adil.....

Tanpa Nama berkata...

DATO' PRESIDEN,

KAKITANGAN AWAM YANG TIDAK BUAT KERJA JAWATAN HAKIKINYA TIDAK DISOKONG UNTUK KENAIKAN PANGKAT,TAPI MEREKA PANDAI MELOBI SEPARUH MATI UNTUK DAPAT NAIK PANGKAT DAN DAPAT ANUGERAH CEMERLANG.ASYIK BUAT KERJA LUAR DAN TIDAK MINAT DENGAN JAWATAN HAKIKI.KEMUDIAN MENYALAHKAN CUEPACS,LAGI SATU TIDAK JADI AHLI KESATUAN SEKERJA KUTUK PRESIDEN CUEPACS PULA,TAK PANDAI,YANG HAIRAN MEREKA TIDAK JADI AHLI GABUNGAN CUEPACS.KAMI MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA BUKAN AHLI MENGUTUK DATO PRESIDEN DALAM APA JUA ISU,JADI APA BILA HAJAT MEREKA TERTUNAI MAKA W/PUN TAK JADI AHLI,KATA PULA APA GUNA JADI AHLI KESATUAN SEKERJA,KAMI PUN DAPAT BONUS DAN LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN YANG DITUNTUT OLEH CUEPACS.

Tanpa Nama berkata...

Pelik bin ajaib, kita PA menggunakan kata-kata kesat di sini, ada tak respond daripada Cuepacs sendiri dalam blog ni. Rasanya tak pernah pun lihat Presiden Cuepacs atau Timbalan atau Ahli Jawatankuasa Cuepacs memberikan komen dalam blog ni. Nampaknya usaha kita PA sia-sia saja. Bagai A..... menyalak Bukit jer lah....

Tutup jer lah blog nie, sepatutnya blog yang dikatakan memperjuangkan hak 1.2 juta PA perlu lebih proaktif untuk menjawab soalan2 yang dikemukakan oleh PA ini. Tetapi sayu jer ahli-ahli cuepacs ni, rasanya cuepacs lebih suka buat roadshow kat setiap negeri, masyukkkkkk dapat claim.

Tanpa Nama berkata...

salam.pohon bw satu cadangan shj.iaitu time based kpd semua gred 1-54.cth; guru 8 thn.adaptasi kan time based ini kpd semua gred.baru adil dan rakyat suka.maknanya adalah peningkatan kualiti hidup rakyat mahrain.

Tanpa Nama berkata...

terus perjuangan cuepacs.jgn jd lombu.kerobau boleh.

Tanpa Nama berkata...

GRED 41,44,48,52,54,JUSA DIJPPH MALAYSIA DIJAGA KPP JUSA A MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT YANG SELESA APABILA ADA KEKOSONGAN.
GRED 36,32,27,26,22 DAN 17 DIJAGA OLEH TIMBALAN KPP JUSA B,UNTUK MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT KE 22,26 DAN 32 SERTA 36 AMAT PAYAH DIBANDINGKAN DENGAN JABATAN JABATAN LAIN,TIMBALAN KPP PENGURUSAN NAIK PANGKAT SENANG TAPI ORANG BAWAHAN LAMBAT.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Prisden CUEPACS saya terpanggil untuk memberi ulasan dalam ruangan ini. Kalau dilayan semua permintaan, sampai bilapun masalah gaji kakitangan awam tidak akan selesai. Saya cuma mahu merayu, agar bagaimana carapun gaji kakitangan awam dinaikkan atau ditambahbaik, biarlah adil dan tidak ada penjawat awam yang terpinggir mengikut kepada kelulusan. maknanya peratus kenaikan itu biarlah sama saja untuk semua.Contohnya kalau 13% biarlah 13%, Kerana di manapun kategori mereka, yang pasti mereka semuanya menampung kos hidup yang tinggi. Sekian dan renung-renungkan.

Tanpa Nama berkata...

GAJI 1-40 DIBERI 13%.41-54 DIBERI 10%.SAMA MACAM DULU,NON GRADUIT GAJI NYA LEBIH TINGGI DARI GRADUIT.KONKLUSINYA RAKYAT MALAYSIA TAK PERLU BELAJAR TINGGI-TINGGI.CUKUP SETAKAT PMR DAN SPM.BAGI YANG ADA MASTER DAN PHD PUN TAK GUNA,TAK DIHARGAI.KALAU DI LUAR NEGARA,CUCI PINGGAN MANGKUK PUN ADA MASTER & PHD.BILA RAMAI YANG MISKIN,SEMUA KERAJAAN BERI BANTUAN ITU DAN INI.DENGAN RUMAH MESRA RAKYAT,PPRT,BRIM 500,SRIM DAN BANTUAN-BANTUAN ANAK DI SEKOLAH.SEMUANYA DAPAT SENANG LENANG,TAK PERLU BERUSAHA DAN BELAJAR TINGGI-TINGGI.CUEPAC TAK NAK PERJUANGKAN BAGI GURU-GURU YANG ADA MASTER DAN PHD?

Tanpa Nama berkata...

Panel SBPA; utk tindakan Y. BHG. Datuk Farida,

1)JPA DIHARAP SEMAK SKIM PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN DAN PEMBANTU PENILAIAN,APABILA ADA PERUBAHAN SKIM, NAMA JAWATAN BERUBAH,GRED GAJI TAK BERUBAH,DULU JAWATAN PEMBANTU PENILAIAN DISEBUT JURUTEKNIK PENILAIAN BILA SSB/SSM DIUBAH KE PEMBANTU PENILAIAN KINI GRED GAJI MASIH KEKAL W17(GRED BARU W4-1),PELUKIS PELAN DULU GRED RENDAH DARI PEMBANTU PENILAIAN SEKARANG J3-1,KEBANYAKAN YANG BEKERJA DIJPPH BUKAN ADA SIJIL KEMAHIRAN,JPA TENGOK DARI APA?KAMI PEMEGANG SIJIL INSPEN KELUARAN INSTITUT PENILAIAN NEGARA JABATAN PENILAIAN HARTA MALAYSIA BANGI TELAH DIIKTIRAF SIJIL OLEH JPA,TETAPI JPA YANG TAK NAMPAK PULA kepada kami BAGI W3-1 kpd PELUKIS PELAN yang tiada sijil kemahiran.

2)Penolong Pegawai Penilaian dulu sama dengan Penolong Jurutera,Penolong Pegawai Perancang,apabila SSB dan SSM,kami jadi gred rendah sama taraf dengan penolong pegawai tadbir,penolong pegawai tanah,penghulu dan lain-lain,sedangkan belajar di Universiti spt Uitm,UTM amat pecah kepala nak mengingatkan KTN,Akta Perancang,Akta Kerajaan Tempatan,Akta Parit dan jalan dan lain-lain merupakan pembelajaran secara teknikal,namun kini gaji W2-1,W2-2,W2-4.Penolong Pegawai Perancang J2-1,J2-4 dan J2-5.Tanggungjawab berat dijpph kerja mesti cepat,buat masa ini tempoh kerja disingkat,kerja lebih,jpa tak tengok dan pandang masalah yang dihadapi oleh Penolong pegawai penilaian dijpph.Kumpulan atasan cepat naik macam 41 untuk ke 44,44 ke 48, 48 ke 52 dan 52 ke 54,ada kosong terus naik.