SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Januari 2012

JAWATANKUASA KHAS KAJI SBPA DIBERI TEMPOH TIGA BULAN- NAJIB

Bernama
22/1/2012


KUANTAN, 21 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri berkata skim baru berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan.

"Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan kepada semua," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam negeri Pahang di sini.

Turut hadir bersama hampir 7,000 penjawat awam itu ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Najib berkata kerajaan amat prihatin terhadap sebarang rasa tidak puas hati dan dakwaan kepincangan sistem baru itu dan bersedia menimbang rayuan yang dibuat dalam menambahbaikan sistem berkenaan.

Perdana Menteri baru-baru ini mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu.

Berikutan itu, satu pasukan petugas ditubuhkan dipengerusikan Ismail yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman luas beliau dalam hal berkaitan perkhidmatan awam.

Najib berkata kerajaan juga bersedia menimbangkan pemberian gaji yang lebih kepada penjawat awam, bagaimanapun ia perlukan dikaitkan dengan peningkatan produktiviti mereka.

"Kerajaan boleh bagi tambahan gaji dan bonus tetapi ia perlu dikaitkan dengan produktiviti yang tinggi, kalau ekonomi menguncup, mana mana nak bagi kenaikan gaji dan bonus?," katanya.

Beliau berkata penjawat awam dilihat sebagai kumpulan yang amat penting dalam pentadbiran negara kerana apa jua dasar dan agenda besar bergantung kepada peranan serta sumbangan mereka.

"Penjawat awam adalah sekumpulan dalam pentadbiran negara, penting kerana apa agenda besar negara yang hendak dibawa kerajaan pada kesudahannya, kesampaiannya, bergantung kepada peranan dan sumbangan penjawat awam di seluruh negara, sama ada di peringkat pusat atau negeri," kata Najib.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga sedang dan akan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan menggunakan strategi baru yang perlu didukung penjawat awam bagi mencapai impian menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Menjelang fajar 2020, kita hendak mencapai sebuah negara maju, saya anggap wawasan yang dibuat (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai satu impak kepada negara, itulah yang kita sambut ketika itu, dan kurang daripada 10 tahun, kita nak capai negara maju, inilah cabaran kepada kita," katanya.

Najib berkata kerajaan yang ketika ini melaksanakan pelbagai transformasi baru, juga melaksanakan pelbagai strategi baru bagi mencapai hasrat berkenaan.

"Ada kalanya strategi yang digunakan dahulu (pimpinan sebelum ini) baik dan tepat, tapi strategi itu menjadi kekangan (pada masa ini) dalam usaha kita untuk mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi," katanya.

Justeru, Najib berkata pendekatan di bawah kepimpinannya ketika ini adalah menggunakan strategi yang dilihat mampu untuk mencapai kesinambungan dan harapan kepimpinan sebelum ini, dan ia perlulah didukung semua pihak terutamanya penjawat awam.

Dalam ucapannya itu, Najib turut menyentuh berkenaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang menurutnya rakyat dilihat lebih "senang" menerima bantuan sedemikian berbanding bantuan yang tidak dilihat dalam bentuk wang tunai, misalnya pemberian subsidi dan kemudahan prasarana yang dilaksanakan kerajaan.

"Bajet 2012, short term, selagi tak merasa (wang), tak puas hati, jadi kita putuskan beri BR1M. Bila kita tolong (beri) subsidi (kepada barang keperluan), itu (dilihat sebagai) perkara biasa, subsidi bertambah kepada RM22 bilion untuk bantu rakyat bagi tahun ini," katanya.

Najib berkata pemberian BR1M sebenarnya bertujuan membantu golongan rakyat yang susah dan ia terjemahan daripada slogan 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

"Kalau kita hendak berjaya dalam abad ke-21 ini, ide kita mestilah lebih baik daripada orang lain bagi mencapai transformasi besar, namun kita mestilah berpijak di bumi nyata.

"Kalau dah terbukti (kepimpinan kerajaan Barisan Nasional), kalau dah proven (rakyat) tak perlu tolak. Apa yang perlu adalah kepada penambahbaikan, (rakyat) janganlah tolak sesuatu yang sudah terbukti (kepimpinan pemerintahan).

"Saya tak kata kita (kerajaan sedia ada) perfect. Kalau tak betul, kita akui dan kita buat penambahbaikan dalam semua perkara," katanya.

-- BERNAMA

9 ulasan:

ROSMAH berkata...

SALAM. JPA...TOLONG KEMBALIKAN SEMULA JAWATAN NAIK PANGKAT GURU CEMERLANG DI SEMUA SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH...

Tanpa Nama berkata...

3 bulan lambat bossssss.......lepas pRU13 lah jawabnya tu.nanti tunggakan lagi banyak kena bayar kpd PA mulai januari hingga april.kata lah sorang naik rm200.darab 4 bulan dah rm400.darab dengan 1.4 juta PA = ? RM.letih bos.banyak tanggung nanti.

pemberian rm100 (utk sekolah) rm200 buku pelajar ipta/ipts.rm500 bantuan

fuhhhh duit banyak habis di laburkan tu.jadi harap ceupacs tak payahlah tunggu sampai 3 bulan.lg percepat lg bagus lah.kami PA terima saja apa yang allah nak beri.kami bersyukur walau sedikit walau banyak yang kami dapat.itu semua adalah pemberian allah snwt.rezeki di atas muka bumi ini adalah dari dia.banyak ke sikit ke yang dapat itu adalah dari dia.harap ceupacs percepatkanlah.tak usah tunggu2 sampai cukup tempoh 3 bulan baru nk jalan.mana yang dah ok tu teruskan saja.nanti bebanan kepada kerajaan malaysia dengan keluar duit yang terlalu banyak utk memenangi hati rakyat.

nanti kalau misal kerajaan kita susah, bagaimana rakyat ? nk jadi mcam somalia ? hari2 makan air mata.kita syukur hari2 dpt makan walau pun dgn nasik saja.di afrika tu hari2 makan air mata.apa kita nak begitu ? mudah2an tak terjadi begitu.kerana itulah kita kena belajar bersyukur di atas apa yang allah kurniakan kepada kita nescaya allah akan tambah lagi agar malaysia kita ini melimpah ruah dengan rezeki nya dan rakyat hidup makmur dan gembira.jadi harapan kami moga pihak ceupacs percepatkanlah segala proses2 perbincangan yang jitu agar mendapat keputusan yang memuaskan semua pihak.

pakya uban

Tanpa Nama berkata...

Salam, cadangan saya:
PA yang menamatkan perkhidmatan sebelum umur bersara perlu dibayar ganjaran penuh. Contohnya PA yang telah berkhidmat selama 10 tahun dan mengambil keputusan untuk bersara awal perlulah dibayar ganjaran penuh.

guru kita berkata...

KENAIKAN GAJI GURU T1 LEBIH TINGGI DARI KENAIKAN GAJI GURU T3
Kami golongan guru juga mengalami kenaikan gaji yang tidak seragam. Satu lagi persoalan mengapa penjawat awam yang berkhidmat pada tangga gaji ganjil, contoh T21 dalam SBPA akan sama dengan tangga gaji penjawat awam yang berkhidmat setahun awal daripada mereka, Contoh, T 22, Ini akan membawa banyak keuntungan kepada mereka yang berkhidmat pada tahun ganjil. Malah kenaikan penjawat awam tahun ganjil lebih tinggi daripada kenaikan penjawat awam tahun genap. Ini membuatkan SBPA Nampak sangat kepincangannya dari struktur gajinya,

Pertukaran pergerakan gaji tahunan juga menimbulkan tidak puas hati kerana ada sesetengah penjawat awam dipercepatkan anjakan tahunan mereka dan ada juga ditangguhkan anjakan ke belakang. Kalau dikaji mengenai SBPA, masih banyak lagi perbezaan ketara.
Apa yang paling adil untuk semua penjawat awam ialah membuat pelarasan gaji berdasarkan peratusan mengikut gred seperti dibuat sebelum ini kerana terlalu sukar untuk memuaskan hati semua 1.4 juta penjawat awam
Moga pihak JPA buka mata akan tu agar tidak berlaku ketidak puas hati ...nak buat pelarasan pun biarlah adil.Pada pandangan saya kenapa masalah gaji senior sama dgn gaji junior dan sebagainya jadi begitu.

Banyak lagi diskriminasi yang dilakukan oleh JPA dalam SBPA ini.

Saya berpendapat yang SBPA ini SEPATUTNYA DITANGGUHKAN dahulu.naikkan peratus gaji sama...contoh 10% untuk semua gred..jadi kenaikan adalah adil kepada semua gred....sekarang ni bila sbpa gaji junior lebih tinggi dari senior..sapa tak frust...

Naik gaji ikut peratusan dan match ke jadual gaji baru SBPA baru betul dimana kenaikan tidak kurang dari 1 pergerakan gaji tahunan.
Jika cara ini dilaksanakan tiadalah kenaikkan gaji yg tidak seragam dan adil.

Mengapa tak selaraskan saje..T1 SSM ke T1 SBPA, T2 SSM ke T2 SBPA... dan setrusnya. Barulah adil , tiada yang kecewa senioriti gajinya kurang.

Betul apa yang artikel ini persoalkan....memang tak adil....saya komen ni sebab ini berlaku kepada kawan saya..dia juga adalah senior saya kat tempat kerja...dia dah kerja dah 5 tahun ...bila pelarasan gaji gaji dia sama ngan gaji saya yang baru berkhidmat 3 tahun...mana keadilan...kesian dia.......
memang tak adil...JANGAN LA SAMPAI ADA YANG TERANIAYA....MANA TAK ANIAYANYA KALAU KEJE DAH LAMA TAPI GAJI SAMA NGAN YANG ORG BARU.....ORG TAK RASA MEMANG LAAA TAKKAN BISING TAPI CUBA DUDUK TEMPAT YANG TERANIAYA MEMANG SAKIT HATI GILA.....DAH LAA SESETENGAH TU BUKAN WAT KERJA SANGAT...MAIN TOLAK KEJE JER...TUP..TUP GAJI SAMA NGAN YANG LAMA YANG WAT KERJA MACAM NAK MATI...KAJI SEMUA PIHAK BUKAN SATU KATEGORI JER......
Isu KEKANANAN yang hilang. Kembalikan semua kekananan untuk semua GRED baik yg melalui lantikan mahupun kumpulan kenaikan pangkat.

- Peratus kenaikan yang adil berdasarkan SIJIL dan KEKANANAN.
- Kemampuan kewangan kerajaan dalam memberi peratus kenaikan.
- Kekal dengan Cadangan PM untuk kenaikan 7-13 peratus sahaja. Dicadang semua kenaikan berdasarkan peratus pada mata gaji P1T1 masing-masing
pendapat saya, better kenaikan sesuai mengikut seniority dan perbezaan tidak sebegitu ketara.
mana adil kalo saya yang lapor diri apr 2010, naik gaji hanya rm167 sahaja, padahal peg yang masuk julai 2011, naik sampai rm260 utk sama level gaji dgn saya.
tu x kira lagi dgn pegawai yg msuk Nov 2009 (5 bulan lebih awal dr saya). NAIK SAMPAI RM300!! paling x tahan bila dia berlagak tu la. kalo dia x berlagak, sikit pun saya x tau yg gaji kami naik sgt2 berbeza, ok?

GAJI SBPA Junior setahun 3 bulan n senior 5 bulan naik melampau sbb dorg lapor diri ms tahun gnjil.. dan saya yang malang ni, naik ciput sbb lapor diri ms taun genap..mana keadilan

Kami golongan guru memohon semoga pihak Tan Sri, Dato',Tuan, Puan dapat membuat pertimbangan yang memuaskan semua pihak , yang senio tidak rugi dari gaji yang junior, harap-harap semakan gaji nanti biarlah yang T3 SSM ke gaji T 3 sbpa dan seterusnya. Segala tindakan Tansri, Dato', Tuan , Puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

PRU-13 berkata...

SIAPA NAK RM100? SAYA. SIAPA NAK RM200? SAYA. SIAPA NAK RM500? SAYA. SIAPA NAK GAJI NAIK? SAYA. SIAPA NAK HARGA BARANG NAIK? TAKKKKKKKKK NAKKKKKKKKKKKKKK

Tanpa Nama berkata...

Seramai 1.2 juta PA gred 1 -54 membuat tuntutan berbeza-beza. Jadi, saya mau tanya sama lu berapa ramai pakar yg terlibat dlm pembikinan SBPA itu ? Anehnya, bekas KP JPA dilantik sebagai ketua penael dlm J/K semakan SBPA.. Adakah 'Ajib Kor' tak tau langsung menu SBPA sebenar sebelum dilancarkan? Sekrg baru kelam-kabut konon2 mau disemak semula. Kalo tidak, nanti 1.2 juta itu orang marah-marah.

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALIKUM PM,JPA & 0MAR..APA SAJA KAEDAH SBPA KAU ORANG IKUT JE CARA AMALAN ISLAM..SEBAIK CONTOH MACAM BR1M & SARA 1 MALAYSIA..HAA SEMUA RAKYAT SOKONG..DALAM KITAB TAK ADA KATA ORANG SUSAH TOLONG ORANG KAYA..SAYA TAK KATA JPA TAK BETUL TETAPI PERBETUL SIKIT JE LAGI BEBERAPA PERKARA..PERTAMA,GOLONGAN GRED 1 SEHINGGA GRED 27 HARUS DIBERI PERHATIAN..INILAH GOLONGAN PARA ASNAF YANG WAJIB PM,JPA UTAMAKAN..GRED 29 SEHINGGA JUSA BIAR PM & JPA URUSKAN..CUEPAC PERJUANG GOLONGAN GRED BAWAHAN..SAYA SETUJU SANGAT DENGAN JPA..SELEPAS SBPA DIMUKTAMADKAN JIKA ADA SESIAPA YANG TAK BERSETUJU TAK BERPUASHATI SILA BUAT SURAT BERHENTI DARI PERKHIDMATAN KERAJAAN..INGAT SEMUA PA..UMUR 60 DAH CUKUP MENGANIAYAKAN LEPASAN SPM SERTA GRADUAN..KITA NEGARA ISLAM..BUAT APA IKUT BARAT..JIKA ADA DIKALANGAN PA SUDAH TIDAK BERMINAT MAKA BERHENTI DAN BERI PELUANG KPD ORG LAIN..BUAT AMAL IBADAT BANYAK2 SBB UMUR MANUSIA SETAKAT 60 SEPERTI YANG DJANJI OLEH NABI ADAM KEPADA MALAIKAT..JIKA LEBIH BONUS LAH TU..WAHAI PM & JPA SAYA NAK CADANGKAN PERKARA KEDUA..WUJUD KEMBALI SISTEM PEPERIKSAAN/BAR BAGI SEMUA GRED PERJAWATAN MCM DULU..SIAPA LULUS SEMUA UJIAN TEORI & PRAKTIKAL MAKA DIA LAH MANUSIA YANG LAYAK DIBERI PENGHARGAAN..HAA DULU MCM Niii LAH !!! SAPA PUN TAK BERANI KOMEN ! SEBENARNYA ORG PANDAI DLM JPA PUN KADANG2 BUAT SILAP JUGA..SEKARANG TENGOK APA JADI ! OMAR CUEPACS BUKAN MAIN LAGI..SALAK MCM ANJING..KERAJAAN NAK BUAT BAGI ELOK2 Ha OMAR CUEPAC PULA NAK SIMPAN PA PA PEMALAS..DUIT LEBIH2 TU BAGI PADA GOLONGAN LAIN SAMA..INI GRED 27 KE ATAS BAGI GILA2 KENAIKAN MEREKA..WAHAI PM UTAMAKAN KAMI GRED BAWAH..INSYAALLAH BN PASTI PERINTAH PUTRA JAYA..NAK JAGA RAMAI KA ATAU NAK JAGA CIPUT..BUAT MCM BR1M & SARA..SEMUA RAKYAT SERONOK..TAHNIAH.TAHNIAH PM..SO SBPA NI PM HATI2 LAH SIKIT SBB JPA DAN OMAR TU NAK PELINGKUP SAJA PEMERINTAHAN BARISAN NASIONAL..APAPUN PM,KAMI GOLONGAN BAWAHAN GRED 1-27 SEDANG MENANTI KEPUTUSAN YG ADIL LAGI SAKSAMA..SARANAN SAYA KETIGA..JPA TOLONG JANGAN LAYAN TUNTUTAN PA SENIOR KA ATAU JUNIOR SBB MEREKA INI MANUSIA YG TAK BERSYUKUR..DLM ISU INI TIDAK ADA YG TDK ADIL ATAU TERSISIH..SBB SEMAKAN GAJI PADA SATU2 MASA BERGANTUNG KPD KEADAAN EKONOMI SERTA SITUASI SEBENAR..SEMUA PA HARUS TERIMA HAKIKAT..SELAIN ITU,ISU JAWATAN KANAN TDK TIMBUL..YG PENTING SEMUA PA WAJIB LULUS CEMERLANG DLM SEMUA PEPERIKSAAN JABATAN..TDK TIMBUL SENIOR ATAU JUNIOR..JIKA SESEORANG PA LAYAK MAKA WAHAI JPA AWAK WAJIB MEMBERI PENGHORMATAN DAN GANJARAN SETIMPAL..BAGI PA YG MALAS SERTA JUMUD MAKA SISTEM SEKATAN GAJI AKAN MENENTU MASA DEPAN BELIAU DLM PERKHIDMATAN AWAM..CADANGAN KEEMPAT TOLONG JGN TAMBAH NOM ATAU GRED2 PERJAWATAN..PENING KAMI..CONTOH GRED N17..JIKA BELIAU LULUS CEMERLANG SEMUA UJIAN MAKA GAJI DAN GRED PERJAWATANNYA AKAN BERUBAH IAITU MELEPASI SEKATAN..WALAUBAGAIMANAPUN GRED N17 TETAP TDK BERUBAH CUMA PA TERSEBUT AKAN MENDAPAT GELARAN N17 TKT.KANAN..BUAT APA TIAP2 THN NAIK GAJI TAPI PENGALAMAN SIKIT DAN ILMU GLOBAL CETEK..JIKA TANYA SIAPA PM..SEJARAH NEGARA PUN TAK TAU..BM,MATEMATIK,ENGLISH MALAH BUTA KOMPUTER PULA..SEMUA UJIAN INI HARUS DIFIKIR OLEH PM & JPA JIKA MAHU MELAHIRKAN K/TGN AWAM YG BERKETRAMPILAN SERTA BERILMU BAGI MENYOKONG INSPIRASI RAKYAT SERTA WAWASAN NEGARA..AKHIR KATA SERTA NASIHAT SAYA KPD PM DAN JPA,TOLONG BUAT SATU KEPUTUSAN ADIL DAN PRIHATIN TERHADAP KAMI SEMUA GOLONGAN GRED BAWAHAN 1-27.. LBH2 LAGI YG SDH BERKHIDMAT MELEBIHI 30 THN..BAGI KUMP.ATASAN KAU ORG KENA ADA SIFAT KESIAN,BERTOLAK ANSUR SERTA PRIHATIN TERHADAP GOLONGAN2 PA YG BERPENDAPATAN RENDAH..KAMI SEMUA GRED BAWAHAN NI NAK TOLONG KERJA KAU ORG BAGI MUDAH DAN LANCAR JER..JIKA KAU ORG SEMUA GOLONGAN ATASAN ASYIK PENTING TEMOLOK KAU ORG JER..SAMPAI BILA KAMI NAK SOKONG KERAJAAN..HARAP2 PM GANTI SAJA KUMP.A DAN JUSA2 YG TAMAK DAN GILA KUASA SBB MEREKA INI LAH PEROSAK & PETUALANG NEGARA..PM TOLONG JGN BIMBANG ! SBB GRED BAWAH TERLALU RAMAI DAN RAKYAT LAIN PUN DAH DIBERI BR1M,SARA DAN LAIN2 BANTUAN..JADI TUNGGU..INSYAALLAH BARISAN NASIONAL AKAN SAPU SEMUA KERUSI P/RAYA UMUM KE 13 NANTI..HIDUP BN 1000X..HIDUP NAJIB..

Tanpa Nama berkata...

DATO' PRESIDEN,

KAKITANGAN AWAM YANG TIDAK BUAT KERJA JAWATAN HAKIKINYA TIDAK DISOKONG UNTUK KENAIKAN PANGKAT,TAPI MEREKA PANDAI MELOBI SEPARUH MATI UNTUK DAPAT NAIK PANGKAT DAN DAPAT ANUGERAH CEMERLANG.ASYIK BUAT KERJA LUAR DAN TIDAK MINAT DENGAN JAWATAN HAKIKI.KEMUDIAN MENYALAHKAN CUEPACS,LAGI SATU TIDAK JADI AHLI KESATUAN SEKERJA KUTUK PRESIDEN CUEPACS PULA,TAK PANDAI,YANG HAIRAN MEREKA TIDAK JADI AHLI GABUNGAN CUEPACS.KAMI MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA BUKAN AHLI MENGUTUK DATO PRESIDEN DALAM APA JUA ISU,JADI APA BILA HAJAT MEREKA TERTUNAI MAKA W/PUN TAK JADI AHLI,KATA PULA APA GUNA JADI AHLI KESATUAN SEKERJA,KAMI PUN DAPAT BONUS DAN LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN YANG DITUNTUT OLEH CUEPACS.

Tanpa Nama berkata...

GRED 41,44,48,52,54,JUSA DIJPPH MALAYSIA DIJAGA KPP JUSA A MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT YANG SELESA APABILA ADA KEKOSONGAN.
GRED 36,32,27,26,22 DAN 17 DIJAGA OLEH TIMBALAN KPP JUSA B,UNTUK MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT KE 22,26 DAN 32 SERTA 36 AMAT PAYAH DIBANDINGKAN DENGAN JABATAN JABATAN LAIN,TIMBALAN KPP PENGURUSAN Datuk Abdul Hamid bin Bakar NAIK PANGKAT SENANG TAPI ORANG BAWAHAN LAMBAT.