SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Januari 2012

KABINET ARAH TANGGUH SKIM SBPA SEKTOR AWAM

Sinar Harian
G MANIMARAN
January 12, 2012

SHAH ALAM - Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan semalam.

Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewan gan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.

Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.

"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.

Sebelum ini wujud dakwaan kononnya kakitangan kumpulan pengurusan tinggi dan kanan menerima kenaikan gaji sangat tinggi, sehingga mencecah 50 peratus.

Bagaimanapun ia telah dinafikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah bulan lalu.

SBPA memperkenalkan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Menurut sumber itu, kerajaan mahu kajian semula dijalankan ke atas keseluruhan komponen SBPA bagi memastikan tujuan pelaksanaan sistem gaji baru itu mencapai matlamat.

Mengenai tempoh penangguhan, sumber memberitahu, "ia kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, juga kemungkinan hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir, supaya segala rasa tidak puas hati selesai dan diatasi secara menyeluruh."

Pegawai-pegawai kanan perkhidmatan enggan mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun difahamkan Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

"Tunggulah esok, maklumat jelas akan dikeluarkan," kata seorang pegawai kanan ketika dihubungi.

Pada 18 Disember lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membuat pendirian tegas dengan meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA dan mengadakan perundingan dengan badan induk kesatuan awam itu.

Badan induk itu mendakwa pihaknya “amat kesal” kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak mengadakan langsung perundingan dengan Cuepacs sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan seharusnya memastikan setiap anggota perkhidmatan awam, yang saiznya 1.4 juta orang, menerima maklumat yang tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.

Omar berkata, perkara itu akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pertemuan itu telah diadakan akhir bulan lalu.

Ketika itu, Cuepacs juga meminta ahli-ahlinya tidak menerima opsyen sehingga perkara ini selesai.

Jabatan itu membuka opsyen menerima SBPA mulai 16 Disember lalu dan ia sepatutnya ditutup pada 30 Disember, tetapi dilanjutkan sehingga 15 Januari selepas pertemuan Cuepacs dengan Najib.

Omar juga mendakwa kakitangan awam dipaksa menerima opsyen tanpa diberikan maklumat mengenai sifir gaji dan tangga gaji.

Katanya, ia jauh berbeza berbanding ketika pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sebelum ini.

Mengenai kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang diumumkan oleh Najib ketika pembentangan Bajet 2012 pada Oktober lalu, Omar berkata, perkiraan pihaknya menunjukkan sebaliknya.

Ada yang mendakwa menerima kenaikan gaji jauh lebih rendah daripada kadar yang diumumkan Najib.

“Jelaskan kedudukan kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus ini,” kata Omar ketika itu.

Beberapa parti politik juga menggesa kerajaan menangguhkan SBPA atas alasan mengabaikan kepentingan kakitangan kumpulan rendah, yang merupakan dua pertiga saiz kakitangan awam.

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Naikkan gaji tapi batalkan aje SBPA nih... bengap....

Lulusan PMR berkata...

gred 11-16 PMR
gred 17-26 SPM
gred 27-40 STPM/SIJIL POLI/DIPLOMA
gred 41 ke atas DEGREE/MASTER/PhD

PMR MASIH RELEVAN

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Naikkan gaji tapi batalkan aje SBPA nih... bengap....

Khamis, Januari 12, 2012 3:02:00 PM

kalau ko pandai ko buat skim baru then jangan duk dalam GOV

Tanpa Nama berkata...

MEMANG PATUT PUN KELAYAKAN MINIMUM PENJAWAT AWAM GUNA SPM SEBAB PMR TU PENILAIAN BAGI MENENGAH RENDAH BUKAN NYE SIJIL.MCM SPM ADALAH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MCM GAK STPM.GRED 11 SEPATUT NYA GUNA SPM SBB MEREKA ADALAH PEMBANTU OPERASI YANG AKAN MENJLNKAN TUGAS PENTADBIRAN JUGAK.SY CADANGKAN:-

GRED 11-16 GUNA SPM
GRED 17-26 GUNA STPM/DIP
GRED 27-40 GUNA IJAZAH
GRED 41 KEATAS GUNA MASTER/PHD

BUKAN APA,UNIVERSITI SEMAKIN BNYK,GRADUAN MENGANGGUR PUN DA BERSEPAH.INILAH CARA UNTUK MENGHASILKAN PENJAWAT AWAM YANG BERILMU.
---------------------------------

----------------------------------

yahooo, sbpa tangguh. itu yg terbaik. mmg dr awal sdh nmpk sbpa dibuat mengikut jiwa JPA, mengikut tlunjuk jpa, dh versi terbaik hnya utk jpa. yg byk dpt adalah jusa, premier sementara yg melopong adalah sokongan yg kini dipanggil pelaksana. mgkin inilah hikmahnya, apabila pelaksana pn mula mengeluarkan rungutan mereka, membuka mulut dan mencabar keputusan yg dibuat sblm ini. bygkan drp 1.4 juta PA, lbh 800 ribu adalah pelaksana, yg rata2 buat kerja kbnyakan ikut kudrat, tulang 4 kerat, menjadi bahagian yg selalu disorong papan. mgkin yg bergaji besar xsetuju penangguhan ini, frustlah mereka utk menikmati gaji besar. tggu lagi. tp jgn lupa, kump rendah juga perlu dibela, nsb mereka bkn setakat sbg PA tetapi rakyat malaysia juga yg layak menikmati kemakmuran negara. justeru, jika sbpa dibuat dgn teliti, sgt2 mngambil kira kumpulan perkhidmatan yg ada, jurang pemisah yg rendah dan atas, yg senior/junior, yg dpt pergerakan 7 - 13% atau dibuat dgn jujur, insyallah, sistem saraan ini ptut jd yg TERBAEK kpd semua PA. jpa, cuepacs saja yg bincang xkan selesai, kena ada kumpulan tambahan di kalagan kakitangan utk turut sama dalam kajian ini. fikir2 lah...

Tanpa Nama berkata...

Syukur alhamdulillah.....

Mudah2an selepas perjumpaan ini,Cuepacs tidak akan lagi tunduk atas desakan dan atas kepentingan peribadi lagi..

Semoga usaha kalian dirahmati Allah s.w.t..

p/s;jangan dek kerana pekena teh/kopi sechewen anda layu bila berjumpa dengan pegawai atasan lagi!!!
"Agi Idup Agi Ngelaban'

Tanpa Nama berkata...

tangga gaji juga sepatutnya dikaji semula kerana adalah tidak adil JPA mengumpulkan 3 tangga gaji ssm ke 1 tangga gaji sbpa. Contohnya gaji PA yang sudah berkhidmat 10 tahun sama dengan PA yang berkhidmat selama 8 tahun. Malah PA yang telah berkhidmat selama 10 tahun ini hanya akan mendapat kenaikan gaji yang amat sedikit (kurang dari RM80) manakala PA yang berkhidmat 9 tahun akan mendapat kenaikan sebanyak RM140 malah PA yang berkhidmat 8 tahun akan mendapat kenaikan yang jauh lebih tinggi iaitu RM200++. Bezanya tarikh kenaikan tahunan sahaja yang diubah.

Tanpa Nama berkata...

kalo SBPA d tangguh..mknaa nyaa selepas PRU13 ne kaloo BN brkuasa lagii..SBPA akann ttap dtruskann..tiadaa prubahann d buatt..PA takk da suaraa lagii...krnaa BN sdahh brkuasaa..Mana PM nakk dengoo suara PA lagii..Omarr Osmann!!! jgnn trtipuu dgnn mainan politikk jadahh nee..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Naikkan gaji tapi batalkan aje SBPA nih... bengap....

Khamis, Januari 12, 2012 3:02:00 PM

kalau ko pandai ko buat skim baru then jangan duk dalam GOV

Memang aku tak pandai buat. Tapi aku x sebodoh ngko yang sokong buat mende nih tapi x bincang ngan semua pihak. Buat dulu, dah syok sendiri, kena hentam baru nak bincang...Ngko tu yg x layak dok kat GOV ni...
khaikh!!!tuih!!!

Tanpa Nama berkata...

Biarlah tangguhkan...ambil masa dan buat kajian mendalam agar tiada PA rasa dianaktirikan dan tiada berat sebelah kepada gred-gred lain....

Hidup ' berkata...

Tanpa Nama berkata...

Naikkan gaji tapi batalkan aje SBPA nih... bengap....

Khamis, Januari 12, 2012 3:02:00 PM

kalau ko pandai ko buat skim baru then jangan duk dalam GOV

Aku sokong statemnet atas sekali. Ko yg jawab ni sah2 jenis menyokong usul x kaji@periksa dulu. Senang kata pengampu besar. Bisingla ko pasal kenaikan gaji beso ko tertangguh. Pesal ko nak marah2? Loan gi haji ko dah lulus ye? Ke loan keta baru bini kedua ko dah start kena bayar? Pui..!!!

penguatkausaan berkata...

KASIM....
PERJUANGAN KITA TAK SIA SIA SIM

ALHAMDULILLAH...MOGA TIADA LAGI TIPU MUSLIHAT DISEBALIK PENAGGUHAN INI.

MOHON PERTIMBANGKAN ELAUN ATAU KELEBIHAN SKIM GAJI PENGUATKUASA SPT IMIGRESEN,KASTAM,PERHUTANAN,KPDNKK KERANA KAMI TERDEDAH DENGAN TOHMOHAN KONONYA RASUAH.HARAP GAJI KAMI LEBIH SIKIT SPT POLIS.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih sdr. Kasim.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa JPA telah menipu PM soal gaji sebabitu masa budget PM kata siapa yang sain SBPA dapat 7% - 13%, tetapi JUSA JUSA yang dapat hampir atau 100% kenaikan di sorok dari pengetahuan PM

memang dasar manusia hipokrit yang rangka gaji ni, kalau nak pencen pencenlah jangan menyusahkan PA PA tahulah awak tu nak pencen nakan gaji semasa....firaun betul

pendekar kundor berkata...

-----------------------------------

Biasolah awe selamat..
Zaman lor ni pikir perut sendiri jarhh..doh tak kenal halal haram doh..

Berkhidmat Untuk Negara Kerana Allah s.w.t

Sek kito jange pecoh

Takbir!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah,akhirnya suara majoriti pelaksana didengar. jgn kecewa dgn keputusan ini krn mgkin ianya membawa kebaikan kpd semua pa,tidak kpd jusa,ptd dn primier shj. yg pnting, semua pa dpt menikmati kenaikan gaji yg adil krn kenaikan harga barang terpaksa ditanggung oleh semua,bkn golongan jusa,ptd dn primier shj. Kami golongan pelaksana membayar tarif elektrik mengikut kadar yg sama, harga petrol yg sama,minyak,gula,ikan,ayam semua. nilai yg sama. ,Sepatutnya kami golongan pelaksana yg lebih perlu dibela.

2bz4money berkata...

Tekanan politik..kedangkalan penggubal dasar..kerugian buat Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

JURUTEKNIK J17(ssm) JA3-1(SBPA)

3-1 UNTUK STPM,
SIJIL POLTEKNIK XSETARAF STPM MOHON KAJI,KALO X BERCELARU LA SKIM2 LAIN TERMASUK N27 DAN J29

laksana lepas pilihan raya...lebih baik batal terus sbpa nii.. sah naik ciput...bg betih nak peha...lastly dapat tulang....................baru padan muka ............semua ini PR13 punya pasal...BN akan be END

Tanpa Nama berkata...

kalo SBPA d tangguh..mknaa nyaa selepas PRU13 ne kaloo BN brkuasa lagii..SBPA akann ttap dtruskann..tiadaa prubahann d buatt..PA takk da suaraa lagii...krnaa BN sdahh brkuasaa..Mana PM nakk dengoo suara PA lagii..Omarr Osmann!!! jgnn trtipuu dgnn mainan politikk jadahh nee.
.......................
bukan tiada perubahan, sbpa dibatalkan kemampuan kewangan tidak mengizinkan................guna ssm , tiada kenaikan langsung

Tanpa Nama berkata...

1. mohon kaji skim JA3-1, sia-sia saja bagi kami yang telah bertungkuslumus untuk naik ke gred J22 atau J26 tetapi disamakan dengan gred J17. Kenapa tiada gred gaji JA3-2 dan JA3-3?
2. mohon kaji sekali kenaikan PA senior kerana kenaikannya lebih rendah dari PA junior

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada saudara Kassim. Kemenangan berpihak kepada anda. Nampaknya anda lebih bijak daripada PTD kat JPA dan ceupacs.. PTD kat JPA seharusnya bertanggungjawab terhadap kelemahan SBPA dan pelaksanaannya yang tunggang langgang. Saya mencadangkan agar mereka ini dipecat atau diberi exit policy..

Tanpa Nama berkata...

apa DISemak semula.PM JURUTEKNIK j17 TERTEKAN SB DH ANGAN2 GAJI BARU TOLONG2

Tanpa Nama berkata...

mohon perkecilkan bilangan juruteknik kerajaan atau jumudkan sebab juruteknik berlebihan dan hanya tahu menyelia dan membantu.N17 pun boleh selia.pendapat saya pembantu jurutera dh cukup

PTD cream of the cream? lucunya..macam tempoyak of the durian.. adalah... kah kah kah...
------------------------
betui tu PTD Pegawai Tempoyak Durian..

Tanpa Nama berkata...

sbpa - keliru lagi ttg kenaikan 80.00 hingga 320.00 dan 7% hingga 13% ????.. bila tengok gaji baru dalam sbpa - ia tidak ada kerana apa yang kami difahamkan, kedua dua kenaikan yang kononnya diberi tapi ia cuma dirangkumkan pada kenaikan tahunan saja ??????( JANGAN PANGGIL KENAIKAN GAJI LAH -- PELARASAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN SAJA TU ) apa ni ????!!!! terang sangat penipuan ..... mungkin kerajaan ini memang perlu ditukar dalam PR13........ HANYA MEMELIHARA GOLONGAN ATASAN SAJA......

Tanpa Nama berkata...

TOLONG KEKALKAN JAWATAN GURU CEMERLANG (GC)...SBPA ZALIM, SSM LEBIH ADIL...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

mohon perkecilkan bilangan juruteknik kerajaan atau jumudkan sebab juruteknik berlebihan dan hanya tahu menyelia dan membantu.N17 pun boleh selia.pendapat saya pembantu jurutera dh cukup

Salam, Nak cakap la, aku ni J jgak, tp kerja bukan setakat menyelia.. Kerja buat dah macam "Ketua Unit". Semua benda diurus sendiri, dari sebut harga, menyelia, report.. Dan kerja kami x semestinya sama stiap hari.. Kalo N tu, contohnya gaji, urus gaji dan ape2 masalah yg timbul adalah masalah yg sama.. Kalo kami?? Renung2kan la..