SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Januari 2012

KSN: SBPA DITANGGUH, PM AKAN UMUM BUTIRAN

Sinar Harian
ARHIZA AHMAD &
NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
January 12, 2012



CYBERJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengesahkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, ditangguhkan bagi membolehkan kajian semula yang lebih mendalam dijalankan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut sambil berkata, maklumat lanjut akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelak.

"Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut," katanya kepada media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengalu-alukan keputusan kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA bagi memastikan semua penjawat awam berpuas hati.

Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata, Cupeacs faham akan keprihatinan Perdana Menteri dalam menuntut hak sama rata bagi semua penjawat awam supaya tidak timbul ketidakseimbangan dalam kenaikan gaji.

“Cuepacs faham apa yang kerajaan cuba lakukan, dan itu resolusi terbaik supaya penjawat awam tidak merasa tersisih dalam menerima insentif dan saraan baru kerajaan itu,” katanya.

Kabinet memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sistem SBPA, yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu, dipercayai ekoran rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Sinar Harian Online difahamkan keputusan mengejutkan ini diputuskan dalam mesyuarat mingguan Kabinet, semalam.

Isnin lalu, kenyataan Kementerian Kewangan menyebut pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia manakala perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen SBPA akan dibayar pada 31 Januari.

Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari.

Menurut sumber, Kabinet mempertimbangkan tiga sebab utama dalam memutuskan penangguhan SBPA, yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia.

"Antaranya tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi," kata sumber.

89 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Haha...
Tangguh SBPA... payah tu... PRA di tempat haha sudah keluar Toyata Wish! Terbeliak mata P&P!

Saya cadangkan:
a. Semua terma dalam SBPA diteruskan pada 1 Jan. 2012.

b. Skim dan Gaji SSM diteruskan dengan diberikan pelarasan seperti yang telah diumumkan, iaitu 7%-13.

Rasional cadangan:
a. Terma SBPA diteruskan kerana semakan pada SSM perlu dilaksanakan untuk transformasi PA.

b. Skim dan Gaji SSM diteruskan kerana majoriti melaung-laung hendakkan pelarasan dan bukannya semakan pada skim dan gaji.

Kaedah ini lebih mudah untuk semua.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Hasil komen PA di facebook..

1)Kaji semula juga mengenai senioriti... PA yang bekerja 2 tahun lebih lambat dapat gaji sama dengan PA seniornye walaupn kelayakan akademik adalah sama...

2)Kaji semula kenaikan pgkat time-based, x adil kalu buat hnya untuk guru skim DG, skim lain macamane..

SBPA menyebabkan yang pandai jadi keliru dan yang membantah jadi melatah...

Sekian...

East berkata...

kita lihat siapa yang kena.....

Tanpa Nama berkata...

1.Haaaaa..ambil lagi PTD dari golongan kelas kedua..sains sosial dan arts..iq rendah mengaku otak cream.
2.PTD ini terdiri dari golongan cara merba yang tidak profesional..maknanya tidak mahir dalam bidang tugas tertentu..sebabtu lah PTD yang jadi pengurus dijabatan-jabatan kerajaan..seperti kastam dan lain-lain jahil dalam bidang tugas masing-masing..contohnya kalau dijabatan pelajaran..ptd pegang post ICT..sedangkan kelulusan mereka adalah dari jurusan arts atau sains sosial..peranan mereka ibarat tikus baiki labu..rosak semua sistem.
2..Eloklah najib serah bab gaji matrik ni kepada firma swasta yang berwibawa untuk menyusunnya..baru adil pada semua PA...harap pada PTD..kantoi la...guna kalculator saitifik pun jahil.
3.Ada satu perkara yang PTD ni masters...berkhalwat dengan staff..tapi yang bodohnya kena tangkap basah..rujuk berita terkini.

Tanpa Nama berkata...

Haha...
SBPA tangguh...

Nak tanya:
Bagaimanakah kedudukan sahabat yang pencen pada minggu hadapan dan tarikh lain sebelum SBPA aktif?

Dalam SBPA, sahabat telah tanda tangan terima SBPA dan pencen pada usia 60 tahun. Sekarang SBPA ditangguh. Hal ini bermakna SSM masih terpakai.

Kalau SBPA diguna pakai walaupun dikatakan ditangguh, tidak berhak kenaikan dalam SBPA dan bayaran gaji SBPA tertangguh kerana kini SBPA sahaja yang ada untuk PA .

Kalau SBPA ditangguh dalam erti kata SSM masih diguna pakai, bermakna sahabat yang pencen minggu hadapan dan waktu-waktu lain sebelum SBPA diaktifkan mesti pencen. Hal ini kerana dalam SSM tarikh bersara tiada pada usia 60 tahun.

Sekadar bertanya bagi mencari jawapan.

Tanpa Nama berkata...

tak faham apa yang tak kena... bagi je peruntukan gaji sbpa tu kat org kampung... ajar je PA ni.. tak tau bersyukur... yg sokong kerajaan BN org kg... PA yg sokong BN tu tak ikhlas.. tak dpt apa yg nak ugut nak undi PR... ajr cukup PA ni...

2bz4money berkata...

Tekanan politik dan kegagalan pengurusan strategik menunjukkan pembaziran kos dan masa dalam menggubal dasar perkhidmatan. Mampukah transformasi menjadi realiti sekiranya isu sebegini menjadi kemelut yg meranapkan motivasi dan produktiviti? Pencarian para CEO bermula..

Tanpa Nama berkata...

tak faham apa yang tak kena... bagi je peruntukan gaji sbpa tu kat org kampung... ajar je PA ni.. tak tau bersyukur... yg sokong kerajaan BN org kg... PA yg sokong BN tu tak ikhlas.. tak dpt apa yg nak ugut nak undi PR... ajr cukup PA ni...

..................................

dah tak faham duduk diam-diam, jangan menyibuk, orang yg faham nak berbincang.. ni bukan pasal politik, ni pasal hak dan keadilan

Tanpa Nama berkata...

Dalam apapun ada budibicara,yang sepatutnya dah pencen tapi telah memilih sbpa, tetap dalam sbpa. sbpa ditangguhkan bukan dihapuskan bagi memboleh diperbaiki supaya semua bahagia. Yang patut lebih dapatlah lebih. Dapat lebih dan melebih mana samakan?

Pengarah Jabatan-Jabatan,buat lah kerja betul-betul untuk PM. jangan bagi PM kelam kabut tak tentu pasal. PM manalah sempat baca setakat tengok gajinya naik banyak, oklah tu pada dia.

Pegawai atasan JPA pun janganlah setakat tengok gajinya asal naik banyak, oklah katannya. Orng bawahpun manusia yang makan nasi bukan batu, dan mahu juga agihan seimbang bukan sama banyak dengan jusa sekadar apa yang berpatutan bukan setotet dapat beberapa ringgit aje.

Syabas kepada Cuepacs. Lepas ini janganlah ada yang terkilan dan teraniaya termasuk jusa. Mereka patut dapat lebih cuma jangan melebih, itu saja.

aku menulis bukan tak ada nama.

Tanpa Nama berkata...

batal terus..

so lepas pilihanraya baru kasi

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak tahu hujung pangkal jgn pangkah penjawat awam ni x bersyukur,cube selami dulu baru berckp,jgn hanya pandai berbicara je ye org kg,hormati hak org lain...

2bz4money berkata...

Isu besar adalah 1. Pelarasan gaji jawatan tertinggi yg tak masuk akal; perlu diberi justifikasi (antara sebab kegagalan Lampiran C dikeluarkan) 2. Senioriti/kekananan perlu diberi hak pengiktirafan tertentu. 3. Pengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang2 relevan diberi insentif galakan dan tempat dalam membuat keputusan dalam usaha membudayakan ilmu dalam perkhidmatan awam.

Tanpa Nama berkata...

kelmarin kata gaji bayar 16 januari ssm, 31 januari sbpa sebagai lebihan.............mangkok hayun...main tarik tali hari bincang butuh apa......mangkuk betul ,,,main acuh tak acuh.. tidak tetapendirian langsung.............undi PR lagi baik....hampeh betul cuepacc. 2007 kami naik rm 200 kekanan tak dikira langsung tak pejuang..berat sebelah...........memang tak adil

Tanpa Nama berkata...

Bila sbpa ditangguhkan bagi penambahbaikkan, adapula yang marah. apahalnya?

Mungkin bagi yang berskim bawah 41, kerajaan boleh bayar dahulu kenaikan mereka kerana telahpun menaruh hapan walaupun tak banyak tetapi beerti pada mereka sebelum dapat lagi banyak setelah disemak.

Bagi kami yang 41 keatas, penangguhan ini untuk kebaikkan dan penantian itu walaupun macam tak sakit, untuk kebaikkan dan kepuasan semua apa salahnya bersabar. Bukan kah sabar itu sebahagian dari iman.

jadi lepas ini, biar semua bahagia dan bersyukur pada Allah dengan kenaikkan masing-masing. Insya Allah.

Tanpa Nama berkata...

*Tindakan JPA perlu segera

saya minta maaf bukan hendak persalahkan dasar sbpa mahupun jpa, tetapi secara jelasnya majoriti suara kakitangan awam di mana-mana kementerian dan jabatan banyak yang merungut dan marah dengan sistem gaji sbpa.saya tidak menyalahkan jpa, tetapi sepatutnya bila mendengar kritikan dari kakitangan awam, perlulah mengambil tindakan segera. apatah lagi kritikan yang disalurkan melalui persatuan ceupacs.


*Kaedah jadual Gaji yang tidak seimbang

kebanyakan sistem gaji sbpa hanya seksyen bahagian gaji sahaja yang tahu siapa untung siapa rugi.walaubagaimanapun pegawai sedia maklum gaji mereka ketika sign borang opsyen sbpa. Mengikut apa yang didengar dari rintihan kakitangan awam mengenai gaji sbpa bukan sahaja dari lapisan kakitangan bawahan tetapi juga lapisan peringkat pegawai turut marah. sistem gaji sbpa didapati memberi perubahan yang tidak seimbang diantara gaji pegawai junior mendapat gaji yang setarah dengan senior, ini yang menyebabkan adanya pegawai yang marah.

* sbpa buat imej dasar kerajaan sedikit tercalar

sejak akhir-akhir ini kritikan terhadap sbpa sering menjadi bualan. kebanyakan suara-suara rintihan ini menyatakan mereka mendapat dasar yang tidak adil yang menyebabkan sinioriti dan mendapat gaji yang tidak seimbang. Apabila pihak pembangkang mengetahui hal ini sudah pastinya kesempatan bagi pembangkang untuk memainkan propaganda dalam isu sbpa, maka keadaan akan semakin panas, serta akan timbul dibenak hati rakyat yang bukan kakitanan awam akan beranggapan perkhdmatan awam terinayah.

* ambil tindakan segera jangan hanya berdiam dan membiarkan masalah berlalu.

secara umumnya, sudah pasti niat dasar sbpa adalah ingin membuat dasar yang terbaik untuk kakitangan awam dan tranformasi, maka secara tidak langsung bila kakitangan awam mendapat manfaat yang terbaik adalam dasar yang dijalankan. maka akan mewujudkan kepercayaan yang tinggi kakitangan awam terhadap dasar kerajaan, undi pru13 sudah pastinya menyokong parti memerintah. namun demikian dukacitanya kalaulah kritikan ini tidak diperbaiki sudah pasti parti memerintah itu tidak mampu menarik komuniti perkhidmatan awam akan pangkah undi parti memerintah.oleh itu diharapkan dasar gaji sbpa dapat diperbetulkan dengan segera demi kebaikan serta mengurangkan kritikan yang boleh diputarbelitkan pihak tertentu.

sekia, terima kasih.

Moksyen
Driver R6

Tanpa Nama berkata...

AKU JUMPA BUDAK2 GRED J..RATA2 X PUAS HATI KAT CUEPACS SB TGGUH..

WALAU APAPUN AKU SETUJU DITANGGUHKAH DAHULU SB GRED W17 DITURUN GRED..

GRED J XPUAS HT SB DIORANG DAH NAIK BYK.. DIORANG X SEDAR CUEPACS ADALAH TERBAIK KERANA DULU GRED SOKONGAN PUN DAPAT NAIK GAJI HASIL PERJUANGAN CUEPACS...

HIDUP CUEPACS..!!!!!

Tanpa Nama berkata...

MEMBUKTIKAN RAKYAT(PA) LEBIH BERKUASA DARI DASAR KERAJAAN. RAKYAT TAK SUKA UBAH DASAR.MAKNAHNYA ZAMAN SUDAH BERBEZA ..KALAU DULU KAKITANGAN PERLU AKUR DENGAN PERINTAH..TETAPI SEKARANG PERITAH ITU PERLU AKUR DENGAN SUARA KAKITANGAN....SALURAN MEDIA DAN PERSATUAN BANYAK MEMBAWA KEBAJIKAN DAN MEMBELA NASIB PA<

Tanpa Nama berkata...

*Tindakan JPA perlu segera

saya minta maaf bukan hendak persalahkan dasar sbpa mahupun jpa, tetapi secara jelasnya majoriti suara kakitangan awam di mana-mana kementerian dan jabatan banyak yang merungut dan marah dengan sistem gaji sbpa.saya tidak menyalahkan jpa, tetapi sepatutnya bila mendengar kritikan dari kakitangan awam, perlulah mengambil tindakan segera, apatah lagi kritikan yang disalurkan melalui persatuan ceupacs.


*Kaedah jadual Gaji yang tidak seimbang

kebanyakan sistem gaji sbpa hanya seksyen gaji sahaja yang tahu siapa untung siapa rugi.walaubagaimanapun pegawai sedia maklum gaji mereka ketika sign borang opsyen sbpa. Mengikut apa yang didengar dari rintihan kakitangan awam mengenai gaji sbpa bukan sahaja dari lapisan kakitangan bawahan tetapi juga lapisan peringkat pegawai turut marah. sistem gaji sbpa didapati memberi perubahan yang tidak seimbang diantara apabila gaji pegawai junior mendapat gaji yang setarah dengan senior, ini yang menyebabkan adanya pegawai yang marah.

* sbpa buat imej dasar kerajaan sedikit tercalar

sejak akhir-akhir ini kritikan terhadap sbpa sering menjadi perbualan. kebanyakan suara-suara rintihan ini menyatakan mereka mendapat dasar yang tidak adil yang menyebabkan hilangnya sinioriti dan mendapat gaji yang tidak seimbang. Apabila pihak pembangkang mengetahui hal ini sudah pastinya kesempatan bagi pembangkang untuk memainkan propaganda dalam isu sbpa, maka keadaan akan semakin panas, serta akan timbul dibenak hati rakyat yang bukan kakitanan awam akan beranggapan perkhdmatan awam terinayah.

* ambil tindakan segera jangan hanya berdiam dan membiarkan masalah berlalu.

secara umumnya, sudah pasti dasar sbpa adalah ingin membuat dasar yang terbaik untuk kakitangan awam dan jaya tranformasi dasar perkhidmatan awam, maka secara tidak langsung bila kakitangan awam mendapat manfaat yang terbaik dari dasar yang dijalankan. maka akan mewujudkan kepercayaan yang tinggi kakitangan awam terhadap dasar kerajaan, undi pru13 sudah pastinya menyokong parti memerintah. namun demikian dukacitanya kalaulah kritikan ini tidak diperbaiki sudah pasti parti memerintah itu tidak mampu menarik komuniti perkhidmatan awam untuk pangkah undi parti memerintah.oleh itu diharapkan dasar gaji sbpa dapat diperbetulkan dengan segera demi kebaikan serta mengurangkan kritikan yang boleh diputar belitkan pihak tertentu.

sekia, terima kasih.

Moksyen
Driver R6

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
MEMBUKTIKAN RAKYAT(PA) LEBIH BERKUASA DARI DASAR KERAJAAN. RAKYAT TAK SUKA UBAH DASAR.MAKNAHNYA ZAMAN SUDAH BERBEZA ..KALAU DULU KAKITANGAN PERLU AKUR DENGAN PERINTAH..TETAPI SEKARANG PERITAH ITU PERLU AKUR DENGAN SUARA KAKITANGAN....SALURAN MEDIA DAN PERSATUAN BANYAK MEMBAWA KEBAJIKAN DAN MEMBELA NASIB PA<

Khamis, Januari 12, 2012 8:05:00 PM

betul ka apa yang ko ckp ni ataupun mainan politik ja rasanya najib punya plan klu mo naik gaji mesti undi be end

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

1.Haaaaa..ambil lagi PTD dari golongan kelas kedua..sains sosial dan arts..iq rendah mengaku otak cream.
2.PTD ini terdiri dari golongan cara merba yang tidak profesional..maknanya tidak mahir dalam bidang tugas tertentu..sebabtu lah PTD yang jadi pengurus dijabatan-jabatan kerajaan..seperti kastam dan lain-lain jahil dalam bidang tugas masing-masing..contohnya kalau dijabatan pelajaran..ptd pegang post ICT..sedangkan kelulusan mereka adalah dari jurusan arts atau sains sosial..peranan mereka ibarat tikus baiki labu..rosak semua sistem.
2..Eloklah najib serah bab gaji matrik ni kepada firma swasta yang berwibawa untuk menyusunnya..baru adil pada semua PA...harap pada PTD..kantoi la...guna kalculator saitifik pun jahil.
3.Ada satu perkara yang PTD ni masters...berkhalwat dengan staff..tapi yang bodohnya kena tangkap basah..rujuk berita terkini.

____________________________

setuju sgt2..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih sdr. Kasim atas perjuangan saudara yang cekal, tabah dan berhemah demi keadilan untuk semua PA dan kebaikan Perkhidmatan Awam

Sokong Perjuangan Saudara Kasim

Tanpa Nama berkata...

tak faham apa yang tak kena... bagi je peruntukan gaji sbpa tu kat org kampung... ajar je PA ni.. tak tau bersyukur... yg sokong kerajaan BN org kg... PA yg sokong BN tu tak ikhlas.. tak dpt apa yg nak ugut nak undi PR... ajr cukup PA ni...
_________________________________

xfhm duk diam2 la woiii..

Tanpa Nama berkata...

PA-PA zaman sekarang kebanyakan golongan terpelajar...bukan lagi mudah untuk dipersendahkan...saluran kritikan itu tidak lagi terhad dipejabat..melalui email,blog,persatuan semua boleh terus berhubung dengan PM...
oleh itu...pengajarannya kalau buat dasar tu tengok kiri dan kanan jangan hanya tengok diri sendiri...

Tanpa Nama berkata...

1. mohon kaji skim JA3-1, sia-sia saja bagi kami yang telah bertungkuslumus untuk naik ke gred J22 atau J26 tetapi disamakan dengan gred J17. Kenapa tiada gred gaji JA3-2 dan JA3-3?
2. mohon kaji sekali kenaikan PA senior kerana kenaikannya lebih rendah dari PA junior.

Tanpa Nama berkata...

bererti..SBPA tidak dikaji dengan sebenar2 nya... buat ikut mulut sahaja.. org bpangkat rendah lagi pandai tengok kepincangan SBPA ini..
tak pandai langsung. cehhhh..sekolah saja tinggi, habuk pun tara

Tanpa Nama berkata...

apa sebab ini berlaku.... siapa buat sbpa.... ini kerja PTD yang serba boleh.... skim lain tak cerdik... sudah sampai masa kerajaan dibawah Datuk Najib perlu lihat... apa-apa skim pun boleh ketua jabatan... Tak patuh PTD sahaja jadi KSN, KPPA,KSU,KP... skim lain pun layak... sama ada degree malahan ramai yang lebih hebat drp KSU PTD yang rasa dia sahaja hebat

Tanpa Nama berkata...

YANG MARAH2 SBPA DITANGGUH IALAH GOLONGN GURU2..GRED JA3-1.... GA3-1.. SIAP SUMPAH LG KAT CUEPACS..

HANYA DIORANG NI JE YG NAIK BYK..

Tanpa Nama berkata...

"Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata, Cupeacs faham akan keprihatinan Perdana Menteri dalam menuntut hak sama rata bagi semua penjawat awam supaya tidak timbul ketidakseimbangan dalam kenaikan gaji."

kenyataan ini yang kita mahu....cantekkk

Tanpa Nama berkata...

bayar bonus barang dah naik....umum sbpa gaji naik...barang naik, perkhidmatan umum naik dengan ketara, gaji januari sbpa di bayar 31 januari,,, sekali barang dan perkhidmatan naik....gaji tak naik yg rugi PA juga masih yg untuk pihak atasa juga... sbpa dah tangguh....nanti sbpa diumum utk dilaksana barang sekali lagi naik...
4 kali barang naik gaji baru naik... CIPUT SAJA....PADAN DGN MUKA SEMUA.......SEMUA NI ..POLITIKKKKKKKK...........PERGI JAHANAM DGN POLITIK...

HANYA TUNTUT HAK berkata...

Aku yang bakal J2-1 mmg tak puas hati dgn gaji SBPA ni... adaka patut kenaikan tahunan (skim SBPA)utk gred kemasukan yang pakai diploma sama RMnya dgn gred jawatan yg syarat masuknya sijil... perlu di ambil perhatian sbb perlukan masa 3 tahun untuk grad diploma berbanding sijil... mintak CEUPACS perjuangkan benda ni...

Tanpa Nama berkata...

Pegawai pendidikan yang berkhidmat di PPD mesti kesemuanya gred dg44 ke atas. Mereka lebih senior dan byk pengalaman. Apa yang jadi sekarang kat PPD banyak pegawai junior DG41. Guru gred DG44 di sekolah rendah patut ditawarkan menjadi pegawai di PPD. Perlu ada transformasi dan ubah sahaja dasar yang telah lapuk itu.

Tanpa Nama berkata...

senang je...buat jadual gaji seperti tahun 2007 tapi peratusan perbetulkan

Tanpa Nama berkata...

Pincang betul..Dah sign agreement pun, lepas tu tangguh, lepas tu ubah, agreement apa ni????

Tanpa Nama berkata...

senang je...buat jadual gaji seperti tahun 2007 tapi peratusan perbetulkan

Tanpa Nama berkata...

Kita lihat apa butirannya .. adakah ianya :
1). agehan 7-13% yg tak JELAS siapa (jawatan/gred) yg dapat apa (%) dan bagaimana (kaedah) ia dpt.
2). Pengiktirafan kpd Kekananan /senioriti PA.
3). PA yg tlh didown grade spt Pengawal Keselamatan, Pen. Peg. Tadbir, Peg. Khidmat Pelanggan, Pemandu.
4). PA yg statik skim spt Pem. Tadbir N17 ke N26. (sudah sekian lama statik).
5). Bnyk lagi ..

Tanpa Nama berkata...

Saya antara yang tidak setuju dengan SBPA tapi dah tandatangan persetujuan SBPA kerana ia lebih baik dari SSM. Disini saya ucapkan tahniah kepada CEUPACS, KSN dan paling utama PM kita yang telah membawa isu ini diperingkat kabinet. Sepatutnya pegawai yang merangka SBPA yang telah menjadi isu negatif patut tampil kemuka. Bayangkan ia melaksanakan sesuatu untuk sebuah negara tetapi menjadi isu negatif dikalangan PA sehingga menjadi bahan momokan orang ramai.

Diharap kali ini ia akan dibuat lebih saksama dan adil. Janganlah dipinggirkan sesiapa pun, samada kumpulan tersebut hanya minoriti atau majoriti. Kembalilah kepada asas kenapa PA perlukan kenaikan gaji. Mereka yang bergaji dibawah RM2000 dan mempunyai anak-anak yang sedang belajar sebenarnya amat tertekan dengan kehidupan masa ini.

Tumpukanlah kepada kumpulan ini. Mereka juga sama seperti semua PA yang lain. Mahukan anak-anak mereka dapat makan KFC, dapat sekali setahun makan dihotel (sekurang-kurangnya). Anak-anak mereka juga mahu belajar sehingga peringkat ijazah. Mungkin tahap pencapaian mereka sederhana terpaksa mendaftar di IPTS dan pinjaman tidak mampu untuk menampong perbelanjaan sebenar.

Marilah kita lestarikan hasil negara dengan adil kepada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Lihat, betapa PTD sekarang tiada kemahiran,harapkan ijazah bergulung-gulung, akal tak dak.Kalau banyak sangat Gred PTD begitulah jadinya.M54 minit kepada M52, M52 minit kepada M41, M41 pula minit kepada PPT 27, PPT 27 minit pula kepada PT N22,N22 minit pula kepada PT N17.PT 17 ni la yang terkial-kial siapkan.
Jadi, semak-semak la perjawatan PTD yang ramai tu. Banyakkan perjawatan kumpulan pelaksana,naikkan sikit gred gaji mereka, tak banyak mana pun gaji mereka jika dibandingkan banyak jawatan Pengurusan tertinggi dan P&P.

Tanpa Nama berkata...

Pincang betul..Dah sign agreement pun, lepas tu tangguh, lepas tu ubah, agreement apa ni????
..............................
MEMANG MACAM TU...DAH LAMA DAHHHH....
MENYAMPAH.....AGREEMENT TAHI KUCING...

Tanpa Nama berkata...

haha.. pecat jer pegawai PTD yang gubal SBPA.. kata hebat tapi buat SBPA pun tunggang langgang.. dah sampai masa jawatan JUSA dari kalangan PTD dikurangkan dan digantikan dengan PA dari skim lain. Kenaikan pangkat PTD juga sepatutnya sama seperti penjawat lain iaitu 8 hingga 10 tahun, bukannya 3 tahun berkhidmat dah naik ke M44.

Tanpa Nama berkata...

SBPA .. maruah JPA di mana?
Maruah CUEPACS di mana?

Cuepacs pd 27 Disember 2011 di Hq Cuepacs, KL, dlm mesy khas kongres cuepacs bersama ahli majlis kongres cuepacs TELAH BERSETUJU MENOLAK SBPA.

Pada petang 27 Disember 2011 di JPA Aras 3, JPA, apabila berjumpa Tan Sri KPPA and the gang, Pihak CUEPACS TELAH TERIMA SBPA.

PA dlm Blog CUEPACS website rasmi CUEPACS .. MAJORITINYA mempertikai SBPA.

Mana Maruah Presden Cuepacs ??!!

Aku brcakap sebab aku hadir kedua-dua mesyuarat/taklimat tersebut.

Maruah PA sebenarnya diselamatkan oleh PA yg insaf dan ikhlas memberi pandangan / komen / teguran / cadangan dlm website spt Cuepacs blogspot !!!!!
Tuan/Puan adalah hero /heroin PA. !!!!!!!!!! dan bukan Cuepacs !

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya bila PTD yang katanya hebat tapi sebenarnya otak kosong. Pangkat naik cepat pengalaman kerja hampeh.. 10 - 15 tahun dah sampai M54. Lepas tu jadi JUSA. SBPA yang digubal tunggang langgang.. setuju PTD yang terlibat dipecat atau diberikan exit policy.

Tanpa Nama berkata...

Kesian kat pembantu tadbir dipejabat saya. dah hampir 1 bulan bertungkus lumus menyiapkan segala borang untuk staf sign, tiba2 tangguh. Staf lebih 100 orang, PT perkhidmatan ada 2 orang.

Bila keluar berita ni mereka kelihatan cukup kecewa.(sebab dah letih, tiba2 tangguh)

Kita kaji dari sudut ekonomi pulak:

Bayangkan kalau gaji seorang pembantu tadbir perkhidmatan + segala elaun disatu2 pejabat kerajaan / sekolah adalah RM 1500.00, berapakah RM dah negara rugi.

Katakan:

Jumlah pejabat & sekolah diseluruh negara = 20,000 buah

20,000 x RM 1,500.00 = RM30,000,000.00

Negara kerugiaan RM 30,000,000.00 begitu sahaja disebabkan oleh pelaksanaan dasar yang tidak dikaji dengan teliti.

Bab ni siapakah yang patut dipertanggungjawabkan.

Tanpa Nama berkata...

Isu yg hangat aku rasa ialah perbezaan gaji yang terlampau tinggi antara gred rendah dng gred tinggi.Bila SBPA disemak pasni boleh jadi ada ler gaji sapar2 yg kena potong..Haha.

Aku rasa ramai yg frust menonggeng seperti JUSA,PTD,GURU,P&P,POLIS,ASKAR,NURSE sbb gaji diaorang naik giler weii.Kalau gaji mati, boleh mencecah sekurang-kurangnya RM8,000.00 tak termasuk pelbagai lagi elaun.Golongan ini ler penyokong tegar SBPA tanpa mempedulikan nasib pekerja lain.

Aku rasa juga PTD KPPA dan pembuat dasar SBPA ini patut letak jawatan atau pencen awal.Hatta KSN juga.Malu weii,telah tercipta sejarah.....

Tanpa Nama berkata...

Kesian kat pembantu tadbir dipejabat saya. dah hampir 1 bulan bertungkus lumus menyiapkan segala borang untuk staf sign, tiba2 tangguh. Staf lebih 100 orang, PT perkhidmatan ada 2 orang.

Bila keluar berita ni mereka kelihatan cukup kecewa.(sebab dah letih, tiba2 tangguh)

Kita kaji dari sudut ekonomi pulak:

Bayangkan kalau gaji seorang pembantu tadbir perkhidmatan + segala elaun disatu2 pejabat kerajaan / sekolah adalah RM 1500.00, berapakah RM dah negara rugi.

Katakan:

Jumlah pejabat & sekolah diseluruh negara = 20,000 buah

20,000 x RM 1,500.00 = RM30,000,000.00

Negara kerugiaan RM 30,000,000.00 begitu sahaja disebabkan oleh pelaksanaan dasar yang tidak dikaji dengan teliti.

Bab ni siapakah yang patut dipertanggungjawabkan.
# rugi claim kerja lebih masa
kekalkan sistem ssm bagi kenaikan gaji 20% cukup

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan tiada duit mau bayar gaji pekerja yang begitu tinggi...........apa lagi tangguh lah. Kita perlu kerajaan yang pandai memgurus duit rakyat bukannya bagi 250 juta kat lembu kak ijat.........

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih sdr. Kasim atas perjuangan saudara yang cekal, tabah dan berhemah demi keadilan untuk semua PA dan kebaikan Perkhidmatan Awam

Sokong Perjuangan Saudara Kasim
Khamis, Januari 12, 2012 8:17:00 PM

--------------------------------------

Terima kasih, saya mengalu-alukan keputusan kerajaan ini yang dilihat telah tampil ke hadapan dan tidak lagi lepas tangan seperti sebelum ini.

Meskipun begitu kajian secara menyeluruh berhubung SBPA perlu dilakukan segera sebelum PRU 13 kerana selagi SBPA tidak diperbaiki dengan serius hingga PRU 13, maka penjawat awam sukar untuk menerima perkara ini. Ini seolah-olah mempermainkan penjawat awam.

Penambah baikan yang perlu dilihat adalah:

1. Jurang gaji yang terlalu berbeza antara penjawat awam pangkat rendah dengan pegawai atasan terutama sekali golongan yang buat SBPA ini.

2. KGT yang tunggang langgang minta diselaraskan KGT supaya keadilan untuk pekerja senior.

3. Perjawatan yang teratur di mana gred penyelia peringkat rendah iaitu 22,26,27 sedia ada, 32, 36 dan 38 perlu ditambah baik sekiranya ada gred-gred lain yang sebelum ini di bawah gred penyelia berkenaan dinaikkan hingga ke gred 27.

4. Skim-skim selain dari J dan G hendaklah juga diberi perhatian dan diberi kenaikan yang sama dengan skim J dan G kerana kelayakan masuk sama iaitu SPM. Itu pun kalau skim J dan G naik ke gred 27. Kalau tidak dinaikkan pangkat ke gred 27 selaraskan elaun-elaun tertentu di skim-skim yang memerlukan pembayaran elaun tertentu berdasarkan apa yang patut diperolehi.

5. Berhubung dengan PDKA (Penamatan Demi Kepentingan Awam) Pekeliling 13/2011 perkara 9 hendaklah dipinda dengan membenarkan penjawat awam yang hendak ditamatkan perkhidmatan itu untuk membela diri kerana mungkin dirinya diainaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

6. Exit Policy juga dari segi markah tidak dipertikaikan sangat kerana apa yang penting adalah kaedah perlaksanaan kerana kalau diturunkan markah untuk exit policy hingga ke 10% pun, tapi kalau kaedah perlaksanaan tunggang langgang, tidak guna juga, oleh itu kaedah perlaksaaan perlu dikaji dengan lebih serius.

7. Bagi skim Pembantu Operasi, hendaklah dikaji semula apakah ia rasional terutama melibatkan jabatan-jabatan yang memerlukan perjawatan gred 1-10 sekarang ini seperti pejabat hutan, pejabat agama, pejabat daerah, jabatan bekalan air, dan bebarapa jabatan lagi yang mana di jabatan-jabatan berkenaan perjawatan gred 1-10 adalah diperlukan selepas mengkaji perjawatan di jabatan-jabatan berkenaan.

8. Kenaikan pangkat secara time based, perlu dikaji semula untuk semua skim dan tidak melibatkan skim-skim tertentu saja kerana ini tidak adil kepada skim-skim lain yang dari mula kerja hingga pencen gred itu saja, sedangkan dalam skim tertentu selang bebarapa tahun naik gred tertentu. Sekiranya tiada kenaikan pangkat secara time based pun, imbuhan tertentu perlulah diberikan berdasarkan kelayakan secara tahunan.

Mungkin ada perkara lain pihak berkenaan lihat dan semak baliklah, bagi saya 8 perkara di atas perlu diberi perhatian serius kerana melibatkan kebajikan penjawat awam dan kepentingan perkhidmatan awam.

Saya juga faham akan bebanan kewangan dalam perkara ini, tapi ada pilihan tertentu untuk kerajaan lihat seperti kenaikan pangkat, tidak semestinya kenaikan pangkat utnuk skim-skim tertentu, mungkin pemberian elaun tertentu sebagai penghargaan kepada skim-skim tertentu seperti skim w di bawah gred dari 27 layak dapat elaun BITK dan sebangainya, skim-skim berkenaan pun patut dilihat dari aspek yang sama.

Bersambung .................

Kasim

Tanpa Nama berkata...

Sambungan ......................


Apa pun pihak kerajaan perlu serius dalam perkara ini kerana penjawat awam hanya akan benar-benar percayakan apa yang diumumkan oleh PM ini hanya selepas penambah baikan SBPA secara menyeluruh dijalankan sebelum PRU 13, kalau hingga PRU 13 pun masih belum selesai, maka pendirian sebelum ini adalah dipegang lagi, maka kerajaan patut faham perkara ini kerana kami penjawat awam tidak mahu dipermainkan berkali-kali, kerana kami ada hati dan perasaan. Oleh itu bertindak jujurlah.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Kasim.

Tanpa Nama berkata...

1.www.facebook.com/abubakar.kppa
2.tak puas hati..pergi jumpa ketua JPA terus.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada saudara Kassim. Kemenangan berpihak kepada anda. Nampaknya anda lebih bijak daripada PTD kat JPA dan ceupacs.. PTD kat JPA seharusnya bertanggungjawab terhadap kelemahan SBPA dan pelaksanaannya yang tunggang langgang. Saya mencadangkan agar mereka ini dipecat atau diberi exit policy..

Tanpa Nama berkata...

1.Kassim..kalau kau berani ..kau komen kat blogg diatas.

Tanpa Nama berkata...

Kita kaji dari sudut ekonomi pulak:

Bayangkan kalau gaji seorang pembantu tadbir perkhidmatan + segala elaun disatu2 pejabat kerajaan / sekolah adalah RM 1500.00, berapakah RM dah negara rugi.

Katakan:

Jumlah pejabat & sekolah diseluruh negara = 20,000 buah

20,000 x RM 1,500.00 = RM30,000,000.00

Negara kerugiaan RM 30,000,000.00 begitu sahaja disebabkan oleh pelaksanaan dasar yang tidak dikaji dengan teliti.

Bab ni siapakah yang patut dipertanggungjawabkan.
_________________________________

Kos bayaran pegawai JPA buat road show bagi taklimat keseluruh negara = RM ????

Claim pengurus sumber manusia menghadiri taklimat = RM???

Banyak tu negara rugi. andaian diatas kalau ada 20,000 saja pejabat kerajaan, rasanya pejabat kerajaan di malaysia melebihi 20,000 buah. di Putrajaya saja pun dah berapa ribu.

Sekian, sekadar renungan.

Tanpa Nama berkata...

Berkenaan sumber dana kerajaan, penjawat awam pun hendaklah serius dan tekun serta amanah dalam tugas yang dipertanggungjawabkan, ini kerana salah laku seperti rasuah, penyelewengan, boleh menyebabkan kerajaan kerugian beratus juta ringgit malahan mungkin berbilion ringgit setahun terutama di jabatan atau kementerian yang mempunyai kuasa tertentu dalam penguatkuasaan dan kutipan hasil serta pembangunan infrastruktur. Kita tidak mahu penjawat awam bersekongkol dengan perasuah, orang yang lari dari bayar cukai, atau dengan kontraktor yang membuat kerja secara cincai dan sambil lewa hingg kerajaan terpaksa keluarkan wang yang banyak untuk baik pulih. Malahan ada juga yang bersekongkol dengan penjenayah, itu lagi teruk.

Oleh yang berkenaan, berhubung exit policy perlu dilihat untuk golongan penyeleweng seperti ini juga kerana mereka inilah yang menyebabkan kerajaan. Saya tidak menuduhlah jabatan itu dan ini buat penyelewengan kerana bukan jabatan berkenaan yang menyeleweng, tapi kakitangan malahan lebih buruk lagi pegawai atasan di jabatan bekenaan yang kuat menyeleweng dan rasuah itulah yang saya maksudkan, siapa yang tak buat penyelewengan berkenaan tak payahlah nak terasa hati kerana saya tidak tujukan pada anda pun tulisan ini, kerana siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Kasim.

Tanpa Nama berkata...

Berilah pelarasan gaji ikut %, adil utk semua...sure tak da yg bising! Ini tak, JUSA 100% naik, bwhan naik 3% je...siap yg buat kajian gaji SBPA tu memang bahalol, ambik kesempatan! kan dah terkantoi!!!

Tanpa Nama berkata...

SAYA CADANGKAN MANSUHKAN SKEMA BULAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN YANG BERDASARKAN EMPAT KALI SETAHUN CONTOHNYA PERGERAKAN BULAN JAN/APRIL/JULAI/OKT.LEBIHBAIK SEPERTI DALAM SSB SELARAS SEMUA BULAN PERGERAKAN GAJI CONTOHNYA HANYA BULAN JANUARI SAHAJA TARIKH PERGERAKAN GAJI UNTUK SEMUA P.A. KEBIASAANNYA ORANG YANG DAPAT PERGERAKAN GAJI BULAN OKT SELALU MENDAPAT BONUS YANG BERDASARKAN TANGGAGAJI LAMA. INI MEMANG TAK ADIL.

Tanpa Nama berkata...

1.Kassim..kalau kau berani ..kau komen kat blogg diatas.

Khamis, Januari 12, 2012 9:35:00 PM

-------------------- aku yakin Sdr. Kasim lebih berani dpd ngko. Aku dah tulis dlm facebook kppa.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

1.Kassim..kalau kau berani ..kau komen kat blogg diatas.

Khamis, Januari 12, 2012 9:35:00 PM

--------------------------------------
Komen di mana-mana pun kalau kebenaran itu tetap kebenaran, cuma golongan yang takut dengan bayang-bayang sendiri saja yang selalu gelabah dan tidak dapat menerima hakikat sebenar sesuatu kebenaran.

Ini bukan soal berani atau tidak, saya tak takut pun dengan sesiapa kerana tidak ada sesiapa pun yang boleh mengapa-apakan saya selagi Allah tidak izinkan walau sekuat mana atau berkuasa mana pun seseorang itu, kerana semuanya adalah kehendak Allah, itu pegangan hidup saya.

Sebab itulah saya berpegang kepada tak payahlah takut pada sesiapa, malahan saya dalam bekerja pun, semacam saja saya hentam dan kritik kalau benda itu dilihat dan difikirkan tak betul selepas banyak kali dinasihatkan dan cakap cara baik, malahan saya tak hairan pun dengan ugutan itu dan ini, nak rosakkan periuk nasi saya, kita jumpa di mahkamah atas tuduhan defamation, kalau nak ugut nak cederakan saya, kalau tak tahu kemampuan seseorang itu tak payah berkokok lebih sangatlah, nanti bisu terus. Oleh itu jangan ingat saya takut dengan ugutan itu dan ini, saya tak hairan langsung kerana keadilan akan mengatasi kebatilan.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Kasim.

Tanpa Nama berkata...

SAYA CADANGKAN MANSUHKAN SKEMA BULAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN YANG BERDASARKAN EMPAT KALI SETAHUN CONTOHNYA PERGERAKAN BULAN JAN/APRIL/JULAI/OKT.LEBIHBAIK SEPERTI DALAM SSB SELARAS SEMUA BULAN PERGERAKAN GAJI CONTOHNYA HANYA BULAN JANUARI SAHAJA TARIKH PERGERAKAN GAJI UNTUK SEMUA P.A. KEBIASAANNYA ORANG YANG DAPAT PERGERAKAN GAJI BULAN OKT SELALU MENDAPAT BONUS YANG BERDASARKAN TANGGAGAJI LAMA. INI MEMANG TAK ADIL.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya macai-macai yg dok sokong sbpa ni dah terkedu. SBPA ni idea paling bodoh oleh KPPA JPA ni.

Tanpa Nama berkata...

flip-flop, tunggang langgang, skim buncitkan pegawai atasan..

Tanpa Nama berkata...

bagus kerajaan lantik kassim menggantikan KPPA kat JPA.. otak dia geliga daripada PTD yang kononya hebat tu...

Tanpa Nama berkata...

Kami penjawat awam bukannya tamak nak kenaikkan beribu-ribu ringgit sebagaimana yang dibuat oleh pegawai atasan yang tamak haloba itu, tapi kami nak keadilan dan jangan rosakkan perjawatan di jabatan kami dengan skim perjawatan yang tunggang langgang di SBPA, ini adalah kebenaran, apahal pula ada orang yang panas hati tuduh yang bukan-bukan pada penjawat awam pangkat rendah? Kalau sudah tembelang pecah nak kena exit policy sebab salah guna kuasa buat dasar yang menjahanamkan seperti SBPA ini, bertaubatlah, ingat anda telah melanggar aku janji yang melarang menggunakan kedudukan atau kuasa yang ada untuk buat perkara yang berlawanan dengan kepentingan perkhidamatan awam.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Kasim.

Tanpa Nama berkata...

Maruah PA sebenarnya diselamatkan oleh PA yg insaf dan ikhlas memberi pandangan / komen / teguran / cadangan dlm website spt Cuepacs blogspot !!!!!
Tuan/Puan adalah hero /heroin PA. !
!!!!!!!!! dan bukan Cuepacs !

...............................

setuju 100%, hero/heroin adalah mereka yg memberi pandangan dalam blog, Cuepacs sendiri pun ataupun JPA sendiri mana tau ramai yg tak setuju kalau takde maklumat dari blog ni. Contoh yg extreme seperti saudara Kassim.

Tanpa Nama berkata...

Kesian kat pembantu tadbir dipejabat saya. dah hampir 1 bulan bertungkus lumus menyiapkan segala borang untuk staf sign, tiba2 tangguh. Staf lebih 100 orang, PT perkhidmatan ada 2 orang.

Bila keluar berita ni mereka kelihatan cukup kecewa.(sebab dah letih, tiba2 tangguh)

Tanpa Nama berkata...

batalkan saja sbpa tu.terlampau banyak masalah tentang sbpa yang kita mahu ke naik gaji pa pada 2012 ni.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong encik KASIM...

Kami penjawat awam bukannya tamak nak kenaikkan beribu-ribu ringgit sebagaimana yang dibuat oleh pegawai atasan yang tamak haloba itu, tapi kami nak keadilan dan jangan rosakkan perjawatan di jabatan kami dengan skim perjawatan yang tunggang langgang di SBPA, ini adalah kebenaran, apahal pula ada orang yang panas hati tuduh yang bukan-bukan pada penjawat awam pangkat rendah? Kalau sudah tembelang pecah nak kena exit policy sebab salah guna kuasa buat dasar yang menjahanamkan seperti SBPA ini, bertaubatlah, ingat anda telah melanggar aku janji yang melarang menggunakan kedudukan atau kuasa yang ada untuk buat perkara yang berlawanan dengan kepentingan perkhidamatan awam.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Tanpa Nama berkata...

ha ha...KPPA cakap mana ada JUSA naik sampai 5k...,memang betul tak naik 5k, tapi lebih dari 5k.... sekarang ni tau tau cakap siapa boleh percaya, walau apapun tahniah en kassim...guru cemerlang 52 @@$!!&%$#*#

Tanpa Nama berkata...

aku cadangkan saudara kassim dilantik sebagai seorang yg ada jawatan dalam cuepac...baru best...ada gak org yg lantang bela nasib golongan kumpulan pelaksana cam kita ni...baru gigil sikit JPA...come on kassim aku sokong perjuangan ko 200%...


ikhlas dari C27 teraniaya...

Tanpa Nama berkata...

harap najib kaji balik sbpa sebaik mungkin...utk elakkan ketidakpuasan hati 1.4 juta PA. kalo PA x puas hati, harap najib redha dengan kekuranggan undi sebanyak 1.4 juta yg cenderung ke arah PR...

Tanpa Nama berkata...

Apa bezanya PA gred N dengan J dan U ????????????????????????????????...kenapa dibezakan gaji kami???...sama diploma gaji pum kena sama la....x faham!!!!

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Pegawai pendidikan yang berkhidmat di PPD mesti kesemuanya gred dg44 ke atas. Mereka lebih senior dan byk pengalaman. Apa yang jadi sekarang kat PPD banyak pegawai junior DG41. Guru gred DG44 di sekolah rendah patut ditawarkan menjadi pegawai di PPD. Perlu ada transformasi dan ubah sahaja dasar yang telah lapuk itu.

Khamis, Januari 12, 2012 8:47:00 PM

dasar yang telah lapuk?
Sebelum itu, jawatan G.Besar sepatutnya telah dinaiktaraf ke DG41 - DG44, bukan di naik taraf ke Guru Besar Cemerlang DG38.
Adalah pelik dan betapa caca merbanya perjawatan di sekolah rendah yang mana guru - guru penolong semakin ramai bergred DG41 -Dg44, tetapi guru besar masih di DG34 -38.

Apa nak kata? Majlis Guru Besar main politik punya pasal.

Tanpa Nama berkata...

Nak komen juga.
Majoriti kakitangan di jabatan kami adalah Skim Bukan Gunasama tapi kebanyakkan bos-bos kami adalah PTD. Peg.M41 baru kerja 3 tahun di jabatan/negeri lain, tukar masuk tak sampai 1 bulan dapat naik gred M44, kerja serba tak tahu kononnya baru bertukar bidang..Elok2 kita ajar lebih kurang dah boleh "create" kerja baru dan cadang paper perjawatan tambahan. 1 ke2 tahun lepas tu naik pulak ke M48..Lepas tu boleh negotiate pulak pasal gred M52. Ummur baru awal 30 an..skim lain berjanggut@beruban la jawabnya..Bukan benci tapi JPA (PTD la tu) adil la samaaa. TK

Tanpa Nama berkata...

Salam. sahabat2 PA, saya cuma ingin luahkan terkilan rasa di hati ini. Sebagai menyahut saranan kerajaan dan tuntutan semasa, saya sebagai kakitangan kump.sokongan telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah.Sebelum itu saya telah menikmati kelayakan Cuti Rehat(CR) yg meningkat2 bermula dari 20 hari ke 25 hari, kemudian ke 30 hari kerana telah bertugas sebagai PA hampir 18 tahun. Malangnya selepas berjaya dilantik ke jawatan baru pada awal 2009 kelayakan CR telah dipotong ke 25 hari, yg sepatutnya 35 hari sepertimana rakan2 yang tidak melanjutkan pelajaran. Persoalan saya dimanakah pengiktirafan terhadap PA yang telah lama berkhidmat berbanding PA baru (orang muda)yg memasuki perkhidmatan sebelum januari 2009 yang menikmati CR yang lebih tinggi bilangan harinya.Semestinya golongan PA seusia saya memerlukan yang memberikan lebih komitmen terhadap keluarga dan urusan masyarakat dalam aspek kesejahteraan dan kualiti hidup perlu dikekalkan kelayakan CRnya bahkan dinaikkan lagi ke yg sepatutnya.Cuepacs...., Perjuangkanlah perkara ini dan yang lain2 untuk kebaikan semua PA juga..sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

SBPA TAK PENTING ......YANG PALING PENTING KENAIKAN GAJI DAN PERUBAHAN KENAIKAN TAHUNAN..PADA TAHUN 2012..BARANG SUDAH NAIK KETERLALUAN...PERKHIDMATAN NURSERY PUN SUDAH NAIK RM50.00 MANA TAHAN...
MANSUHKAN SAJA SBPA.

Tanpa Nama berkata...

UMUMNYA MEMANG BANYAK PERKARA DALAM PERKHIDMATAN AWAM SUDAH CARCA MERBA...HURU HARA

Tanpa Nama berkata...

KSN SIDEK NI AKU RASA DH TIME BERHENTI, DULU MASA PAK LAH NK BAGI BONUS DIA SEGAN PASTU DH TIADA BONUS, NI SBPA BUAT BODOH JE SAMPAI PM BISING BARU NK TUNJUK TERHEGEH2 KONON AMBIL PERHATIAN.

Tanpa Nama berkata...

apa DISemak semula.PM JURUTEKNIK j17 TERTEKAN SB DH ANGAN2 GAJI BARU TOLONG2

Tanpa Nama berkata...

apa DISemak semula.PM JURUTEKNIK j17 TERTEKAN SB DH ANGAN2 GAJI BARU TOLONG2

Tanpa Nama berkata...

mohon perkecilkan bilangan juruteknik kerajaan atau jumudkan sebab juruteknik berlebihan dan hanya tahu menyelia dan membantu.N17 pun boleh selia.pendapat saya pembantu jurutera dh cukup

Tanpa Nama berkata...

Saya antara yang tidak setuju dengan SBPA tapi dah tandatangan persetujuan SBPA kerana ia lebih baik dari SSM. Disini saya ucapkan tahniah kepada CEUPACS, KSN dan paling utama PM kita yang telah membawa isu ini diperingkat kabinet. Sepatutnya pegawai yang merangka SBPA yang telah menjadi isu negatif patut tampil kemuka. Bayangkan ia melaksanakan sesuatu untuk sebuah negara tetapi menjadi isu negatif dikalangan PA sehingga menjadi bahan momokan orang ramai.

Diharap kali ini ia akan dibuat lebih saksama dan adil. Janganlah dipinggirkan sesiapa pun, samada kumpulan tersebut hanya minoriti atau majoriti. Kembalilah kepada asas kenapa PA perlukan kenaikan gaji. Mereka yang bergaji dibawah RM2000 dan mempunyai anak-anak yang sedang belajar sebenarnya amat tertekan dengan kehidupan masa ini.

Tumpukanlah kepada kumpulan ini. Mereka juga sama seperti semua PA yang lain. Mahukan anak-anak mereka dapat makan KFC, dapat sekali setahun makan dihotel (sekurang-kurangnya). Anak-anak mereka juga mahu belajar sehingga peringkat ijazah. Mungkin tahap pencapaian mereka sederhana terpaksa mendaftar di IPTS dan pinjaman tidak mampu untuk menampong perbelanjaan sebenar.

Marilah kita lestarikan hasil negara dengan adil kepada rakyat.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@ULASAN YANG TERBAIK .(Kembalilah kepada asas kenapa PA perlukan kenaikan gaji. Mereka yang bergaji dibawah RM2000 dan mempunyai anak-anak yang sedang belajar sebenarnya amat tertekan dengan kehidupan masa ini.)

Ahli Kesatuan Sekerja dah lama berkata...

Anda semua ni ahli Cuepacs ke ??? atau ahli gabungan Kesatuan Sekerja yang bernaung di bawah Cuepacs ??? Kalau bukan ahli cuepacs jangan ler pandai cakap ajer........jadilah ahli kesatuan sekerja dulu, potong yuran 5.00 sebulan.

Cakap pandai..........suruh jadi ahli tak mahu. Apa yang dituntut Cuepcas mahu ajer, jangan lah jadi parasit, menumpang senang di atas perjuangan orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Dah sampai masanya puak2 PTD ni diharamkan dari mengetuai JPA, terutamanya bos besar dia KSN Sidek.Nampak sgt puak2 PTD ni tak kompeten,bodoh sombong.Puak2 PTD ni lebih bnyk menyumbang segala macam caca merba dlm perkhidmatan awam sekrg...PM Najib please take note.

APA NAK DIKATA, TAK TERKATA, PEDIH SAMPAI KE SUDUT HATI. berkata...

MEMANG PATUT DITANGGUHKAN, CUBA LIHAT GOLONGAN YANG TERLIBAT SEPERTI DIBAWAH, BEZA CUMA 0.61 SEN AJE.

SBPA – MENAMBAHKAN SAKIT HATI DAN JIWA, MOTIVASI BERTAMBAH MERUDUM, DAH LAH DINAFIKAN PEMANGKUAN DG48 FASA 3, DARI SSM KE SPBA HANYA NAIK 61 SEN SAHAJA.

CUBA TUAN-TUAN LIHAT NI, SSM T5(3584.11) KE T6(3734.39), BEZANYA 150.28, BILA KE SPBA AKU SAIN ARI TU MACAM NI= T5(3584.11) KE T4(3735), BEZANYA 150.89, JADI KALAU DILIHAT PERBEZAANNYA (150.89 DITOLAK 150.28=0.61 SEN AJE) CUMA 61 SEN AJE. SUNGGUH MENYAKITKAN HATI. MACAM MANA LAH CARANYA PIHAK JPA BUAT PENGGIRAAN MATEMATIKNYA. NAK CARI KERJA LAIN DAH TUA, NAK TUNGGU SAMPAI 60 (BERTONGKAT LAH NAMPAK GAYANYA). SEMOGA DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH S.W.T UNTUK MENERUSKAN KERJAYA INI SELAGI ADA NYAWA. AMIN.

Hzany berkata...

siapa lah aku.. kakitangan rendah, tetap menjadi mangsa keadaan. jurang beza x yah nk cerita ar,kami tahu tahap mana kelulusan kami. tetapi, kje kami di tambah2 lk. nak belajar tinggi-tinggi, hidup dri keluarga yg x mampu, kalu bljr tinggi2,smua dduk diatas,dan siapa pula yg di bawah. tetpi org di bwah ni mcm x terbela lk.. hhemmm. yg di atas smakin bermaharajalela. umpamanya, yg miskin tetap le miskin, yg kaya pula, semakin bertambah-tambah le kaya.

Tanpa Nama berkata...

Penulis akupt.blogspot.com bodoh
Penulis akupt.blogspot.com bodoh
Penulis akupt.blogspot.com bodoh
Penulis akupt.blogspot.com bodoh
Penulis akupt.blogspot.com bodoh

Menulis tak betul, kena komen, terus tak bagi orang lain komen. Nampak sgt tak profesionalnya.Macam budak2 Memang mentaliti rendah taraf pt darjah 6.

Hhahahhahahahahahahahah

Tanpa Nama berkata...

Banyak jg penjawat awam yg mmpunyai izazh tetapi tdk naik pangkat kerana skim prkhidmatan.Sekurang-kurangnya ini diambil kira untuk pelarasan gaji atau naik pangkat. Fikir2 lah

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan....

1.Perjawatan yang teratur di mana gred jawatan peringkat rendah iaitu 22,26,27 sedia ada, 32, 36 dan 38 perlu ditambah baik sekiranya ada gred-gred lain yang sebelum ini di bawah gred jawatan berkenaan dinaikkan hingga ke gred 27.

2. Skim-skim selain dari J dan G hendaklah juga diberi perhatian dan diberi kenaikan yang sama dengan skim J dan G kerana kelayakan masuk sama iaitu SPM. Itu pun kalau skim J dan G naik ke gred 27. Kalau tidak dinaikkan pangkat ke gred 27 selaraskan elaun-elaun tertentu di skim-skim yang memerlukan pembayaran elaun tertentu berdasarkan apa yang patut diperolehi.

3. Ada juga penjawat awam yang memiliki izazah pertama dan master tetapi bukan dalam skim J atau G tetapi sudah 30 tahun berkhidmat tidak dapat dipertimbang untuk naik pangkat. Walaupun berkhidmat dalam jawatan peringkat SPM tetapi dengan izazah yang diperolehi mereka , mereka lebih kompetent pula dalam menjalankan tugas mereka. Malah mereka pula yang jadi pakar untuk dirujuk dalam tugasan dalam jabatan. Adalah diharapkan agar dalam semakan SBPA semula ini , perkara seperti ini dapat diperhalusi dan dipertimbangkan supaya penjawat awam seperti ini dapat menikmati kenaikan pangkat atau gaji yang berbaloi dengan pencapaian akedemik, pengalaman kerja dan kepakaran tertentu. Mereka ini terpaksa dengan wang ringgit sendiri berusaha untuk mendapatkan pendidikan tinggi untuk membantu kerajaan atau negara untuk maju. Memang diakui bahawa disebabkan oleh degree yang diambil tidak memenuhi skim perkhidmatan maka tidak dapat dipertimbangkan ke lantikan jawatan J atau G atau Q tetapi sekurang-kuranya diberi pertimbangan untuk jawatan yang berbaloi dengan kelulusan akademik yang diperolehi mereka. Kadang-kadang sedih hati juga mendengar pemimpin kita yang menyarankan untuk penjawat awam untuk berusaha memperolehi atau menambah pengatahuan tetapi apabila ada yang menyahut cabaran mereka , tidak ada pula ganjaran yang berbaloi. Tolong lah kami yang berada dibawah kategori ini. Bukan apa , hanya meminta sedikit perhatian sahaja. Ada yang sampai pencen tidak dapat kenaikan pangkat. Bersara didalam SPM sahaja. Kadang2 kita merasa tekanan phsycology ....

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin menarik perhatian CUEPAC berkaitan satu lagi kelemahan SBPA iaitu pemansuhan konsep KUP kepada pegawai yang dipinjamkan kepada agensi kerajaan yang lain.

Pada pemerhatian saya ramai pegawai kerajaan yang sekarang berada dalam kategori dipinjamkan akan terjejas dengan polisi ini. Dengan terlaksananya polisi ini semua pegawai yang dipinjamkam yang sekarang berada dijawatan lebih tinggi dari jawatan hakiki di agensi yang meminjam terpaksa diturunkan kepada gred yang lebih rendah.

Sudah tentu perkara ini akan menggangu pegawai dan nyata sekali ia bukanlah suatu polisi yang menarik dan adil bagi pegawai yang dipinjamkan.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

kalau x puas hati dgn jpa. boleh letak jawatan, ramai lagi org yg dengki dgn kita kakitangan kerajaan. bahagianya makcik2 kalau anak dia dulu kerja jaga lulusan diploma, tup-tup dpt keja gomen sbb pembangkang jpa letak jwtn. jgn meludah ke langit.

ingat! kalau anda masih mengamalkan budaya murni, makan sekeluarga, nasi untuk ayah lebih banyak mak isi berbanding anak-anak. oleh itu, ketua mesti gaji lebih pada org bawah. barulah org bawah respect.

bayangkan jika bangla kerja buruh gaji banyak dari engineer. yelah bangla kerja tengah panas. angkat batu, pasir, panjat tinggi-tinggi, x macam engineer. nak ke korang?

Tanpa Nama berkata...

x taula mcm maner... harapkan ptd.... x membela org bawahan... nak lepaskan kat diorg jer.... tanda2 akhir zaman la tu..... x taulah...