SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 Januari 2012

PERBINCANGAN SEMAKAN GAJI BABITKAN KESATUAN SEKERJA, WAKIL KEMENTERIAN

Utusan Malaysia
20/1/2012




Mohd. Sidek Hassan bersalam dengan Omar Osman (kanan) sambil disaksikan oleh Ismail Adam di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 18 Jan. - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan memberi jaminan perbincangan pasukan petugas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan turut membabitkan kesatuan sekerja jabatan yang berkaitan selain wakil kementerian.

Beliau berkata, langkah tersebut perlu bagi membolehkan pasukan petugas mendapatkan penyelesaian terbaik berkenaan isu-isu yang dibangkitkan.

''Kalau mahu semua terlibat, rasanya tidak mungkin untuk kita dapatkan wakil semua kementerian, agensi, badan berkanun dan kesatuan sekerja.

''Tetapi tidak dihadkan perbincangan bila ada menyentuh satu-satu skim perkhidmatan, maka harus dipanggil mereka yang terbabit seperti ketua setiausaha, ketua pengarah dan kesatuan sekerja yang terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan ahli pasukan petugas itu di sini, hari ini.

Selain Tan Sri Ismail Adam yang dilantik sebagai pengerusi pasukan itu, sembilan ahli lain termasuk Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman turut menganggotai pasukan tersebut.

Pasukan itu ditubuhkan berikutan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas yang mahu SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu.

Menurut Mohd. Sidek, biar pun cuba memenuhi pandangan semua pihak, namun kerajaan juga mempunyai kekangan-kekangan tertentu.

''Dalam hal ini, sokongan dan kerjasama semua pihak amatlah saya hargai," katanya.

Sementara itu, Ismail yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkata, berdasarkan pengalamannya, isu-isu yang dibangkitkan menjurus kepada tiga aspek iaitu pergerakan gaji, perkhidmatan dan individu (penjawat awam).

''Kalau ada ketiga-tiga isu itu kita akan bincang dengan teliti bersama-sama wakil skim perkhidmatan dan juga kesatuan yang berkenaan," katanya.

419 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   401 – 419 daripada 419
Talk With Hand berkata...

Assalammualaikum .

ketika ini JPA dan Ceupacs sedang berbincang berkenaan dengan gai baru penjawat awam ... kalau setakat berbincang pastu umumkan dalam berita tapi masih berada pada takuk yg lama tak ada sebarang perubahan .... baik tak payah laksanakan.....

Kesian golongan bawahan ... golongan yang melaksanakan tugas ..bukan harap sangat pun cemerlang setiap tahun tu ... tapi mohon dihargai apa pengorbanan org bawahan... biar lah setimpal dengan apa yg mereka semua kerja kan ... Golong atasan yang menerima kenaikkan yang melampau2.... tu kerja mereka mengarah je.... tak siap tau nak balun org jer ... tapi cuba kalau dia pulak kena balun ....

RENUNG-RENUNGKAN ...

Tanpa Nama berkata...

Talk With Hand berkata...

Assalammualaikum .

ketika ini JPA dan Ceupacs sedang berbincang berkenaan dengan gai baru penjawat awam ... kalau setakat berbincang pastu umumkan dalam berita tapi masih berada pada takuk yg lama tak ada sebarang perubahan .... baik tak payah laksanakan.....

Kesian golongan bawahan ... golongan yang melaksanakan tugas ..bukan harap sangat pun cemerlang setiap tahun tu ... tapi mohon dihargai apa pengorbanan org bawahan... biar lah setimpal dengan apa yg mereka semua kerja kan ... Golong atasan yang menerima kenaikkan yang melampau2.... tu kerja mereka mengarah je.... tak siap tau nak balun org jer ... tapi cuba kalau dia pulak kena balun ....

RENUNG-RENUNGKAN ...

Rabu, Januari 25, 2012 2:59:00 PM

----------------------------------

berbincang2...berbincang.. tak sesuai tu.. kene tukar.. bermesyuarat.. kalu duk bincang jer tak guna..tak ada jalan penyelesaian..

penjawat awam 27 Sarawak berkata...

Kita ni dok bising2 pasal gaji... tapi tahukah anda yg kita telah dikaburi???? PM kata kewangan kerajaan kukuh sbb tu bagi RM100 kat budak sekolah... than RM200 kat budak U dan terbaru BR1M... Tahikah anda ada Jabatan yg telah diPOTONG peruntukan sehingga 60% berbanding tahun lepas???? kalau nak dibandingkat 4 tahun lepas, dah kena POTONG 70% - 80% belanja mengurus??? terus terang je kata duit takda kan senang.... takyah nak dolak dalih pening kepala... jgn kerana POLITIK, makin cepat kantung kerajaan KOSONG... makin cepat BANGKRAP sblm tahun 2019.... kalau masa tu baru tau banyak PA yg KENA BUANG KERJA....

Tanpa Nama berkata...

semoga bertambah baik dan mendapat kebaikan kpd semua PA..

Tanpa Nama berkata...

yyuuuu

Tanpa Nama berkata...

politik ni macam2.. beri duit pun salah,tak beri pun salah.. ada je putar belitnya... fikir2kan lah..

apabila kerajaan beri duit BR1M,pembangkang kata,duit pinjaman..

kalu kerajaan tak beri duit,dikata pula kerajaan dah nak bankrup..tak ada duit untuk rakyat..

bile kabinet nak tangguh SBPA,dikatakan pula ia adalah lakonan,ada juga yang kata kerjaan tak ada duit nak bayar..padahal tarikh berkuatkuasa tetap 1.1.2012..

peace no war.. yang baik kita terima.. yang buruk kita buang..

Tanpa Nama berkata...

1

Tanpa Nama berkata...

2

Tanpa Nama berkata...

cadangan,

gred 32 diletakkan di 2-3 bukan 2-2.

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

1 MALAYSIA

Tanpa Nama berkata...

BAGI SAYA KITA BATALKAN AJER NIAT UNTUK MENIKMATI SBPA INI.SBB KITA KENA BERSYUKUR APA YANG KERAJAAN BERI PADA KITA PADA HARI INI.HIDUP NAJIB!!!!!

Tanpa Nama berkata...

5. Semua anggota dilayan secara adil.....dan tiada lagi FAST TREK untuk PTD.

....

saya setuju... wujudkan fast trek untuk semua skim...terutamanya semua skim di bawah kategory "S"

Tanpa Nama berkata...

1.anon 6.35...bersyukurla ko dapat ijazah walaupun mengajar kat sekolah rendah jee.
2.bila ko mengajar sekolah rendah walaupun ko ada ijazah,maknanya ijazah ko tu ijazah kelas dua je..tak layakpun mengajar sekolah menengah pun...ko kena sedar diri tu.
3.kalau ko ada masters atau Phd..ko minta la jadk pensyarah u ka..kot-kot sijil ko tu tak laku..sebab tu ko masih mengajar kat sekolah rendah.
4.ko melalak nak pangkat macam cikgu kat sekolah menemhah..ko tak tenguk ke..ko tu mengajar kat sekolah rendah...berapa kerat je muridnya..kurikulumnya p@pnya pun senang je..tak payah guna otak pun.
5.Ok bro..sedarla diri...ko tu hanya layak mengajar kat sekolah rendah jee...walaupun ko ada masters ke.
6.apa punya cikgu macam ko...dok hina sesama cikgu yang gred 34 atau 38...sedangkan taraf ko macam dia jugak...layak mengajar kat sekolah rendah jee.

Jumaat, Januari 20, 2012 8:46:00 PM


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketidakdilan SBPA menyebabkan PA-PA keji mengeji di antara satu sama lain..
Mari kembali ke matlamat asal. Tuntut keadilan. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

saya sebagai PA, sangat kecewa dan hilang kepercayaan dengan sistem SPBA dan kerajaan yang ada...setelah diteliti, Malaysia adalah salah satu PA yang berpendapatan paling rendah, tak lame lagi jadi indonesia lah kita ni..yang kaya makin kaya, yang miskin dan berpendapatan kecil akan ditindas buat selama-lamanya...barang makin naik, harga duit kita makin kecil, naik rm 61 je..nak makan apa? ...renung-renung kan lah...

Tanpa Nama berkata...

SBPA= Sistem Bodohkan Penjawat Awam

Saya berharap Ketua Pengarah JPA dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam MELETAKKAN JAWATAN secara terhormat. Suatu pembaziran untuk negara kerana SBPA "variasi" JPA menerima kritikan ketidakadilan dari sebahagian besar penjawat awam yang ternyata cuba diperbodohkan oleh JPA dan juga KPPA.

JPA ini sejak dari dahulu lagi menjadi penghalang kepada penjawat awam yang bukan terdiri daripada PTD. JPA sejak dari dahulu lagi mengekang dan meletakkan syarat-syarat yang ketat dan tidak adil bagi penjawat awam yang bukan terdiri dari PTD. JPA sendirinya yang terdiri daripada PTD mengutamakan PTD dan memberikan laluan kenaikan pangkat dan gred dengan begitu mudah kepada PTD. PTD tidak perlu tunggu masa yang lama untuk dinaikkan pangkat atau gred jika dibandingkan dengan bukan PTD. Akhirnya JPA terperangkap sendiri dengan acuan yang mereka bentuk dalam SBPA yang ternyata tidak selari dengan saranan YAB Perdana Menteri. Sungguh memalukan!

Tidak salah jika saya sarankan Ketua Pengarah JPA dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk meletakkan jawatan secara terhormat. Ternyata SBPA ini dirangka dengan begitu rapi untuk menguntungkan PTD dan JUSA. Maklumlah JPA=PTD sekarang ini dah ramai yang Gred 52, 54 dan JUSA. Memang haprak JPA ini.

Sekalung TAHNIAH kepada semua pengunjung blog yang memberikan komen-komen yang membina. Tidak dilupakan juga pejuang-pejuang kakitangan awam yang menolak SBPA. Andalah WIRA sebenarnya sehingga kajian semula dibuat terhadap SBPA. Tidak dilupakan juga saudara Kasim yang sejak dari mula lagi memberikan komen-komen dan pandangan yang bernas tentang SBPA.

Saya sarankan Jabatan Akauntan Negara tidak meneruskan agenda jahat JPA yang cuba memperbodohkan penjawat awam bagi memberikan perbezaan gaji SSM ke SBPA pada 31 Januari ini. Jika perkara ini diteruskan juga, saya rasa tiada gunanya SBPA ini disemak semula. SBPA perlu disemak secara menyeluruh termasuk gaji, perubahan gaji, peratus kenaikan gaji, kaedah pemindahan gaji, seniority, terma dan syarat yang kejam ciptaan JPA.

SBPA PERLU DITANGGUHKAN SEPENUHNYA.

Tanpa Nama berkata...

kha kha kha....

Tanpa Nama berkata...

bla , bla

Tanpa Nama berkata...

buat

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs

«Lebih lama ‹Lebih lama   401 – 419 daripada 419   Terbaru› Baru»