SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Januari 2012

SBPA RUANG PENJAWAT AWAM PERBAIKI PRESTASI

Berita Harian
Oleh Mohd Aziz Ngah
3/1/2012




2012/01/03 KEDATANGAN tahun baru menandakan bermulanya secara rasmi pelaksanaan dasar pelepasan jawatan di bawah skim baru, Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menggantikan dasar pelepasan dengan izin yang dilaksanakan sebelum ini.

Dasar pemisah kepada penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan juga diperkenalkan di bawah SBPA mulai 1 Januari 2012. Pelaksanaan dasar baru itu usaha meningkatkan prestasi serta pendapatan kakitangan awam dengan pelbagai insentif baru tetapi ia dilihat seolah-olah mimpi ngeri kepada kakitangan malas, tidak produktif atau sering gagal mencapai standard prestasi ditetapkan. Dulu, di bawah sistem Skim Saraan Malaysia (SSM), golongan itulah antara yang sering gagal mencapai markah statik 50 peratus. Perlu difikirkan secara positif kenapa perlu diwujudkan sistem pemarkahan itu dan kenapa tahapnya dinaikkan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adil bagi yg kerja macam babi tanah.....tak adil bagi yg malas dan tak prodaktif.....yg malas ni yg takut nak terima SBPA....sebab biasa dapat prestasi rendah.....

Tanpa Nama berkata...

Melalui skim baru ini, memang baik untuk menaikkan prodaktif pekerja sektor awam, tetapi bagaimana pekerja yg melakukan kerja bagus tetapi diberi markah rendah oleh pegawai yg menilai dan markah tinggi kepada org yg malas kerja. Hal ini boleh berlaku disebabkan 'budaya mengampu'.. Minta penjelasan..