SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Januari 2012

SEMAK SEMULA SBPA: CUEPACS MAHU JADI SUARA UTAMA

Utusan Malaysia
13/01/2012 10:02pm



KUALA LUMPUR 13 Jan. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu turut terlibat dalam jawatankuasa perbincangan semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) agar tiada lagi isu berbangkit selepas ia dimuktamadkan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini berikutan pada perangkaan peringkat awal skim berkenaan, CUEPACS tidak dipanggil untuk berunding atau memberi sebarang pandangan.

“Oleh itu, kami perlu menjadi ‘suara’ utama dalam perbincangan dengan jawatankuasa semakan semula bagi memberi pandangan dan menyampaikan maklum balas daripada penjawat awam.

“Suara itu mewakili semua pengurusan dan kesatuan sekerja yang menyuarakan pelbagai persoalan dan pandangan dalam siri jelajah seluruh negara sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat CUEPACS, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan SBPA akan disemak semula bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan skim tersebut.

Katanya, CUEPACS akan menjelajah ke seluruh negara bermula awal Februari ini bagi menerangkan kepada semua penjawat awam berhubung semakan semula skim berkenaan.

“Penjawat awam dinasihatkan bersabar dan tenang menjalankan tugas masing-masing seperti biasa kerana tempoh dua bulan semakan semula itu diyakini akan melegakan semua pihak.

“Mereka juga tidak perlu bimbang tentang tarikh pelaksanaan SBPA yang sudah berkuat kuasa kerana tunggakan pembayaran gaji akan dibuat setelah dimuktamadkan.

Dalam pada itu, Osman berharap semakan semula itu nanti akan menjadikan skim tersebut dilihat lebih adil dan saksama kepada seluruh penjawat awam tidak kira aspek kenaikan gaji atau sebagainya. Kalau boleh biarlah ia dijadikan satu skim yang merangkumi segalanya. – UTUSAN

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PERTEGUHKAN PENGUATKUASAAN UNDANG UNDANG DENGAN MENAMBAHBAIK
SKIM GAJI BAGI AGENSI PENGUATKUASAAN IMEGRESEN,KASTAM,KPDNKK,
DAN PENGUAKUASA TEMPATAN AGAR TIDAK TERUS DPERLEKEH OLEH MASYARAKAT YANG MEMANDANG KEBENDAAN PADA MASA KINI.

penguatkuasa dihormati,undang undang dipatuhi,kerajaan disegani.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS mohon dicadang agar dalam SBPA ini, PERGERAKAN GAJI TAHUNAN bagi bulan OKTOBER ditiadakan/mansuhkan kerana kerugian lebih banyak daripada kelebihan yang diterima oleh P.A yang terlibat berbanding dengan P.A yang menerima PERGERAKAN GAJI bulan JAN, APRIL dan JULAI.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS! mohon diteliti dan cadangkan agar P.A yang belum dapat anjakan gaji kerana lulus PTK Aras IV diberi peluang mendapat anjakan gaji dalam SBPA ini.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS! mohon diteliti dan cadangkan agar P.A yang belum dapat anjakan gaji kerana lulus PTK Aras IV diberi peluang mendapat anjakan gaji dalam SBPA ini.
..................................

sokong 100%
saya antara yg tertindas under sbpa. Lom anjak gaji ke P2.

Tanpa Nama berkata...

Semak lahhh. Jgn tak semak. Umum PRU13 dok semak lg. Lepas menang PRU13 bg tau kerajaan bukan cetak duit bg rakyat percuma. Makan gaji yg ada udah leee. Semua terkena

Tanpa Nama berkata...

Dalam dok semak semula SPA ini,jangan lupakan kumpulan atau puak yg telah merangka SBPA versi 1 (SBPAv1)tu yg dgn KeEGOan,ketamakan,keingkaran arahan,penyalahgunaan kuasa,tiada integriti,brlagak 'tiada siapa yg lebih pandai drpd aku dan segala unsur2 negatif tu trlepas dri diambil tindakan kerana sifat2 yg saya sebutkan diatas telah mendatangkan kerugian wang ringgit,masa,tenaga kerja dan sebagainya kpd kerajaan utk mengkaji,menyemak seterusnya melaksanakan SBPAv2

Tanpa Nama berkata...

BERAPA BESAR PUN GAJI YANG DITERIMA, ZAKAT PENDAPATAN DILUPA JANGAN

Tanpa Nama berkata...

Mohon Dipertimbangkan Jawatan Sementara R1,N1 Semoga Diserapkan Kepada Jawatan Tetap...Mohon Jasa Baik Tuan

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

PERTEGUHKAN PENGUATKUASAAN UNDANG UNDANG DENGAN MENAMBAHBAIK
SKIM GAJI BAGI AGENSI PENGUATKUASAAN IMEGRESEN,KASTAM,KPDNKK,
DAN PENGUAKUASA TEMPATAN AGAR TIDAK TERUS DPERLEKEH OLEH MASYARAKAT YANG MEMANDANG KEBENDAAN PADA MASA KINI.

penguatkuasa dihormati,undang undang dipatuhi,kerajaan disegani.
Sabtu, Januari 14, 2012 9:20:00 PM

-----------------------------------

Sokong kenyataan di atas, macam lencana PDRM 'Integriti Amalan Kita', kerajaan perlu kuatkuasakan undang-undang untuk mengelakkan orang ramai besar kepala mengganggu penjawat awam buat tugas, kesian polis trafik bila saya lihat dimarahi ditepi jalan kerana nak kuatkuasakan undang-undang, malahan ada lagi kurang ajar lempar duit kepada petugas samada polis trafik, dan di kaunter kononnya dia banyak duit, buat undang-undang untuk penjarakan dan beri 10 sebatan sebagai pengajaran kepada golongan kurang ajar seperti itu.

Kasim.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS mohon dicadang agar dalam SBPA ini, PERGERAKAN GAJI TAHUNAN bagi bulan OKTOBER ditiadakan/mansuhkan kerana kerugian lebih banyak daripada kelebihan yang diterima oleh P.A yang terlibat berbanding dengan P.A yang menerima PERGERAKAN GAJI bulan JAN, APRIL dan JULAI.

Sabtu, Januari 14, 2012 9:33:00 PM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
alamak! sy punya kenaikan gaji bulan oktober la..., xtau plak ape kerugiannya, bleh tolong jelaskan?

Tanpa Nama berkata...

SALAM;
Mohon dibezakan antara gred N4-3 hakiki; N4-3KUP kerana lulus exam PTK dan N4-3KUP yg tak lulus PTK;

Tolong hargai pengalaman n penat lelah kami mengorbankan masa tenaga mentelaah buku dan pekeliling, dan wang ringgit untuk mendapat kenaikan pangkat. senang2 je JPA mensamatarafkan kami dgn mereka yg dpt keputusan 1, 1 dlm PTK;

Tolong hargai kami yg dapat markah 85% dan ke atas untuk dapat aras 4, 4. Takkan semudah itu JPA longgokkan kami dgn mereka yg dapat markah bawah 35%, aras 1 , 1 dlm exam PTK.

Tanpa Nama berkata...

Apa ni N22 hakiki jawatan lain pun ada KUP juga. meroyan ke?

Tanpa Nama berkata...

Mohon semak semula kelayakan bahasa melayu kepujian kpd lulus sebelum ni.Beri keutamaan kpd penjawat awam yg tiada kelayakan kepujian dlm bahasa melayu....diterima lantikan ke gred baru.sekian.

Tanpa Nama berkata...

Kpd Y. Bhgia Datuk Farida :

Kpd rakan2 tlg Stop dan sila betulkan aku jika aku salah bro.,
gini, :

1. SBPA ambilkira kelayakan syarat asas sbg kelayakan utk masuk ke skim perkhdmatan berkenaan?
Betulkannn?
2.okey, apa syarat kelayakan asas yang ada dlm skim perkhidmatan skrg dlm SPA ? kita ambil yg spm ke atas bro.,

a. spm shj.
b. spm + sijil
c. stpm
d. stpm + sijil
e. diploma
f. diploma + sijil
g. ijazah
h. ijazah + sijil
i. sarjana
j. sarjana + sijil
k. PhD (macam kita semua ler agaknya)
l. PhD + sijil

LIHAT ada 12 (DUABELAS) kelayakan.

Baik kita pi tngk Kumpulan dlm SBPA

Kumpulan 1-1 : 1-6 :Ijazah - PhD + sijil.
Kumpulan 2-1 : 2-6 : Diploma dan diploma + sijil
Kumpulan 3-1 : 3-5 : spm + sijil, Stpm, stpm + sijil, diploma, diploma + sijil
Kumpulan 4-1 : 4-5 : spm

Amacam bro.? line clear ?

cuba lihat Kumpulan Tuan/Puan /Sdr Sdri.

.... Di mana Kumpulan tuan/puan? betul ke tak betul PEMBAHAGIAN ???

Kalau tak betul kita mintak Y. Bhgia Datuk Farida tengok-tengok ... bantulah kumpulan Pelaksana ini. Kami cuma mencari REZKI yang HALAL utk klrga ... salam. - Ingat namaku Mr. Y - {Kepak}

Tanpa Nama berkata...

Kpd Y. Bhgia Datuk Farida :

Kpd rakan2 tlg Stop dan sila betulkan aku jika aku salah bro.,
gini, :

1. Bajet 2012 YAB PM DS Najib maklum kenaikan gaji 7-13% dlm SBPA.

Kita tngk Gred dlm SSM pulak sblm ke SBPA.
Kita lihat SPM ke atas Bro.,

1. Gred 17
2. Gred 19
3. Gred 22
4. Gred 26
5. Gred 27
6. Gred 29
7. Gred 32
8. Gred 36
9. Gred 38
10 Gred 40
11. Gred 41
12. Gred 42
13. Gred 44
14. Gred 45
15. Gred 48
16. Gred 52
17. Gred 54
18. Jusa C (macam kita semua agaknya ler ..)
19. Jusa B
20. Jusa A
21 Ntah ler aku tak reti daa...

Boleh tunjuk Gred mana yang dapat 7%, 8%, 9%,10%,11%,12%,13% ???

Amacam bro.? line clear ?

cuba lihat Tuan/Puan /Sdr Sdri dlm agehan gaji SBPA !

.... Brape % tuan/puan? betul ke tak betul PEMBAHAGIAN ???

Kalau tak betul kita mintak Y. Bhgia Datuk Farida tengok-tengok ... bantulah kumpulan Pelaksana ini. Kami cuma mencari REZKI yang HALAL utk klrga ... salam. - Ingat namaku Mr. Y - {Kepak}

Tanpa Nama berkata...

bukan meroyan.. kami 22 hakiki mahu hak kami... Penyelia yang memikul beban...

boi berkata...

Kami golongan guru juga mengalami kenaikan gaji yang tidak seragam. Satu lagi persoalan mengapa penjawat awam yang berkhidmat selama tahun ganjil tangga gajinya dalam SBPA akan sama dengan tangga gaji penjawat awam yang berkhidmat setahun awal daripada mereka? Ini akan membawa banyak keuntungan kepada mereka yang berkhidmat pada tahun ganjil. Malah kenaikan penjawat awam tahun ganjil lebih tinggi daripada kenaikan penjawat awam tahun genap.

Pertukaran pergerakan gaji tahunan juga menimbulkan tidak puas hati kerana ada sesetengah penjawat awam dipercepatkan anjakan tahunan mereka dan ada juga ditangguhkan anjakan ke belakang. Kalau dikaji mengenai SBPA, masih banyak lagi perbezaan ketara.
Apa yang paling adil untuk semua penjawat awam ialah membuat pelarasan gaji berdasarkan peratusan mengikut gred seperti dibuat sebelum ini kerana terlalu sukar untuk memuaskan hati semua 1.4 juta penjawat awam
Moga pihak JPA buka mata akan tu agar tidak berlaku ketidak puas hatia ...nak buat pelarasan pun biarlah adil.Pada pandangan saya kenapa masalah gaji senior sama dgn gaji junior dan sebagainya jadi begitu.

Banyak lagi diskriminasi yang dilakukan oleh JPA dalam SBPA ini.

Saya berpendapat yang SBPA ini SEPATUTNYA DITANGGUHKAN dahulu.naikkan peratus gaji sama...contoh 10% untuk semua gred..jadi kenaikan adalah adil kepada semua gred....sekarang ni bila sbpa gaji junior lebih tinggi dari senior..sapa tak frust...

Naik gaji ikut peratusan dan match ke jadual gaji baru SBPA baru betul dimana kenaikan tidak kurang dari 1 pergerakan gaji tahunan.
Jika cara ini dilaksanakan tiadalah kenaikkan gaji yg tidak seragam dan adil.

Mengapa tak selaraskan saje..T1 SSM ke T1 SBPS, T2 SSM ke T2 SBPA... dan setrusnya

Betul apa yang artikel ini persoalkan....memang tak adil....saya komen ni sebab ini berlaku kepada kawan saya..dia juga adalah senior saya kat tempat kerja...dia dah kerja dah 5 tahun ...bila pelarasan gaji gaji dia sama ngan gaji saya yang baru berkhidmat 3 tahun...mana keadilan...kesian dia....dia dah laa kerja tip top walaupun senior tak pernah berkira apa2 pun....tapi bila jadi keadaan mcm ni mana KEADILAN untuk dia dan penjawat yang senasib dengannya...
Kalau nak kira kenapa perlu saya bising2..sebab hal ini saya yang untung....tapi apa guna gaji mahal tapi keadilan tak de...lagipun sure dalam hati dia atau penjawat awam yang senasib ngan dia ada perasaan tidak puas hati.....saya sendiri pun rasa segan dengan dia....dia banyak ajar saya...
memang tak adil...JANGAN LA SAMPAI ADA YANG TERANIYA....MANA TAK ANIAYANYA KALAU KEJE DAH LAMA TAPI GAJI SAMA NGAN YANG ORG BARU.....ORG TAK RASA MEMANG LAAA TAKKAN BISING TAPI CUBA DUDUK TEMPAT YANG TERANIAYA MEMANG SAKIT HATI GILA.....DAH LAA SESETENGAH TU BUKAN WAT KERJA SANGAT...MAIN TOLAK KEJE JER...TUP..TUP GAJI SAMA NGAN YANG LAMA YANG WAT KERJA MACAM NAK MATI...KAJI SEMUA PIHAK BUKAN SATU KATEGORI JER......

pendapat saya, better kenaikan sesuai mengikut seniority dan perbezaan tidak sebegitu ketara.
mana adil kalo saya yang lapor diri apr 2010, naik gaji hanya rm167 sahaja, padahal peg yang masuk julai 2011, naik sampai rm260 utk sama level gaji dgn saya.
tu x kira lagi dgn pegawai yg msuk Nov 2009 (5 bulan lebih awal dr saya). NAIK SAMPAI RM300!! paling x tahan bila dia berlagak tu la. kalo dia x berlagak, sikit pun saya x tau yg gaji kami naik sgt2 berbeza, ok?

GAJI SBPA Junior setahun 3 bulan n senior 5 bulan naik melampau sbb dorg lapor diri ms tahun gnjil.. dan saya yang malang ni, naik ciput sbb lapor diri ms taun genap..mana keadilan

Kami golongan guru memohon semoga pihak Tan Sri, Dato',Tuan, Puan dapat membuat pertimbangan yang memuaskan semua pihak , yang senio tidak rugi dari gaji yang junior, harap-harap semakan gaji nanti biarlah yang T3 SSM ke gaji T 3 sbpa dan seterusnya. Segala tindakan Tansri, Dato', Tuan , Puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Tanpa Nama berkata...

gred 32 hakiki penyelia juga- ramai gred 32(KUP). Yang mana satu N22 hakiki tak dapat?.

Satahu saya sebelum 1.1.2011 untuk dilantik KUP juga mesti lulus PTK sekurang-kurang aras III
Sama dengan syarat kenaikan pangkat gred Hakiki

Ada faham

Tanpa Nama berkata...

Gred jururawat Masyarakat bermula gred U19/24/26. Gred U24/26 tak jadi penyelia.Penyelia kami gred U32

Kenapa gred N22 minat nak jadi penyelia

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS! mohon diteliti dan cadangkan agar Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29/U32/U36 yang mempunyai Ijazah ataupun Ijazah Sarjana diberi lebih keutamaan untuk naik pangkat ke Pegawai Kesihatan Persekitaran gred U42. Sebelum ini kebanyakkan mereka dari gred U36 yang tidak berIjazah pula yang dinaikkan pangkat ke gred U42. PM selalu menyeru supaya kita meningkatkan pengetahuan ke peringkat yang lebih tinggi (Pendidikan sepanjang hayat). Setelah mengorbankan masa tenaga mentelaah buku dan wang ringgit dan berjaya mendapat Ijazah dan Ijazah Sarjana. Tetapi malangnya semua ini sia-sia sahaja, jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang tidak pun berusaha untuk melanjutkan pelajaran. Harap CUEPACS dapat memperjuangkan ketidakpuasan pihak kami dalam SBPA ini. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

yang aku x puas hati macam mana juruteknik boleh sama level dgn STPM sedang syarat kemasukan sijil poli je kot..kalau juruteknik yang ada diploma pergo mintak penolong jurutera la..pehal nak sama level STPM..sedang guna SIJIL POLI leh ambil DEGREE terus ka STILL kena ambil DIPLOMA gak..STPM boleh..dan syarat kemasukan untuk PA guna PMR/UPSR sudah tidah releven..perlu dipelaraskan dan kaji semua..

Tanpa Nama berkata...

Memang benar -Sijil Poli tak setaraf dengan STPM terus U

Dapat sijil poli baru dapat ambil Dip
untuk masuk U

shamito berkata...

Alang alang CUEPACS bersuara, saya cadangkan

1. Pastikan SSM P1T10 akan ke SBPA P1T10 SBPA (contoh). Biar hargai sikit PA yang sudah lama berkhidmat dengan yang baru masuk ke PA. Compare dengan JUSA C dan ke atas, mereka dapat lebih banyak.

2. Mereka yang lulus PTK aras 4 dapat promote naik pangkat atau ke gred KUP. Chnya, N17 ke N22(KUP) kalau tak terus naik N22 hakiki.

3. PT N17 (asal)yang telah disahkan jawatan sehingga belum naik KUP N22 diberi 2 pergerakan gaji kerana OPMD dan Jurutaip yang telah diserap ke Gred N17 telah memintas gaji PT N17 (asal) walaupun dilantik pada tahun yang sama atau lebih awal.

Kawan2 PA yang lain boleh komen sama asal kita terbela atau Pakatan (PR) yang beri cadangan lebih baik.

(Masalahnya Datuk OO baca ke komen kita ni.)