SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Januari 2012

TANGGUH SBPA: JANGAN SALAHKAN KAMI, KATA CUEPACS

Sinar Harian
NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
January 13, 2012



KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan, pihaknya tidak patut dipersalahkan atas keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan secara rasmi semalam.

Keputusan penangguhan dibuat oleh Kabinet dalam mesyuarat mingguannya kelmarin.

Lewat petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan SBPA akan disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan skim itu, yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.

Dalam laporan eksklusif semalam, Sinar Harian Online memetik sumber-sumber berkata, Kabinet telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA atas beberapa sebab, antaranya kerana rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.

Mengulas isu ini, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, dari awal lagi pihaknya tidak terlibat dalam perancangan dan perbincangan mengenai SPBA.

Malah katanya, Cuepacs telah cuba membantah pelaksanaan SBPA kerana sudah menyedari implikasinya, seperti yang disaksikan sekarang.

"Tidak boleh salahkan Cuepacs, semua mahu tumpu pada kami, kalau dulu benda baik Cuepacs buat tidak mahu tumpu, ucap terima kasih pun jarang," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online di sini, malam tadi.

Cuepacs mengadakan mesyuarat khas malam tadi bagi membincangkan keputusan penangguhan SBPA.

Tegasnya, Cuepacs sudah dapat menjangkakan rasa tidak puas hati kakitangan awam akan berlaku apabila melihat ketidakseragaman perubahan gaji antara kumpulan gred 27 dan ke atas, yang mengalami kenaikan ketara antara 20 hingga 40 peratus berbanding gred-gred rendah.

Ketika mengumumkan pelaksanaan SBPA dalam ucapan Bajet 2012, Perdana Menteri berkata SBPA, yang memperkenalkan sistem gaji satu lapis, akan membawa kenaikan antara tujuh hingga 13 peratus.

"Apabila lihat skim SPBA ini, kita dapati, kumpulan Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) ke atas, terdapat peratusan naik sampai 50 peratus, terlalu tinggi sedangkan kumpulan gred bawahan hanya empat peratus.

"Macam langit dan bumi. Ini memang mengundang perasan marah.


"Cuepacs tidak mahulah nanti ada yang dapat kenaikan hanya RM40 tapi gred atas sampai RM40,000... perkara ini perlu disemak semula kerana sepatutnya skim ini menceriakan penjawat awam dengan adil dan sama rata," katanya.

Omar berkata, sebelum ini Cuepacs ada diberi taklimat bagaimana skim SPBA berfungsi - dalam menyelaraskan kenaikan gaji penjawat awam, namun kecelaruan berlaku ketika hendak dilaksanakan mulai 1 Januari lalu.

SBPA menggantikan Sistem Saraan Malaysia berkuat kuasa 1 Januari lalu.

"Dalam taklimat kita, gred yang asal, dapat satu kenaikan, akan pindah ke gred yang baru dan akan dapat satu kenaikan lagi. Jadi apabila dicampurkan kedua-dua, inilah kenaikan yang akan diterima.

"Tapi apabila sampai ke (peringkat) jabatan, pelaksanaan itu tidak ada, hanya berlaku kenaikan satu baris di mana apabila ke gred baru gaji, kalau kata RM15, RM15 lah dapat. Ini yang mereka kata tiada kenaikan sedangkan kumpulan di atas dapat kenaikan RM1,500 hingga RM5,000. Maka berlakulah kemarahan (di kalangan kakitangan awam peringkat bawahan)," katanya lagi.

Omar berkata Cuepacs tidak menolak penangguhan SBPA, tetapi menerimanya protes.

Namun begitu, Cuepacs menghormati keputusan itu yang diumumkan oleh Najib semalam dan akan membantu menyelesaikan masalah itu dengan segera.

"Kalau itu keputusan kerajaan, kami menyambut baik dan Cuepacs minta sembilan pegawai tertinggi kami berada dalam (panel) perbincangan itu kerana kami wakil 1.4 juta penjawat awam di negara ini.

"Jika diwujudkan jawatankuasa lain, kami mahu juga bersama dalam perbincangan itu supaya kami harap isu yang tidak puas hati dan berbangkit ini nak dibawa dalam jawatankuasa itu untuk satu penambahbaikan yang komprehensif berlaku adil dan saksama untu penjawat awam," katanya.

Katanya, Cuepacs akan menekankan beberapa perkara dalam penambahbaikan SBPA dan antaranya penekanan penstrukturan skim baru itu perlu dibuat keseluruhan di mana gred yang tidak terlibat serta badan-badan beruniform juga perlu dikaji semula.

"Gelaran untuk jawatan yang ditukar juga perlu disemak semula mengikut kesesuaian kerana terdapat aduan penjawat awam tidak setuju penukaran jawatan baru.

"Formula kenaikan gaji perlu yang baru supaya pindaan yang akan berlaku yang terbaik, barulah semua pihak berpuas hati.

"Kemudian, senioriti juga perlu diambil kira, kedudukan lama paling maksimum dalam jawatan juga akan diubah dan begitu juga yang telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) masih tidak dianjak," katanya lagi.

Ketika ditanya adakah JPA telah memanggil Cuepacs untuk bermesyuarat mengenai hal ini, beliau berkata, pihaknya sudah bersedia dan hanya tunggu dipanggil.

"Perkara ini masih baru dan mekanisme akan ditentukan oleh JPA dan kami akan berbincang, diaharapkan dapat diselesaikan secepat mungkin, redakan keadaan semua peringkat penjawat awam," katanya.

222 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 222 daripada 222
Tanpa Nama berkata...

S istem

B onos

P egawai/ premium

A tasan
.....................
S istem

B ala

P enjawat

A wam

Tanpa Nama berkata...

paling terseksa adalah yang berada pada gred 27-40 yang masuk jawatan dgn diploma.. rata2 mcm dah turun taraf gaji..dah hampir sama gred 17-26..
apeke hal ni jpa??
jgn kasi naya sama ds najib n kabinet le..mana tahu kut2 pru13, mereka kecundang. Kita pa tetap kerajaan bayar walaupun kerajaan baru.. contoh dah ada kat pa negeri berempat tu.

kesatuan penguatkuasa berkata...

KEJAYAAN DAN JASA KASTAM

NILAI: Cawangan Narkotik Ibu Pejabat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengagalkan cubaan menyeludup dadah yang dipercayai syabu seberat 8 kilogram bernilai RM2 juta, selepas menahan seorang lelaki warga Nigeria di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

RISIKO KERJA KASTAM

MELAKA: Seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia di sini mengalami kecederaan parah selepas dia ditembak beberapa kali oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali ketika sedang keluar dari rumahnya di Tanjung Minyak di sini pada Jumaat.

Pegawai berusia 52 tahun itu mengalami kecederaan di bahu kiri dan tangan, kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Dalam kejadian jam 7.25 pagi itu, pegawai penyiasat tersebut sedang bersiap-siap untuk keluar rumah apabila sekumpulan lelaki menghampirinya dan melepaskan tembakan beberapa das.

ANGGAPAN MASYARAKAT

PASIR MAS 22 Dis. - Dua pegawai kastam dan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah di kawasan pintu masuk ke negara ini.

Pegawai Kastam, dari Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri; Pembantu Penguasa JKDM Negeri,dan Ketua Pembantu Penguat kuasa JPJ Negeri, , masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.

HARAP DATO CEUPACS DAPAT CADANGKAN SUPAYA GAJI AGENSI PENGUATKUASAAN DI KAJI SEMULA AGAR SESUAI DENGAN RISIKO,JASA DAN MENGELAKKAN MEREKA RASUAH.

BAYANGKAN KALAU GAJI GRED
17 SEKARANG,MUNGKIN TANGGAPAN MASYARAKAT SENANG UNTUK CUBA MERASUAH AGENSI PENGUATKUASA KERANA MEREKA TAHU GAJI PENGUATKUASA KECIL,DAN PENGUATKUASA BOLEH DIBELI.

MEMANG TIDAK DINAFIKAN INTEGRITI JADI AMALAN,TAPI KALAU GAJI KAMI KECIL,SENANG JE MASYARAKAT NAK MAKI KAMI BILA KAMI AMBIL TINDAKAN.PERKATAAN YANG PALING POPULAR ADALAH "buat la kerja kau...gaji kau pun aku boleh bayar la...."BETAPA TAK RESPEKNYA MASYARAKAT YANG MEMANDANG KEBENDAAN KEPADA PENGUATKUASA.

SELAIN DARI KEMPEN INTEGRITI,GAJIPUN BIARLAH LEBIH SIKIT,BARU LAH ORANG RESPEK,TAK ADA LA NANTI BILA KAMI KELUARKAN SAMAN,ADA YANG KOYAK SAMAN DEPAN PENGUATKUASA,DAH TU PULA ADA JUGA AGENSI PENGUATKUASA YANG KENA PUKUL MASA BERUGAS,BILA KES NAIK MAHKAMAH,ORANG YANG PUKUL PENJAWAT AWAM TU CUMA KENA DENDA RM 1000 ATAU PENJARA SEHARI.BETAPA MURAHNYA NILAI PENGUATKUASA.

BAYANGKAN KALAU PEMBANTU PENGUATKUASA GRED 17 NAK HIDUP DI KAWASAN AIRPORT YANG KEBANYAKANNYA DI BANDAR BESAR,BAYANGKAN BERAPA BETAPA TINGGI KOS HIDUP...PALING SENANG KOS SEWA RUMAH.

HARAP PERTIMBANGKAN SKIM GAJI LEBIH BAIK UTK AGENSI YANG TERLIBAT PENGUATKUASAAN.

Tanpa Nama berkata...

Penulis akupt.blogspot.com bodoh
Penulis akupt.blogspot.com bodoh
Penulis akupt.blogspot.com bodoh
Penulis akupt.blogspot.com bodoh
Penulis akupt.blogspot.com bodoh

Menulis tak betul, kena komen, terus tak bagi orang lain komen. Nampak sgt tak profesionalnya.Macam budak2 Memang mentaliti rendah taraf pt darjah 6.

Hhahahhahahahahahahahah

Tanpa Nama berkata...

tahniah cuepacs...harap2 pasni bila JPA dah kaji semula...kita akan dapat lihat penjawat awam gred guna upsr, spm, stpm dapat kenaikan yg berlipat kali ganda...bagi kenaikan 50%...yg di peringkat tertinggi tu bagi naik 5% dah la...barula sama taraf...lagipun dorang dah gaji besar...pasnih saya pun senang, tak payah suruh anak2 belajar teruk2...bagi jadi kerani sudah la...gaji sama ja ngan pegawai atasan....tahniah sekali lagi...hidup cuepacs...

Tanpa Nama berkata...

TAK BOLEH TENGOK ORANG ATAS NAK SENANG SIKIT. SIFAT HASAD DENGKI DAH BERTEMPEK KAT PA-PA BAWAHAN NI. ORANG DAH BAGI AMBIK JE LAH. KANG TAK BAGI LANGSUNG BARU PADAN MUKA. KOMEN NI KOMEN TU, GAJI NAK BESAR, KERJA MACAM BAGUS SANGAT. MACAM PAHAT DENGAN PENUKUL.

Tanpa Nama berkata...

semua nak gaji banyak kerja malas..ni la orang KERAjaan!!!

TheGame berkata...

Kepada JPA / Kerajaan Malaysia

Jangan dilayankan sangat sbnrnya prmintaan PA jawatan rendah ni (Gred 1 - 27). Mereka ni mmg nk gaji tinggi, tapi kerja malas.

Saya pegawai 41 berpengalamanlah kerja dgn mereka, bos sibuk nak siapkn kerja waktu pagi sampi x srapan. Kami dgn pegawai atasn kdg2 brunch je, sbb bfast mmg x smpt.

Penolong pegawai sedap2 duk kedai kopi, makan ( xkira laki atau permpuan), borak smpi sejam 2. Pada diorg, kalo organisasi masuk pertndingan, bukn aku dpt duit. Kalo ada audit ISO, organisasi fail, bukan aku yg kena.

Percayalah, smua tohmahan mreka ttg pegawai atasan adalah salah. Sbb bila anda jd PA n masuk jbtn krjaaan, anda akan tahu, PA jwtan rendah paling teruk, malas, nk kerja senang, dn x hayati lgsung objektif jabatan.

Tanpa Nama berkata...

Jangan dilayankan sangat sbnrnya prmintaan PA jawatan rendah ni (Gred 1 - 27). Mereka ni mmg nk gaji tinggi, tapi kerja malas.

Saya pegawai 41 berpengalamanlah kerja dgn mereka, bos sibuk nak siapkn kerja waktu pagi sampi x srapan. Kami dgn pegawai atasn kdg2 brunch je, sbb bfast mmg x smpt.

Penolong pegawai sedap2 duk kedai kopi, makan ( xkira laki atau permpuan), borak smpi sejam 2. Pada diorg, kalo organisasi masuk pertndingan, bukn aku dpt duit. Kalo ada audit ISO, organisasi fail, bukan aku yg kena.

Percayalah, smua tohmahan mreka ttg pegawai atasan adalah salah. Sbb bila anda jd PA n masuk jbtn krjaaan, anda akan tahu, PA jwtan rendah paling teruk, malas, nk kerja senang, dn x hayati lgsung objektif jabatan.
.................................

kalau berlaku perkara ini di pejabat tuan, bermakna tuan tidak menjalankan tanggungjawab tuan sebenarnya. Mana dia pengawasan dari pihak tuan sampai membiarkan perkara ini berlarutan tak perlu nak mengadu kat sini. Aa tuan berikan surat amaran, ada tak arahan2 dikeluarkan kalau tiada tindakan dari pihak tuan maka tuan juga bersalah dan tidak layak untuk kritik mereka. Sesungguhnya ini menampakkan pentadbiran yang lemah dari pihk tuan, sehinggakan anak buah sendiri tak ikut kata.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Jangan dilayankan sangat sbnrnya prmintaan PA jawatan rendah ni (Gred 1 - 27). Mereka ni mmg nk gaji tinggi, tapi kerja malas.

Saya pegawai 41 berpengalamanlah kerja dgn mereka, bos sibuk nak siapkn kerja waktu pagi sampi x srapan. Kami dgn pegawai atasn kdg2 brunch je, sbb bfast mmg x smpt.

Penolong pegawai sedap2 duk kedai kopi, makan ( xkira laki atau permpuan), borak smpi sejam 2. Pada diorg, kalo organisasi masuk pertndingan, bukn aku dpt duit. Kalo ada audit ISO, organisasi fail, bukan aku yg kena.

Percayalah, smua tohmahan mreka ttg pegawai atasan adalah salah. Sbb bila anda jd PA n masuk jbtn krjaaan, anda akan tahu, PA jwtan rendah paling teruk, malas, nk kerja senang, dn x hayati lgsung objektif jabatan.
.................................

kalau berlaku perkara ini di pejabat tuan, bermakna tuan tidak menjalankan tanggungjawab tuan sebenarnya. Mana dia pengawasan dari pihak tuan sampai membiarkan perkara ini berlarutan tak perlu nak mengadu kat sini. Aa tuan berikan surat amaran, ada tak arahan2 dikeluarkan kalau tiada tindakan dari pihak tuan maka tuan juga bersalah dan tidak layak untuk kritik mereka. Sesungguhnya ini menampakkan pentadbiran yang lemah dari pihk tuan, sehinggakan anak buah sendiri tak ikut kata.

Sabtu, Januari 14, 2012 8:03:00 AM

----------------------------

betul tu.. tuan yg gred 41 ni wajib kena exit policy sebab tidak bertanggungjawab...

Tanpa Nama berkata...

Pelaksana ni Nak minta gaji tinggi mana lagi...sesuai la dengan kelulusan dan kelayakan...tamak la pulak....tak reti bersyukur...gred bawah patut bersyukur gaji dah hampir RM2000...kami ada ijazah pun baru RM2400 dah lapan tahun khidmat...tak patut...
Satu negara di Dunia bila naik pangkat gaji turun,,,ada ijazah gaji ciput, ada ijazah KGT sama dgn diploma, Ada ijazah elaun sedikit, ada ijazah macam tak laku....SPM labih utama..sebab mereka komplen kau orang layan...gred 29-gred41 komplen buat tak tahu saja...........
Malaysia Oh tanah airku ...
Sungguh pelik bin Ajaib.........Fikirkanlah TOk JIB,...PM kita hebat kan sila perbetulkan apa yang tak betul................................................................................................Setakat cakap tak kota tak ada maknanya.

Tanpa Nama berkata...

Yang penting, seniority di kira,ptk dikira biar pun aras 3/3,dan juga mereka yang sudah langgar dinding bertahun-tahun....

Tanpa Nama berkata...

sial la kupek, pehal presiden mcm gila glamer je ni. dah nak abis kontrak pastu buat haru biru dan tikam kppa plak..kami x nak macam ni

Tanpa Nama berkata...

kalu dah spm tu gaji spm je la,jgn plak nk gaji pnp cam kami. bodoh la..

Tanpa Nama berkata...

kumpulan sokongn yg meminta2 ni bodoh bodoh sbb tu kena gaji kecik. klu komplen dh mcm org bodoh, gaji spm je la..

Tanpa Nama berkata...

aku sokong statement GRED 29-40 TERSEPIT..yang bawah naik gred..naik gaji..yang atas naik gaji...yang tengah2 TERSEPIT..ada ke patot gaji Diploma & Sijil hampir sama..Beban kerja berbeza..

xyah kutok r gred 29-40 nih..kebanyakan kerja kami seakan-akan sama dgn 41 ketas..jgn dibandingkan kami dgn gred 17..kalau yang bawah naik gaji..yang ditengah sepatutnya naik sama..

cuba fikirkan bagaimana perasaan gred 41/44 jika anda diturun taraf atau disama taraf dengan gred 17??? kompom korang marah!!!!BENGANG!!!!

Kalau gred 29-40 nk jugak diturun taraf...jgn letak tanggungjawab seperti gred 41 ketas kepada kami..suruh jer kami taip surat..fotostat..sebab gaji sama dgn 17..beban x banyak..tapi kami tau..jgn harap kami dapat senang lenang begitu..TOLONG NAIKKAN GRED KAMI SAMA..kalau kami dinaikkan ke 41..yang 41 naik 44..kn xde masalah tuh!!!

Tanpa Nama berkata...

naik gaji ikut peratusan kan mudah semua puas hati

Tanpa Nama berkata...

kalau naik rm15 itu dah kira ada angka, aku ni yang duduk di gred dg44 t5 rm3584.11 dinaikkan satu tangga jadi rm3734.39. Pah tu ditawarkan tangga SBPA rm3735.00. Jadi kenaikan pelarasan yang aku dapat cuma rm0.61...... tak gila ke namanya ni
...................
kAU NI NAMA JE DG 44 ADA IJAZAH KIRA KENAIKAN PUN TAK PANDAI...U NI KIRA NAIK BANYAKLA....TAMAK HALOBA LAGI...........SSM DINAIKKAN BUKAN NAIK NAMANYA TU....BENGAP LA ANDA NI...SEKOLAH TADIKALAH...HU..

Tanpa Nama berkata...

ape yang penting kite sabar je. biar sbpa jalan dulu, baru kite lawan balik. janji gaji naik dulu baru kite tambah mane yang kurang. sekurang-kurangnye, perbelanjaan awal tahun 2012 tu bertambah, nanti sibuk-sibuk buat perbincangan, akhirnye satu ape pun tak dapat, yang putih mata sape lagi kitelah penjawat awam. ape-ape pun fikir-fikir kan lah. dapat dulu ataupun putih mata.

Tanpa Nama berkata...

J29 dan J17 tu jauh tu perbezaan gaji dier, nak RM400 tu. aku nak pohon jawatan J29 lah. sebab aku rasa aku layak pohon. hehehehe

Tanpa Nama berkata...

KAMI KAKITANGAN MEMANG TAK PUAS HATI DI MANA SELEPAS LULUS PTK ARAS 4 TAK DAPAT ANJAKAN GAJI..ALASAN DIBERMARKAH LNPT KURANG DPD 85.KALAU MARKAH BAWAH 80 KAMI TERIMA.MARKAH ANJAKAN GAJI JPA 80 KEATAS.YANG MANA SATU BETUL.TAK BERPROFESSIONAL.BELAJAR SIANG MALAM AKHIRNYA LULUS.PEGAWAI LANGSUNG TAK PANGGIL SEMASA MEMBERI MARKAH/BAGI

Tanpa Nama berkata...

KAMI KAKITANGAN MEMANG TAK PUAS HATI DI MANA SELEPAS LULUS PTK ARAS 4 TAK DAPAT ANJAKAN GAJI..ALASAN DIBERMARKAH LNPT KURANG DPD 85.KALAU MARKAH BAWAH 80 KAMI TERIMA.MARKAH ANJAKAN GAJI JPA 80 KEATAS.YANG MANA SATU BETUL.TAK BERPROFESSIONAL.BELAJAR SIANG MALAM AKHIRNYA LULUS.PEGAWAI LANGSUNG TAK PANGGIL SEMASA MEMBERI MARKAH/BAGI

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 222 daripada 222   Terbaru› Baru»