SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

14 Januari 2012

TEGAS TANPA TERBURU-BURU

Utusan Malaysia
Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@yahoo.com
14/1/2012




Wakil majikan dan agensi pekerjaan menyerbu Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya baru-baru ini untuk menguruskan permohonan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P.


RAKYAT Malaysia memang terkenal dengan sikap suka menangguhkan sesuatu kerja sehingga ke minit akhir dan kemudian memberi pelbagai alasan bila urusan tersebut gagal diselesaikan mengikut syarat.

Contoh terbaik adalah ketika musim mengisi borang cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), saman, pendaftaran kenderaan komersial dan terbaru di kalangan majikan dalam pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P).

Hakikatnya, rakyat tidak boleh disalahkan sepenuhnya apabila mereka terlalu dimanjakan dengan penangguhan tindakan perundangan dan lanjutan tempoh untuk menyelesaikan saman serta urusan berkaitan oleh kementerian, agensi kerajaan mahupun majlis perbandaran.

Langkah kerajaan mengambil kira aduan dan pandangan rakyat terutamanya mereka yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu keputusan atau dasar baru memang sepatutnya dipuji.

Namun, sikap berlembut itu juga boleh menjadi serampang dua mata, bukan sahaja menunjukkan keprihatinan kerajaan malahan mungkin menunjukkan kurangnya ketegasan dan kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu keputusan, peraturan dan dasar baru.

Isu pendatang asing dan program 6P menjadi contoh kegusaran rakyat yang masih menunggu hasil konkrit dalam mengurangkan jumlah pendatang asing di negara ini dengan kebimbangan tarikh tindakan perundangan dilanjutkan lagi.

Kini, laporan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula turut menimbulkan tanda tanya sesetengah pihak sama ada perancangan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu dibuat secara terburu-buru sehingga menerima banyak aduan.

Bagi Setiausaha Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Profesor Dr. Durrishah Idrus, tidak menjadi isu besar jika wujudnya sokongan dan tentangan terhadap penangguhan sesuatu dasar atau keputusan kerajaan.

“Bila sesuatu dasar itu diumumkan dan diketahui rakyat, tentu akan ada yang memberi pendapat masing-masing.

“Jika dasar yang telah diketahui umum itu ditangguhkan pula, tentu akan wujud dua kumpulan iaitu yang menyokong dan menentang,” jelasnya.

Tegasnya, sesuatu dasar baru itu adalah polisi jangka panjang atau jangka sederhana yang bakal memberi kesan kepada ramai pihak jika dilaksanakan.

Oleh itu, katanya, sebuah dasar baru seboleh-bolehnya perlu dikaji dengan teliti dan mendalam terlebih dahulu sebelum diumumkan kepada orang ramai.

“Jika sudah dikaji dan diteliti dengan mendalam, mungkin penangguhan dapat dielakkan kerana masalah tidak timbul jika keputusan itu menggembirakan rakyat.

“Penangguhan pula akan menimbulkan tanda tanya kepada sesetengah pihak sementara pihak lain menyokong. Ini perkara biasa bila berlaku penangguhan dan tidak menjadi isu besar,” katanya.

Durrishah menjelaskan, jika SBPA dilaksanakan tanpa diteliti semula, sebilangan golongan sederhana dan bawahan dalam perkhidmatan awam mungkin berasa tidak puas hati dalam jangka panjang.

“Jika dahulu, perbincangan diadakan dahulu pihak berkaitan dengan kerajaan dan hanya diumumkan jika semua isu berbangkit sudah selesai.

“Saya harap kerajaan akan semakin matang kelak dalam mengendalikan situasi seperti apa yang berlaku dengan SBPA,” ujarnya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula berpendapat penangguhan SBPA bukannya menunjukkan kelemahan tetapi menonjolkan keberanian Perdana Menteri bertindak pantas terhadap keresahan mereka yang terlibat.

“Mungkin ada pihak akan mengambil kesempatan dalam isu penangguhan dasar ini tetapi tindakan segera Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kerajaan responsif terhadap isu-isu tulen dan perkara berbangkit selepas menerima maklum balas pihak yang sedar diri mereka akan terjejas.

“Bukannya kerajaan tidak bertegas dalam pelaksanaan sesuatu dasar tetapi ada isu yang tidak mendapat maklum balas di peringkat awal yang sepatutnya telah melibatkan kumpulan pembuat keputusan dan pihak berkepentingan,” katanya.

Tambahnya, sesuatu dasar baru juga perlu melihat kepada maklum balas umum dan ini boleh dicapai dengan kemajuan teknologi semasa.

Menurut beliau, Perdana Menteri sendiri mengakui kerajaan tidak mengetahui semua perkara tetapi bersedia menerima pendapat orang ramai yang boleh membawa kebaikan kepada semua.

“SBPA perlu dikaji semula bila majoriti kakitangan awam tidak berpuas hati walaupun sesetengah pihak gembira dengan apa diterima mereka.

“Kelemahan di sini adalah dari sudut pelaksanaan apabila perbincangan tidak dibuat JPA dengan pihak-pihak berkaitan terlebih dahulu sehingga mungkin menjejaskan sekitar 500,000 pekerja,” ujarnya.

Tegasnya, semakan semula yang diumumkan menunjukkan hasrat Perdana Menteri yang mahu memberi penambahbaikan dalam pelbagai aspek agar memberi manfaat dan boleh diterima baik oleh majoriti, jika tidak kesemua kakitangan awam sekalipun.

“Mengumumkan penangguhan adalah satu langkah berani dan tegas demi memberi perhatian kepada isu yang timbul dan mengelakkan masalah lain kelak.

“Perdana Menteri juga mungkin tidak menerima gambaran tepat sebelum mengumumkan SBPA dan kerana itu kakitangan awam perlu memberi maklum balas agar semua pihak dilindungi dan tiada yang menerima kesan buruk, di samping menutup peluang pihak yang mahu menangguk di air keruh,” jelasnya.

Mohamed Mustafa berpendapat matlamat skim tersebut sangat baik tetapi pelaksanaannya yang seperti tergesa-gesa mungkin menjadi punca masalah.

“Walaupun sesuatu dasar baru mempunyai matlamat yang baik, tiada maknanya jika kumpulan sasaran tidak menerima manfaatnya.

“Baguslah Perdana Menteri mendengar masalah yang dibangkitkan dan sedia menangguhkan SBPA demi kebajikan mereka yang terlibat,” katanya.

Adalah lebih baik untuk berhadapan dengan seorang yang menentang selepas memahami isu sebenar daripada dibiarkan ramai membantah tanpa memahami tujuannya.

Kewajaran penangguhan sesuatu keputusan sewajarnya dinilai demi kepentingan dan masa depan kesemua pihak yang terlibat atau sekurang-kurangnya kumpulan majoriti.

Walaupun kerajaan sewajarnya bertegas dalam pelaksanaan dasar baru agar rakyat lebih berdisiplin dan yakin dengan komitmen pentadbiran negara, kesan jangka panjang serta baik dan buruk keputusan tersebut perlu diutamakan.

Penerimaan rakyat terhadap sebarang keputusan kerajaan juga akan berubah sejajar dengan pemahaman dan perubahan yang berlaku, sama ada menerima jika kesannya positif atau membantah jika sebaliknya.

Apa yang perlu diutamakan kini adalah pemahaman rakyat terutamanya mereka yang berkepentingan dalam sesuatu keputusan tentang punca dan sasaran pelaksanaan, mahupun penangguhan, sesebuah dasar baru.

11 ulasan:

East berkata...

Flip flop

Tanpa Nama berkata...

PERTEGUHKAN PENGUATKUASAAN UNDANG UNDANG DENGAN MENAMBAHBAIK
SKIM GAJI BAGI AGENSI PENGUATKUASAAN IMEGRESEN,KASTAM,KPDNKK,
DAN PENGUAKUASA TEMPATAN AGAR TIDAK TERUS DPERLEKEH OLEH MASYARAKAT YANG MEMANDANG KEBENDAAN PADA MASA KINI.

penguatkuasa dihormati,undang undang dipatuhi,kerajaan disegani.

Tanpa Nama berkata...

sememangnya betul sbpa perlu disemak semula. dari segi pelarasan gaji, skim gred yang tidak teratur. sesetengah pihak ada yang membantah skim ini ditangguhkan dan sebelah pihak setuju skim ini ditangguhkan kerana ketidakadilan dalam pelarasan gaji. bagi mereka yang mendapat kenaikan yang tinggi mereka tidak setuju dengan penangguhan SBPA ini atas sebab mereka sangat beruntung. tetapi bagi mereka yang berfikiran terbuka dan berfikiran panjang atas sebab kecelaruan dalam SBPA mereka ini masih ada perasaan memperjuangkan nasib keseluruhan P.A secara keseluruhan dan bukan hanya diri sendiri. jika perkara seperti ini berlaku kepada diri mereka apa perasaan mereka-mereka yang tidak setuju SBPA ditangguhkan. Tepuk dada tanya selera...belum kene batang hidung sendiri. Syabas kepada mereka yang sama-sama memperjuangkan nasib P.A yang kurang mendapat keadilan.

Tanpa Nama berkata...

BERAPA BESAR PUN GAJI YANG DITERIMA, ZAKAT PENDAPATAN DILUPA JANGAN

mirul berkata...

SBPA wajar dikaji semula sebab hanya memihak kpd sebelah pihak pada padangan sy gred rendah hingga 41 wajar dinaikan 20 peratus dan peg. keatas 5 peratus baru adil ? Baru wawasan PM utk melihat Negara kita tercapai Negara maju dan dapat disemimbangkan pendapatan antara semua rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Desakan Kumpulan Pelaksana sekarang atas beban kewangan yg maha hebat yg mereka buat jika dibanding kumpulan pelaksana 90-an.
Kumpulan pelaksana perkhidmatan awam sekarang sudah ada kelas walau lulus SPM tapi kelihatan hebat...Sudah memandu Toyota Vios, Rumah 2 tingkat, HP Blackberry, LED 41 inci dll.
Kenaikan gaji pada PA Sokongan yg bilangan terlalu ramai melebihi 4/5 kakitangan awam telah menolak kenaikan harga barangan.

Malang pada kami yg berkelulusan STPM tetapi bekerja disektor swasta spt jurujual supermarket, pembantu kedai, perkeranian syarikat kecil DLL. Bonus pun kecil dan kadang2 tiadapun bonusnya.
Bilangan Kakitangan awam SOKONGAN yang terlalu RAMAI yang dinaikan gaji akan TERUS menolak kehadapan harga barangan. GAYA hidup kakitangan awam lulusan spm hidup ibarat yg lulusan Ijazah telah menggerak tuntutan gaji unt menghampiri gaji bos mereka.

Jangan lihat swasta spt di Bank dan korporat/multinasional tapi lihat lah pada pekerja swasta yang teramai disektor peruncitan, perburuhan dan perkhidmatan.
Kesihanilah rakyat yg berhadapan barangan naik melampau kerana gaji kakitangan kumpulan teramai Awam naik gaji yg besar disamping bonus yg gila2 sektor swasta spt Bank-bank.

oleh wakil
Pemakan beras hancur
sewa rumah kos rendah
HP 3310
Moto Ex5
ada stpm
DLL

Tanpa Nama berkata...

Desakan Kumpulan Pelaksana sekarang atas beban kewangan yg maha hebat yg mereka buat jika dibanding kumpulan pelaksana 90-an.
Kumpulan pelaksana perkhidmatan awam sekarang sudah ada kelas walau lulus SPM tapi kelihatan hebat...Sudah memandu Toyota Vios, Rumah 2 tingkat, HP Blackberry, LED 41 inci dll.
Kenaikan gaji pada PA Sokongan yg bilangan terlalu ramai melebihi 4/5 kakitangan awam telah menolak kenaikan harga barangan.

Malang pada kami yg berkelulusan STPM tetapi bekerja disektor swasta spt jurujual supermarket, pembantu kedai, perkeranian syarikat kecil DLL. Bonus pun kecil dan kadang2 tiadapun bonusnya.
Bilangan Kakitangan awam SOKONGAN yang terlalu RAMAI yang dinaikan gaji akan TERUS menolak kehadapan harga barangan. GAYA hidup kakitangan awam lulusan spm hidup ibarat yg lulusan Ijazah telah menggerak tuntutan gaji unt menghampiri gaji bos mereka.

Jangan lihat swasta spt di Bank dan korporat/multinasional tapi lihat lah pada pekerja swasta yang teramai disektor peruncitan, perburuhan dan perkhidmatan.
Kesihanilah rakyat yg berhadapan barangan naik melampau kerana gaji kakitangan kumpulan teramai Awam naik gaji yg besar disamping bonus yg gila2 sektor swasta spt Bank-bank.

oleh wakil
Pemakan beras hancur
sewa rumah kos rendah
HP 3310
Moto Ex5
ada stpm
DLL

Ahad, Januari 15, 2012 11:01:00 AM
...................................

MCM NI LA SIKAP ORG MELAYU. TAK SUDAH-SUDAH NAK KOMEN PASAL GAJI ORANG. NAK KOMEN PASAL SPM DAH SAMA MCM DIPLOMA DGN IJAZAH. KLU DAH TAHU ADA STPM KENAPA X MINTAK KERJA DENGAN KERAJAAN DULU. SEBAB GAJI KERAJAAN DULU MURAH....NASIB LU LA....BILA DAH MCM NI BARU NAK KOMEN PASAL P.A PAKAI BLACKBERRY, NAIK KETE VIOS, HONDA.....LANTAK DIORG LA...ITU HAK DIA NAK MEMBELI. INGAT! JAGA KERJA MASING2.... JGN JAGA TEPI KAIN ORG....NAK KOMEN BIAR KOMEN PERJUANGAN SAMA2. MASING2 ADA PERSATUAN SEKERJA....APALAGI PERGI LA HAYUN PRESIDEN ANDA......KOMEN YANG ANDA BUAT MENUNJUKKAN SIFAT ANDA SENDIRI....ANDA KERJA SWASTA BUAT CARA KERJA SWASTA....TAK PERLU NAK KOMEN KAKTANGAN AWAM.....

Tanpa Nama berkata...

BEGINILA SIKAP YG PERLU ADA PD SETIAP PEMINPIN..
BUKAN HNYA TAKUT KEPADA ANCAMAN TETAPI MESTI BIMBANG DENGAN KERISAUAN RAKYAT BARULA NAMPAK "RAKYAT DIDAHULUKAN"...MMG ADA BETULNYA KEPUTUSAN INI ADA SEDIKIT KAITAN NGN PRU13..TETAPI SECARA LOGIKNYA TIME NI LA KITA LIHAT SIAPA YG BOLEH KITA PERCAYAI..KLU SLPS PRU13 KEADAAN SBLKNYA BERLAKU KN ADA PRU14...SEORANG PEMIMPIN YG BERJIWA RAKYAT BUKAN HAJAT UTK MEMIMPIN 1PENGGAL SHJ..SO KITA LIHAT N TGU...PEMIMPIN YG INGINKAN KEUNTUNGAN SHJ AKN MEMPERGUNAKAN KESEMPATAN YG SINGKAT TUK JD SENANG..(MENGAUT KEUNTUNGA DIRI SENDIRI)..KLU GOV JDKN PRU13 SBG LANDASAN TUK MELAKUKAN YG TERBAIK TUK RAKYAT..MAKA..RAKYAT PERLU GUNAKAN KESEMPATAN YG SMA TUK MENEGAKKAN KEADILAN TUK RAKYAT..BTOL KN..BG MRK YG XSENANG ATI NGN PA YG GAJI NAIK JGN IRI HATI..BERDOALAH SUPAYA 1 ARI NNTI REZEKI AKN BERPIHAK TUK DIRI SENDIRI PLK..KLU BUKAN DIRI SENDIRI MUNGKIN ANAK2 MEREKA PD MSA YG AKAN DTG..I'ALLAH..

Tanpa Nama berkata...

Kpd Y. Bhgia Datuk Farida :

Kpd rakan2 tlg Stop dan sila betulkan aku jika aku salah bro.,
gini, :

1. SBPA ambilkira kelayakan syarat asas sbg kelayakan utk masuk ke skim perkhdmatan berkenaan?
Betulkannn?
2.okey, apa syarat kelayakan asas yang ada dlm skim perkhidmatan skrg dlm SPA ? kita ambil yg spm ke atas bro.,

a. spm shj.
b. spm + sijil
c. stpm
d. stpm + sijil
e. diploma
f. diploma + sijil
g. ijazah
h. ijazah + sijil
i. sarjana
j. sarjana + sijil
k. PhD (macam kita semua ler agaknya)
l. PhD + sijil

LIHAT ada 12 (DUABELAS) kelayakan.

Baik kita pi tngk Kumpulan dlm SBPA

Kumpulan 1-1 : 1-6 :Ijazah - PhD + sijil.
Kumpulan 2-1 : 2-6 : Diploma dan diploma + sijil
Kumpulan 3-1 : 3-5 : spm + sijil, Stpm, stpm + sijil, diploma, diploma + sijil
Kumpulan 4-1 : 4-5 : spm

Amacam bro.? line clear ?

cuba lihat Kumpulan Tuan/Puan /Sdr Sdri.

.... Di mana Kumpulan tuan/puan? betul ke tak betul PEMBAHAGIAN ???

Kalau tak betul kita mintak Y. Bhgia Datuk Farida tengok-tengok ... bantulah kumpulan Pelaksana ini. Kami cuma mencari REZKI yang HALAL utk klrga ... salam. - Ingat namaku Mr. Y - {Kepak}

Tanpa Nama berkata...

Kpd Y. Bhgia Datuk Farida :

Kpd rakan2 tlg Stop dan sila betulkan aku jika aku salah bro.,
gini, :

1. Bajet 2012 YAB PM DS Najib maklum kenaikan gaji 7-13% dlm SBPA.

Kita tngk Gred dlm SSM pulak sblm ke SBPA.
Kita lihat SPM ke atas Bro.,

1. Gred 17
2. Gred 19
3. Gred 22
4. Gred 26
5. Gred 27
6. Gred 29
7. Gred 32
8. Gred 36
9. Gred 38
10 Gred 40
11. Gred 41
12. Gred 42
13. Gred 44
14. Gred 45
15. Gred 48
16. Gred 52
17. Gred 54
18. Jusa C (macam kita semua agaknya ler ..)
19. Jusa B
20. Jusa A
21 Ntah ler aku tak reti daa...

Boleh tunjuk Gred mana yang dapat 7%, 8%, 9%,10%,11%,12%,13% ???

Amacam bro.? line clear ?

cuba lihat Tuan/Puan /Sdr Sdri dlm agehan gaji SBPA !

.... Brape % tuan/puan? betul ke tak betul PEMBAHAGIAN ???

Kalau tak betul kita mintak Y. Bhgia Datuk Farida tengok-tengok ... bantulah kumpulan Pelaksana ini. Kami cuma mencari REZKI yang HALAL utk klrga ... salam. - Ingat namaku Mr. Y - {Kepak}

Tanpa Nama berkata...

Gred U29 diploma jenis apa. Betulkah diiktiraf oleh JPA dan Kementerian Pengajian tinggi. Kenapa Gred ini tiada KPSL ke Pegawai perubatan (Pegawai Perubatan Tak iktiraf ke Diploma ini.

Kenapa untuk jadi Pegawai Perubatan kena memohon guna sijil SPM tidak Diploma yang sediada.