Berita Harian
Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my
2012/02/15
PRESIDEN CEUPACS, Datuk Omar Osman bersama timbalannya Azih Muda (dua dari kanan) dan Setiausaha Agung Lok Yim Pheng (kiri), pada sidang media di International Hotel, Kuala Lumpur, bulan lalu. - Foto Rosdan Wahid
PUTRAJAYA: Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversi isu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.
Katanya, Mohd Sidek memaklumkan lima tuntutan berkenaan perlu diberi pertimbangan, terutama yang membabitkan isu kritikal.
Selain itu, Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas semakan semula SBPA kali ketiga semalam menunjukkan maklum balas positif secara terbuka untuk menilai lima tuntutan berkenaan serta beberapa cadangan CUEPACS.
"Selepas tiga kali bermesyuarat dan dengan kemasukan tiga lagi anggota CUEPACS dalam pasukan itu, ada perkembangan positif ditunjukkan. Ada keterbukaan dalam mendengar maklum balas daripada kita.
"Berikutan itu, kita yakin perkara ini boleh diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang diberikan. Lima tuntutan CUEPACS bukan satu perkara yang menyulitkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, di sini semalam.
Sebelum ini, CUEPACS mengumumkan lima tuntutan, iaitu mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan penjawat awam dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan penjawat awam yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.
Omar juga berkata, persetujuan kerajaan terhadap lima tuntutan CUEPACS itu akan memberikan keceriaan kepada kakitangan awam yang sebelum ini kurang puas hati dengan pelaksanaannya.
"Isu SBPA ini dapat diselesaikan secara perbincangan seperti yang diadakan hari ini kerana jika CUEPACS tidak dibawa dalam rundingan, ia akan terus menjadi isu di kalangan kakitangan awam," katanya.
Beliau juga memaklumkan satu bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS berhubung isu SBPA akan diadakan di ibu negara pada 17 dan 18 Februari ini bagi menyediakan kertas kerja komprehensif mengenai masalah skim baru itu.
"Bengkel ini akan dihadiri pelbagai pihak berkaitan, termasuk ahli akademik bagi membincangkan isu itu dan menyediakan satu kertas kerja komprehensif untuk penyelesaiannya," katanya.
Sementara itu, Ismail berkata, pasukan petugas khas masih meneruskan perbincangan dan semua maklum balas serta cadangan yang diterima akan diteliti.
Kerajaan sebelum ini memberikan tempoh tiga bulan yang berakhir 16 April ini kepada pasukan berkenaan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan SBPA selepas menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kedua-dua pihak berbincang bagi menyelesaikannya.
432 ulasan:
«Lebih lama ‹Lebih lama 401 – 432 daripada 432sambung baca
SEPATUTNYA,JABATAN YANG MELIBATKAN KEWANGAN DIBERIKAN KELEBIHAN.SEPERTI KASTAM/JPPH/AKAUNTAN DAN SEBAGAINYA.
...............................
kalau tak `sihat' boleh ker kutip banyak wang, jadi jbt yang jaga kesihatan patutnya diberi kelebihan.
................................
`sihat' sahaja tak cukup, macam mana nak sihat kalau tak ada `makanan', jadi jbt yang jaga makanan patutnya diberi kelebihan.
................................
kalau banyak `makanan' tapi tak ada wang mcm mana, jadi jbt jaga kewangan patutnya diberi kelebihan.
..................................
ulang semula rangkap kedua..
jadinya semua PA memainkan peranan jangan anggap kerja kita saja lebih dari org lain.
SBPA.
Selepas era SBPA nanti, diharapkan supaya selepas ini tiada lagi mana-mana kelompok PA diberi layanan istimewa atau digelar 'anak emas'.Sepatutnya, sebagai 'bapa yang adil dan penyayang',kerajaan Malaysia seharusnya memberi layanan sama rata kepada semua PA dan tiada mana-mana PA harus dilihat seolah-olah terlalu ekslusif dan manja.
k
BAIKI SEMUA SKIM yg tertinggal
kena penaik around 100% drpd gaji semasa masing2 baru menyamai taraf macam tahun 2000... cuba kira kejatuhan duit rm kita?? betulkan
kena layan sama adil la..
belajar dulu sama susah je..
baik belajar jd doktor,lawyer,egineer,akaun,pertanian,agama dll..
bapa perlu layan sama adil..
sekarang dah jadi cam ada kasta..
akibat pemikiran yg di bawa penjajah..
di jajah inggeris/yahudi utk beza2kan taraf..scara x sedar/dlm senyap.
pasal apa kupek mintak spba mula jan...kan pm dah cakap mula 1 jan...entah apa2 kupek ni...
Selepas era SBPA nanti,
diharapkan supaya selepas
ini tiada lagi mana-mana
kelompok PA diberi layanan
istimewa atau digelar 'anak
emas'.Sepatutnya, sebagai
'bapa yang adil dan
penyayang',kerajaan
Malaysia seharusnya
memberi layanan sama rata
kepada semua PA dan tiada
mana-mana PA harus dilihat
seolah-olah terlalu ekslusif
dan manja.
////////////
ITU LAH JPA.DULU DIHORMATI TETAPI SEKARANG,AMAT2 MENYEDIHKAN. NIAT KPPA UNTUK BAIKI SKIM PA NAMUN BELIAU TAK SEDAR SEBENARNYA,JIKA INGIN NAIK TARAF,JGN HANYA SESETENGAH JAWATAN SAHAJA.JAWATAN YANG ASASNYA SAMA JUGA PERLU DI BERI PERHATIAN.
DI BAWAH SSM DAHULU,LEBIH BAIK SISTEMNYA.CUMA KGT RENDAH.DLM SPA,TIADA JAWATAN ASAS KEMASUKAN SIJIL POLI SHJ,.KERANA SEMUA JAWATAN TERSEBUT ADALAH ASAS JAWATAN (SPM+SIJIL).
NAMUN JIKA INGIN MENUKAR ASASNYA ADALAH SIJIL POLI SAHAJA,MAKA KESEMUA JAWATAN BERKAITAN PATUT DITUKAR KEPADA SIJIL POLI SAHAJA,DAN TIADA LG JAWATAN (SPM+SIJIL).
Asas jawatan perlu;;
PMR sahaja
SPM Sahaja
Sijil poli/awam sahaja
Diploma sahaja
Dgree sahaja.
Dan patut tiada lagi jawatan asasnya (Spm+sijil)
pasal apa kupek mintak spba mula jan...kan pm dah cakap mula 1 jan...entah apa2 kupek ni...
------------------------------------
Qpax khuatir kalau tak dimintak nanti, JPA mungkin akan tetapkan tarikh baru SBPA mulai April atau Mei ini. Sedangkan pada masa yang sama kita kerugian dari segi tunggakan kerana SBPA sepatutnya dikira mulai Jan 2012.
Apasal draf gaji SPBA cuepac x ada ttg gaji JUSA ataupun gred 54 ke atas...
Cam nak sorok sesuatu jer..
atau cuepac dapat arahan golongan ni xleh disentuh?
BAGUS JUGA KALAU SKIM SPM+SIJIL INI DIIKTIRAF KE GRED 21..
SKIM SPM GRED 17...
SKIM SPM+SIJIL GRED 21...
SKIM SIJIL GRED 27..
BARU ADA PENARAFAN TERHADAP SKIM SPM+SIJIL.
CADANGAN KGT ADALAH RM145 ATAU RM140
------------------------------------
Skim STPM + Diploma macam mana? Apa dah jadi dengan gred skim STPM + Diploma, dianak tirikan.
-----------------------------
skim STPM+DIPLOMA patut ditukar ke skim diploma..
patut tiada lagi skim yang digabung,kerana ia akan menurunkan taraf kelulusan yg lebih tinggi.
Tak sabar tunggu esok 22hb, pembentangan Cuepacs. dan juga Lusa 23hb, gaji hehehe
pasal apa kupek mintak spba mula jan...kan pm dah cakap mula 1 jan...entah apa2 kupek ni...
------------------------------------
Qpax khuatir kalau tak dimintak nanti, JPA mungkin akan tetapkan tarikh baru SBPA mulai April atau Mei ini. Sedangkan pada masa yang sama kita kerugian dari segi tunggakan kerana SBPA sepatutnya dikira mulai Jan 2012.
------------------------------
sebernarnya,ada ura2 menyatakan.. ada dua kenaikan,kenaikan asal SBPA untuk 1.1.2012.. dan kenaikan sbpa baru mgkin 1.5.2012
...........cuti kaji semula bg pelaksana lantikan baru
1
Bercadang satukan semua gred gred gaji pelaksana dan juga kumpulan pengurusan dan bina satu gaji khas bagi kumpulan Doktor untuk mengelakkan bergaduhan antara PA dan brain-drain antara Doktor
bodo
cek tendang
ju
tuuu
Wahai kawan2 seperjuanganku di dalam perkhidmatan awam sekeliannya. Mengapakah terus berpuak2 dan membuahkan hasad dengki hari demi hari sesama kamu. Sedangkan kamu semua ini rata-ratanya dari Gred 54 ke bawah (SSM) yang mendapat layanan paling buruk dari segi kenaikan gaji di SBPA. Sedangkan pokok utamanya mereka2 yang bakal terlantar kekenyangan di atas sana? Bacalah Utusan Malaysia hari ini Rabu, 22 Februari 2012, mukasurat 11 di rungan RENCANA, tulisan Zaini Hassan...Sekian.
berikan apa yang patut kepada yg berhak
X saba tunggu PRU , sbpa ni dh teraniaya
Nampak gayanya. nk beralih arah dh, ajak mak bapak bini dan adik beradik tinggalkan parti tradisi yang menganiaya kami
minta di percepatkan SBPA,betul jika dilaksanakan dasar yg sebelum nya jurang yg amat ketara diantara pihak atasan dan bawahan adalah amat ketara.bila gaji naik yg tak seberapa harga barang pun naik kalau macam tu baik tak payah naik gaji,di harap pihak CUEPACS dapat membela nasip kakitangan kerajaan bawahan yg gajinya tak seberapa,macam mana la nak merasa kereta baru kalau gaji kecil.
minta di kaji dan di teliti tahap kewangan atau gaji kami kakitangan bawahan,belalah nasip kami,utk pihak atasan cukup la dengan gaji tinggi elaun pun tinggi jadi tak salah la kalau nasip orang bawahan ni di bela
hi
Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru
Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :
Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000
apalaaa
ASSALAMULAIKUM. SAYA SEORANG PEGAWAI KANAN PTD. UNTUK MAKLUMAN, SILA ABAIKAN KOMEN DARI 'PTD CERDIK' DAN 'PTD BIJAK' BOTH OF THEM ARE NOT PTD OFFICERS PUN. SAYA ULANG, MEREKA BUKANLAH PTD PUN. INI ADALAH FITNAH YANG DI REKA OLEH INDIVIDU TERTENTU. DARI LARAS BAHASA DAN TAHAP PROFESIONALISME, ADALAH TIDAK MUNGKIN KAMI GOLONGAN PTD AKAN MEMBERIKAN KOMEN YANG SEBEGITU KEJI DAN MENJATUHKAN MARUAH PA YANG LAIN. SYA ULANGI, MEREKA BUKANLAH PTD. KEPADA SESIAPA YG MEMBUAT FITNAH TERSEBUT, TAKUTKANLAH ALLAH SWT. KITA PA SEHARUSNYA BERSATU BUKAN BERMUSUHAN SEBEGINI.
nj
Catat Ulasan