SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Februari 2012

JIKA ISU INI TAK SELESAI, JANGAN HARAP PRU-13 BOLEH DIADAKAN...

Utusan Malaysia

ISU ini amat sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu ladang lembu dan lain-lain. Jika isu ini tidak selesai, jangan diharap pilihan raya boleh diadakan.

Ia membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam, yang kesemuanya, termasuk keluarga mereka layak mengundi. Ingat lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat peon, begitu marah kerana dihina.

Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya.

Dalam hal ini Perdana Menteri sememangnya cukup sedar. Satu tindakan cepat sedang diambilnya. Memang PM sendiri tahu jika isu ini tidak selesai maka Pilihan Raya Umum Ke-13 ini tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, YAB PM telah mengarahkan sebuah jawatankuasa petugas khas (task force) semakan semula gaji duduk berbincang dengan Cuepacs mengenai hal ini, setelah Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sendiri mengamuk.

Setakat ini sudah tiga kali task force ini berbincang. Hari ini sekali lagi rundingan akan dilangsungkan. Kali ini ia akan membabitkan cadangan lima perkara daripada Cuepacs sendiri. Omar akan mengetuai perbincangan itu bagi pihak kesatuan tersebut dengan wakil-wakil dari JPA, Pejabat Peguam Negara, Perbendaharaan dan agensi-agensi lain.

‘‘Kita mahu rundingan ini diselesaikan sebelum 30 Mac ini,” kata Omar kepada saya semalam.

Omar seperti biasa cukup bertenaga. Cakapnya juga cukup tegas. Dalam rundingan itu, beliau diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh kumpulan 54 (pengurusan dan profesional) ke bawah untuk membawa suara dan nasib mereka ke atas.

Kumpulan-kumpulan itu termasuklah: Jawatankuasa khas Gred 54 ke bawah PTD dan Pegawai Tadbir; Persatuan Pensyarah Universiti Profesor Madya Ke Bawah; Persatuan Jurutera Kebangsaan; Kumpulan Doktor-doktor Pakar Gred 54; Kumpulan Anggota Keselamatan Polis; Kumpulan Gred 54 Teknikal selain gabungan Cuepacs sendiri terdiri daripada Kumpulan Pelaksana 1 dan 2.

Hari ini saya mahu menyiarkan sepucuk surat yang dihantar kepada saya oleh seorang penjawat awam. Bunyinya agak keras. Tapi ditulis secara profesional, bernas, ada logik mengenai gaji baru mereka di bawah skim baru SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam).

Begini bunyi surat itu. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.

Struktur perkhidmatan di bawah SBPA terbahagi kepada empat:

* Kumpulan Premier (Strategic and key positions (Turus): KSN, KSU)

* Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama dan Gred Khas: JUSA C, B dan A)

* Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Gred 41 hingga Gred 54)

* Kumpulan Pelaksana (Pegawai dengan kelayakan masuk PMR hingga Diploma)

Kumpulan pegawai yang mendapat kenaikan gaji paling banyak ialah kumpulan Premier dan JUSA. Difahamkan semua KSU diberikan opsyen bersara dan seterusnya berkhidmat secara kontrak. Persaraan pula dikira sehingga umur 60 tahun. Ini bermakna semua KSU akan mendapat pencen dan gaji selain daripada faedah persaraan lain seperti gratuiti. Pencen sahaja, mengikut jadual gaji SBPA untuk kumpulan ini akan menjangkau puluhan ribu ringgit. Apakah rasionalnya keputusan ini memandangkan kebanyakan KSU telah pun berada di akhir tempoh perkhidmatan? Gaji kumpulan Premier ini difahamkan sama besar atau lebih besar daripada CEO di GLC atau di perbadanan-perbadanan swasta.

Isu penting SBPA ialah ketidakadilan yang amat ketara dari segi kenaikan gaji. Contohnya kumpulan JUSA C sahaja mendapat kenaikan gaji melebihi RM5,000 dengan peratus kenaikan di antara 57 peratus dan 81 peratus! Sementara kumpulan pelaksana N22 hanya mendapat kenaikan gaji di antara RM100 dan RM200 (ada yang lebih rendah) dengan peratus kenaikan di antara 3.7 peratus dan 7.5 peratus sahaja.

Difahamkan di bawah skim baru ini, Premier 1 akan menerima gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa elaun; Premier 2 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 3 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 4 RM35,000 tanpa elaun. Tunggakan pampasan adalah antara RM800,000 dan RM1 juta.

Secara logiknya peratus kenaikan di antara kumpulan tidak boleh terlalu berbeza kerana ia akan meningkatkan jurang perbezaan pendapatan serta mengundang rasa tidak puas hati penjawat awam yang 80 peratus terdiri daripada kumpulan pelaksana.

Ketidakpuasan hati kumpulan pelaksana ini, ditambah dengan keluarga masing-masing, mampu menumbangkan kerajaan.

Sebagai rumusan SBPA telah menidakkan semua usaha kerajaan untuk menonjolkan kerajaan sedia ada sebagai a caring government. SBPA dibuat secara tergesa-gesa, tidak telus dan merupakan the biggest blunder Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam sejarah Malaysia.

Pihak JPA tidak perlu lagi memberi taklimat di sana sini mengenai SBPA tetapi mengakui bahawa SBPA sebenarnya tidak adil, tidak telus dan JPA perlu mengambil langkah positif untuk memperbaikinya.

Adalah menjadi satu tindakan yang bodoh, sia-sia dan akan menjadi bahan ketawa umum dan dunia untuk masih lagi mempertahankan bahawa SBPA merupakan satu sistem saraan yang baik dan mampu membawa negara kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab (merangka dan meluluskan tangga gaji itu) bagi menunjukkan kerajaan bertegas serta prihatin kepada kesejahteraan semua kumpulan penjawat awam dan rakyat.

Dengan kepincangan SBPA yang tidak masuk akal dan tidak terfikir oleh kebanyakan penjawat awam ini patutkah Kumpulan Premier, di antaranya terlibat secara langsung dalam penggubalan SBPA, dibayar pencen beserta gaji yang sebegitu tinggi?

Sekiranya dikatakan bahawa SBPA disediakan oleh pihak konsultan, maka apakah peranan kumpulan JUSA dan Premier yang merupakan pemegang strategic dan key positions dalam perkhidmatan awam?

Begitu bunyi surat itu. Benar juga apa yang dijelaskan itu. Ia umpama langit dengan bumi atau antara atap rumbia dan atap genting. Ia juga umpama strata rakyat di India, yang terlalu daif dan yang terlalu kaya.

Yang mendapat imbuhan maha-besar itu hanyalah kira-kira 4,000 kakitangan berbanding 1.3 juta lain yang sedang marah. Dan difahamkan peruntukan untuk membayar kos kepada 4,000 itu merupakan 2/3 daripada keseluruhan peruntukan untuk kesemua kakitangan kerajaan.

Kita berharap rundingan itu akan mencapai satu kata-putus yang menang-menang. Jika tidak, menurut Omar: ‘‘Ia akan menjadi satu isu yang amat kritikal. Dalam road show kami, kakitangan telah memberi kata dua…''

Kita berharap kata dua itu tidak seperti kata-kata Dr. David Banner sebelum dia bertukar warna menjadi Incredible Hulk: ‘‘...don‘t make me angry. You wouldn‘t like me when I’m angry. (Jangan buat saya marah. Saya tidak akan sukakan saya jika saya marah.)

Saya berharap satu formula yang lebih bertamadun dapat dirangka demi kesejahteraan semua pihak, terutamanya kepada kerajaan semasa.

Ingatlah YAB PM telah bekerja amat keras, janganlah kerana skim yang tidak masuk akal ini akan menyebabkan apa yang beliau usahakan rosak sebelanga.

236 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 236 daripada 236
Tanpa Nama berkata...

Jgn lupa DG41 yang teraniaya...! Kami juga wlupun dlm kategori Pengurusan & Profesional tapi hakikatnya PENDAPATAN dan GAJI kami di BAWAH kumpulan Pelaksana...!!!!!! GAJI KAMI DG41 DI BAWAH KUMPULAN PELAKSANA.
..........................
ya sangat sbetul, kami gred 41 yg teraniaya tetap ingat dan INGAT.....DIMANA HAK KAMI.......HINGGA SEKARANG DAH MASUK 6 TAHUN BELUM TERBELA. AWAS......KAMI PUN ADA KAL FIKIR...
kumpulan ini pun cecah puluh ribu....
.........................
SAUDARA YANG TIDAK FAHAM TENTANG SILA TUTUP MULUT..INI ADALAH HAK KAMI..SEBAB KAMI KANAN JUGA LA BUKAN KIRI....

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Sabarlah kawan-kawan ... kita memang terinaya ... "Junior" saya dapat gaji lebih dari saya. Saya sambung belajar "full time", "Junior" buat PJJ ... Tamat belajar bulan April 2006 ("Junior" masih buat PJJ) .. Mohon DG 41 bulan Julai ... Bulan Ogos ... Mohon dari DG 29 ke DG 32 (time base), Junior pun mohon DG 29 ke DG 32. Kerajaan Umumkan tahun 2007 .. Kenaikan Gaji DG 41 (15%), DG 29/32 (25%)... Malangnya kenaikan DG 29 ke DG 32 saya tidak di luluskan tetapi kenaikan DG 41 di luluskan, Saya terlepas mendapat kenaikan 25%, "Junior" saya telah berjaya naik dari DG 29 ke DG 32 .. saya tewas dengan "keadilan" ini sebanyak RM 280 ... Pada tahun 2010 .. "Junior" saya telah mendapat DG 41 ... beliau mendapat tambahan RM 85 dari gaji asal DG 32 ... Pada tahun 2011 .. "Junior" saya mendapat lebih RM 365 daripada saya, sedangkan saya terlebih dahulu mendapat DG 41 .... Walaupun terasa tersangat terinaya dengan "keadilan" ini, saya masih lagi bersyukur dengan apa yang ada berbanding dengan Ayah saya kerja "buruh" dengan mati gaji RM 575.00 (1994).. pencen (RM 262.50) .. Alhamdulillah tahun 2007 barulah merasa pencen RM 720.00. Sepanjang berkhidmat dengan PA hingga pencen, Ayah saya tidak pernah merasa mendapat RM 1000 dalam sebulan. Hidup di KL dengan Gaji RM 575, kami rasa bersyukur ... pada masa itu kami berbelanja mengikut kemampuan @ keperluan melebihi kehendak. Apa yang penting ialah keberkatan dalam kehidupan. Insyaallah doa orang yang terinaya tiada "hijab" di sisi Allah.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Omar, kita akan terjun ke dalam sungei sama mu jika cadangan cuepacs tak diterima.

Khamis, Februari 23, 2012 12:33:00 AM

************
lawak...tapi i pun turut terjun sama dgn mu...

Tanpa Nama berkata...

Maaf. jgnlah berasa dengki dgn jusa. tidak semua jusa naik dgn mengampu. kami terpaksa membuat rayuan dgn memberi justifikasi hasil produktiviti kami setelah berada lebih 7 tahun di tangga 54. ptk6 dah lepas lama, 6 tahun dan interview jusa 3x. balik2 keputusan diberi kpd mereka yg dah nak pencen. rayuan akhirnya didengar oleh pihak ksu. terima kasih. kpd mereka yg dibawah, jgn mencemuh sbb kami ada integriti dan bukan sekadar pakai kot dan btali leher. kdg2 tak pakai pun sbb tak perlu dlm iklim yg panas mcm ni. yg penting daya pemikiran kami menyumbang kpd pembangunan dan hala tuju organisasi. kami harap anda dibawah bekerjasama dgn kami utk mencapai wawasan organisasi.

Khamis, Februari 23, 2012 7:54:00 AM
--------------------------------
tiada siapa yg dengki dgn jusa dan yg sewaktu dengannya...cuma yg menjadi pertikaian apakah formula yg digunakan dlm semakan sbpa ini sehingga ada yg mendapat ribu-riban dan ada yg menerima ringgit-ringgit sahaja dan soalannya selanjutnya adakah formula tersebut adil kepada 1.4 juta pa. walau pun keadilan itu agak subjektif, mesti ada cara utk mengukur dan menilainya....bukan sekadar retorik "yg berada di atas dapat lebih dan di bawah dapat kurang"....rm1 pun lebih, rm10 pun lebih, rm10,000 pun lebih....persoalan sekarang ni adalah berapa 'lebih' yg adil dan sepatutnya diterima oleh org atas berbanding dgn org bawahan....

mfonaa berkata...

Tanpa Nama berkata...
Jgn lupa DG41 yang teraniaya...! Kami juga wlupun dlm kategori Pengurusan & Profesional tapi hakikatnya PENDAPATAN dan GAJI kami di BAWAH kumpulan Pelaksana...!!!!!! GAJI KAMI DG41 DI BAWAH KUMPULAN PELAKSANA.
-------------------------------------
ko ni wat malu geng dg41 jer...aku pun dg41 gak tapi reti lah jugak kalau gj senior lebih tinggi w/pun gred diorang rendah dari kita.. takkan lah baru masuk dg41 nak dapat lebih dari orang lama..biar ada otak la sikit

Tanpa Nama berkata...

BARU BERTEMU BUKU DENGAN RUAS..TAKBIRR!!

Tanpa Nama berkata...

Dear PM & Cuepacs

Kalau pikir nak kekal kerajaan selepas PRU13, naikkanlah gaji PA samarata. Kalau golongan atas 30% golongan bawah pun 30%. Kalau laksanakan juga SBPA yang sedia ada, 1.3 juta PA akan marah. Jumlah seramai tu adalah lebih dari jumlah majoriti di semua kawasan parlimen.

Kalau nak kekal sebagai policy maker di atas sana, fikirlah dulu yang dibawah yang menyokong dan setia. Kalau time 1.3 juta PA marah time nak pangkah, semua usaha 1Malaysia akan habis. Kalau nak harap yang 4000 orang golongan atas tu, belum tentu pun semua akan undi kerajaan sekarang.

PA tak minta benda tak masuk akal. PA tak minta benda besar dan berat. Cuma kesaksamaan. Kalau peringkat atasan naik 30%, maka golongan bawahan 30%.

Teman dan sahabat PA sekalian, tidak perlu bising-bising dan menyalahkan siapa. Kuasa ditangan kita. Kalau SBPA menindas kita, kita tukar kerajaan baru.

Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

Golongan PTD yang buat dasar ini perlu belajar dari kesilapan. mungkin golongan PTd yand buat ini masih mentah, tetapi gred dah tinggi. sebab ptd naik ke gred 48 hanya perlukan 5 tahun sahaja berkhidmat. golongan yang duduk di JUSA dan kumpulan premier adalah ptd berbanding orang teknikal.

Tanpa Nama berkata...

PTD jelulusan rendah
Selasa, Januari 24, 2012 12:38:00 PM
 Tanpa Nama berkata...
1.anon diatas tu...bukannya riak..semua tu ditujukan kepada puak PTD yang majoritinya puak arts seperti sejarah,geog dll..dahlah ambil jurusan yang macam kacang disekolah dan di universiti..dapat gaji yang tinggi jurutera dan doktor..kumpulan gred M ni dahlah cepat naik dari M41 ke 44,48 dan seterusnya jusa..kumpulan cream dari bangku sekolah bila kerja kat hospital atau universiti..jumud kat gred 54 je..itulah persoalannya.
2.ko bayangkan ...bila ko ngaji dulu...kumpulan arts ni dok kelas belakang jee...nak cari A dalam pmr atau spm pun susah..yang ko lanjut pelajaran kat oversea lepas spm..alih-alih budak arts yang kelas belakang ko boleh jadi ketua ko...sistem apa gini..gilolah.
3.itu jee..kena adillah..bila keluar pmr atau spm..diwar-warkan budak yang straight A..bila dialam pekerjaan terutama dalam sektor awam...budak arts pula yang jadi ketua ko...mau tak hangin satu badan..

---------------------------
PEHHHH....angkara tindak-tanduk PTD sejak awal merdeka hingga SBPA seolah-oleh mencetus kebencian TERHADAP PTD. Kesian PTD....kesian JPA. Nampaknya pihak PTD kena belasah KOW-KOW sampai ijazah mereka diungkit-ungkit dianggap CAP AYAM saja. MALUNYA PTD....lihat komen diatas....Nampaknya Perkhidmatan awam perlu disusun semula...dan tapisan kelulusan PTD mesti pelbagai...dari doktor, jurutera, arkitek DLL...tidak terhad yang Gitu-Gitu aje. Lagi cream lagi bagus....spt yg study di UK, US dan yg 8A,9A, dari sbp atau MRSMlagi bagus. Cream punya otak....PTD-JPA perlu sedar akan tindak-tanduk kamu yg mula di ejek akibat ketidakpuas hatian. Semua kementerian PTD nak post ketua.

SBPA memberi ruang untuk PTD diejek dan dibelasah. Minta kerajaan ambil tindakan terhadap pegawai yg buat SBPA yg sungguh memalukan ini.

Tahniah Kabinet Malaysia anda betul kerana ARAH semak semula SBPA

Tanpa Nama berkata...

JPA create banyak post JUSA untuk PTD
Antara lain tugas puak PTD di JPA adalah untuk mewujudkan lebih banyak jawatan JUSA untuk puak sendiri. Tengok sahaja jawatan JUSA PTD yang diwujudkan di Kementerian Kewangan, ICU, EPU dan JPA. Berlipatkali ganda JUSAnya dalam 10 tahun kebelakangan ini. Hinggakan jawatan pengarah dan timbalannya sama sahaja. Apa makna ini semua! Patutlah statistik jawatan dalam portal JPA dipadamkan semenjak tahun 2005! Nak sembunyikanlah tu! Ini semua konspirasi puak PTD. Mentang-mentanglah berkuasa memberi projek kepada puak-puak tertentu!

Khamis, Januari 26, 2012 4:20:00 PM

___________________ statistik penjawat PTD beserta dengan GRED perlu dipamerkan dlm Portal JPA.
Ketelusan adalah INTEGRITI.

Ahad, Januari 29, 2012 11:20:00 AM

Tanpa Nama berkata...

kite bako je geng2 'talam dua muka' y buat sbpa ni..cam gmpang...syok sndri...aku sokong 100% pe y ditulis dlm article ats ni..people power!!!

Tanpa Nama berkata...

baik punya..!! baru betul beb..!! apa hal pulak dgn PA yang ada ijazah dan master, tak reti-reti jpa naikkan pangkat, mangkuk jpa,spa dah 7-8 tahun kami tak naik-naik pangkat..cuepacs kumpulkan kesemuanya cerdik-pandai PA bawahan yang ada Phd,master dan ijazah.. kami sedia mengempur habis-habisan lu org, turus,jusa,
kppa,ksn,spa,jpa dan kerajaan
sedia ada.. sekiranya permintaan kami di tolak.. atau mereka menerima padahnye PRU-13 nie.. tahniah cuepacs di atas keberanian anda..!! kami memimpin..!!

Tanpa Nama berkata...

bAWAK BAWAK LAH BERISTIGHFAR,ASYIK KEJE NAK MENGUTUK AJE,BERSYUKUR LAH DENGAN REZEKI YANG ALLAH BERIKAN,HARTA DUNIA,PANGKAT XBOLEH DIBAWA KE AKHIRAT PUN,YANG PENTING AMALAN KITA DIDUNIA.

Tanpa Nama berkata...

BODOH PUNYA ORANG-ORANG DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM. KSN DAPAT 60K , PATUTLAH BERIA-RIA PAKSA KAKITANGAN KERAJAAN TANDATANGAN SBPA.KURANG HAJAR PUNYAI ORANG. MAKIN TINGGI PELAJARAN MAKIN JAHAT. JAHAT LAGI DARIPADA ORANG ISRAEL DAN SAMA DENGAN IBLIS SYAITAN. ORANG-ORANG MACAM INILAH YANG AKAN MENUMPANGKAN BN.BODOH...

Tanpa Nama berkata...

Kita sokong supaya semua peringkat termasuk kump. premier naik gaji sama rata paling kurang 10 hingga 20 peratus supaya kerajaan tidak terbeban.Kesian PM kena tipu dan putarbelit oleh pengkhianat bangsa yang membuat SBPA.Rupa-rupanya KSN kita ni gunting dalam lipatan....aduhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa maksud guru2 yg paling teraniaya adalah dari golongan guru yang sudah berpengalaman kerja dan kemudiannya menyambungkn pelajaran ke peringkat ijazah,.. dan apabila ditawarkan ke DG41, kenaikan gaji mereka seolah2 hilang seniority,.. dan apabila kenaikan gaji di zaman pak lah dulu,.. ternyata gaji mereka lebih rendah dari dg32..sedangkan ada di antara mereka menerima tawaran dg41 hanya beberapa hari @ bulan saja utk melayakkan mereka mendapatkan dg32.. Saya rasa golongan ini agak ramai..dan sememangnya teraniaya.. Kalau dari golongan fresh graduate, nak dibandingkan dgn dg32, dg29 dan ke bawah,..mmg tidak selayaknya golongan dg41 ini bising kerana mereka ada fresh graduate tanpa ada sebarang pengalaman bekerja sebelum ini... Tindakan kerajaan sebegini akan memudarkan semangat guru2 yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana tiada pengiktirafan yg setaraf untuk mereka...

Sama juga dgn golongan pensyarah 45 & 52.. 45 adalah lantikan, sedangkan 52 adalah kanan.. dgn tawaran kenaikan gaji yg baru2 ini.. kenaikan ke 52 seolah tiada senioriti kerana contoh A naik ke 52 pada tahun 2008, dgn si B yang naik ke 52 pada tahun 2010..apabila ditawarkan ke skim baru... A hilang senioritynya kerana kedua2 mereka diberikan P1T1(contohnya saja)...seolah2 A yg mendapat kanan selama 2 thn yg lalu, sama dgn B yang baru mendapat 52 pd tahun lepas... itu kes teraniaya juga kan...apa-apapun seniority itu pentingkan... Kumpulan PA yang telah lama berkhidmat sudah tentu mengharapkan sesuatu, sebagai ganjaran dan penaik semangat utk mereka terus memberikan khidmat yg terbaik..sedangkan PA yang baru join, mereka mmg sudah tentu bersemangat dan berlumba2 utk menunjukkan potensi diri...

Tanpa Nama berkata...

SAMA JE SUMA.. APA2 KEPUTUSAN PUN PA GAK YG TERTEKAN.. TAK KAN ADA KEADILAN PUNYA.. SUDAHLAH.. SBPA DIPUSING2, DI PUTAR2.. YG AKAN UNTUNG YG SEGRED NGAN OMAR DAN YG GRED JUSA KE ATAS.. YG DARI 29 - 48.. SORRY YA GENG.. LU SAPA.. WARGHHHHKAKAKAKAKAKAK

Tanpa Nama berkata...

BUKAN KAKITANGAN AWAM JER JADI GITU.. TENTERA PUN SAMA. ADA PERINGKAT BAWAH DAPAT KENAIKAN HANYA RM5 JE.. LEBIH BAIK TAK PAYAH NAIK KALAU MCM TU, CANANG DAN HEBOH SATU DUNIA SAMPAI KE PLANET PASAL SBPA, TAPI HAKIKATNYA LAIN.. KAMI JUGA AKAN MENGUNDI PILIHAN RAYA AKAN DATANG.. KEPADA YANG BERKENAAN KAT ATAS TU, KAMI TIDAK AKAN IKUT TELUNJUK JER MCM KERBAU KENA CUCUK HIDUNG.. UNDI TETAP UNDI.TAPI SENDIRI MAHU INGAT, BUKAN MENGUGUT TAPI KAMI MAHUKAN KEADILAN..KESAMARATAAN...KERANA KITA SEMUA SAMA IAITU KAKITANGAN KERAJAAN, TULANG BELAKANG KERAJAAN, BADAN KERAJAAN.. TQ CUEPACS...

Tanpa Nama berkata...

uihh berjenuh aku baca komen2 nie.. emm pd pendapat hamba walaupun hamba kurang pandai.. hamba rase SBPA paling the mengarut.. bukan x bersyukur..tapi adilkah setelah PA berhempas pulas berkhidmat.memberikan yg terbaik.. dengn slogan SYMP.. nie balasan nyer..JPA nape la terburu-buru nak kuarkan skim nie.. yg SSM pon xexpert lagik..kemaskini dulu ..jgn nak name .. nak gaji nyk x.. tapiiii biarla relevan dgn keadaan skunk... takkan jusa jer nak merasa pakai kete mewah,beli tv LED beso2.. kami nak merase..memenag kami xpandai belajar tak tinggi..tapi tolong hormat kami.. jgn wat kami mcm nie.. isu mengundi hak2 masing tapi pikirkan kesan SBPA nie..PM punya la kerja keras nak majukan negara.. tapi sebbkan SBPA nie.. hancussss...so tolongla kpd pihak2 yng membuat dasar SBPA nie.. plzz..kami pon ado anak2..ado byk komitmen.. CUBE ANDA DITEMPAT KAMI..APA YANG ANDA AKAN WAT? SENDRI MAW PIKIR LA....

Unknown berkata...

statement yg paling aku suka = "Saya berharap satu formula yang lebih bertamadun dapat dirangka demi kesejahteraan semua pihak, terutamanya kepada kerajaan semasa." ayat ini bermakna sbpa= formula tak bertamadun.

Tanpa Nama berkata...

SAYA SOKONG DENGAN SURAT YG DITULIS ITU...KERANA JABATAN SAYA SENDIRI DAH DGR URA-URA AKAN MEMBERI UNDI KEPADA ORG LAIN. ADA JUGA YG CKP X KAN KUAR MENGUNDI KALI INI. UNDI ADALAH RAHSIA TAPI BOLEH CEK KAT NO KERTAS UNDI SIAPA YG UNDI PIHAK MANA2...

Tanpa Nama berkata...

SBPA......Sistem 'Bodoh' Perkhidmatan Awam.....kena ingat golongan pelaksana sekarang ni ramai yang sebenarnya ada degree....tapi sebabkan susah nak dapat kerja...dan tak ada 'kabel' kami terima je jawatan tanpa mengira kelayakan.....'1.3 juta pelaksana dan keluarga boleh tumbangkan kerajaan'....!!!! kami mmg sokong kerajaan...tapi kerajaan yang adil....golongan premier yg tak berapa kerat dan yg dah tua2 nak mampos tu bukan nya akan beri kemenangan dlm pilihanraya nanti....!!!

Tanpa Nama berkata...

Tahun lepas Diumumkan Gaji PA semua naik, Kesannya Tahun ni harga barang terus naik...Sudahnya Tahun ni satu sen gaji lum naik pun...tapi harga barang yang naik...itulaa...lain kali nak umum biar pakai otak...CUEPACS plak tak bole harap pun....Memekak sana sini je cari publisiti...konon menjaga kebajikan...tapi habuk pun takda...PTK pun dah takde...apa yang gantinyer?? mcmana sekarang PA nak naik pangkat???...

Tanpa Nama berkata...

Korang Semua kene ingat SBPA ni bertujuan untuk megurangkan kakitangan awam...so apa yg dapat mmbela nasib kalian berkhidmat di perkhidmatan Awam?

Tanpa Nama berkata...

MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.

Tanpa Nama berkata...

sangat sangat setuju dengan kata kata penulis.harap pm tahule.kalau berita baik memang aku undi bn....bukannya kita ni jenis orang tak kenang budi kan.tapi kalau ditindas....sorryle

Tanpa Nama berkata...

SAYA SOKONG DENGAN SURAT YG DITULIS ITU...KERANA JABATAN SAYA SENDIRI DAH DGR URA-URA AKAN MEMBERI UNDI KEPADA ORG LAIN. ADA JUGA YG CKP X KAN KUAR MENGUNDI KALI INI. UNDI ADALAH RAHSIA TAPI BOLEH CEK KAT NO KERTAS UNDI SIAPA YG UNDI PIHAK MANA2...


salam...sy pernah bertukas sebagai ketua tempat mengundi..dulu maybe boleh tahu..tapi bermula 2008 undi adalah memang rahsia 100% berdasarkan pengalaman sy..boleh katakan telus..jangan bimbang...tq

Tanpa Nama berkata...

heheheheh....aku setuju dengan org atas cakap tu

Tanpa Nama berkata...

Siapa ler ya yang mula-mula rangka SBPA ni ... mesti PTD kan ..... pandaiiiii PTD kan?

Tanpa Nama berkata...

Bagi kump. jusa hingga primier 1 kenaikan gaji 1% je cukup. Sebab kita dah tahu tahap sebenar mereka. Mereka ni tiada akuantibiliti, tak amanah, penipu, buat pelarasan gaji pun tak panadai, tidak punya rasa tanggungjawab terhadap kakitangan bawah, pentingkan diri sendiri. Jadi sepatutnya tak payah naik gajipun mereka ni. Sebagai tanda kesian bagilah kenaikan 1%. Pendek kata, mereka ni sebenarnya tidak laksanakan tugas mereka, tapi selama ni hanya makan gaji buta, disamping tu buat macam-macam klim, utk menambah gaji buta mereka.

Tanpa Nama berkata...

ni dah show kebodohan kump pengurus tertinggi (kump yg bincang sbpa), so gaji mrk x payah lah nak naik...
lgpun menunjukkan mrk ni x bsikap adil, saksama n hanya pentingkan diri sendiri jek...
sikap mcm ni mcm mana dpt nak guide anak buahnya.
dgn adanya mrk negara kita x kan maju...
kerja kump laksana buat mrk pakai mulut
then jauh beza gajinya...
padahal mrk apa elaun dah ada masih tamak sampai tahap mcm tu...
betul2 x der hati perut...
teruknya nasib kita...

EXECUTIVE A.K.A PELAKSANA berkata...

bagi kebanyakan kakitangan yang berjawatan "pelaksana" tapi mempunyai ijazah ni, KENAIKAN GAJI TAK PENTING. YANG PENTING ADALAH MEMBERI KEUTAMAAN kepada kumpulan sokongan yang mempunyai IJAZAH untuk naik ke gred P&P tanpa perlu bersusah payah bersaing dengan fresh grad. bukan mahu menidakkan peluang mereka di luar sana. tapi ambil contoh seperti GURU. 29/32 yang sambung ijazah boleh naik 41 selamba saja. jadi apa salahnya digunapakai pada skim lain?!?! semua skim ada beban/kemahiran masing-masing. takda apa specialnya guru dengan skim jawatan lain. kepada bijak pandai yang menguruskan JPA di luar sana, sila pertimbangkan. MEMBERI GAJI LEBIH KEPADA MEREKA YANG TIDAK MAMPU DAN MEMPUNYAI KELAYAKAN RENDAH IBARAT MEMPERJUDIKAN PERKHIDMATAN AWAM. sekian terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Nak naik gaji sesaja..org yg keje swasta ni gaji ttp sama... Ingt2 la org lain.. Kesian.. Mak bapak bkn semuanya keje kerajaan.. Kesian pd mereka juga..tiada yg tolong..

Tanpa Nama berkata...

aduhai..korang yg bangkang cuepacs..kadar kenaikan tu hanya tuntutan ...belum tentu 100% akan dapat seperti yang dituntut..selalunya bila dituntut dapat kurang daripada jumlah tu..tak faham2 lagi ke...kalau awal2 da tuntut kurang dapat lagi le kurang..pastu meroyan lagi..aduhai..cuba sabarrr...kite tengokla nati 12 mac tu macam mane..ha..nti bile PM umum korang tak puas ati , ape kate korang ckp je terus depan2 PM ramai2..

Tanpa Nama berkata...

Dg 44 . beza p1 ssm dengan p1 sbpa hanya RM 2.01 sen sahaja... mana datang terbaiknya...

Tanpa Nama berkata...

Betullah tu, memang tak adil spba ni...Hanya menambahkan jurang perbezaaan antara agency Perlaksana dengan pihak atasan...gaji Ud 54 hanya 7000 ke atas menurut Skim tersebut sedangkan gaji premiar sehingga 35-60 K ribu sebulan...Berapa ribu kali ganda... Sedangkan yang bertungkus lumus untuk melaksanakan apa saje policy kerajaan adalah mereka 54 ke bawah...Saya berharap JPA lebih bijak membuat keputusan dan JIKA ISU INI TAK SELESAI JGN HARP PRU BOLEH DIADAKAN sebab satu pejawat awam terniaya maka Keraajaan BN akan kehilangan beberapa UNDI dari ahli keluarga dan rakan Penjawat Awam ini...

SKIM M berkata...

ASSALAMULAIKUM. SAYA SEORANG PEGAWAI KANAN PTD. UNTUK MAKLUMAN, SILA ABAIKAN KOMEN DARI 'PTD CERDIK' DAN 'PTD BIJAK' BOTH OF THEM ARE NOT PTD OFFICERS PUN. SAYA ULANG, MEREKA BUKANLAH PTD PUN. INI ADALAH FITNAH YANG DI REKA OLEH INDIVIDU TERTENTU. DARI LARAS BAHASA DAN TAHAP PROFESIONALISME, ADALAH TIDAK MUNGKIN KAMI GOLONGAN PTD AKAN MEMBERIKAN KOMEN YANG SEBEGITU KEJI DAN MENJATUHKAN MARUAH PA YANG LAIN. SYA ULANGI, MEREKA BUKANLAH PTD. KEPADA SESIAPA YG MEMBUAT FITNAH TERSEBUT, TAKUTKANLAH ALLAH SWT. KITA PA SEHARUSNYA BERSATU BUKAN BERMUSUHAN SEBEGINI.

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 236 daripada 236   Terbaru› Baru»