SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Februari 2012

KEMBALIKAN OPSYEN KETIGA- CUEPACS

Utusan Malaysia
10/2/2012



KUALA LUMPUR 9 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mengembalikan opsyen ketiga iaitu pilihan bagi penjawat awam memasuki mana-mana jabatan lain yang berkaitan sekiranya jabatan mereka diswastakan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana dua opsyen yang kini ditawarkan kepada penjawat awam terlibat iaitu memasuki jabatan yang telah diswastakan itu ataupun bersara awal mengikut Akta Pencen 1980 (Akta 227) dilihat tidak adil kepada golongan tersebut.

"Opsyen ketiga yang tidak digunakan lagi sejak 2002 sebenarnya penting kerana sejak kebelakangan ini apabila berlakunya penswastaan, banyak rintihan yang kami dengar daripada penjawat awam yang berasakan diri mereka diugut untuk memasuki syarikat swasta tersebut.

"Sekiranya berlaku penswastaan, mereka juga akan terputus hubungan dengan hal ehwal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan tiada tempat mengadu. Kita tidak akan tahu nasib mereka di bawah penswastaan.

"Bagaimanapun, CUEPACS tidak menentang dasar penswastaan atau pengkorporatan jika ia memberi manfaat kepada semua pihak. Namun, sekiranya penjawat awam tiada opsyen tambahan dalam memilih laluan karier mereka, ia dapat menyebabkan pelbagai masalah terutama apabila mereka sakit atau kos sara hidup yang tinggi," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama 139 kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang akan mengalami penswastaan dalam masa yang terdekat.

Sehubungan itu, jelas Omar, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan supaya dipertimbangkan opsyen ketiga itu bagi digunakan semula.

Berhubung penswastaan JPP, pihaknya mencadangkan kerajaan tidak menswastakan jabatan itu sebaliknya mengkorporatkannya serta memberi mereka pilihan opsyen ketiga.

Beliau berkata, bantahan oleh 139 kakitangan JPP yang terdiri daripada kelompok teknikal termasuk jurutera dan juruteknik perlu didengari kerajaan dengan tidak meneruskan langkah penswastaan itu.

"Sekiranya JPP mahu diswastakan juga, ambil sahaja pekerja dalam kalangan 35,000 pekerja berstatus kontrak untuk ditawarkan ke swasta. Jangan sakitkan mereka yang telah lama berkhidmat," ujarnya.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DATO OMAR,DULU INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN PERAI MENERIMA NASIB YANG SAMA APABILA DISWASTAKAN,AKHIRNYA JABAATAN YANG DISWASTAKAN(KUBB) DIAMBIL BALIK OLEH ILP PERAI BALIK AKHIRNYA MEREKA DIKONTRAK SAMPAI BILA.JANGAN PISANG BERBUAH 2 KALI,SAMPAI BELUM SELESAI MASALAH PEKERJA KONTRAK ILP PERAI.DENGAR RINTIHAN MEREKA ILP PERAI SEKARANG.MEREKA TERANIAYA.

Tanpa Nama berkata...

kami sedih keadaan ILP Perai yang diswasta,siapa datang ILP Perai tanya masalah pensyarah ILP Perai yang diambil bekerja berstatus kontrak dulu pensyarah tetap siapa nak tanggung anak bini mereka,fikirlah masalah jangan lupa,kini JPP akan menerima nasib seperti ILP Perai.

Tanpa Nama berkata...

sedih rasa tak terperi, bila ku ketahui, andai kasih yg kau beri tak sepenuh hati, dalam manis kata mesra, aku terpedaya..

Penyokong Pegawai Unit Gaji berkata...

Di sini aku cadangkan tentang penetapan gaji SBPA.
1) Pindah mata gaji semasa dr P1 terus ke P3 (SSM) Contoh P1T5 ke P3T5 (Bagi yg duduk di PI), atau P2T5 ke P3T6(Bagi yg duduk di P2), atau P3T5 ke P3T7)Bagi yg duduk di P3). Alasan - bagi peg. diP2T5 Layak ke P3T6 kerana dah Lulus PTK sekali. Bagi peg diP3T5 ke P3T7 kerana dah lulus 2kali PTK. Ini bagi kes gaji 3 baris, bagi gaji 2 baris boleh juga guna formula ini.
Langkah seterusnya, ujudkan satu mata gaji sebaris berdasarkan gaji diP3 (bagi 3 baris) atau P2 (bagi gaji 2 baris) ditambah kenaikan berdasarkan 7-13% kenaikan gaji tahunan SBPA pada kenaikan gaji tahunan diP3(gaji 3 baris) atau P2 (gaji 2 baris) pada gaji SSM.
Langkah berikutnya, turunkan gaji dr SSM yang telah di selaraskan diperingkat awal ke matagaji SBPA yang baru ikut tangga yang telah dipindahkan. Jadi disini akan dapat dilihat tidak akan berlaku kehilangan kekananan dan perbezaan kenaikan gaji yang akan di terima diantara setiap pegawai dalam kumpulan tertentu adalah kecil. Kalau tak percaya cuba ambil skil gaji dan buat perkiraan. Saya rasa inilah cara pindahan yang paling praktikal dan akan diterima oleh setiap PA kelak. Sekian Wassallam.

Tanpa Nama berkata...

Pendedahan gaji baru Cuepacs di Berita Semasa. com :
Aku kumpulan pelaksana :

AKU TAK STUJU. AKU BANTAH.

1. Mengapa SBPA JPA aku dapat lebih tetapi dalam SBPA CUPEC aku dapat kureng !!!!
2. Mengapa masih ada Kumpulan 2 & Kumpulan 3 .. sedangkan masa SSM kami HANYALAH satu. Banyak IMPLIKASInya.
3. Cuepacs seharusnya bina kaedah sendiri dan TIDAK TERIKUT dgn sbpa JPA.
4. Omar, Kamu baiki LABU ape !!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Pendedahan gaji baru Cuepacs di Berita Semasa. com :
Aku kumpulan pelaksana :

AKU TAK STUJU. AKU BANTAH.

1. Mengapa SBPA JPA aku dapat lebih tetapi dalam SBPA CUPEC aku dapat kureng !!!!
2. Mengapa masih ada Kumpulan 2 & Kumpulan 3 .. sedangkan masa SSM kami HANYALAH satu. Banyak IMPLIKASInya.
3. Cuepacs seharusnya bina kaedah sendiri dan TIDAK TERIKUT dgn sbpa JPA.
4. Omar, Kamu baiki LABU ape !!!!!!

Lu Pikir La Sendiri berkata...

Inilah yg terbaik drp SBPA. Ikut arahan atau exit policy.

Tanpa Nama berkata...

Salam Dato,
Harap phak cuepacs dapat berjuang utk mengembalikan opsyen ketiga bagi membela nasib kami sebagai penjawat awam yang hanya berstatus kakitangan sokongan saja. Untuk makluman, jabatan yang saya duduki sekarang ini dalam proses untuk di kopratkan. Kami di sini mula merasa tekanan akibat proses tersebut. Sesungguhnya sekiranya di swastakan, ianya hanya menguntungkan sesetengah individu sahaja yang mana kedudukan mereka sebenarnya telah berada di peringkat yang selamat sejak dulu lagi. Adalah tidak adil untuk kakitangan sokongan seperti kami yang terpaksa menjadi korban serta kehilangan banyak keistimewaan di sebabkan ingin memenuhi impinan sesetengah individu sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Minta jasabaik Cuepacs untuk juga mengkaji pengkorporatan MGI, Abi & Ipharm. Untuk maklumat Cuepacs, ketiga -tiga jabatan ini adalah Institut di bawah MOSTI (Kem.Sains Teknologi & Inovasi). Institut ini akan di korporatkan dalam masa terdekat & kami memohon pihak Cuepacs dapat memberi perhatian sewajarnya dalam isu ini.

anti riot berkata...

adakah pekerja kerajaan TAKUT untuk bersaing dengan pekerja sektor swasta?sampai bila lagi nak lari..semata-mata nak goyang-goyang kaki.zaman sudah berubah..ikutlah aliran zaman sekarang..cth..pekerja sektor swasta sentiasa bersaing dalam bidang kerja masing-masing...yang rajin berusaha akan terus berjaya...masing-masing mengamalkan "0" defect...barulah ada hasilnye..jangan asyik pandai mengira tangga gaji..jer..keja hampeh...JPA adalah agensi yang ingin membantu pekerja sektor awam untuk bekerja dengan lebih produktif dan gaji yang diberi adalah bersesuaian dengan beban dan tanggungjawab yang diberi..hargailah ada jabatan yang prihatin dengan nasib pekerja sektor awam...jauh berbeza dengan nasib pekerja sektor swasta..semua tidak dapat...pinjaman bank susah nak dapat.. elaun pun x dapat..gaji rendah.....so renung-renung kan lah..

Tanpa Nama berkata...

MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.

Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."

Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.

Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.

Tanpa Nama berkata...

JAWATAN :
Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.
....................
Saudara lihat iklan jawatan inspektor di bawah, paling kurang Ijazah macam mana boleh di letak ker gred 22 kalau syarat kemasukkan Ijazah tentunya 41 kan?.

Kemungkinan sahabat tuan rujuk 22 tu yang dapat KPSL atau ada peperiksaan yg mereka perlu tempuhi, dan jika dilantik tentunya jadi 41 takkan kekal 22 sahaja.
Kawan anda hanya jadikan ia sebab sahaja kot nak kata 41 kastam hanya sama dengan 22 poils sedangkan hakikatnya perkara ini yang sebenarnya tidak dinyatakan. DAN saudara terus jadikan khabar anngin ini sebagai yang benar, sebab saya dapati banyak kali saudara copy paste ulasan saudara ini disetiap topik baru yang mana memberikan butiran tidak tepat, harap dapat buat penyelidikan dahulu dan buat pembetulan ye.


- INSPEKTOR LELAKI / WANITA
Rujukan: FTMT 3/2010 DLM KPN (PR) 114/3

Gaji Pelatih: RM2,060.28
Gaji Inspektor: RM2,060.28 – 4,511.09
Elaun Khidmat: RM300.00
Elaun COLA: RM100.00 – 300.00
Insentif PDRM: RM200.00
Elaun Perumahan: RM420.00
* Semasa dalam latihan Elaun Sara Hidup (COLA) dibayar RM150.00.

SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :

Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan
- Kelayakan Akademik:
1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian
2. Ijazah Sarjana
3. Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
- Kepujian Bahasa Malaysia/ Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).