10/02/2012 3:12am
KUALA LUMPUR 10 Feb — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan campur tangan dalam tawaran opsyen yang lebih fleksibel kepada 139 penjawat awam Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) jika cadangan penswastaan jabatan itu dilaksanakan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengadakan sesi taklimat untuk mereka kira-kira tiga bulan lepas mengenai cadangan penswastaan jabatan itu.
JPP ialah agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).
"CUEPACS tidak membantah cadangan penswastaan JPP tetapi kerajaan perlu campur tangan dalam isu ini dan mengembalikan opsyen kepada penjawat awam yang telah digugurkan sejak 2002, iaitu kakitangan diberi opsyen untuk kekal dengan jawatan dan gaji sedia ada selepas berlakunya penswastaan.
"Apa yang berlaku sekarang ialah JPA hanya menawarkan dua opsyen kepada penjawat awam berkenaan iaitu bersetuju untuk terus berkerja selepas penswastaan dan opsyen kedua ialah memilih untuk bersara awal,” katanya.
Omar berkata, demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pekerja terbabit untuk membincangkan isu cadangan penamatan perkhidmatan dan penswastaan JPP di pejabat JPP di Seri Kembangan di sini, semalam.
Beliau berkata, jika tidak dilaksanakan, seramai 139 penjawat awam yang terdiri daripada jurutera dan juruteknik itu akan kehilangan faedah skim kesihatan dan skim pencen selepas memilih bersara awal.
Selain itu, katanya JPA juga boleh menyerap mereka di kementerian lain seperti KeTHHA dan Kementerian Kerja Raya.
Beliau berpendapat opsyen yang diberi pada sesi taklimat JPA kepada JPP itu seumpama mengugut penjawat awam berkenaan untuk membuat pilihan yang sudah pasti tidak memberi faedah kepada kakitangan JPP dari sudut kewangan kelak.
Juesteru itu, Omar berkata beliau akan berjumpa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada masa yang terdekat ini untuk menyelesaikan isu itu. — BERNAMA
14 ulasan:
dato omar, bila jpp ada masalah baru cari presiden cuepacs kalau tidak dato presiden dikutuk,kata bonus dan lain-lain dato omar tidak boleh selesai.
kpd Tanpa Nama Feb 10, 9:07
sy sbg slh seorg pegawai JPP terkilan dgn dakwaan saudara. saudara membawa fitnah yg mungkin membawa pertelingkahan antara penjawat awam JPP dan Presiden cuepacs. Bagaimana dakwaan berkaitan bonus dan 'lain-lain' itu menyebabkan kami mengutuk Dato' Presiden? sedangkan bonus atau lain-lain hal yg cuepacs juangkan bkn 100% keputusan cuepacs. bagaimana kami mengutukorg yg perjuangkan keuntungan kami. jelas, saudara cuba utk melagakan kami yg tertindas ini dgn Dato' Presiden Cuepacs.
sy berasakan saudara salah seorg dari Kementerian Kettha. Kettha amat takut perkembangan campurtangan Cuepacs dalam masalah JPP kerana akan mendedahkan kelemahan dan kezaliman org atasan kettha. Kami warga JPP akan berjuang bersama Dato' Presiden Cuepacs.
Di sini aku cadangkan tentang penetapan gaji SBPA.
1) Pindah mata gaji semasa dr P1 terus ke P3 (SSM) Contoh P1T5 ke P3T5 (Bagi yg duduk di PI), atau P2T5 ke P3T6(Bagi yg duduk di P2), atau P3T5 ke P3T7)Bagi yg duduk di P3). Alasan - bagi peg. diP2T5 Layak ke P3T6 kerana dah Lulus PTK sekali. Bagi peg diP3T5 ke P3T7 kerana dah lulus 2kali PTK. Ini bagi kes gaji 3 baris, bagi gaji 2 baris boleh juga guna formula ini.
Langkah seterusnya, ujudkan satu mata gaji sebaris berdasarkan gaji diP3 (bagi 3 baris) atau P2 (bagi gaji 2 baris) ditambah kenaikan berdasarkan 7-13% kenaikan gaji tahunan SBPA pada kenaikan gaji tahunan diP3(gaji 3 baris) atau P2 (gaji 2 baris) pada gaji SSM.
Langkah berikutnya, turunkan gaji dr SSM yang telah di selaraskan diperingkat awal ke matagaji SBPA yang baru ikut tangga yang telah dipindahkan. Jadi disini akan dapat dilihat tidak akan berlaku kehilangan kekananan dan perbezaan kenaikan gaji yang akan di terima diantara setiap pegawai dalam kumpulan tertentu adalah kecil. Kalau tak percaya cuba ambil skil gaji dan buat perkiraan. Saya rasa inilah cara pindahan yang paling praktikal dan akan diterima oleh setiap PA kelak. Sekian Wassallam.
Penyokong Pegawai Unit Gaji berkata...

Jumaat, Februari 10, 2012 11:29:00 PM
____________________ STUJU. Tambahan : 1. PA yg lulus PTK Aras IV masih ada yg belum trima Anjakan Gaji .. LAKSANAKAN dulu Anjakan gaji, baru kira SBPA.
Pendedahan gaji baru Cuepacs di Berita Semasa. com :
Aku kumpulan pelaksana :
AKU TAK STUJU. AKU BANTAH.
1. Mengapa SBPA JPA aku dapat lebih tetapi dalam SBPA CUPEC aku dapat kureng !!!!
2. Mengapa masih ada Kumpulan 2 & Kumpulan 3 .. sedangkan masa SSM kami HANYALAH satu. Banyak IMPLIKASInya.
3. Cuepacs seharusnya bina kaedah sendiri dan TIDAK TERIKUT dgn sbpa JPA.
4. Omar, Kamu baiki LABU ape !!!!!!
20.2.2012(ISNIN) JAM 9 PAGI DATANG LAH KE USM DENGAR AMANAT PRESIDEN CUEPACS SEBELUM BELIAU TEMUI WARGA AHLI MESYUARAT SBPA,BAGI IDEA YANG BERNAS,BAWA KAWAN KAWAN DAN RAKAN RAKAN SEKERJA SERTA HEBAH HAL INI PENUHI DEWAN USM(TANYA GUARD DIMANA) TANDA SOKONGAN KEPADA PRESIDEN CUEPACS,BARULAH IKHLAS.

Sabtu, Februari 11, 2012 9:06:00 AM
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
org tua nyanyuk nak dtg ? tanya dia , hari tu dia trima ke tolak SBPA ! bagi sokongan ape?

Sabtu, Februari 11, 2012 6:54:00 PM
...tak baik cakap lagu tu...
kerajaan skarang nie mmg nk buang kakitangan dia... jd buat ape nk sokong kerajaan skrg nie? aku baru je jadi pesara muda yang dipaksa bersara dengan takde ape ape imbuhan pun... baru je 8 tahun kije ngan kerajaan dah pun pencen.klu aku tau baik aku teruskan kije ngan swasta dr dulu.. gaji pun dah besar.. aku mmg tak puas hati pasal hal ni..
kepada tanpa nama...
sila tgk betul2 makin byk utk pembesar jer kurang...
lagi berap minggu nk abis bulan 2..hmmm bila nk selesai ni gji bru cepat2 le sikit
CEUPAS SUDAH TIDAK HORMAT SKIM LAIN...GILA KUASA, GILA KUASA...SEMUA DILANGGAR SEOLAH2 CEUPACS LAH KPPA, CEUPACSLAH PM, CUEPACS LAH KERAJAAN,...MELAMPAU BETUL CEUPACS....KERJA HAKIKI ENTAH KE MANA...MAKAN GAJI HARAM...
cepat lah bayar gaji sbpa..dah lama tunggu ni..
MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?
Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.
Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."
Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.
Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.
Catat Ulasan