Bernama
5/2/2012
KUANTAN, 5 Feb (Bernama) -- Kerajaan bersetuju untuk memberikan lebih banyak tempat kepada pemimpin tertinggi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi menganggotai pasukan khas semakan semula Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Justeru itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata CUEPACS perlu manfaatkan sepenuhnya peluang berkenaan bagi merealisasikan hasrat lebih 1.3 juta ahli mereka di seluruh negara.
"Saya harap dan percaya mereka akan terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat akan datang dan beri pandangan yang membina untuk penambahbaikan SBPA," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pahang, di sini.
CUEPACS sebelum ini meminta supaya tiga lagi pemimpin kanan mereka menganggotai pasukan petugas khas semakan semula SBPA yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam.
Sementara itu, Mohd Sidek meminta Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) memperhebatkan promosi urusan dalam talian di kalangan rakyat.
Katanya kerajaan masih tidak berpuas hati dengan sambutan orang ramai terhadap kempen urusan dalam talian meskipun prasarana telah disediakan membabitkan semua agensi kerajaan.
"Kemudahan-kemudahan ini telah diberikan oleh banyak jabatan tapi mungkin tak mahu menggunakannya atau tak tahu untuk menggunakannya.
"Langkah ini kita kena war-warkan umpamanya memperbaharui lesen memandu secara online kerana ramai yang tak tahu," katanya.
Kerajaan sebelum ini melancarkan PSTM 2011-2015 PBT di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi bagi menjimatkan kos dan menjadikan platform baru pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
-- BERNAMA
14 ulasan:
banyak pun tempat, kalau tidak didengari oleh pihak atasan, takder maknanya
hHancurlah negara kalau kakitangan diberi kuasa menentukan gajinya.
Berhenti jadi PA, buat syarikat sendiri, lepas tu lantik sendiri jadi MD, beri gaji sendiri dan naikkan gaji seberapa banyak yang boleh !!!.
Ingat !!!, duit ini rakyat yang punya buka PA yang punya ataupun bukan Ceupacs yang punya, Ha, ha, ha.
Kami menghargai jasa baik kerajaan kerana menaik taraf sijil kejuruteraan politeknik setaraf STPM. Jawatan Juruteknik J22 & J26 kini adalah JA3-1 sama gred dgn jawatan Juruteknik J17. Dari itu kami Juruteknik J22 & J26(SSM) yang memiliki Sijil Kejuruteraan Politeknik @ yg telah memegang gred tersebut melebihi 10 tahun, mohon dipertimbangkan & dihargai pengalaman serta kekananannya. Sebelum ini kami juga berusaha utk lulus PTK & melalui prosesi temu duga sebelum dapat menjawat jawatan Juruteknik J22 @ J26. Dengan ini kami berharap pihak JPA memberi kami sedikit penghargaan atas usaha kami sebelum ini utk memajukan diri hingga dapat menjawat jawatan kanan dlm skim juruteknik. Harapan kami agar diberi gred berbeza dari gred JA3-1 supaya dpt membezakn kami dr gred J17 SSM.
banyak je lebih tapi semuanya bodoh nak buat apa
KEKALKAN CADANGAN PM
KENAIKAN 7-13 PERATUS SAHAJA.
BANGKRAP NEGARA KALU NAIK BANYAK-BANYAK.
DUIT RAKYAT
UNTUK RAKYAT
7-13 PERATUS
KEKALKAN CADANGAN PM
KENAIKAN 7-13 PERATUS SAHAJA.
BANGKRAP NEGARA KALU NAIK BANYAK-BANYAK.
DUIT RAKYAT
UNTUK RAKYAT
7-13 PERATUS
+++++++++++++++++
SOKONG... PK LA ORG LEN SAME.. YE X!!!
golongan gred 17 yg paling tersepit...setelah penjumudan gred2 jwtn yg bwh tp disamatarafkan dgn gred 17...tetapi gred 17 asal tetap macam tu jgk....org selalu membezakan antara diploma/degree dgn sijil spm..tapi tak siapa peduli yg sijil spm skrg dah disamatarafkan dengan upsr/pmr/srp....
Panel SBPA; utk tindakan Y. BHG. Datuk Farida,
1)JPA DIHARAP SEMAK SKIM PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN DAN PEMBANTU PENILAIAN,APABILA ADA PERUBAHAN SKIM, NAMA JAWATAN BERUBAH,GRED GAJI TAK BERUBAH,DULU JAWATAN PEMBANTU PENILAIAN DISEBUT JURUTEKNIK PENILAIAN BILA SSB/SSM DIUBAH KE PEMBANTU PENILAIAN KINI GRED GAJI MASIH KEKAL W17(GRED BARU W4-1),PELUKIS PELAN DULU GRED RENDAH DARI PEMBANTU PENILAIAN SEKARANG J3-1,KEBANYAKAN YANG BEKERJA DIJPPH BUKAN ADA SIJIL KEMAHIRAN,JPA TENGOK DARI APA?KAMI PEMEGANG SIJIL INSPEN KELUARAN INSTITUT PENILAIAN NEGARA JABATAN PENILAIAN HARTA MALAYSIA BANGI TELAH DIIKTIRAF SIJIL OLEH JPA,TETAPI JPA YANG TAK NAMPAK PULA kepada kami BAGI W3-1 kpd PELUKIS PELAN yang tiada sijil kemahiran.
2)Penolong Pegawai Penilaian dulu sama dengan Penolong Jurutera,Penolong Pegawai Perancang,apabila SSB dan SSM,kami jadi gred rendah sama taraf dengan penolong pegawai tadbir,penolong pegawai tanah,penghulu dan lain-lain,sedangkan belajar di Universiti spt Uitm,UTM amat pecah kepala nak mengingatkan KTN,Akta Perancang,Akta Kerajaan Tempatan,Akta Parit dan jalan dan lain-lain merupakan pembelajaran secara teknikal,namun kini gaji W2-1,W2-2,W2-4.Penolong Pegawai Perancang J2-1,J2-4 dan J2-5.Tanggungjawab berat dijpph kerja mesti cepat,buat masa ini tempoh kerja disingkat,kerja lebih,jpa tak tengok dan pandang masalah yang dihadapi oleh Penolong pegawai penilaian dijpph.Kumpulan atasan cepat naik macam 41 untuk ke 44,44 ke 48, 48 ke 52 dan 52 ke 54,ada kosong terus naik.
BAGI BANYAK TEMPAT TETAPI BELUM SBPA BERPIHAK KEPADA CUEPACS,LIHAT JAWATAN KSN,KETUA PSD ,KSU-KSU JAWATAN MEREKA SELESA DAN TIDAK DIGANGGU,PM KATA NAIK DALAM BUDGET 2012,SKIM YANG NAIK AWAL MEREKALAH,KUMPULAN PELAKSANA KEMUDIAN DAPAT SISA SISA YANG TAK HABIS.
KESIMPULAN KAMI BERDOA AGAR KERAJAAN AKAN BERPIHAK KEPADA KAMI DENGAN MEMBERI KEADILAN SEADILNYA MENGIKUT ISLAM YANG SEJATI.
PEJUANGAN MESTI WIN WIN DALAM SBPA
BUKAN KALAH MENANG,SATU PIHAK MENANG SATU PIHAK KALAH.
ptuiihhhhh Ksn..main wayang nampak..dah tersepit salahkan kppa..
CUEPACS DIMINTA KAJI KERJA HAKIKI DIJPPH MALAYSIA KERANA TEMPOH MASA MENYIAP MEMBEBANKAN PEKERJA PEKERJA JPPH MALAYSIA.KETUA PENGARAH PENILAIAN,TIMBALAN KETUA PENGARAH PENILAIAN,PENGARAH PENILAIAN DAN PENILAI DAERAH TAK BUAT KERJA DAN BUAT KES DUTI SETEM BERANILAH BODEK KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN DATO ABDUL HAMID BIN ABU BAKAR JANJI MASA BERAPA HARI,ORANG BAWAH TERUK KERJA SEPARUH MATI,PUAK ATAS DAPAT NAMA DAN NAIK PANGKAT CEPAT
pembantu penilaian yang naik KUP W22 kena buat lah kerja mencabar sikit,bukan sama dengan W17,HAIRAN naik W22 BUAT KERJA SAMA TARAF GRED,MUNGKIN BOSS BOSS KESIAN.KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PENILAIAN,PENGARAH DAN PENILAIAN DAERAH KENA TENGOK BALIK ISU INI.
harap CUEPACS cadangkan agar SPBA ini lebih fleksibel dalam bab persaraan pilihan. Diharapkan para penjawat awam boleh bersara pilihan secara automatik atas kehendak sendiri seperti dalam sektor swasta.
Saya mempunyai dua orang rakan sekerja yang permohonan mereka untuk bersara awal ditolak oleh ketua jabatan. Oleh sebab kedua-dua rakan saya dalam skim pencen, mereka tak dapat bersara awal secara pilihan kerana bimbang segala faedah pencen tidak akan diberi jikalau berhenti tanpa izin ketua jabatan. Di manakah hak kita sebagai pekerja?
MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?
Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.
Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."
Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.
Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.
Catat Ulasan