Berita Harian
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
2012/02/10
KUCHING: Gaji pokok permulaan anggota tentera berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melonjak daripada kira-kira RM800 kepada RM1,125 sebulan berikutan pelaksanaan skim gaji baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 16 Januari lalu.
Skim dirancang lebih awal sebelum Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperkenalkan itu juga menyaksikan kenaikan gaji kemasukan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada RM2,100 sebelum ini kepada RM2,400, sebulan. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata imbuhan itu sejajar dengan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ATM perkhidmatan terkanan di negara ini. Bagaimanapun katanya, akibat kelewatan semakan gaji ATM sebelum ini, gaji anggota tentera menjadi agak ketinggalan berbanding perkhidmatan awam lain dengan semakan semula ke atasnya hanya dapat diselesaikan baru-baru ini.
“Secara kebetulan pelaksanaan skim gaji baru ATM ini diluluskan hampir sama dengan SBPA sedangkan semakan yang dilakukan pihak kita sudah lama dilakukan.
“Melalui skim baru ini juga, anggota prebet muda yang menyertai ATM ketika berusia 18 tahun boleh berkhidmat sehingga usia 45 tahun iaitu perkhidmatan maksimum selama 27 tahun,” katanya selepas memberi taklimat SBPA-ATM kepada anggota ATM di Kem Penrissen di sini, semalam.
Majlis turut dihadiri Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima 1 Divisyen, Mej Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar bersama lebih 500 anggota dan pegawai yang turut diberi peluang berdialong dalam sesi berkenaan.
Difahamkan, melalui skim baru ini juga hanya dua kemasukan ke dalam perkhidmatan ATM akan dibuat iaitu melalui SPM dan Ijazah Sarjana Muda dengan semakan ke atas kemasukan kelayakan diploma sedang dilakukan.
Sementara itu, mengulas mengenai aduan kira-kira 20 bekas tentera di negeri ini yang lewat menerima bayaran pencen, beliau berkata, ia mungkin berpunca daripada masalah dokumentasi di peringkat Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) di Kuala Lumpur.
43 ulasan:
naik .. naik ..
sbpa .. sbpa .. ?
poning !
Today, there are a few members ATM soldiers who have Diploma, Degree, Masters, or PhD either use their own money or government money. When these groups are identified by the top, then variety of workload and task is given based on their knowledge. Some of them also have a low salary and low rank from the others who had SPM/PMR but also junior in service. This group is also believed be able to move the organization to achieve the vision. Eg: TLDM members who have SPM only make the task according to their abilities and knowledge compared to those who has the highest academic. In short, the higher knowledge of a members could make more different the way it works and its performance. Similarly, the top only give commands and hoping an excellent work done from this group although there are also a handful from academics who have lower than this group. For the good of these people, I was attracted to suggest that the CUEPACS, JPA, ATM, and the TLDM in particular to give these group a privilege and advantage in terms of salary increase or promotion opportunities to motivate these people that they will remain competent in delivering a high commitment to the ATM/TLDM in excellence in order to achieve organizational goals and vision to become 'world class' with great success...Plz we're due consideration.
Setuju dengan Perkara 132 PP....tq cuepacs
Sy rasa better gaji anggota ATM ikut sistem gaji guru? di mana anggota ATM yang menyambung pengajian akan merasa kenaikan gaji dan kenaikan pangkat mengikut tahap akademiknya.
Tentera SPM da naik gaji dah... kakitangan awam sbagai contoh pemandu jabatan bler nak naik? kbanykkan pemandu2 jabatan skang da byk yg ada SPM... so bler lgi??? Cuepacs harap maklum...
Tentera duk dlm utan... Drebar duk dlm utan ker?
Bukan nak mencelah cuma nk bagitau walaupun tentera ataupun polis menjaga keamanan negara dlm bidang keselamatan namun harus diingat kami juga penjawat awam yang bernaung dibawah kerajaan Malaysia jadi bab kenaikan gaji ni biarlah samaada adil.Walaupun saudara tu drebar dan keja tak masuk hutan seperti saudara ATM tapi kalau nak diikutkan keja apa la sangat keja ATM hanya masuk utan keluar hutan dan lepas tu kiwi kasut dan senapang sampai kilat bila xde keja.Apa kata jikalau gaji yang berkelayakan SPM semuanya sama cuma ATM dan PDRM yang sewaktu dengannya bab keselamatan negara diberikan insuran nyawa yang tinggi bersesuaian dengan tanggungjawab dan risiko yang perlu dihadapi jikalau berlaku musibah pada anggota tersebut.
Bila kakitangan awam dimalaysia ini gaji dikaji semula,PDRM/ATM,GURU Besar,Guru-guru,Pengetua pun turut naik,lepas itu minta lagi,kerajaan kaji lagi,kemudian kaji lagi dapat berapa banyak durian runtuh,
JPA DIMINTA KAJI SECARA MENYELURUH BUKAN AMBIL FAKTA KURANG TEPAT,KAKITANGAN AWAM LAIN KERJA SAMPAI MATI.
Tidak boleh disangkal bab keselamatan negara ni. Memang dah jadi tanggungjawab hakiki ATM menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara. Saya ingin bertanya bagaimana dengan anggota uniform lain yang sama2 menjaga keselamatan negara terutama bagi anggota2 yang menjana ekonomi negara. Memang kami tidak tinggal di hutan tp adakah kerajaan nampak tugas kami berpanas & berhujan demi menjaga keselamatan rakyat? Maki hamun,sumpah seranah sudah menjadi makanan kami tp adakah kerajaan nampak sume tu? Renung2 kanlah kepada pihak yang berwajib. Kami bukan nak hidup mewah cume ingin keluarga kami hidup selesa.
Balik-balik gaji Guru , Tentera naik!
Balik-balik gaji Guru , Tentera naik!
Tak berhenti -berhenti
Jemu
Jemu
Jemu
Tentera ada panel gaji sendiri..... x de angin tup tup naik gaji.... pastu bila skim baru diperkenalkan atau PA lain naik gaji..... tentera pun tumpang sama.... bila plak la jabatan kita nak ada panel gaji sendiri cam tentera ye... rasanya baru terbela sikit.... harapkan kupek ada saja yang x puas hati....
yang kaya di kayakan yang miskin di miskinkan tq....
boringggggggggggggg
fikir-fikirkan la....adakah gaji yang tentera terima sekarang berbaloi dgan tugas yg diorang galas sekarang????sepatutnyer pejuang kemerdekaan dulu yg layak dapat skim gaji sekarang...baru berbaloi kerajaan bayar kt diaorg..dh la dari ujung rambut sampai ujung kaki semua kerajaan sediakan termasuklah baju dan seluar dalam..kakitangan awam lain kene bli sendri..dari mane kerajaan dpt duit kalau bukan dari jabatan yg dilantik untuk mengutip hasil negara?jd jabataan lain pun patut dpt ape yang atm dapat memandangkan atm sekarang hanya kilat kasut dan senjata sahaja...
jangan pandang rendah kat bidang keje jabatan lain...dah ada keje tu,buatla keje sendiri.
Johor,perak,melaka adalah negeri yang paling susah kenaikan pangkat bagi kakitangan kerajaannya, walaupun ada sebahagian besar kakitangan bawahannya yang mempunyai ijazah dan master, tidak diberi keutamaan di dalam perjawatan baru bagi kumpulan A, malah jawatan tersebut hanya di beri kepada anak-anak org atasan dan besar.. johor,perak,melaka bakal tumbang kepada PR pada PRU-13 nie.. bersedialah menjadi pembangkang..!!
gaji permulaan guru lepasan diploma baru sekitar 1200.00 je walaupun gred 29..tp teruk mendidik anak bangsa nk bg berjaya..ternyata gaji baru askar yang berkelulusan spm yg naik ni sedikit sebanyak mengguris ati warga pendidik...rasa2 semua penjawat awm terguris..
MENGAPA KASTAM BOLEH TERLIBAT RASUAH?
Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita rasuah di kalangan pegawai Imigresen sebelum dikejutkan lagi dengan berita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Memang benar kita perlu mengakui bahawa SPRM hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dan aku juga bersetuju bahawa mereka yang terlibat dalam kes rasuah ini haruslah diambil tindakan yang sewajarnya andai kesalahan mereka itu dapat dibuktikan di mahkamah kelak.
Namun begitu, seandainya cadangan yang aku kemukakan sebelum ini berkaitan dengan kenaikan gaji kastam diselaraskan dengan gaji yang diterima oleh ATM dan PDRM, tidak mustahil gejala rasuah ini mampu dicegah lebih awal tanpa perlu menyusahkan SPRM untuk membuat siasatan yang sekaligus mencemarkan nama baik dan kredibiliti warga kastam lain yang langsung tidak terlibat dalam gejala rasuah. Aku ingin memaparkan secebis luahan rasa seorang sahabat yang sedang berkhidmat dalam Kastam ketika ini, "Bila timbul kes macam ni, nak pakai uniform pun aku malu sebab orang luar pandang serong pada kastam sedangkan aku tak ambik rasuah pun."
Menurut beliau, Kastam ni harap rank je lagi tinggi dari polis dan askar tapi tangga gaji lebih rendah dari kedua-dua unit beruniform tersebut. Contohnya, tangga gaji seorang kastam berpangkat Penguasa adalah sama dengan tangga gaji seorang pegawai polis berpangkat Inspektor sedangkan penguasa Kastam adalah gred 41 berbanding inspektor polis yang bergred 22. Ini belum termasuk keistimewaan serta elaun lain yang dinikmati oleh polis dan askar walhal kesemua mereka membawa Gencana Diraja.
Apa-apa pun, aku menghormati ketiga-tiga unit beruniform ini yang penuh dengan tradisi dan sejarah mereka tersendiri. Namun pada masa yang sama, aku begitu simpati dengan nasib sahabatku dalam Kastam sekarang ini yang tangga gajinya tidak setimpal dengan amanah yang dipikul. Lu pikirlah sendiri....harap-harap jangan sampai ada lagi kejutan di masa depan berkaitan warga beruniform ini.
tak takut makan duit HARAM ???????
Jawab ler dalam kubur nanti .. padang masyar ?? Masya Allah !
Duit haram .. sampai anak cucu (habis keturunan) makan duit haram.
Isshhh .. dunia adalah sementara. AQkhirat kekal abadi.
tepuk dada tanya iman...biar mati dlm iman...innamal a'malu bin niat. x lama dok dlm neraka tu...10000 tahun je...
Kerajaan benar-benar serius ke arah membangunkan negara dan merealisasikan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan sekali gus memperlihatkan bahawa Kerajaan yang ada hari ini adalah ‘untuk rakyat dan kerana rakyat’, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menggariskan empat tonggak utama agenda perubahan Kerajaan.
Selain gagasan 1 Malaysia, tonggak-tonggak tersebut adalah Program Transformasi Kerajaan (PTK), Model Ekonomi Baru dan Rancangan Melaysia Ke-10. Beliau juga menyifatkan empat tonggak tersebut umpama sebuah kerusi yang mempunyai empat kaki. Ia bukan sahaja stabil tetapi juga selamat kepada sesiapa sahaja yang mendudukinya.
Bagi memastikan kejayaannya, Kerajaan turut menggariskan tiga komponen penting yang merangkumi modal insan, modal swasta dan modal sosial di mana tanpa ketiga-tiga elemen tersebut . Peranan ketiga-tiganya begitu penting dan tanpa penglibatannya pasti setiap misi besar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan untuk pembangunan rakyat dan negara ini tidak akan dapat dicapai.
Perdana Menteri memberi gambaran di mana modal insan merupakan elemen terpenting dalam usaha kerajaan memacu ekonomi negara di mana negara begitu memerlukan tenaga kerja yang lebih holistik dan komprehensif. Maksudnya, negara bukan hanya memerlukan tenaga kerja yang berpengetahuan tinggi tetapi juga memiliki kemahiran tinggi kerana memalui gabungan kedua-duanya akan melahirkan pekerja yang kreatif dan inovatif.
Beliau juga menjelaskan bahawa gagasan 1Malaysia bukan sekadar retorik sebaliknya membawa pengertian mendalam dari segi dasar pendekatan dan perubahan yang ingin dilakukan oleh Kerajaan. Ia merupakan satu dasar yang murni bagi memacu perpaduan nasional dan kestabilan negara - umpama bergerak dalam satu keluarga besar menuju matlamat yang sama.
Jadi adalah amat penting gagasan tersebut diterjemahkan dalam bentuk dasar negara.
Memandangkan dasar tersebut mempunyai kaitan rapat dengan tonggak kedua iaitu Program Transformasi Kerajaan (PTK), ia banyak menuntut komitmen padu dan jitu daripada penjawat awam untuk melaksanakannya. Dalam soal ini penjawat awam perlu memastikan pencapaian diutamakan kerana Kerajaan tidak mahu rakyat memandang sinis terhadap dasar-dasar yang diumumkan Kerajaan kerana ia menimbulkan banyak persoalan ketika pelaksanaannya.
Mengenai tonggak ketiga iaitu Model Ekonomi Baru(MEB) yang akan dibentangkan penghujung Mac ini, ia tidak kurang pentingnya kerana bakal memberi satu suntikan baru kepada pembangunan negara agar lebih berdaya saing. Atau lebih tepat lagi ia adalah satu usaha untuk melakukan anjakan kepada ekonomi negara agar lebih kompetitif bagi mengukuhkan lagi strategi ekonomi negara.
Sementara tonggak terakhir iaitu Rancangan Malaysia Ke-10 pula mengandungi banyak ketetapan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan MEB. Ke semua tonggak tersebut merupakan agenda penting Kerajaan sepanjang tahun 2010 ini. Malah ia bukan setakat agenda penting kerajaan bagi tahun 2010 semata-mata tetapi jauh lebih besar adalah MEB dan RMK-10 merupakan landasan terakhir bagi rakyat dan negara Malaysia mencapai wawasan 2020 dan ketiga-tiga komponen tersebut lah yang akan menjadi pemangkin ke arah kejayaan ke semua misi Kerajaan tersebut.
PDRM NAIK GAJI,ATM MINTA NAIK GAJI KEMUDIAN GURU-GURU,KAKITANGAN AWAM LAIN TAK KEJA KE?PDRM/ATM/GURU-GURU SAJA NAIK GAJI.
DALAM usaha menuju keredaan Allah SWT, kita perlukan resipi takwa yang sempurna bagi memastikan kejayaan di dunia dan akhirat. Inilah satu-satunya jalan yang ditelusuri para auliya’ dan salafus salih yang sentiasa mendapat petunjuk dari Allah SWT. Firman Allah SWt bermaksud: “Dan mereka yang sentiasa mencari petunjuk akan bertambah hidayah mereka dan mendapat kurniaan takwa yang sebenar.” – (Surah Muhammad ayat 17)
Mereka sampai di kemuncak keimanan kepada Allah SWT selepas menunaikan hak Allah SWT dan Rasulnya dengan menunaikan perintah dan larangan Allah SWT. Mereka sentiasa beristiqamah dengan amalan kebajikan dan teguh memelihara prinsip keimanan yang sebenar. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan mereka yang berpegang teguh dengan al-Kitab, menunaikan solat. Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali akan mensia-siakan mereka yang melakukan kebaikan.” – (Surah al-A’raf ayat 170)
Kesan petunjuk ini juga akan dapat dilihat melalui sifat kasihan belas sesama makhluk tanpa batasan. Mereka meluangkan masa, tenaga dan rela mengorbankan harta pada jalan kebajikan sepanjang perjalanan hidup mereka.
Mereka konsisten dalam amalan ini dalam apa juga keadaan kerana menyedari bahawa semuanya yang dinafkahkan sama ada masa atau tenaga akan diganti oleh Allah SWT dengan pelbagai cara kerana janji Allah itu adalah satu kepastian yang mutlak.
Penulis berasa terpanggil untuk merakamkan sesuatu apabila melihat doktor di kawasan pedalaman tanah air tidak pernah jemu menghulurkan bantuan dengan meredah hutan dan paya bagi menawarkan perkhidmatan kepada golongan yang daif.
Prinsip dalam kerjaya mereka sebagai pembantu kepada golongan lemah sentiasa dijaga tanpa mengutamakan soal pembayaran dan ganjaran duniawi. Sabda Baginda SAW kepada salah seorang isterinya Asma’: “Wahai Asma’ bantulah mereka yang memerlukan dan jangan berkira-kira, kelak nanti Allah juga akan berkira-kira denganmu.” (Muttafaqun A’laih)
ne nak bagi tau kat mana2 PA yang perasan macam kwn kita kata gred penguasa kastam gred 41 lebih tinggi dari gred inspektor n Leftenan muda gred 22 coz kalu nak tau nak masukk pegawai polis(inspektor) n askar (LT MUDA) kena ada ijazah la n syarat nya lebih tinggi dari masuk penguasa kastam yang janji ada izajah dah leh mohon, kami ada ijazah pun kena syarat tambahan cth spm mesti credit mate, sains, BI dan BM. klu tak melepasla. so harap jangan marah la kepada sape2 yang perasan kata gred 41 lebih tinggi dari gred 22 pasukan beruniform ne coz kami tak guna gred macam kau orang padahal gred 22 sama dengan gred 41. sekarang kami guna gred x13 inspektor and z13 Leftenan muda bagi awam gred 1-1. maafla klu ada yang terasa
nak bagi tau kepada sahabat2 PA lepas ne tolong la jangan merendahkan atm n polis lagi.coz gaji pokok LEFTENAN MUDA mengikut SKIM GAJI BARU ATM 2012 yang berkuatkuasa pada 16 jan 2012 yang lalu RM2400.00 itu belum campur elaun dan belum kenaikan SBPA-ATM yang akan diumumkan pada bulan april ne. so banding la dengan skim PA lain beza gaji kami . tp kami tak suka bangga diri dan jatuhkan maruah PA lain yang dok rasa gaji dia lah paling tinggi.
jgn memperlekehkan ATM... aku awam kerja dalam kem .... n aku tau workload setiap anggota ... kerja mereka bukan sekadar kilat kasut dan senjata sahaja .... lebih dari itu...
alahai...senang je jawapannya.
KOrang x pyh blajar susahx sbb organisasi korang. Belajar je utk kesenangan hidup sendiri dan survive bila pencen nnti. Ko blaja diam2 dan buat keja ikut fail meja sendiri jer, kalo org/atasan minta idea jawab teka teki ni "byk2 air, air apa paling mahal...jawapnya IDEA" hehehe. Biarlah depa terjun ngan labu2nya.
Apahal la korang ni... lain kali buat research dulu sebelum nak kutuk ATM...
Mmg la gaji ATM banyak tapi.... byk jugak potongan paksa yg wajib dibuat atas gaji setiap anggota ATM. Sebagai contoh:-
Sarjan (13 tahun keje)
RM3200 tapi korang tak tau... Potongan paksa Peruntukan Utk Bini RM333, Insuran Kelompok RM12.00, Lembaga Tabung Angkatan Tentera RM260... tu belum masuk lagi potongan klu beli rumah... buat pinjaman koperasi tentera sebab setiap kali kena posting keje tempat lain... elaun semua kena potong.... tunggulah 5 hingga 6 bulan utk dapat balik abis sementara nak dapat balik tu korang ingat nak dapat duit dari mana? Jangan suka2 kutuk warga ATM.... Kerja depa teruk... tinggal anak... tinggal bini utk jaga perbatasan negara... sekali pergi bukan sehari... boleh cecah 3 bulan tau tinggal anak bini.... so... jaga2 sikit mulut tu sebelum nak kutuk warga ATM....
Betul tu.... diorg ni pandai cakap jer. Kita bagi diorg seminggu jadi tentera, tengok apa jadik... silap2 haribln mau keluar kem sambil merangkak... hahahahaha.... Apa da... lain x pk sebelum ckp.. baru tinggal anak bini seminggu pegi kursus dah meleleh air mata masing2.... tu belum kena tinggal 3 bulan... mau bini masing2 mintak cerai... kahkahkah
Kenapa JHEV tidak membela kenaikan pencen bagi tentera yang telah bersara. Buta ke mata orang yang buat dasar,, tangga gaji T17 diturunkan kepada T7 dan naik pencen hanya 60 ke 90 RM. Kenapa tidak dikekalkan kepada T17 dan kiraan kenaikan pencen dira dari situ. Yang dah pencen boleh ke pergerakan pencen naik ke T 17 semula. Apa yang Bodoh sangat ni. PRU 13 nak ke lihat semua pesara memangkah PAS hanya kerana SBPA yang menyaksikan sikap tamak JUSA atau pegawai atasan.
cakap tu biarlah logik sikit..ko drebar ko nak same ngan org ade dgree...yang bekerja mempertahan negara..mane boleh..itu namanya x adil paham??adil tu bukan sama rata..adil tu meletakkan sesuatu pada tempatnya..org dok hutan defend keamanan negara mstilah gaji tinggi..kau jadi drebar..blaja pun fail..takat spm nak same ngan org yg bersush payah bljar smpai universiti..itula ketidakadilan paling jelas skali..PAHAM??lain kali ckp pakai otak
Sape ckp gaji askar banyak?? gaji cleaner skolah sy pn dh dkt 800, takde kelayakan ijazah, SPM malah PMR atau UPSR pn xder. Org keje bukan semata2 kerana kelayakan, tp pikir keringat org. Kita xrasa sb kita xmasuk hutan pikul pack berkilo2 berhari2 ada smpai berminggu2,berbulan2 pn ada. xmakan, xtido.. nk jaga apa? ni namanya gaji buta ke? Mgkin kita terasa terlalu selesa sb malaysa ni aman damai xder peperangan kot. saya xpaham bila org pertikaikan gaji askar dh banyak, xkisahlah pangkat ape. keje 24 jam, balik2 duty tp xder elaun pn.. tang mana dapat gaji buta? sy masih bersyukur kerana SAYA BUKAN ASKAR
yo lah tu... askar memang kilat kasut... n kilat senjata.. tapi lu mau tau....tanggungjawab jaga negara pada sapa????? lu tak guna otak keeee....lu ingat askar masuk utan tu macam orang utan dalam utan kee???? lu pikir sendiri..... lu ni bangsa apa????? lu mau jadi askar ka.... cuba la masuk askar wataniah dulu... pas tu minta serap dalam askar regular.... kalau lu mau rasa askar cam na.... bini no 1 senjata loooo.... bini kat rumah no 2.... lu hali hali balik rumah. lu banyak main pantat jeee... sebab tu lu suka cakap tak guna otak....
SALAM. MEH SINI AKU NAK STOANGRY SKIT..Aku dah join ARMY NI 15 tahun. masuk dulu dgn diploma je. SEKARANG berkat usaha sendiri dah dapat pun Ijazah SM Undang-undang. Pangkat X le beso..Mejar je. KALAU AWAM lebih kurang gred 48. TAPI sedihnya GREd 48 PA naik lebih kurang rm 220 setahun...kami ni tak lebih 200 pun. Tempoh mati skim gaji punsingkat. NAK NAIK PANGKAT lagi...puhhh punya lah susah..dengan Paper work la, KMK..beberapa siri ujian & interview..exam dll. ORANG lainkalau dah gred 48 tu..mungkin X merasa lagi dalam setahun 4 bulan MESTI masukke hutan belantara bertemankan unggas, agas dannyamuk.. malam sejuk sampai ketulang ..siang miang panas x tau nak cakap. Tidr di pangkal2 pokok bersama anak-anak-anak buah dari pangkat PREBET sampai ke PEGAWAI WARAN.. sama-sama makan umbut, rebung dan pucuk hutan. NAK harapkan makan "rangsum kering" dah tak tertelan...setakat 3minggu daging beku kering tu sedap la lagi. dah seulan lebih...kembang tekak. Bermandikan air sungai..minum air sungai yang dirawat atau dimasak sendiri..berak gali lubang dengan cangkul kecil..pacat nyamuk x berenti2 mengekor. TAPI kalau tIDAK AKU dan ANAK-ANAK BUAH aku yang sayangkan negara ni..siapa lagi yag sanggup??? BALIK ke kem...ADA LABIH seribu laras senjata, peralatan elektronik, optronik ketenteraan yang nak dijaga, disenggara dimahirkan. TAU ke apa tu aviation syst, Night Vision GGle, Thermal imager, Infra red target ??? Benda2 tu semua datang dari luar negara, dibeli kerajaan dengan harga jutaan ringgit. KAMI diamanahkan memahirkan diri, menjaga , senggara. semua tu adalah tanggungjawab kami. JIKA TIDAK SAYA DAN ANAK-ANAK BUAH SAYA...siapa lagi yang sanggup??
Kerja drebar hospital pon mampu pakai kereta besar n mewah....mengalahkan doktor...bukan tipu depan mate sendiri pon nampak..mudah nak buat pinjaman sane sini..warga tentera nak buat pinjaman ...langsung x boleh..tapi ape2 pon alhamdulillahh..hidup atm...
Kepada yg komen 2 ke atas komen aku ni,xyah ko nk jd askar kalo ko xnak sume tu.Da itu cara keje ko.Bodoh.Kata ada degree tp komen cm bdk xsekolah lgsung je.
Bleh jalan la prebet cabuk.Sape da xde keje je masuk askar ni.Org skrg sbuk blajar tinggi2 tp ko sbuk bangga jd prebet tu.Tu sume mlayu yg ramai.Yelah,mlayukn pmalas,xnk usaha.Kira ok la tu dpt masuk askar.Ksian
syukur alhamdulillah, rezeki ak dalam tentera,ak spm n dpt diploma dlm atm umr ak 16thn ak msuk sek. tentera, skg umr ak 24thn,syukur dr rezeki ALLAH s.w.t skrg ak da ad umh sendri dgn loan goverment , profesion tentera bkan pilihan terakhir ak tp yg pertama sejak ak msuk darjah 1 thn 1996, sper kater x lh bjyer dlm tentera , smue ad pluang kter sndri yg kne ushe ubah perjalanan hidup keter, bkan dgn prangai PHD (penyakit hasad dengki) tgk tentera gaji nek skit da gelabah dok kutuk2, stiap PA ad tggjwab msing2, jalankan la dengan ikhlas , itu la sumber rezeki kiter bg makan family keter
U must know who the highest riskin duty,atm kerja latihan pon sampai bengkok badan2 kau x pkir ka?Pagi2 pegang pack berkilo2..Walaupon lepasan U tuuu...Kau drebar je pon pegang stereng apa susahnya...Bawak bersyukurla
pintar bonar c Tanpa Nama ni.....
Kalau nk masuk wartaniah nk sijil ap ye
Kau dah mohon tak?
Budiman sungguh kata2 kamu.kilat kasut dah cuci senjata yer.jgn mcm tu...setiap kerja ada tekanan dan kesibukan masing2..sy sendiri akui xde kerja yg senang dlm dunià ni..so xperlu pertikai kerja kami..kamu xrasa ape yg kami rasa..kami pon xrasa ape yg kamu rasa..jaga periuk nasi masing2..berdoa ketika dhuha...inshaAllah itu jalan yg terbaik daripada mempertikai pekerjaan org...sy doakan ada saudara rapat kamu dalam golongan kami...supaya dapatlah kamu merasa besarnya maksud pengorbanan yg xterbayar oleh gaji..im infantry..
Catat Ulasan