SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Mac 2012

CUEPACS HARAP SURUHANJAYA KAJI PERKHIDMATAN AWAM DILAKSANA SECEPAT MUNGKIN

Bernama
9/3/2012



MELAKA, 9 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia dapat dilaksanakan segera.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata sebaiknya perbincangan berhubung langkah penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dimulakan dari sekarang selepas sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan.

"Kita harap suruhanjaya ini cepat ditubuhkan dan dapat jasa baik Perdana Menteri, siapa yang jadi pengerusi (suruhanjaya) dapat diumumkan secepat mungkin.

"Ini kerana nak menyediakan sesuatu skim bukannya mudah," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Melaka di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka, di sini Jumaat.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya semalam. Beliau turut mengumumkan pembatalan SBPA dan pelaksanaan semula SSM yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

-- BERNAMA

407 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   401 – 407 daripada 407
Tanpa Nama berkata...

Pegawai Tadbir Gred N41 adalah layak dipertimbang bagi
kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N44 yang
kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(d) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

tengok betul² "yang kosong", bermaksud hanya boleh mohon naik pangkat bila ada kekosongan.. kekosongan macam mana tu? bila penyandang N44 meninggal dunia, pencen dan lain²..
setahun berapa N44 meninggal? berapa yang pencen?
itu baru nak tunggu kekosongan..
yang memohon pulak berapa ramai..
ikut seniority lagi..
sebab tu time based perlu diluaskan ke semua skim..
walau tidak secara hakiki cukuplah secara KUP..

Tanpa Nama berkata...

gred kami sama tapi tugas kami hanya mengangkat telefon dn melayan pelanggan... adakan rotate tugasan di antara kami yg bergred n17 iaitu pembantu tadbir dan pegawai khidmat pelanggan....supaya kami pon merasa utk buat keeja tugas2 kerani-PKP PERAK

Tanpa Nama berkata...

sila kaji jawatan pegawai khidmat pelanggan dng pembantu tadbir ..gred sama tp tugas2 lain seragamkan agar pkp juga dapat memberikan sumbangan dalam tugas2 pekeranian...kami juga mahu kan pengalaman bukan sekadar angkat telefon serta melayan pelanggan..

Tanpa Nama berkata...

gabungkan pegawai khidmat pelanggan dan pembantu tadbir sbb sama gred ...dalam tugasan pon ada rotate tk de la pkp bosan sangat asyik buat tugasan yg sama ...pls bg perhatian

Tanpa Nama berkata...

pokok betik tu aku yang tanam oiii..

Tanpa Nama berkata...

t

Tanpa Nama berkata...

Kepada yang dok kutuk-kutuk guru tu, tolong renung dan muhasabah diri.....
Saya bercakap bagi pihak GURU SENIOR .........
PENAMBAHBAIKAN SSM yg diumumkan tu mmg baik dan patut dilaksanakan segera!!! menggantikan SSM PAK LAH (Pelarasan JULAI 2007)yang kucar-kacir tu. Tahniah buat NUTP & PUCUK PIMPINAN SEKARANG yg ternyata bijak dlm membuat pertimbangan!!!
Kami sambung belajar atas saranan Datok Najib sbg Menteri Pelajaran masa tu. Sekarang ni mmg jadi guru exppld SENIOR dg29/41/44....48 (dah kutai,umur dah setengah abad,lebih 25thn dlm perkhidmatan guru, masuk ke skim siswazah pun dah lebih 15 thn .Selama ini tak pernah dpt apa-apa (bermula sbg guru lepasan diploma Universiti...sambung belajar separuh gaji semasa P1T18 dan statik...ke Skim Siswazah dgn dibayar gaji basic Fresh degre-kurang banding skim asal, hgglah TUHAN sajalah yg tahu betapa SEDIHnya bila PELARASAN SSM JULAI 2007dibuat. Dgn PELARASAN JULAI 2007 tu,Kenaikan 15% ke atas gaji kami yg CIPUT + 5%BISP,ternyata gaji kami jauh ketinggalan hampir RM 1,000 setiap bulan dr rakan yg tak sambung belajar (sbb mrk dpt pelarasan gaji 35% + 10% elaun BISP) juga dr GURU JUNIOR expld lantikan ke Skim Siswazah SELEPAS PELARASAN 2007 (sbb mrk dah dpt pelarasan gaji 35% dgn gaji yg tak statik dan gaji mula mrk lebih tinggi dr skim asal kemudian diberi lagi 1HPG bila berada di DG41) So merasa sgt bersyukur kepada PUCUK PIMPINAN SEKARANG yg ternyata bijak dlm membuat keputusan PENAMBAHBAIKAN SSM.Terus segerakan pelaksanaannya!!!!!!!!!
Kome tak perlu risau sbb PM dan Timbalan PM juga menteri Pelajaran sudah berjanji penentuan gaji berasaskan SENIORITY dan kelulusan
Akedemik. Itulah kepimpinan yang BIJAK namanya kalau KEPINCANGAN SSM PAK LAH dpt dibaik pulih, saya tabik DATUK!
Sbg GURU SENIOR saya cuma nak beri pandangan agar JUNIOR tidak melangkau SENIOR dan tidak timbul prasangka negatif guru sesama guru dan kelompok guru dgn Penjawat Awam lainnya.
Time-base 8,8,6,3 boleh juga ditukar kpd 10,8,6,3 kerana ramai guru-guru senior sudah melalui dg41 selama 10thn dan lebih:
a-Kenaikan Tanpa syrat secara time
base utk SENIOR dg29/41/44...48
(boleh guna 5+3 utk ke dg48).
b-Kenaikan Tanpa syrat secara time
base utk SENIOR dg29/41...44
(Telah guna 7+3 ke dg44).
c-JUNIOR Exppld lantikan ke SKIM
SISWAZAH selepas PELARASAN JULAI
2007 biar sama syarat dgn FRESH
DEGRE, tak payah bagi 1HPG dan
tak payah bagi 7+3 sbb mrk dah
dpt pelarasan 35%-gaji mrk dah
cukup besar) kalau diberi
nanti huru-hara semula sistem
gaji...JUNIOR MELANGKAU SENIOR)
d-Guru Fresh degre perlu syarat
tangga gaji sebelum pindah dari
satu Gred ke Gred yang lain
supaya JUNIOR TIDAK MELANGKAU
SENIOR FRESH DEGRE)

SEKADAR PANDANGAN ........

WALAH..HU AQLAM!

«Lebih lama ‹Lebih lama   401 – 407 daripada 407   Terbaru› Baru»