SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Mac 2012

SBPA BATAL, SSM YANG DITAMBAH BAIK KEMBALI

Bernama
8/3/2012


PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54, di samping pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.

Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan peratus, dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh peratus.

Dalam pengumuman beliau pada satu perhimpunan khas dengan penjawat awam di sini, Najib turut menyatakan persetujuan kerajaan supaya Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C, dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150.

Selain itu kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.

Perdana Menteri berkata sebarang cadangan yang disyorkan oleh suruhanjaya yang dianggotai semua pihak berkepentingan yang bekerja menerusi prinsip musyawarah, perundingan dan permuafakatan itu akan dipertimbang mengikut kemampuan kerajaan.

Katanya struktur gaji SSM akan diubah suai daripada jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga 54 ditetapkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.

Najib berkata kerajaan juga bersetuju supaya Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP), dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

Bagi guru-guru pula, menurutnya, kerajaan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip "time-based" Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012.

"Saya harap keputusan ini dapat meredakan ketidakpuasan hati penjawat awam pelbagai peringkat. Bagi isu-isu lain yang berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang diumumkan tadi," katanya.

Najib berkata bagi menjayakan segala perubahan dalam perjalanan menuju matlamat untuk transformasi negara, peranan yang penting terletak di bahu penjawat awam keseluruhannya.

Beliau berkata SBPA yang diperkenalkan awal tahun ini mengundang keresahan, rasa terkilan dan perasaan tidak puas hati penjawat awam, dan oleh kerana kerajaan semasa adalah kerajaan yang prihatin serta mengenang jasa dan budi, ia mendengar keluh kesah rakyat.

"Kita bukan seperti puak-puak yang belum berjaya membentuk kerajaan sudah mahu membuang kakitangan awam," kata Perdana Menteri sambil menjelaskan bahawa ekoran rasa tidak puas hati itu, kerajaan pada 12 Jan lepas memutuskan supaya SBPA dikaji semula.

Sebuah pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam kemudiannya ditubuhkan dan diberi tempoh tiga bulan untuk meneliti semua aduan serta maklumat balas yang dikemukakan. Ia diberi tanggungjawab mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan.

Pasukan petugas itu menerima 1,087 aduan serta maklumat balas di samping beberapa memorandum serta cadangan daripada 23 kesatuan.

Najib berkata kerajaan amat mengharapkan kefahaman dan kerjasama penjawat awam untuk sama-sama menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu, dan walaupun kerajaan berjaya membawa negara keluar daripada gelora ekonomi global ini, usaha perlu digandakan bagi memastikan negara terus bebas daripada belenggu gelora ini di tahun-tahun mendatang.

Katanya dalam membuat keputusan, kerajaan perlu memikir langkah terbaik, yang semasa ia mendahulukan kepentingan rakyat, pada masa yang sama ia tidak mengetepikan faktor-faktor lain, terutama daripada segi kelestarian kestabilan ekonomi negara, atau dalam erti kata lain keupayaan kewangan kerajaan mesti diambil kira.

"Ingatlah bahawa apa yang kita lakukan hari ini tentu akan mempunyai kesan jangka panjangnya. Kerajaan tidak rela Malaysia menjadi sebuah tragedi kewangan seperti Greece atau negara-negara lain," katanya.

Najib berkata untuk menjamin ekonomi negara tidak terkesan oleh senario ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan perlu meneruskan usaha mengurangkan defisit fiskal negara.

Beliau berkata pada 2010 defisit negara mencecah 5.6 peratus, manakala tahun lepas ia berjaya dikurangkan kepada lima peratus dan tahun ini ia diharapkan dapat dikurangkan lagi ke tahap 4.7 peratus.

Semakan gaji yang terakhir dilakukan pada 2007, yang menyaksikan penjawat awam menikmati kenaikan gaji antara 7.5 dan 35 peratus.

-- BERNAMA

54 ulasan:

nordin berkata...

wuhuuu i m first

johan berkata...

Penjawat awam terima bayaran tunggakan Mac atau April
08/03/2012 2:30pm

Oleh THOMAS CHONG

PUTRAJAYA 8 Mac – Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

“Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain. - UTUSAN

BEN10 berkata...

Cantikkkkkkkkkk

Tanpa Nama berkata...

Tahniah

Kepada semua penjawat awam

mari ramai-ramai kita jadi ahli cupex

Tahniah Datuk Omar..... PM keputusan terbaik dalam sejarah pemerintahan BN di Malaysia.

Syabas semua

Tanpa Nama berkata...

Aku dah janji... kalau aku tak dapat separuh dari tuntutan Cuepacs (tuntutan cuepacs Rm1000, separuh that mean Rm500, tapi apa yg aku dapat sekarang RM200) so tak sampai separuh... Aku undi PR... mak bapak adik beradik aku pun undi PR

Barang Naik 50%
Maggie dulu satu bungkus RM3.00 sekarang dah RM4.50

Gaji naik 13%...

ni dah umum dalam surat khabar hari nie dah tentu esok pagi naik lagi harga barang... dah lebih 70% naik harga barang dah...

Tanpa Nama berkata...

syukur.rezeki pemberian Allah.kita hanya berusaha.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih PM. tiada yang mustahil jika mengamalkan bersih, cekap dan amanah...untuk semua orang buka PA saja. kekayaan negara harus dikongsi bersama rakyat, bukan segolongan orang sahaja.
harta yang diperolehi dengan cara yang tidak betul haruslah dikembalikan kepada rakyat....BERANIKAH?????...ITU KAMI SOKONG.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong kerajaan selamanya..
terima kasih dato najiB

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih cuepacs

Inilah dinamakan keadilan

KSN dan KPPA

Renungkanlah di mana silap kalau saya jadi samaada KSN atau KPPA dahlama harakiri dalam perkhidmatan awam. Bayangkan satu skim SBPA yang dah berhabis elaun dan kos yang diberi kepada Pegawai Tidur Duduk untuk digubal telah ditendang ke Tasik Putrajaya macam sampah. MALU MESTI MALU.

Kesimpulan dari isu SBPA

1. Jangan ambil hak orang lain
2. Sebagai ketua kita mesti memayungi anak-anak buah bukan kita pakai sendiri aje,
3. Pegawai yang menggubal skim SBPA akan diketahui identiti nanti
4. Sikap bersultan di mata beraja di hati dan kaduk naik junjung adalah sesuai bagi Pegawai Atasan
5. Kezaliman dan penganiyaan terhadap PA mendapat balasan
6. Bila sesuatu kumpulan terasa elit macam Pegawai Tidur Duduk pasti tempat mereka berada di dalam Muzium.
7. Akhir sekali Keadilan perlu diletak ditempat yang sepatutnya.

Kepada Penjawat Awam semua

Pastikan pengumuman ini sebagai batu loncatan untuk kita membukti kepada puak-puak atasan kita memang berhak mendapat apa yg sepatutnya yg kita dapat.

Syukur kepada Kerajaan Malaysia berjiwa rakyat

Kepada KSN kotakan janji mana-mana pegawai yang membuat masalah termasuk yang menggubal skim sbpa sehingga manjatuhkan maruah kerajaan sekarang amabil tindakan. Jangan nampak kuman diseberang laut gajah dpn mata x nampak.

Tanpa Nama berkata...

juruteknik kekal J17 jgak lah nampaknya...hehehehe

Tanpa Nama berkata...

alhamdullillah...mcm mana dengan kenaikan tahunan...masih dikekalkan sepeti SSM ataupun mengikut SBPA...

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama
bagus la lps ni penjawat awam di luar bandar akan trs bantu bn.sbb kami di bandar x dpt dibela pun hidup di bandar tp tiada kenaikan cola.. sara hidup tinggi tp elaan sama je dgn hidup di kampung..

Tanpa Nama berkata...

masa Pak Lah jadi PM, walaupun tak lama dan tak popular lagi tinggi gaji dia naikkan.....ni 'gempaq' je lebih...siap buat perhimpunan nak umum....13 peratus jerr!!!....ermmm....bukan tak bersyukur...tp kerajaan banyak lak peruntukan masa luluskan SBPA tu (untuk golongan JUSA & PREMIER) ...tup..tup la ni....ni jerr... masih tak paham isyaratlah tu.....kalau tak tukar kerajaan...kita tukar PM je lah.....sebab PM ni "wife" dia banyak habiskan duit....separuh 'BAJET' kerajaan untuk wife dia tu lah....satu dunia tau!!!!!

Tanpa Nama berkata...

ada bgs ada x bgs yer.. syukur sbb dpt naik gaik tp mana pembelaan dari cuepacs utk hak kami selama ini tunggu dari gred R11 ke R17.. sedangkan kami masuk gunakan sijil skm tahap 2. mana pembelaan dari cuepacs.. mana suara lantang cuepacs?? ikut saja ker??

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih PM DS Najib

Tahniah Cuepacs- Datuk Omar

For KSN Sidek ...You are fired

Tanpa Nama berkata...

Sangat-sangat setuju suruhanjaya mengambil sepenuhnya tentang hal skim perkhidmatan kakitangan kerajaan dari JPA .Tahniah !

Tanpa Nama berkata...

kerajaan dh x der duit untuk sbb dah abis labur untuk PRU-13 nnt.. g sn bg duit g sni bg duit.. bila utk kakitangan awan di suruh faham kewangan kerajaan... harap2 adalah pemimpin baru lepas pru13 nnt yg dapat bela penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua... mari kita sama2 bersyukur dari apa yang diberi... ingat kerja adalah satu ibadah.. kalau kita bekerja semata2 kerana duit dan x pernah bersyukur dapat banyak macam mana pun x cukup.... dan kepada sahabat yang x suka apa yang diumumkan dan ingin mengundi pembangkang sila fikir dan munasabah diri.... memang pembangkang menjanjikan bulan dan bintang...tetapi anda penah fikir ape akan jadi kepada generasi kita akan datang sekiranya negara kita menjadi seperti negara Greese..?... jangan jadi bodoh....cuba renungkan ape yg diucap oleh PM sebentar tadi..."Ingatlah bahawa apa yang kita lakukan hari ini tentu akan mempunyai kesan jangka panjangnya. Kerajaan tidak rela Malaysia menjadi sebuah tragedi kewangan seperti Greece atau negara-negara lain," katanya......

Tanpa Nama berkata...

hek eleh,

kat sini buleh la , ksn you are fired la, kppa x btl la
cuba ckp depan pengarah je x perlu ksn pun sure uah uah..

poyo laa

Tanpa Nama berkata...

Harap pegawai yang bertanggungjawab dalam merancang SBPA di JPA tampil untuk meminta maaf kepada semua kakitangan kerajaan. Janganlah berdiam diri sahaja. Unit Komunikasi Korporat JPA mesti segera bertindak. Kakitangan awam bahagian yang lain amat kecewa dengan tindak tanduk JPA dan sedikit sebanyak seperti hilang kepercayaan kepada JPA. Patutlah PTD cepat naik Gred. Mula2 PTD masuk kerja dengan gred 41. Tak sampai 10 tahun pun dan dapat gred 48. Kakitangan kerajaan bahagian yang lain bagaimana? Begitu istimewa sekali kumpulan PTD yang rata-rata bekerja di JPA. Identiti pegawai yang menggubal SBPA perlu diumumkan atau dihebahkan supaya orang kenal bahawa inilah pegawai yang nak menjahanamkan kerajaan dan menggalakkan kakitangan kerajaan marah kepada kerajaan. Mungkin pegawai yang menggubal SBPA itu "parasit dan jentera kerajaan" seperti kata DR Hasan Ali.

Tanpa Nama berkata...

g sana...bagi duit....g sini bagi duit....itu bukan sebab utama kerajaan ckp tak cukup peruntukan untuk kaki tangan awam...tapi sebab utama ialah isteri dia yang bernama Rosmah Binti Mansor tu....!!!! dia yg selalu g sana....g sini...habiskan duit....beli cicin....beli gelang...beli sutera....RM juta-juta kat over sea....

Tanpa Nama berkata...

"Najib berkata kerajaan juga bersetuju supaya Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP), dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM"
....
jadi BISP akan dikembalikan selepas ditarik baliklah... >_< ....
syukur walaupun tidak sepenuhnya tuntutan itu dipenuhi...tapi harga barang kena kawal jugalah..kalau tak..takda maknanya gaji naik...
....
Kami akan sentiasa memberi perkhidmatan TERBAEKK....tapi BISP memang satu DILEMMA!!!

Tanpa Nama berkata...

Bukan nak tukar kerajaan....tukar PM jerrr....sape ckp nak undi pembangkang...???!!!! memang bodohlah kalau undi pembangkang terutama DAP & PKR....yg sebenarnya PKR tu jelmaan DAP yg bertujuan nak kaburkan mata orang Melayu.....So TUKAR PM....SEBAB ISTERI PM SEKARANG NI, ROSMAH MANSOR ADALAH PARASIT DALAM KERAJAAN....SIAP ADA PEJABAT KAT PUTRAJAYA.....!!!!! SEBENARNYA DIALAH....(PM) YG MEMAINKAN PERANAN DALAM MENGHABISKAN PERUNTUKAN KEWANGAN KERAJAAN....!!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan jawatan PTD ni dijumudkan
kerana prestasi semua PTD ni dari gred 41 hinggalah ke KSN begitu teruk sekali.Bukti nyata penggubalan SBPA yg tunggang langgang dan cacamerba

Tanpa Nama berkata...

Macam ni ke kerja PTD? Tu pun ada hati nak menyerap masuk ke Kementerian Pelajaran. Alamat jahanamlah kementerian pelajaran. Harap dikeluarkan sahaja PTD daripada kementerian pelajaran..

kicktoflip berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Macam ni ke kerja PTD? Tu pun ada hati nak menyerap masuk ke Kementerian Pelajaran. Alamat jahanamlah kementerian pelajaran. Harap dikeluarkan sahaja PTD daripada kementerian pelajaran..

SETUJU..get out semua PTD dari kementerian pelajaran.

Tanpa Nama berkata...

Inilah PTD,sebab diaorg rasa hebat sgt..last2 SBPA dibatalkan...malunya...patut PTD ni x payahlah bg keistimewaan sgt...samakan je skim mcm N kan senang...sebab diaorg ni pun bkn pandai sgt pun...bebal n mangkok hayun jugak...

Tanpa Nama berkata...

time Pak Lah 2007 dulu, gred 17 dapat naik 25%.

skrg time najib, naik 13% je.

kata ekonomi makin baik.

maknanya malaysia ni dah nak bankrap.

kenaikan gaji tak sampai rm100.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu.. PA yg tak puas hati tu, letak jwt je la.. daripada asyik membebel je, tk tau bersyukur.. ada hati pulak nk tukar gomen, ntah2 lepas tukar gomen kena buang keja pla..

Lu fikir la sendiri.....

Tanpa Nama berkata...

Mana penahbaikan gred yg ada Sijil Poli tak dibuat...harap2 ada tapi habuk pun tarak...mana JA3-1(27)...Sialan ...saya akan undi Pakatan Rakyat!!!

Tanpa Nama berkata...

Aku dah janji... kalau aku tak dapat separuh dari tuntutan Cuepacs (tuntutan cuepacs Rm1000, separuh that mean Rm500, tapi apa yg aku dapat sekarang RM200) so tak sampai separuh... Aku undi PR... mak bapak adik beradik aku pun undi PR

Barang Naik 50%
Maggie dulu satu bungkus RM3.00 sekarang dah RM4.50

Gaji naik 13%...

ni dah umum dalam surat khabar hari nie dah tentu esok pagi naik lagi harga barang... dah lebih 70% naik harga barang dah..

letak jwtn je la sebelum anda dibuang keja oleh PR..

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH PM
Bajet telah diluluskan kenaikan 7-13 peratus dan terima sahajalah. Jika kenaikkan lebih dari tu IBARAT PA merompak wang rakyat. INGAT.... Pendapatan kerajaan adalah hak PA dan Bukan PA.

Jika masih tidak puas hati, Jeling-jeling lah sijil sendiri dan kepakaran, hijrahlah ke swasta atau GLC. Ada berani?. Bukankah hijrah itu sunnah.
Bravo PM. Cumanya PTD/ JPA mesti dipertanggungjawab atas kekecohan yg tercetus dan merugikan wang kerajaan.

"....and justice for all"
Land End

Tanpa Nama berkata...

J17 berkata...
PEKELILING YG TELAH DIBUAT OLEH JPA TETAP PEKELILING YG DIGUNA PAKAI WALAUPUN SBPA DIMANSUHKAN. JPA MENGIKTIRAFKAN SIJIL KEJURUTERAAN POLITEKNIK ADALAH SETARAF STPM.

J17 UPGRED KE J27

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, terima kasih CUEPACS dan PM dan semua PA, moga-moga SSM akan ditambahbaik lagi dengan mengambilkira merapatkan jurang kemiskinan antara yg berpendapatan rendah dengan yang tinggi... kelihatan semakin tinggi... dan menaikkan lagi gaji minima ke paras yg lebih munasabah agar tidak terlalu jauh dari garis kemiskinan(bawah RM3000)... wassalaam dan selamat sejahtera 1Malaysia...

Tanpa Nama berkata...

Kau makan maggie hari2 ke?

Tanpa Nama berkata...

gaji boss 6000 lebih naik 13% jadi tambah lagi 780.00 , gaji kuli 1300 naik 13% tambah 139.00 .. huh takdak di belanya nasik kuli... takperr ..takper sabaqqq... ada lori ada bas ...

Tanpa Nama berkata...

Bagaimanakah janji Pm kepada semua guru penolong kanan di sekolah...adakah hanya tinggal kenangan...atau cuba mencipta rekod baru....

MAT KEDAH berkata...

Saya ada cuba buat Jadual Gaji Minimum Maksimum. jadual gaji minimum maksimum ssm gred 41

Tanpa Nama berkata...

tak puas hati letak le jawatan...wat pe bising...tak pun g berkhidmat dgn kerajaan negeri yg di perintah oleh pr...mesti dpt lebih gj...tak sedar di untung...

Ezzu Raza berkata...

http://ezzuraza.blogspot.com/2012/03/jadual-gaji-minimum-maksimum-2012.html?m=1

Tanpa Nama berkata...

gaji boss 6000 lebih naik 13% jadi tambah lagi 780.00 , gaji kuli 1300 naik 13% tambah 139.00 .. huh takdak di belanya nasik kuli... takperr ..takper sabaqqq... ada lori ada bas ...

Khamis, Mac 08, 2012 7:15:00 PM
...................................
Betul la plak kuli.Nasib ko org ker..Jom ramai2 sokong pembangkang..Ko org tidak dihargai langsung.Yg kaya tambah kaya.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama,

indah sungguh kenyataan anda, ingat dunia ni bulat.. hr ni awak kat atas kami PA bawahan di bawah..esok lusa hr awak akan smpi jg..

Tanpa Nama berkata...

Tq krn kenaikan gaji... tapi klu mcm sy ni yg dah gaji mati mcm mana plk... adakah tgga kenaikkan gaji sy ditmbh lg atau x...

AWAN NANO berkata...

JANGAN TERPEDAYA DENGAN HELAH LICIK PM, UMNO DAN BN. MEREKA PAKAR TIPU MENIPU...PUTAR SANA PUTAR SINI..DI BERI RM100...AMBIL...DIBERI RM200...AMBIL...DIBERI RM500...AMBIL...PRU-13...UNDILAH PAS...PKR...DAP...PM DAN TPM TIPU DAYA DIDAHULUKAN...MUSLIHAT DIUTAMAKAN...

Tanpa Nama berkata...

kalau pakatan rakyat boleh naikkan gaji 35%
boleh la pangkah diorang...habisla
bn kali nie. hahaha. cmon sume penjawat awam, bersatu....jgn pentingkan diri sendiri sj...

Tanpa Nama berkata...

aku keje kilang, gaji pokok aku rm 900.00 sebulan keje 12 jam !! dan tak dapat elaun2 mcm korang dapat tu...mungkin rezeki aku ni diberkati Allah swt maka cukup anak bini aku mkn.SBPA & SSM bagi aku tidak ada cacat celanya..yg cacatnya yg bising gaji x cukup!! mcm mana nak cukup? gaji kecik tapi BERLAGAK PEGAWAI!! yang mana pegawai tinggi berlagak perdana menteri....ada CUEPACS cek hutang piutang kaki tgn kejaan?? penah cuepacs cek yg gaji 2k kebawah pakai estima?? cuepacs harus sedar pendapatan duit kejaan dari mana?? salam...

Tanpa Nama berkata...

Apa Pon mesti pendidikan dan PDRM diutamakan dlm kenaikan gaji or bajet tiap2 thn..mcm 2 korang mntk ler depa2 ni undi korg,kami bkn penting sangat kn...

Tanpa Nama berkata...

Bukan nak tukar kerajaan....tukar PM jerrr....sape ckp nak undi pembangkang...???!!!! memang bodohlah kalau undi pembangkang terutama DAP & PKR....yg sebenarnya PKR tu jelmaan DAP yg bertujuan nak kaburkan mata orang Melayu.....So TUKAR PM....SEBAB ISTERI PM SEKARANG NI, ROSMAH MANSOR ADALAH PARASIT DALAM KERAJAAN....SIAP ADA PEJABAT KAT PUTRAJAYA.....!!!!! SEBENARNYA DIALAH....(PM) YG MEMAINKAN PERANAN DALAM MENGHABISKAN PERUNTUKAN KEWANGAN KERAJAAN....!!!!
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Cakap tak pakai otak nak tukar PM. Selagi Datok Najib tu Presiden BN dan UMNO.. jadi diala akan jadi Pm kecualila Pembakang menang baru boleh tukar PM.

Tanpa Nama berkata...

Minat dia kaji gaji PA..ker awak pon PA..ni mesti PTD yg x puas ati..hu..hu

Tanpa Nama berkata...

Kalo cikgu x ajar ko dulu mesti ko x jadi PA..kalo polis xder nk blk kg. pon susah..pikir positif..insyaallah rezki Allah ni luas..

elly berkata...

apapun terima kasih Tuhan atas rezeki yang Kau berikan. Tahniah cuepacs yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang. Bagi orang yang suka maki hamun tu, biarkanlah mereka...sebab kita semua dah cukup 'umur' untuk membuat pilihan ; nak keamanan orr huruhara.

Abu Jahal berkata...

Siapa yang ANTI Kerajaan, SILA letak jawatan dalam PENTADBIRAN AWAM. Ada berann??? cehhh... kutuk kerajaan, tapi kerja makan gaji ngan Gomen gak.. nampak beno kerja tak ikhlas... Orang-orang macam ni mencacatkan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

adoiii...

belajo X nak... bila mak suruh belajo rajin2... malas... Takkan nak bagi piyun naik gaji RM6000... makin ramailah budak malas kat Malaysia nie... X sia2 aku perah otak belajar pandai-pandai masa kat U dulu.. Kini alhamdulilah, hasil yang diterima... Agak2 teringin nak gaji beso, suruh anak2 belajo rajin2... Heloooo... berpijaklah di bumi yang nyata!!!