SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Mac 2012

SBPA: NAJIB NAFI TAK BINCANG DENGAN CUEPACS

Sinar Harian
13 Mac 2012



Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama Cuepacs dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

"Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi Cuepacs. Kerajaan juga menerima memorandum daripada Cuepacs dengan tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.

"Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama Cuepacs diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan siri perjumpaan bersama Cuepacs yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs yang ditandatangani pada 28 Dis 2011," katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs.

Sesi soal jawab kemudian bertukar kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengemukakan soalan tambahan mengenai status 36 pegawai dalam Kumpulan Primier yang telah menerima ganjaran gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Januari
lepas.

Menjawab soalan itu, Perdana Menteri berkata: "Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam."

Jawapan itu menyebabkan Mahfuz dan beberapa anggota pembangkang lain termasuk Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) tidak berpuas hati.

Perang mulut dihentikan apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia masuk campur dan menegaskan mana-mana menteri boleh memilih untuk menjawab atau tidak menjawab soalan yang dikemukakan.

Jumaat lepas, sumber JPA memberitahu Bernama jabatan itu dijadual bermesyuarat minggu ini untuk mencari mekanisme yang bersesuaian bagi menyelesaikan isu penjawat awam dan pesara yang sudah memperoleh bayaran gaji dan pencen mengikut SBPA.

Pada 8 Mac, Najib mengumumkan pembatalan SBPA dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik yang menyaksikan penjawat awam menikmati kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus berkuatkuasa 1 Januari tahun ini. - Bernama

253 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 253 daripada 253
Tanpa Nama berkata...

.............transformasi perkhidmatan awam, pinjaman perumahan kerajaan pun kena transformasi, gaji....delivery system jugak.....

Tanpa Nama berkata...

pd pendapat saya kenaikan samarata 13% pd gred 1-54 adalah tidak wajar kerana akan meluaskan lagi jurang antara golongan kaya dan miskin..walhal kos sara hidup(sewa rumah,bahan api,harga makanan dll kos) adalah ditanggung oleh semua golongan...teringat kepada kepimpinan paklah dulu...

Tanpa Nama berkata...

zaman pak lah dulu tak ada lak jd cam ni time umum kenaikan gaji...

Tanpa Nama berkata...

.....barang yang lepas jangan dikenang..........kalau dikenang.......

Tanpa Nama berkata...

pinjaman perumahan dah lama tak berubah....bila nak buat transformasi......asyik 4% jer...lama daaa........

Tanpa Nama berkata...

...next...

Tanpa Nama berkata...

...resah gelisah....

Tanpa Nama berkata...

GENG -GENG PREMIUM DAH SAPU GAJI DARI BULAN JANUARI HINGGA KINI.CEPATNYA.ANDAI KATA P.RAMLE MASIH HIDUP TENTU DIA BUAT FILEM TAJUK 36 EKOR PENYAMUN TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA

Tanpa Nama berkata...

TENTU LAMPIRAN C LEWAT KELUAR.
DAH KENYANG ORANG ATAS.

ORANG BAWAH NASIB KAULA

Tanpa Nama berkata...

...

Tanpa Nama berkata...

slip gaji online bleh check sehari sebelum gaji diterima...
bulan 3 - 22hb terima gaji

Hantu Kopek berkata...

kita mahu orang bertanggungjawab terhadap cubaan mengambil kesempatan mengkayakan diri sendiri dalam Skim SBPA ini bertanggungjawab. we wants heads to roll. kita mahu pegang telinga dia dan pulas. satu ciri SBPA adalah menghukum penjawat awam yang teruk dengan bayaran paling mahal iaitu jawatan beliau.

sekarang mari kita lihat sanggup tak mereka yang teruk dalam menggubal SBPA ini membayar harga yang sama iaitu mereka pulak diberhentikan. let him taste his own medicine. sekarang kita ada 2 kepala boleh pegang iaitu KSN dan KPPA. dua2 ini kalau mereka masih ada anugerah rasa malu yang diberi pada tuhan pada setiap manusia maka patutlah ambil tanggungjawab dan resign on the spot.

mereka mengkhianati saudara mereka dalam PA, mereka makan daging saudara mereka yang sedia miskin supaya mereka dapat jadi lebih kaya. kalau kita tidak menghukum mereka, apa jaminan yang mereka tidak akan cuba benda yang sama di masa akan datang? singkirkan pengkhianat!

Tanpa Nama berkata...

Seburuk-buruk Pak Lah dulu, tak de lah kalut macam ni!!

Tanpa Nama berkata...

HAI LU ORG NI CAYA SGT NGAN KENAIKKAN GAJI NI....DAH BANYAK KALI TERKENA PUN LEH CAYA LAGI....XDE NYA JGN HARAP LAH SEMUANYA WAYANG PRU 13 SAJA...

Tanpa Nama berkata...

GENG -GENG PREMIUM DAH SAPU GAJI DARI BULAN JANUARI HINGGA KINI.CEPATNYA.ANDAI KATA P.RAMLE MASIH HIDUP TENTU DIA BUAT FILEM TAJUK 36 EKOR PENYAMUN TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA
===========================================================

mmg power dan betul kata anda...nasib baik P ramle dah tak de, kalau tak jd filem box office

Tanpa Nama berkata...

ces

Tanpa Nama berkata...

ADALAH BONGOK KAKI-KAKI PEMBANGKANG KAT BLOG NI NAK KATA GOMEN TAK ADA DUIT ITU INI MAKA DIMANSUHKAN SBPA..

PADAHAL BEBAN KEWANGAN KERAJAAN BERTAMBAH DENGAN GAJI BARU SUSULAN PEMBATALAN SBPA SEBAB KAKITANGAN KUMPULAN PELAKSANA SANGAT RAMAI!

DAH LA TATABAHASA KELAUT, PERBENDAHARAAN KATA KE LOMBONG, TAK FAHAM AKU MACAM MANA LA HANGPA BOLEH DILANTIK KE PERKHIDMATAN AWAM. LANTIKAN NEGERI KELANTAN KE? RASUAH KE?

BODOH-BODOH PUN BLEH JADI KAKITANGAN AWAM KE? PENCEN AWAL TANAM SAWIT LA BONGOK! BANYAK BUNYI.. LHDN PUN TAK PERNAH MASUK, SEBOK PASAL DUIT CUKAI KAMI APASAL.. HENTAM GOMEN PASAL DUIT TAPI DESAK GOMEN SURUH KASI DUIT..

MACAM BODOH KORANG NI
___________________________________

mamat kat atas ni mesti rakyat selangokk niii...KALAH BOLA PIALA FA TAKLE G SUKU AKHIR...WAAARRGGHHHHKAHKAHKAHKAHHHAHAHAHAHAHAHAHAAAAAAA

Tanpa Nama berkata...

INI KAH PENJAWAT AWAM 1.4 JUTA DI MALAYSIA?.....VERY DISAPOINTED...BERHUJAH MENGALAHKAN BUDAK TADIKA...SANGGUP TIKAM SATU SAMA LAIN? INIKAH DIKATAKAN BANGSA MELAYU?...TIADA BUDI PEKERTI, MEMAKI HAMUN SATU SAMA LAIN....MELIHAT DAN MENGUNGKIT KELEBIHAN ORANG LAIN...SEDANGKAN DIRI SENDIRI JAUH KETINGGALAN...YA ALLAH.....KAU MAAFKANLAH SAUDARA2 KU YANG BERGELAR ISLAM INI...

Tanpa Nama berkata...

sbpa arwah

Tanpa Nama berkata...

...tak ingat mati ke?udah udah le makan duit rakyat.tu pun jangannn nak sokong u... juga.semua yang berlaku dari spba sampai sekarang adalah lakonan dan wayang sahaja.jagn bagi tau orang k...sebenarnya goverment dah bankrup...tak ada duit.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

INI KAH PENJAWAT AWAM 1.4 JUTA DI MALAYSIA?.....VERY DISAPOINTED...BERHUJAH MENGALAHKAN BUDAK TADIKA.

----------------------------------
aku disappointed kau nak eja disappointed tapi tak reti. lagi satu aku disappointed kau pakai huruf besar. macam jakun baru kenal internet saja.

Tanpa Nama berkata...

Kompom gaji SSM baru masuk pada April 2012. Jabatan Akauntan Negara belum terima sebarang surat dan pekeliling daripada pihak JPA. Wahai JPA, percepatkanlah proses dan penghantaran pekeliling baru kepada JAN, Kasihanilah semua penjawat Awam yang sedang berharap adanya cahaya Nur daripada SSM baru ini.

Tanpa Nama berkata...

SSM lama gaji di P3 dan seorang lagi gaji P1.. bila kup macamana nak letak gaji P3 tu tadi ? Penambahbaikan SSM ada ambil kira ke hal tu? Bertahun ambil periksa PTK nak dapat P3 ne..sila jawab...

Tanpa Nama berkata...

Ramai di kalangan Penjawat Awam akan di muflis atau dibankrapkan kerana masalah kesempitan wang dan akibat kos sara hidup dan harga barangan yg semakin membelenggu kini.

Tanpa Nama berkata...

PA ni typical melayu laa....
xpuas ati sikit ckp org tu bodo bangang.....
xreti sabar ke??
sabar je laa....
mahathir yg xpernah semak gaji PA punyalaa mkn bertahun2... PA xde bising pun.... apadaaaa!

Tanpa Nama berkata...

ssm sbpa

Tanpa Nama berkata...

nafi...

Tanpa Nama berkata...

pundit

Tanpa Nama berkata...

anjakan gaji aku bro., jangan lupa. nak lulus exam PTK Aras 4 ini bukan senang bro.,
tolong bro., anjakan gaji sblm gaji baru SSM . Tolooooonnngggggg.

Tanpa Nama berkata...

korang ni...MATA DUITAN betul la....aku congak2 98% komen semua pasal gaji...

Tanpa Nama berkata...

....

BEN10 berkata...

Saya rasa buat ape le Kerajaan nak memeningkan kepala dgn 7-13, 80-320dan minima-maksima.
Silap-silap akan serabut dan timbulkan tak puas hati aje ni nanti...tambah min-mak tu, lain mcm je kekdahnye tu hehe (takut haru biru mcm sebaris jugak nanti).
Baik le buat mcm Pak Lah dulu...so naikkan aje la 13% tu,,,tak payah le ada pulak kekeliruan pada 80-320dan min-mak tu.
Org pun tak gelisah dah sbb dah buleh kira naik 13% pada gaji sediada.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa PM dan Presiden Cuepecs suka sangat mengumumkan sesuatu yag tidak pasti? Adaka YB ni dah resamnya adalah org yg suka berjanji? suka berbohong dan suka berlakon? Ini lah hobi diaorang. Penjawat awam ni boleh diibaratkan sbg ayam yg tggu tuan hamburkan dedak.

Tanpa Nama berkata...

Ramai di kalangan Penjawat Awam akan di muflis atau dibankrapkan kerana masalah kesempitan wang dan akibat kos sara hidup dan harga barangan yg semakin membelenggu kini.
Rabu, Mac 14, 2012 4:02:00 PM
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Salam semua

Teringat pesanan Pak Cik Gongjeng kalau beli baju biarlah ukur dengan badan. Memang penuh hikmah dan hakikatnya itu kewajarannya.

Tetapi biasalah Pak Cik orang tua kata jika muda hatinya masih muda dan kemahuan mengatasi keperluan. Benar kata Pak Cik berapa sangat gaji PA nie cuma cukup makan dan pakai aje. Benarlah eperti lagu Kak Ton Menadah Impian.

Orang Muda impian tinggi mau kereta ...... cukai jalan saja RM 837.00 setahun, Insuran RM 4k++ , ansuran RM 2K tak masuk lagi ansuran rumah . Hakikat kebenarannya duit gaji bulanan langsai kat itu aje. Nasib baik ada harta Ismet Ulam Raja dan nafas boleh lega dan masih boleh bergaya.

Tapi aku masih tak kisah. Tinggal utara Alhamdulillah semuanya masih boleh bergaya. Nasiblah PM baik hati tambah 13% lagi.....

Bak kata sekadar darjah 6 mahu bergaya malu kat mengaku ijazah.. apapun kata kuncinya cayon...cayon.
kalau cam tu cam na nak tinggal Kat kutub selatan. Tambah RM 1K pun aku tak layan.

DON'T TRUT TOO MUCH
DON'T LOVE TOO MUCH
DON'T HOPE TOO MUCH
BECAUSE THAT TOO MUCH
CAN HURT YOU SO MUCH

Aku pun tak tahu maknanya maklumlah ekadar darjah 6 jadi pakai tulis sajalah dan untuk maknanya tanyalah berijazah......

Apapun saya sokong DS Najib.
Apapun biarlah PRU12 mengajar erti pengajaran kesilapan pembelajaran DAP, PAS, PKR.

From BP

Tanpa Nama berkata...

KAKITANGAN LHDN NAIK GAJI 20%,KAKITANGAN AWAM NAIK 13%,INI TIDAK ADIL,BONUS LHDN 5 BULAN GAJI,KAKITANGAN AWAM YANG LAIN 1 BULAN,APA DAH JADI.

Tanpa Nama berkata...

pandir

Tanpa Nama berkata...

wa cayo PM.
Hidup PM.

Tanpa Nama berkata...

pd pendapat saya kenaikan samarata 13% pd gred 1-54 adalah tidak wajar kerana akan meluaskan lagi jurang antara golongan kaya dan miskin..walhal kos sara hidup(sewa rumah,bahan api,harga makanan dll kos) adalah ditanggung oleh semua golongan...teringat kepada kepimpinan paklah dulu...

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

BUKAN setakat jurang gaji JUGA jurang sijil semakin JAUH. Patutnya yg Professor ada PhD tu dibayar RM100 jer lebih dari yg ada SPM....

Tanpa Nama berkata...

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


Pengarah
b.p : YAB Najib bin Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia

-kakakakakakkakakakkakakakkaka kana la kamu kakakakakakakkakakakaka..tukar saja Kerjaaan PRU 13 ni..kalau tak suka tkr balik..5 tahun saja tuuuuu

-kakakkakakakakka PTD (Pegawai Tidur Duduk) kakakakakakakakakaka sy ada 1 girpirin PTD cantik..slalu tdr sama2..(tau2 la) kakakakakkakaka..tapi syhhtttt ( dia tu bangang mcm JOE BERANGANG juga) kekekekekkekeke

-lagi2blm habis..sy pun dalam masa yang sama da gipirin CIKGU ni..ermm boleh tahan juga potongan..(jadual sy dgn dia ni tiap JUmaat till Sunday ) bestnya kekekekkekekek..sytttt dia ada bagitau sama sy..memang la CIKGU ni gaji tinggi tapi kdg2 otak kami ni tdk boleh pakai...

-kakakakakakakkakakakakak...sioknya

Tanpa Nama berkata...

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


Pengarah
b.p : YAB Najib bin Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia

-kakakakakakkakakakkakakakkaka kana la kamu kakakakakakakkakakakaka..tukar saja Kerjaaan PRU 13 ni..kalau tak suka tkr balik..5 tahun saja tuuuuu

-kakakkakakakakka PTD (Pegawai Tidur Duduk) kakakakakakakakakaka sy ada 1 girpirin PTD cantik..slalu tdr sama2..(tau2 la) kakakakakkakaka..tapi syhhtttt ( dia tu bangang mcm JOE BERANGANG juga) kekekekekkekeke

-lagi2blm habis..sy pun dalam masa yang sama da gipirin CIKGU ni..ermm boleh tahan juga potongan..(jadual sy dgn dia ni tiap JUmaat till Sunday ) bestnya kekekekkekekek..sytttt dia ada bagitau sama sy..memang la CIKGU ni gaji tinggi tapi kdg2 otak kami ni tdk boleh pakai...

-kakakakakakakkakakakakak...sioknya

Tanpa Nama berkata...

**

Tanpa Nama berkata...

penantian itu satu penyiksaan

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIA BOLEH!

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan PAS sama dengan perjuangan Khawarij kata Ustaz Al Mubtasim
Seandainya ada orang berkata bahawa perbalahan antara UMNO dengan PAS di Malaysia hari ini adalah krisis politik kepartian semata-mata, kata-kata yang berkenaan adalah amat tidak benar.

Ustaz Al Mubtasim
Imej PAS sekarang telah berubah warna daripada sebuah parti politik kepada sebuah parti lembaga agama. Senario pemimpin mereka dilambangkan sebagai ulama dan dislogankan sebagai pewaris Nabi. Mereka ditanamkan kepercayaan kononnya ulama mereka tidak akan melakukan kesilapan dan kenyataan politik mereka adalah fatwa yang tidak boleh disangkal. Kemudian disifatkan sebagai rabbani pula.

Memang benar bahawa pada permulaan penubuhannya pada tahun 1951 dahulu adalah sebagai sebuah parti politik. Penjajah British memberi keizinan penubuhannya pada tahun itu adalah untuk menyemarakkan krisis di kalangan orang Melayu yang sedang berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Mereka mengharapkan krisis tersebut akan mengagalkan usaha Melayu memperoleh kemerdekaan.

Penjajah British bercadang untuk memperalatkan golongan minoriti ini bagi maksud untuk menghalang usaha-usaha murni UMNO itu. Mereka mempermudahkan pendaftaran PAS. Mereka mengharapkan Tuan Haji Fuad yang kalah pertandingan merebut jawatan Yang Dipertua UMNO kepada Tunku Abdul Rahman Putra dalam Persidangan Agung UMNO di Kuala Lumpur pada 25 Ogos 1951 boleh dipergunakan bagi maksud meneruskan agenda kepenjajahan selepas merdeka.

Tetapi usaha jahat itu tidak berhasil. Pilihan raya umum pertama pada bulan Julai 1955 memberi kemenangan besar kepada UMNO di bawah lambang Perikatan. PAS hanya memenangi satu kerusi sahaja daripada semua kawasan Parlimen sebanyak 52 kerusi.

Kekalahan PAS yang berterusan dalam semua pilihan raya umum selepas itu mendorong mereka mengambil satu sikap berani dan nekad mengagamakan parti mereka secara total, sama dengan tindakan yang pernah diambil oleh Khawarij dan Syiah kira-kira 1400 tahun dahulu.

Kesannya sebilangan besar ahli dan penyokong PAS merasakan PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Menyokong PAS bererti menyokong Islam dan balasannya syurga. Sesiapa mengkritik PAS akan dihukum Allah di akhirat kelak atau diturunkan bala di dunia ini.

Kelahiran Khawarij dan Syiah mempunyai faktor-faktor pendorong yang sama dengan kelahiran PAS, iaitu pada asalnya adalah bersifat politik. Tetapi perjuangan yang begitu lama yang mereka tempuhi dengan kekalahan dan penderitaan semata-mata, akhirnya mereka mengagamakan golongan mereka dan mencipta doktrin-doktrin dan mazhab agama sendiri yang berasingan daripada jemaah ummah.


Latar belakang Khawarij ialah adanya pertikaian politik antara Khalifah Ali dengan Muawiyah bin Abu Sufian. Muawiyah pada waktu itu sebagai ketua pentadbir Islam di Syam (Syria) tidak dapat menerima pelantikan Saidina Ali sebagai khalifah pengganti Khalifah Uthman. Masing-masing mengerahkan tentera untuk menggempur antara satu sama lain.

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya kedua-dua pasukan sesama Islam itu bertempur di Saffin. Muawiyah menang di atas kesilapan Ali yang menerima seruan damai, sedangkan seruan tersebut adalah helah politik semata-mata.

Kelahiran Syiah pula mempunyai pelbagai pendapat tentang latar belakangnya. Ada yang berkata kelahirannya setelah wafat Nabi, iaitu ketika perebutan kuasa di antara Muhajirin dengan Ansar di balai Saqifah Bani Saidah.

Ada pendapat yang menganggap Syiah lahir pada masa akhir kekhalifahan Uthman bin Affan atau pada awal pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib. Pada masa itu terjadi pemberontakan terhadap Khalifah Uthman yang berakhir dengan pembunuhannya.

Pendapat yang popular ialah bahawa Syiah lahir setelah gagal perundingan Khalifah Ali dengan pemberontak Muawiyah. Pengikut-pengikut Khalifah Ali berpecah. Tetapi sebahagian besarnya tetap setia. Golongan yang setia inilah yang dikenali kemudiannya sebagai Syiah.

Walau apapun latar belakang kelahiran mereka, puncanya adalah politik rebut kuasa sehingga kepada peringkat bunuh membunuh sesama sendiri. Golongan yang kalah menukarkan tujuan asal penubuhan jemaahnya daripada maksud politik kepada imej agama yang tersendiri dengan aliran teologi yang berbeza.

Mungkin di sinilah aspek persamaan antara PAS dengan Khawarij dan Syiah. Lahir di atas dorongan kecewa dan marah. Bergerak dalam jemaah sebagai lembaga politik untuk merebut kuasa, tetapi tidak berjaya dan gagal. Akhirnya membentuk institusi agama baru dengan aliran teologi dan mazhab fekah tersendiri.

Fatwa mengharuskan bersahabat dengan syaitan, tuduhan Tuhan mencarut dan Tuhan samseng adalah antara doktrin PAS bersifat agama, tetapi bertujuan politik, iaitu mempengaruhi dan menguasai fikiran dan sikap orang ramai untuk mendapat kuasa. Bertolak daripada fatwa seumpama inilah menyebabkan politik Melayu menunjukkan perpecahan yang ketara di kalangan mereka.

PAS juga terpengaruh dengan doktrin Khawarij yang tersohor, iaitu Khalifah hanya wajib ditaati apabila ia bersikap adil dan menjalankan syariat Islam. Jika menyeleweng maka mesti dibunuh. Pembunuhnya syahid dan mendapat syurga.

PAS menyemarakkan permusuhan terhadap UMNO secara fanatik dan asabi seperti permusuhan Khawarij dan Syiah terhadap kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah. Mereka mengukuhkan permusuhan itu dengan menggunakan agama dan memperalatkan nama Allah tanpa mengambil kira kepentingan umum dan keselamatan negara.

Sepanjang waktu, Pas tidak pernah memberi sokongan atau ucapan terima kasih kepada semua perkara yang dilaksana dan disempurnakan oleh UMNO melainkan ketika mereka berada dalam BN dahulu sahaja.

Ketika Tunku Abdul Rahman Putra mewujudkan gagasan Malaysia pada tahun 1963, PAS menentang keras sehingga ke peringkat membawa perkara ini ke mahkamah. Apabila berlaku konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia, PAS tidak pernah menyatakan sokongan mereka kepada Malaysia dan tidak pernah mengutuk Sukarno atas tindakannya yang tidak bermoral itu. - Perak Today

Tulisan oleh : Ustaz Al Mubtasim @ Ustaz Noor Aminuddin bin Mohamed Noor, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam) Unit IT & Komunikasi Pusat Islam (Islamic Centre)

Tanpa Nama berkata...

sabor2. Tak kan lari gunung dikejar, tapi yang lari ... ... ...

Tanpa Nama berkata...

SEMUANYA BERPUNCA DRP SBPA.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin kalau tak sempat, gaji baru hanya akan released after PRU-13.

Tanpa Nama berkata...

Dah lama daaaa......http://www.kkr.gov.my/ms/node/3679

Tanpa Nama berkata...

....

Tanpa Nama berkata...

gaji oh gaji di mana engkau gaji?

Tanpa Nama berkata...

next

Tanpa Nama berkata...

13 kali bincang..tapi bukan bincang isu pembuatan sifir gaji.

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 253 daripada 253   Terbaru› Baru»