Berita Harian
Oleh Abdul Halim Yusoff dan Hanneeyzah Bariah Baharin
2012/03/02
KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka disiapkan awal April, tempoh ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan jawatankuasa semakan semula yang diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam sudah mencapai banyak kemajuan untuk memastikan proses semakan semula itu disiapkan pada tarikh ditetapkan. Saya dimaklumkan Perdana Menteri sudah menetapkan tempoh hingga awal April. Apa pun tunggulah kerana saya percaya apabila tiba masa sesuai, Perdana Menteri akan mengumumkan bentuk dan format bagaimana skim itu hendak dilaksanakan,” katanya selepas perjumpaan khas dengan penjawat awam negeri dan Persekutuan sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu, semalam. Terdahulu ketika berdialog dengan penjawat awam, Muhyiddin berkata, semakan semula SBPA diharap memuaskan hati semua penjawat awam kerana membabitkan arahan serta campur tangan terus daripada Perdana Menteri.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin keluhan penjawat awam dengan menangguhkan skim itu dan melantik panel kajian semula dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk CUEPACS.
Muhyiddin berkata, kerajaan BN yang mentadbir negara ini sentiasa membela penjawat awam kerana peranan mereka penting untuk menterjemahkan dasar dan aspirasi yang dirumus kerajaan bagi membela rakyat.
“Kerajaan BN akan pertahankan kakitangan awam. Jika kerajaan beralih tangan, Nauzubillah. Justeru, saya harap penjawat awam dan keluarga mereka termasuk di Terengganu untuk terus bersama kita,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang penjawat awam mengenai nasib kakitangan kerajaan jika pentadbiran negara beralih kepada parti lain.
Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan BN membela kakitangan awam dan menyemarak pembangunan negara jelas menerusi pelbagai dasar sedia ada, sedangkan pembangkang tampil dengan Buku Jingga dengan pakar ekonomi berpendapat akan menyebabkan negara bankrap dalam tempoh dua tahun selepas pelaksanaan.
Buku Jingga turut menggariskan usaha pembangkang untuk mengurangkan penjawat awam dengan mengatakan Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah tenaga kerja, antara tertinggi di dunia.
Muhyiddin berkata, penjawat awam perlu lebih responsif melaksanakan agenda dan aspirasi kerajaan dengan turut sama berdamping atau turun padang bertemu rakyat bagi mendapatkan maklum balas rakyat berhubung sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan.
Sementara itu, mengulas kemungkinan kerajaan menamatkan pengambilan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM, Muhyiddin berkata, belum ada keputusan dibuat setakat ini.
Muhyiddin berkata, kerajaan juga sudah membuat lantikan Pengarah Pelajaran Terengganu yang kosong sejak tiga bulan lalu dan pengumuman dibuat dalam tempoh terdekat.
20 ulasan:
jangan rumah berbunyi pahat, tukul, .. apa kona eejang !!
“Kerajaan BN akan pertahankan kakitangan awam. Jika kerajaan beralih tangan, Nauzubillah. Justeru, saya harap penjawat awam dan keluarga mereka termasuk di Terengganu untuk terus bersama kita,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang penjawat awam mengenai nasib kakitangan kerajaan jika pentadbiran negara beralih kepada parti lain.
~~~gentar jugak BN kalau PA & family pakat2 pangkah ke lain PRU13 nnt...ada kuasa jugak PA2 nih ek?..
KAN DAH KENA.....
CUEPACS DAH KENA MAIN...
TIMBALAN PERDANA MENTERI KATA BLA...BLA... BLA....
PERDANA MENTERI KATA
ABC....ABC...ABC
MANTAN PERDANA MENTERI KATA
123....123....123
KAN DAH KENA MAIN TUUUUU.
Semoga ALLAH jua memberi pengajaran dan pembalasan kepada mereka yang menganiayai kami PENJAWAT AWAM.... AMIIIIIN.
Dah beri pendapat macam-macam kat CUEPACS....tapi CUEPACS buat selamba jeeer.
CUEPACS DAH TAU JAWAPAN PERDANA MENTERI KOT. SAJA RAHSIA DARI KAMI SEMUA PENJAWAT AWAM KOOOOOT.
Semoga ALLAH jua memberi pengajaran dan pembalasan kepada mereka yang menganiayai kami PENJAWAT AWAM.... AMIIIIIN.
Kepada MU jua Ya ALLAH tempat kami mengadu, kepada MU jua Ya ALLAH tempat kami dikembalikan..... AMIIIIIN.
APA KE JADAH NYE NIE...MANA SATU YANG BETUI...MANA SATU NAK PAKAI...ATAU PM...OMAR...TPM MEMANG TAK BOLEH PAKAI..TPM KATA APRIL....TAPI OMAR KATA PM NAK UMUM SESUATU 8 MAC NANTI...NAK UMUM APA KE JADAHNYA KALAU SEMAKAN PUN BELUM SELESAI...YEYEYEYEEEEE....NAMPAK MACAM ADA ORANG DAH KENA TIPU...KENA KENCING...
KAN DAH KENA.....
CUEPACS DAH KENA MAIN...
TIMBALAN PERDANA MENTERI KATA BLA...BLA... BLA....
PERDANA MENTERI KATA
ABC....ABC...ABC
MANTAN PERDANA MENTERI KATA
123....123....123
KAN DAH KENA MAIN TUUUUU.
Semoga ALLAH jua memberi pengajaran dan pembalasan kepada mereka yang menganiayai kami PENJAWAT AWAM.... AMIIIIIN.
Dah beri pendapat macam-macam kat CUEPACS....tapi CUEPACS buat selamba jeeer.
CUEPACS DAH TAU JAWAPAN PERDANA MENTERI KOT. SAJA RAHSIA DARI KAMI SEMUA PENJAWAT AWAM KOOOOOT.
Semoga ALLAH jua memberi pengajaran dan pembalasan kepada mereka yang menganiayai kami PENJAWAT AWAM.... AMIIIIIN.
Kepada MU jua Ya ALLAH tempat kami mengadu, kepada MU jua Ya ALLAH tempat kami dikembalikan..... AMIIIIIN
makin tiba hari penentuan....makin bnyk alasan yg diberi..ekonomi la..
...bla...bla....bla...50% dah dpt agak dah apa yg diusulkan oleh cuepacs x kan mjadi...tngoklah nanti....kalau mcm tu tunggu je lah 50% undian utk pembangkang....simpan jer lah duit2 tu utk gaji yg bpgkat tinggi jer....apa lah sngt kami yg bpgkat rendah ni....
SAMA ADA AKU DAN BEBERAPA GENG AKU PANGKAH SIAPA DLM PILIHANRAYA 13 NANTI BERGANTUNG KEPADA KEPUTUSAN SBPA YANG BAKAL DIUMUM PM.
Gaji pegawai lebih tinggi timbul perasaan tidak puas hati kakitangan awam
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
January 19, 2012
KUALA LUMPUR, 19 Jan – Satu cadangan kenaikan gaji yang lebih tinggi dicadangkan untuk pegawai tertinggi kerajaan di bawah Skim Persaraan Baru Kakitangan Awam (SBPA) telah menimbulkan perasaan tidak puas hati 1.4 juta kakitangan awam-kunci utama untuk kemenangan Barisan Nasional (BN).
Di bawah skim baru berkenaan, pegawai atasan kerajaan akan dibayar sebanyak RM80,000 sebulan berbanding kakitangan awam hanya menerima kenaikan RM1.70 sebulan dan telah membangkitkan kemarahan beberapa kesatuan sekerja dan juga pembangkang.
Kemarahan mereka telah membawa kepada pilihan raya akan datang dijangka dalam tahun ini dan menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyemak semula skim berkenaan selepas protes yang dilakukan Kongres Kesatuan Sekerja untuk kakitangan awam(Ceupacs). Difahamkan, skim berkenaan dibuat tanpa melibatkan penglibatan Ceupacs.
The Malaysian Insider difahamkan, di bawah skim SBPA, 36 pegawai atasan kakitangan awam akan memperoleh RM36,000 sebulan. Ketua Hakim akan memperoleh RM80,000 dan Ketua Setiausaha Negara akan mendapat RM60,000 sebulan.
Timbalan Presiden Ceupacs I, Azih Muda mengesahkan maklumat berkenaan dan maklumat lanjut berada dalam tangan kerajaan.
"Ya, ya, memang begitu, sama seperti di dalam kalangan pusingan terbabit... gaji pokok untuk mereka yang berada di perkhidmatan utama adalah RM36,000," katanya.
Tapi Azih enggan untuk mengulas lanjut berkenaan perkara itu, dan menegaskan kerajaan telah pun mengumumkan kumpulan bertindak untuk mengkaji SBPA.
Jumaat lepas, kerajaan mengumumkan satu kumpulan khas untuk menyemak semula SBPA bermula sekarang hingga 16 April, diketuai oleh bekas pengarah kakitangan awam Tan Sri Ismail Adam, dan akan memasukkan wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Ketua Hakim Negara, dan Kementerian Kewangan termasuk Ceupacs.
"Saya lebih selesa untuk tidak mahu mengulas perkara itu, kerajaan sudah membentuk jawatankuasa kerja bagi menyemak semula perkara itu, dan pelaksanaannya telah ditangguhkan, jadi saya percaya kerajaan akan menyelesaikan perkara itu," jelas Azih.
Namun begitu, beliau mengesahkan jawatankuasa kerja berkenaan akan menyemak secara spesifik bayaran terhadap servis utama.
"Mereka akan menyemak semuanya," katanya sebelum memutuskan panggilan.
Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menangguhkan skim terbabit berikutan pertubuhan itu tidak diajak berunding berkenaan perkara itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan perbezaan pendapatan antara kakitangan awam di peringkat tertinggi sehingga lima angka, sementara kakitangan bawahan hanya memperoleh jumlah yang jauh lebih kecil.
Pakatan Rakyat turut menuduh Putrajaya "menyalahgunakan" skim berkenaan, dan mengkritik skim tersebut.
"Beritahu saya jumlah tersebut, saya tahu mereka di perkhidmatan utama memperoleh antara RM36,000-RM60,000.
"Adakah adil sekiranya KSN (Ketua Setiausaha Negara) mendapat RM60,000 sebulan, sedangkan kerani hanya memperoleh kurang RM100 kenaikan gaji," jelas Mahfuz apabila ditanya pendapatnya berhubung perkara itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata PAS akan terus menuntut kerajaan menyemak semula skim berkenaan supaya kenaikan yang "adil" terhadap kakitangan awam.
"Segala-galanya harus disemak semula... ia seharusnya diperbaiki supaya kumpulan sokongan memperoleh pendapatan yang lebih berpatutan.
"Selain itu, pembayaran anggota tentera juga perlu disemak, mereka tiada kesatuan," katanya.
Belanjawan 2012 telah menetapkan sejumlah RM64.1 billion bagi gaji dan pencen kakitangan awam, 28 persen daripada keseluruhan belanjawan, peningkatan daripada RM36.9 billion lima tahun lalu.
Assalamualaikum
Buat apa Tan Sri, Puan Sri, Dato Sri, Dato, Datin, Tuan dan Puan bergaduh. Tunggu dan ambil sajalah PM umum nanti. Tak ada gunanya bergaduh. Kalau ada kenaikan itu bertambah rezeki dan yang bujang telajak tu kahwin, yang ada kereta kita tukar ambil baik lagi, yang dok mengaji darjah 6 tu sambung lagi.
Tapi rasanya dah cukup kot, bersyukurlah setakat yang ada tetapi cuma kita tambah dengan cara lain. Dunia nie luas lagi dan rezeki Tuhan umpama titisan air hujan turun dari langit dan terpulanglah kepada kita untuk mendapatkannya. Rezeki tak akan datang sendiri jika tak mencarinya dan berusaha.
Tetapi ingatlah.....
"SESUNGGUHNYA BERBAHAGIALAH SESIAPA YANG MEMBERSIHKAN JIWANYA DAN SESUNGGUHNYA MERUGILAH ORANG MENGOTORINYA"
(As Sham 9-10)
Salam sahabat KKB, TRB, Cik Sonah, Pak Cik Gongjeng yang kaya raya dan semua sahabat dan tak lupa Lokman Ibrahim dgn kata hikmahnya BP Bujang Telajak (Apapun Terima Kasih Tuan- jasa Tuan Dikenang)
Flower
Nak naik sama ngan 27ker 17......kalau nak pegi blaja laaaaaa.... Jgn merungut jer nak naik gaji banyak.... Org penat penat perah otak.. Korang sesedap jer nak gaji mcm diploma.... Piraaaa mabo
Assalamualaikum
GAJI MINIMUN akan diperkenalkan oleh kerajaan dan akan diumumkan oleh PM nanti. Satu kepastian dan bukan menaka dalam kesamaran.
Untuk imbangi kehendak semasa dan pasaran terkini dan terpulang kepada semua untuk tingkat produktivitinya.
Jangan bertengkar tetapi bersyukurlah seadanya. Siapa nak tambah pendapatan mai jumpa saya jadi kuli motong getah.... banyak kawan saya pakai BMW, Toyota Hilux, VIOS hasil motong getah.
Cuma saya yang masih x tak cukup jam nak motong getah.
Flower
Assalamualaikum
GAJI MINIMUN akan diperkenalkan oleh kerajaan dan akan diumumkan oleh PM nanti. Satu kepastian dan bukan menaka dalam kesamaran.
Untuk imbangi kehendak semasa dan pasaran terkini dan terpulang kepada semua untuk tingkat produktivitinya.
Jangan bertengkar tetapi bersyukurlah seadanya. Siapa nak tambah pendapatan mai jumpa saya jadi kuli motong getah.... banyak kawan saya pakai BMW, Toyota Hilux, VIOS hasil motong getah.
Cuma saya yang masih x tak cukup jam nak motong getah.
Flower
ampaknya keputusan semakan SBPA masih belum diketahui lagi seperti yang dijanjikan oleh Cuepacs sebelum ini. Mungkin ini ada kaitannya dengan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan oleh Cuepacs semalam sehingga membuatkan pasukan petugas SBPA berfikir dua tiga kali untuk menilainya….
Cadangan gaji SBPA baru yang dibentangkan oleh Cuepacs (Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) ini lebih terarah kepada gred 1 – 54. Berbanding kumpulan premier dan jusa yang sudah pun “berjaya” menikmati gaji SBPA sekitar RM60,000, RM45,000, RM30,000 sebulan. Mereka dah dapat dah pun. Ini contohnya :
Premier 1 : gaji RM60,000 sebulan tanpa elaun
Premier 2 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
Premier 3 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
Premier 4 : gaji RM35,000 sebulan tanpa elaun
JUSA C : Kenaikan melebihi RM5,000
Cadangan gaji SBPA yang dituntut oleh Cuepacs ini agak memeranjatkan kami juga sebenarnya.
Antara Tuntutan & Cadangan Gaji SBPA Yang Dikemukakan Ialah :
Memberi kenaikan gaji di antara RM700 hingga RM2,500 melibatkan kakitangan awam Gred 1 hingga Gred 54.
Kenaikan gaji tersebut yang dituntut Cuepacs ini mesti dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM)
Selepas kenaikan gaji tersebut berjaya dilaksanakan barulah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dibuat penambaikan
Kakitangan awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
Contohnya kakitangan awam yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500
Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji setimpal dengan usaha mereka selama ini.
Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Kenaikan Gaji
Gred 1 – 16 : Kenaikan gaji sebanyak RM700
Gred 17 – Gred 26 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,000
Gred 27 – Gred 40 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,500
Gred 41 – Gred 48 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,800
Gred 52 – Gred 54 : Kenaikan gaji sebanyak RM2,500
Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Contoh Pengiraan
Gaji kakitangan awam gred 17 semasa dalam SSM : RM820
Selepas kenaikan gaji sebanyak RM1,000 : RM1800
Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Pilihan Yang Diberikan Oleh Cuepacs :
Pertama : Cuepacs rasa cadangan gaji SBPA yang dibuat mereka ini munasabah selari dengan hasrat kerajaan yang dikatakan mahu merapatkan jurang pendapatan yang besar antara pegawai rendah dengan atasan.
Kedua : Jika pasukan petugas SBPA merasakan ia akan melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs minta kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan
Ketiga : Kalau itu pun tak boleh juga, Cuepacs minta apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru
P/S : Tuntutan Cuepacs telah pun dibuat. Nantikan tindakan selanjutnya oleh pihak kerajaan selepas ini. Apa pandangan anda dengan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan Cuepacs ini?
Assalamulaikum
Musim perkahwinan akan muncul dan selamat berkahwin bagi sahabat yang nak tamat alam bujang.
Hati senangnya pengatin baru
Duduk bersanding bersenda gurau
Bagai raja dan permaisuri
Tersenyum simpul bagaikan bidadari
Tinggalkan masa remaja mu
Dan peganglah amanah Tuhan Mu
Menuju hidup bahagia
Ke arah rukun aman damai sentosa
Lupakan hal SBPA cuma tunggu 2 hari itu kepastian. Hilangkan sengketa hulur tangan tanda persahabatan ikatan tali persaudaraan.
Flower
Salam semua
Mengapa harus ada sengketa dan bersikap double standard. Amat malanglah kaum kerabat kita mengadai nyawa menuntut kemerdekaan untuk kesenangan dan keharmonian anak cucunya tetapi sebaliknya anak cucunya bersengketa antara satu sama lain tamakkan harta peninggalannya.
Mengapa harus bersengketa, biar bahagi sama adilnya. Biarlah kami adik2 mengalah dan abang2 nak banyak ambillah janji kita sama-sama dapat merasai aman damai dan rukun harmoninya.
Apapun aku masih tak kisah. Kalau PM bagi aku ambil dan kalau tak bagi aku bersyukur dan berterima kasih sebab saham menjadi dan rezeki dah bertambah. Maka zakat pendapatan makin bertambah dan insyallah bulan puasa nanti lagi meriah hendaknya.
Siapa kata belajar darjah 6 tak boleh berjaya dan bergaya, tapi tak seindah Pak Cik kita kerana Pak Cik kita gah serata pelosok Malaysia. Soal Cik Sonah aku boleh teka tentu kerja hebat juga dan mungkin Ketua Penolong Dasar punya jika tiada kata2nya tak boleh sehebat Pak Cik kita.
Soal KKB kalangan MAMPU juga jika tidak bisakan boleh hidu dimana manje ditempatkan.
Apapun maafkan saya andainya terguris rasa, tangan dihulurkan tanda persahabatan dan jika ada kesilapan tuan kepada saya dah lama saya maafkan
Flower
CEUPACS LUPA MEMPERJUANGKAN ELAUN RUMAH YANG TIDAK LAGI RELEVAN. DUIT JUSA PERLU DITARIK DAN DIBERI KEPADA GOLONGAN BAWAHAN BERHUBUNG KENAIKAN ELAUN RUMAH. BARULA ADIL DAN SAKSAMA.
CEUPACS LUPA MEMPERJUANGKAN ELAUN RUMAH YANG TIDAK LAGI RELEVAN. DUIT JUSA PERLU DITARIK DAN DIBERI KEPADA GOLONGAN BAWAHAN BERHUBUNG KENAIKAN ELAUN RUMAH. BARULA ADIL DAN SAKSAMA.
Tu yg pelik tu
xkan x siap-siap lagi.... lepas april, mei, pastu jun pulak... jawapannya sampai tahun depan x siap-siap... orang lain dah kenyang dapat kenaikan gaji, PA bawahan melopong kuar air liur tunggu gaji x naik-naik... asyik buat semakan memanjang... puiiii x cekap langsung.. bayar gaji puluhan ribu, yang buat kerja PA yang dapat gaji ciput...
LAMBATNYA........?
tak cekap le tu......!!!!!!!!
Catat Ulasan