25 April 2012

TUNTUTAN TIGA PASANG PAKAIAN SERAGAM

Berita Harian
25/4/2012



CUEPACS mahu penjelasan 300,000 penjawat awam terima dua uniform sejak 2009


KUALA LUMPUR: CUEPACS meminta penjelasan berhubung peruntukan pakaian seragam membabitkan lebih 300,000 penjawat awam selain anggota tentera dan polis yang dikurangkan daripada tiga kepada dua pasang sejak 2009.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pengurangan pakaian seragam itu bercanggah dengan peraturan pembekalan pakaian seragam yang termaktub dalam Pekeliling Perbendaharaan diedarkan sejak 1980-an.
Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti isu itu secara serius dengan mengambil langkah perlu termasuk mendapatkan maklumat terperinci daripada setiap jabatan sebelum diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. “Aduan kali pertama berhubung perkara ini diterima pada 2010 dan semakin meningkat beberapa bulan kebelakangan ini.

“Pengurangan pakaian seragam menimbulkan masalah serius kepada penjawat awam yang diwajibkan berpakaian kemas setiap hari,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Pemantapan dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPKJSM), di Pusat Belia Antarabangsa, di sini, semalam.

Setiap penjawat awam menerima peruntukan pakaian seragam bernilai RM690 setahun.

Omar berkata, CUEPACS enggan menuding jari tetapi Bahagian Sumber Manusia jabatan harus bertanggungjawab dalam hal itu dan bukannya sekadar memberi jawapan ‘tiada peruntukan’ setiap kali masalah itu diajukan.

48 ulasan:

  1. robot cops

    mintak2 elaun baju naik rm990 thun ni klu dpt 3 helai kain..minta elaun kasut rm300 dr dapat kasut isu yg xda kualiti..mainta cuepacs isu elaun tugas am di naikkan dr rm200 ke rm500 thn ni.

    BalasPadam
  2. pekeliling baru memang baik. cuma ada boss yg tak tahu baca kesemua pekeliling terbabit dgn pakaian seragam. mereka hanya membaca 1 pekeliling terbaru saja. sifir 3, 3, 2 tidak digunakan. 3 baju 3 seluar 2 kasut masih digunapakai lagi. pekeliling baru menaikkan peruntukan rm420 kpd rm990. tetapi peruntukan diberikan stakat rm710 seorang saja. ini masih mengikut pekeliling berkaitan kerana tidak melebihi rm1000 seorg. baik bagi seringgit je sorg sbb tak mlbihi rm1000 sorang. inilah pegawai tangkai jering namanya.

    BalasPadam
  3. setengah kakitangan awam disediakan uniform tidak dipakai dalam pejabat seperti PAP dan Pemandu,malu nak memakai dengan jawatan mereka.Kami sokong kerajaan kurangkan uniform untuk kakitangan sokongan 2 iaitu PAP dan Pemandu,bagi Pasukan ATM/PDRM terpulang kepada JPA,kerana tahu isu itu dengan tersendiri.

    BalasPadam
  4. Ini hanya dapat 2 pasang drpd 3 pasang. CUEPACS harap cuba siasat kenapa di HOSPITAL UKM, masih tidak mendapat peruntukkan uniform sejak 2009. Bukan setakat 2 pasang, malahan langsung tak dapat.

    BalasPadam
  5. ni hanya dapat 2 pasang drpd 3 pasang. CUEPACS harap cuba siasat kenapa di HOSPITAL UKM, masih tidak mendapat peruntukkan uniform sejak 2009. Bukan setakat 2 pasang, malahan langsung tak dapat.

    Khamis, April 26, 2012 9:24:00 PM

    %%%%%%%%%%
    surcaj pegawai yg bertanggongjawab ??

    BalasPadam
  6. kami sedang bercadang nak tukar uniform....tengah fikir bentuk dan warna uniform .matlamatnya....uniform baru ni ada menunjukkan pangkat(rank)masing masing.Atas bahu perlu ada epolet spt polis dan tentera.Pangkat bawah mesti tabik pangkat lebih atas.

    Berkuasa menyelia dan memimpin .

    BalasPadam
  7. pangkat pertengahan berkata...
    kami sedang bercadang nak tukar uniform....tengah fikir bentuk dan warna uniform .matlamatnya....uniform baru ni ada menunjukkan pangkat(rank)masing masing.Atas bahu perlu ada epolet spt polis dan tentera.Pangkat bawah mesti tabik pangkat lebih atas.

    Berkuasa menyelia dan memimpin .

    Baguih jugak pala otak hang...lepas ni, wujudla kasta,ada yang malu nak pakai unifom sebab pangkat rendah tapi eksen macam dia la bos, lepas ni gerai-gerai abis tutup bisnes sebab pemakai-pemakai unifom segan nak minum pagi atau petang di tempat terbuka. Tak de can le nak mengular ke Alamanda, KB mall, Kuantan Parade, MIdvalley, Queensbay waktu bekeja..abih semua PAP, PTPO kena tabikspring kat bos-bos PTD..tu...depa mesti dengan bangga terangkat bahu nak tunjuk epolet pangkat tuu.

    BalasPadam
  8. Bagi Gred J17 pun pakai uniform...baru senang nak kenal org-org J17 nih....tapi kena bagi naik J27 dulu...sian diaaa

    BalasPadam
  9. yA PADA TAHUN 2009, KAMI PEKERJA BERUNIFORM D BAHAGIAN PERUBATAN SARAWAK ADA YANG MENERIMA ELAUN DAN METERIAL UNIFORM DAN ADA YANG TIDAK ADA MENERIMA NYA. DI HARAPKAN PIHAK CUEPAC MENYIASAT PERKARA INI.

    BalasPadam
  10. alaaa...
    ngarut je uniform ni..
    sume nak duit..huhuhu..
    contoh la,,baju batik..rata2 mane pakai baju batik hari khamis...
    elaun baju batik claim gak..
    staf yang betul pakai uniform cume
    polis..askar..bomba..dan mana2 badan beruniform...
    pasal dorg ade undang2...xpakai uniform xbole datang kerja..kene tindakan tatatertib..dah nama pun badan beruniform kan..

    tempat aku neh...mane yg pempuan J17..siap bole pakai kebaya setiap jumaat...ari biasa lak baju kurung..huhu..
    yang PAP plak pakai baju kemeja...
    dalam almari berlungguk baju xpakai..
    antar balik kampung...bagi sedara mara pakai g noreh getah ke... buat2 keje kampung ke..

    omar sendiri juruteknik...korg pernah tengok die pakai unifrom teknikal?huhuhu..

    kenapa org xnak pakai unifrom?
    antara sebab..contoh seluar..
    masa ukur bukan main..dah dapat..
    lebar sane..senteng sini..labuh sinun...macam seluar pinjam...
    kain tayah cite la..kalu ade yang 20sen 1 meter..yang tu la dorg pakai..baju pun sama..pastu kalu nak hantar balik untuk baikpulih..
    bayak pulah karenah die..kene isi borang la..sign itu la..pergi sana la..bile bising2 org ckp..alaa terima je la...baju free..yang taun lepas pun belum pakai lagi..

    yang untung sape? kroni yg dapat tender buat unifrom gak kenyang..

    kadang2 setiap unit buat pulak baju sendiri..baju karporat..kalu x ok ukurannye trus antar balik kat org yg kita tempah tuh..

    sekian pandangan aku

    BalasPadam
  11. Bersyukurlah wahai POLIS & TENTERA , Kakitangan Awam lain yg bukan beruniform tak dapat apa-apa pun. 3 pasang ke 2 pasang ke sama sahaja .
    Jimatkan perbelanjaan Krjaan tatkala PA telah diberi Pelarasan gaji SSM sebnayak 13% kira Oklah tu.

    BERSIH 3.0 esok...
    Bersihkan Hisyammudin di PRU 13 !

    BalasPadam
  12. Kaler kuning kaler raja. org ramai boleh pakai ke ? T-shirt kuning, bersih punya. Uniform kuning JKR punya....kuakuakua.......

    BalasPadam
  13. Ramai yang kaya bang pasal Uniform nih!...tapi siapa yg kaya??..katakan ada 1.4juta kakitangan. Seorang dapat RM990. 1.9juta x 990 =RM990,000,000 ~ 1 billion bang!.
    Aku pon pelik...apasal diaorang nak suruh pakai baju koprat pulak...dah semua putih...tak ceria langsung Perkhidmatan awam.

    BalasPadam
  14. Bila pakai uniform nih! semua sama...pegawai memerintah eg Pengarah...dan PAR pon sama...ramailah yang menyamar. PAR pon boleh macam Pengarah. Di cadangkan biar ada perbezaan...siapa pegawai pemerintah dan juga kuli.Contohnya warna kat colar baju. Hijau ..PAR...Merah Pengarah. Kuning sokongan ...etc.

    BalasPadam
  15. setengah kakitangan awam disediakan uniform tidak dipakai dalam pejabat seperti PAP dan Pemandu,malu nak memakai dengan jawatan mereka.Kami sokong kerajaan kurangkan uniform untuk kakitangan sokongan 2 iaitu PAP dan Pemandu,bagi Pasukan ATM/PDRM terpulang kepada JPA,kerana tahu isu itu dengan tersendiri.

    Khamis, April 26, 2012 9:04:00 PM


    sesetengah je kan...bagaimana yang buat betul....x perlu nak komen pasal pakaian orang...tgk sendiri dah le...yang keluarkan duit tu pun bukan duit kita...duit kerajaan. satu sen pun x usik duit anda mahupun duit saya...anda buat kerja anda....kami buat kerja kami....kalau nak komen pergi jumpa PM....t.kasih

    BalasPadam
  16. Elaun bayaran upah jahit Dan kasut yg diberi setahun sekali kepada kami menimbulkan masalah apabila tuntutan dibuat kepada pihak pentadbiran. Bermacam macam syarat tambahan yg diarahkan seperti menunjukkan pakaian seragam yg dijahit Dan kasut yg baru dibeli kepada mereka sebagai bukti. Resit yg dikemukakan perlu ada ciri ciri yg tertentu Dan jumlah tuntutan ditentukan katanya bersesuaian dgn kadar yg ditentukan oleh pihak pentadbiran yg jauh lebih rendah Dari kelayakan. Ada juga tahun yg bayaran elaun tersebut tidak dibayar atas alasan tiada peruntukan. Keadaan ini mempamerkan situasi di mana tuntutan elaun tersebut adalah beza beza bergantung kepada pihak pentadbiran masing masing. Perkara ini tidak mungkin berlaku sekiranya elaun tersebut tidak perlu dituntut Dan sebaliknya ianya dimasukkan terus ke dlm slip gaji sekali setahun dgn kadar yg sama utk seMua yg layak. Pastinya tiada lagi alasan pihak pentadbiran untuk takut memperakukan tuntutan elaun tersebut Dan bersoaljawab dgn pihak audit. Pekeliling yg dikeluarkan longgar kerana term yg digunakan kelayakan bukannya wajib.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sya sokong sranan tuntutan elaun uniform & kasut dimasukkn terus dalam elaun uniform di slip gaji x prlu susah setiiap tahun,krna pruntukkan tu ade tpi jab bri alasan x leh krana sgala tntutan dgn bukti resit,mslh resit jdi isu pulak kna kpilkn resit yg btl2,,nk klim pn sush cba cuepacs mmbwa isu nie ke krajaan.

      Padam
  17. PAP DAN PEMANDU SERTA PENGHANTAR NOTIS TIDAK PERLU DIHANTAR DIBEKALKAN PAKAIAN SERAGAM,MEREKA PAKAI SEKEJAP SAHAJA,LEPAS TU PAKAI PAKAIAN BIASA,MEMBAZIR DUIT,JABATAN JABATAN TERLIBAT PERLU SEMAK DIKEDAI KEDAI UPAH BUAT BAJU,SETENGAH MINTA DUIT DARI KEDAI KEDAI,MEREKA MINTA DARI TAUKE KEDAI TUKAR LOCAL ORDER.

    BalasPadam
  18. PAP,PEMANDU DAN PEMANDU PAKAI UNIFORM ZAMAN PENJAJAH SEPERTI SELUAR PENDEK.

    BalasPadam
  19. korg nk duit ke nak baju...kalau bg baju n kasuty pun bukan korg nak pakai... Nak duit x?peruntukkan dah ada.baik bg duit jelah...mcmana nk nl nk?

    BalasPadam
  20. tak payah bagi peruntukan,kalau bagi puak PAP/Pemandu tak pakai,kerajaan stop terus peruntukan ini,jimat wang ini,bagi peruntukan tak pakai uniform.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedak nate ni kecek...mu jgn main tulis jh bodo...mu igt semua dreba x pakai ko uniform...kalu stop terus peruntukan ni,macam mana dgn dreba yg jujur...lain kali tulis tu paka otak skit...jgn main redah je....baso bengo.......

      Padam
  21. edah aib untuk tegakkan keadilan dibenar syarak

    Soalan:
    BAGAIMANAKAH cara terbaik menghindarkan diri daripada mengumpat. Benarkah ada mengumpat yang dibenarkan, apa pandangan ustaz mengenai perkara ini.
    Mengumpat yang dibenarkan antaranya, apabila berlaku penganiayaan seperti individu yang dizalimi mengadukan kezaliman seseorang kepada hakim supaya hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya. NURUL HASANAH,
    Bangi, Selangor.

    Jawapan:

    ANTARA penawar untuk mengekang lidah daripada mengumpat, seseorang hendaklah mengetahui bahawa suka mengumpat akan mendedahkan diri kepada kemurkaan Allah atau dengan erti kata lain, apabila mengumpat samalah seperti melanggar larangan Allah SWT.
    Penawar untuk mengelak mengumpat ialah meneliti diri sendiri terlebih dulu, apakah dalam diri ada atau tidak keaiban atau keburukan. Jika ada tentu lebih utama kita membetulkan diri sendiri daripada mengumpat orang lain.

    Imam Ghazali menyebut dalam kitabnya Ihya’: “Jika tidak ada jalan lain untuk mencapai sesuatu tujuan yang betul dibenarkan oleh syariat Islam, melainkan dengan menyebut keburukan orang lain, maka dalam hal ini dibenarkan mengumpat dan hukumnya tidak berdosa sama sekali.”

    Mengumpat yang dibenarkan antaranya, apabila berlaku penganiayaan seperti individu yang dizalimi mengadukan kezaliman seseorang kepada hakim supaya hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya.

    Dalam hal ini, tidak mungkin jelas sesuatu perkara yang hendak disampaikan pada hakim melainkan dengan menyebut dan menerangkan keburukan si zalim itu untuk membuktikan kezalimannya.

    Kedua, meminta bantuan orang lain mengubah sesuatu kemungkaran atau mengembalikan seorang yang suka melakukan maksiat ke jalan kebaikan.

    Ketiga, ketika meminta fatwa atau penerangan sesuatu hukum agama. Contohnya, ia berkata kepada mufti: “Ayah menganiaya saya atau isteri saya menzalimi saya dan sebagainya. Perkara ini berdasarkan riwayat daripada Hindun Utbah yang mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa Abu Sufyan (suaminya) adalah seorang yang amat kedekut.

    “Ia tidak memberi keperluanku dan keperluan anakku dengan secukupnya. Apakah aku boleh mengambil daripada hartanya tanpa pengetahuannya?” Maka sabda Rasulullah SAW: “Ambillah apa yang cukup untuk keperluanmu dan keperluan anakmu secara adil.”

    Keempat, mengingatkan seseorang Muslim kepada sesuatu kejahatan. Contohnya, jika saudara mengetahui seseorang itu jahat, lalu saudara mengingatkan orang lain supaya menjauhkan diri daripada orang itu.

    Atau menyatakan keaiban seseorang supaya amanah tidak diserahkan kepadanya atas tujuan menasihat, bukan kerana memburukkan atau menjatuhkan namanya di hadapan orang lain.

    Kelima, apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran atau panggilan yang memang menunjukkan kekurangan dirinya seperti mengatakan si polan yang tempang atau buta. Maka dalam hal ini, tiadalah dilarang menyebutnya bagi memudahkan orang mengenalinya.

    Walau bagaimanapun jika dapat diubah dengan gelaran lain atau panggilan yang lebih baik dan senang pula disebarkan maka itu lebih baik.

    Keenam, apabila seseorang itu memang sengaja membuat kefasikan dan bermegah dengan perbuatan itu, maka terhadap orang ini tidak dilarang melemparkan ghibah (mengumpat) kerana kelakuannya.

    BalasPadam
  22. Buat masa sekarang ramai penjawat awam yang suka jadi batu api kepada boss boss untuk mengambil tindakan terhadap kakitangan awam yang lain,kakitangan awam itu tak mau suluh muka diri sendiri,boss boss jangan dengar cakap orang bawah porak pranda akibatnya,mereka ini ada agendanya.

    BalasPadam
  23. masuk dlm slip gaji puak PAP tak akan beli,cadangan ditolak kerana tak relevan zaman yang PAP pandai penipu.

    BalasPadam
  24. PAP/Pemandu tak payah bekal uniform,cuba kira berapa ribu PAP/Pemandu dalam pejabat,zaman sekarang bukan zaman penjajah,apa lagi nak beza bezakan,tak ada kasta pun,jimat sikit duit kerajaan.yang penting bagaimana kualiti kerja...uniform bagi saja pada polis,tentera atau badan beruniform je...

    BalasPadam
  25. Tuntutan elaun jahitan uniform dan kasut untuk kakitangan kesihatan di daerah bera.kami dari pejabat kesihatan bera tidak dapat bayaran elaun jahitan dan kasut seperti yang telah dinyatakan dalam pekeliling. Kami di sini mengharapkan pihak tuan dapat campurtangan bagi menyelesaikan masalah ini

    BalasPadam
  26. MASALAH ELAUN KASUT BERLAKU BAGI KAKITANGAN KESIHATAN DAERAH HILIR PERAK, KEDAI KASUT TELAH DITENTUKAN OLEH KETUA KERANI YANG BODOH (mengalahkan kuasa pegawai kesihatan daerah) (MUNGKIN ADE SHARE), DAN KAMI TIADA PILIHAN LAIN, KEBANYAKAN YG TELAH MEMBELI DARI KEDAI LAIN TELAH DITOLAK MENTAH2 DISERTAKAN DENGAN SYARAT2 BANGANG TAMBAHAN YANG TIADA DIDALAM PEKELILING!!

    BalasPadam
  27. harap cuepacs boleh mnyegerakan tindakan untuk mnyeleraskan tuntutan elaun kasut& uniform nie...dah lame sangat masalah nie xde penyelesaian...kami di pkd sik tertekan..

    BalasPadam
  28. HARAP PIHAK CUEPACS GEGAR DAN BERIKAN PENERANGAN YANG JELAS KEPADA PERDANA MENTERI. SEBAB INI ISU YANG PANAS!!.. PERUNTUKAN YANG DIBERIKAN KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN WAJAR DITUNAIKAN!!!.. ITU BELUM KIRA PIHAK YANG TERTIPU DENGAN PENIPUAN YANG TERANCANG DARI DULU!!!!.. ADAKAH TERDAPAT KONSFIRASI, RASUAH DI PIHAK ATASAN!!!!.. HARAP AMBIL TINDAKAN SEGERA DAN BERKESAN!!!.

    BalasPadam
  29. X claim duit kasut.nk kene wat surat ke?x patut lgsg pihak hosp sy ni HOPITAL TEMELOH..ni lh ssh nyenye klu pengarah hosp..duk tmpt sdiri

    BalasPadam
  30. Setuju sangat sekiranya elaun baju dan elaun kasut dimasukkan dalam slip gaji sepertimana elaun-elaun yang lain...kalau tak dapat sekaligus pun,sekurangnye selang beberapa bulan..harap cuepacs ambil berat isu ini kerana ramai PA yang teraniaya,termasuk saya sendiri...harap sangat ada perubahan...terima kasih...sayang Malaysiaku...

    BalasPadam
  31. Salam 1 Malaysia...namanya dah elaun,tp knp susah sgt nak claim smula duit sndri yg telah dgunakan utk upah bju tsebut...tahukah org awam,kami perlu jahit 6psg bju utk rotate dlm kerjaya kami utk sethn..sehari spasang,kami keje 7,8hr smgu,bju mbe tlekat kuman2 berbahaya,perlu tukar hari2..kalau pregnant,kna jht lain plak 4psg skrg-krgnye...kasut kami bukan kasut btumit,x sesuai utk kerjaya kami yg slalu bgegas blari ke sna cni...klau kami pkai kasut btumit,agaknye pesakit saya ramai yang beranak dalam lift kot...TAPI KENAPA ELAUN UNIFORM HANYA BOLEH CLAIM 2PASANG SAHAJA UNTUK SETAHUN,KASUT 2 PASANG JGK...minta penjelasan dari pihak berkenaan...

    BalasPadam
  32. Ada hospital yang telah disoal oleh SPRM kerana staf complain ada penyelewengan.tpi staf pulak yang diugut utk diorg lapor kpd SPRM kerana claim elaun menipu...ada ke patut mcm tu...staf hanya menuntut hak mereka...peruntukkan elaun tersebut hanya untuk staf,bukan untuk org admin yang selalu blagak dgn staf utk sara depa makan-makan....

    BalasPadam
  33. Salam..sy nak btanya..adakah komen disini di ambil perhatian oleh cuepacs atau sekadar tempat untuk luah perasaan shj?

    BalasPadam
  34. salam 1 malaysia...
    sa sgt2 setuju claim baju dan kasut trus di masukkn ke dalam akaun,napa perlu resit lg,dhlah tu ditnya2 lg btl ka ada buat baju,btl ka ada bli kasut....heran2...kn senang trus jer msuk akaun...kami x susah,kerani2 pn x byk songeh....arap2 hal ini dpt dipertimbanhkan dan diambil serius....terima kasih...

    BalasPadam
  35. saya tak paham lah, pekeliling mana yang sebut elaun ek? yang saya baca semua sebut pasal bekalan pakaian seragam jek, iaitu jabatan bekalkan pakaian seragam pada staf yg layak. kalau pekeliling baru ada nyatakan staf boleh buat tuntutan bayaran balik upah jahit pakaian seragam bukan dapat duit dulu baru buat pakaian seragam.....pekeliling mana yg dibaca ni....

    BalasPadam
  36. Assalammulaikum semua,saya rasa yg ada mslh ngn elaun uniform dan kasut ni cma bhg kesihatan sja, cba tnya bdn beruniform yg len,mudah ja diorg dpt,x pyh ssh2,xdk sapa pun yg pertikai,duit msk akaun terus,sy setuju sgt klau elaun trus msk pay slip,sapa pun xblh salagunakn,bla ujung taun yg sonoknya kroni2,ada duit lebih blh bt mcm2...xpa kat dunia sapa pun tak tnya,nanti diakhirat jwbla dgn Allah swt

    BalasPadam
  37. Kenapa isu ni tak diutarakan lagi walaupun byk komen ketidakpuasan hati??
    Sy juga hadapi masalah yg sama di Pej. Kesihatan daerah KUALA MUDA..Elaun pakaian xdpt seperti yg sepatutnya..

    BalasPadam
  38. Perkara : Tuntutan elaun jahitan pakaian seragam
    Merujuk surat Bil (6) dlm. PPHBP (SB)/199/08/4.5. bertarikh 3hb Januari 2013
    Tuntutan elaun jahitan di buat RM690 berdasarkan edaran surat KKM 300-75/1/5/5 Jld.3(10) bertarikh berkuatkuasa pada 18 mei 2011.
    Oleh itu saya telah menerima bayaran tuntutan melalui gaji pada September 2011 yang diluluskan oleh pihak pengurusan hospital

    BalasPadam
  39. knp pihak pengurusan lepas tangan sedangkan dorg yg luluskan pembayaran elaun jahitan... kenapa kami di suruh bayar balik sedangkan pekeliling menyatakan elaun jahitan rm690..

    BalasPadam
  40. sama seperti kami dibahagian kkm. 2010 tak dapat lagi claim baju. tahun 2012 hnya dapat claim utk 2 psg. tahun ni. lps tu plk yg tahun 2012 kena tarik balik tu. dah tu tahun i plak kena g wat kat panel kdai jahit yg dipilih oleh hospital. claim yang paling minima plk tu. kompom2 yang rekomen tu dapat komisen. hampeh btul

    BalasPadam
  41. setuju dengan isu yang berbangkit.kenapa sekarang elaun uniform dikurangkan dari jumlah yang diwartakan sebelum ni?sedangkan dalam pekeliling telah ditetapkan jumlah elaun yang akan diberi?minta bantuan dari CUEPACS..siasat perkara ini.terima kasih.

    BalasPadam
  42. hahahaha......x habis2 lg dgn isu elaun nih....Pekeliling Perbendaharaan Bil.6 Tahun 2011 dinyatakan bukan elaun tp tuntutan bayaran balik upah jahit....tu pun x paham lg. Baca dekat kadar maksimum ja brpa blh tuntut. Cuba baca danpahamkan perkara 10 (iii) Tanggungjawab Ketua Agensi kemudian check balik agensi/jabatan/pejabat ada tak peraturan/garis panduan dalaman, kalau ada cuba baca dan pahamkan betoi2. Jgn baca kadar kelayakan maksimum sahaja.

    BalasPadam
  43. kenapa susah sgt nak dapat duit claime baju...knp semua negeri lain2 amoun rm nya...saya tak faham.itu kan hak kami kenapa perlu kurang kan amoun nya...

    BalasPadam
  44. saya seorg PAP di sebuah IPTA di pantai timur, saya lebih suka pakai uniform kerana tak payah pening nk matching tudung dgn baju..walaupn kdang-kadang budak2 sekolah panggil pengawas sekolah dewasa. kt sni kami diambil ukuran..alhamdulillah hari ni kami telah terima 3 pasang yang telah siap berjahit namun dengan macam2 masaalh pada pakaian kami..dh 3 thn mcm ni..kami tidak pernah diberitahu pn brapa peruntukan seorang..tp kualiti pakaian yang kami terima rsanya tak sampai pn dlm rm300..

    BalasPadam
  45. setuju sangat dgn komen dia atas.... tukang ukur dtg ukur bukan main garangnye....kita minta bahan sbb nak jahit sendiri tak dibaginya..... baju yg dia jahit semuanya tk boleh dipakai......tangan lebar, span tiada kualiti, baju singkat.....bahan kain nye pula tiada kualiti...jenis berbiji2 bila di cuci....

    kasut pon sama.....kami dipanggil dtg utk ukur kaki...... tapi bila tarikh penerimaan kasut.....saiz tak sama dgn kaki....lebih menyakitkan saiz kita sekolah lain dah terambil.....

    BalasPadam
  46. tak puas hati... dengan kain yang dibagi untuk buat uniform pap ni kain keras , bagi la kain kualiti sikit baru la selesa nak pakai .. mentang2 la kami bejawatan rendah sampai cam tu sekali layanan..

    BalasPadam